15
ERICA TIPONG MADANG, LAPORAN PBS, 2016 Laporan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah Pengenalan Saya, Erica Tipong Madang, daripada Institut Pendidikan Guru Tun Hussein Onn menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah bagi Semester 4 untuk PISMP di Sekolah Kebangsaan Montfort, No 2, Jalan Indah, 83000 Batu Pahat, Johor. Pengalaman Berasaskan Sekolah adalah perkara wajib yang perlu dilakukan oleh semua guru pelatih dari IPG bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih untuk merasai pengalaman dan pendedahan yang pelbagai sebelum mereka ditempatkan di sekolah untuk praktikum. Dengan menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, guru pelatih dapat mencapai beberapa objektif iaitu : Memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah Menghayati kerjaya seorang guru. Memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah. Mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid. Memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran. Membina kemahiran berinteraksi dengan guru, murid dan kakitangan sekolah. Mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran, pembelajaran dan budaya sekolah. Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal. Membina sikap positif terhadap profesion perguruan Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan. Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh guru pelatih semasa menjalani PBS selama seminggu di sekolah demikian. Perkara-perkara tersebut ialah memperoleh maklumat umum mengenai sekolah serta melaksanakan aktiviti PBS yang telah ditetapkan oleh Jabatan masing-masing.

PBS SEM4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PBS SEM4

ERICA TIPONG MADANG, LAPORAN PBS, 2016

Laporan Sebelum   Pengalaman Berasaskan Sekolah

PengenalanSaya, Erica Tipong Madang, daripada Institut Pendidikan Guru Tun Hussein Onn

menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah bagi Semester 4 untuk PISMP di

Sekolah Kebangsaan Montfort, No 2, Jalan Indah, 83000 Batu Pahat, Johor.

Pengalaman Berasaskan Sekolah adalah perkara wajib yang perlu dilakukan oleh

semua guru pelatih dari IPG bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih untuk

merasai pengalaman dan pendedahan yang pelbagai sebelum mereka ditempatkan di

sekolah untuk praktikum.

Dengan menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, guru pelatih dapat

mencapai beberapa objektif iaitu :

Memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah

Menghayati kerjaya seorang guru.

Memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah.

  Mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid.

Memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran.

Membina kemahiran berinteraksi dengan guru, murid dan kakitangan sekolah.

Mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran,

pembelajaran dan budaya sekolah.

Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan

analitikal.

Membina sikap positif terhadap profesion perguruan

Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab

Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi

refleksi selepas PBS dilaksanakan. Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan

oleh guru pelatih semasa menjalani PBS selama seminggu di sekolah demikian.

Perkara-perkara tersebut ialah memperoleh maklumat umum mengenai sekolah

serta melaksanakan aktiviti PBS yang telah ditetapkan oleh Jabatan masing-masing.

Page 2: PBS SEM4

ERICA TIPONG MADANG, LAPORAN PBS, 2016

Laporan hari pertama, 4 Mac 2016Pengalaman pertama saya memasuki Sekolah Kebangsaan Montfort ialah saya

telah melaporkan diri di pejabat pentadbiran sekolah tersebut bersama beberapa

orang rakan saya yang lain. Kami mula diperkenalkan di hadapan kesemua guru-

guru di sekolah tersebut. Selepas habis perhimpunan pagi, kami diarahkan untuk

berjumpa dengan Guru Besar bagi mendapat maklumat lanjut berkaitan tentang PBS

yangkami jalani. Sekitar jam 9.30 pagi,kami berjumpa dengan guru Penolong Kanan

Pentadbiran untuk mendapatkan maklumat sekolah tersebut. Nama guru tersebut

ialah Encik Mohmad Daud bin Ahmed. Tugas beliau ialah mentadbir dan membantu

guru besar di sekolah.

Pada hari pertama ini, kami hanya membuat pemerhatian terhadap sekolah

tersebut dan menemu ramah Penolong Kanan Pentadbiran sekolah itu sahaja akibat

daripada semua penolong kanan yang lain masing-masing sibuk dengan tugas

masing-masing. Saya mula menemu ramah dan bertanya tentang maklumat sekolah

tersebut. Encik Daud terus menyerahkan sebuah buku berkaitan tentang maklumat

sekolah tersebut kepada kami untuk dijadikan rujukan. Beliau meminta kami untuk

mendapatkan sendiri maklumat yang ingin dicari menggunakan maklumat yang

diberikan. Beliau meminta supaya saya jangan malu bertanya jika mempunyai

masalah salama menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) ini.

Organisasi sekolah ini diketuai oleh Guru Besar yang bernama Encik Ali bin Hj.

Mohd Yunus dan pembantu beliau merangkap Penolong Kanan Pentadbiran ialah

Encik Mohmad Daud bin Ahmed. Tugas khas bagi Penolong Kanan Pentadbiran

ialah menguruskan unit kurikulum dan unit pentadbiran sekolah. Manakala, Penolong

Kanan Hal Ehwal Pelajar pula ialah Puan Hjh. Azlina bt. Othman dan tugas beliau

ialah menguruskan bantuan untuk pelajar, dan tugas khas yang harus dijaga ialah

prasarana di sekolah dan pelbagai tugasan lain. Penolong Kanan Kokurikulum pula

ialah Tuan Hj. Sabren bin Hasbullah dan tanggungjawab Penolong Kanan

Page 3: PBS SEM4

ERICA TIPONG MADANG, LAPORAN PBS, 2016

Kokurikulum ini ialah menguruskan hal berkaitan tentang unit beruniform, persatuan

dan kelab serta sukan dan permainan bagi setiap pelajar.

Dari aspek Pengurusan Sekolah Kebangsaan Montfort memang tidak mempunyai

banyak masalah. Hal ini kerana sekolah ini merupakan antara sekolah yang ramai

melahirkan anak murid yang cemerlang.

Sekolah ini merupakan sekolah yang sangat berdisiplin dan mempunyai seorang

pentadbir sekolah yang sangat tegas dan berdisiplin. Sekolah ini didiami seramai 424

orang murid sahaja dan mempunyai 36 orang guru, 10 orang sebagai staf sokongan,

6 orang bekerja swasta dan empat orang pengawal keselamatan.

Sehubungan dengan itu, menurut Penolong Kanan Pentadbiran Encik Daud,

peranan seorang guru dan selaku orang yang bertanggungjawab di atas kurikulum

para pelajar ialah guru itu perlu menjaga kurikulum pelajarnya. Beliau berkata lagi

tugasnya ialah memastikan pencapaian setiap pelajarnya mampu ada peningkatan.

Di samping itu, peranan beliau ialah menyediakan jadual pengajaran dan

pembelajaran kepada setiap guru. Peranan beliau juga ialah menjaga setiap panitia

matapelajaran dan memastikan setiap panitia itu menjalankan tugasnya dengan betul

dan berjalan lancar bagi meningkatkan prestasi setiap matapelajaran.

Seiringan dengan itu, peranan beliau juga ialah memastikan program kurikulum

berjalan dengan lancar. Antara program-program yang dilaksanakan ialah program

motivasi, bengkel menjawab soalan, program mentor-mentee, kelas intensif, dan

penilaian berasaskan sekolah (PBS). Tugas seorang guru juga ialah melaksanakan

dasar-dasar pendidikan seperti LINUS dan mengadakan kelas pemulihan bagi

pelajar yang masih lemah dalam matapelajaran yang diambil.

Laporan hari kedua, 7 Mac 2016

Saya dan rakan saya yang mengambil minor Bahasa Melayu telah menebual beberapa

orang guru tentang cara pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang dijalankan

di sekolah tersebut. Namun yang membanggakan saya ialah mereka tidak kedekut untuk

memberikan maklumat dan sentiasa memberi sepenuh pertolongan walaupun pada minggu

Page 4: PBS SEM4

ERICA TIPONG MADANG, LAPORAN PBS, 2016

tersebut merupakan minggu ujian. Sedikit sebanyak dalam masa menjalankan PBS untuk

hari kedua ini, saya mula berasa selesa dan mula berbaik-baik dengan guru dan murid. Pada

waktu pagi sebelum kelas, saya akan berjalan-jalan di sekitar sekolah dan berbual-bual

dengan murid-murid di sekolah tersebut. Setelah kami sampai pada setiap pagi di sekolah

tersebut, rakan senior saya selalu mengajak saya untuk datang membantu menyelia murid di

dewan utama. Saya tidak menolak malah saya sangat gembira kerana dapat menyesuaikan

diri dengan murid dan guru dan juga memberi pendedahan awal kepada saya untuk menjadi

lebih berani dan tidak kekok apabila ke sekolah kelak.

Pada hari kedua ini, saya banyak fokus kepada mendapatkan maklumat untuk PBS

untuk minor Bahasa Melayu dan maklumat Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Ini bertujuan

untuk membantu saya dan rakan saya yang lain untuk menyelesaikan tugasan yang

diberikan oleh pensyarah kepada kami. Setelah selesai, kami diminta untuk membantu guru

sekolah Montfort untuk stapler ujian yang digunakan untuk peperiksaan pada minggu

tersebut.

Laporan hari ketiga, 8 Mac 2016

Pada hari ketiga Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini, kami sampai ke

sekolah tepat jam 7.00 pagi. pada hari ketiga ini, kami mendapatkan maklumat

berkaitan tentang prasarana di sekolah tersebut. Dari aspek kemudahan di sekolah

ini, saya dapat melihat segala kemudahannya disediakan dengan lengkap dan

sentiasa ada penyelenggaraan oleh pihak yang bertanggungjawab.Tandas sekolah

juga sangat bersih. Pekerja swasta yang menguruskan kebersihan sekolah tersebut

sangat teliti dalam mengerjakan tugas yang diberikan.

Sehubungan dengan itu, dari aspek keceriaan sekolah ini ia mungkin Nampak

sedikit kurang menarik kerana tidak banyak mural yang saya lihat dan kebanyakkan

hanya banner-banner kecil yang bergantungan. Suasana sekolah ini sangat bising

kerana didiami oleh murid lelaki sahaja. Selain itu, kami sempat berbual seketika

bersama dengan pekerja yang menguruskan kebersihan sekolah ini dan beliau

menyatakan bahawa beliau menjalankan tugas dari pagi sehingga petang dan balik

pada pukul 4 petang. Itulah tugas hariannya setiap kali hari persekolah berlangsung.

Page 5: PBS SEM4

ERICA TIPONG MADANG, LAPORAN PBS, 2016

Saya cukup hormat dengan sikap makcik tersebut kerana dia seorang yang baik,

ramah dan sopan.

Beralih kepada prasarana bilik darjah sekolah ini, saya melihat agak menarik dan

kreatif dengan hiasan yang pelbagai dan warna warni menambah lagi keindahan dan

suasana yang harmoni di dalam kelas. Hal ini kerana, dengan keadaan bilik darjah yang

kondusif mampu mengelakkan para pelajar merasa bosan dan suasana menarik seperti

itu akan menarik minat pelajar untuk terus belajar.

Laporan hari keempat, 9 Mac 2016

Pada hari keempat ini , saya lebih banyak berjalan dan membuat pemerhatian di

sekitar kawasan sekolah tersebut. Saya melihat cara guru mengajar di dalam kelas

dan sebagainya. Sekitar jam 10.00 pagi, saya telah menemu ramah Guru Besar

sekolah itu sendiri dan menanyakan beberapa soalan yang mampu membantu saya

dalam menyelesaikan laporan PBS pada kali ini. Saya bertanya berkaitan tentang

peranan Guru Besar itu sendiri. Menurut beliau, seorang pentadbir sekolah perlulah

mengenal setiap diri guru-gurunya. Beliau juga menyatakan bahawa beliau selalu

memberi nasihat dan mengingati para guru agar sentiasa berusaha untuk

meningkatkan perasaan semangat mendidik dengan lebih baik.

Saya juga tidak lepas daripada bertanya berkaitan tentang peranan

pembelajaran abad ke-21 tersebut kepada pelajar. beliau menerangkan satu persatu

dan menyatakan bahawa pembelajaran abad ke -21 itu lebih memfokuskan kepada

pelajar sahaja dan guru hanya sebagai pembimbing dan pemudah cara sahaja.

Selain itu juga, saya bertanya berkaitan tentang prasarana di sekolah tersebut dan

seperti yang saya jelaskan tadi kemudahan prasarana sekolah tersebut cukup baik.

Bukan hanya itu sahaja, soalan terakhir yang saya soal kepada beliau ialah

apakah peranan Guru Besar dalam melahirkan modal insan yang cemerlang.

Dengan mudah beliau menerangkan satu persatu dan dari itulah saya mula faham

dan memahami situasi sebenar seorang ketua dalam sesebuah pentadbiran.

Page 6: PBS SEM4

ERICA TIPONG MADANG, LAPORAN PBS, 2016

Menurut beliau, antara peranan guru yang perlu ada dalam melahirkan seorang

modal insan yang cemerlang ialah sentiasa ubah pedagogi dalam pengajaran dan

pembelajaran, sentiasa memberi nasihat dan kata semangat kepada pelajar,

memberi galakkan kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam apa jua

aktiviti. Di samping itu juga, peranan yang paling utama ialah perlaksanaan kelas

yang kondusif dan amalan sifar ponteng. Tambahan lagi, menurut Guru Besar,

sekolah perlulah mengadakan banyak program seperti menjawab soalan, bengkel,

kelas intensif dan banyak lagi.

Sehubungan itu juga, sekolah ini menjalankan sesi moral pada setiap hari

khamis dimana murid yang beragama Islam akan berkumpul di surau dan murid yang

bukan islam akan berkumpul di satu kelas untuk menjalankan sesi moral bersama

guru yang bertugas. Pada hari tersebut, kami telah ditugaskan oleh guru penolong

kanan untuk membantu menjalankan sesi moral memandangkan saya bukan islam

dan rakan-rakan saya yang beragama islam diminta membantu apa yang patut di

surau bersama murid yang beragama Islam.

Hari kelima,10 Mac 2016

Hari terakhir ini, Sk Montfort menjalankan penyampaian watikah pelantikan

pengawas kepada semua pengawas sekolah dan pengawas pustakawan.

Penyampaian watikah tersebut dirasmikan oleh seorang Pegawai Polis Daerah Batu

Pahat. Beliau memberi nasihat supaya murid sentiasa patuh dan menjalankan

amanah yang diberikan dan tidak bersikap tidak adil kepada murid yang melakukan

kesalahan. Saya berasa sungguh bangga dan gembira dengan layanan guru-guru

dan pelajar di sekolah tersebut kerana sikap dan layanan yang baik daripada

kakitangan sekolah ini.

Mengikut pemerhatian dan maklumat yang saya perolehi, cara pelaksanaan

kurikulum di Sekolah Kebangsaan Montfort ini tidak ada perbezaan dengan mana-

mana sekolah kerana cara pelaksanaannya memang memfokuskan kepada murid.

Sekolah ini mula beroperasi setiap hari ahad hingga hari khamis bermula jam 7.15

pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Sekolah ini mempunyai dua sesi. Sekolah

Page 7: PBS SEM4

ERICA TIPONG MADANG, LAPORAN PBS, 2016

ini juga mengadakan perhimpunan pada setiap hari ahad dan dikendalikan oleh

bantuan guru-guru lain.

Oleh itu, saya berasa amat bersyukur dengan peluang yang diberikan kepada

kami untuk menjalankan PBS di sekolah kerana ia banyak memberi pendedahan

awal kepada kami sebagai persiapan kami berdepan dengan murid dan guru

sekolah kelak.

Page 8: PBS SEM4

ERICA TIPONG MADANG, LAPORAN PBS, 2016

REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS)

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya berjaya melaksanakan Pengalaman

Berasaskan Sekolah ini dengan jayanya. Tugasan bagi PBS kami pada kali keempat ini

ialah membuat pemerhatian berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan

mendapatkan maklumat berkaitan tentang unit beruniform untuk dijadikan laporan kerja

kursus. Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini sangat penting bagi saya sebagai

persediaan untuk saya dalam menempuh profesion perguruan ini. Sesungguhnya

tugasan ini tidaklah terlalu rumit bagi saya namun ia sangat merangsang minda dan

pemikiran saya sebagai bakal guru yang akan menerajui bidang perguruan kerana sya

terpaksa untuk belajar cara berkomunikasi dengan guru-guru dan kakitangan sekolah

tersebut.PBS ini dilaksanakan selama seminggu iaitu bermula 6 Mac 2016 hingga 10

Mac 2016. Selama tempoh seminggu itu saya mendapat banyak pengalaman yang

sangat berfaedah dan berguna sebagai persediaan saya menjadi guru kelak.

Pertama sekali, dari aspek kekuatan yang saya mampu perolehi ialah

saya berjaya mendapatkan semua maklumat yang ingin dicari. Selain itu, saya

berpeluang untuk berkomunikasi secara terus dengan murid-murid di sekolah tersebut.

Pada hari keempat di sekolah tersebut, saya dan rakan PBS saya yang lain telah

membantu guru untuk menjalani sesi moral. saya mampu berinteraksi dengan tenang

dan mampu menarik perhatian murid untuk mengikuti segala arahan yang saya berikan.

Dari aspek kelemahan saya pula, saya masih lagi kurang berinteraksi

dengan guru-guru sekolah tersebut kerana malu. Hal ini mungkin kerana terdapat

beberapa guru di sekolah tersebut tidak suka senyum. Namun saya tidak pernah

sombong untuk mengucap selamat kepada guru-guru mahupun murid yang lalu di

hadapan saya. Saya tidk mempunyai kemahiran lagi untuk menarik minat pelajar untuk

mencintai subjek sejarah ini. Saya dan rakan-rakan saya yang lain juga merasakan

masa yang diberikan kepada kami untuk menjalankan program PBS ini sangat singkat

Page 9: PBS SEM4

ERICA TIPONG MADANG, LAPORAN PBS, 2016

dan kami tidak puas lagi untuk menilai dan mengeratkan lagi hubungan antara guru

dengan murid dan murid dengan guru dan hubungan baik antara guru dan guru itu

sendiri.

Oleh yang demikian, harapan saya ialah saya berharap saya akan dapat menguasai

keseluruhan tentang subjek sejarah sekolah rendah ini agar saya mampu mengubah

mentaliti murid-murid untuk mencintai subjek ini. Saya mengimpikan supaya subjek

sejarah ini menjadi satu subjek yang sangat menarik dan mengujakan pelajar untuk

belajar. Saya akan berusaha untuk mendapatkan seribu satu idea yang menarik untuk

diterapkan dalam pengajaran saya kelak.

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya berjaya melaksanakan

Pengalaman Berasaskan Sekolah ini dengan jayanya. Tugasan bagi PBS kami pada

kali kedua ini ialah membuat pemerhatian berdasarkan tentang organisasi sekolah,

prasarana dan kurikulum sesebuah sekolah. Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) ini

sangat penting bagi saya sebagai persediaan untuk saya dalam menempuh profesion

perguruan ini. Sesungguhnya tugasan ini tidaklah terlalu rumit bagi saya namun ia

sangat merangsang minda dan pemikiran saya sebagai bakal guru yang akan

menerajui bidang perguruan kerana sya terpaksa untuk belajar cara berkomunikasi

dengan guru-guru dan kakitangan sekolah tersebut.Tugasan ini telah diberikan oleh En.

Zahidi Bin Khamis selaku mentor bagi kelas saya iaitu kelas PSV Ambilan Jun 2014

Tugasan ini dilakukan secara individu. Ucapan terima kasih diucapkan kepada En.

Zahidi Bin Khamis di atas kesudian beliau memberi tugasan ini.

Melalui pengalaman ini, saya mempelajari tentang pentingnya kita untuk

menjalani sendiri tugasan tersebut sebagai persediaan saya untuk mengajar kelak.

Berdasarkan PBS ini, saya perlu mencari maklumat berkaitan tentang sekolah tersebut

Page 10: PBS SEM4

ERICA TIPONG MADANG, LAPORAN PBS, 2016

dan berusaha untuk mendekatkan diri saya dengan guru-guru dan murid-murid serta

kakitangan yang terdapat di sekolah tersebut.

Selain daripada mencari maklumat sekolah, saya juga perlu menghasilkan satu

laporan lengkap tentang PBS saya. Oleh yang demikian, melalui tugasan yang

diberikan, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam

menghadapi dunia perguruan pada masa kini.

Melalui pemerhatian selama saya berada di Sekolah Kebangsaan Seri

Telok ini, saya telah mempelajari tentang matlamat yang ingin dicapai oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahirkan modal insan yang berkualiti. Saya

melihat sendiri pengorbanan guru itu dalam membentuk setiap insan yang bergelar

muridnya dan berusaha mencari jalan penyelsaian untuk membantu muirdnya yang

lemah dalam matapelajaran khususnya.

Di samping meningkatkan ilmu pengetahuan saya sebagai guru malah ini akan

memberi input kepada saya sebagai guru untuk memberi tunjuk ajar kepada murid pada

masa akan datang.

Sekolah Kebangsaan Seri Telok ini merupakan sebuah sekolah penanda aras

untuk sekolah- sekolah lain. Sekolah ini banyak menganjurkan pelbagai aktiviti yang

melibatkan sekolah-sekolah lain. Sebagai contoh yang paling jelas ialah sebuah

pertandingan Nasyid telah dilaksanakan semasa saya berada di sekolah tersebut.

Dalam pada itu, saya melihat kesungguhan guru-guru ekolah tersebut untuk mengajar

murid-muridnya belajar nasyid dan mereka telah membuat persembahan yang sangat

baik.

Sehubungan dengan itu, dari aspek kelemahan saya selama saya berada di

sekolah tersebut ialah saya tidak dapat menyumbangkan apa-apa idea yang bernas

untuk memperkembangankan sekolah tersebut. Namun, perkara tersebut tidak menjadi

kerisauan bagi diri saya. Dari aspek kekuatan saya, saya mampu membina hubungan

yang baik bersama semua kakitangan di sekolah tersebut. Guru-guru di sekolah

tersebut memang sangat peramah dan prihatin terhadap semua muridnya. Melalui

hubungan yang baik bersama guru-guru, kakitangan yang lain serta murid-murid

Page 11: PBS SEM4

ERICA TIPONG MADANG, LAPORAN PBS, 2016

mampu membentuk dan membina keyakinan saya untuk berhadapan dengan situasi

yang sebenar pada masa kelak.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama guru-guru,

pelajar pelajar dan kakitangan sekolah tersebut mampu mengajar saya untuk

memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat

melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi

seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh kakak-kakak

dan abang-abang senior yang praktikum di sekolah ini memberi idea bernas kepada

saya tentang cara-cara dan peranan seorang guru dalam mengawal kelas. Tidak lupa

juga, saya banyak bertanya tentang perkembangan yang berlaku dalam sekolah dan

bertanya tentang perubahan yang berlaku di sekolah. Hal ini kerana apa yang dipelajari

di sekolah kebanyakkan tidak sejajar dengan pengajaran yang diajar di IPG.

Tambahan lagi, segala input yang saya perolehi akan saya simpan sebagai

bekalan saya di hari muka dan membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang

terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Justeru itu, Pengalaman Berasakan Sekolah(PBS) seperti ini sangat bagus

kepada saya dan rakan-rakan yang lain bagi memberi keyakinan diri kepada kami

sebagai persediaan menjadi guru kelak.

Secara keseluruhannya, PBS ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan

membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi

semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal

insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara. Selain

itu juga, PBS ini memberi semangat kepada saya untuk memberi semangat kepada

saya untuk memberi tunjuk ajar yang lebih kreatif kepada anak bangsa agar mampu

menjadi insan yang mampu memajukan Negara pada masa akan datang.