24
Takziah kepada ahli keluarga mendiang Encik Edward Sadai ak Anja merupakan mantan Ahli Suruhanjaya yang telah meninggal dunia pada 16 Oktober 2020. Pengerusi, Ahli SPANS dan staf menzahirkan kesedihan di atas pemergian Mendiang. Takziah diucapkan kepada Encik Abdul Halim bin Jarni di atas pemergian ayahanda tercinta beliau pada 7 Disember 2020. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Tahniah kepada YBhg Datu Haji Chaiti bin Bolhassan dan Encik Liew Jiu Ming yang dilanjutkan perkhidmatan selaku Ahli Suruhanjaya SPANS untuk 2 tahun berkuat kuasa mulai Januari 2021. Malam Penghargaan SPANS 2020 telah diadakan pada 17 Disember 2020 sebagai menghargai jasa dan sumbangan semua warga kerja SPANS dan sebagai penutup aktiviti pada tahun 2020. Pemberian sumbangan khairat kematian oleh warga kerja SPANS dan Kelab KRDS BERITA SEMASA MALAM PENGHARGAAN SPANS 2020 KANDUNGAN 01 Berita semasa 02 KKSPA 1996 03 Aktiviti SPANS 04 Aktiviti Kelab 05 Motivasi Diri 06 Sudut Bahasa 07 Kenali Ahli Suruhanjaya Anda 08 Sumbangan Artikel oleh Datu Abdillah bin Adam 09 Lensa 10 Obituari 1 SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK 1

Pemberian sumbangan BeRitA SemASA kerja SPANS dan Kelab …

  • Upload
    others

  • View
    5

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pemberian sumbangan BeRitA SemASA kerja SPANS dan Kelab …

• Takziah kepada ahli keluarga mendiang Encik EdwardSadaiakAnjamerupakanmantanAhliSuruhanjayayangtelahmeninggalduniapada16Oktober2020.Pengerusi,Ahli SPANS dan staf menzahirkan kesedihan di ataspemergianMendiang.

• TakziahdiucapkankepadaEncikAbdulHalimbinJarnidiataspemergianayahandatercintabeliaupada7Disember2020.Semogarohnyadicucurirahmatdanditempatkandikalanganorang-orangberiman.

• TahniahkepadaYBhgDatuHajiChaitibinBolhassandanEncikLiewJiuMingyangdilanjutkanperkhidmatanselakuAhli Suruhanjaya SPANS untuk 2 tahun berkuat kuasamulaiJanuari2021.

• MalamPenghargaanSPANS2020telahdiadakanpada17Disember2020sebagaimenghargaijasadansumbangansemuawargakerja SPANSdan sebagaipenutupaktivitipadatahun2020.

Pemberian sumbangan khairat kematian oleh warga kerja SPANS dan Kelab KRDSBeRitA SemASA

mAlAm PeNghARgAAN SPANS 2020

KANDUNgAN01 Berita semasa 02 KKSPA 1996 03 Aktiviti SPANS 04 Aktiviti Kelab

05 motivasi Diri 06 Sudut Bahasa 07 Kenali Ahli Suruhanjaya Anda08 Sumbangan Artikel oleh

Datu Abdillah bin Adam

09 lensa 10 Obituari

1

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK 1

Page 2: Pemberian sumbangan BeRitA SemASA kerja SPANS dan Kelab …

SPANS at your service, Speed & Accuracy our priority

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK2

Butir-Butir Kesalahan dan hukuman hendaklah direkodkan 45. Tiap-Tiap tindakan tatatertib yang diambil terhadap seseorang pegawai awam yang

berkeputusan dengan hukuman dikenakan ke atas pegawai awam itu di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai awam itu dengan menyatakan butir-butir kesalahan yang dilakukan dan hukuman yang dikenakan itu.

Bil Bulan Oktober

Tarikh

1 Ceramah Hibah & Wasiat 2

2 IDECS 2020 7 - 8 3 Temuduga BPKNS (Kuching/Sibu/Miri) 9 - 11 4 Ujian Fizikal Pelatih Pengawas Hutan (Kuching/Sibu/Miri) 12

5 Temuduga Pelatih Pengawas Hutan (Kuching/Sibu/Miri) 13 -15

6 Temuduga BPKNS (Kuching/Betong/Mukah) 16 - 18

7 Temuduga Pertukaran Tetap ke Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

20

8 Pra Bengkel OACP 21

9 Mesyuarat SPANS Bil.6/2020 27

10 Mesyuarat Tatatertib Bil.6/2020 27

Bil

Bulan November

Tarikh

1 Temuduga Kenaikan Pangkat Siri 14 18

2 Temuduga Pengambilan Siri 28 - Jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan, Gred N19 (Kuching)

18

3 Mesyuarat SPANS Bil.7/2020 26

4 Mesyuarat Tatatertib Bil.7/2020 26

KKSPA 1996

AKtiviti SPANS

2

3

Butir-Butir Kesalahan dan hukuman hendaklah direkodkan45. Tiap-Tiap tindakan tatatertib yang diambil terhadap seseorang pegawai awam

yang berkeputusan dengan hukuman dikenakan ke atas pegawai awam itu di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai awam itu dengan menyatakan butir-butir kesalahan yang dilakukan dan hukuman yang dikenakan itu.

Page 3: Pemberian sumbangan BeRitA SemASA kerja SPANS dan Kelab …

SPANS at your service, Speed & Accuracy our priority

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK 3

Bil Bulan Disember

Tarikh

1 Temuduga Pengambilan Siri 29 Pemandu Kenderaan, H11 di Betong dan Sri Aman

8 - 11

2 Ujian Saringan Air Kencing oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi Jawatan Pemandu, Gred H11 di Kuching & Miri

8

3 Temuduga Pengambilan Siri 30 Pemandu Kenderaan, H11 di Kuching

9 - 11

4 Temuduga Pengambilan Siri 31 Pemandu Kenderaan, H11 di Miri 9 - 10

5 Temuduga Kenaikan Pangkat Siri 15, Gred Jusa C dan Flexi N44 –Jabatan Tanah dan Survei

10

6 Mesyuarat GMAC Bil.3/2020 di Miri 15

7 Temuduga Pengambilan Siri 32, Pemandu Kenderaan, H11 di Kuching

17 - 23

8 Malam Penghargaan SPANS 2020 17

4. Aktiviti Kelab Kelab Rekreasi dan Sosial (KRDS) SPANS telah mengadakan aktiviti Hiking di Gunung Serapi, Taman Negara Kubah, Matang yang berketinggian 911 meter / 2988 kaki dari aras laut pada 3 Oktober 2020. Program ini telah dihadiri seramai lebih kurang 40 orang yang terdiri daripada ahli-ahli kelab dan ahli keluarga mereka. Pendakian ke gunung serapi melalui trek yang bertar telah diketuai oleh Setiausaha SPANS selaku penasihat Kelab. Pendakian tersebut telah berakhir sehingga ke paras 1200 kaki sahaja. Selain pendakian, aktiviti lain yang dijalankan adalah mengutip sampah sepanjang pendakian, aktiviti barbeku dan senaman ringan. Selain itu, KRDS juga telah mengadakan sambutan hari lahir bagi ahli-ahlinya yang lahir pada bulan Oktober, November dan Disember 2020 dan sesi cabutan bertuah semasa Malam Penghargaan SPANS 2020 yang diadakan pada 17 Disember 2020 bertempat di Hotel Waterfront, Kuching.

Kelab Rekreasi dan Sosial (KRDS) SPANS telah mengadakan aktiviti Hiking di Gunung Serapi, Taman Negara Kubah, Matang yang berketinggian 911 meter / 2988 kaki dari aras laut pada 3 Oktober 2020. Program ini telah dihadiri seramai lebih kurang 40 orang yang terdiri daripada ahli-ahli kelab dan ahli keluarga mereka. Pendakian ke gunung serapi melalui trek yang bertar telah diketuai oleh Setiausaha SPANS selaku penasihat Kelab. Pendakian tersebut telah berakhir sehingga ke paras 1200 kaki sahaja. Selain pendakian, aktiviti lain yang dijalankan adalah mengutip sampah sepanjang pendakian, aktiviti barbeku dan senaman ringan.

Selain itu, KRDS juga telah mengadakan sambutan hari lahir bagi ahli-ahlinya yang lahir pada bulan Oktober, November dan Disember 2020 dan sesi cabutan bertuah semasa Malam Penghargaan SPANS 2020 yang diadakan pada 17 Disember 2020 bertempat di Hotel Waterfront, Kuching.

AKtiviti KelAB4

Page 4: Pemberian sumbangan BeRitA SemASA kerja SPANS dan Kelab …

SPANS at your service, Speed & Accuracy our priority

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK4

Page 5: Pemberian sumbangan BeRitA SemASA kerja SPANS dan Kelab …

SPANS at your service, Speed & Accuracy our priority

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK 5

Control is not leadership;management is not leadership;leadership is leadership. if you seek to lead, invest at least 50 percent of your time in leading yourself-- your own purpose, ethics, principles, motivation, conduct. Invest at least 20 percent leading those with authority over you and 15 percent leading your peers.

5.Motivasi diri

6.Sudut Bahasa

1. Rempah ratus ejaan betul rempah-ratus

2. Leukimia ejaan betulleukemia

3. Mee ejaan betul mi

4. Kuey teow ejaan kuetiau

5. Emel ejaan betul e-mel

6.Walaubagaimanapun ejaan walau bagaimanapun

Dee Ward Hock (born March 21, 1929) is the founder and former CEO of the Visa credit card association.

DeeWardHock(bornMarch21,1929)isthefounderandformerCEOofthe

Visacreditcardassociation.

mOtivASi DiRi5

SUDUt BAhASA6

1

3

5

2

4

6

Rempah ratus ejaan betul rempah-ratus

Leukimia ejaan betul leukemia

Mee ejaan betul mi

Kuey teow ejaan kuetiau

Emel ejaan betul e-mel

Walaubagaimanapun ejaan walau bagaimanapun

Page 6: Pemberian sumbangan BeRitA SemASA kerja SPANS dan Kelab …

SPANS at your service, Speed & Accuracy our priority

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK6

Datu Haji Chaiti Bolhassan dilahirkan pada 31 Disember 1954 di Kampung Bako, Kuching. Setelah menamatkan pendidikan rendah di kampungnya, beliau memperolehi Sijil Rendah Sarawak dari Sekolah Menengah Penrissen, Sijil Senior Cambridge dari Sekolah Menengah Dragon dan selepas itu Sijil Tinggi Persekolahan dari Kolej Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Miri. Beliau lulus dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada tahun 1979 dan Sarjana Pentadbiran Awam dari University of Southern California, Los Angeles, Amerika Syarikat pada tahun 1988. Beliau juga pernah mengikuti Program Eksekutif Kanan (SEP) di Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada tahun 2002. Datu Haji Chaiti Bolhassan dilantik sebagai Pegawai Tadbir Sarawak (SAO Kelas Satu) pada 16 Januari 1980 di R&DO Sri Aman. Pada tahun 1983, beliau dipindahkan ke Seksyen Latihan, Pejabat Ketua Menteri. Sekembalinya dari cuti belajar di Amerika Syarikat, beliau berkhidmat sebagai Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Perancangan Sumber dari tahun 1988 hingga 1997. Selepas itu, beliau berkhidmat sebagai Penolong Ketua Pengarah, Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Ketua Menteri selama tiga tahun sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Ketua Menteri pada bulan Mei 2000. Beliau dilantik sebagai Setiausaha Tetap, Kementerian Tanah dan Pembangunan Luar Bandar pada bulan November 2002 hingga Oktober 2009 ketika Setiausaha Tetap baru dilantik untuk Kementerian Kemajuan Tanah. Walau bagaimanapun, beliau terus berkhidmat sebagai Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Luar Bandar sehingga bersara pada Disember 2014. Pada Januari 2015, beliau dilantik sebagai Pegawai Tadbir Khas atas pelantikan kontrak di bawah Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah yang baru digabung. Di bawah portfolio baru ini, tugas dan tanggungjawab beliau berkaitan dengan pembangunan luar bandar dan wilayah di negeri ini. Pelantikan kontraknya tamat pada 31 Disember 2018. Pada 8 Januari 2019, beliau telah dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

KeNAli Ahli SURUhANjAyA ANDA7

DATU HAJI CHAITI BIN HAJI BOLHASSAN

Page 7: Pemberian sumbangan BeRitA SemASA kerja SPANS dan Kelab …

SPANS at your service, Speed & Accuracy our priority

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK 7

Beliau berbangsa Melanau telah dilahirkan di Kg. Balan, Dalat Mukah. Anak kepada seorang pekebun sagu dan nelayan sungai sambilan. Telah mendapat pendidikan awal di SRK Balan dari Sekolah Rendah 1-6. Seterusnya beliau berpindah ke SMK Three Rivers untuk menyambung pendidikan di Tingkatan 1-5 pada tahun 1970-74, seterusnya beliau menyambung pengajian ke tingkatan 6 di Kolej Tun Datu Patinggi Tuanku Hj. Bujang, Tanjung Lobang Miri pada tahun 1975-1976. Setelah mendapat biasiswa Persekutuan, beliau menyambung pengajian di Universiti Malaya pada tahun 1977-1980 dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi. Beliau seterusnya menjalani kursus 1 tahun sebagai kadet Pegawai Tadbir Diplomatik di Institut Tadbiran Awam, (INTAN) Jalan Ilmu dan memperoleh Diploma Pentadbiran Awam. Setelah disahkan dalam perkhidmatan pada tahun 1983, beliau melanjutkan pelajaran Sarjana Pentadbiran Awam secara sambilan di Universiti Malaya untuk tempoh 1983 hingga 1986. Pada tahun 1981-1989, beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha, Kementerian Kewangan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Beliau turut memperoleh Diploma dalam Pengajian Al-Quran secara sambilan dari Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam, Kajang, Selangor pada tahun 1992. Beliau kemudian ditukarkan ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur sebagai Penolong Setiausaha, Pada tahun 1993, beliau dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Pada tahun 1994-1998, beliau berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Jalan Onn, Kuala Lumpur. Seterusnya pada tahun 1998-2004, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Pentadbir, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Cawangan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching. Kemudian pada tahun 2004-2007, beliau dilantik sebagai Pegawai Kewangan Persekutuan, Kementerian Kewangan, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching. Menjelang 2007-2010, beliau ditukarkan sebagai Timbalan Setiausaha Persekutuan, di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching. Pada tahun 2013, semasa menjadi Pegawai Kewangan beliau dilantik sebagai Pengerusi Unimas Holding SDN Bhd. Beliau sekali lagi dilantik pada tahun 2010-2016 sebagai Pegawai Kewangan Persekutuan, Kementerian Kewangan, Bangunan Iskandar, Kuching. Pada tahun 2016-2017 beliau ditukarkan dan memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri, Bangi di mana beliau menangani hal-hal yang berkaitan dengan sumber manusia, pentadbiran, perolehan, pengambilan, tatatertib, aset, kewangan, IT dan pembangunan. Pada masa yang sama lantikan beliau sebagai Pengerusi UNIMAS Holdings diteruskan sehingga akhir 2018. Beliau telah dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak pada tarikh 1 November 2019.

DATU HAJJAH JABIDAH BTe MONSerI

Page 8: Pemberian sumbangan BeRitA SemASA kerja SPANS dan Kelab …

SPANS at your service, Speed & Accuracy our priority

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK8

Dato Hajjah Rabiah dilahirkan di Limbang pada 01 Ogos 1951 dan telah dibesarkan di Limbang, Lawas dan Kuching. Pendidikan awal beliau bermula di SR St. Edmunds, Limbang dan Lawas Central School. Beliau melanjutkan pendidikan menengah di Limbang Secondary School, SM St. Teresa dan SM St. Joseph, Kuching dan seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat universiti di Universiti Malaya. Kerjaya beliau sebagai guru bermula pada tahun 1975 di SMK Tun Abang Haji Openg. Pada tahun 1978-1981, beliau telah dianugerahi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Bahasa Inggeris di peringkat Diploma Lanjutan dan Sarjana di Universiti Lancaster dan Universiti Manchester, England. Semasa berkhidmat sebagai guru, pensyarah dan Pengarah Maktab Penguruan Malaysia, beliau pernah mengikuti pelbagai kursus di dalam dan luar negeri. Antara kursus yang dihadiri ialah ‘The Dynamics of Interviewing’ di SEAMEO INNOTECH Manila. Selain itu, beliau juga pernah menghadiri kursus berkaitan kepimpinan pendidikan di Ontario Universiti Canada, Universiti Auckland New Zealand, Universiti Aberdeen Scotland dan terlibat dalam lawatan berkaitan pendidikan di Jepun. Sepanjang tempoh perkhidmatan dalam bidang pendidikan, beliau telah berkhidmat sebagai guru, pensyarah dan Pengarah di Maktab Perguruan, Pengetua sekolah, Ketua Bahagian di Jabatan Pendidikan, Timbalan Pengarah dan sebelum bersara pada 31 Julai 2007 sebagai Pengarah Pendidikan. Sebagai pengiktirafan di atas khidmat beliau dalam bidang pendidikan, beliau telah dianugerah Tokoh Guru Negeri Sarawak pada tahun 2012 dan Tokoh Guru Kebangsaan pada tahun 2013. Selepas persaraan beliau pada 31 Julai 2007, Dato Hajjah Rabiah telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Majlis Islam sehingga 31 Mac 2012. Pada tahun 2008, beliau telah dilantik sebagai Ahli Panel Penasihat Islamic Information Center Sarawak (IIC) sehingga kini. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak berkuat kuasa 01 April 2012 sehingga kini. Beliau sangat berterima kasih dan menghargai kepercayaan dan pengiktirafan Kerajaan Negeri dalam pelantikan tersebut.

DATO HAJJAH rABIAH BINTI JOHArI

Page 9: Pemberian sumbangan BeRitA SemASA kerja SPANS dan Kelab …

SPANS at your service, Speed & Accuracy our priority

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK 9

Dato Chai Moi Fong dilahirkan di bandar Betong. Ayah beliau merupakan seorang pekedai runcit yang menjual pelbagai barangan dan produk. Beliau mendapat pendidikan peringkat rendah dan menengah di bahagian Betong. Pada tahun 1971 - 1972, beliau menyambung pelajaran ke Kolej Tuanku Hj Bujang, Miri.Pada tahun 1973, beliau telah dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan berkhidmat di Pejabat Daerah di Saratok dan Bintangor.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Sulit kepada Mendiang YB Datuk Chia Chin Sin yang ketika itu merupakan Timbalan Menteri, Kementerian Kebajikan Sarawak dari tahun 1981 - 1983. Setelah itu, beliau meneruskan perkhidmatan beliau di Pejabat Daerah Sri Aman pada 1984 - 1991.

Dato Chai Moi Fong juga pernah dipinjam sebagai Setiausaha di Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Perusahaan Utama Malaysia dari tahun 1992 - 1995. Pada tahun 1995 - 1996, beliau berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha, Seksyen 3 di mana beliau mengendalikan tugasan berkaitan perkhidmatan di Jabatan Ketua Menteri.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pegawai Daerah di Saratok, bahagian Sri Aman dari tahun 1996 - 2000. Beliau turut berkhidmat di Kementerian Pelancongan Sarawak sebagai Ketua Penolong Setiausaha pada tahun 2000 - 2005. Setelah dinaikkan pangkat, beliau berkhidmat sebagai Residen di Bahagian Sibu dari tahun 2005 - 2008.

Dato Chai Moi Fong dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak pada 03 Oktober 2008 sehinggalah sekarang. Beliau merupakan Ahli Suruhanjaya yang paling lama berkhidmat di SPA Negeri Sarawak dan telah menempuhi pelbagai pengalaman serta cabaran.

DATO CHAI MOI FONG

Page 10: Pemberian sumbangan BeRitA SemASA kerja SPANS dan Kelab …

SPANS at your service, Speed & Accuracy our priority

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK10

Dr. Peter anak Songan dilahirkan di Kampung Bobak, Singai, Bau, Sarawak. Ayah beliau merupakan seorang petani dan penoreh getah, dan tinggal di kawasan luar bandar dengan kemudahan yang terhad.

Beliau memulakan pelajarannya di SRK St John, Singai, Bau dan menyambung pelajaran ke tingkatan 1 hingga 3 di SMK Lundu pada tahun 1966-1969. Untuk sampai ke Pekan Lundu, beliau perlu berjalan kaki beberapa jam dari Kampung ke Pekan Bau, dan seterusnya menaiki bas ke Batang Kayan, dan lepas itu menaiki bot kecil menyusuri Sungai Kayan selama lima jam untuk sampai ke Pekan Lundu. Oleh sebab itu, beliau hanya pulang ke kampung sekali setahun. Semasa di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, beliau belajar di Dragon School, Batu 24, Jalan Kuching-Serian.

Beliau bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, beliau telah memohon dan mendapatkan biasiswa Yayasan Sarawak untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang pada tahun 1972 hingga tahun 1976 dan berjaya memperolehi Diploma Pertanian. Dr. Peter juga telah mendapatkan biasiswa Persekutuan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) untuk melanjutkan pelajaran ke Louisiana State University, Baton Rouge, Louisiana, Amerika Syarikat pada tahun 1977 hingga tahun 1981, dan beliau berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Sains Pertanian. Pada tahun 1981 hingga tahun 1986, beliau telah berkhidmat sebagai Pensyarah, di UPM Cawangan Sarawak di Semenggok, dan kemudian berpindah ke UPM Kampus Bintulu pada tahun 1987.

Pada Disember 1989, beliau telah diberi Biasiswa Persekutuan sekali lagi dan cuti belajar untuk melanjutkan pelajaran ke Cornell Universiti, Ithaca, New York dan dianugerahikan PhD dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia, Pembangunan Masyarakat dan Perhubungan Industri pada tahun 1992. Beliau kemudiannya kembali berkhidmat sebagai Pensyarah di UPM Kampus Bintulu sehingga 14 Julai 1993.

Pada 15 Julai 1993, Dr. Peter telah dilantik sebagai Pensyarah di Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Beliau telah dinaikkan pangkat ke Profesor Madya (DS54) pada 1 Januari 1997 dan seterusnya ke Profesor C (JUSA C) pada 1 Ogos 2003, dan kemudiannya ke Professor B (JUSA B) pada 28 April 2009. Beliau merupakan Profesor yang pertama daripada kaum Bidayuh.

Pada tahun 2008, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di UNIMAS sampai bersara wajib pada tahun 2014, tetapi dilantik semula secara kontrak sebagai Profesor dari 15 Oktober 2014 hingga 16 Oktober 2016. Pada 1 Ogos 2016, beliau telah dilantik sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, dan telah melaporkan diri untuk bertugas pada 17 Oktober 2016 selepas menamatkan kontrak sebagai Profesor di UNIMAS.

Dr. PeTer ANAK SONGAN (PPS, PPB, JMN, JBK)

Page 11: Pemberian sumbangan BeRitA SemASA kerja SPANS dan Kelab …

SPANS at your service, Speed & Accuracy our priority

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK 11

Dilahirkan dari keluarga berketurunan Cina dari suku Khek yang kurang berkemampuan, beliau telah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Lake, Bau dan kemudiannya berpindah ke Sekolah Menengah Kerajaan Bau. Pada tahun 1973 hingga 1974 beliau telah menyambung pelajaran ke Kolej Tuanku Haji Bujang. Setelah mendapat Higher School Certificate (HSC) pada tahun 1976 hingga 1979, beliau telah melanjutkan pengajian ke Universiti Canterbury di Christchurch, New Zealand.

Ayah beliau bekerja sebagai pelombong emas dan juga peniaga sayur di Bau. Manakala ibu beliau pula menjual kuih tradisional cina untuk membantu menampung pendidikan beliau. Ketika di Christchurch, Encik Liew pernah bekerja sambilan sebagai pembantu di restoran dan pekerja kilang untuk memperoleh pendapatan sampingan bagi menyara kehidupan.

Beliau telah menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan (Kepujian). Sekembalinya beliau ke Sarawak, beliau telah mendapat tawaran pekerjaan dan mula bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) bermula sejak 1980 hingga 2009. Sepanjang perkhidmatan, beliau pernah berkhidmat sebagai Jurutera Bahagian di Bahagian Miri. Kemudian, beliau dilantik sebagai Residen, Bahagian Kuching dari tahun 2009 hingga tahun 2011. Pada tahun 2012, beliau telah ditugaskan di Ibu Pejabat JKR dan dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Pengurusan Aset) hingga tahun 2014.

Tanggal 2 Januari 2019 hingga sekarang, beliau berkhidmat sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. Beliau berasa amat berbesar hati untuk berkhidmat sebagai Ahli Suruhanjaya setelah berkhidmat di JKR selama lebih 40 tahun sebagai Jurutera professional. Beliau gembira dan berpuas hati dapat terlibat dalam pengambilan calon dari kumpulan berpendapatan rendah ke Perkhidmatan Awam Negeri kerana dapat memberikan peluang pekerjaan yang terjamin dan stabil kepada masyarakat luar bandar.

eNCIK LIew JIU MING

Page 12: Pemberian sumbangan BeRitA SemASA kerja SPANS dan Kelab …

SPANS at your service, Speed & Accuracy our priority

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK12

Saya telah dimaklumkan oleh Encik Amrul bin Haji Yusup, Penolong Pegawai Tadbir SPANS bahawa saya telah dijadualkan bersama Datu Romie Sigan Daniel, Timbalan Pengerusi dalam Panel B bagi temu duga pengambilan jawatan Pemandu Kenderaan H11 di Miri pada 9 sehingga 10 Disember 2020. Pusat temu duga adalah di Hotel Pullman, Miri. Ekoran dari maklumat tersebut, saya telah berjumpa Datu Romie pada pagi 1 Disember 2020, bagi membincangkan jadual perjalanan ke Miri. Saya telah dimaklumkan bahawa beliau bercadang untuk menggunakan jalan raya, jika saya bersetuju saya boleh ikut bersama menggunakan Land Cruiser pejabat. Seperti pucuk dicita ulam mendatang saya bersetuju untuk ikut sama kerana ingin melihat sendiri status pembinaaan Lebuhraya Pan Borneo. Saya pernah menggunakan jalan raya dari Sibu ke Kuching pada 24 November 2017 dan pada tahun 2019 semasa mengadakan temu duga di Mukah. Ketika itu kebanyakan sektor jalan masih dalam peringkat menembok dan memotong bukit. Banyak kawasan licin dan lencongan jalan terpaksa dilakukan. Kami bertolak pada 8 Disember 2020, Datu Romie bersama Encik Iskandar bin Muhammad, pemandu kenderaan telah tiba di rumah saya jam 3.50 pagi. 10 minit lebih awal. Kami menggunakan kenderaan pacuan empat roda iaitu Toyota Fortuner QSG 4331. Keadaan cuaca pagi itu sangat baik tetapi agak dingin. Saya menggunakan jaket dan topi (cap) bagi mempastikan tidak kesejukan dalam kenderaan, lebih-lebih lagi perjalanan yang akan memakan masa lebih dari 12 jam. Saya telah meminta kebenaran daripada Datu Romie untuk duduk di hadapan, sebelah pemandu supaya saya dapat berbual-bual di samping sebagai co-pilot. Saya difahamkan Encik Iskandar tidak pernah memandu jarak jauh, paling jauh sehingga Sri Aman saja. Menyusuri Lebuhraya Pan Borneo di mana ada bahagian yang sudah sempurna dan ada bahagian yang masih dalam pembinaan, sudah tentu banyak pengetahuan tentang aspek-aspek peraturan jalan raya dan papan tanda (signage) yang perlu diketahui oleh pemandu. Saya memberitahu Encik Iskandar bahawa perjalanan kami akan merentasi 10 bahagian di Sarawak dan sudah pasti satu pengalaman yang amat berguna bagi seoang pemandu. Bagi diri saya dan Datu Romie sudah tentu amat relevan untuk melaksanakan tugas kami sebagai panel penemuduga calon Pemandu Kenderaan, gred H11. Di pagi yang hening, tidak banyak kenderaan yang kami temui di jalan raya dari Kuching ke Serian. Kami sampai di Serian jam 4.45 pagi dan meneruskan perjalanan hingga simpang Sri Aman/Sibu. Sepanjang perjalanan kenderaan kami bergerak antara 80 km sehingga 120 km sejam. Peringkat permulaan perjalanan ini memberi keyakinan kepada saya bahawa Encik Iskandar adalah seorang pemandu yang cekap, mempunyai penglihatan yang baik dan sentiasa berhati-hati di kawasan-kawasan bahaya terutama ketika hendak memotong. Perjalanan dari Serian ke Sri Aman agak sedikit mencabar kerana embun pagi yang agak tebal di kawasan-kawasan bukit menyebabkan jarak penglihatan yang agak terbatas. Di samping itu juga, terdapat beberapa lencongan jalan di tempat-tempat jalan yang dalam pembinaan. Mujur tidak banyak kenderaan berat yang bergerak di awal pagi. Keadaan jalan dari Balai Ringin ke Sri Aman juga masih lengang. Bagaimanapun kami perlu berhati-hati kerana takut ada kenderaan yang dipakir di bahu jalan.

SUmBANgAN ARtiKel8

Page 13: Pemberian sumbangan BeRitA SemASA kerja SPANS dan Kelab …

SPANS at your service, Speed & Accuracy our priority

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK 13

Perjalanan ke simpang Sri Aman/Sibu memakan masa satu jam setengah. Kami sampai ke simpang Sri Aman jam 6.15 pagi dan berhenti rehat sekejap. Jejambat yang dibina dipersimpangan jalan Sri Aman/Sibu belum siap. Bila siap nanti sudah tentu kenderaan dapat bergerak secara teratur ke laluan Sri Aman atau perjalanan ke utara. Setelah berhenti selama 15 minit, kami meneruskan perjalanan ke Betong dan Sarikei. Kami menggunakan jalan ke Pekan Betong kerana untuk melihat projek-projek pembangunan yang sedang rancak dilaksanakan di Bahagian tersebut. Saya nampak banyak perubahan berlaku kerana kali terakhir saya ke Betong ialah pada tahun 2018.

Sepanjang perjalanan dari Simpang Sri Aman ke Betong dan seturusnya ke Saratok, boleh dikatakan Lebuhraya Pan Borneo yang dalam pembinanan jauh lebih baik jika dibandingkan pada tahun 2017 dan tahun 2019. Bagaimanapun pergerakan kami dari Sebangkoi Country Park ke Pekan Sarikei agak perlahan kerana banyak kerja pemotongan bukit dijalankan. Kenderaan kami terpaksa bergerak perlahan. Kami terpaksa menunggu giliran untuk lalu di beberapa tempat lencongan kerana sebelah jalan saja boleh digunakan. Jalan juga agak licin kerana hujan renyai-renyai sepanjang pagi. Alhamdulillah kami sampai di Sarikei jam 9.30 pagi dan singgah di Nur Islamic Café. Menurut Datu Romie restaurant ini terkenal di Pekan Sarikei bagi mereka yang gemar makan kari ikan dan nasi briyani. Selepas 45 minit rehat kami pun meneruskan perjalanan ke Bintulu jam 10.15 pagi. Encik Iskandar mengisi minyak kereta di stesyen minyak Shell di Pekan Sarikei. Kami menggunakan jalan ke Jambatan Durin dan kemudian terus ke Selangau, Mukah dan menggunakan jalan Ulu Balingian terus ke Kuala Tatau dan Bintulu. Saya mendapati jalan dari Sibu ke Selangau didapati jauh lebih baik dibandingkan semasa perjalanan saya ke Mukah pada tahun 2019. Jalan pesisir yang kami gunakan dari simpang Mukah dan Ulu Balingian menuju ke Kuala Tatau dan Bintulu juga baik. Kenderaan kami bergerak lancar. Sepanjang jalan antara Kuala Tatau ke Bintulu kami nampak banyak gerai yang menjual buah terutama buah kelapa. Kami sampai di Bintulu jam 2.15 petang dan berhenti minum di sebuah kedai makan dan kemudian meneruskan perjalanan ke Miri jam 3.00 petang.

Semasa perjalanan dari Ulu Balingian ke Kuala Tatau, kami telah dipotong oleh sebuah Hilux yang dipandu laju di sebuah selekoh yang tajam. Saya memberitahu Encik Iskandar bahawa Hilux tersebut dipandu membahayakan kenderaan lain. Kebetulan bila kami sampai di jambatan Kuala Tatau, hilux tersebut terlibat dalam satu kemalangan, mungkin bertembung dengan kenderaan lain. Pengajaran yang amat penting bagi Encik Iskandar supaya tidak memotong di selekoh jalan di mana kita tidak nampak kenderaan lain yang datang dari hadapan.

Kami menggunakan jalan pesisir dari Bintulu ke Miri dan bernasib baik kerana tidak banyak kenderaan yang kami temui sepanjang jalan. Jalan agak bergelombang. Terdapat bonggol jalan disebabkan culvert bagi mengalir air dari longkang kelapa sawit sepanjang jalan. Tidak banyak perkampungan yang kami temui kerana kampung-kampung telah lama wujud di laluan Lebuhraya Pan Borneo Bintulu ke Miri. Kami sampai di Miri jam 6.00 petang dan mendaftar masuk ke hotel Pullman Miri 6.15 petang. Encik Amrul bin Haji Yusup telah menunggu kami di Lobby Hotel bagi menyerah kunci bilik. Memandangkan saya rasa letih, saya memberitahu Datu Romie dan Encik Amrul saya ingin berehat dan tidak keluar untuk makan malam. Saya bercadang untuk pesan makanan untuk di hantar ke bilik saja. Saya tidur awal malam itu, supaya lebih segar bila berhadapan dengan calon-calon Pemandu Kenderaan, gred H11 keesokan hari.

Page 14: Pemberian sumbangan BeRitA SemASA kerja SPANS dan Kelab …

SPANS at your service, Speed & Accuracy our priority

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK14

Keesokan hari, selepas sembahyang subuh saya membuat catatan tentang perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian semasa menemuduga calon.

1. Sikap • Berbudi bahasa, bersopan santun, berpakaian kemas, ketepatan masa, bertanggungjawab.2. Kesihatan • Lulus saringan air kencing, penglihatan baik, stamina, tidak merokok.3. Persediaan • Dokumen lengkap, faham tentang bidang tugas pemandu dan pengetahuan tentang

kekosongan jawatan, sanggup ditempatkan di mana-mana.4. Pengalaman• Tempoh pengalaman memandu, sejauh mana pernah memandu, jenis-jenis kenderaan yang

pernah dipandu, membaiki kerosakan mudah, ganti tayar, pengetahuan tentang service kenderaan.

5. Pengetahuan tentang papan tanda (signage) jalan• Simpang empat, Awas beri tumpuan, Halangan dihadapan, Jalan bengkang bengkok, selekoh

tajam, selekoh bahaya, Jalan berpisah arah, Simpang jalan ke kiri ke kanan, Beri laluan, Ikut arah anak panah, Tidak dibenarkan berhenti, Tidak dibenarkan meletakkan kenderaan, Tidak dibenarkan pusing, Dilarang memotong, Cerun mendaki, Lencongan, Zon had laju, Jalan tidak rata, Beri laluan dan lain-lain.

Semasa sesi temu duga pada 9 dan 10 Disember, selain menilai sikap, kesihatan, persediaan dan pengalaman seseorang calon, pengetahuan tentang papan tanda jalan (signage) adalah penting. Bagi calon yang banyak pengalaman memandu dan pernah memandu di Lebuhraya Pan Borneo, mereka telah dapat memberi jawapan yang memuaskan bila ditanya tentang papan tanda jalan (signage) yang mereka perlu beri perhatian semasa memandu. Bagi calon-calon yang kurang pengalaman mereka tidak dapat memberi jawapan yang tepat. Sepanjang tempoh 2 hari temu duga kami telah berjaya memilih 16 orang daripada 29 orang calon yang hadir temu duga mengisi kekosongan di Miri, Bintulu dan Subis. Encik Amrul dan Cik Nyam Siew Ling selaku Urus setia telah dapat menjalankan tugas dengan baik bagi melicinkan proses temuduga.

Kami telah membuat keputusan untuk bertolak dari Miri pada petang 10 Disember dan bermalam di Bintulu. Kami menggunakan jalan utama iaitu Lebuhraya yang dalam pembinaan dari Miri ke Bintulu. Kami bertolak jam 4.00 petang. Hujan turun di beberapa tempat. Bagaimanapun saya rasa amat selesa kerana ada beberapa bahagian jalan telah siap dengan sempurna. Ketika melalui tempat-tempat tersebut saya merasa seolah-olah sedang berada di Lebuhraya di Semenanjung Malaysia. Di Bintulu kami menginap di Hotel New World Suites. Kami bertolak jam 7.00 pagi selepas sarapan pagi di hotel. Kami sampai di Kuching jam 6.00 petang. Perjalanan merentasi 10 bahagian iaitu Bahagian Kuching, Bahagian Samarahan, Bahagian Serian, Bahagian Sri Aman, Bahagian Betong, Bahagian Sarikei, Bahagian Sibu, Bahagian Mukah, Bahagian Bintulu dan Bahagian Miri amat berbaloi bagi ahli panel mengenalpasti calon Pemandu Kenderaan yang sesuai bagi mengisi kekosongan di beberapa jabatan di Miri, Bintulu dan Subis. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Iskandar kerana telah memandu dengan berhemah dan memastikan ahli panel selamat sampai ke destinasi pergi dan balik.

Page 15: Pemberian sumbangan BeRitA SemASA kerja SPANS dan Kelab …

SPANS at your service, Speed & Accuracy our priority

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK 15

leNSA9Aktiviti pewasapan (fumigation) bilik fail – inisiatif dalam

Pengurusan Rekod dan Arkib SPANS- 2.10.2020

Perbincangan bersama Unit Sumber Manusia Negeri (SHRU) berkaitan persediaan penerbitan Buku Menegak Kepercayaan

– 3.10.2020

Page 16: Pemberian sumbangan BeRitA SemASA kerja SPANS dan Kelab …

SPANS at your service, Speed & Accuracy our priority

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK16

Ceramah berkenaan Hibah oleh KZ Consultancy Group

– 2.10.2020

Kunjungan Hormat oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Kota Samarahan ke atas Setiausaha

SPANS – 9.10.2020

Page 17: Pemberian sumbangan BeRitA SemASA kerja SPANS dan Kelab …

SPANS at your service, Speed & Accuracy our priority

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK 17

Ujian Fizikal & Temuduga Pelatih Pengawas Hutan di Miri

12 – 14.10.2020

Page 18: Pemberian sumbangan BeRitA SemASA kerja SPANS dan Kelab …

SPANS at your service, Speed & Accuracy our priority

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK18

Persediaan Bengkel Pembangunan Pelan Anti Rasuah Organisasi turut dihadiri Tuan Haji Adana, Pengarah, Unit Integriti dan

Ombudsman Negeri, Jabatan Ketua Menteri

Taklimat Pembangunan Pelan Anti Rasuah Organisasi oleh wakil Unit Integriti dan Ombudsman Negeri, Jabatan Ketua Menteri

12.10.2020

Page 19: Pemberian sumbangan BeRitA SemASA kerja SPANS dan Kelab …

SPANS at your service, Speed & Accuracy our priority

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK 19

Mesyuarat General Management Advisory Committee (GMAC) Bil. 3/2020 - 15.12.2020

Page 20: Pemberian sumbangan BeRitA SemASA kerja SPANS dan Kelab …

SPANS at your service, Speed & Accuracy our priority

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK20

Sekitar Malam Penghargaan SPANS 2020 17.12.2020

Page 21: Pemberian sumbangan BeRitA SemASA kerja SPANS dan Kelab …

SPANS at your service, Speed & Accuracy our priority

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK 21

Sekitar Malam Penghargaan SPANS 2020 17.12.2020

Page 22: Pemberian sumbangan BeRitA SemASA kerja SPANS dan Kelab …

SPANS at your service, Speed & Accuracy our priority

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK22

Bar

isan

Ahl

i-A

hli S

uruh

anja

ya P

erkh

idm

atan

Aw

am N

eger

i Sar

awak

Page 23: Pemberian sumbangan BeRitA SemASA kerja SPANS dan Kelab …

SPANS at your service, Speed & Accuracy our priority

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK 23

Bar

isan

Uru

s se

tia

Sur

uhan

jaya

Per

khid

mat

an A

wam

Neg

eri S

araw

ak

Page 24: Pemberian sumbangan BeRitA SemASA kerja SPANS dan Kelab …

SPANS at your service, Speed & Accuracy our priority

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK24

OBitUARi10

SPANS at your service, Speed & Accuracy our priority

Mendiang Encik Edward Sadai ak Anja merupakan bekas Penjawat Awam Negeri Sarawak dan mantan Ahli Suruhanjaya telah meninggal dunia pada tarikh 16 Oktober 2020 (Jumaat).

Mendiang dilahirkan di Betong pada 28 September 1948, telah menghembuskan nafas terakhir pada 16 Oktober 2020 jam 3.50 petang di usia 72 tahun bertempat Hospital Umum, Kuching. Mendiang telah dikebumikan pada 19 Oktober 2020 di Anglican Cemetery, Jalan Batu Kitang, Kuching. Mendiang meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

Semasa hayat beliau, Mendiang telah berkhidmat dengan kerajaan Negeri selama 37 tahun dan 8 tahun sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.

Mendiang mempunyai perwatakan peramah dan senantiasa disenangi oleh keluarga SPANS.

Kerjaya Mendiang bermula sebagai Pegawai Pentadbir Sarawak Kelas III, di Pentadbiran Bahagian Limbang pada tahun 1967 hingga 1969. Mendiang pernah berkhidmat di Pejabat Daerah Sarikei, Roban dan Mukah. Semasa di Song dan Kapit, Mendiang telah dilantik sebagai Pemangku Pegawai Daerah dan Pegawai Pentadbiran (Pembangunan). Selepas itu, Mendiang telah dilantik sebagai Pegawai Daerah di beberapa Pejabat Daerah di Sibu, Betong, Lubok Antu, Kuching dan Sri Aman. Jawatan lain yang pernah dipegang oleh Mendiang adalah Penolong Setiausaha di Kementerian Kerajaan Tempatan, Ketua Penolong Setiausaha, di Kementerian Pembangunan Sosial dan Pegawai Pembangunan Bahagian, Pejabat Residen Kuching. Jawatan terakhir yang dipegang oleh Mendiang adalah Pegawai Daerah Kanowit sebelum bersara wajib pada pada 28 September 2004 ketika berusia 56 tahun.

Pengerusi, Ahli SPANS dan staf menzahirkan kesedihan di atas pemergian Mendiang.

meNDiANg eNCiK eDWARD SADAi AK ANjA