14
F3013/Unit 1/1 Sistem Multimedia UNIT 1 Objektif am : Mengetahui dan memahami keperluan asas multimedia. Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda akan dapat :- Mentakrifkan multimedia. Menerangkan keperluan perkakasan sistem multimedia. Menyatakan jenis-jenis aplikasi multimedia. OBJEKTIF

OBJEKTIF - najibroslan.files.wordpress.com · Ia boleh terdiri daripada teks, grafik, imej, audio, animasi dan video. Apabila kita membenarkan pengguna untuk mengawal apa dan bila

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: OBJEKTIF - najibroslan.files.wordpress.com · Ia boleh terdiri daripada teks, grafik, imej, audio, animasi dan video. Apabila kita membenarkan pengguna untuk mengawal apa dan bila

F3013/Unit 1/1Sistem Multimedia

UNIT 1

Objektif am : Mengetahui dan memahami keperluan asas multimedia.

Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda akan dapat :-

Mentakrifkan multimedia.

Menerangkan keperluan perkakasan sistemmultimedia.

Menyatakan jenis-jenis aplikasi multimedia.

OBJEKTIF

Page 2: OBJEKTIF - najibroslan.files.wordpress.com · Ia boleh terdiri daripada teks, grafik, imej, audio, animasi dan video. Apabila kita membenarkan pengguna untuk mengawal apa dan bila

F3013/Unit 1/2Sistem Multimedia

1.1 TAKRIFAN MULTIMEDIA

Perkataan multimedia itu sendiri sebenarnya terdiri dari dua perkataan iaitu multiyang bermakna banyak dan media. Oleh itu, multimedia secara literalnya bermaknabanyak media. Ia boleh terdiri daripada teks, grafik, imej, audio, animasi dan video.

Apabila kita membenarkan pengguna untuk mengawal apa dan bila elemen-elemendalam projek multimedia untuk dilihat dan diguna, ini dipanggil multimedia interaktif.Apabila kita menyediakan elemen multimedia yang boleh link dengan komponenmultimedia yang lain, ini akan dipanggil hypermedia.

Walaupun definisi multimedia adalah mudah, untuk menjadikannya berjaya adalahsesuatu yang agak sukar. Kita perlu tahu bagaimana setiap elemen multimediaberfungsi dan bekerja, serta perisian-perisian yang diperlukan untuk menggabungkanelemen-elemen multimedia ini bersama. Mereka yang membina multimedia menjadisesuatu yang bermakna dipanggil multimedia developers.

Projek multimedia yang telah disiapkan dan dijual samada di kedai atau di internetdigelar multimedia title. Projek multimedia boleh juga menjadi halaman web(website) dalam internet. Projek multimedia tidak semestinya dalam bentuk interaktif,ia juga boleh berada bentuk linear di mana pengguna hanya perlu duduk danmenyaksikan sahaja dari mula hingga akhir. Walaubagaimanapun, jika penggunadiberi kuasa untuk navigasi, maka projek multimedia menjadi interaktif atau menjadinonlinear.

Untuk menentukan pengguna dapat navigasi dan mendapat maklumat sepenuhnya,proses-proses scripting, pengaturcaraan, storyboarding dan penghasilan grafik yangsesuai diperlukan. Elemen-elemen multimedia akan disusun dan diolah menggunakanperisian authoring seperti Macromedia Director.

INPUT

Page 3: OBJEKTIF - najibroslan.files.wordpress.com · Ia boleh terdiri daripada teks, grafik, imej, audio, animasi dan video. Apabila kita membenarkan pengguna untuk mengawal apa dan bila

F3013/Unit 1/3Sistem Multimedia

Walaubagaimana multimedia dipersembahkan, ia melibatkan apa yang dipanggilantaramuka grafik (graphical user interface) atau GUI. Perkakasan dan sistempengoperasian dalam projek multimedia pula dipanggil platform multmedia atauenvironment.

1.2 PERKAKASAN DAN PERISIAN DALAM SISTEM MULTIMEDIA

1.2.1 Keperluan Asas Sistem Multimedia

Keperluan asas sistem multimedia boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu diperingkat pembangunan persembahan multimedia dan peringkat persembahanmultimedia. Keperluan untuk kedua-dua peringkat ini amat berbeza keranadiperingkat persembahan hanya komputer peribadi multimedia sudah mencukupitetapi tidak begitu diperingkat pembangunan kerana banyak peralatan tambahan danaplikasi tambahan diperlukan.

Perkakasan yang diperlukan untuk membangunkan projek multimedia bergantungkepada projek tersebut. Peralatan atau komputer yang pantas mempunyai kelebihankerana ia dapat mempercepatkan proses membuat projek multimedia. Ini adalahkerana semasa mengedit bahan-bahan multimedia terutamanya video, audio dananimasi memerlukan komputer yang laju, ruang storan yang besar dan juga RAMkomputer yang banyak. Integrasi yang mantap antara peralatan komputer jugamembantu dalam hal ini. Selain daripada mengedit bahan-bahan audio dan videodengan komputer, peralatan tambahan yang lain juga perlu seperti pengimbas,pengedit non-linear, audio recorder dan lain-lain alatan.

Di bawah merupakan peralatan asas yang biasanya digunakan dalam membuat sesuatuprojek multimedia. Selain daripada peralatan untuk membuat projek multimedia,peralatan untuk membuat persembahan multimedia juga perlu walaupun tidaksecanggih perkakasan yang di perlukan untuk membina projek multimedia.

Page 4: OBJEKTIF - najibroslan.files.wordpress.com · Ia boleh terdiri daripada teks, grafik, imej, audio, animasi dan video. Apabila kita membenarkan pengguna untuk mengawal apa dan bila

F3013/Unit 1/4Sistem Multimedia

1. Perkakasan

Keperluan ini adalah untuk memastikan sistem dapat menyampaikan persembahanseperti yang dikehendaki.

i. Komputer multimedia

ii. Pemacu CDROM/DVD - untuk membaca CDROM/DVD untuk audio, videodan data. Disebabkan cakera CD dan DVD dapat menyimpan data yangbanyak ianya amat sesuai bagi menyimpan data-data multimedia jugadijadikan sebagai media persembahan.

CD (Compact Disc) yang diperbuat daripada polycarbonate plastic dan logamukuran garispusatnya 4.75 inchi (120mm), dengan lubang di tengahnya.Lapisan logam nipis kebiasaannya dari aluminium tulin di hampar ke ataspermukaan polycarbonate plastic dengan ketebalan beberapa molekul. Ianyaberfungsi dengan cara, apabila cakera berpusing di dalam pemacu cakera,permukaan logam memantul cahaya dari laser infrared ke dalam diodpenerima. Pembalikan ini kemudiannya ditukarkan kepada isyarat elektrikaldan kemudiannya ditukar kepada bits dan bytes yang berguna untuk digunakandidalam peralatan digital.

Lurah (pits) berukuran 1 hingga 3 mikron panjang dan selebar 0.5 mikron dansedalam 1/10 mikron diatas CD, dimana maklumat disimpan. Lurah-lurah inimenggantikan titik binari yang membawa informasi sesuatu maklumat. Jikalurah-lurah ini disusun ianya lebih kurang 3 batu panjang tetapi ianya muat diatas cakera kerana ia disusun secara spirals bermula dari tengah ke tepicakera. Untuk melindungi permukaan CD maka lakuer disapu dipermukaan.

Rajah 1.1 menunjukkan binaan cakera padat.

Page 5: OBJEKTIF - najibroslan.files.wordpress.com · Ia boleh terdiri daripada teks, grafik, imej, audio, animasi dan video. Apabila kita membenarkan pengguna untuk mengawal apa dan bila

F3013/Unit 1/5Sistem Multimedia

iii. VCD/DVD burner/recorder - memindahkan data ke CD-ROM dankebiasaannya data-data yang besar menggunakan cara ini. Data-data video danaudio biasanya disimpan dengan cara ini, Walaubagaimana pun prosesmenyimpan data dengan cara ini agak lambat. Untuk CD-ROM berapakelajuan seperti 48 X dan 50 X kelajuan untuk membaca, bagi CD-ROM yangmempunyai keupayaan rewritable selain kelajuan membaca ia jugaberkeupayaan merakam tetapi kelajuannya lebih perlahan seperti padakelajuan 4 X, 6 X, 8 X atau 12 X kelajuan. DVD pula masih baru dankelajuannya ialah 8 X, 12 X dan 16 X kelajuan dan merakam pada satupermukaan sahaja.

iv. Peranti Input

Terdapat pelbagai peranti input yang penggunaannya agak spesifik kepadasesuatu tujuan. Berikut merupakan pelbagai jenis peranti:

Kawasan data0011000010010010001010100101010101010101010010100010000011111110000100010000000000100101000001000000100001000000001000000100101010101010101011010101010101010100

Permukaan atas CD-ROMyang digunakan untukmeletak lebal

Permukaan tengahlakuer dimana datadisimpan

Permukaan bawah darilakuer

Rajah 1.1: Binaan CD ROM

Page 6: OBJEKTIF - najibroslan.files.wordpress.com · Ia boleh terdiri daripada teks, grafik, imej, audio, animasi dan video. Apabila kita membenarkan pengguna untuk mengawal apa dan bila

F3013/Unit 1/6Sistem Multimedia

a. Papan kekunci

Papan kekunci merupakan peranti input yang paling biasa digunakan. Terdapatberbagai jenis papan kekunci seperti stail 101 yang mempunyai 101 kekunci.Terdapat papan kekunci yang mempunyai kekunci yang lebih untuk tugasanyang khas seperti kekunci Windows dan Sleep. Selain dari bilangan kekunci,bentuk juga terdapat pilihan seperti papan kekunci flexible, ergonomic danlain-lain.

b. Tetikus

Tetikus merupakan peranti piawai pada masa sekarang untuk kegunaaninteraksi secara antaramuka grafik (GUI). Ini bergantung kepada penggunayang suka menggunakan tetikus tetapi ada juga yang suka mengunakan secarakekunci singkat.

c. Trackball

Trackball adalah serupa dengan tetikus, kecuali penunjuk (cursor) digerakkandengan menggunakan satu atau lebih jari tangan yang digerakkan di atasbebola. cara trackball bekerja agak serupa dengan tetikus kecuali jikatrackball diterbalikkan kedudukan bebola berada di atas dan trackball jugatidak memerlukan ruang atau pad tetikus kerana boleh berfungsi dalamkeadaan statik. Kebiasaannya trackball mempunyai dua butang untuk tujuankawalan.

d. Skrin sentuh

Skrin sentuh merupakan unit paparan yang mempunyai lapisan tekstur di ataspermukaan kaca. Lapisan ini sensitif kepada tekanan jari dan mendaftarkedudukan tekanan tersebut apabila jari menyentuh permukaan lapisan. Selaindari teknik lapisan terdapat juga cara lain untuk menbaca kedudukan jariseperti penggunaan cahaya inframerah di hadapan permukaan kaca paparan.Skrin sentuh tidak digalakkan untuk penggunaan komputer harian keranaianya digunakan untuk kerja-kerja mudah. Kebiasaannya skrin sentuhdigunakan di tempat awam dimana penggunaan papan kekunci dan tetikusboleh menimbulkan masalah. Ia banyak digunakan seperti di kiosks informasi,di pertunjukan perdagangan, muzium dan mesin pengeluaran wang automatikdi bank-bank.

e. Tablet grafik

Cara sambungan kepada komputer dan penggunaan tablet grafik adalah samadengan cara tetikus kecuali tiada bebola di bawah seperti tetikus dan pad yang

Page 7: OBJEKTIF - najibroslan.files.wordpress.com · Ia boleh terdiri daripada teks, grafik, imej, audio, animasi dan video. Apabila kita membenarkan pengguna untuk mengawal apa dan bila

F3013/Unit 1/7Sistem Multimedia

digunakan lebih besar dan memainkan peranan utama. Kebiasannya tabletgrafik berbentuk pen dan kabel di belakang pen tersebut yang disambungkankepada tablet yang dikenali sebagai stylus. Selain dari pen ada juga yangberbentuk seperti tetikus yang lebih lepir yang dikenali sebagai ‘puck’mempunyai beberapa butang dan kebiasaannya ia digunakan untuk aplikasiCAD. Kelebihan menggunakan tablet grafik adalah stylus yang sensitif kepadatekanan membolehkan pengguna melakukan kerja seperti penggunaan beruspewarna. Dengan kelebihan ini tablet grafik banyak digunakan oleh pelukisdalam menghasilkan lukisan secara digital atau pengolahan imej digital.

f. Pengimbas

Merupakan alat yang digunakan untuk menukarkan imejan kepada bentukdigital dan oleh kerana itu ia merupakan salah satu peranti yang amat bergunadalam menghasilkan projek multimedia. Terdapat bebarapa jenis pengimbasseperti flatbed, drum dan handheld, tetapi yang paling banyak digunakanadalah flatbed. Pada masa kini kebanyakan pemgimbas sudah mampumengimbas pada resolusi 1,200 dpi (bilangan titik dalam 1 inci persegi). Mutuimejan digital berkait rapat dengan storan data, dimana imejan yang bermutumemerlukan ruang data yang besar. Tetapi kebanyakan imejan-imejan yangdigunakan dalam projek multimedia merupakan imejan yang bermutusederhana.

Selain daripada pengimbasan imejan atau gambar, pengimbas juga digunakanuntuk mengimbas imejan teks dan ditukarkan kepada teks digital. Biasanyaaplikasi khas digunakan untuk menukarkan imejan teks kepada teks digitalyang dikenali aplikasi pengecaman optikal aksara atau singkatannya OCR(Optical Character Recognitions). Penggunaan OCR ini amat membantudalam projek multimedia jika banyak teks perlu ditaip semula dari buku-bukuatau nota-nota kerana ia dapat menjimatkan masa. Walaubagaimanapun ianyaagak kurang digunakan sekarang kerana kebanyakan nota-nota sudah punberada bentuk digital dan komputer juga sudah meluas digunakan.

g. Kamera digital

Selain dari menggunakan pengimbas untuk menukarkan imejan ke bentukdigital, terdapat cara lain yang semakin popular iaitu dengan terus mengambilimejan dalam bentuk digital menggunakan kamera digital. Penurunan hargakamera digital dan teknologi kamera digital yang baru menyebabkan kameradigital telah menjadi pilihan kerana dengan hanya satu langkah sahaja imejandigital dapat dibuat jika dibandingkan dengan menggunakan pengimbas.

Page 8: OBJEKTIF - najibroslan.files.wordpress.com · Ia boleh terdiri daripada teks, grafik, imej, audio, animasi dan video. Apabila kita membenarkan pengguna untuk mengawal apa dan bila

F3013/Unit 1/8Sistem Multimedia

v. Peranti Keluaran

Komponen projek multimedia iaitu audio dan video sama ada memerlukanperkakasan tambahan atau tidak, bergantung kepada keperluan persembahan itusendiri. Perkakasan itu seperti pembesar suara, amplifiers, monitor, peranti video dansistem storan.

a. Peranti Audio

PC multimedia merupakan sesuatu perkara yang lumrah dan peranti audiomerupakan satu norma. Peranti audio untuk PC boleh dibahagikan kepada duaiatu kad audio dan speaker. Keupayaan audio pada PC juga sudah banyakmeningkat kalau hendak dibandingkan dua-tiga tahun yang lepas. Penghasilankeluaran audio dari kad audio pada masa ini hampir menyamai kemampuansistem hi-fi rumah dan ia bergantung kepada speaker digital yang digunakan.

Kad audio sekarang mampu mengeluarkan suara dari komputer ke pembesarsuara (64 bit, 8 bit dan 128 bit) dengan mempunyai ciri-ciri seperti 3Dsurround, Dolby Pro-Logic dan mempunyai pemproses isyarat digitalnyasendiri. Contoh kad audio yang popular digunakan seperti Creative. Pembesarsuara (speaker) digunakan untuk menyebarkan audio dari komputer danbergantung kepada berapa watts digunakan, berapa banyak jenis speaker (sub-woofer dan satelit speaker). Contoh pembesar suara adalah keluaran AltecLansing dan Labtec.

b. Peranti Video

Terdapat berbagai jenis peranti video dengan tugas-tugas yang spesifik.Berikut merupakan sebahagian daripada peranti-peranti yang biasa digunakanuntuk menghasilkan bahan video:-

i. Non Linear Editing (NLE) - Ianya merupakan sistem komputerberkeupayaan tinggi untuk tujuan pengeditan/composing media video.Komputer ini berkemampuan untuk menukarkan video dari analog ke digitaldan dari digital ke analog.

ii. Tape to VCD converter - Memudahkan penukaran data video dari analog kedigital iaitu penukaran secara terus tanpa pengeditan.

iii. Kad video - Kad video biasanya digunakan untuk menangkap video kedalam bentuk digital dan ianya digandingkan dengan komputer. Terdapat kad-

Page 9: OBJEKTIF - najibroslan.files.wordpress.com · Ia boleh terdiri daripada teks, grafik, imej, audio, animasi dan video. Apabila kita membenarkan pengguna untuk mengawal apa dan bila

F3013/Unit 1/9Sistem Multimedia

kad video yang canggih yang dapat melakukan hampir semua keupayaansistem NLE dengan harga yang lebih murah.

2. Perisian Aplikasi

Oleh kerana aplikasi authoring merupakan aplikasi yang menggabungkan pelbagaimedia iaitu teks, audio, gambar dan video, terdapat perisian aplikasi khas yangmenyediakan kemampuan yang mudah untuk menghasilkan media-media tersebut.Kebiasaannya aplikasi-aplikasi tambahan diperlukan untuk mengedit media-mediakepada kualiti, bentuk dan kehendak-kehendak lain seperti yang diperlukan mengikutmodul-modul yang disediakan di dalam aplikasi authoring .

Sejauh mana kemahiran penggunaan perisian aplikasi tersebut akan menentukanapakah jenis dan kualiti projek multimedia yang dapat dihasilkan. Kemahiran yangbaik dapat ditambah dengan menggunakan aplikasi terbaru yang mempunyaikeupayaan baru, mempelajari setiap ciri-ciri baru, mendapat tips dan teknik baru daripembacaan majalah dan internet serta aplikasi plug-in yang ditambah kepada aplikasiasal.

i. Aplikasi teks

Pemproses perkataan merupakan aplikasi yang paling banyak digunakan untukmelakukan pengeditan teks. Contoh perisian:- MS WORD danWORDPERFECT,

ii. Aplikasi Pengolahan dan authoring

Aplikasi pengolahan seperti Macromedia Director digunakan untuk mengolahbahan-bahan multimedia untuk dijadikan satu persembahan.

iii. Aplikasi Pengeditan Imejan

Aplikasi pengeditan imejan merupakan aplikasi khas yang berkemampuanuntuk menambah-baikkan imejan yang sedia ada. Aplikasi ini jugamemberikan ciri-ciri untuk melukis dan melakar imejan samada untukmembuat imejan baru atau sedia ada. Imejan sedia ada yang telah diambilsamada diambil dari pengimbas, kamera digital atau dihasilkan oleh aplikasilain boleh diolah semula kepada yang baru mengikut yang kehendaki. Aplikasiini kebiasaannya mempunyai plug-in untuk menambahkan keupayaan aplikasiatau mempercepatkan sesuatu proses untuk menghasilkan imejan yangdikehendaki.

a. Contoh aplikasi pengedit imejan,

Page 10: OBJEKTIF - najibroslan.files.wordpress.com · Ia boleh terdiri daripada teks, grafik, imej, audio, animasi dan video. Apabila kita membenarkan pengguna untuk mengawal apa dan bila

F3013/Unit 1/10Sistem Multimedia

• Adobe Photoshop• Paintshop Pro• Ulead media studio

b. Jenis-jenis plug-in,- Meta Creation

• GOO• Kai Power Tools (KPT)

- Extensis• Intellingence Pro• Cut Pro

iv. Aplikasi Pengedit Audio

Aplikasi pengeditan audio kebiasaannya berkemampuan mengedit dalamdalam bentuk digital dan MIDI. Sebahagian dari ciri-ciri mudah dan asasdalam pengedit audio boleh digunakan dalam aplikasi Sound Recorder didalam Microsoft Windows. Kebanyakan kad audio ada menyertakan aplikasipengedit audio seperti aplikasi WaveStudio dari pengeluar Creative Labs’.

v. Aplikasi 3D dan Animasi

Aplikasi 3D dan animasi semakin menjadi popular digunakan kerana iasemakin mudah digunakan, ini menyebabkan nilai dan jangkaan produksinyameningkat. Aplikasi ini boleh menghasilkan imejan dalam bentuk perspektifyang hampir menyamai alam nyata. Setiap imejan yang dihasilkan mungkinmengambil masa dari beberapa minit hingga kepada beberapa jam bergantungkepada kerumitan.

vi. Aplikasi tambahan seperti,

• Audio (catwalk, sound forge, e-jay) untuk mengedit audio.• Video (Adobe Premiere, Speed Razor, U-lead Media Station) untuk

mengedit video.• Aplikasi pengeditan imajan• Aplikasi vektor (Adobe Illustrator, Macromedia Freehand, Flash)

vii. Peralatan tambahan seperti,

Page 11: OBJEKTIF - najibroslan.files.wordpress.com · Ia boleh terdiri daripada teks, grafik, imej, audio, animasi dan video. Apabila kita membenarkan pengguna untuk mengawal apa dan bila

F3013/Unit 1/11Sistem Multimedia

a. Mass Data Storage - untuk meyimpan data yang banyak.

b. Flat-Bed Scanner - untuk mengimbas gambar dan OCR.

c. Tablet Grafik - memudahkan untuk membuat ilustrasi.

d. Microphone - untuk menangkap suara

e. Headphone - mendengar suara secara individu.

f. Perakam video - untuk memainkan dan merakam pita video.

g. Video capture card - untuk merakam video dari perakam video atau pemain

h. Digital kamera - untuk merakam video dalam bentuk digital secara terus.

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUTSELANJUTNYA

AKTIVITI 1a

Page 12: OBJEKTIF - najibroslan.files.wordpress.com · Ia boleh terdiri daripada teks, grafik, imej, audio, animasi dan video. Apabila kita membenarkan pengguna untuk mengawal apa dan bila

F3013/Unit 1/12Sistem Multimedia

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMANBERIKUTNYA

1.1 Takrifkan multimedia secara ringkas dalam dua ayat.

1.2 Apakah yang di maksudkan dengan istilah-istilah di bawah,

i. hypermediaii. mutimedia developersiii. multimedia title

1.3 Berikan DUA peringkat perbezaan peralatan dalam membina projekmultimedia.

1.4 Nyatakan TIGA peranti input yang biasa di gunakan untuk membinaprojek multimedia.

1.5 Nyatakan LIMA aplikasi yang biasa di gunakan bagi membina projekmultimedia.

MAKLUM BALAS 1a

Page 13: OBJEKTIF - najibroslan.files.wordpress.com · Ia boleh terdiri daripada teks, grafik, imej, audio, animasi dan video. Apabila kita membenarkan pengguna untuk mengawal apa dan bila

F3013/Unit 1/13Sistem Multimedia

1.1 Multimedia secara literalnya bermakna banyak media. Ia boleh terdiridaripada teks, grafik, imej, audio, animasi dan video.

1.2 i. hypermediaElemen multimedia yang boleh link dengan komponenmultimedia yang lain.

ii. multimedia developersMereka yang membina projek multimedia.

iii. multimedia titleProjek multimedia yang telah siap dan dijual di kedai.

1.3 i. Pembangunan projek multimediaii. Persembahan multimedia

1.4 i. Skrin sesentuhii. Pengimbasiii. Kamera Digital

1.5 i. Aplikasi Teksii. Aplikasi Pengolahan dan authoringiii. Aplikasi Pengeditan imejaniv. Aplikasi Pengeditan audiov. Aplikasi animasi 3D

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalampenilaian kendiri.

Page 14: OBJEKTIF - najibroslan.files.wordpress.com · Ia boleh terdiri daripada teks, grafik, imej, audio, animasi dan video. Apabila kita membenarkan pengguna untuk mengawal apa dan bila

F3013/Unit 1/14Sistem Multimedia

Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarahanda.Selamat mencuba semoga berjaya !!!!

SOALAN 1Terangkan perbezaan diantara projek multimedia yang berjenis linear, non-linear danberjenis interaktif.

SOALAN 2Terangkan secara ringkas berkenaan cara kerja peranti pengimbas.

SOALAN 3Terangkan kegunaan plug-in dalam aplikasi dan nyatakan DUA contoh plug-in dalamaplikasi pengeditan imejan.

SOALAN 4Terangkan secara ringkas kegunaan peranti berikut,

i. Non-linear editingii. Skrin sesentuhiii. Peranti audio