Upload
others
View
15
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Pemahaman
Modul PT3
SM 102
Nama : _____________________________
Analisis Puisi
Genre PuisiTradisional
PantunSyair
ModenSajak
Tema
Persoalan
BentukTerikat
Rima akhir Pantun : ab / abab
Rima akhir Syair : aaaa
BebasRima akhir Sajak : abcdef
Unsur Bahasa
Pengulangan
Pengulangan baris Repitisi
Pengulangan Kata
Ulang kata depan Anafora
Ulang kata belakang Responsi
Ulang kata tengah Epifora
SinkopeSingkatan : ku, mu, nak
Inversiterbalik : akan kuambil
PerlambanganBunga : wanita
Personifikasibersifat manusia
HiperbolaMelebih-lebihkan
Unsur bunyi Pengulangan abjad
Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi
Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi
Nada
Romantiscinta, kasih sayang
Melankoliksedih
Protesmembantah
Sinismenyindir / mengejek
Nilai
Pengajaran
Analisis Puisi
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
1. Pemahaman Petikan Umum
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Tajuk novel: “Dunia Syamsul”
Penulis: Adila Mirza
Penerbit: Penerbitan Generasi 2020
Pengulas: Rizman Khuzairi
Novel ini mcnggambarkan pahit getir sebuah keluarga dalam mendidik anak-anaknya.
Encik Fauzi dan Puan Yusnira begitu sabar melayan kerenah anak kccil mereka yang
memerlukan perhatian dan kasih sayang serta anak remaja yang menuntut kebebasan.
Pasangan suami isteri ini diuji apabila anak kedua mereka disahkan menghidap
penyakit autisme.
Syamsul kelihatan normal dari segi fizikal tetapi dia tidak lancar bertutur.
Fikirannya pula tidak sematang kanak-kanak yang seusianya. Namun begitu, Syamsul
mampu untuk menghafaz beberapa dialog dalam adegan lakonan artis-artis yang
diminatinya daripada tontonannya melalui televisyen. Dia juga mampu untuk
menyebut beberapa ungkapan mudah yang kerap didengarinya dengan baik.
Ayah Syamsul, Encik Fauzi seorang wartawan. Syamsul anak kedua daripada
lima orang adik-beradik. Abangnya, Nizam yang berumur 13 tahun merupakan anak
sulung Encik Fauzi dan Puan Yusnita manakala, Khalil sedang menuntut dalam Tahun
Dua, Salwa dalam Tahun Satu, dan Ikram , anak yang bongsu, baru berusia dua tahun.
Nizam diejek oleh rakan-rakannya kerana masih menaiki bas sekolah yang
kononnya hanya layak dinaiki oleh murid sekolah rendah. Ayahnya pernah melarang
Nizam berkelah di Tasik Kenvir bersama-sama dengan rakan-rakannya atas alasan
tiada pengawasan daripada sesiapa yang dapat dipercayai. Nizam berasa kecil hati,
lebih-lebih lagi apabila rakan-rakannya menceritakan keseronokan mereka sewaktu
berada di sana. Nizam semakin rnemendam perasaan apabila ayahnya tidak
menunaikan janji untuk membawanya menyaksikan perlawanan bola sepak Piala
Malaysia di stadium kerana terpaksa membuat liputan tentang penderaan kanak-kanak.
Program Bahasa Melayu Edubest SM102 - Pemahaman Petikan & Antologi 1
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
Nizarn berasa terkongkong dan tidak dipedulikan apabila semua kemahuannya
tidak dipenuhi oleh ibu bapanya. Akibatnya dia merajuk dan keluar dari rumah. Ke
manakah Nizam pergi? Adakah benar bahawa Nizam lari dari rumah? Ikutilah
kesudahan novel yang menarik ini.
Penulis novel ini sesungguhnya berjaya menghidupkan perwatakan semua
watak, terutamanya Syamsul sebagai kanak-kanak yang berpenyakit. Novel ini juga
banyak menyelitkan pengajaran yang amat berguna kepada pembaca.
1. Rencana di atas merupakan
A tafsiran buku.
B ulasan buku
C analisis buku
D sinopsis buku
2. Mengapakah Nizam dilarang oleh Encik Fauzi berkelah di Tasik Kenyir?
A Kerana tempat itu berbahaya
B Kerana beliau tidak dapat menghantarnya
C Kerana Nizam pergi dengan kawannya
D Kerana bimbang akan keselamatan diri anaknya
3. Apakah maksud perkataan terkongkong dalam petikan?
A Tidak bebas
B Tidak tenteram
C Tidak selamat
D Tidak babagia
4. Pada pendapat anda, siapakah sasaran pembaca novel "Dunia Syamsul” ? (KBAT)
A Kanak-kanak
B Remaja
C Orang dewasa
D Kaum wanita ( /10)
Program Bahasa Melayu Edubest SM102 - Pemahaman Petikan & Antologi 2
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
2. Pemahaman Puisi Moden
Maksud Sajak – “Kita Umpama Sehelai Daun”
kita umpama sehelai daun
bertunas segar di hujung ranting
lalu melebar dan merimbun
tempat bercanda unggas meriang
di bawah redup bebayang mentari
andai kikir jasa dan bakti
di mana lagi tempat bernaung
dari tusukan bahang memijar
unggas kecil tidak berkudrat
kita umpama sehelai daun
bakal kering sampai waktunya
usahlah angkuh keupayaan diri
sehingga lupa makhluk duafa
ingin bernaung mencari hidup
jadilah sehelai daun
hijau menunas menyegar mata
kering gugur menjadi baja
(Dipetik daripada antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan
Pustaka)
Program Bahasa Melayu Edubest SM102 - Pemahaman Petikan & Antologi 3
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
userSticky NoteRangkap 1: Penyajak mengumpamakan dirinya dan para pembaca sebagai daun yangbertunas segar di hujung ranting. Daun itu akan semakin rimbun sehingga menjaditempat untuk unggas menikmati kehidupan dengan gembira.
userSticky NoteRangkap 2: Penyajak mengatakan bahawa sekiranya manusia tamak serta tidak mahuberbuat jasa dan bakti, tentunya unggas yang kecil dan tiada kudrat itu tidak mempunyai tempat berlindung daripada bahang matahari.
userSticky NoteRangkap 3: Penyajak mengandaikan dirinya dan para pembaca umpama sehelai daun yang akan kering apabila sampai waktunya. Oleh itu, penyajak mengingatkan para pembaca agar tidak angkuh akan keupayaan diri yang bersifat sementara itu sehingga tidak mempunyai belas ihsan kepada makhluk duafa yang juga ingin menumpang hidup di muka bumi ini.
userSticky NoteRangkap 4: Penyajak menyeru para pembaca agar menjadi seperti sehelai daun yangbertunas hijau dan menyegarkan mata. Apabila kering, daun itu akan menjadi baja pula.
userSticky Notebergurau
userSticky Notebuang / kikis
userSticky Notecucuk
userSticky Noteberlindung
userSticky Notebertenaga
userSticky Notememancar
userSticky Notepanas
userSticky Notehidupan
userSticky Notelemah / tidak berupaya
userSticky Notebertunas / berdaun
userSticky Noteburung
userSticky Notematahari
userSticky Noteakan
userSticky Notejanganlah
userSticky Notesombong
userSticky Noteberlindung
Maksud:
Rangkap 1: Penyajak mengumpamakan dirinya dan para pembaca sebagai daun yang
bertunas segar di hujung ranting. Daun itu akan semakin rimbun sehingga menjadi
tempat untuk unggas menikmati kehidupan dengan gembira.
Rangkap 2: Penyajak mengatakan bahawa sekiranya manusia tamak serta tidak mahu
berbuat jasa dan bakti, tentunya unggas yang kecil dan tiada kudrat itu tidak
mempunyai tempat berlindung daripada bahang matahari.
Rangkap 3: Penyajak mengandaikan dirinya dan para pembaca umpama sehelai daun
yang akan kering apabila sampai waktunya. Oleh itu, penyajak mengingatkan para
pembaca agar tidak angkuh akan keupayaan diri yang bersifat sementara itu sehingga
tidak mempunyai belas ihsan kepada makhluk duafa yang juga ingin menumpang
hidup di muka bumi ini.
Rangkap 4: Penyajak menyeru para pembaca agar menjadi seperti sehelai daun yang
bertunas hijau dan menyegarkan mata. Apabila kering, daun itu akan menjadi baja
pula.
Tema
Amalan yang baik dalam kehidupan, iaitu kita berbuat jasa dan bakti kepada mahkluk
lain untuk menumpang hidup. Kita juga memberikan kebaikan sewaktu hidup dan
selepas kita meninggal dunia.
Persoalan
(a) Kebaikan diri yang sanggup memberikan makhluk lain menumpang untuk
hidup.
(b) Kesedaran bahawa sifat tamak akan membuatkan pihak lain menghadapi
kesukaran untuk hidup.
Program Bahasa Melayu Edubest SM102 - Pemahaman Petikan & Antologi 4
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
userSticky Notehidupan
(c) Insaf akan keupayaan diri yang bersifat sementara. Oleh sebab itu, tidak
sewajarnya kita bersikap sombong kepada makhluk lain.
(d) Jasa dan bakti hendaklah dilakukan sewaktu hidup dan berterusan setelah
meninggal dunia,
Bentuk
(a) Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.
(b) Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama. Contohnya,
• rangkap 1: lima baris
• rangkap 2: empat baris
• rangkap 3: lima baris
• rangkap 4: tiga baris
(c) Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata.
Contohnya,
jadilah sehelai daun (3 patah kata)
bertunas segar di hujung ranting (5 patah kata)
(d) Jumlah suku kata dalam sajak ini antara lapan hingga dua belas suku kata.
Contohnya,
jadikan sehelai daun (8 patah kata)
usahlah angkuh keupayaan diri (12 patah kata)
(e) Sajak ini berbentuk bebas.
Unsur Bunyi
(a) Asonansi. Contohnya,
• kita umpama sehelai daun (perulangan vokal a).
• di bawah redup bebayang mentari (perulangan vokal e).
• sehingga lupa makhluk duafa (perulangan vokal u).
(b) Aliterasi. Contohnya,
Program Bahasa Melayu Edubest SM102 - Pemahaman Petikan & Antologi 5
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
userSticky Noteulang vokal (a e i o u)
userSticky Noteulang konsonan (b,c,d,...)
• hijau menunas menyegar mata (perulangan konsonan m).
(c) Rima akhirnya bebas. Contohnya,
• rangkap 1: ababc
• rangkap 2: abcd
• rangkap 3: abcbd
• rangkap 4: abb
Gaya Bahasa
(a) Bahasa puitis. Contohnya,
• tempat bercanda unggas meriang (baris 4, rangkap 1)
• dari tusukan bahang memijar (baris 3, rangkap 2)
• unggas kecil tidak berkudrat (baris 4, rangkap 2)
• sehingga lupa makhluk duafa (baris 4, rangkap3)
(b) Hiperbola. Contohnya, dari tusukan bahang memijar
(c) Imej alam. Contohnya, daun; mentari; ranting; unggas
(d) Penggunaan bahasa Arab. Contohnya, duafa: kudrat; makhluk
(e) Personifikasi. Contohnya, tempat bercanda unggas meriang
(f) Repetisi. Contohnya,
• kita umpama sehelai daun (baris 1, rangkap 1; baris 1 rangkap 3) .
• unggas (baris 4, rangkap 1; baris 4, rangkap 2).
(g) Simile. Contohnya, kita umpama sehelai daun.
Nada
Romantis.
Program Bahasa Melayu Edubest SM102 - Pemahaman Petikan & Antologi 6
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
userSticky Notebunyi akhir
userSticky Notebahasa yang indah
userSticky Notemelebih-lebihkan
userSticky Notemempunyai sifat manusia
userSticky Noteperasaan
Nilai
(a) Bersimpati. Contohnya, bersimpati terhadap hidupan lain bagi membolehkan
hidupan lain itu hidup dengan riang.
(b) Baik hati. Contohnya, sanggup menghulurkan sumbangan dan bakti terhadap
golongan yang tidak berdaya.
(e) Keinsafan. Contohnya, insaf akan kelebihan diri hanyalah bersifat sementara dan
segala kelebihan diri itu akan lenyap apabila ajal tiba,
(d) Berbudi pekerti mulia. Contohnya, sikap berbudi pekerti mulia dengan menjauhi
sikap angkuh akan kekuatan diri apabila melihat penderitaan orang lain.
(e) Kasih sayang. Contohnya, kehidupan yang penuh kasih sayang dengan sifat suka
berbuat kebaikan sewaktu hidup dan selepas meninggal dunia demi kelangsungan
kehidupan insan lain.
Pengajaran
(a) Kita haruslah bersimpati terhadap insan lain supaya insan lain dapat hidup dengan
gembira.
(b) Kita harus bersifat baik hati terutama insan yang kurang upaya agar mereka
mempunyai tempat untuk bernaung.
(e) Janganlah kita angkuh dan sombong akan kelebihan diri sehingga melupakan insan
kerdil yang memerlukan tempat bergantung.
(d) Kita hendaklah suka menabur jasa dan bakti sewaktu hidup agar kita sentiasa
diingati selepas meninggal dunia.
(e) Kita hendaklah bersedia menjadi tempat berlindung bagi insan lain supaya mereka
turut dapat hidup dengan sempurna.
Program Bahasa Melayu Edubest SM102 - Pemahaman Petikan & Antologi 7
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
userSticky Notebertenaga / berupaya
userSticky Notehilang
userSticky Notemasa mati
userSticky Notesedar / faham / tahu
userSticky Noteberhatibaik
userSticky Notemanusia
userSticky Notekecil
Latihan
(i) Berdasarkan sajak di atas, apakah kepentingan-kepentingan daun kepada
unggas? [3 markah]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(ii) Banyak pengajaran yang dapat diperoleh daripada sajak "Kita Umpama Sehelai
Daun". Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(iii)Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang wujud daripada sikap
masyarakat yang suka berbuat jasa dan bakti? [4 markah]
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
( /10)
Program Bahasa Melayu Edubest SM102 - Pemahaman Petikan & Antologi 8
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
userSticky Note-burung bercanda-tempat berlindung /bernaung daripada panas-menyegarkan mata
userSticky NoteIsiHuraian (Hal ini adalah kerana / Dengan ini,/ Akibatnya)
1. mewujudkan masyarakat penyayang - masyarakat akan berasa mereka disayangi
2. masyarakat / negara kita akan maju- bersama-sama menyumbangkan tenaga untuk memajukan negara
userSticky NoteAntara pengajaran dalam sajak ialah
Pengajaran seterusnya ialah ...
userSticky Noteakibat
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my