6
Tulis sinopsis Pahlawan Pasir Salak dengan menarik. Novel Pahlawan Pasir Salak mengisahkan Datuk Maharaja Lela di Kampung Pasir Salak, Perak. Penduduk Kampung Pasir Salak menjadi gempar apabila Pak Wan dan Lamin dipaksa membayar cukai kerana melalui Bandar Bharu. Datuk Maharaja Lela bersama-sama dengan penduduk Kampung Pasir Salak telah mengambil beberapa langkah untuk menjaga keselamatan kampung. Anak-anak muda dilatih bersilat, kubu-kubu pertahanan didirikan di tepi sungai, dan jadual bertugas harian diadakan untuk menjaga keselamatan kampung secara bergili- gilir. Pihak Inggeris telah menghantar orang suruhannya ke Kampung Pasir Salak untuk membina sebuah pondok untuk memungut cukai. Walau bagaimanapun, pondok itu telah dibakar oleh Datuk Maharaja Lela. Oleh itu, Inggeris telah menghantar Lamsah sebagai pengintip. Akhirnya, niat jahat Lamsah diketahui oleh penduduk kampung. Sebelum sempat melarikan diri, Lamsah telah membakar pondok kawalan yang dibina oleh Deli dan rakan- rakannya itu di tepi sungai. Residen Birch dan orang-orang suruhannya datang ke Kampung Pasir Salak. Datuk Maharaja Lela menolak pelawaan Mat Arshad yang mewakili pihak Inggeris untuk berunding tentang surat kuasa pungutan cukai di Kampung Pasir Salak. Pandak Endut menikam Mar Arshad sewaktu dia hendak menampal surat itu pada dinding kedai tukang emas, manakala Residen Birch pula dibunuh oleh Seputum. Inggeris menghantar seramai 150 orang askar yang diketuai oleh Kapten Innes untuk menyerang Kampung Pasir Salak. Mereka mahu menuntut bela atas kematian Residen Birch. Kapten Innes dan Lamsah telah mati sementara askar-askar Inggeris yang lain mengundurkan diri. Penduduk Kampung Pasir Salak amat gembira kerana berjaya mempertahankan kampung halaman mereka daripada penjajahan bangsa asing. Tema dan Persoalan-persoalan Novel yang telah saya kaji ialah Pahlawan Pasir Salak. Tema yang diungkapkan ialah semangat patriotik untuk mempertahankan tanah air daripada penjajah. Penduduk Pasir Salak sanggup berjuang bermati-matian demi mempertahankan kampung halaman mereka daripada penjajahan orang Inggeris. Selain itu, terdapat juga beberapa persoalan diketengahkan dalam novel ini, antaranya ialah kewibawaan pemimpin atau ketua. Contohnya, Datuk Maharaja Lela membuat perancangan yang teliti untuk mengelirukan musuh supaya masa depan penduduk dan kampungnya terjamin. Di samping itu, persoalan ketaatan dan kepatuhan kepada ketua juga diselitkan dalam novel tersebut. Sebagai contoh, penduduk Kampung Pasir Salak menghormati dan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh ketua kampung mereka, Datuk Maharaja Lela pada setiap masa, terutamanya semasa peperangan meletus.

Novel Pahlawan Pasir Salak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Saya ingin berkongsi nota Pahlawan Pasir Salak yang padat ini berdasarkan latihan yang telah saya buat dengan harapan pembaca juga boleh skor markah penuh dalam bahagian novel. Selamat menjawab.

Citation preview

Page 1: Novel Pahlawan Pasir Salak

Tulis sinopsis “Pahlawan Pasir Salak” dengan menarik.

Novel Pahlawan Pasir Salak mengisahkan Datuk Maharaja Lela di Kampung Pasir Salak, Perak. Penduduk Kampung Pasir Salak menjadi gempar apabila Pak Wan dan Lamin dipaksa membayar cukai kerana melalui Bandar Bharu.

Datuk Maharaja Lela bersama-sama dengan penduduk Kampung Pasir Salak telah mengambil beberapa langkah untuk menjaga keselamatan kampung. Anak-anak muda dilatih bersilat, kubu-kubu pertahanan didirikan di tepi sungai, dan jadual bertugas harian diadakan untuk menjaga keselamatan kampung secara bergili-gilir.

Pihak Inggeris telah menghantar orang suruhannya ke Kampung Pasir Salak untuk membina sebuah pondok untuk memungut cukai. Walau bagaimanapun, pondok itu telah dibakar oleh Datuk Maharaja Lela. Oleh itu, Inggeris telah menghantar Lamsah sebagai pengintip. Akhirnya, niat jahat Lamsah diketahui oleh penduduk kampung. Sebelum sempat melarikan diri, Lamsah telah membakar pondok kawalan yang dibina oleh Deli dan rakan-rakannya itu di tepi sungai.

Residen Birch dan orang-orang suruhannya datang ke Kampung Pasir Salak. Datuk Maharaja Lela menolak pelawaan Mat Arshad yang mewakili pihak Inggeris untuk berunding tentang surat kuasa pungutan cukai di Kampung Pasir Salak. Pandak Endut menikam Mar Arshad sewaktu dia hendak menampal surat itu pada dinding kedai tukang emas, manakala Residen Birch pula dibunuh oleh Seputum.

Inggeris menghantar seramai 150 orang askar yang diketuai oleh Kapten Innes untuk menyerang Kampung Pasir Salak. Mereka mahu menuntut bela atas kematian Residen Birch. Kapten Innes dan Lamsah telah mati sementara askar-askar Inggeris yang lain mengundurkan diri. Penduduk Kampung Pasir Salak amat gembira kerana berjaya mempertahankan kampung halaman mereka daripada penjajahan bangsa asing.

Tema dan Persoalan-persoalan

Novel yang telah saya kaji ialah Pahlawan Pasir Salak. Tema yang diungkapkan ialah semangat patriotik untuk mempertahankan tanah air daripada penjajah. Penduduk Pasir Salak sanggup berjuang bermati-matian demi mempertahankan kampung halaman mereka daripada penjajahan orang Inggeris.

Selain itu, terdapat juga beberapa persoalan diketengahkan dalam novel ini, antaranya ialah kewibawaan pemimpin atau ketua. Contohnya, Datuk Maharaja Lela membuat perancangan yang teliti untuk mengelirukan musuh supaya masa depan penduduk dan kampungnya terjamin.

Di samping itu, persoalan ketaatan dan kepatuhan kepada ketua juga diselitkan dalam novel tersebut. Sebagai contoh, penduduk Kampung Pasir Salak menghormati dan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh ketua kampung mereka, Datuk Maharaja Lela pada setiap masa, terutamanya semasa peperangan meletus.

Page 2: Novel Pahlawan Pasir Salak

Perwatakan Watak Utama

Novel yang telah saya kaji ialah Pahlawan Pasir Salak. Watak utama bagi novel ini ialah Deli. Deli seorang remaja dan usianya dalam lingkungan belasan tahun. Dia anak tunggal kepada Pak Itam dan Mak Mah.

Deli seorang anak yang rajin. Sebagai contoh, dia rajin membantu ayahnya berniaga di warung kopi.

Deli memiliki sifat berani. Keberaniannya terselar apabila dia bertegas tisak mahu membayar cukai apabila diminta oleh orang suruhan Inggeris yang datang ke warungnya.

Di samping itu, Deli juga sangat baik hati. Tamsilnya, dia memberikan bantuan kepada Lamsah yang kononnya dipukul oleh “anjing penjajah”. Dia merayu kepada Datuk Maharaja Lela agar Lamsah dibenarkan tinggal di kampung mereka.

Patuh kepada suruhan agamaWalau sibuk sekali pun, dia tetap menunaikan solat Dia mandi terburu-buru kerana tidak mahu tertinggal waktu Maghrib.

Perwatakan Watak Sampingan

Novel yang telah saya kaji ialah Pahlawan Pasir Salak. Watak sampingan bagi novel ini ialah Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela ialah penghulu kampung Kampung Pasir Salak.

Datuk Maharaja Lela ialah seorang pemimpin yang berani. Beliau amat berani semasa berhadapan dengan orang suruhan Inggeris. Apabila orang Inggeris datang membina pondok, Datuk Maharaja Lela menyuruh penduduk kampung membakar pondok itu selepas mereka meninggalkan kampung.

Datuk Maharaja Lela juga seorang yang bijaksana. Beliau mempunyai strategi dan muslihat tersendiri apabila beliau meminta anak buahnya membina kubu pertahanan di Bandar Tua dan bukannya di Kampung Pasir Salak.

Selain itu, Datuk Maharaja Lela mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Beliau menentang Inggeris yang hendak mengutip cukai di Kampung Pasir Salak. Beliau juga membangkitkan semangat penduduk kampung supaya menentang Inggeris.

Page 3: Novel Pahlawan Pasir Salak

Nilai-nilai

Novel yang telah saya kaji ialah Pahlawan Pasir Salak. Terdapat beberapa nilai terkandung dalam novel ini, antaranya termasuklah kerjasama. Sebagai contoh, penduduk kampung Pasir Salak bekerjasama untuk menghadapi ancaman musuh. Mereka juga bekerjasama ketika menentang Inggeris yang menyerang mereka sehingga Inggeris gagal menguasai Kampung Pasir Salak.

Nilai yang lain ialah kasih sayang. Sebagai contoh, Pak Wan amat sayang akan anaknya, Mat Nor yang telah meninggal dan dia asyik teringat akan dia.

Selain itu, keberanian juga antara nilai yang diketengahkan dalam novel ini. Sebagai contoh, penduduk bersikap berani dan mereka tidak gentar semasa berhadapan dengan orang Inggeris yang bersenjata moden.

Hormat dan taat kepada ketuaPenduduk Kampung Pasir Salak taat akan arahan Datuk Maharaja Lela agar tidak terburu-buru menyerang Inggeris.

Taat akan agamaDeli amat patuh akan suruhan agama seperti tidak melengah-lengahkan masa untuk menunaikan solat apabila tiba waktunya.

Pengajaran-pengajaran

Novel yang telah saya kaji ialah Pahlawan Pasir Salak. Dalam novel tersebut, terdapat beberapa pengajaran. Antaranya termasuklah masyarakat hendaklah bekerjasama dan tolong-menolong. Sebagai contoh, penduduk Kampung Kampung Pasir Salak bekerjasama dan tolong-menolong membina pondok kawalan dan kubu pertahanan untuk menjamin keselamatan kampung mereka.

Pengajaran yang lain ialah kita mesti mempertahankan tanak air kita daripada dijajah oleh musuh negara. Tamsilnya, penduduk kampung benci akan orang Inggeris. Mereka tidak membenarkan Inggeris memungut cukai di kampung mereka walaupun terpaksa bertempur dengan Inggeris.

Pengajaran yang seterusnya ialah jangan mudah mempercayai orang yang tidak dikenali. Sebagai contoh, Lamsah telah menyamar sebagai mangsa kekejaman Inggeris dan berjaya memperdaya penduduk Kampung Pasir Salak untuk mendapatkan maklumat bagi pihak Inggeris.

Page 4: Novel Pahlawan Pasir Salak

Latar Tempat

Novel yang telah saya baca ialah Pahlawan Pasir Salak. Dalam novel ini terdapat beberapa latar tempat, salah satu latar tempat adalah di rumah Datuk Maharaja Lela. Sebagai contoh, Deli dan anak-anak muda yang lain berlatih silat di halaman rumah Datuk Maharaja Lela pada setiap malam.

Selain itu, latar tempat yang lain ialah warung Pak Itam. Tamsilnya, pihak Inggeris menghantar orang suruhannya untuk mengutip cukai daripada Deli. Namun begitu, Deli enggan membayar cukai dan pergaduhan berlaku di warung ayahnya.

Latar tempat yang seterusnya adalah di kedai tukang emas. Di kedai inilah Mat Arshad ditikam mati oleh Pandak Endut ketika hendak menampal surat kenyataan kebenaran mengutip cukai.

Bandar TuaPertempuran antara penduduk Kampung Pasir Salak dengan askar Inggeris meletus di sini. Kapten Innes dan Lamsah juga terbunuh di tempat ini.

Latar Masyarakat

Novel yang telah saya kaji ialah Pahlawan Pasir Salak. Dalam novel ini terdapat beberapa latar masyarakat. Salah satu latar masyarakat ialah masyarakat yang bersatu padu. Penduduk Kampung Pasir Salak bersatu padu menentang Inggeris sehingga ke titisan darah yang terakhir demi mempertahankan kampung mereka daripada dijajah.

Selain itu, terdapat juga golongan penjajah. Orang-orang Inggeris digambarkan sebagai penjajah yang mencuba mengutip cukai daripada penduduk Kampung Pasir Salak.

Di samping itu, terdapat masyarakat orang Melayu yang menjadi tali barut kepada pihak Inggeris. Mat Arshad dan Lamsah menolong pihak Inggeris memungut cukai di Kampung Pasir Salak. Tetapi akhirnya Mat Arshad dibunuh oleh Pandak Endut dan Lamsah pula dibunuh oleh Deli.

masyarakat yang bekerjasamaPenduduk Kampung Pasir Salak bekerjasama untuk membina pondok kawalan dan membuat rondaan secara bergiliran supaya keselamatan kampung terjamin.

golongan muda yang bersemangat patriotikDeli, Lamin, dan Akub rajin berlatih silat untuk melengkapkan diri bagi pertempuran dengan pihak Inggeris.

Latar Masa

Page 5: Novel Pahlawan Pasir Salak

Novel yang telah saya kaji ialah Pahlawan Pasir Salak. Dalam novel ini, terdapat beberapa latar masa, antaranya adalah pada bulan Mac 1875. Sebagai contoh, penduduk Kampung Pasir Salak menjadi gempar apabila Pak Wan dan Lamin dipaksa membayar cukai kerana melalui Bandar Bharu.Apabila mereka enggan berbuat demikian, mereka dipukul oleh “anjing penjajah”.

Selain itu, latar masa yang lain adalah pada 2 November 1875. Residen Birch ingin bertemu dengan Datuk Maharaja Lela untuk menyampaikan surat kebenaran mengutip cukai. Pada hari itu juga, Mat Arshad dibunuh oleh Pandak Endut, manakala Residen Birch dibunuh oleh Seputum.

Latar masa yang seterusnya ialah 7 November 1875. Pada hari tersebut, berlakunya pertempuran antara angkatan tentera Inggeris dengan penduduk Pasir Salak. Kemenangan berpihak kepada anak buah Datuk Maharaja Lela.

Plot

Novel yang telah saya kaji ialah Pahlawan Pasir Salak. Dalam novel ini, terdapat beberapa aspek plot. Salah satu aspek plot ialah pengenalan. Di bahagian pengenalan, pihak Inggeris hendak mengutip cukai di Kampung Pasir Salak.

Di bahagian klimaks, Mat Arshad ingin berunding dengan Datuk Maharaja Lela berkaitan dengan hal pemungutan cukai. Datuk Maharaja Lela melarang dia menampal surat kenyataan cukai di kampungnya. Sewaktu Mat Arshad hendak menampal surat tersebut, dia ditikam oleh Pandak Endut, manakala Seputum membunuh Residen Birch. Lamsah pula berjaya melepaskan diri.

Di bahagian peleraian, penduduk Kampung Pasir Salak berjaya mengalahkan askar Inggeris di Bandar Tua. Kapten Innes dan Lamsah mati ditikam. Kemenangan diraikan di rumah Datuk Maharaja Lela.