11
MID-SEMESTER EXAMINATION (NOVEMBER 2010 SESSION) BACHELOR PROGRAMMES MALAYSIAN STUDIES MPW2133 LECTURER :…………………………………………………………………………… MATRIC NO : …………………………………………. PROGRAMME : ..…………………………………… VENUE : …………………………………………. JANUARY 2011 DURATION : 2 HOURS INSTRUCTIONS: 1. Candidates must read all questions carefully. 2. The examination script consists of the followings: Part Types of Questions Instruction Answer Sheets to be Used A 40 MCQ Answer ALL questions OMR sheet B 8 Short Answers Answer ALL questions Answer booklet C 2 Essays Answer ONE (1) question ONLY Answer booklet THIS EXAMINATION SCRIPT CONTAINS 11 PAGES INCLUDING THE FRONT COVER DO NOT OPEN THE EXAMINATION SCRIPT UNTIL FURTHER INSTRUCTION

Past Year Question MSU

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pengajian Malaysia

Citation preview

Page 1: Past Year Question MSU

MID-SEMESTER EXAMINATION

(NOVEMBER 2010 SESSION)

BACHELOR PROGRAMMES

MALAYSIAN STUDIES MPW2133

LECTURER :……………………………………………………………………………

MATRIC NO : …………………………………………. PROGRAMME : ..…………………………………… VENUE : …………………………………………. JANUARY 2011 DURATION : 2 HOURS

INSTRUCTIONS:

1. Candidates must read all questions carefully.

2. The examination script consists of the followings:

Part Types of Questions

Instruction Answer Sheets to be Used

A 40 MCQ Answer ALL questions

OMR sheet

B 8 Short Answers Answer ALL questions

Answer booklet

C 2 Essays Answer ONE (1) question ONLY

Answer booklet

THIS EXAMINATION SCRIPT CONTAINS 11 PAGES INCLUDING THE FRONT COVER

DO NOT OPEN THE EXAMINATION SCRIPT UNTIL FURTHER INSTRUCTION

Page 2: Past Year Question MSU

SULIT MPW2133

MPW2133 MALAYSIAN STUDIES 1/10

BAHAGIAN A (40 markah)

Masa : 40 minit ARAHAN Jawab SEMUA soalan. Gunakan kertas OMR yang telah disediakan.

1. Berikut merupakan pemerintah Kesultanan Melayu Melaka, KECUALI A. Sultan Abu Syahid. B. Sultan Muzaffar Syah. C. Sultan Ibrahim Syah. D. Sultan Ahmad Syah. 2. Faktor mempengaruhi kejatuhan kerajaan Melayu Melaka ialah_________________.

i. kejatuhan ekonomi kerajaan ekoran pelabuhan Melaka yang tidak dikunjungi pedagang-pedagang asing.

ii. kelemahan pucuk pimpinan dan pembesar-pembesar tempatan. iii. perpecahan di kalangan rakyat jelata. iv. aktiviti penjelajahan orang Eropah. A. i, ii dan iii sahaja B. ii, iii dan iv sahaja C. i, ii dan iv sahaja D. Semua di atas

3. Tugas utamanya sebagai penjaga kewangan kerajaan. Pernyataan ini merujuk

kepada jawatan ______________. A. Bendahara B. Penghulu Bendahari C. Temenggung D. Laksamana 4. Melaka mengalami zaman kegemilangannya pada abad ke 15 kerana faktor-faktor

yang berikut, KECUALI A. sebuah empayar yang kukuh, kerana sistem pemerintahan dan ketenteraan

yang tersusun dan kuat. B. pusat perdagangan dunia yang menjadi pertembungan pedagang-pedagang

dari Timur, Barat dan Kepulauan Melayu. C. pusat penyebaran, pendidikan dan anutan agama Hindu-Buddha. D. pusat penyebaran ilmu meliputi bahasa, kebudayaan dan kesusasteraan.

Page 3: Past Year Question MSU

SULIT MPW2133

MPW2133 MALAYSIAN STUDIES 2/10

5.

Penyataan di atas merujuk kepada sistem pentadbiran kerajaan Melayu Melaka yang dipanggil sebagai sistem ________________. A. Pembesar Berhierarki B. Raja mutlak C. Pembesar Empat Lipatan D. Hierarki Empat Lipatan

6. Pilih penyataan yang BENAR mengenai Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke 15. i. Kerajaan Melayu Melaka mengamalkan pentadbiran demokrasi.

ii. Zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka terserlah semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah.

iii. pandangan masyarakat Melayu Melaka terhadap institusi beraja berkait rapat dengan konsep-konsep seperti ‘taat setia’, ‘daulat’, ‘derhaka’ dan ‘tulah’.

iv. Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan daripada kesultanan Majapahit di Pulau Jawa.

A. i dan ii sahaja B. ii dan iii sahaja C. iii dan iv sahaja D. i dan iii sahaja

7. Perebutan takhta di Perak abad ke 19 melibatkan tokoh yang berikut, KECUALI A. Raja Yusof. B. Raja Mahadi. C. Raja Ismail. D. Raja Abdullah. 8. Selepas menduduki Melaka, Portugis melaksanakan pentadbiran berbentuk

_____________ yang diketuai oleh ____________. A. militer; Kapten Kota Melaka B. militer; Kapten Angkatan Laut C. demokrasi; Feitor D. monarki; Raja Portugal 9. Kenyataan berikut merujuk kepada sejarah pembukaan kerajaan Melayu Melaka,

KECUALI A. Melaka telah dibuka oleh seorang putera raja yang berasal dari kerajaan

Majapahit. B. nama negeri Melaka diambil sempena nama sebatang pokok. C. Melaka hanyalah sebuah perkampungan nelayan yang mempunyai penduduk

seramai 200 orang semasa ia dibuka. D. gelaran raja pertama Melaka ialah Sultan Iskandar Syah.

Sultan Pembesar 4 Pembesar 8 Pembesar 12 Pembesar 32

Page 4: Past Year Question MSU

SULIT MPW2133

MPW2133 MALAYSIAN STUDIES 3/10

10. Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka telah mengalami zaman kejatuhan dan ditawan oleh Portugis semasa berada di bawah pemerintahan Bendahara _______________.

A. Tun Puteh B. Tun Mutahir C. Tun Ali D. Paduka Tuan 11. Tindakan penjajah mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara yang

dijajah disebut sebagai _______________. A. kolonialisme B. imperialisme C. mekantilisme D. kapitalisme 12. Faktor-faktor mendorong perluasan kuasa penjajah Barat ke Asia Tenggara adalah

seperti berikut, KECUALI A. perkembangan idealogi baru di Eropah yang menggalakkan kuasa-kuasa

Barat mengawal keamanan segajat. B. perkembangan Revolusi Industri di Eropah memerlukan sumber bahan

mentah yang banyak. C. penemuan jalan ke Timur membuka laluan perhubungan antara negara

Barat dengan negara di Timur. D. persaingan untuk menguasai perdagangan di rantau Nusantara.

13. Tujuan utama Portugis menjajah Tanah Melayu ialah _______________. i. menyaingi kuasa Belanda ii. menguasai perdagangan di Kepulauan Melayu

iii. menjalin hubungan diplomatik antara kawasan Timur dengan barat iv. mengembangkan agama Kristian A. i dan ii sahaja B. ii dan iii sahaja C. iii dan iv sahaja D. ii dan iv sahaja

14. Pangkalan utama Belanda di Kepulauan Melayu terletak di _______________. A. Mataram di Pulau Jawa B. Betawi di Pulau Jawa C. Srivijaya di Sumatera D. Singhasari Di Pulau Jawa 15. Kesan penting akibat perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ialah _______________.

A. membolehkan pihak British menguasai sepenuhnya perairan Selat Melaka B. angkatan tentera Belanda terpaksa berundur dari Melaka C. perkembanagan pelabuhan perdagangan di Riau D. perpecahan empayar Johor-Riau, iaitu Singapura dan tanah besar Johor

jatuh ke tangan British, manakala Riau jatuh ke tangan Belanda

Page 5: Past Year Question MSU

SULIT MPW2133

MPW2133 MALAYSIAN STUDIES 4/10

16. Stanford Reffles berjaya menduduki Singapura setelah membuat perjanjian dengan __________ dan ___________.

A. Tengku Long; Temenggung Abdul Rahman B. Tengku Jaafar; Temenggung Abu Bakar C. Tengku Ismail; Bendahara Abdul Rahman D. Tengku Hussein; Bendahara Abu Bakar 17. Apakah faktor utama yang mencetuskan perang Kelang?

A. Tindakan Sultan Abdul Samad melantik Raja Abdullah sebagai pembesar Kelang menyebabkan Raja Mahadi tidak berpuas hati dan bertindak melancarkan serangan menuntut haknya di Kelang.

B. Berlaku pertempuran hebat antara kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San kerana berebut kawasan lombong bijih timah.

C. Berlaku perang saudara antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah yang berebut penguasaan ke atas kawasan lombong bijih timah di Kelang.

D. Raja Mahadi telah melancarkan pemberontakan kerana tidak berpuas hati dengan perlantikan Residen British di Selangor.

18. Residen British yang pertama di Pahang ialah _______________. A. Hugh Clifford B. J. P. Rodger C. J. P. Davidson D. Martin Lister 19.

Tokoh di atas merujuk kepada _______________. A. Dato’ Bandar Kulup Tunggal B. Tengku Antah C. Dato’ Haji Sahil D. Dato’ Kelana Sayid Abdul Rahman 20. Apakah perjanjian yang melengkapkan penguasaan British ke atas hampir ke semua

negeri di Tanah Melayu pada awal abad ke 20? A. Perjanjian Pangkor B. Perjanjian Inggeris-Belanda C. Perjanjian Bangkok D. Perjanjian Burney 21. Berikut merupakan faktor penentangan penduduk tempatan di Naning terhadap

British, KECUALI A. British memaksa penduduk Naning menandatangani perjanjian menyerah

tanah. B. kerajaan British mendakwa Naning sebahagian daripada wilayah Melaka. C. gabenor Fullerton mengarahkan penduduk Naning membayar cukai 1/10

daripada hasil ekonomi mereka. D. perjuangan yang dicetus dan dibangkitkan oleh penghulu Naning, Dol Said.

Seorang pembesar yang berpengaruh di Sungai Ujong. Berperanan

penting dalam campur tangan British di Sungai Ujong dan Seri Menanti.

Page 6: Past Year Question MSU

SULIT MPW2133

MPW2133 MALAYSIAN STUDIES 5/10

22. Faktor tercetusnya kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu ialah ____________. i. Gerakan Pan-Islamisme di Timur Tengah dipelopori oleh Syeikh Muhamed

Abduh dan kumpulan penyokongnya al-Manar. ii. kejayaan Jepun menawan bandar-bandar utama di Rusia seperti Mukden,

Port Athur, Vladivostok dan Chemulpo. iii. gerakan-gerakan yang dicetuskan oleh Kang Yu Wei, Dr. Sun Yat Sen dan

parti Kuomintang di negara China. iv. kejayaan Parti Kongres di bawah pimpinan Mahatma Ghandi di India

mendapatkan kemerdekaan daripada British. A. i, ii dan iii sahaja B. i, iii dan iv sahaja C. ii, iii dan iv sahaja D. i, ii, iii dan iv

23. Malayan Union dibentuk pada tahun 1946 berdasarkan syarat-syarat yang berikut.

Pilih jawapan yang BETUL. i. Semua negeri Melayu, Melaka, Singapura dan Pulau Pinang disatukan di

bawah pentadbiran kerajaan pusat yang diketuai oleh seorang gabenor. ii. Raja-raja Melayu menjadi raja kehormat yang hanya berkuasa ke atas agama

Islam dan adat istiada Melayu sahaja. iii. Pesuruhjaya Negeri akan dilantik menjadi ketua pentadbir peringkat negeri

dan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Negeri. iv. Syarat kewarganegaraan adalah berdasarkan prinsip jus soli. A. i, ii dan iii sahaja B. i, iii dan iv sahaja C. ii, iii dan iv sahaja D. Semua di atas

24. Gabenor Malayan Union yang pertama ialah ____________. A. Sir Harold Mac Micheal B. Sir Malcom MacDonald C. Sir Edward Gent D. Sir Henry Gurney 25. Berikut ialah peristiwa-peristiwa politik yang berlaku selepas Perang Dunia Kedua.

Susun peristiwa-peristiwa berikut mengikut kronologi.

Peristiwa Kronologi

i Pembentukan Suruhanjaya Reid

ii Pengisytiharan kemerdekaan

iii Rombongan rundingan kemerdekaan ke London

iv Majlis Perundangan Persekutuan meluluskan rang perlembagaan

A. i, iv, iii dan ii B. iii, i, ii dan iv C. iii, i, iv dan ii D. iv, i, ii dan iii

Page 7: Past Year Question MSU

SULIT MPW2133

MPW2133 MALAYSIAN STUDIES 6/10

26. Slogan ‘Malaysia untuk Orang Malaysia’ yang disuarakan oleh Lee Kuan Yew menunjukkan Singapura memperjuangkan ________________.

A. kelebihan diberiakan kepada penduduk Singapura B. persamaan hak rakyat Singapura dengan penduduk Tanah Melayu C. hanya penduduk Tanah Melayu sahaja mendapat keistimewaan D. orang cina mesti mendapat hak yang sama dengan orang Melayu 27. Isu utama yang memaksa Brunei menarik diri daripada menyertai persekutuan

Malaysia ialah ___________. A. air B. minyak C. timah D. emas 28. Singapura dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 kerana

faktor ____________. A. politik B. ekonomi C. sosial D. agama dan bahasa 29. Persekutuan Malaysia terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Brunei

ditubuhkan pada ______________. A. 13 September 1963 B. 16 Ogos 1963 C. 13 Mei 1963 D. 16 September 1963 30. Negara yang tidak menentang pembentukan Malaysia 1963 ialah ___________. A. Singapura B. Brunei C. Indonesia D. Filipina 31. Organisasi tertinggi dalam pembentukan dasar negara ialah _____________. A. YDPA B. Kabinet C. Perdana Menteri D. Majlis Tertinggi Negara 32. Pelaksanaan sesuatu dasar diletakkan di bawah tanggungjawab ___________. A. kementerian B. kabinet C. suruhanjaya D. Majlis Raja-Raja

Page 8: Past Year Question MSU

SULIT MPW2133

MPW2133 MALAYSIAN STUDIES 7/10

33. Komponen-komponen berikut terletak di bawah Parlimen Malaysia, KECUALI A. YDPA. B. Dewan Negara. C. Dewan Rakyat. D. Timbalan Menteri. 34. Kelayakan seseorang untuk menjadi ahli Dewan Rakyat ialah berumur __________. A. 21 tahun ke atas B. 31 tahun ke atas C. 41 tahun ke atas D. 50 tahun ke atas 35. Peranan kabinet selain kuasa mentadbir negara ialah _____________. A. meluluskan rang undang-undang B. memantau pergerakan parti-parti politik C. membentuk dan pelaksana dasar tertinggi negara D. perlantikan YDPA 36. Pentadbiran kerajaan tempatan diketuai oleh _____________. A. Menteri Besar B. Ketua Menteri C. Pegawai Daerah D. Gabenor/Yang Dipertua Negeri 37. Jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan terdiri daripada _____________. i. YDPA ii. kabinet

iii. Kementerian iv. Jabatan

A. i dan ii sahaja B. i, ii dan iii sahaja C. ii, iii dan iv sahaja D. Semua di atas

38. Antara berikut, manakah BUKAN bidang tugas Majlis Raja-raja? A. Memilih YDPA dan Timbalan YDPA. B. Memberi persetujuan atau penolakan tentang adat istiadat Melayu. C. Pengisytiharan darurat.

D. Memberi nasihat tentang perlantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja.

39. Badan kehakiman berkuasa dalam ______________. A. mentafsir dan menguatkuasakan perlembagaan B. menjatuhkan hukuman bagi pesalah-pesalah C. menjalankan dasar-dasar kerajaan D. menguatkuasakan undang-undang negara

Page 9: Past Year Question MSU

SULIT MPW2133

MPW2133 MALAYSIAN STUDIES 8/10

40. Perkara-perkara yang tidak terkandung di bawah kuasa kerajaan negeri ialah ______________.

A. tanah B. pertanian C. agama D. buruh

Page 10: Past Year Question MSU

SULIT MPW2133

MPW2133 MALAYSIAN STUDIES 9/10

BAHAGIAN B (40 markah)

Masa : 40 minit

ARAHAN Jawab SEMUA soalan. Gunakan buku jawapan yang telah disediakan.

1. Bincangkan secara ringkas perkembangan politik Melaka di tahap awal.

(5 markah) 2. Huraikan secara ringkas DUA (2) faktor luaran yang menyebabkan kejatuhan

kerajaan Melayu Melaka. (5 markah)

3. (a) Nyatakan tahun Portugis berjaya ditewaskan oleh Johor dengan bantuan

Belanda. (1 markah)

(b) Senaraikan sistem pentadbiran perdagangan yang diperkenalkan oleh

Portugis di Melaka. (4 markah)

4. Berikan TIGA (3) matlamat pengenalan sistem residen di negeri-negeri Melayu

Bersekutu dan kesan-kesan pelaksanaannya. (5 markah)

5. Apakah faktor-faktor yang mendorong kebangkitan semangat nasionalisma Cina di

Tanah Melayu? (5 markah)

6. Nyatakan sebab-sebab penentangan Melayu terhadap pelaksanaan Malayan Union. (5 markah)

7. Senaraikan tugas-tugas Perdana Menteri Malaysia.

(5 markah) 8. Senaraikan DUA (2) matlamat penubuhan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

(5 markah)

Page 11: Past Year Question MSU

SULIT MPW2133

MPW2133 MALAYSIAN STUDIES 10/10

BAHAGIAN C (20 markah)

Masa : 40 minit

ARAHAN Jawab SATU (1) soalan sahaja. Gunakan buku jawapan yang telah disediakan.

1. Huraikan secara kritis sistem pemerintahan kerajaan Melayu Melaka sekitar abad

ke 15. (20 markah)

2. Apakah faktor-faktor yang mendorong Singapura menarik diri dan keluar daripada

Persekutuan Malaysia pada tahun 1965? Berikan ulasan. (20 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT