Upload
allan-bacelon-gunben
View
229
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/12/2019 Papan Iklan Perniagaan-Refleksi
1/3
Kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda
dan papan iklan masih lagi ditemui di tempat-tempat awam. Situasi ini
menggambarkan sikap peniaga atau pengiklan yang tidak prihatin terhadap
penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sikap mereka yang
mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan
menyebabkan martabat bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan. Dalam hal
ini, soal betul atau salah penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda
mahupun papan iklan bukan menjadi pertimbangan utama peniaga dan
pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa yang digunakan
pada papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna.
Justeru, terdapat segelintir peniaga dan pengiklan yang mencampuradukkan
bahasa M elayu dan bahasa Inggeris atau menjadikan bahasa rojak pada
papan tanda premis mereka.
Pengaruh bahasa asing juga merupakan penyebab kepada usaha dalam
memartabatkan Bahasa Melayu. Hal ini berlaku disebabkan oleh penggunaan
istilah yang tidak tepat. Ini dapat dilihat apabila penggunaan Bahasa Inggeris
cuba dimelayukan. Sebagai contoh, perkataan bajet yang merupakan
perkataan yang diambil daripada Bahasa Inggeris iaitu budjet. Perkataan
budjet ini diambil dengan alasan bahawa sekiranya perkataan itu dimelayukan
ia akan bersifat kearah negatif yang membawa makna orang yang suka
berbelanja. Pengaruh Bahasa Inggeris ini juga menyebabkan keruntuhan
bahasa melayu apabila penggunaannya semakin berleluasa dalam
penggunaan papan iklan perniagaan. Contoh yang perkataan ialah
penggunaan istilah enterprais yang telah diperkenalkan oleh berasal dari
berkataan bahasa Inggeris iaitu Enterprise. Penggunaan istilah tersebut
masih digunakan walaupun telah menerima banyak kritikan oleh tokoh
bahasa.
Pengaruh bahasa asing juga menjadi masalah dalam usaha
memartabatkan Bahasa Melayu apabila penggunaan bahasa asing telah
dipergunakan secara meluas daripada pihak swasta dan pihak kerajaan.
Sebagai contoh, program Rakan Cop, perkataan ini dieja dan disebut
dengan sebutan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Kalau bahasa Melayuhuruf konsonan dibaca dengan sebutan Rakan Kop dan bukannya Rakan
8/12/2019 Papan Iklan Perniagaan-Refleksi
2/3
Cop dan dijadikan sebagai papan tanda di hadapan balai polis. Hal ini
demikian menyebabkan Bahasa Melayu tidak dapat dimartabatkan setanding
dengan bahasa-bahasa asing ekoran masyarakat Malaysia sering
mengamalkan penggunaan bahasa asing.
Sejak akhir-akhir ini, isu bahasa rojak semakin membimbangkan dalam
kalangan rakyat Malaysia. Hal ini, merupakan salah satu masalah yang serius
dalam usaha untuk memartabatkan lagi bahasa kebangsaan di Malaysia.
Bahasa rojak yang digunakan merujuk kepada bentuk dan penggunaan
dengan mencampuradukkan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris serta
bahasa lain. Bahasa rojak sebenarnya memperkecil bentuk dan penggunaan
bahasa itu. Selain itu, bahasa rojak membawa pengertian ragam bahasa, ini
juga boleh mengaibkan peradaban Malaysia amnya dan peradaban Melayu
khasnya. Di samping itu, bahasa rojak semakin berleluasa apabila pihak yang
berpengaruh seperti ahli politik ,artis, media massa dan sebagainya
menggunakan bahasa campuran itu.
Selain itu, program-program di televisyen juga turut mempunyai bahasa
rojak misalnya program Sure Heboh.Kesilapan ejaan Bahasa
Kebangsaan dan penggunaan bahasa rojak semakin ketara pada papan
tanda perniagaan, iklan dan lain-lain lagi. Bahasa rojak juga memudahkan
komunikasi dan mewujudkan kemesraan antara satu sama lain.Dengan ini,
bahasa rojak boleh mengganggu usaha penggunaan bahasa Melayu baku.
Hal ini dapat di lihat melalui penggunaan bahasa pasar dan bahasa
dialekdalam kalangan masyarakat hari ini.
PENGGUNA BAHASA ITU SENDIRI (204146)
Masalah dalam memartabat bahasa melayu bermula daripada pengguna
bahasa itu sendiri.Hal ini sedemikian keran ,masyarakat tidak
menyedari Bahasa Melayu itu sebagai bahasa kebangsaan.Tambahan pula
penguasaan Bahasa Inggeris amat diperlukan untuk kemudahan masyarakat
kelak apabila mencari pekerjaan.Persepsi masyarakat melayu juga terhadap
Bahasa Melayu ialah bahasa ini tidak dapat memberi kemajuan dalamkehidupan mereka kelak .Perjuangan dalam penggunaan Bahasa Melayu
8/12/2019 Papan Iklan Perniagaan-Refleksi
3/3
dilakukan bersendirian oleh sasterawan tanpa bantuan daripada mana-mana
pihak yang berkuasa.Sikap orang melayu juga yang sering mengagung-
agungkan bahasa lain seperti Bahasa Inggeris.
Selain itu pihak-pihak yang berkuasa atau bertanggungjawab memandang
remeh terhadap penggunaan bahasa melayu.Hal ini dapat dilihat melalui
pembikinan filem-filem atau drama yang menggunakan bahasa rojak dan
bahasa slanga di dalam diolag.Para pelajar tidak semestinya mempelajari
bahasa baku dalam aspek pendidikan di sekolah sahaja tetapi juga
mempelajarinya melalui keadaan sekeliling.
Pada waktu yang sama,peranan buku,majalah,akhbar,dan media berbahasa
melayu sebagai alat pembangunan fikiran,sosial dan budaya rakyat Malaysia
sudah semakin kurang menyerlah.Manakala usaha penterjemahan dari
bahasa asing ke bahasa kebangsaan juga masih terlalu kecil dan perlahan.Ini
tidak termasuk isu-isu seperti masalah penerbitan,penterjemahan,perbezaan
pendapat dalam kalangan penulis muda dan lama serta pertelingkahan dalam
kalangan persatuan-persatuan penulis.Dalam bidang perundangan,Bahasa
Inggeris merupakan bahasa perundangan.