21
PEMBANGUNAN MODUL BAGI TAJUK ‘PANDUAN MENGGUNAKAN TEKS PADA PAPARAN ELEKTRONIK’ NUR ZAWANI BINTI KAMAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN MODUL BAGI TAJUK ‘PANDUAN … · Elektronik”. Tujuan utama menghasilkan modul ini ialah untuk membantu pembangun ... dengan tajuk yang terdapat pada setiap topik dan

Embed Size (px)

Citation preview

PEMBANGUNAN MODUL BAGI TAJUK

‘PANDUAN MENGGUNAKAN TEKS PADA PAPARAN ELEKTRONIK’

NUR ZAWANI BINTI KAMAL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : PEMBANGUNAN MODUL BAGI TAJUK

PANDUAN MENGGUNAKAN TEKS PADA PAPARAN ELEKTRONIK

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya : NUR ZAWANI BINTI KAMAL

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :NO. 79, JALAN MURNI 7, EN SHAHARUDDIN MD SALLEH TAMAN SURIA, 81100

JOHOR BAHRU

Tarikh : 2 MEI 2008 Tarikh : 2 MEI 2008

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

(NAMA PENYELIA)

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda

Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia).”

Tandatangan : .......................................................

Nama Penyelia : EN SHAHARUDDIN MD SALLEH

Tarikh : 2 MEI 2008

PEMBANGUNAN MODUL BAGI TAJUK

‘PANDUAN MENGGUNAKAN TEKS PADA PAPARAN ELEKTRONIK’

NUR ZAWANI BINTI KAMAL

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : .....................................

Nama Penulis : Nur Zawani binti Kamal

Tarikh : 2 MEI 2008

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

Buat Kedua Insan yang Amatku Sanjungi,

Terima kasih di atas sokongan dan pengorbanan yang diberikan tanpa menuntut balasan.

Ibunda Norishah bt Mohd Salleh dan ayahanda Kamal bin Ariffin

Doa kalian pembakar semangatku.

Teristimewa buat Pn. Zaleha

Penat lelah ini terbayar dengan sebuah modul untuk semua

Terima kasih di atas kata-kata nasihat.

Teman-Temanku,

Doa kalian mengiringi perjalanan hidupku.

Terima kasih untuk segalanya..

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Jutaan aprisiasi buat En. Shaharuddin bin Md. Salleh selaku Penyelia Projek

Sarjana Muda saya ini. Segala tunjuk ajar, dorongan dan motivasi yang diberikan maka

dapatlah kajian ini dilaksanakan dengan jayanya. Semoga ilmu yang dicurahkan ini

dapat digunakan di masa depan.

Teristimewa buat Pn. Zaleha pencetus idea kepada pembangunan modul panduan

ini. Segala idea dan nasihat amat saya hargai. Penghargaan buat Pn. Azean bt Atan di

atas sokongan dan juga dorongan yang diberikan sepanjang saya membangunkan modul

ini.

Kepada rakan-rakan yang memberikan kritikan membina dalam usaha untuk

melihat kesempurnaan modul ini, As, Jie, Che Nie, Dayah, Faezah dan Huda, saya

dahului dengan ucapan terima kasih dan jutaan penghargaan buat mereka yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung memberikan kerjasama sepanjang pembangunan

modul ini.

v

ABSTRAK

Modul merupakan bahan pembelajaran yang bertujuan untuk membolehkan para

pelajar belajar secara sendiri. Penggunaan modul bukan sahaja dapat membantu

pengguna memahami isi pelajaran malah dapat menambahkan lagi penguasaan terhadap

sesuatu topik yang terkandung didalam modul. Jesteru itu, projek telah dijalankan bagi

menghasilkan sebuah modul bagi tajuk “Panduan Menggunakan Teks pada Paparan

Elektronik”. Tujuan utama menghasilkan modul ini ialah untuk membantu pembangun

bahan multimedia dalam menggunakan teks dalam persembahan elektronik seperti

aplikasi multimedia dan web. Modul dihasilkan dalam bahasa Melayu bagi memudahkan

pemahaman pengguna dan menggunakan Teori Beban Kognitif. Modul berkenaan

typografy ini terbahagi kepada 3 bab dan setiap bab mengandungi hasil pembelajaran

(objektif), pengenalan, isi pelajaran, latihan dan aktiviti yang dilengkapi dengan gambar

rajah berlabel sebagai rujukan dan contoh. Penilaian formatif dijalankan sepanjang

penghasilan modul ini oleh penyelia projek. Manakala penilaian sumatif telah dijalankan

oleh dua orang pakar dan juga oleh beberapa orang pelajar Fakulti Pendidikan secara

tidak formal. Penilaian dilakukan bagi mendapatkan pandangan mengenai reka bentuk

dan kandungan modul. Modul yang dihasilkan ini diharap dapat menambahkan

pengetahuan pengguna berkenaan teks pada persembahan elektronik dengan lebih baik.

vi

ABTRACT

A module is a type of learning material that enables students to learn by

themselves. The use of a module does not only help a user to understand the material

content but to also improve their mastery level towards a topic included in the module.

Therefore, a project was carried out to produce a module entitled ‘Guide to using Texts

for Electronic Interface’. The main purpose of producing this module is to help

Multimedia designers in using texts in electronic medium such as on the web or in

multimedia application. The module is in Malay so it can easily be understood by users

and using the ‘Cognitive Load Theory’. This module about typography is divided into

three chapters and each chapter contains a learning outcome (objective), introduction,

content, exercise, and activities complete with labeled images as references and

examples. Formative assessments have been carried out informally by experts and a few

students from the Faculty of Education. The assessments were done to acquire the

opinion of the design and content of the module. The module created is hoped to be able

to increase the knowledge of users about the presentation of text in electronic medium in

better way.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH x

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Balakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Skop/ Batasan Kajian 6

1.8 Definisi Kajian 6

viii

1.8.1 Reka Bentuk Antaramuka 6

1.8.2 Antaramuka 7

1.8.3 Teks 7

1.8.4 Konsep Teks 7

1.8.5 Modul 7

1.8.6 Perbezaan Individu 8

1.8.7 Teori beban kognitif 8

1.9 Penutup 8

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Antaramuka Pengguna 10

2.2.1 Elemen Multimedia dalam Antara muka 11

2.2.2 Prinsip Reka Bentuk 12

2.3 Teks 15

2.3.1 Kriteria Teks pada Antaramuka 16

2.4 Modul Pembelajaran 18

2.4.1 Proses Pembelajaran Bermodul 19

2.4.2 Jenis-jenis Modul 20

2.4.2.1 Modul Pengajaran 20

2.4.2.2 Modul Motivasi 21

2.4.2.3 Modul Latihan 21

2.4.2.4 Modul Akademik 21

2.4.3 Ciri-ciri Modul 22

2.4.4 Kelebihan Modul 24

2.5 Teori Beban Kognitif 26

2.6 Penutup 28

3 MEREKA BENTUK MODUL

3.1 Pengenalan 29

3.2 Reka Benyuk Projek 29

3.2.1 Analisis (Analysis) 30

ix

3.2.2 Reka Bentuk (Design) 31

3.2.3 Pembanggunan (Development) 31

3.2.4 Pembanggunan (Implementation) 32

3.2.5 Penilaian (Evaluation) 32

3.3 Matlamat Modul 32

3.4 Tajuk 32

3.5 Objektif Pembelajaran 33

3.6 Pengenalan 33

3.7 Latihan 33

3.8 Menyediakan Modul 34

3.9 Penilaian Modul 34

3.10 Kriti dan Semakan 35

3.11 Penutup 35

4 PEMBANGUNAN MODUL

4.1 Pengenalan 36

4.2 Kriteria Modul 36

4.2.1 Hasil Pembelajaran 37

4.2.2 Pengenalan 42

4.2.3 Isi Pelajaran 42

4.2.4 Latihan 50

4.3 Ujian Keesahan Modul 51

4.4 Penutup 53

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 54

5.2 Perbincangan 54

5.3 Kesimpulan 56

5.4 Cadangan 57

RUJUKAN 59

LAMPIRAN 63

x

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 2.1 Penonjolan akan memberikan penegasan. 13

Rajah 2.2 Keseimbangan 14

Rajah 2.3 Proses Pembelajaran Modul 19

Rajah 3.1 Model ADDIE 30

Rajah 4.1 Objektif dan Pengenalan bagi bab 1: Elemen dan Prinsip Reka Bentuk 39

Rajah 4.2 Objektif dan Pengenalan bagi bab 2: Pengenalan Teks 40

Rajah 4.3 Objektif dan Pengenalan bagi bab 3: Reka Bentuk Teks pada Skrin 41

Rajah 4.4 Penerangan berdasarkan teks dan grafik 43

Rajah 4.5 Penerangan mengenai gambar disampaikan menggunakan saiz teks yang lebih kecil daripada teks isi pelajaran.

44

Rajah 4.6 Isi kandungan menggunakan format teks yang sama dengan tajuk yang terdapat pada setiap topik dan subtopik.

45

Rajah 4.7 Paparan isi kandungan yang terdapat pada awal setiap bab. 46

Rajah 4.8 Sistem penomboran bagi setiap topik dan subtopik digunakan. 47

Rajah 4.9

Maklumat disampaikan disampaikan satu per satu dan terasing. 48

Rajah 4.10 Nota tambahan. 49

Rajah 4.11 Latihan yang disediakan di bahagian akhir setiap bab. 50

xi

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 4.1 Analisis Ujian Keesahan Terhadap Lima Orang

Rakan

52

xii

SENARAI SINGKATAN

TBK - Teori Beban Kognitif

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A

Borang soal selidik mengenai pemilihan teks bagi rekabentuk

antaramuka laman web dan CD-ROM

B

Borang Penilaian Rakan Bagi Modul “Panduan Menggunakan

Teks pada Paparan Elektronik”

C

Borang Penilaian Bagi Modul “Panduan Menggunakan Teks

pada Paparan Elektronik” (Penilaian Pakar)

BAB 1

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Penggunaan teknologi multimedia boleh digunakan dalam pelbagai bidang.

Antara bidang yang sering menggunakan teknologi ini adalah bidang perniagaan,

pendidikan, kiosk, hiburan, sumber rekreasi, pemasaran, di rumah dan di tempat-

tempat awam. Elemen yang terkandung dalam multimedia adalah teks, grafik,

animasi, audio dan video. Gabungan elemen ini membolehkan sistem pengajaran

dan pembelajaran (P&P) dijalankan dengan lebih interaktif dan berkesan.

(Baharuddin Aris, et.al, 2002)

Penyataan ini adalah sama dengan penyataan F. Hofstetter (2001), dalam

bukunya Multimedia Literacy iaitu:

“Multimedia is the use of a computer to preset and combine teks,

graphics, audio and video with link and tools that let the user

navigate, interact, create and communicate.”

Penggunaan multimedia dipersembahkan melalui web dan perisian CD-

ROM. Bagi menarik minat dan perhatian pengguna dalam menggunakan perisian

atau web, antaramuka yang menarik perlu disediakan. Penggunaan antaramuka

pengguna dibina bagi mewujudkan komunikasi dua hala antara pengguna dengan

komputer.

2

Antaramuka pengguna melibatkan reka bentuk skrin yang akan dipaparkan

kepada pengguna atau dalam erti kata lain, layout di dalam skrin monitor. Reka

bentuk skrin juga dikaitkan dengan cara setiap objek disusun dan bagaimana objek

tersebut berinteraksi dengan pengguna. Antaramuka pengguna akan mewujudkan

rasa ingin tahu melalui cara dan bentuk yang merangsang pengguna untuk menerokai

paparan elektronik iaitu perisian atau laman web (Baharuddin Aris, et.al, 2002).

Dalam paparan elektronik, reka bentuk antaramuka pengguna akan

memberikan kesan terhadap gambaran, pemahaman dan arahan yang terdapat pada

skrin komputer. Oleh itu, reka bentuk antaramuka pengguna seharusnya dibina

dalam satu gambaran yang jelas, konsisten dan menarik. Selain itu, penggunaan

konsep yang betul dalam penyusunan elemen-elemen yang terdapat dalam

multimedia adalah penting.

Dalam proses pembangunan bahan multimedia, pembangun perlu mengetahui

penggunaan konsep dan penyusunan elemen yang betul, yang perlu dan tidak perlu

dimasukkan. Oleh itu, pembangun perlu mempunyai asas dalam penyusunan elemen

dan prinsip reka bentuk sebelum membangunkan perisian.

Kini, penggunaan modul telah digunakan secara meluas di institusi pengajian

tinggi dan juga sekolah. Ini menunjukkan penggunaan modul dalam situasi P&P

bukanlah satu perkara yang baru. Selain dapat menambahkan lagi strategi P&P ia

juga dapat memupuk sikap berdikari dikalangan pelajar.

Dalam proses P&P, tenaga pelajar mengalami masalah apabila terdapat

pelbagai perbezaan individu dikalangan pelajar atau pengguna. Salah satu cara yang

sesuai bagi mengatasi masalah ini ialah dengan mengindividukan pengajaran dengan

cara mengubahsuai bahan pengajaran. Bahan pengajaran diubah tanpa mengubah

pendekatan sistem yang diamalkan dengan harapan ianya akan dapat meningkatkan

lagi perkembangan pembelajaran para pelajar mengikut keperluan dan kebolehan

mereka.

3

Modul pembelajaran merupakan satu bahan pengajaran yang menitikberatkan

pembelajaran secara individu dengan mengambil kira perbezaan latarbelakang,

minat, gaya belajar, nilai, motivasi dan lain-lain. Pelajar-pelajar terdiri daripada

individu yang berbeza antara satu sama lain. Penggunaan modul bukan sahaja dapat

membantu pengguna memahami isi pelajaran malah dapat menambahkan lagi

penguasaan terhadap sesuatu topik yang terkandung di dalam modul. Oleh itu,

penggunaan modul pembelajaran adalah sesuai digunakan oleh pelajar yang

mempunyai kecerdasan sederhana dan tinggi. (Shaharom & Yap, 1993)

1.2 Latar Belakang Masalah

Salah satu sistem komunikasi yang utama adalah perkataan. Perkataan boleh

disampaikan melalui penulisan atau lisan. Dalam penulisan, perkataan disampaikan

melalui teks. Penggunaan teks telah digunakan sejak dahulu lagi, menunjukkan

betapa pentingnya penggunaan teks dalam kehidupan seharian kita. Teks digunakan

sebagai cara manusia berkomunikasi, berkongsi maklumat, pengetahuan dan juga

perasaan. Kini, kebanyakan teks boleh digantikan dengan ilustrasi grafik. Grafik

digunakan supaya maklumat yang disampaikan adalah lebih berkesan dan bermakna.

Namun begitu, penggunaan teks tetap mempunyai kepentingannya yang tersendiri.

Penggunaan grafik juga memerlukan penerangan teks. Teks pada grafik digunakan

bagi mengelakkan salah faham mengenai gambaran grafik yang ingin disampaikan.

Dengan bantuan teknologi multimedia, elemen lain boleh dimasukkan untuk

menyampaikan suatu informasi dengan lebih berkesan dan menarik.

Teks yang diimplementasikan ke dalam perisian multimedia memerlukan

konsep yang betul supaya antaramuka mempunyai legibility yang tinggi. Konsep

yang dimaksudkan termasuklah typeface, fon, type style, saiz warna dan cara

penyampaian. Menurut Jamalludin (2000) dalam buku Pengenalan Dalam

Multimedia, teks adalah antara sumber yang terbaik bagi menyampaikan sesuatu

maklumat. Namun, kadangkala maklumat yang hendak disampaikan itu tidak dapat

diterima. Ini kerana, teks yang disampaikan tidak mengikut garis panduan yang

4

sepatutnya. Panduan bagi konsep teks amat diperlukan bagi pembangun perisian

supaya maklumat dapat disampaikan.

Kadangkala, sebuah perisian dibangunkan dengan menggunakan konsep teks

yang tidak sesuai dengan tema layout yang dipilih. Penggunaan konsep yang tidak

sesuai dapat mengelirukan pengguna. Ini kerana, pembangun mungkin mengalami

masalah dalam menggunakan konsep teks yang sesuai dengan tema layout yang

dibuat. Kesilapan konsep teks boleh mengakibatkan pengguna tidak dapat menerima

maklumat dengan pantas dan berkesan.

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dinyatakan di atas, dapat

dilihat masih ramai pembangun yang mengalami masalah dalam menyesuaikan teks

pada paparan elektronik. Tambahan pula, masih tidak terdapat modul yang memberi

panduan dalam pemaparkan teks pada paparan elektronik dalam Bahasa Melayu.

Modul akan dihasilkan dalam Bahasa Melayu supaya lebih sesuai sebagai rujukan

tambahan bagi pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang

mempelajari cara untuk mereka bentuk antaramuka. Bahan rujukan tambahan yang

sedia ada kebanyakkannya menggunakan Bahasa Inggeris aras tinggi. Penggunaan

bahasa yang terlalu tinggi dalam bahan rujukan tersebut adalah kurang sesuai kerana

akan menimbulkan masalah pemahaman dikalangan pelajar. Hal ini menyebabkan

pelajar menghadapi kesulitan dalam menjalani proses pembelajaran.

Berdasarkan keadaan ini, modul ini dibangunkan bagi mengatasi masalah

yang timbul berkenaan teks dalam menyediakan reka bentuk paparan elektronik.

Modul akan dibina dengan bertepatan dan bersesuaian dengan faktor umur,

akademik serta latar belakang pengguna.

Modul yang dibangunkan akan mengimplementasikan Teori Beban Kognitif

dalam menyampaikan isi pelajaran. Penyampaian dilakukan langkah demi langkah

5

dan menggabungkan elemen multimedia seperti teks dan grafik. Modul yang

bermutu menggunakan teks dan grafik mampu membuatkan pengguna meneruskan

pembacaan tanpa merasa bosan.

1.4 Objektif Kajian Objektif pembinaan modul adalah seperti berikut:

i) Membangunkan satu modul ‘Panduan Menggunakan Teks pada Paparan

Elektronik’ berasaskan Teori Beban Kognitif.