Upload
vokhanh
View
247
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
PEMBANGUNAN MAJALAH WEB : KERJAYA DAN TOKOH MATEMATIK
MARLIA BINTI MAT ISA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEMBANGUNAN MAJALAH WEB : KERJAYA DAN
TOKOH MATEMATIK
MARLIA BINTI MAT ISA
Tesis ini telah dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
iii
Teristimewa untuk insan – insan tersayang ........
Untuk suami tercinta Che Azman Che Zan
Yang banyak memahami, berkorban dan memberikan semangat
serta mengiringkan doa buatku agar tercapai kejayaan ini.
Untuk almarhum ayahanda tercinta
Mat Isa bin Darus. Al Fatihah
Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh ayahanda Amin
Untuk bondaku Maimunah binti Md Rejab
serta kekanda-kekanda dan adinda-adindaku,
Maisandora, Maisarah, Masrina, Muslihah, Mustaqim dan Muntasir
Untuk teman – teman seperjuangan,
Terima kasih di atas doa, bantuan dan sokongan daripada kalian
Ya Allah, Tuhan yang menetapkan segala sesuatu.
Hanya Engkaulah yang memberikan segala kekuatan padaku
Golongkanlah kami ke dalam golongan orang – orang bersyukur
Amin
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim,
Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Illahi dengan limpah dan kurnianya
mengizinkan saya menyempurnakan projek ini dengan jayanya. Semoga dengan usaha saya
ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang berkenaan serta mampu memberikan
maklumat yang berguna kepada sesiapa jua.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan khas buat pensyarah pembimbing yang
dihormati PM Dr. Zaleha binti Ismail dan En. Mohd Khalid bin Kasmin yang telah banyak
memberi tunjuk ajar, teguran yang positif, cadangan dan bimbingan dalam menyiapkan
projek ini. Terima kasih juga kepada para pensyarah dan staf UTM yang terlibat secara
lansung atau tidak langsung dalam menjayakan projek ini. Tidak lupa juga kepada
rakan-rakan seperjuangan, terima kasih diucapkan. Tanpa bantuan dan sokongan kalian,
tidak mampu rasanya untuk saya menyempurnakan projek ini.
Kepada suami, ibu serta seluruh ahli keluarga yang tersayang, terima kasih yang
tidak terhingga saya ucapkan. Sokongan, tiupan semangat serta iringan doa kalian amat
beerti buat saya. Tanpa kalian, adalah mustahil untuk saya berpeluang belajar di UTM
serta menyiapkan projek ini.
Sekian, terima kasih.
.
v
ABSTRAK
Majalah elektronik (e-majalah) ialah majalah atas talian berkonsepkan
pembelajaran terbuka di mana bahan yang disediakan dapat dikongsi bersama di
kalangan pembaca tanpa mengira tempat dan masa. E-majalah juga membenarkan
medianya berkongsi dan bekerjasama dengan ciri-ciri media yang lain seperti audio,
video dan hiperlink. Majalah web ‘Dunia Matematik’ dibangunkan bertujuan
menyediakan bahan pengetahuan matematik yang komprehensif menjangkau matematik
di sekolah supaya pelajar dapat mendalami bidang matematik yang luas tanpa sempadan.
Dunia Matematik ini dibangunkan menggunakan perisian Joomla! 1.5 sebagai perisian
utama dan proses pembangunannya berteraskan model ADDIE dan menggunakan
pendekatan Sosial Konstruktivisme yang menekankan pengetahuan yang terbina semasa
aktiviti sosial seperti pebincangan dan pertukaran pendapat antara ahli kumpulan serta
interaksi antara rakan. Dunia Matematik diterbitkan sekali pada setiap bulan dan
mengandungi ruang utama iaitu Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah, Aplikasi, Kesenian,
Statistik, Isu Semasa, Permaianan, Kuiz dan Pelajari matematik. Namun begitu, fokus
projek ini membincangkan dua ruang utama Dunia Matematik iaitu Kerjaya dalam
Matematik dan Tokoh Matematik. Dalam lima isu yang telah diterbitkan, ruangan
kerjaya berkisar tentang kejuteraan aeroangkasa, arkitek, perguruan dan aktuari serta
kelayakan yang diperlukan untuk menceburi bidang ini. Selain itu, tokoh – tokoh
matematik yang banyak memberi sumbangan dipilih dan diketengahkan untuk menjadi
sumber inspirasi kepada pembaca. Kedua-dua ruangan ini mempunyai ruangan komen
yang memberi peluang kepada pengguna untuk berinteraksi sesama rakan, guru dan
pembangun. Terdapat pelbagai elemen multimedia seperti grafik, animasi dan video
diterapkan di dalam majalah web ini supaya ia menjadi lebih menarik. Diharapkan
dengan wujudnya majalah web matematik ini ia dapat memupuk semangat menghargai
matematik dan memberi pelbagai maklumat yang berguna kepada pelajar.
vi
ABSTRACT
The electronic magazine, (e-magazine) is an online magazine that holds the
concepts of open learning in which the materials provided can be shared with readers
without the limits of time and place. The e-magazine also allows its media to be shared
and collaborated with other media such as audio, video and hyperlink. The web
magazine, Dunia Matematik is created with the aim of providing students with
mathematical knowledge that is both comprehensive and beyond school mathematics so
that students can explore mathematics without borders. Dunia Matematik is constructed
using the 1.5 Joomla! as its main software and its foundation model is the ADDIE model
using the Social Constructivism approach which emphasizes that knowledge is built
during social activities such as discussions and exchange of opinions with group
members as well as interaction with friends. Dunia Matematik is published once a
month and each edition contains the main section Fokus, Kerjaya, Tokoh, Sejarah,
Aplikasi, Kesenian, Statistik, Isu Semasa, Permainan, Kuiz and Pelajari Matematik.
However, this writing is focused on two major sections in Dunia Matematik which are
Kerjaya dalam Matematik and Tokoh Matematik. In the five issues of Dunia Matematik
published, the Kerjaya section centres upon aerospace engineering, architecture,
educators, and actuary as well as the prerequisites in entering this field. Other than that,
mathematicians that have given many contributions are focused on to become an
inspiration to all readers. Both sections have a comment segment that gives oppurtunities
to readers to interact with other readers, teachers and the web magazine crew. There are
many multimedia elements such as graphics, animation and videos incoporated into this
web magazine so it is more appealing.to readers It is hoped that with the presence of this
web magazine, it will instill an appreciation to mathematics and will benefit students all
around.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xiii 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 9
1.4 Objektif Projek 10
1.5 Kepentingan Projek 10
1.5.1 Pelajar 10
1.5.2 Guru 11
1.5.3 Sekolah 11
1.5.4 Ibu Bapa Dan Masyarakat 11
1.6 Skop Dan Batasan Projek 12
viii
1.7 Kerangka Konsep 13
1.8 Definisi Istilah 15
1.8.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 15
1.8.2 Internet 15
1.8.3 E-Pembelajaran 15
1.8.4 Laman Web 15
1.8.5 Pelajar 16
1.8.6 Pengajaran 16
1.9 Penutup 16
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 E-Pembelajaran 18
2.2.1 E-Buku 19
2.2.2 E-Majalah 21
2.2.3 Kebaikan E-Pembelajaran 22
2.2.4 Keberkesanan Pembelajaran Matematik Melalui
E-Pembelajaran 24
2.2.5 Pendekatan Konstruktivisme Sosial dalam
E-Pembelajaran 25
2.3 Kerjaya dalam Matematik 27
2.4 Tokoh Matematik 28
2.5 Perisian Sumber Terbuka 29
2.5.1 Perisian Sumber Terbuka di Malaysia 32
2.5.2 Kelebihan Perisian Sumber Terbuka 33
2.5.3 Sistem Pengurusan Kandungan Joomla! 35
2.6 Penutup 36 3 PROSEDUR PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan 37
3.2 Kaedah Pelaksanaan 38
ix
3.2.1 Analisis 39
3.2.2 Rekabentuk 42
3.2.3 Pembangunan 44
3.2.4 Pelaksanaan 53
3.2.5 Penilaian 54
3.3 Penutup 55
4 HASIL PEMBANGUNAN MAJALAH WEB
4.1 Pengenalan 56
4.2 Carta Alir Majalah Web yang Matematik Dibangunkan 57
4.3 Bahan Pembelajaran 58
4.4 Paparan Hasil Majalah Web Dunia Matematik 59
4.4.1 Paparan login 59
4.4.2 Paparan Home 61
4.4.3 Paparan Bahan Pembelajaran 63
4.4.3.1 Kerjaya dalam Matematik 63
4.4.3.2 Tokoh matematik 67
4.4.4 Paparan video 70
4.4.5 Paparan Komen 70
4.4.6 Paparan Keluaran Lepas 72
4.4.7 Paparan Dunia Matematik 73
4.4.8 Paparan e-Forum 74
4.4.9 Paparan Komuniti 75
4.4.10 Paparan Logout 76
4.5 Ciri – ciri Majalah Web Matematik 78
4.5.1 Interaktif 78
4.5.2 Mesra pengguna 78
4.5.3 Grafik 79
4.5.4 Teks 79
4.5.5 Animasi 80
4.5.6 Video 80
x
4.6 Penutup 80
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 82
5.2 Perbincangan 82
5.2.1 Pembinaan Majalah Web Dunia Matematik
Berasaskan Objektif 83
5.2.2 Pembinaan perisian Berasaskan Model ADDIE 83
5.2.3 Pembinaan Berasaskan Teori Sosial
Konstruktivisme 84
5.3 Kelebihan Majalah Web Dunia Matematik 84
5.4 Kelemahan Majalah Web Dunia Matematik 85
5.5 Masalah – masalah yang Dihadapi 85
5.5.1 Kekurangan kepakaran dan pengalaman 86
5.5.2 Kekangan masa 86
5.5.3 Bahan dan Sumber Rujukan 87
5.5.4 Capaian Internet 87
5.5 Cadangan 87
5.7 Penutup 89
RUJUKAN 90
LAMPIRAN 95
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 1.1 Kerangka Teori Projek 13
2.1 Laman Utama JOOMLA! 35
3.1 Aliran fasa berdasarkan Model ADDIE 39
3.2 Carta Alir Penulisan Artikel 45
3.3 Paparan untuk memasuki ruangan penyedian artikel 46
3.4 Paparan pautan ‘article manager’ 46
3.5 Paparan pautan butang ‘new’ 47
3.6 Paparan ruangan untuk memasukkan artikel 47
3.7 Carta Alir memasukkan Grafik/Video 48
3.8 Paparan pautan butang ‘media manager’ 49
3.9 Paparan pautan ‘folder stories’ 49
3.10 Paparan pautan ‘folder pembangun’ 50
3.11 Paparan pautan butang ‘browse’ dan ‘start upload’ 50
3.12 Carta Alir memasukkan Grafik/Video ke dalam
Artikel 51
3.13 Paparan ruangan untuk memilih artikel 52
3.14 Paparan pautan butang ‘image’ 52
3.15 Paparan pautan butang ‘insert’
4.1 Carta alir majalah web ‘Dunia Matematik’ yang
dibangunkan 57
4.2 Paparan Login 60
4.3 Paparan Pendaftaran Pengguna Baru 60
4.4 Paparan Home 62
xii
4.5 Paparan Pautan Read More 62
4.6 Paparan Artikel Kerjaya Keluaran Pertama 65
4.7 Paparan Artikel Kerjaya Keluaran Kedua 65
4.8 Paparan Artikel Kerjaya Keluaran Ketiga 66
4.9 Paparan Artikel Kerjaya Keluaran Keempat 66
4.10 Paparan Artikel Tokoh Matematik
Keluaran Pertama 68
4.11 Paparan Artikel Tokoh Matematik
Keluaran Kedua 68
4.12 Paparan Artikel Tokoh Matematik
Keluaran Ketiga 69
4.13 Paparan Artikel Tokoh Matematik
Keluaran Keempat 69
4.14 Paparan Video 70
4.15 Paparan Ruangan Komen 71
4.16 Paparan Contoh – contoh Komen oleh Pengguna 72
4.17 Paparan Keluaran Lepas 73
4.18 Paparan Dunia Matematik 74
4.19 Paparan e-Forum 75
4.20 Paparan Komuniti 76
4.21 Paparan Butang logout 77
4.22 Paparan Laman logout 77
xiii
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Artikel Kerjaya dalam Matematik
Keluaran Pertama 95
B Artikel Kerjaya dalam Matematik
Keluaran Kedua 97
C Artikel Kerjaya dalam Matematik
Keluaran Ketiga 101
D Artikel Kerjaya dalam Matematik
Keluaran Keempat 104
E Artikel Tokoh Matematik Keluaran Pertama 109
F Artikel Tokoh Matematik Keluaran Kedua 114
G Artikel Tokoh Matematik Keluaran Ketiga 119
H Artikel Tokoh Matematik Keluaran Keempat 123
I Tahap Pandangan Pelajar Sekolah Menengah
Tentang Penggunaan E-Majalah Matematik
Dalam Aspek Sosial 128
J Tahap Pandangan Pelajar Sekolah Menengah
Tentang Penggunaan E-Majalah Matematik
Dalam Aspek Pembelajaran 130
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Era pembangunan teknologi masa kini telah banyak mempengaruhi manusia
dalam aspek kehidupan termasuklah gaya hidup dan cara manusia berinteraksi antara
satu sama lain. Ledakan teknologi maklumat dewasa ini amat pantas berlaku di seluruh
pelusuk dunia. Sama ada sedar atau tidak, manusia kini hidup dalam era yang penuh
dengan penggunaan teknologi maklumat, telekomunikasi dan multimedia. Teknologi ini
telah merubah cara kita belajar, bersosial, bergaul dan sebagainya. Pendidikan
merupakan salah satu bidang di mana teknologi multimedia mampu memberi kesan yang
amat besar.
Perkembangan sistem pendidikan pada zaman kini telah menjurus kepada
kecanggihan teknologi maklumat. Kemunculan ICT merupakan faktor utama yang
mempengaruhi pendidikan sejak beberapa dekad yang lalu (Chan, 1998). Teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) telah menyediakan peluang dan perubahan cara pelajar
belajar dan cara guru mengajar. Selaras dengan itu, penggunaan komputer dalam
pendidikan merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi
selaras dengan wawasan 2020 serta perkembangan ICT. Komputer dalam pendidikan
membolehkan pelajar sekolah menguasai pengetahuan dan kemahiran asas supaya
mereka boleh menggunakan kemudahan ini untuk pembelajaran dan persediaan
2
menghadapi cabaran masayarakat yang berasaskan teknologi komunikasi dan maklumat
(ICT) (Utusan Malaysia, 3 Mei 2003).
Ekoran daripada perkembangan teknologi maklumat yang pesat ini, Sekolah
Bestari telah ditubuhkan pada tahun 1999. Sekolah Bestari merujuk kepada sekolah
yang memberikan peluang teknologi maklumat interaktif untuk memainkan peranan
penting dalam pengajaran dan pembelajaran serta proses pengurusan sekolah (Abd.
Aziz, Azlida, 2000). Sekolah ini diwujudkan bagi meningkatkan mutu pendidikan di
sekolah – sekolah sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini
(Hamidah, 2000).
Guru di Sekolah Bestari diberikan latihan intensif terhadap penggunaan
teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sistem pendidikan
dalam Sekolah Bestari memerlukan perisian atau penggunaan multimedia dalam
pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan menggantikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang tradisional. Sekolah Bestari mengutamakan perkembangan individu
secara menyeluruh dari segi intelektual dan afektif. Teknologi terkini seperti internet
akan digunakan untuk mengembangkan peranan pengajaran melampui bilik darjah biasa
bagi meningkatkan kualiti pengajaran ke arah akses kendiri, terarah pelajar dan
mengikut kadar pembelajaran individu (Mohamad, 2001).
Selain itu, seiring dengan perkembangan ICT dunia yang semakin pesat juga,
Kementerian Pendidikan Malaysia berpendapat bahawa satu saluran maklumat yang
terkini melalui Internet dan menepati keperluan komuniti pendidikan di Malaysia perlu
diwujudkan. Lanjutan daripada idea berkenaan, satu portal pendidikan iaitu
MySchoolNet telah dibangunkan. Portal MySchoolNet atau Malaysian School Network
merupakan satu projek yang berkonsepkan “Pendidikan Melalui Internet” yang
menggunakan teknologi internet sebagai medium dalam aktiviti pendidikan. Portal ini
menyediakan pelbagai maklumat berkaitan pendidikan, ICT dan pengetahuan am.
Fokus portal ini kepada pembangunan aktiviti pendidikan berasaskan web. Bahan yang
3
disediakan merangkumi bahan yang bersifat interaktif dan juga tidak interaktif seperti
tutoran, maklumat pendidikan, maklumat ICT, perkongsian pintar, berita, ruangan
sembang – sembang, forum dan lain – lain lagi.
Kesedaran yang timbul akan kemajuan teknologi maklumat, menyebabkan pihak
kerajaan mengambil langkah untuk menggabungkan aspek – aspek teknologi ke dalam
kurikulum sekolah dianggap sebagai satu usaha yang komited ke arah menyemai dan
memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi maklumat di
sekolah di samping mewujudkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang mana
lebih bersifat efektif dan global.
Justeru itu, dalam konteks pendidikan matematik, proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan dan efektif dapat diwujudkan dengan menerapkan
penggunaan internet dan komputer. Cockroft (1982) dalam Mohamad Khatim (2003)
juga menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik bukan sahaja dapat memperbaiki kualiti pengajaran matematik, malah
penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu dalam silibus
matematik.
Melalui penggunaan elemen seperti e-pembelajaran, konsep kelas matematik
sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dapat diwujudkan
malahan proses pengajaran dan pembelajaran bukan lagi berpusat kepada guru tetapi
lebih berpusatkan kepada pelajar. Secara umumnya, e-pembelajaran adalah proses
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN
atau internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcara ( Jaya
Kumar, 2003). Penggunaan e-pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran
matematik membolehkan pelajar yang pelbagai mengambil bahagian dalam tugas
pembelajaran yang secara langsung akan meningkatkan interaksi sosial, berkongsi
pengalaman dan sumber – sumber pembelajaran dengan cara yang selesa. Justeru itu,
4
pembangunan majalah web ‘Dunia Matematik’ ini akan menggalakkan interaksi antara
murid, guru dan ibu bapa serta masyarakat secara terus.
1.2 Latar Belakang Masalah
Seperti yang kita sedia maklum, matematik seringkali dikatakan matapelajaran
yang sukar difahami oleh pelajar. Pelajar menghadapi pelbagai masalah dengan
matematik sehingga mereka menganggap matematik adalah satu matapelajaran yang
sukar. Hal ini menyebabkan pelajar gagal untuk mendapat keputusan yang baik
terutamanya pelajar di kawasan luar bandar. Sehubungan dengan itu, pelbagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran dan usaha dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini.
Kemudahan pendidikan yang serba kekurangan di peringkat awal pendidikan (sekolah
rendah dan menengah) mungkin menyebabkan pelajar fobia dan sukar menguasai
matematik di institusi pengajian tinggi.
Menurut Mohammad Khatim, (2003) masalah – masalah dalam pendidikan
matematik di Malaysia yang telah dikenalpasti ialah :
• Pendekatan latih tubi tanpa pendedahan konsep yang mencukupi
• Kaedah pembelajaran agak membosankan
• Kekurangan kemudahan pembelajaran terkini
Pada masa kini, kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran matematik
lebih menumpukan kepada isi kandungan dan peperiksaan. Pelajar mempelajari
matematik hanya sekadar untuk lulus peperiksaan. Ini bercanggah dengan hasrat
falsafah pendidikan negara yang bertujuan membantu pelajar memperkembangkan
potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani secara menyeluruh dan
bersepadu. Seharusnya proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dapat
membantu pelajar mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian dan
5
menyelesaikan masalah di samping menjayakan pembentukan insan yang mempunyai
sahsiah yang baik dan seimbang.
Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah juga kerap dilakukan
secara tradisional dimana prosesnya berpusatkan guru. Guru bertindak sebagai
pembawa dan penyampai maklumat tanpa melibatkan pelajar secara aktif. Ini
mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik dan kebanyakan
pelajar tidak menunjukkan minat dalam sesi pembelajaran. Justeru itu, untuk mengatasi
masalah ini, pelajar – pelajar seharusnya didedahkan dengan teknik yang lebih menarik
dan berkesan. Seharusnya, guru bukan sekadar berperanan menyampaikan maklumat
yang terdapat dalam buku teks kepada pelajar, tetapi mereka berperanan untuk
mewujudkan komunikasi pelajar (Nik Aziz Nik Pa, 1995). Oleh yang demikian,
penggunaan elemen seperti e-pembelajaran boleh mewujudkan komunikasi diantara
guru dengan pelajar dan pelajar dengan bahan pengajaran melalui ruangan forum,
komen, latihan dan sebagainya.
Majalah web ‘Dunia Matematik’ merupakan satu daripada bahan e-
pembelajaran. Oleh itu, pembangunan majalah web ‘Dunia Matematik’ ini dapat
meningkatkan penggunaan komputer di peringkat sekolah menengah mahupun sekolah
rendah. Penghasilan bahan e-pembelajaran di negara kita yang digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah didapati agak berkurangan. Walaupun terdapat
pelbagai bahan e-pembelajaran, namun jumlahnya agak terhad dan kebanyakannya tidak
memenuhi kurikulum pendidikan negara. Oleh yang demikian, pembangunan bahan e-
pembelajaran matematik oleh golongan pendidik sendiri adalah perlu kerana ianya
bersesuaian dengan kurikulum pendidikan negara.
Perkembangan teknologi memberi satu cabaran kepada kita untuk memikirkan
tentang perubahan pendekatan pembelajaran. Perubahan perlu dari pendekatan yang
konvensional yang lebih tertumpu kepada guru kepada pendekatan pembelajaran yang
lebih berpusatkan pelajar. E-pembelajaran adalah satu inovasi pendidikan yang perlu
6
diberi perhatian. Melalui penggunaan e-pembelajaran ini, pelajar perlu berdikari pada
masa – masa tertentu dan bertanggungjawab untuk pembelajarannya. Suasana
pembelajaran menggunakan e-pembelajaran ini akan memaksa pelajar memainkan
peranan yang lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar membuat perancangan dan
mencari bahan atau maklumat dengan daya usaha, inisiatif sendiri. Penggunaan e-
pembelajaran ini membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih
berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta halatuju pembelajaran mereka.
Pelajar juga berpeluang mempelajari topik yang susah berulang kali sehingga
pemahaman di capai. Selain itu, pelajar juga berpeluang untuk bebas meneroka dan
seterusnya membina konsep, makna dan kefahaman sendiri.
Dengan menggunakan majalah web ‘Dunia Matematik’ ini sebagai sumber
rujukan dan bahan pendidikan, para pelajar boleh belajar mengikut rentak mereka
sendiri. Dengan menggunakan laman web, pelajar bebas daripada konkongan masa dan
tempat. Pelajar boleh belajar bila – bila masa, di mana – mana dan mengikut kadar
masing – masing ( Faisal, 2002 ). Selain itu, penggunaan majalah web ‘Dunia
Matematik’ ini juga dapat meningkatkan cara belajar dan menyediakan bentuk
pembelajaran yang berkesan melalui pendekatan seperti pembelajaran aktif,
pembelajaran koperatif, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan
sumber dan sebagainya. Pembelajaran menggunakan majalah web ‘Dunia Matematik’
ini boleh berlaku di luar waktu kelas dan ianya kaya dengan maklumat dan media.
Pembangunan majalah web ‘Dunia Matematik’ ini adalah berpusatkan pelajar
dan proses pembelajarannya menggunakan pendekatan teori konstruktivisme. Menurut
Faisal (2002) konstruktivisme adalah satu pendekatan teori pembelajaran yang
mempunyai hubungan dengan psikologi kognitif. Fokusnya adalah kepada keupayaan
pelajar untuk membina makna dan membentuk pembelajaran mereka. Prinsip
konstruktivisme ini sesuai untuk majalah web ‘Dunia Matematik’ kerana ia berkait
dengan pembelajaran berpusatkan pelajar. Pendapat konstruktivisme menyatakan proses
pembelajaran boleh ditingkatkan jika disediakan peralatan dan persekitaran yang sebenar
dan pelajar dilibatkan secara aktif (Yusof, 1999).
7
Melalui penggunaan laman web ini, pelajar akan terlibat secara interaktif. Dr
Papayah Guruvadoo (icool, 2003) mengatakan bahawa :
“Students work interactively on the web. They can email their difficulties or
queries about their work to their teachers, classmates or anybody, and get replies within
a short time; they can chat or engage in group discussions; they can access digital
libraries and other resources and carry on their research; they can submit their
assignments online and in time because they are time-stamped. They can access anytime
and from anywhere their grades in confidentiality.”
Walaubagaimanapun, selain pelajar guru juga perlu bersedia untuk mengharungi
cabaran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini
adalah kerana interaksi antara guru dan pelajar masih diperlukan sama ada dalam situasi
bersemuka atau pun virtual. Menurut Faisal (2002), guru memainkan empat peranan
dalam pembelajaran berasakan web iaitu :
• Peranan sebagai fasilitator
• Peranan sebagai penurus
• Peranan sosial, dan
• Peranan sebagai penasihat teknikal.
Melalui penggunaan teknologi yang sesuai, mutu pengajaran seseorang guru
akan menjadi lebih baik. Pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang
menggunakan kombinasi diantara bahan, audio, video dan grafik. Jika media ini
digunakan dengan perancangan yang teliti, ia akan dapat membantu guru menyampaikan
sesuatu maklumat pelajaran dengan lebih berkesan lagi (Abdullah, 2004). Selain itu,
penggunaan teknologi seperti e-pembelajaran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat meringankan beban guru di samping menjimatkan masa. Ini kerana
kebanyakkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan bahan e-
8
pembelajaran mengambil masa yang lebih singkat untuk menjelaskan sesuatu konsep
dengan bantuan teknologi yang digunakan. Selain itu, dengan adanya e-pembelajaran,
proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik.
Oleh yang demikian, fokus utama majalah web ‘Dunia Matematik’ ini adalah
untuk membantu para pelajar memahami konsep matematik di samping memberi
gambaran kepada para pelajar tentang pelbagai bidang yang melibatkan matematik serta
kepentingan matematik. Ini kerana matematik merupakan suatu alat yang penting dalam
ativiti pengurusan maklumat dan kehidupan harian seperti perniagaan, perubatan,
perusahaan, pengangkutan dan pentadbiran (Nik Aziz Nik Pa, 1995). Malahan,
matematik banyak bertanggungjawab kepada kebanyakan kemajuan dalam bidang sains
dan teknologi. Di samping itu juga, majalah web ‘Dunia Matematik’ ini bertujuan untuk
memastikan para pelajar dapat melihat matematik sebagai sesuatu yang menyeronokkan,
menarik dan berkesan seterusnya membantu para pelajar untuk menguasai matapelajaran
matematik ini dengan baik.
Selain itu, majalah web ‘Dunia Matematik’ ini juga bertujuan memberi
pendedahan kepada para pelajar tentang peluang kerjaya yang meluas dalam bidang
matematik. Menurut Lim Chap Sam, (2003) matematik penting dan berguna untuk
kehidupan seharian dan kerjaya pada masa depan pelajar. Walaupun di negara kita,
kebanyakan graduan – graduan matematik memilih bidang pendidikan sebagai kerjaya,
namun masih terdapat peluang kerjaya yang meluas dalam bidang lain seperti sains
komputer, perubatan, geologi dan sebagainya. Justeru itu, peluang kerjaya dalam bidang
matematik sangat meluas dan tidak terhad kepada bidang pendidikan sahaja.
Majalah web ‘Dunia Matematik’ ini juga berperanan mengetengahkan tokoh –
tokoh matematik di negara ini bagi memberi ruang kepada para pelajar untuk melihat
dengan lebih dekat kejayaan – kejayaan yang dikecapi oleh tokoh – tokoh ini
berdasarkan usaha mereka. Secara tidak langsung ianya dapat memberi galakan dan
semangat kepada para pelajar supaya berusaha dengan gigih untuk berjaya seperti tokoh
9
– tokoh ini. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menyatakan bahawa kita patut bersyukur
kerana mempunyai tokoh – tokoh yang hebat, berjiwa besar dan berpandangan jauh di
negara kita untuk menjadi contoh kepada kita untuk mencapai kejayaan (Mingguan
Malaysia, 11 November 2007).
1.3 Penyataan Masalah
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam matematik tidak hanya
melibatkan proses permindahan fakta dari guru kepada murid semata – mata. Pelajar
mestilah dilibatkan secara aktif di dalam membina konsep dan pengetahuan berhubung
dengan setiap isi pelajaran yang dipelajari (Zawawi, 2000). Kementerian Pendidikan
Malaysia melalui KBSM telah menegaskan bahawa guru – guru perlu mengembangkan
kurikulum matematik di mana para pelajar digalakkan membina secara aktif kefahaman
matematik mereka. Dengan ini suatu corak pembelajaran interaktif dengan
menggunakan e-pembelajaran perlu dibina bagi mengurangkan masalah yang
ditimbulkan oleh sistem pengajaran tradisional ke tahap yang paling minimun. Ini
kerana proses pembelajaran menggunakan e-pembelajaran mempunyai banyak kelebihan
seperti pelajar boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila – bila masa dan dimana
jua. Selain itu, bahan sokongan pembelajaran boleh dirangkaikan dari sumber tambahan
di seluruh dunia. Menurut Jamaludin dan Zaidatun (2003), pembelajaran menerusi
laman web juga menyediakan suasana pembelajaran yang kompleks serta tidak
berstruktur menyerupai keadaan kehidupan yang sebenar. Oleh yang demikian, dengan
wujudnya majalah web ‘Dunia Matematik’ ini, diharap ianya dapat menyediakan bahan
pengetahuan matematik yang komprehensif menjangkau matematik di sekolah supaya
pelajar dapat mendalami bidang matematik yang pelbagai termasuk bidang kerjaya dan
tokoh matematik.
10
1.4 Objektif Projek
Objektif bagi projek Majalah Web Matematik ini ialah :-
i. Membangunkan majalah web matematik menggunakan sistem pengurusan
kursus topik ‘kerjaya dalam matematik’.
ii. Membangunkan majalah web matematik menggunakan sistem pengurusan
kursus topik ‘tokoh matematik’.
1.5 Kepentingan Projek
1.5.1 Pelajar
Para pelajar dapat menggunakan majalah web ‘Dunia Matematik’ ini sebagai
bahan rujukan tambahan bagi membantu menambahkan ilmu pengetahuan dan
memanfaatkan sumber rujukan. Dalam konteks pengajaran pula, ICT akan digunakan
untuk mengembangkan peranan pengajaran melampui bilik darjah bagi meningkatkan
kualiti pengajaran ke arah akses kendiri, terarah pelajar dan mengikut kadar
pembelajaran individu (Mohamad 2001). Oleh yang demikian, para pelajar boleh
menggunakan majalah web ‘Dunia Matematik’ ini sebagai sumber rujukan dan bahan
ulangkaji pelajaran di rumah kerana ia boleh dicapai pada bila – bila masa dan di mana
jua.
Selain itu, para pelajar juga dapat meneroka (eksploratori) bahan atau maklumat
yang disediakan dengan lebih mendalam lagi di samping dapat berkomunikasi sesama
mereka dan dengan guru di dalam forum yang disediakan. Segala latihan-latihan, ujian-
ujian serta aktiviti-aktiviti seperti forum, ruangan komen dan sebagainya yang