Upload
doancong
View
235
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PENGAPLIKASIAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN AKTIF DI KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
NURULHIDAYAH BINTI ARIFF
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PENGAPLIKASIAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN AKTIF DI KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya : NURULHIDAYAH BINTI ARIFF
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO 21, JLN HANG TUAH 16, PN. NORASYKIN BINTI MOHD ZAID
TAMAN SKUDAI BARU,
81300 SKUDAI, JOHOR.
Tarikh : 30 APRIL 2008 Tarikh : 30 APRIL 2008
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secra kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
(NAMA PENYELIA)
“Saya akui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)”
Tandatangan :
Nama Penyelia : Pn. Norasykin Binti Mohd Zaid
Tarikh : 30 April 2008
PENGAPLIKASIAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN AKTIF
DI KALANGAN PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
NURULHIDAYAH BINTI ARIFF
Laporan tesis ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
“Saya akui tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .............................................
Nama Penulis : NURULHIDAYAH BINTI ARIFF
Tarikh : 30 April 2008
ii
DEDIKASI
Ayahanda dan Bonda:
Ariff Bin Ramari
Junainah Binti Napiah
Terima kasih atas doa dan sokongan.
Sekalung budimu tetap dikenang hingga ke akhir hayat.
Adik-adikku:
Noor Izzati Binti Ariff
Nur Syuhaidah Binti Ariff
Semoga kejayaanku hari ini menjadi contoh dan dorongan
untuk kalian berjaya di masa hadapan.
iii
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT, kerana
dengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan
kepada junjungan mulia Rasulullah SAW yang membawa rahmat ke seluruh alam.
Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Sarjana Muda saya
iaitu Pn. Norasykin Binti Mohd Zaid yang telah banyak memberi tunjuk ajar,
cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan
sekalung terima kasih juga kepada pelajar yang sudi meluangkan masa dan telah
memberikan kerjasama yang baik dalam menjawab soal selidik kajian ini.
Sekalung terima kasih juga buat yang teristimewa di hati dan sahabat handai
yang banyak membantu dalam memberi idea serta membakar semangat untuk terus
berjuang. Akhir sekali, kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau
tidak semoga segala jasa kalian diberi ganjaran kebaikan.
iv
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap
pengaplikasian pendekatan pembelajaran aktif. Kajian tertumpu kepada 3 aspek, iaitu
persepsi pelajar terhadap pengaplikasian pendekatan pembelajaran aktif, faktor
dominan yang mendorong pelajar untuk terlibat dalam pembelajaran dan kelebihan
pembelajaran aktif menurut pandangan pelajar. Seramai 71 orang pelajar tahun akhir
Fakulti Pendidikan daripada program pengajian SPK, SPP dan SPT telah menjadi
responden dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik
yang mengandungi 30 item, dibina berasaskan skala pemeringkatan Likert. Nilai
Alpha Cronbach bagi soal selidik ini ialah 0.96 dan data mentah yang diperolehi
telah dianalisis dengan menggunakan SPSS for Windows Version 11.5. Dapatan
kajian menunjukkan tahap persepsi pelajar terhadap pendekatan pembelajaran aktif
dalam sesi P&P adalah tinggi dengan nilai min 4.01. Hasil kajian juga menunjukkan
antara faktor utama yang mendorong pelajar untuk terlibat dalam pembelajaran aktif
adalah faktor interaksi dan komunikasi yang baik antara rakan-rakan. Selain itu, hasil
kajian turut menunjukkan kelebihan utama pembelajaran aktif menurut pandangan
pelajar ialah dapat memperbaiki kemahiran komunikasi dalam diri mereka. Secara
keseluruhannya, penerimaan pelajar terhadap pembelajaran aktif adalah positif.
v
ABSTRACT
This research was carried out to study the students’ perception regarding
active learning approach. The research focuses on 3 objectives. First, to identify
students’ perception regarding active learning. Second, to identify the dominant
factors that motivates them to get involved in active learning and finally, to
determine the advantages of active learning approach from students point of view. A
total of 71 final year students from studying programs of SPK, SPP and SPT were
involved. The survey instrument used in this study was a questionnaire that contains
30 Likert Scale based items. The value of Alpha Cronbach is 0.96. The SPSS for
Windows Version 11.5 was used to perform the statistical analysis required. The
result from the research shows that students’ perception on active learning was high
with the mean value of 4.01, and the dominant factors that encourages them to get
involved in active learning are interaction and communications among group
members. Besides that, the findings also show that the advantage of active learning
approach from students’ point of view was that it helps to improve their
communicating skill. Overall, the receivement of the active learning among the
students was positive.
vi
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
ii
iii
iv
v
vi
vii
xii
xiii
xiv
xv
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.6.1 Pelajar
1.6.2 Pensyarah
1
3
5
6
6
6
7
7
vii
1.6.3 Institut Pengajian Tinggi/Sekolah
1.7 Skop Kajian
1.8 Definisi/Istilah
1.8.1 Persepsi
1.8.2 Pendekatan
1.8.3 Pembelajaran
1.8.4 Pembelajaran Aktif
1.8.5 Pengajaran dan Pembelajaran
1.9 Batasan Kajian
1.10 Penutup
7
8
8
8
9
9
9
10
10
11
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Pembelajaran Aktif
2.3 Ciri-ciri Pembelajaran Aktif
2.4 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Pembelajaran Aktif
2.4.1 Pihak Pentadbiran
2.4.2 Pensyarah
2.4.3 Pelajar
2.4.4 Infrastruktur
2.4.5 Saiz Kelas
2.4.6 Pengetahuan dan Masa
2.4.7 Penilaian
2.5 Model Pembelajaran Aktif
2.5.1 Pengalaman Melalui Perbuatan
2.5.2 Pengalaman Melalui Pemerhatian
2.5.3 Refleksi Kendiri
2.5.4 Perbincangan Dengan Rakan Lain
2.6 Peringkat Proses Pembelajaran Aktif
2.7 Contoh Strategi Pembelajaran Aktif
2.8 Pengaplikasian Pendekatan Pembelajaran
12
13
14
15
15
16
16
17
17
17
18
18
19
19
19
20
20
21
23
viii
Aktif Dalam Bilik Kuliah
2.8.1 Aktiviti secara individu
2.8.1.1 Kertas Seminit
(Minute Papers)
2.8.1.2 Kuiz dari Pembacaan
(Reading Quiz)
2.8.1.3 Berhenti Seketika
(Clarification Pause)
2.8.1.4 Bertanya Soalan
(Question and Answer)
2.8.2 Aktiviti Berpasangan
2.8.3 Aktiviti Berkumpulan
2.9 Kajian Lepas
2.10 Penutup
23
23
23
24
24
25
25
26
28
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.3 Persampelan
3.4 Instrumen Kajian
3.4.1 Bahagian A
3.4.2 Bahagian B
3.5 Prosedur Kajian
3.6 Kajian Rintis
1.6.1 Kesahan
1.6.2 Kebolehpercayaan
3.7 Analisis Data
3.8 Penutup
29
29
30
31
32
33
35
36
37
37
38
39
ix
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Analisis Data Bahagian A
4.2.1 Analisis Responden Mengikut
Jantina
4.2.2 Analisis Responden Mengikut
Bangsa
4.2.3 Analisis responden mengikut
Program Pengajian
4.3 Analisis Data Bahagian B
4.3.1 Analisis Data bagi Persoalan
Kajian 1
4.3.2 Analisis Data bagi Persoalan
Kajian 2
4.3.3 Analisis Data bagi Persoalan
Kajian 3
4.4 Penutup
40
40
41
41
42
42
43
45
46
48
BAB 5
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.2.1 Perbincangan persoalan kajian 1:
Apakah persepsi pelajar terhadap
pengaplikasian pendekatan
pembelajaran aktif.
5.2.2 Perbincangan persoalan kajian 2:
Apakah faktor yang mendorong
pelajar untuk terlibat dalam
pembelajaran aktif.
49
49
50
52
x
5.2.3 Perbincangan persoalan kajian 3:
Apakah kelebihan pendekatan
pembelajaran aktif menurut
pandangan pelajar.
5.3 Kesimpulan
5.4 Cadangan Kajian
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
5.6 Penutup
Rujukan
Lampiran A-B
55
57
58
59
60
61
66-71
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Ringkasan Bilangan Populasi Kajian 31
3.2 Skala Pemeringkatan Likert 33
3.3 Taburan Item Dalam Kajian 34
3.4 Ringkasan Pengujian Statistik Objektif 38
Kajian
3.5 Petunjuk Tahap Penilaian Nilai Min 39
4.1 Bilangan dan Peratusan Sampel Mengikut 41
Jantina
4.2 Bilangan dan Peratusan Sampel Mengikut 41
Bangsa
4.3 Bilangan dan Peratusan Sampel Mengikut 42
Jantina dan Program Pengajian
4.4 Taburan Peratusan dan Min bagi 43
Persoalan Kajian 1
4.5 Taburan Peratusan dan Min bagi 45
Persoalan Kajian 2
4.6 Taburan Peratusan dan Min bagi 47
Persoalan Kajian 3
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.3 Kon Pembelajaran Edgar Dale 13
2.2 Model Pembelajaran Aktif 19
3.1 Prosedur Kajian 35
xiii
SENARAI SINGKATAN
SPK - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Kimia)
SPP - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Fizik)
SPT - Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik)
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
IPT - Institut Pengajian Tinggi
IT - Teknologi Maklumat (Information Technology)
NLP - Neuro Linguistic Programming
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
CL - Pembelajaran Koperatif (Cooperative Learning)
PBL - Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem-Based Learning)
PNGK - Purata Nilai Gred Keseluruhan
SMET - Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi
(Science, Mathemtics, Engineering and Technology)
SPSS - Statistic Package Social Sciences (SPSS) for Windows
Version 11.5
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 66
B Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan 71
Populasi Krecjie & Morgan (1970)
xv
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sejajar dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju
menjelang tahun 2020, perubahan yang pantas dan di luar jangkaan dalam pelbagai
bidang seperti ekonomi, sosio, politik dan teknologi telah menjadikan masa depan
para graduan penuh dengan cabaran. Menurut Mohd Zahid (1994), perkembangan ini
menuntut kebijaksanaan seluruh barisan dan angkatan pendidikan untuk melakukan
muhasabah terhadap pegangan dan amalan pendidikan yang digunakan selama ini
bagi melahirkan para graduan yang memenuhi kehendak pasaran kerja semasa. Ini
kerana, kritikan tajam sering dilontarkan terhadap perlaksanaan pendidikan yang
sedia ada lantaran harapan yang begitu tinggi untuk melahirkan para graduan yang
cemerlang, terbilang dan gemilang.
Selaku seorang mahasiswa universiti, para pelajar sewajarnya menyiapkan
diri mereka untuk menghadapi zaman yang serba canggih dan pantas ini. Menurut
Datuk Dr. Ahmad Zaharudin (1997), adalah perlu untuk mewujudkan satu program
menyeluruh yang bukan sahaja akan menyediakan infrastruktur dan penggunaan
Teknologi Maklumat (IT) terkini dalam proses pembelajaran tetapi perlu meliputi
pengintegrasian dengan keseluruhan aspek kehidupan di universiti. Ini dikukuhkan
lagi dengan pernyataan oleh Ismail (2004), bahawa pelajar perlu meningkatkan
kemahiran dan keupayaan diri agar seiring dengan pembangunan dan kemajuan
negara.
Kemajuan yang dimaksudkan adalah meliputi kesemua aspek kehidupan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Rizalman (2004) ada menyatakan bahawa pendidikan
merupakan suatu perkara asas yang perlu dipandang berat oleh negara jika ingin
merealisasikan wawasan 2020. Oleh itu, pendidik perlu memainkan peranan penting
dalam pencapaian pelajar yang mana kenyataan ini turut dipersetujui oleh Siow
(2006), yang menyatakan bahawa langkah pertama dalam menyediakan satu sistem
pendidikan yang efektif ialah memberi kesedaran kepada para pendidik mengenai
apakah matlamat pendidikan yang sebenar.
Tahun demi tahun, pelbagai percubaan dan usaha dibuat untuk membangun
dan memperbaiki sistem pendidikan yang berbentuk tradisional. Usaha ini telah
dimulakan oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan memperkenalkan
pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih berpusatkan
kepada penglibatan pelajar. Ini dipersetujui oleh Whitman (1996) yang menyatakan
bahawa, penggunaan pelbagai jenis pendekatan pembelajaran boleh membantu untuk
memenuhi gaya pembelajaran pelajar yang sememangnya berbeza antara satu sama
lain kerana tidak semua pelajar dapat menerima pendekatan pembelajaran yang
berbentuk pasif.
Selain itu, Fullan dan Hargreaves (1992) menyatakan bahawa, sekolah-
sekolah dan institusi-institusi pengajian mesti mengkaji dengan lebih mendalam
mengenai amalan dan kaedah baru bagi memotivasikan pelajar, mengaplikasikan
gaya pembelajaran dan pengajaran, serta mengajar cara berfikir, yang seterusnya
akan menghasilkan pengajaran yang efektif.
2
Menurut Davis (1993), dengan memahami gaya pembelajaran pelajar ia akan
memberikan tiga kebaikan kepada pengajar. Yang pertama, mengetahui gaya
pembelajaran yang mana akan membantu pengajar untuk memahami perbezaan
antara gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar semasa mereka belajar di
dalam kelas. Kedua, pengajar akan mendapat idea bagaimana untuk merancang
strategi pengajaran yang bersesuaian berdasarkan gaya pembelajaran yang berbeza.
Akhir sekali, apabila pengajar memahami gaya pembelajaran seseorang pelajar,
pengajar boleh membimbing mereka untuk menggunakan strategi-strategi
pembelajaran yang sesuai dengan diri pelajar itu sendiri. Dalam erti kata lain, tidak
wujud strategi pengajaran yang terbaik kerana gaya pembelajaran setiap pelajar
adalah berbeza-beza. Oleh kerana itu, pelbagai pendekatan pengajaran perlu
dilakukan bagi memenuhi tuntutan gaya pembelajaran semua pelajar ke tahap yang
optimum.
Kajian lain yang turut menyokong kebaikan memahami gaya pembelajaran
pelajar adalah kajian yang dilakukan oleh Thut dan Gerberich (1993) yang
menyatakan bahawa, kemahiran menggunakan satu kaedah pengajaran sahaja tidak
menjamin seseorang guru itu boleh menangani secara bijak segala masalah dalam
bidang P&P kerana tidak ada satu pendekatan pun yang boleh dianggap terbaik
dalam semua aspek, setiap masa dan sesuai dengan semua pelajar. Malah ia akan
menghadkan penggunaan kaedah pengajaran tertentu, seterusnya menjejaskan
kecekapan dan keberkesanan guru serta pembelajaran pelajar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dahulunya, pembelajaran merupakan satu proses di mana ilmu pengetahuan
dicurahkan sepenuhnya kepada pelajar dalam satu persekitaran pembelajaran yang
dikuasai oleh tenaga pengajar. Banyak kajian empirik telah dilakukan terhadap
penggunaan kaedah pendekatan secara syarahan. Menurut Quina (1989), isu yang
sering diperkatakan dalam pendekatan secara syarahan adalah daya tumpuan pelajar
semasa sesi kuliah yang tidak dapat bertahan lama, melebihi 15 minit pada satu sesi
3
kuliah. Pernyataan ini disokong oleh Roy (1996) mengenai Operator Neurolinguistic
Programming (NLP), yang menyatakan bahawa hanya 7% mesej yang diterima oleh
otak diperolehi daripada perkataan yang digunakan dalam percakapan. Manakala
38% daripada mesej yang sampai ke otak adalah daripada nada suara, dan 55%
adalah daripada postur tubuh badan.
Kini, menerusi pelbagai pendekatan pembelajaran, peranan pelajar cuba
diaktifkan secara optimum. Salah satu cara bagi mengaktifkan secara optimum
peranan pelajar adalah dengan menggunakan pendekatan pembelajaran aktif dalam
P&P (Jamalludin, 2006). Ini adalah kerana, pembelajaran aktif memerlukan pelajar
untuk berfikir, merancang, melaksana, menyelesaikan masalah, dan mempertahankan
pendapat. Jamalludin (2006) juga telah menyatakan bahawa pengetahuan yang
diperolehi seharusnya bukan sekadar diterima begitu sahaja tetapi juga dianalisis dan
direalisasikan keperluannya dalam kehidupan sebenar.
Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak memahami dan mempercayai
keberkesanan kaedah pendekatan pembelajaran secara aktif ini. Selaras dengan
kajian yang dilakukan oleh Bonwell dan Eison (1991) menunjukkan bahawa masih
ramai pengajar di IPT menggunakan pendekatan syarahan sebagai satu-satunya
kaedah P&P dalam bilik-bilik kuliah. Ia turut disokong oleh artikel daripada Buletin
P&P (2005) yang mengariskan antara punca-punca kritikan dan keengganan
menggunakan pendekatan pembelajaran secara aktif adalah kepercayaan bahawa
pendekatan ini merupakan alternatif dan bukan kaedah yang dapat meningkatkan
keberkesanan syarahan seseorang pengajar. Isu ini juga pernah disuarakan oleh
Brandt (1993) yang mana menurutnya, pihak institusi hanya menyatakan antara
faktor utama yang menjadi kekangan untuk mencari insiatif bagi menggunakan
kaedah pengajaran lain ialah faktor masa yang sangat terhad kerana institusi-institusi
ini berpendapat tenaga pengajar perlu menghabiskan silibus dalam masa yang
ditetapkan.
4
Salah satu kaedah pendekatan P&P yang menimbulkan minat di kalangan
tenaga pengajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sejak kebelakangan ini adalah
kaedah yang diistilahkan sebagai pembelajaran aktif (Buletin P&P, 2005). Kaedah
ini dapat memenuhi pelbagai gaya pembelajaran pelajar kerana menurut Meyers dan
Jones (1993), elemen pembelajaran aktif ialah bercakap, mendengar, menulis,
membaca dan membuat refleksi. Ini disahkan oleh Ruhl et al. (1987) dan Khairiyah
et al. (2003), kerana menurut mereka keberkesanan pembelajaran secara aktif telah
terbukti dapat meningkatkan tahap pembelajaran. Pembelajaran secara aktif memberi
pelajar kuasa pilihan dalam mengatur gaya pembelajaran mereka sendiri. Antara
teknik pembelajaran aktif yang digunakan secara meluas di institut-institut pengajian
tinggi, khasnya Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ialah teknik pembelajaran
kooperatif (Cooperative Learning) dan pembelajaran berasaskan masalah (Problem
Based Learning).
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan huraian yang telah dinyatakan berkenaan masalah pembelajaran
tradisional, satu pendekatan pembelajaran baru telah mula digunakan di IPT iaitu
pendekatan pembelajaran aktif. Sehubungan dengan itu, pengkaji tertarik untuk
mengetahui persepsi pelajar terhadap pengaplikasian pendekatan pembelajaran aktif
sebagai salah satu kaedah pembelajaran yang telah digunakan dalam beberapa sesi
P&P di Fakulti Pendidikan. Selain itu, pengkaji juga telah mengkaji mengenai faktor
dominan yang mendorong pelajar untuk terlibat dalam pembelajaran aktif, di
samping mengetahui pandangan pelajar mengenai kelebihan pengaplikasian
pendekatan pembelajaran secara aktif dalam sesi P&P.
5
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa objektif yang tertentu,
antaranya:
(i) Mengetahui persepsi pelajar terhadap pengaplikasian pendekatan
pembelajaran aktif.
(ii) Mengenalpasti faktor dominan yang mendorong pelajar untuk terlibat
dalam pembelajaran aktif.
(iii) Mengenalpasti kelebihan pendekatan pembelajaran aktif menurut
pandangan pelajar.
1.5 Persoalan Kajian
Melalui kajian yang dilakukan ini, pengkaji berharap dapat mencari jawapan
bagi persoalan-persoalan berikut:
(i) Apakah persepsi pelajar terhadap pengaplikasian pendekatan
pembelajaran aktif?
(ii) Apakah faktor dominan yang mendorong pelajar untuk terlibat dalam
pembelajaran aktif?
(iii) Apakah kelebihan pendekatan pembelajaran aktif menurut pandangan
pelajar?
6