5

Click here to load reader

Panduan Pengguna E-hadir

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KK PK

Citation preview

Page 1: Panduan Pengguna E-hadir

rkho/IPGMKBL 2010  1 

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT KEHADIRAN

Pengenalan Sistem Maklumat Kehadiran Pelajar dibangunkan untuk memudahkan pengumpulan

data, penyimpanan rekod-rekod serta menjanakan pelbagai statistik dan laporan tentang

kehadiran pelajar di IPG Kampus Batu Lintang.

Kategori Pengguna Terdapat dua kategori pengguna

1. Pelajar : Hanya ketua atau penolong ketua kumpulan di IPG Kampus Batu

Lintang.

2. Pihak Pengurusan : Pegawai-pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar atau

pegawai-pegawai pengurusan tertentu di IPG Kampus Batu Lintang.

Alamat URL Sistem dan Cara Daftar Masuk

Sistem boleh dicapai di http://www.ipbl.edu.my/ehadir

Ketua atau penolong ketua kumpulan perlu daftar masuk sistem dengan No. Kad

Pengenalan (Tanpa sengkang) dan katalaluan yang sama seperti yang digunakan untuk

mencapai studentnet. Sila diingatkan bahawa pelajar perlu aktifkan akaun melalui portal

studentnet di http://www.ipbl.edu.my/studentnet terlebih dahulu jika belum buat

demikian.

Page 2: Panduan Pengguna E-hadir

rkho/IPGMKBL 2010  2 

Menu Utama Selepas berjaya daftar masuk ketua/penolong kumpulan akan dapat paparan Menu

Utama seperti berikut.

Masuk Maklumat Kehadiran Klik pada pautan Borang Masuk Maklumat untuk mendapat borang seperti berikut

Pilih hari dan bulan pada petak pilihan tarikh dan juga masukkan jumlah jam kuliah

dalam petak yang disediakan. Kemudian isikan maklumat berkaitan untuk setiap waktu

kuliah untuk hari berkenaan. Bilangan waktu mesti sama dengan jumlah jam kuliah.

Gunakan ruang catatan untuk memasukkan maklumat tambahan jika ada. Klik pada

butang Teruskan dan paparan seperti berikut akan terpapar.

Isi bilangan pelajar yang tidak hadir waktu kuliah ini

Page 3: Panduan Pengguna E-hadir

rkho/IPGMKBL 2010  3 

Borang ini mesti diisikan untuk setiap pelajar yang tidak hadir dan diselesaikan

penghantarannya untuk memastikan maklumat kehadiran dimasukkan ke dalam sistem

dengan sempurnanya.

Pilih nama pelajar yang tidak hadir, pilih petak berkenaan untuk kuliah yang tidak hadir

dan juga pilih sebab ia tidak hadir. Gunakan ruang catatan untuk memasukkan

maklumat tambahan jika ada. Misalnya, pengecualian kerana latihan koir.

Semak Ketepatan Data Ketua/Penolong Kumpulan perlu semak ketepatan data dengan membandingkan

statistik dan senarai pelajar yang tidak hadir.

Maklumat Statistik Pelajar Yang Tidak Hadir Mengikut Bulan Pilih bulan berkenaan untuk mendapat maklumat statistik dan maklumat nama pelajar

seperti dalam contoh-contoh berikut.

Jika ada kesilapan dalam statistik pada mana-mana hari, klik pada pautan Padam dalam

lajur Kemaskini untuk menghapuskan rekod statistik berkenaan. Nama pelajar, kuliah

dan sebab tidak hadir atau catatan jika ada untuk hari itu juga akan turut dihapuskan.

Oleh sebab itu ketua/penolong kumpulan perlu memasukkan maklumat kehadiran untuk

hari itu semula.

Page 4: Panduan Pengguna E-hadir

rkho/IPGMKBL 2010  4 

Maklumat Nama Pelajar Yang Tidak Hadir Mengikut Bulan Klik pada bulan berkenaan untuk mendapat maklumat nama pelajar seperti berikut.

Jika ada kesilapan maklumat sila hapuskan rekod untuk hari berkenaan dengan

menghapuskan rekod statistik seperti yang diterangkan di bawah tajuk Maklumat

Statistik Pelajar Yang Tidak Hadir Mengikut Bulan. (Sila rujuk muka surat sebelum ini).

Ketua/penolong kumpulan mungkin dikehendaki mencetak maklumat ini untuk diserah

kepada Jabatan HEP pada akhir setiap bulan.

Untuk mendapat butiran ketidakhadiran untuk mana-mana pelajar, klik pada pautan

Papar untuk mendapat maklumat seperti berikut.

Semak Rekod Kehadiran Ahli Kumpulan

Ketua/penolong kumpulan boleh buat semakan rekod kehadiran mana-mana pelajar

dalam kumpulan. Klik pada pautan Pilih Nama Pelajar untuk mendapat

Page 5: Panduan Pengguna E-hadir

Pilih nama pelajar berkenaan dan klik Papar Rekod untuk mendapat maklumat seperti

berikut.

Jana Laporan Kehadiran Bulanan

Klik pada pautan LAM-PT24-01 dan pilih bulan dari utiliti yang terpapar seperti berikut.

Contoh LAM-PT24-01 akan dijanakan secara automatik seperti berikut.

Ketua/penolong kumpulan juga dikehendaki mencetak maklumat ini untuk diserah

kepada Jabatan HEP pada akhir setiap bulan. Klik pada butang Cetak Dokumen Ini

untuk membuat cetakan.

rkho/IPGMKBL 2010  5