Upload
others
View
35
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
1
PENAWARAN PROGRAM PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT DALAM
PASARAN YANG MENCABAR
Mohd Fairus Abu Hanifah, Kuppusamy Singaravelloo dan Mohd Zaki Mohd Yaacob
UMCCed
Emel: [email protected], [email protected], [email protected]
Abstrak
Sebagai salah satu pemain utama dalam penawaran program pembelajaran sepanjang hayat
(PSH) sejak tahun 1998, Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) telah
melalui pelbagai cabaran dan halangan hingga kini. Seperti mana universiti awam (UA) lain,
UMCCed sebagai sebuah Pusat Tanggung jawab Akademik (PTj) Universiti Malaya (UM)
menghadapi pelbagai cabaran yang tidak dialami oleh penyedia PSH swasta. Kertas ini
membentangkan cabaran yang dihadapi oleh UMCCed dalam menawarkan program PSH
terutama dalam tempoh lima tahun kebelakang. Satu daripadanya adalah kekangan dasar
Kementerian Pengajian Tinggi bahawa UA (kecuali beberapa universiti) hanya boleh
menawarkan program di peringkat diploma eksekutif manakala mereka di sektor swasta
mempunyai lebih ruang untuk memperluaskan penawaran program diploma eksekutif.
UMCCed yang beroperasi sepenuhnya berdasarkan model perniagaan yang membantu
menjana pendapatan kepada UM telah pun menghasilkan lebih daripada 20,000 graduan
sehingga kini hanya boleh menawarkan program yang berakreditasi sahaja berbanding
penyedia PSH swasta. Pada masa ini terdapat lebih banyak penyedia program PSH yang giat
bersaing untuk mendapatkan bahagian dalam pasaran PSH. Ini adalah antara isu-isu yang
dibangkitkan dalam kertas ini selain mengetengahkan cabaran-cabaran yang mungkin
dihadapi dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Kaedah kajian melibatkan penilaian
pengalaman UMCCed yang dilihat daripada perspektif pembangunan perniagaan dan
pengurusan UMCCed. Kertas ini antara lain mencadangkan pembentukan rangkaian
kerjasama yang lebih terbuka di antara penyedia program PSH serta peningkatan kempen
kesedaran kepentingan PSH di kalangan masyarakat secara bersepadu oleh Kementerian
Pendidikan Tinggi (KPT) dan IPT.
Kata kunci: Persaingan, cabaran, pasaran, kekangan dalam penawaran
2
1. PENGENALAN
Ilmu pengetahuan merupakan aset utama individu yang dapat memperluaskan peluang untuk
maju dan cemerlang dalam bidang yang diceburi selain meningkatkan keupayaan untuk
bersaing khususnya dalam lanskap ekonomi negara dan dunia yang sentiasa berubah dan
penuh cabaran. Pemerolehan ilmu secara berterusan akan dapat memastikan seseorang
individu itu sentiasa bersedia untuk menangani perubahan-perubahan sama ada dari segi
perkembangan teknologi, kemahiran, kaedah kerja, polisi, prosedur dan sebagainya serta
sentiasa bersedia untuk bersaing dengan individu-individu lain yang sentiasa berusaha
meningkatkan pengetahuan mereka dari semasa ke semasa.
Menurut Gonzalez (dalam Siemens, 2005), kajian oleh American Society of Training and
Documentation (ASTD) mendapati kepesatan perkembangan ilmu pengetahuan pada masa
kini telah menjadikan jangka hayat bagi sesuatu ilmu pengetahuan semakin pendek. Ia
berkembang pada kadar sekali ganda dalam tempoh 10 tahun dan penggandaan ini dijangka
akan menjadi lebih pendek di masa akan datang.
Justeru itu, kesedaran terhadap kepentingan meningkatkan pengetahuan secara berterusan
perlu wujud dalam diri setiap individu khususnya mereka yang sedang berada di alam
pekerjaan. Ini bagi memastikan pengetahuan dan kemahiran yang ada sentiasa relevan dengan
kehendak dan keperluan pasaran kerja semasa serta bagi menghadapi persaingan khususnya
daripada generasi muda yang kebanyakannya mempunyai kelayakan dan kemahiran yang
lebih terkini. Berbekalkan pengalaman bekerja sahaja mungkin tidak lagi memadai untuk
bersaing dengan generasi muda ini.
Menyedari akan hakikat kepentingan pendidikan secara berterusan ini, Kerajaan Malaysia
telah mengambil pelbagai inisiatif khususnya dengan memartabatkan Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) sebagai salah satu teras utama dalam Pelan Strategik Pembangunan
Tinggi Negara (PSPTN) yang telah dimulakan sejak tahun 2007. Sebagai kesinambungan,
hala tuju dan perancangan PSH telah dikaji semula dan ditambah baik ke arah pelaksanaan
yang lebih berkesan, dinamik dan berdaya tahan.
Menurut Ngo (2014), berdasarkan kepada Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun
2009, hanya 23 peratus sahaja daripada jumlah tenaga kerja di Malaysia mempunyai
pendidikan tertiari berbanding dengan kadar purata bagi negara Pertubuhan Kerjasama
3
Ekonomi dan Pembangunan (OECD), iaitu hampir 28 peratus dan mencecah 35 peratus di
Singapura dan Finland. Ini bermakna terdapat 73 peratus tenaga kerja Malaysia masih
terangkum dalam kumpulan tidak mahir dan separa mahir dengan kelayakan akademik
tertinggi pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja.
Berbanding tahun 2009, peratusan tenaga kerja dengan pendidikan tertiarididapati telah
menunjukkan peningkatan kepada 26.2 peratus pada tahun 2014. Ini merupakan petunjuk
positif atas usaha dan inisiatif yang telah dilaksanakan pelbagai pihak dengan sokongan dan
penyelarasan oleh pelbagai agensi kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi serta
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang telah mengambil inisiatif menyediakan peluang
dan memperluaskan akses bagi kemasukan pada peringkat pendidikan tinggi melalui
Pengiktirafan Pengalaman danPembelajaranTerdahulu (RPEL) dan Pengakreditasian
Pengalaman Kerja Terdahulu (APEL).
Selaras dengan usaha kerajaan untuk membudayakan PSH di kalangan masyarakat, Universiti
Malaya (UM) telah mengambil inisiatif menubuhkan UMCCed pada tahun 1998 bertujuan
membuka peluang kepada masyarakat umum khususnya warga bekerja meliputi pelbagai
peringkat usia khususnya di sektor swasta tetapi lama kelamaan didapati gunatenaga dalam
sektor awam pun turut berminat dalam program-program yang dianjurkan oleh UMCCed.
Mereka bertujuan meningkat serta menaiktaraf keupayaan dan kemahiran mereka melalui
pelbagai program PSH yang ditawarkan.
Walau pun begitu, masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan seperti mana yang telah
direncanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 khususnya bagi melahirkan modal insan
berkemahiran tinggi dengan sasaran 35% dalam usaha membawa Malaysia mencapai status
negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020.
Penawaran Program Diploma Eksekutif
Penawaran program-program PSH melalui UMCCed sejak tahun 1998 sememangnya
bertujuan memenuhi hasrat UM untuk menyalurkan kepakaran serta memenuhi komitmennya
memperkembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi membudayakan PSH di segenap
lapisan masyarakat.
4
Menurut Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara Fasa 2 (2011-2015), Malaysia
memerlukan 680,000 orang pekerja mahir pada peringkat diploma menjelang tahun 2020
meliputi 580,000 orang dengan kelayakan diploma TVET dan 100,000 orang daripada
diploma akademik. Tambahan daripada itu, unjuran peningkatan enrolmen yang lebih besar
bagi pengajian pada peringkat sijil dan diploma berbanding dengan ijazah pertama adalah
untuk memperoleh nisbah antara kedua-duanya pada kadar 2:1 iaitu bagi tujuan menyokong
matlamat kerajaan menambah bilangan pekerja separa mahir atau separa profesional atas
pertimbangan kebolehpasaran serta keperluan negara dan menggalakkan pembudayaan
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).
Sebagai sebuah Pusat Tanggungjawab (PTj) akademik UM yang berautonomi, UMCCed
telah diberi mandat untuk menawarkan program di peringkat diploma, diploma eksekutif dan
sijil selain kursus-kursus pendek mengikut keperluan pasaran kerja. Sambutan baik
masyarakat khususnya warga bekerja terhadap program diploma eksekutif telah menyaksikan
perkembangan program ini dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan, perakaunan,
pendidikan awal kanak-kanak dan pengajian Islam.
Berdasarkan Kajian Pencapaian Graduan (2012-2015) Diploma Eksekutif UMCCed yang
dijalankan pada 2016, sememangnya program yang ditawarkan ini telah memberi banyak
manfaat khususnya dalam perkembangan kerjaya para graduan program PSH meliputi
tawaran pekerjaan yang lebih baik, kenaikan pangkat dan gaji selain melanjutkan pengajian
ke peringkat yang lebih tinggi.
Program Diploma Eksekutif yang ditawarkan pada awalnya tanpa akreditasi telah melalui
fasa transformasi apabila MQA mengemukakan garis panduan akreditasi program Diploma
Eksekutif pada tahun 2010. Bermula tahun 2012, UMCCed telah memberhentikan penawaran
program-program tanpa akreditasi, dan secara berperingkat penawaran program yang
berakreditasi telah bermula pada pertengahan tahun 2013.
5
Rajah 1: Tahap Persetujuan Kesan Menamatkan Pengajian mengikut Jenis Program
Diploma Eksekutif (%)
Sumber: Kajian Pencapaian Graduan Diploma Eksekutif UMCCed 2016.
2. PENYATAAN ISU
Kini pendidikan sepanjang hayat sudah menjadi satu keperluan dalam penghasilan tenaga
kerja negara yang mampu bersaing dalam era ekonomi global disamping melahirkan
warganegara yang berpengetahuan dan berinovasi. Dari itu setiap anggota masyarakat
seharusnya menjadikan PSH itu sebagai budaya hidup, bukan pilihan atau inisiatif sampingan
sahaja, kalau mereka mahu kekal kompetitif dalam persekitaran hidup yang baru. Kesedaran
berhubung pembelajaran sepanjang hayat telah wujud di Malaysia apabila kerajaan
menggariskan untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Pada masa ini, peluang
melanjutkan pengajian terbuka luas dalam pelbagai institusi pendidikan. Di bawah
pengelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, pelajar dewasa boleh melanjutkan
pengajian di universiti awam dan swasta, kolej universiti, universiti terbuka, politeknik, kolej
komuniti atau kolej swasta. Di samping itu, pelbagai agensi kerajaan dan kementerian turut
menawarkan pendidikan dan latihan kepada orang awam. Kementerian berkenaan ialah
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan,
Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kesihatan.
74.3%
26.2%
56.5%
46.3%
29.9%25.7%
73.8%
43.5%
53.7%
70.1%
Bekerja dalam bidang yang
berkaitan
Mendapat tawaran bekerja di institusi
lain
Mendapat peningkatan gaji
Mendapat kenaikan pangkat
Melanjutkan pengajian ke
peringkat yang
lebih tinggi
Rajah 1: Manfaat Graduan Diploma Eksekutif (2012-2015) (%)
Ya Tidak
6
Organisasi-organisasi tersebut berlumba-lumba untuk menawarkan program-program yang
mampu memenuhi peranan dan tujuan kewujudannya. Bagi institusi pengajian tinggi pula
mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan pelajar-pelajar dewasa ini kerana mereka ini
adalah sumber kewangan utama mereka. Ada yang mengamalkan pengambilan secara
terbuka, mengiktiraf pengalaman-pengalaman terdahulu dan ada juga yang mengenakan
syarat ketat dalam memilih pelajarnya.
UMCCed yang telah memulakan operasinya mulai 1998 telah mengendalikan program-
program PSH yang dapat memenuhi keperluan pasaran serta majikan. Namun begitu,
UMCCed turut menghadapi pelbagai cabaran dalam mendapatkan penyertaan yang lebih
tinggi apabila ia terpaksa berhadapan dengan syarat-syarat utama selain melalui proses
kelulusan pembangunan program yang panjang akibat ianya berfungsi sebagai sebuah PTj
akademik di Universiti Malaya yang juga merupakan sebuah Universiti Penyelidikan.Kesan
daripada ini, pihak UMCCed terpaksa beroperasi dengan mendepani pelbagai cabaran dan
kekangandalam pasaran yang terhad.
3. OBJEKTIF
Sasaran kajian ini adalah untuk:
(i) mengkaji pembentukan program pendidikan sepanjang hayat dan pelaksanaanya di UA.
(ii) meneliti halangan-halangan yang dihadapi oleh UA dalam menjayakan pelaksanaan
program ini.
(iii) mencadangkan inisiatif untuk mengatasi kekangan yang dihadapi oleh UA dan
bagaimana ianya boleh diakses dengan lebih mudah.
4. ULASAN LITERATUR
Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) adalah, pembelajaran sepanjang umur, bermaksud
aktiviti pelajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sepanjang hayat khususnya oleh orang
dewasa. Menurut Knapper dan Cropley (2000), idea asas PSH adalah di mana pembelajaran
yang disengajakan boleh dan perlu berlaku dalam tempoh hayat seseorang. PSH bukanlah
satu idea baharu, malah terma pendidikan sepanjang hayat ini telah lama wujud iaitu dalam
penulisan Inggeris sejak 75 tahun yang lalu. Bagi pengkaji, PSH adalah pendidikan yang
diperolehi sama ada secara formal atau tidak formal sepanjang kehidupan manusia. PSH
dianggap bermanfaat kepada individu kerana ia dapat membaiki kehidupan seseorang
menerusi peningkatan kemahiran kerja, pembaikan sahsiah diri dan juga penambahan ilmu
7
pengetahuan. Seperti dinyatakan oleh Lall (2011), manfaat PSH antara lain adalah untuk
membantu individu menyesuaikan diri dengan perubahan, memperoleh manfaat kewangan
melalui kenaikan pangkat dan gaji serta memperkaya dan memenuhi keperluan hidup.
Pendidikan Sepanjang Hayat dari segi konsep merangkumi pengertian yang begitu luas.
Konsep ini merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program
meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompentensi sama ada secara formal di sekolah,
pusat latihan vokasional, atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di
tempat kerja. Menurut Aspin (2001), antara pendekatan dalam pembentukan konsep PSH
adalah untuk mempromosikan kemahiran dan kempetensi yang diperlukan bagi tujuan
meningkatkan keupayaan dan prestasi dalam pekerjaan. Melalui konsep ini, PSH akan dapat
melahirkan guna tenaga yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi yang akan
menyumbang kepada ekonomi yang lebih maju dan kompetitif.
Berbanding dengan Kesatuan Eropah, pelaksanaan PSH khususnya di negara membangun
sememangnya menghadapi cabaran untuk menarik penyertaan masyarakat. Yazici (2015)
menyenaraikan cabaran-cabaran yang dihadapi kebanyakan negara membangun antaranya
sebagai (a) keperluan peningkatan kesedaran awam yang lebih meluas, (b) penambah baikan
dalam penyelarasan dan tadbir urus PSH, (c) penambah baikan data PSH serta pengawasan
dan penilaian, (d) penambah baikan dalam panduan kerjaya, (e) Kerangka Kelayakan
Kebangsaan untuk menyokong PSH, (f) penambah baikan jaminan kualiti dalam
penyampaian PSH, (g) keperluan sistem untuk pengiktirafan pembelajaran terdahulu, (h)
pembiayaan PSH yang efektif dan mencukupi, dan (i) penambah baikan dalam
menghubungkan pendidikan dengan pekerjaan.
5. METODOLOGI
Skop kajian ini merangkumi aspekkekangandan cabaran yang dihadapi oleh UMCCed dalam
menawarkan program PSH terutama dalam tempoh lima tahun kebelakang. Aspek yang dikaji
adalah pembentukan program dan menyiasat kesannya terhadap ekonomi dan guna tenaga di
Malaysia
Analisis yang dibuat adalah berpandukan kepada data sekunder yang terdapat di UMCCed
untuk tempoh 2012 – 2015 serta menggunakan pengalaman pengarang dalam pelaksanaan
program-program PSH di UMCCed.
8
6. CABARAN DALAM PENAWARAN PROGRAM DIPLOMA EKSEKUTIF
Terdapat pelbagai cabaran dalam penganjuran dan penawaran program diploma eksekutif,
khususnya oleh Universiti Awam (UA).
Persaingan Program Eksekutif
Kerancakan kempen oleh pihak kerajaan dalam mempromosi PSH khususnya sejak
pelancaran Pelan Strategik Pembangunan Tinggi Negara (PSPTN) pada tahun 2007 sebagai
Teras keenam telah menarik perhatian banyak IPT awam dan swasta untuk menawarkan
pelbagai program PSH sama ada berbentuk formal, bukan-formal dan informal. Program-
program berbentuk formal khususnya program akademik meliputi peringkat sijil sehingga
sarjana yang ditawarkan terdiri daripada program yang diakreditasi dan tanpa akreditasi
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mengikut Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).
Kebanyakan program tanpa akreditasi ini diberi frasa tambahan iaitu “eksekutif” atau pun
“profesional” bergantung kepada peringkat pensijilan bagi membezakan di antara program
PSH ini dengan program arus perdana. Tidak ketinggalan adalah program diploma eksekutif
yang mula ditawarkan oleh UMCCed sejak tahun 1998 yang telah mendapat sambutan yang
sangat menggalakkan khususnya daripada warga bekerja sektor swasta.
Penerimaan positif terhadap program “eksekutif” atau “profesional” ini serta ketiadaan
standard atau garis panduan khusus bagi program eksekutif (kecuali diploma eksekutif) telah
menyebabkan sebahagian IPT menawarkan program peringkat sarjana muda dan sarjana
dengan nama “eksekutif” tanpa piawaian khusus. Terdapat program yang ditawarkan
mengikut keperluan untuk menarik lebih ramai penyertaan termasuklah tempoh masa yang
singkat, yuran yang lebih murah, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel serta
kaedah penilaian yang tidak membebankan. Menurut Barnett (2010), selain kredibiliti
institusi yang menawarkan program dan program yang ditawarkan, faktor-faktor khususnya
tempoh pengajian serta kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan pengaruh penting
bagi golongan bekerja dalam membuat pilihan untuk mengikuti sesuatu program pengajian.
Oleh kerana terdapat terlalu banyak IPT yang menawarkan program “eksekutif” ini dengan
pelbagai format dan kaedah yang berbeza, pihak MQA telah mengemukakan garis panduan
berhubung penawaran program Diploma Eksekutif pada tahun 2010. Ini bagi menetapkan
standard dan kualiti program diploma eksekutif ini supaya bersesuaian dengan kualiti
program peringkat diploma pada tahap 4 MQF. Sejajar dengan garis panduan yang
9
dikeluarkan ini, UMCCed telah memulakan langkah mendapatkan akreditasi bagi semua
program diploma eksekutif secara berperingkat dan menghentikan penawaran program tanpa
akreditasi bermula pada tahun 2012.
Walau bagaimanapun, oleh kerana pihak MQA tidak mewajibkan supaya semua IPT
mendapatkan akreditasi bagi program diploma eksekutif yang ditawarkan maka terdapat IPT
yang masih lagi pada masa ini menawarkan program tanpa akreditasi dengan format lama. Ini
adalah disebabkan masih terdapat permintaan bagi program seumpama ini, khususnya dari
majikan swasta.
Akreditasi dan Pengiktirafan
Peralihanpenganjuran program diploma eksekutif daripadabentuk lama kepadayang
diakreditasiturutmembawa cabaran-cabaran baharu yang terpaksa diharungikhususnya oleh
UMCCed. Antaranya adalah seperti berikut:
(a) Tempoh Pengajian Minimum
Tempoh pengajian yang perlu dipastikan oleh institusi penawar adalah sekarang lebih
lama berbanding dengan program di bawah bukan akreditasi. Amnya program UMCCed
yang ditawarkan pada masa ini telah bertambah 12 bulan lagi menjadikannya kurang
menarik kepada golongan bekerja. Tempoh program baharu selama lebih sedikit dari dua
tahun dilihat terlalu lama oleh golongan bekerja.
(b) Pembangunan dan Penawaran Program
Sesetengah program yang ditawarkan telah menjalani proses pembangunan kurikulum
program yang rapi melalui penubuhan pasukan pembangunan kurikulum program
daripada pakar-pakar yang sudi menyumbang masa dan tenaga. Cadangan jawatankuasa
pembangunan ini dikaji seterusnya oleh sekurang-kurangnya dua jawatankuasa lain yang
lebih tinggi di peringkat UMCCed dan seterusnya melalui unit-unit lain serta beberapa
jawatan kuasa di peringkat Universiti. Kelulusan Senat Universiti dan Lembaga
Pengarah Universiti (LPU) perlu diperolehi sebelum keputusan ini dimajukan ke MQA.
Kelulusan KPT perlu dipastikan sebelum program tersebut dapat diiklankan dan
ditawarkan.
10
Selain itu, pasukan pembangunan kurikulum program perlu juga meneliti piawaian
kandungan program yang telah dibangunkan di peringkat MQA. Walau pun ini adalah
perkara yang wajar, tetapi sesetengahnya mengekang fleksibiliti dalam pembangunan
kurikulum yang lebih tersendiri di pihak pelaksana program. Umpamanya adalah
keperluan mematuhi syarat kursus institusi, di mana sesetengah keperluan berkaitan tidak
dapat dimanfaatkan oleh golongan pelajar bagi program yang dibangunkan.
(c) Swa-Akreditasi, Penyenaraian MQR dan Pengiktirafan JPA
Pemberian status swa-akreditasi khususnya kepada UA sebenarnya amat baik kerana
Universiti berkenaan dapat melaksanakan proses akreditasi mengikut acuan MQA tetapi
memenuhi cita rasa keperluan universiti tersebut. Institusi pembangun program perlu
juga mematuhi keperluan syarat universiti bahawa penganjuran program adalah pada
tahap kualiti yang tinggi sesuai dengan imej universiti yang perlu sentiasa dijaga. Selain
itu, proses akreditasi ini juga dapat dilaksanakan lebih cepat berbanding dengan
sekiranya dokumentasi semua program ini diserahkan kepada MQA untuk diberi
akreditasi sementara dan seterusnya akreditasi penuh. Namun begitu, proses swa-
akreditasi untuk akreditasi sementara tidak dapat memastikan penyenaraian program
yang dibangunkan tersebut dalam senarai MQR sepertimana kelebihan yang terdapat di
pihak institusi swasta. Institusi swasta menyerahkan dokumentasi terus kepada MQA dan
terus mendapat penyenaraian sementara dalam MQR. Di pihak UMCCed, ramai pelajar
yang berminat mempunyai kesangsian terhadap program baharu yang dibangunkan
kerana mereka mendapati program tersebut tidak tersenarai dalam MQR. Ini
menimbulkan keraguan dan kekangan yang tidak munasabah bagi penganjur program
PSH di UA. Ini turut dialami dalam proses akreditasi penuh kerana ia mengambil masa
tiga hingga enam bulan untuk disenaraikan dalam MQR selepas kelulusan Senat dan
LPU. Ini turut menjadi masalah kepada pelajar dalam kohort pertama program yang
sentiasa menginginkan program mereka tersenarai sebelum mereka tamat pengajian.
Proses ini seterusnya diikuti dengan keperluan untuk mendapatkan pengiktirafan oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang pada masa ini turut dikendalikan oleh Unit
Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam, di Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia, Kementerian Pendidikan Tinggi yang pada asalnya melihat program diploma
eksekutif sebagai tidak mematuhi syarat keperluan jam kredit untuk program diploma.
Setelah berusaha, kejayaan telah diperolehi oleh UMCCed apabila program diploma
11
eksekutif yang berakreditasi sebenarnya sudah mematuhi keperluan tersebut, dan mula
tersenarai dan diiktiraf khususnya untuk penjawat awam.
(d) Yuran yang lebih tinggi
Penganjuran program yang diakreditasi sememangnya melibatkan kos yang lebih tinggi
hasil daripada keperluan untuk jam pertembungan serta bilangan jam kredit yang lebih
banyak daripada program bukan akreditasi sebelum ini. Perkara ini menyebabkan
kenaikan yuran yang lebih tinggi sehingga menyebabkan penurunan dalam bilangan
pelajar yang mendaftar untuk mengikuti program berakreditasi.
(e) Kehendak Pasaran
Maklumbalas daripada kebanyakan majikan swasta menunjukkan bahawa mereka tidak
menetapkan keperluan kakitangan mereka untuk mengikuti hanya program diploma yang
berakreditasi. Antara sebab-sebab mereka adalah tempoh pengajian yang lebih lama yang
diikuti dengan yuran lebih tinggi yang perlu ditanggung oleh majikan untuk membiaya
pengajian mereka. Tambahan pula, majikan swasta melihat kurikulum yang disediakan
dan diluluskan oleh MQA tidak dapat diubahsuai mengikut keperluan majikan.
Sebaliknya proses untuk mewujudkan program diploma eksekutif baharu sesuai untuk
industri tertentu akan menelan masa kira-kira setahun untuk dibangunkan sebelum dapat
ditawarkan. Ini merupakan satu kekangan yang tidak dapat diatasi kerana program
akademik anjuran UA tidak dapat lari daripada diakreditasi. Ini merupakan satu titik
tolak kepada kelebihan institusi swasta yang dapat menyediakan program tanpa
akreditasi yang dapat disesuaikan mengikut acuan keperluan industri dan dapat
ditawarkan segera.
Pasaran gunatenaga manusia juga melihat penganjuran program diploma (atau pun
diploma eksekutif) kurang menarik kerana mereka telah melihat adanya laluan-laluan
terus daripada SPM kepada ijazah pertama.
(f) Pengiktirafan Keperluan Pengajian Diploma oleh Majikan
Tidak banyak majikan yang sanggup membiarkan kakitangan mereka belajar sambil
bekerja untuk satu tempoh yang lama. Ini kerana kakitangan tersebut terpaksa mematuhi
syarat-syarat kehadiran dan komitmen kepada pengajian tersebut walhal mereka
diperlukan memberi komitmen dalam pekerjaan mereka. Majikan lebih rela melihat
12
kakitangan mereka menghadiri kursus pendek dan menjurus kepada keperluan organisasi
masing-masing. Terdapat juga para majikan yang khuatir bahawa kakitangan mereka
akan berpindah atau menerima tawaran kerja di tempat lain selepas menerima diploma.
(g) Laluan ke Pendidikan Tinggi tanpa Keperluan Sijil SPM
Saluran-saluran kemasukan alternatif yang menyokong PSH seperti penggunaan APEL
dan juga saluran terus ke ijazah pertama sememangnya memberi kesan kepada
penganjuran program diploma eksekutif. Melalui saluran terus ke ijazah pertama, para
pekerja di pasaran tidak lagi melihat keperluan untuk diploma. Ini termasuk adanya
saluran ke ijazah pertama dari Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) melalui Open
Entry dengan menduduki RPL. Ini tidak menyokong penawaran program diploma
eksekutif.
Penawaran Program Tanpa Akreditasi
Ketiadaan penguatkuasaan yang mewajibkan semua IPT untuk mendapatkan akreditasi MQA
telah menyebabkan wujudnya dua bentuk diploma eksekutif yang ditawarkan di pasaran iaitu
yang berakreditasi dan tanpa akreditasi. Program yang berakreditasi menghadapi kesukaran
untuk menyaingi program tanpa akreditasi khususnya daripada segi pengambilan pelajar
kerana terikat dengan syarat kemasukan yang ketat mengikut garis panduan yang ditetapkan
khususnya keperluan pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan dengan program yang
ingin diikuti.
Kesan daripada akreditasi ini khususnya kepada UMCCed dapat dilihat dalam Rajah 1 iaitu
berdasarkan kepada trend ambilan pelajar selepas akreditasi yang semakin menurun di mana
terdapat program yang mengalami penurunan serius sehingga hampir 80 peratus selepas
eksesais akreditasi khususnya bagi program dalam bidang yang spesifik.
Syarat kemasukan yang ketat ini menyebabkan program yang berakreditasi ini kurang
berdaya saing berbanding program tanpa akreditasi yang tidak tertakluk kepada syarat
kemasukan ditetapkan MQA serta ditawarkan dengan jangkamasa pengajian lebih pendek.
Permintaan bagi program tanpa akreditasi ini tetap mendapat sambutan disebabkan terdapat
para majikan sektor swasta yang masih tidak mengguna pakai standard pensijilan MQA bagi
tujuan perjawatan seperti mana amalan oleh sektor awam.
13
Rajah 2: Perbandingan Respon Ambilan Diploma Eksekutif (2011,2014)
Rajah 3: Kadar Penurunan Respon (2011, 2014)
Sumber: Analisis Perbandingan Respon Diploma Eksekutif UMCCed 2011,2014
Selain itu, para graduan program “eksekutif” ini juga turut berpeluang untuk melanjutkan
pengajian kerana terdapat banyak universiti luar negara yang bekerjasama dengan IPTS
tempatan menawarkan peluang lanjutan pengajian serta pemberian pengecualian kredit.
0
100
200
300
400
500
600
700
SumberManusia
Pengurusan Perniagaan PendidikanAwal Kanak-
kanak
PentadbiranPerakaunan
Kaunseling TeknologiMaklumat
2011 2014
-77%
-40%
-62%
-78%
-67%
-32%
-73%
-90%
-80%
-70%
-60%
-50%
-40%
-30%
-20%
-10%
0%
SumberManusia Pengurusan Perniagaan
PendidikanAwal Kanak-
kanak
PentadbiranPerakaunan Kaunseling
TeknologiMaklumat
14
Kepelbagaian Kaedah Pembelajaran
Program Diploma Eksekutif di UMCCed sehingga kini masih dilaksanakan melalui kaedah
konvensional iaitu memerlukan masa pertembungan di antara pelajar dengan pensyarah
mengikut jam kuliah yang ditetapkan. Kelas yang dijalankan pada setiap hujung minggu
memerlukan komitmen daripada para pelajar untuk berkorban cuti hujung minggu mereka
kecuali pada cuti semester yang diperuntukkan.
Perkembangan pesat teknologi internet telah membuka laluan bagi memudahkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran khususnya kepada golongan bekerja yang perlu mengurus masa
secara lebih terancang. Melalui teknologi internet, pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran alternatif meliputi Pengajian Jarak Jauh dan Terbuka (Open and Distance
Learning, ODL), e-pembelajaran dan pembelajaran bercampur telah dapat ditawarkan oleh
penyedia program PSH melalui pembangunan sistem pembelajaran dan pengurusan pelajar
dengan kos yang berpatutan. Menurut Noesgaard (2015), daripada 66 kajian berkaitan e-
pembelajaran yang pernah dijalankan, hanya 10 peratus sahaja yang mengatakan kaedah
pembelajaran secara e-pembelajaran sebagai tidak efektif manakala 67 peratus mengatakan
ianya efektif dan selebihnya separa efektif.
Melalui kaedah pembelajaran ini juga, golongan bekerja kini mempunyai pilihan untuk tidak
lagi terikat dengan komitmen untuk menghadiri kuliah pada setiap hujung minggu. Ini adalah
kerana kaedah pembelajaran yang lebih fleksibel ini hanya menghendaki kehadiran
bersemuka yang minimum pada setiap semester dan ada di antaranya tidak mewajibkan
langsung kehadiran para pelajar dalam sesi kuliah.
Berdasarkan keadaan ini, program diploma eksekutif khususnya yang ditawarkan oleh
UMCCed yang ditawarkan melalui kaedah konvensional mengalami kesukaran untuk
menarik penyertaan golongan bekerja dan mengurangkan daya saing program ini berbanding
program yang ditawarkan IPT lain dalam pasaran. Kaedah pembelajaran konvensional ini
juga secara tidak langsung menjadikan saiz pasaran hanya terhad kepada masyarakat yang
bekerja atau tinggal berhampiran dengan lokasi pusat pembelajaran sahaja serta tidak
berpeluang untuk menawarkan program kepada pasaran pelajar luar negara yang lebih besar.
15
Kesan Syarat Kemasukan
Beberapa kesan hasil daripada syarat-syarat kemasukan adalah:
(i) Kemasukan Fleksibel
Pelancaran PSPTN pada 2007 telah menyaksikan kebanyakan UA mula berlumba-lumba
menawarkan program-program PSH pada pelbagai peringkat bagi tujuan penjanaan
pendapatan dalaman. Ini adalah kerana PSPTN mensasarkan pengurangan peruntukan dana
kepada UA secara berperingkat di mana UA perlu menjana pendapatan dalaman bagi tujuan
pembiayaan belanja mengurus dan pembangunan. Sasaran yang diletakkan bagi penjanaan
pendapatan dalaman ini adalah sebanyak 15 peratus pada tahun 2007 sehinggalah mencapai
40 peratus menjelang tahun 2020. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan pihak UA
mengambil beberapa langkah untuk menjana pendapatan sendiri khususnya bagi
meningkatkan enrolmen pelajar PSH termasuklah menurunkan syarat kelayakan masuk bagi
program akademik yang ditawarkan.
UMCCed yang menawarkan program pada peringkat diploma eksekutif yang mensasarkan
kumpulan peserta dengan kelayakan minimum SPM turut mengalami kesan kemerosotan
kerana terpaksa bersaing dengan program di peringkat sarjana muda dan sarjana yang
ditawarkan oleh sebahagian IPT termasuk UA yang kini membuka laluan kemasukan kepada
warga bekerja melalui syarat kemasukan yang rendah dan fleksibel. Warga bekerja dengan
kelayakan SPM kini mempunyai pilihan untuk terus mengikuti pengajian di peringkat sarjana
muda tanpa perlu memiliki kelayakan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau diploma
seperti mana yang ditetapkan bagi kemasukan program sarjana muda arus perdana.
Menurut Mulvenon & Robinson (2014), kebanyakan institusi telah mengambil langkah
menurunkan standard kemasukan bagi tujuan meningkatkan enrolmen pelajar. Langkah ini
pastinya memberi kesan positif dan negatif kepada universiti. Kesan positif adalah
pertambahan enrolmen pelajar dan meningkatkan pendapatan tetapi kesan negatifnya adalah
jauh lebih signifikan iaitu penurunan bilangan pelajar yang dapat menamatkan pengajian
mengikut tempoh yang ditetapkan (Graduation On Time, GOT) selain menjejaskan
kedudukan (ranking) dan reputasi universiti.
16
(ii) Kemasukan Terbuka (Open Entry)
Tambahan daripada itu, pengenalan kemasukan terbuka (open entry) oleh Kementerian
Pengajian Tinggi pada tahun 2006 kepada sebahagian universiti swasta seperti Open
University Malaysia (OUM), Wawasan Open University (WOU) dan Asia E-University
(AeU) telah membuka ruang kepada ramai golongan dewasa yang mempunyai pengalaman
bekerja untuk mengikuti pengajian terus sehingga ke peringkat sarjana.
(iii) Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL)
Selain itu, pengenalan kemasukan melalui APEL oleh pihak KPT bermula tahun 2011 turut
memberi impak dua hala secara tidak langsung terhadap penyertaan program diploma
eksekutif. Menurut Garis Panduan Amalan Baik: APEL yang dikeluarkan oleh pihak KPT,
APEL didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi
dan penilaian terhadap pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu seperti ilmu
pengetahuan, kemahiran dan sikap, untuk menentukan tahap seseorang individu telah
mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan, bagi mengakses sesuatu program pengajian.
Pengenalan APEL pada satu sudut sememangnya memberi kesan positif untuk menggalakkan
penyertaan golongan bekerja dalam program PSH termasuklah diploma eksekutif. Melalui
APEL pemohon yang mempunyai kelayakan SPM tetapi tidak memenuhi bilangan kredit
yang diperlukan boleh memohon mengikuti program diploma eksekutif selepas memenuhi
syarat penilaian yang ditetapkan oleh pihak MQA. Walau bagaimanapun, penyertaan melalui
APEL bagi program diploma eksekutif ini masih lagi pada tahap yang rendah iaitu kurang 10
peratus daripada keseluruhan permohonan yang diterima oleh UMCCed.
APEL, pada satu sudut yang lain pula pada masa yang sama memberi impak negatif kepada
pengambilan program diploma eksekutif kerana golongan bekerja kini mempunyai pilihan
yang pelbagai sama ada untuk memohon ke peringkat diploma eksekutif mahu pun peringkat
yang lebih tinggi dengan kelayakan akademik yang minimum dan pengalaman bekerja.
Persepsi Terhadap Program Eksekutif
Penawaran program diploma eksekutif oleh UMCCed sejak 1998 tercetus daripada
permintaan tinggi khususnya daripada golongan bekerja sektor swasta bagi tujuan
pembangunan kerjaya. Sebagai komponen sebuah UA, UMCCed tidak tertakluk kepada
peruntukan dan keperluan akreditasi yang pada masa tersebut dikawal selia oleh Lembaga
17
Akreditasi Negara (LAN). Program yang ditawarkan ini merupakan program yang bersifat
spesifik bagi tujuan perkembangan kerjaya dan bersifat terminal di mana tiada laluan yang
disediakan untuk tujuan lanjutan pengajian.
Penubuhan MQA pada tahun 2007 bagi menggantikan fungsi LAN memperlihatkan
perluasan kawal selia akreditasi ini kepada semua IPT termasuk UA. Sehubungan itu timbul
isu keperluan akreditasi bagi program yang ditawarkan oleh UMCCed serta semua IPT yang
menawarkan diploma eksekutif ini dengan piawaian yang berbeza dan pelbagai. Hanya pada
tahun 2010 MQA menyediakan garis panduan untuk akreditasi diploma eksekutif ini dan
diletakkan setaraf dengan program peringkat diploma pada tahap 4 MQF.
Disebabkan penawaran program diploma eksekutif ini telah melalui tempoh yang lama tanpa
akreditasi maka telah wujud persepsi di kalangan masyarakat serta para majikan bahawa
program dengan nama "eksekutif" ini adalah program yang tidak berakreditasi. Selain itu,
terdapat juga kekeliruan untuk menjelaskan perbezaan di antara diploma dan diploma
eksekutif yang telah menimbulkan persepsi bahawa program diploma eksekutif ini adalah
kurang berkualiti berbanding diploma. Berdasarkan ini, UMCCed menghadapi cabaran sengit
untuk mengubah persepsi terhadap program diploma eksekutif yang ditawarkan walau pun
kebanyakan program telah pun memperoleh akreditasi penuh MQA. Menurut Mcneal (2007,
dalam Durmaz, 2011), persepsi mempunyai kesan langsung terhadap tingkah laku pengguna.
Persepsi pengguna ini adalah amat penting dalam mempengaruhi tingkah laku mereka dalam
membuat pembelian dan adalah amat penting bagi para pemasar memahami persepsi
pelanggan mereka dengan baik (Durmaz, 2011).
Keraguan serta kurang maklumat berhubung status akreditasi program-program diploma
eksekutif ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada kurangnya sambutan terhadap
program ini.
Peluang Melanjutkan Pengajian bagi Graduan Diploma Eksekutif
Walaupun bukan semua graduan Diploma Eksekutif berhasrat untuk melanjutkan pengajian
ke peringkat seterusnya, namun terdapat sebahagian daripada mereka khususnya yang telah
lama mininggalkan alam persekolahan menjadikan program diploma sebagai platform
persediaan sebelum.ke peringkat ijazah pertama. Walau bagaimanapun, wujud kekangan
untuk memenuhi kehendak mereka, iaitu:
18
(i) Mereka adalah golongan dewasa bekerja yang mempunyai komitmen terhadap
keluarga dan diri sendiri dengan tanggungan kewangan sehingga mereka amat
bergantung kepada keperluan untuk bekerja. Tanpa pekerjaan tersebut, struktur
sosial diri dan keluarga adalah terganggu. Ini bermaksud mereka tidak dapat
melepaskan pekerjaan mereka semata-mata untuk mengikuti pengajian sepenuh
masa di universiti.
(ii) Dalam zaman ini, kebanyakan pelajar ingin melanjutkan pengajian selepas peringkat
diploma eksekutif terus ke peringkat sarjana kerana wujudnya peluang-peluang
tersebut dalam pasaran.
(iii) Terdapat pandangan dalam UA dan universiti swasta bahawa pengajian diploma
eksekutif adalah kurang berkualiti dan substandard khususnya hasil wujudnya
program tanpa akreditasi sedia ada oleh institusi swasta. Malah, persepsi negatif ini
juga menghalang pengambilan pelajar terbaik sekali pun ke arus pengajian sepenuh
masa (sekiranya ada permohonan). Proses untuk memulakan pengambilan pelajar
diploma eksekutif (berakreditasi) khususnya ke peringkat ijazah pertama di UA
dijangka akan menelan masa dan usaha sehingga persepsi negatif ini dapat dikikis
sama sekali.
(iv) Berdasarkan Standard Diploma Eksekutif oleh MQA (2013), walaupun diploma
eksekutif boleh digunakan sebagai kelayakan masuk ke peringkat ijazah pertama,
namun para pelajar tidak mendapat kelebihan untuk pindahan kredit sepert mana
program diploma.
Kekangan Individu
Selain persepsi pengguna yang masih kabur, keadaan ekonomi semasa dengan kos sara hidup
yang tinggi secara amnya turut menyumbang terhadap kurangnya penyertaan dalam program
PSH seperti mana dinyatakan oleh Barnett (2010) iaitu faktor kewangan adalah antara sebab
utama mengapa golongan bekerja tidak menyambung pengajian mereka.
Berhubung penyediaan dana untuk menyambung pengajian, pelajar diploma eksekutif yang
berakreditasi kini berupaya mendapat pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Negara (PTPTN). Walau pun begitu, terdapat syarat kelayakan yang mengekang
sebahagian warga kerja untuk mendapat kemudahan ini khususnya kelayakan umur di bawah
45 tahun selain kadar pembiayaan yang tidak mencukupi. Kekangan pembiayaan PTPTN ini
memberi kesan langsung kepada penyertaan penjawat awam yang tidak mempunyai banyak
19
pilihan selain daripada menunggu peluang dan giliran mendapatkan pembiayaan majikan.
Berbanding penjawat awam, pekerja sektor swasta mempunyai sumber pembiayaan yang lain
melalui pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau pembiayaan
oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) bagi majikan yang membayar levi.
Sungguh pun begitu, tidak semua dapat menggunakan kaedah pembiayaan ini sepenuhnya
kerana sebahagian simpanan Akaun 2 KWSP turut banyak digunakan untuk tujuan lain
khususnya pembelian rumah manakala pembiayaan PSMB adalah tertakluk kepada
pertimbangan majikan.
Menurut kaji selidik National Adult Learner Survey 2010 oleh Department for Business,
Innovation and Skills, United Kingdom, halangan utama golongan dewasa untuk terus belajar
adalah disebabkan faktor kos (58%), kekurangan masa (42%), pekerjaan (29%) dan keluarga
(25%). Kaji selidik ini juga mendapati mereka yang tidak mempunyai sebarang kelayakan
akademik kurang berkeyakinan untuk menyambung pelajaran selain sukar mendapatkan
program yang bersesuaian dengan mereka. Selain itu, kaji selidik ini juga mendapati motivasi
untuk belajar turut dipengaruhi oleh faktor umur di mana golongan muda berumur 16 hingga
39 tahun menyambung pengajian bagi tujuan meningkatkan prospek pekerjaan (kenaikan
pangkat dan gaji) manakala golongan pekerja yang lebih berumur bertujuan untuk
meningkatkan prestasi dan kepuasan kerja.
Menurut Tozser (2012), mereka yang tidak mengikuti program PSH adalah disebabkan
halangan-halangan yang terdiri daripada: a) halangan situasi; b) halangan institusi; c)
halangan personaliti; dan d) halangan maklumat. Halangan situasi timbul daripada keadaan
kehidupan seseorang seperti kekurangan masa kerana kerja dan/atau tanggungjawab keluarga.
Halangan institusi adalah amalan dan prosedur yang menghalang penyertaan seperti yuran
atau penawaran kursus yang terhad. Halangan personaliti pula merujuk kepada sikap dan
kecenderungan terhadap pembelajaran manakala halangan maklumat merujuk kepada
kekurangan maklumat mengenai program pendidikan dan latihan yang ditawarkan serta
faedah program-program tersebut.
Perkembangan Teknologi Pemasaran
Perkembangan teknologi pada masa kini telah mengubah gaya hidup serta tingkah laku
pengguna khususnya cara mereka bertindak balas terhadap maklumat yang disampaikan.
Menurut kajian Yahoo Mindshare mengenai trend penggunaan telefon mudah alih di
20
Malaysia mendapati 68 peratus pengguna Malaysia masing-masing menggunakan peranti
mudah alih untuk saling berhubungan dan memenuhi tabiat waktu pagi; aktiviti masa lapang
(66 peratus), memperoleh berita (63 peratus) dan mendapatkan maklumat di mana sahaja (57
peratus) (Bernama, 2014).
Kesan teknologi khususnya dalam penggunaan telefon mudah alih dapat dilihat dalam
konteks pemasaran program UMCCed di mana respon terhadap pengiklanan melalui akhbar-
akhbar utama semakin menurun saban tahun. Berdasarkan analisis respon iklan yang diterima
melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS), tahun 2015 menyaksikan penurunan respon hampir
60 peratus berbanding respon yang diterima pada tahun 2013. Walau bagaimanapun, pada
masa yang sama jumlah purata pelawat laman web rasmi UMCCed meningkat sebanyak 150
peratus pada tahun 2015 berbanding tahun 2013.
BerdasarkanKaji Selidik Respon Ambilan Diploma Eksekutif UMCCed yang diadakan pada
ambilan program tahun 2012 (Rajah 4), maklum balas responden menunjukkan sumber utama
bagaimana mereka mengetahui berkenaan penawaran program adalah daripada iklan akhbar
iaitu merangkumi 51 peratus. Walau bagaimanapun, iklan akhbar sebagai sumber maklumat
telah menurun kepada 25 peratus sahaja pada tahun 2015 iaitu penyusutan sebanyak 50
peratus. Menerusi kaji selidik ini juga didapati sumber maklumat berasaskan internet meliputi
iklan, enjin carian dan media sosial telah meningkat daripada 18 peratus pada tahun 2012
kepada 35 peratus pada tahun 2015 iaitu lonjakan sebanyak 94 peratus.
Rajah 4: Perbandingan Medium Pemasaran
Sumber: Kaji Selidik Respon Ambilan (2012-2015) Diploma Eksekutif UMCCed
21
Menurut kaji selidik Google Consumer Barometer 2015, 96 peratus penduduk Malaysia kini
memiliki telefon mudah alih di mana 71 peratus daripadanya adalah telefon pintar. Tahap
penggunaan internet pula mencapai tahap 68 peratus populasi meliputi 20.6 juta pengguna
aktif. Daripada jumlah keseluruhan pengguna aktif ini, 18 juta adalah terdiri daripada
pengguna internet mudah alih. Dapatan kaji selidik ini juga menunjukkan pengguna media
sosial aktif di Malaysia kini telah mencapai 18 juta orang di mana 89 peratus daripadanya
mengakses media sosial menggunakan peranti mudah alih.
Perubahan tingkah laku pengguna daripada media tradisional kepada media berasaskan
teknologi internet khususnya laman sosial dan pelbagai aplikasi pengguna telefon pintar telah
menyebabkan para pengeluar produk atau perkhidmatan mempelbagaikan kaedah pemasaran
mereka. Kaedah pemasaran melalui media baharu ini merupakan tambahan kepada kaedah
pengiklanan tradisional sedia ada meliputi media cetak dan elektronik yang telah diamalkan
sejak sekian lama. Kepelbagaian kaedah pemasaran ini terpaksa dilaksanakan bagi tujuan
memaksimumkan impak pemasaran kerana para pengguna kini mempunyai akses kepada
pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat.
Tambahan pula, syarikat-syarikat serta individu yang terlibat dalam pembangunan perisian
pula semakin berlumba-lumba untuk membangunkan pelbagai aplikasi berasaskan telefon
pintar selain platform media sosial yang pelbagaian menjadikan pemasaran pada masa kini
semakin kompleks dan memerlukan kos yang tinggi.
Dalam keadaan pasaran yang sengit, para pengeluar produk atau perkhidmatan terpaksa
mengeluarkan kos yang tinggi bagi memenuhi setiap segmen media supaya sesuatu kempen
pemasaran dapat dilaksanakan dengan liputan yang maksima.
7. CADANGAN
Berikut diberikan beberapa cadangan, dan sesetengahnya adalah perkara dasar yang perlu
diambil tindakan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.
Memperluaskan Pengembangan Program Diploma Eksekutif
Dengan adanya kekangan yang dihadapi dalam akses program diploma eksekutif oleh UA
kepada lebih ramai lagi peserta, maka penyedia program seperti UMCCed perlu meneliti
22
pelaksanaan program melalui pembelajaran secara e-pembelajaran (e-learning) serta
pendidikan secara terbuka dan jarak jauh (Open and Distance Learning (ODL).
Memperluas Promosi Program dan Kesedaran PSH
Kertas kajian oleh Maniam dan Kuppusamy (2016) telah menemui bahawa pelajar-pelajar
yang mengikuti program-program PSH sendiri tidak tahu tentang PSH. Mereka yang belum
lagi terlibat dalam PSH sudah pasti tidak memahami juga tentang PSH. Adalah dicadangkan
Kementerian Pendidikan Tinggi mempergiatkan lagi konsep PSH untuk meningkatkan lagi
minat dan seterusnya penyertaan dalam khususnya oleh golongan bekerja.
Melonggarkan Syarat Kemasukan yang lebih Fleksibel
Ramai ahli masyarakat sedia ada memasuki pasaran gunatenaga manusia serta-merta selepas
peperiksaan SPM dan ramai juga tidak mempunyai bilangan kredit yang diperlukan untuk
menyambung pengajian dalam program-program PSH, khususnya diploma eksekutif.
Kemasukan ke program diploma eksekutif seboleh-bolehnya perlu disokong walau pun tidak
mempunyai sebarang kredit untuk memberi peluang kepada golongan sedemikian
meningkatkan kelayakan akademik mereka yang akan turut dapat meningkatkan pendapatan
mereka sejajar dengan rancangan kerajaan ke arah negara berpendapatan tinggi.
Kelonggaran juga perlu dipertimbangkan khususnya keperluan pengalaman kerja yang
berkaitan sebagai syarat kemasukan kerana terdapat sebahagian golongan bekerja yang
berhasrat mengikuti pengajian bagi tujuan menukar kerjaya dalam bidang yang mereka
minati. Keperluan syarat kemasukan yang ditetapkan pada masa ini telah menyebabkan ramai
pemohon tidak dapat mengikuti pengajian disebabkan ketiadaan pengalaman yang berkaitan
dengan program yang dipohon.
Memperluas Pembiayaan Program
Pada masa ini, pelajar-pelajar yang mengikuti program diploma eksekutif ini
berupayamendapat pinjaman dari PTPTN selain mengeluarkan sebahagian simpanan mereka
dalam akaun KWSP. Untuk menjayakan Lonjakan Ketiga dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2015-2025) (Pendidikan Tinggi), adalah penting bakal calon yang
ingin terlibat disokong oleh dana dari tabung khas yang disediakan seperti PSMB tetapi kali
ini untuk kegunaan dan permohonan individu. Tabung tersebut boleh disumbangkan oleh
industri dalam konteks Tanggung jawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility).
23
Tabung sedemikian berupaya membantu mereka yang baharu sahaja memasuki pasaran
gunatenaga yang tidak dapat dibantu oleh simpanan mereka di KWSP.
Mempercepatkan Proses Penyenaraian di MQR
Penganjuran program diploma eksekutif di bawah swa-akreditasi sewajarnya membawa
manfaat mudah kepada PTj di bawah universiti berkenaan. Namun, untuk menjayakan
penganjuran program diploma eksekutif oleh UA, adalah dicadangkan pihak MQR terus
mendaftar program-program yang berjaya diluluskan oleh Senat Universiti dan LPU,
khususnya untuk Akreditasi Sementara. Dengan penyenaraian terus melalui kepercayaan
yang diberi kepada institusi yang diberi status swa-akreditasi, maka sudah pasti calon-calon
yang berminat untuk mengikuti program tersebut tidak akan teragak-agak untuk mendaftar ke
program berkenaan.
Memberikan Nilai Tambah Melalui Pemindahan Kredit
Bagi tujuan menggalakkan lagi penyertaan masyarakat di dalam program PSH, perlu wujud
satu kesinambungan di antara program-program yang ditawarkan khususnya berbentuk
akademik. Pemindahan kredit di antara program khususnya diploma eksekutif ke peringkat
ijazah pertama akan memberi nilai tambah kepada program PSH sedia ada serta menarik
lebih ramai graduan diploma eksekutif untuk melanjutkan pengajian mereka.
Melengkapkan Penyenaraian Program PSH dalam MQF
Pada masa ini, hanya terdapat program diploma eksekutif sahaja yang disenaraikan dibawah
sektor PSH dalam MQF. Pihak KPT dan MQA seharusnya mengambil langkah segera
mewujudkan senarai serta standard bagi kelayakan program akademik di peringkat tinggi
yang lain dalam MQF di bawah sektor PSH bagi tujuan menyediakan laluan pendidikan yang
jelas bagi golongan bekerja mengikuti program PSH.
8. KESIMPULAN
Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati bahawa penawaran program diploma eksekutif
sememangnya telah memberi kesan positif khususnya dalam pembangunan kerjaya golongan
bekerja selain peningkatan pengetahuan secara berterusan melalui lanjutan pengajian ke
peringkat lebih tinggi.Walau bagaimanapun, cabaran dan kekangan khususnya disebabkan
persaingan oleh institusi pembekal latihan, sumber kewangan terhad, ketidakseragaman
dalam pemakaian standard akreditasi selain perkembangan pesat teknologi dan kepelbagaian
24
kaedah pembelajaran telah memberi impak terhadap pendekatan pemasaran khususnya untuk
menarik lebih ramai golongan bekerja mengikuti program ini.
Kertas ini juga mendapati bahawa pengakreditasian program diploma eksekutif telah
memberi kesan negatif terhadap enrolmen pelajar disebabkan oleh syarat kemasukan yang
ketat. Bagi memastikan program PSH ini dapat terus berdaya saing, pihak MQA khususnya
perlu melihat semula serta mempertimbang untuk mengurangkan halangan serta memberi
kelonggaran terhadap syarat kemasukan khususnya bagi program berbentuk PSH yang lebih
fleksibel. Ini adalah perlu bagi memperluaskan lagi akses kepada program PSH ini tanpa
meletakkan sekatan kepada mana-mana individu yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian
selaras dengan hasrat kerajaan untuk membudayakan PSH di kalangan masyarakat.
RUJUKAN
Aspin, D. & Chapman, J. (2001), “Lifelong learning: concepts, theories and values”, kertas
dibentangkan dalam The Standing Conference on the University Teaching and Research in
the Education of Adults (SCUTREA) 31st Annual Conference, 3-5 Julai, University of East
London.
Barnett, Deborah R. (2010), "Adult Education: Motivation and Recruitment of Working
Adults in the Pursuit of Higher Education". Master of Science Theses diserahkan kepada
Southern Illinois University Carbondale, Paper 349.
http://opensiuc.lib.siu.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1356&context=theses
Bernama (2014), “Malaysians Avid Readers of Breaking News – Yahoo”,
http://www.bernama.com/bernama/v7/ge/newsgeneral.php?id=1092363
Google Consumer Barometer 2015, https://www.consumerbarometer.com
Kementerian Pendidikan Malaysia (2015), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2015-2025 (Pendidikan Tinggi), Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006), Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara:
Peletakan Asas Melangkaui 2020, Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
http://www.perpustakaan.jpm.my:8080/webopac20/Record/0000018413
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2011), Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara
Fasa 2 (2011 – 2015): Mencetus Transformasi Pengajian Tinggi, Putrajaya: Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia.
Knapper,C.K. & Cropley,A.J. (2000),Lifelong Learning in Higher Education, London:
KoganPage.
25
Laal, M. &Salamati, P. (2012), “Lifelong learning; why do we need it?”, Procedia - Social
and Behavioral Sciences, Vol. 31, 399 – 403, World Conference on Learning, Teaching &
Administration - 2011.
Maniam, K. & Kuppusamy, S. “Lifelong Learning of Working Adults and Organisational
Support”, Kertaskerja dibentangkan dalam Persidangan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2016
(PSH2016), Universiti Malaya, 27-28 September 2016.
MQA (2013), Standard Diploma Eksekutif (revised version), Petaling Jaya, Agensi
Kelayakan Malaysia.
Mulvenon, S.W.& Robinson, D.H. (2014), “The Paradox of Increasing both Enrollment and
Graduation Rates: Acknowledging Elephants in the Ivory Tower”, International Journal of
Higher Education, Vol. 3(1), 66-70, DOI: 10.5430/ijhe.v3n1p66.
National Adult Learner Survey 2010 (October 2012), Bis Research Paper No 63, Department
for Business, Innovation and Skills, United Kingdom, www.bis.gov.uk
Ngo Jian Yee, Muhamad Roslan Omar, Mohd Mahzan Awang, Faridah Mydin Kutty &
Abdul Razaq Ahmad (2014), “Tren Guna Tenaga Buruh Mengikut Sektor Pekerjaan dan
Tahap Pendidikan dari Tahun 2001 hingga 2012”, Kertas kerja dibentang dalam International
Social Development Conference (ISDC2014), 12-13 Ogos, Langkawi, Malaysia.
Noesgaard S. S. and Ørngreen R. (2015), “The Effectiveness of E-Learning: An Explorative
and Integrative Review of the Definitions, Methodologies and Factors that Promote e-
Learning Effectiveness”, The Electronic Journal of eLearning, Vol. 13(4), 278-290,
www.ejel.org
Siemens, G. (2005),“Connectivism: A Learning Theory for the Digital Age”, International
Journal of Instructional Technology and Distance Learning, 2(1), 3-10.
Tozser, Zoltan (2012), “Adult Learners’ Motivations and Barriers to Participation in Higher
Education”, kertas dibentangkan dalam persidangan The European Conference on
Educational Research 2012(ECER 2012): The Need for Educational Research to Champion
Freedom, Education and Development for All, European Educational Research Association
(EERA), 18 September.
Unit Perancang Ekonomi (2015), Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) 2016-2020,
Kuala Lumpur, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,
http://rmk11.epu.gov.my/index.php/bm/
Yakup Durmaz & Ibrahim Diyarbakirlioĝlu, “A Theoretical Approach to the Role of
Perceptıon on the Consumer Buying Decision Process”, Business Management Dynamics,
Vol.1(3), 17-21.
Yazici, A. & Ayas, A. (2015), "Challenges and Barriers in Implementing Lifelong Learning
in Developing Countries", International Journal on New Trends in Education and Their
Implications (IJONTE), July, Vol. 6(3): 1-9.