Pemantapan Siri 02/2010: Prinsip Elektrik dan Elektronikabdulmaleksaidinaomar.blogspot.com/2010/11/prinsip...2017-07-29Modul ini mendedahkan murid kepada kemahiran membina litar siri,

  • Upload
    dodang

  • View
    228

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Pemantapan Siri 02/2010: Prinsip Elektrik dan Elektronik

Pemantapan Siri 02/2010

Pages

Home

Electronic + PIC

Electronic Project

Nota

Video

Thursday, November 11, 2010

Prinsip Elektrik dan Elektronik

SinopsisMata pelajaran Elektrik dan Elektronik merupakan pengabung jalinan antara bidang Elektrik dan Elektronik yang berteraskan teknologi dan memberi penekanan yang lebih kepada pembelajaran praktikal. Ia menyediakan pengetahuan teori dan amali dalam bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik. Selain dari mengikuti topik berkaitan dengan bidang Elektrik dan Elektronik, murid akan dilengkapkan dengan kemahiran penting yang lain melalui topik seperti keselamatan, keusahawanan dan pengurusan.Topik-topik Elektrik merangkumi asas elektrik, kaedah penjanaan bekalan kuasa,pemasangan dan pendawaian elektrik satu fasa, pengendalian dan kawalan motor elektrik.Topik-topik Elektronik pula merangkumi asas elektronik, pengujian dan pengawalan, asas sistem berdigit dan asas sistem perhubungan.Kursus ini dibahagikan kepada dua mata pelajaran, iaitu Prinsip Elektrik dan Elektronik serta Aplikasi Elektrik dan Elektronik. Kedua-dua mata pelajaran ini diajar berpandukan Modul Pembelajaran yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran Malaysia. Murid dilatih menggunakan kaedah Competency Base Training Education (CBTE), di mana murid dinilai tahap kompetensinya secara berterusan berasaskan kriteria yang ditetapkan melalui Modul Pentaksiran yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.Lembaga Peperiksaan akan mengeluarkan dua jenis sijil, iaitu sijil SPM yang akan memaparkan gred mata pelajaran berkenaan dan satu sijil khas Modul Kompetensi yang telah dicapai oleh murid.Objektif :Mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan bengkel.Mengetahui, memahami dan mengaplikasi prinsip, hukum, formula, terminologi, proses dan prosedur dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik.Mengenal pasti, mengguna dan menyenggara alat pengukuran dan pengujian dan elektronik.Memahami, membina dan menguji litar elektrik dan elektronik berpandukan perincian yang diberikan.Mengetahui dan memahami asas sistem berdigit dan aplikasinya.Mengguna peralatan lukisan, membina dan membuat lukisan geometri.

Sukatan PelajaranMODUL1 :TENAGA ELEKTRIK, PENGALIR DAN PENEBATModul ini mendedahkan murid kepada kaedah penghasilan tenaga elektrik ; jenis-jenis bekalan elektrik ; penyambungan sel ; pengalir dan penebat ; rintangan pengalir dan penggunaan alat ujian dan alat ukuran.

Gambar 1Murid dinilai kompetensinya menggunakan osiloskop untuk memaparkan bentuk gelombang ; menggunakan meter pelbagai untuk mengukur arus, voltan dan rintangan ; menyambung sel secara siri, selari dan siri-selari dan mengukur bacaan voltan.Gambar 2

MODUL 2 :KOMPONEN PASIFModul ini mendedahkan murid lepada pembinaan litar ; mengesan kerosakan ; mengganti komponen-komponen pasif dalam litar elektrik.Murid dinilai kompetensinya untuk menentukan nilai perintang, pearuh dan pemuat berdasarkan fizikal komponen ; mengukur perintang, pearuh dan pemuat menggunakan alat uji ; mengesan serta menentukan jenis kerosakanGambar 3

MODUL 3 :LITAR ELEKTRIK

Modul ini mendedahkan murid kepada kemahiran membina litar siri, selari dan siri-selari ; teknik mempateri; menghitung kuantiti elektrik ; menggunakan Hukum Ohm dan Hukum Kirchoff dalam litar siri, selari dan siri-selari ; menggunakan meter pelbagai.Murid dinilai kompetensinya dalam membuat lakaran dan sambungan perintang secara siri, selari dan siri-selari ; memateri perintang secara siri-selari pada papan jalur.Gambar 4

MODUL 4 :KEELEKTROMAGNETAN DAN PENGUBAH

Modul ini mendedahkan murid kepada konsep kemagnetan dan keelektromagnetan; prinsip kendalian ; menghitung nisbah pengubahan ; jenis dan pengujian pengubah dengan menggunakan penguji keterusan dan penebatanMurid dinilai kompetensinya membuat ujian keterusan dan penebatan pengubah ; mengesan kerosakan pengubah.Gambar 5

Gambar 6

MODUL 5 :LITAR AC ASAS

Modul ini mendedahkan murid kepada penghasilan AC; penentuan kuantiti-kuantiti elektrik dan pembinaan litar RLC.Murid dinilai kompetensinya dalam mengukur dan melakar gelombang AU ; melakar dan menyambung litar pearuh dan pemuat tulen ; menyambung dan melakar gambar rajah vector litar RLC siri.Gambar 7

MODUL 6 :DIOD SEPARUH PENGALIR

Modul ini mendedahkan murid kepada teori asas komponen separuh pengalir; operasi dan aplikasi diod.Murid dinilai kompetensinya dalam menguji untuk menentukan elemen-elemen diod dan transistor ; menghasilkan pendawaian dan pematerian yang kemas pada litar ; menguji kefungsian litar ; mengesan dan membaiki kerosakan pada litar.Gambar 8

MODUL 7 :TRANSISTOR DWI KUTUB

Modul ini memberi pendedahan murid kepada struktur binaan; cara mempincang; bentuk fizikal, kaedah menguji dan mengaplikasikan transistor dalam litar; penghitungan mudah IE,IC dan IB.Murid dinilai kompetensinya dalam menentukan elemen-elemen transistor, menguji kefungsian transistor, menentukan pincang hadapan dan balikan, menguji dan mengesan kerosakan.Gambar 9

MODUL 8:LAIN-LAIN KOMPONEN SEPARUH PENGALIR

Modul ini mendedahkan murid kepada simbol; bentuk fizikal; kaedah penyambungan ; kaedah menguji ; kaedah mengesan kerosakan dan penggantian komponen dan kegunaan lain-lain komponen-komponen separuh pengalir.

Gambar 10

Gambar 11

MODUL 9 :KUASA AC

Modul ini memberi pengetahuan mengenai faktor kuasa; hubungkait rintangan, aruhan dan kemuatan dalam litar AC; kemahiran menyambung meter untuk mengukur kuasa dan faktor kuasa; penghitungan kuasa dan faktor kuasa.Murid dinilai kompetensinya melakar litar dan mengukur kuasa ; membaiki faktor kuasa menggunakan pemuat.

Gambar 12

MODUL 10 :LITAR 3 FASA

Modul ini mendedahkan murid kepada kaedah penyambungan beban 3 fasa dalam bintang dan delta ; menyambung meter untuk pengukuran arus, voltan, kuasa dan faktor kuasa ; penghitungan arus, voltan, kuasa dan faktor kuasa.Murid dinilai kompetensinya membuat sambungan bintang ; membuat sambungan delta ; mengukur voltan, arus dan kuasa.Gambar 13

MODUL 11 :SISTEM NOMBOR DAN GET-GET LOGIK

Modul ini mendedahkan murid kepada konsep sistem berdigit ; sistem penomboran ; get-get logik asas litar bersepadu ; litar logik pemasaan dan pemapar berdigit.Murid dinilai kompetensinya menyambung dan menguji isyarat keluaran get-get DAN, ATAU , TAK DAN, TAK ATAU dan melengkapkan jadual kebenaran ; mereka bentuk litar, membina litar dan menguji litar logik kombinasi serta melengkapkan jadual kebenaran.Gambar 14

Gambar 15

MODUL 12 :OPERASI BOOLEAN DAN LOGIK BERJUJUKAN

Modul ini mendedahkan murid kepada konsep asas Teorem Algebra Boolean ; membina jadual kebenaran ; ungkapan logik dari jadual kebenaran ; melukis simbol blok ; litar logik yang melibatkan elemen pemasangan flip plop ; kendalian litar logik.Gambar 16

Gambar 17

MODUL 13 :LUKISAN GEOMETRI

Modul ini mendedahkan murid kepada penggunaan peralatan lukisan ; penghurufan dan pendimensian ; membina garisan dan sudut ; membina dan menggunakan skala ; membina segi tiga , poligon sekata, tangen dan bulatan dan elips ; membuat lukisan geometri, ortografik dan isometri.Murid dinilai kompetensinya melukis garisan dengan menggunakan pelbagai alat lukisan dengan betul ; membuat penghurufan, mendimensi, garisan dan kejurupelanan ; membina garisan dan sudut ; membina dan menggunakan skala ; membina segitiga, poligon sekata, elips, tangen dan bulatan ; membina segitiga, poligon sekata, elips, tangen dan bulatan ; melukis unjuran ortografik ; melukis lukisan isometri.

Gambar 18

Posted by

abdul_malek

at11:30 PM

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

About Me

abdul_malek

View my complete profile

Pautan Berkaitan

Asas Elektrik & ElektronikMy First RobotAsas ElektrikAsas ElektronikKomponen ElektrikAsas Elektro PneumatikSimbol Pneumatik

Calendar

Followers

Blog Archive

2010

(1)

November

(1)Prinsip Elektrik dan Elektronik

Ethereal theme. Powered by Blogger.