Pantang Larang Masyarakat Sarawak

Embed Size (px)

Citation preview

PANTANG LARANG MASYARAKAT SARAWAKAHLI KUMPULAN : ATHIRAH BT MOHD RADZI NOR SUHAIDA BT ANIOR ZAMANI SOLEHAH BT ZAKARIA ZALEHA BT AHMAD

DEFINISI PANTANG LARANG

pantang larang ialah perlakuan atau perbuatan yang ditegah dalam sesuatu masyarakat di Malaysia

MENGAPA PANTANG LARANG DIAMALKAN MASYARAKAT DAHULU ?

Pantang larang diamalkan oleh masyarakat dahulu adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka.

Ia juga diamalkan kerana pantang larang adalah seperti harta pusaka nenek moyang mereka dan bagi mereka mereka bertanggungjawab untuk mengamalkannya dan menurunkan tradisi itu kepada anak-anak atau cucu-cucu mereka.

Di dalam sebuah pantang lrang mempunyai erti sendiri yang akan memberi manfaat dalam hidup masing-masing.

PANTANG LARANG MASYARAKAT IBAN

Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. Mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerahLundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu,Kapit, Bintulu dan Miri. Amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat, pantang-larang, tolak-ansur (toleransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.

PANTANG LARANG KETIKA MAKAN

Pantang larang sewaktu makan mesti diikut oleh masyarakat Iban jika mereka mahu sentiasa sihat. Contohnya : y Seseorang harus menjaga kebersihan diri dan tangan. y Mereka dilarang meminum air sebelum dan semasa makan. y Rasionalnya minum sebelum makan boleh membuat mereka kurang makan nasi sementara minum semasa makan boleh mengakibatkan mereka lemah tenaga batin.

Selepas makan, mereka dilarang tidur atau mandi. Rasionalnya kerana tidur sejurus selepas makan boleh menyebabkan proses penghadaman terganggu dan perut menjadi buncit. Mandi selepas makan pula boleh mengakibatkan seseorang lemah sendi dan sakit kepala.

PANTANG LARANG KETIKA TIDUR

Pantang larang ketika tidur hanya tertakluk di luar rumah.

Contohnya :y

mereka dilarang menunjuk ke dahan reput di atas pokok.

y

Mereka juga dilarang tidur di kawasan yang terlalu bersih atau terlalu cantik kerana mereka percaya kawasan sebegitu berpenunggu.

PANTANG LARANG UNTUK BERSUKAN

Dalam

penjagaan

kesihatan

masyarakat

Iban,

bersukan juga mempunyai pantang larangnya.

Contohnya :y

Mereka tidak dibenarkan mandi selepas bersukan

Rasionalnya kerana mandi boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami kembang badan, tangan dan khususnya kaki. Mereka percaya bahawa air mandian boleh masuk ke dalam liang roma yang terbuka selepas bersukan.

PANTANG LARANG UNTUK BUDAYA MENGURUT

Masyarakat Iban mengamalkan budaya mengurut untuk mengelakkan sakit badan dan tegang urat.

Bagi mereka, mengurut dapat meredakan ketegangan perasaan, ketakutan, dan seterusnya memberi kedamaian dan ketenangan

Contoh Pantang larangnya :y

masyarakat Iban dilarang mandi selepas berurut kerana boleh menambahkan lagi kesakitan dan keuzuran.

PANTANG LARANG SEWAKTU MENGANDUNG

Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang, antaranya seperti berikut;y

Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja.

y

Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak.

y

Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.

y

Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.

y

Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar.

y

Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh.

y

Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan.

PANTANG LARANG MASYARAKAT MELANAU

Masyarakat Melanau adalah antara masyarakat yang terdapat di Sarawak.

Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam.

Seperti masyarakat etnik yang lain, masyarakat Melanau juga mempunyai pantang larang dan amalan tertentu dalam aspek kelahiran. Ini merangkumi peringkat sewaktu mengandung, semasa bersalin dan selepas lahir.

PANTANG LARANG SEWAKTU HAMIL

Tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian atau ulam dan petai kerana badan akan menjadi busuk.

Wanita hamil tersebut juga tidak boleh makan pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam.

Haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan.

Si suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing. Si suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi minyak. Sekiranya terdapat sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit. Suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab. Semasa mengandung juga wanita tersebut tidak boleh ditakuttakutkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur

PANTANG LARANG DALAM PERKAHWINAN

Setelah menjadi pasangan suami isteri, suami tidak boleh menetak bumbung rumah dengan parang kerana cara ini boleh menyebabkan hubungan renggang antara suami dan isteri.

Suami tidak boleh memerah kelapa yang sudah diparut kerana boleh menyebabkan perut isteri sakit atau memulas.

Pakaian yang dipakai semasa upacara perkahwinan tidak boleh dijahit walaupun koyak kerana boleh menyebabkan penyakit di kalangan suami isteri.

Isteri dilarang keras memarut rumbia atau menyeberangi sungai kerana akan jatuh sakit sehingga boleh menyebabkan anak di dalam kandungan keguguran.