Upload
others
View
10
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PEMBANGUNAN E-PEMBELAJARAN BERASAKAN MOODLE BAGI TAJUK MATHEMATICAL REASONING DAN ANGLES OF ELEVATION AND
DEPRESSION MATEMATIK TINGKATAN EMPAT
NURULNADIAH BINTI MUHAMED
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Matematik)
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2008
iv
DEDIKASI
Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
Kesyukuran Kupanjatkan
Atas Segala Kurniaan-Nya Sepanjang Usiaku
TERISTIMEWA BUAT
Ibu Yang Paling Disayangi
Kakak dan Adik-adik Yang dikasihi
Segala Doamu, Pengorbananmu, Dorongan, Kesabaran dan Kasih Sayang
Daripada Kalian Amatlah Ku Sanjungi dan Hargai
KHAS BUAT
Penyelia Yang Dihormati
Segala Bimbingan, Tunjuk Ajar dan Jasamu Tidak Akan Kulupai
Teman-teman Seperjuangan Yang Dihargai
Terima Kasih Atas Sokongan dan Bantuan Daripada Kalian Sepanjang Pengajianku
Dan untuk rakan-rakanku ,
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas semua tunjuk ajar, dorongan dan
nasihat sepanjang persahabatan kita.
Akan ku kenang kenangan kita bersama…
v
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNYA, maka
dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda seperti yang disyaratkan untuk
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda serta Pendidikan (Matematik). Setinggi-tinggi
penghargaan ditujukan kepada Penyelia Projek, Prof Madya Dr Zaleha Bt. Ismail
atas bimbingan dan dorongannya dalam menyempurnakan kajian ini. Kesanggupan
beliau meluangkan masa untuk berbincang dan membimbing serta memberi kritikan
membina memberikan inspirasi kepada saya untuk menyempurnakan projek ini.
Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia yang banyak menyediakan kemudahan bagi
memudahkan pencarian maklumat dan juga sumber-sumber dalam menyempurnakan
kajian saya ini. Juga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan penyelidikan ini secara langsung atau tidak langsung.
vi
ABSTRAK
Teknologi e-pembelajaran telah berkembang pesat sehingga mempengaruhi
pendidikan di peringkat rendah hingga institusi pengajian tinggi. Untuk
melaksanakan e-pembelajaran secara efektif, projek ini telah memilih satu sistem
pengurusan kursus yang merupakan perisian sumber terbuka dinamakan MOODLE.
Sistem MOODLE dianggap sesuai memandangkan reka bentuknya menyokong
prinsip sosial konstruktivisme yang menekankan pembelajaran secara sosial semula
jadi, aktif dan juga penemuan. Di samping itu, reka bentuk pengajaran ADDIE
digunakan untuk tujuan pelancaran proses pembangunan. Projek e-pembelajaran
yang dibangunkan ini menghasilkan bahan pembelajaran dan pengajaran Matematik
Tingkatan Empat dalam tajuk Mathematical Reasoning dan Angles of Elevation and
Depression berdasarkan KBSM. Bahan yang disediakan untuk setiap tajuk
merangkumi sumber dan aktiviti. Sumber seperti nota guru membolehkan guru
untuk membuat rujukan dengan memuat turun nota tersebut dalam format HTML
dan PowerPoint. Aktiviti seperti nota pelajar, menyediakan nota dan latihan kepada
pelajar setelah pembelajaran berlaku. Aktiviti-aktiviti seperti quiz merupakan
aktiviti yang menguji kefahaman pelajar. Aktiviti chat membenarkan pelajar
berinteraksi melalui dua mod iaitu pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar.
Aktiviti assignment adalah slot yang disediakan untuk pelajar memuat naik tugasan
pada masa yang ditetapkan. Dalam aktiviti journal, pelajar membuat refleksi kendiri
tentang apa yang telah mereka pelajari. Aktiviti Hot Potatoes pula menyediakan
pelajaran yang interaktif kepada pelajar. Sistem MOODLE ini menyediakan
pangkalan data yang membenarkan guru dan pelajar mengikuti prestasi mereka
apabila markah, tempoh masa, kekerapan penggunaan diperolehi hasil daripada
aktiviti yang disediakan. Diharapkan projek seperti ini digunakan di sekolah supaya
dapat menangani masalah beban guru dan dapat membantu pelajar secara individu.
vii
ABSTRACT
E-learning technology are highly influence in education, from primary level
to the high education institution level. To accomplish e-learning effectively, this
project has used a course management system which is a opened source software
known as MOODLE and also used ADDIE instructional design in built up the web
portal. MOODLE is suitable since its design is supporting learning social
constructivism which emphasize through human active interacting learning. This e-
learning project, produce teaching and learning material in Mathematics for Form
Four topic Mathematical Reasoning and Angles of Elevation and Depression based
on KBSM. Each topic includes the resources and the activities. Resources like
teacher’s notes can help teachers to make some reference by downloading the notes
in PowerPoint format and HTML format. Student’s lesson provided the notes and
exercises to students after learning process had done. Activities like quiz are testing
the student understanding. Activity like chat will let students to have communication
with teacher in order to discuss their problems in learning. Assignment activities are
a slot that had been provided for the students to download the assignment at the time.
In journal activity, it let students to make self reflection about what they had
learning. Hot potatoes activity provided the interactive learning for the students. This
MOODLE system, provide the data base which can let the teacher and students
monitoring their marks, timing and mode of usage from the provided activities.
Hopefully this project will be used at the school in order to handle the problem face
by the teachers and also to help student individually.
viii
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKASURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI GAMBARAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Kepentingan Projek 6
1.5.1 Pelajar 6
1.5.2 Guru 7
1.5.3 Sekolah 7
ix
1.5.4 Ibu Bapa Dan Masyarakat 7
1.6 Skop Dan Batasan Projek 8
1.7 Kerangka Teori Projek 9
1.8 Definisi Istilah 11
1.8.1 Teknologi Maklumat Dan Telekomunikasi
(ICT) 11
1.8.2 Pelajar 11
1.8.3 Web Portal Pendidikan 11
1.8.4 Pengajaran 12
1.9 Penutup 12
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 E-pembelajaran 14
2.2.1 Kebaikan E-pembelajaran 15
2.3 Modular Object-Oriented Dynamic Learning
Environment (MOODLE) 17
2.3.1 Modul Sumber (Resource Module) 18
2.3.2 Modul Tugasan (Assignment Module) 18
2.3.3 Modul Kuiz (Quiz Module) 18
2.3.4 Modul Forum (Forum Module) 19
2.3.5 Modul ‘Chat’ (Chat Module) 19
2.3.6 Modul ‘Journal’ (Journal Module) 19
2.3.7 Modul ‘Lesson’ (Lesson Module) 20
2.3.8 Modul ‘Hot Potatoes ‘ 20
2.4 E-pembelajaran Dalam Negara 20
2.5 Sorotan Kajian Di Luar Negara Tentang
E-pembelajaran 22
2.6 Kesilapan Lazim Yang Sering Dilakukan
Dalam Pembelajaran “Mathematical Reasoning”
dan “Angles of Elevation and Depression” 24
2.6.1 Mathematical Reasoning 24
2.6.2 Angles of Elevation and Depression 27
2.7 Penutup 29
x
3 PROSEDUR PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Kaedah Pelaksanaan 30
3.2.1 Analisis (Analysis) 31
3.2.1.1 Pengguna 31
3.2.1.2 Persekitaran Pembelajaran 32
3.2.1.3 Matlamat Pelajaran 32
3.2.2 Rekabentuk (Design) 33
3.2.2.1 Pembentukan Objektif 33
3.2.2.2 Pembentukan Item Teori 37
3.2.2.3 Pemilihan Strategi 37
3.2.3 Pembangunan (Development) 38
3.2.3.1 Nota Pengajaran Guru (Teacher’s Note) 38
3.2.3.2 Bahan Pembelajaran Pelajar
(Students’ Lesson) 41
3.2.3.3 Quiz 43
3.2.3.4 Hot Potatoes 45
3.2.3.5 Tugasan (Assignment) 48
3.2.3.6 Forum 49
3.2.3.7 Chat 49
3.2.3.8 Jurnal 50
3.2.4 Pelaksanaan (Implementation) 50
3.2.5 Penilaian (Evaluation) 51
3.2.6 Penutup 51
4 PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN
4.1 Pengenalan 52
4.2 Penghasilan Bahan-bahan Pembelajaran 53
4.2.1 Objektif Pembelajaran 53
4.2.2 Bahan Pembelajaran 53
4.2.3 Latihan Pengukuhan 54
4.3 Penghasilan Bahan-bahan E-pembelajaran 55
4.3.1 Skrin Login 55
4.3.2 Skrin Main Menu 58
xi
4.3.3 Skrin “Mathematical Reasoning” 59
4.3.3.1 Skrin Teacher’s Note 60
4.3.3.2 Skrin Students’ Lesson 62
4.3.3.3 Skrin Quiz 63
4.3.3.4 Skrin Hot Potatoes 64
4.3.3.5 Skrin Assignment 65
4.3.3.6 Skrin Forum 66
4.3.3.7 Skrin Chat 67
4.3.3.8..Skrin Journal 69
4.3.4 Skrin “Angles of Elevation and Depression” 69
4.3.4.1 Skrin Teacher’s Note 70
4.3.4.2 Skrin Students’ Lesson 72
4.3.4.3 Skrin Quiz 73
4.3.4.4 Skrin Hot Potatoes 74
4.3.4.5 Skrin Assignment 74
4.3.4.6 Skrin Forum 75
4.3.4.7 Skrin Chat 76
4.3.4.8 Skrin Journal 78
4.4 Penutup 78
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 79
5.2 Perbincangan 80
5.2.1 Pembangunan Web Portal “Mathematical 80
Reasoning” dan “Angles of Elevation and
Depression”
5.2.1.1 Keistemewaan Web Portal
“Mathematical Reasoning” dan
“Angles of Elevation and Depression” 80
5.2.1.2 Kebaikan Web Portal Kepada Pelajar 81
5.3 Masalah-masalah Yang Dihadapi Semasa
Penghasilan Web Portal 82
5.3.1 Kepakaran Yang Terhad 82
5.3.2 Capaian Internet 82
xii
5.3.3 Bahan-bahan Pembelajaran Dan Pengajaran 83
5.3.4 Kekangan Masa 83
5.4 Cadangan Projek Lanjutan 83
5.5 Penutup 84
RUJUKAN 86
LAMPIRAN 89
xiii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL PERKARA MUKASURAT
1.1 Kerangka Teori Projek 8
2.1 Kesilapan Lazim Pelajar Berkaitan Topik
“Mathematical Reasoning” 25
2.2 Kesilapan Lazim Pelajar Berkaitan Topik
“Angles of Elevation and Depression ” 27
3.1 Objektif dan Hasil Pembelajaran
“Mathematical Reasoning” 34
3.2 Objektif dan Hasil Pembelajaran “Angles of Elevation
and Depression” 37
xiv
SENARAI GAMBARAJAH
NO RAJAH PERKARA MUKASURAT
3.1 Files Di Dalam MOODLE 39
3.2 Slot ‘Link to a file or web page’ 40
3.3 Slot ‘Link to a file web page’ (Setelah Dipilih) 40
3.4 Slot ‘Lesson’ 41
3.5 Slot ‘Lesson’ (Setelah Dipilih) 42
3.6 Slot ‘Lesson’ (Setelah Save Changes) 42
3.7 Slot Quiz 43
3.8 Slot Quiz (Setelah Dipilih) 44
3.9 Slot Quiz (Setelah Save Changes) 45
3.10 Antaramuka Hot Potatoes 46
3.11 Pembinaan JCross 47
3.12 Pembinaa JCross (add clue) 47
3.13 Pembinaan JCloze 48
4.1 Skrin ‘Upload’ 54
4.2 Skrin Mathed Dynamic Teaching/Learning 56
4.3 Skrin Log in 57
4.4 Skrin ‘Create New Account’ 57
4.5 Skrin “Mathematics Form Four” 58
4.6 Skrin ‘Main Menu’ (bahagian atas web portal) 59
4.7 Skrin “Mathematical Reasoning” (bahagian bawah
web portal) 60
4.8 Skrin Teacher’s Note “Mathematical Reasoning”
(format HTML) 61
4.9 Skrin Teacher’s Note “Mathematical Reasoning”
xv
(format PowerPoint) 61
4.10 Skrin Students’ Note “Mathematical Reasoning”
(Nota) 62
4.11 Skrin Students’ Lesson “Mathematical Reasoning”
(Latihan) 63
4.12 Skrin Quiz 64
4.13 Skrin Hot Potatoes 65
4.14 Skrin Assignment “Mathematical Reasoning” 66
4.15 Skrin Forum “Mathematical Reasoning” 67
4.16 Skrin ‘Chat’ “Mathematical Reasoning” 68
4.17 Skrin Semasa ‘Chat’ “Mathematical Reasoning” 68
4.18 Skrin Jurnal“Mathematical Reasoning” 69
4.19 Skrin “Angles of Elevation and Depression”
(bahagian bawah web portal) 70
4.20 Skrin Teacher’s Note “Angles of Elevation and
Depression” (format HTML) 71
4.21 Skrin Teacher’s Note “Angles of Elevation and
Depression”(Format PowerPoint) 71
4.22 Skrin Students’ Lesson “Angles Of Elevation and
Depression”(Nota) 72
4.23 Skrin Students’ Lesson “Angles Of Elevation and
Depression” (Latihan) 73
4.24 Skrin Quiz “Angles of Elevation and Depression” 74
4.25 Skrin Assignment “Angles of Elevation and
Depression” 75
4.26 Skrin Forum “Angles of Elevation and Depression” 76
4.27 Skrin Chat “Angles of Elevation and Depression” 77
4.28 Skrin Jurnal “Angles of Elevation and Depression” 78
xvi
SENARAI SINGKATAN
CMS - Course Management System HTML - Hypertext Markup Language ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi KBSM - Kurikulum Bersepadu sekolah Menengah KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia LMS - Learning Management System MOODLE - Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment SPM - Sijil Pelajaran Malaysia VLE - Virtual Learning Environment
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA MUKASURAT
A Contoh Analisis Kesilapan Lazim Pelajar Dalam
Topik “Mathematical Reasoning” dan
“Angles of Elevation and Depression”
BAB 1
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Penggunaan teknologi komputer pada hari ini telah berkembang pesat dalam
semua bidang. Menyedari tentang keperluan komputer dalam pelbagai bidang ini,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggerakkan institusi dibawahnya bersedia dan
melahirkan generasi celik teknologi maklumat (IT) melalui proses pendidikan di
sekolah. Beberapa program komputer seperti Projek Pengenalan Kepada Komputer
pada tahun 1986, Projek Literasi Komputer pada 1992, Projek Pengajaran Berbantukan
Komputer pada tahun 1994 dan Projek Jaringan Pendidikan pada tahun 1995 dan pada
tahun 1999 penggunaan komputer dalam proses pengajaran pembelajaran di sekolah
bestari telah diperkenalkan . Ini menunjukkan penggunaan komputer adalah penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah pada hari ini.
Menurut Frank Smith (1990), komputer menjadi sebahagian daripada
kelengkapan sekolah ataupun menjadi sebahagian daripada alat bilik darjah. Ramai
perancang pendidikan memastikan bahawa sekolah mesti menggunakan komputer. Ahli
teknologi dalam bidang pendidikan menyatakan bahawa komputer adalah sesuai
digunakan sebagai alat bantu dalam proses pembelajaran. Ini kerana komputer dapat
mempersembahkan maklumat yang akan disampaikan kepada pelajar dalam bentuk
grafik yang berwarna-warni yang dapat menarik minat pelajar untuk memberikan lebih
tumpuan semasa pengajaran mahupun di luar pengajaran.
Pendidikan matematik dewasa ini lebih tertumpu kepada penggunaan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pendedahan penggunaan komputer
kepada pelajar adalah penting untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid
terhadap pelajaran, memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid
yang pelbagai keupayaan, meningkatkan motivasi pelajar dan membolehkan
pembelajaran sendiri (individualise learning) dilakukan.
Antara salah satu teknologi yang mendapat tempat pengguna pada hari ini adalah
laman web. Ia mempunyai maklumat yang berguna dan disediakan dalam bentuk yang
menarik minat sesiapa sahaja dengan dihiasi animasi, grafik dan kadang-kadang disertai
dengan audio. Guru boleh memperolehi isi pelajaran, artikel dan bahan-bahan
pengajaran yang akan mereka sampaikan kepada pelajar dengan begitu mudah dan
menjimatkan masa. Di samping itu juga, pelajar dapat mengaksesnya pada bila-bila
masa untuk menjalankan pembelajaran mereka. Maka web portal dibangunkan untuk
membantu pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam
mata pelajaran Matematik.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pengajaran dan pelajaran Matematik yang dijalankan di Malaysia pada hari ini
adalah berorientasikan peperiksaan dan penguasaan pelajar terhadap isi kandungan
pelajaran tidak kepada penggunaan pengetahuan yang dipelajari untuk menyelesaikan
masalah sebenar. Menurut Meor Ibrahim (2001), sikap negatif sesetengah guru yang
mengajar cuma untuk melatih atau menyediakan pelajar menjawab solan peperiksaan,
bukan untuk pemahaman sebenar perlu dikikis. Pemahaman konsep secara konseptual,
sebagaimana yang difahami oleh ahli sains atau pakar adalah kayu pengukur penting
bagi kejayaan seseorang pelajar dalam pelajaran.
Pengajaran yang dilakukan juga terkongkong kepada pendekatan pengajaran
secara behaviorisme iaitu penekanan perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan.
Esah Sulaiman (2003) menyatakan ahli-ahli behaviorisme melihat pembelajaran sebagai
perubahan dalam yang mengubah tingkah laku pelajar secara tekal. Guru Matematik
juga dikatakan terpaksa menghabisan sukatan pelajaran tanpa menghiraukan
pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran.
Kemajuan teknologi maklumat sedikit sebanyak dapat membantu guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Matematik yang dijalankan. Kewujudan laman
web memberikan satu jalan lain bagi guru dan pelajar untuk mendapatkan bahan
pengajaran dan pembelajaran, latihtubi, dan penilaian. Salah satu aplikasi laman web
disediakan adalah web portal. Di samping memberikan maklum balas yang cepat dan
tepat apabila pelajar melakukan latih tubi dan penilaian, web portal juga dapat menarik
minat pelajar dengan grafik dan animasi yang disediakan. Guru juga dapat memantau
perjalanan pembelajaran matematik yang dilakukan oleh pelajar-pelajarnya serta dapat
mengenalpasti kelemahan pelajar dari rekod mereka.
Ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan kerja mereka sehinggakan tidak sempat ke
sekolah untuk mengetahui pelajaran anak-anak mereka dapat mengakses maklumat
pelajaran anak-anak mereka bila-bila masa sahaja di rumah. Di peringkat sekolah,
pelajar perlu berusaha lebih dalam mata pelajaran Matematik kerana Matematik sering
dikaitkan dengan mata pelajaran yang susah untuk dipelajari. Ada juga sesetengah ibu
bapa yang terpaksa mengeluarkan wang lebih untuk anak-anak mereka ke kelas
tambahan. Maka dengan ini, web portal “Mathematical Reasoning” dan “Angles of
Elevation and Depression” adalah alternatif terhadap masalah ini.
1.3 Penyataan Masalah
Sejak dari dulu lagi, pelajar menghadapi masalah apabila mereka menyelesaikan
permasalahan pelajaran Matematik. “Mathematical Reasoning” dan “Angles of
Elevation and Depression” adalah dua tajuk Matematik Tingkatan Empat antara
pelajaran yang memerlukan lebih perhatian daripada pelajar. ”Mathematical Reasoning”
adalah matematik berperkataan, dimana pelajar sukar menyelesaikan masalah perkataan
(word problem) ke bentuk matematik (Hazimah Abd Halim Dan Wan Muhamad Saridan
Wan Hassan, 1990) manakala “Angles of Elevation and Depression” pula adalah
pelajaran yang begitu sinonim dalam kehidupan seharian pelajar di mana pelajar sering
mengaplikasikan pengetahuan mereka tentang tajuk ini.
Sejajar dengan perubahan teknologi yang semakin berkembang dengan pantas,
maka pembelajaran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi merupakan satu
alternatif bagi menangani dan menghadapi masalah tersebut. Satu projek web portal e-
pembelajaran dilaksanakan supaya dapat menyediakan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang berkualiti berkaitan dengan tajuk ini.
1.4 Objektif Projek
Objektif bagi projek pembangunan e-pembelajaran berasaskan MOODLE adalah
untuk membangunkan e-pembelajaran menggunakan Sistem Pengurusan Kursus bagi
topik “Mathematical Reasoning” dan “Angles of Elevation and Depression ” Matematik
Tingkatan Empat yang merangkumi :-
a) Nota pengajaran guru (Teacher’s Note )
b) Bahan pembelajaran pelajar (Students’ Lesson)
c) Quiz
d) Hot Potatoes
d) Tugasan (Assignment)
e) Forum
f) Chat
e) Jurnal