14

Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiriphl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2013_1.pdf · 2017. 2. 24. · Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

  • Upload
    others

  • View
    29

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiriphl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2013_1.pdf · 2017. 2. 24. · Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri
Page 2: Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiriphl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2013_1.pdf · 2017. 2. 24. · Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

1

Nota ini bertujuan membantu tuan melengkapkan Borang PT bagi Tahun Taksiran 2013. Sila

baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan

bagi Tahun Taksiran 2013 adalah benar dan lengkap.

Semua rekod, helaian kerja, dokumen dan lain-lain tidak perlu disertakan semasa

pengembalian Borang PT. Walau bagaimanapun, ianya perlu disimpan selama tujuh (7) tahun

bermula dari akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua

Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.

Bagi kes pembayaran balik, tuan adalah dikehendaki mengemukakan helaian kerja berikut

yang boleh diperoleh daripada Buku Panduan Borang C dalam laman sesawang:

a) Lampiran B1 mengenai tolakan cukai seksyen 51 Akta Kewangan 2007 (dividen);

b) Lampiran B2 mengenai tolakan cukai di bawah seksyen 110 (lain-lain); dan

c) Lampiran B3 berkenaan tuntutan pelepasan cukai di bawah seksyen 132 ACP

1967; atau

d) Lampiran B4 berkenaan tuntutan pelepasan cukai di bawah seksyen 133 ACP

1967.

Menurut seksyen 75B Akta Cukai Pendapatan 1967, Pegawai Pematuhan bagi Perkongsian

Liabiliti Terhad (PLT) bertanggungjawab untuk melengkapkan dan mengemukakan borang

nyata cukai pendapatan (BNCP) mengikut seksyen 77 ACP 1967 dalam tempoh yang

ditetapkan.

Semua ruangan yang berkaitan perlu diisi dengan HURUF BESAR DALAM KOTAK yang

disediakan dan menggunakan pen mata bulat berdakwat hitam. Ruangan yang tidak

berkenaan tidak perlu diisi.

Page 3: Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiriphl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2013_1.pdf · 2017. 2. 24. · Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

2

MAKLUMAT ASAS

Ruang Perkara Keterangan

1 Nama Perkongsian Liabiliti Terhad

Nama Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) seperti yang didaftarkan di Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

2 No. Cukai Pendapatan PT

Isikan Nombor Rujukan Cukai Pendapatan PLT

Contoh : No. Rujukan Cukai Pendapatan : PT 2012345621

PT 2012345621

3. No. Rujukan (No.Pendaftaran)

Nombor pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia

4. Tarikh Mula Akaun Tarikh mula tahun kewangan PLT.

5. Tarikh Tutup Akaun Tarikh tutup tahun kewangan PLT.

6. Negara Mastautin Sila rujuk kepada Lampiran E untuk menentukan kod Negara.

7. No. Majikan Nombor rujukan cukai pendapatan majikan.

Contoh: E 202154402

E 202154402

8. Perkongsian Liabiliti Terhad dengan sumbangan modal berjumlah RM2.5 juta dan kurang pada permulaan tempoh asas

Isikan ‘1’ dalam petak yang disediakan sekiranya PLT itu bermastautin di Malaysia dan mempunyai jumlah sumbangan modal (sama ada dalam bentuk tunai atau barangan) dua juta lima ratus ribu ringgit dan kurang pada permulaan tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.

BAHAGIAN A : PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN, PENDAPATAN BERCUKAI & CUKAI KENA BAYAR

Ruang Perkara Keterangan

A1 Agregat Pendapatan Berkanun

Jumlah semua pendapatan berkanun perniagaan dan perkongsian.

A2 Rugi perniagaan bawa hadapan (Terhad kepada A1)

Kerugian perniagaan yang belum diserap oleh pendapatan tahun taksiran sebelumnya.

Isikan ‘0’ jika tiada kerugian bawa hadapan.

A3 Jumlah A1 tolak A2

Pendapatan Berkanun Lain

A4 Faedah dan diskaun Amaun C dari Helaian Kerja HK-C15.

A5 Sewa, royalti dan premium

Sewa - Amaun D dari Helaian Kerja HK-C16.

Royalti - Amaun F dari Helaian Kerja HK-C15.

A6 Pendapatan lain Pendapatan selain daripada A4 dan A5 yang boleh dikenakan cukai.

Page 4: Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiriphl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2013_1.pdf · 2017. 2. 24. · Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

3

A7 Pendapatan Agregat A3 + (A4+A5+A6)

A8 Rugi perniagaan tahun semasa

Gunakan helaian kerja yang berkenaan untuk membuat pelarasan kerugian. Kerugian larasan perniagaan boleh dikira berpandukan format Lampiran A1 / A2 / A3. Campur semua kerugian larasan jika PLT menjalankan lebih daripada satu perniagaan dan masukkan amaun tersebut dalam helaian kerja yang berkenaan.

Amaun di A8 dihadkan kepada amaun di A7. Jika amaun di A8 melebihi amaun di A7, masukkan amaun A7 dalam ruang ini.

Pindahkan amaun dari ruang A8 (kerugian yang boleh diserap) ke helaian kerja yang berkenaan.

A9 Derma / hadiah / sumbangan yang diluluskan

Hadiah wang tunai kepada Kerajaan, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan. Subseksyen 44(6)

Hadiah wang tunai kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri. Proviso subseksyen 44(6)

Hadiah wang tunai atau kos sumbangan manfaat kepada aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri atau badan sukan yang diluluskan oleh Pesuruhjaya Sukan yang dilantik di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Subseksyen 44(11B).

Hadiah wang tunai atau kos sumbangan manfaat kepada projek berkepentingan negara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. Subseksyen 44(11C)

Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Muzium Malaysia atau Ketua Pengarah Arkib Negara. Subseksyen 44(6A)

Hadiah wang tunai yang tidak melebihi RM20,000 bagi bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam, perpustakaan sekolah / institusi pendidikan tinggi. Subseksyen 44(8)

Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai seni lukis negeri berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri. Subseksyen 44(11).

A10 Zakat perniagaan Rujuk kepada subseksyen 44(11A) untuk menentukan kelayakan. Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di A7.

A11 Jumlah Pendapatan A7 tolak (A8 hingga A10)

Isikan ‘0’ jika hasil tolakan adalah negatif.

A12 Pendapatan berkanun daripada dividen

Masukkan amaun C dari Helaian Kerja HK-C14.

Terhad kepada

7% daripada

pendapatan

agregat di ruang

A7

Page 5: Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiriphl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2013_1.pdf · 2017. 2. 24. · Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

4

A13 Pendapatan Bercukai A11 campur A12

Isikan ‘0’ jika PLT tidak ada pendapatan bercukai.

A14a Pecahan pendapatan bercukai – 20%

Jumlah pendapatan bercukai yang kena cukai atas kadar 20% (rujuk Jadual 1 ACP 1967).

A14b Pecahan pendapatan bercukai – 25%

Jumlah pendapatan bercukai yang kena cukai atas kadar 25% (rujuk Jadual 1 ACP 1967).

A14c-e Pecahan pendapatan bercukai – kadar lain

Jumlah pendapatan bercukai yang kena cukai atas kadar selain daripada yang dinyatakan di ruang A14a hingga ruang A14b (rujuk Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali di Lampiran F).

A15 Jumlah cukai pendapatan dikenakan

Jumlahkan cukai pendapatan daripada ruang A14a hingga ruang A14e

A16 Tolakan cukai seksyen 51 Akta Kewangan 2007 (dividen), seksyen 110(lain-lain, Seksyen 132 dan 133

Tolakan cukai seksyen 51 Akta Kewangan 2007 (dividen)

Masukkan jumlah cukai dipotong (amaun Y) dari Lampiran B1 ke dalam ruang ini.

Tolakan cukai seksyen 110(lain-lain)

Masukkan jumlah cukai dipotong (amaun B) dari Lampiran B2 ke dalam ruang ini.

Tolakan cukai Seksyen 132

Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana cukai telah dikenakan di negara asal.

Rujuk Lampiran F untuk menentukan negara-negara yang

telah memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia.

Senaraikan pendapatan, cukai yang dipotong di Negara asing dan pengiraan pelepasan di bawah seksyen 132

di Lampiran B3. Pindahkan amaun B dari Lampiran B3 ke ruang ini.

Simpan dokumen asal mengenai pendapatan dan cukai yang dikenakan di negara asal dengan teratur untuk tujuan semakan.

Rujuk kepada peruntukan Jadual 7 ACP 1967 untuk membuat pengiraan kredit.

Tolakan cukai Seksyen 133

Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang tidak memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia.

Senaraikan pendapatan, cukai yang dipotong di Negara asing dan pengiraan pelepasan di bawah seksyen 133 di Lampiran B4. Pindahkan amaun B dari Lampiran B4 ke ruang ini.

A17 Cukai kena dibayar A15 tolak A16

Page 6: Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiriphl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2013_1.pdf · 2017. 2. 24. · Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

5

A18 Cukai kena dibayar balik

A16 tolak A15

Ruang ini berkenaan jika jumlah tolakan dan pelepasan di ruang A16 melebihi jumlah di ruang A15. Sila kemukakan Lampiran B1 / B2 / B3 / B4 (yang mana mana berkenaan) bersama Borang PT.

A19 Bayaran ansuran yang telah dijelaskan

Bayaran ini tidak termasuk amaun tunggakan di mana amaun tersebut akan diambil kira untuk cukai tahun taksiran kebelakangan.

A20 Baki cukai kena dibayar / Cukai terlebih bayar

Baki cukai kena dibayar : A17 tolak A19

Cukai terlebih bayar : A19 tolak A17

AKUAN OLEH PEGAWAI PEMATUHAN

Isikan nama pegawai pematuhan seperti yang disimpan di pejabat berdaftar di Malaysia. Potong jenis pengenalan yang tidak berkenaan dan isikan nombor pengenalan pegawai pematuhan. Nyatakan tarikh borang nyata ini dilengkapkan.

Borang nyata yang tidak ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan akan dikembalikan. Penggunaan cap tandatangan tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengembalikan semula borang nyata ini kepada LHDNM.

BAHAGIAN B : MAKLUMAT KEWANGAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD

Ruang Perkara Keterangan

B1 Nama perniagaan Isi nama perniagaan

B2 Kod perniagaan Isi kod perniagaan (rujuk Lampiran G) bagi perniagaan utama sahaja. Jika mempunyai lebih daripada satu perniagaan utama, isi kod perniagaan bagi perniagaan yang mempunyai perolehan yang terbesar.

B3 Jualan/perolehan Jumlah pendapatan kasar perniagaan utama termasuk pendapatan terakru.

Isikan ‘0’ jika tiada pendapatan.

B4 Stok awal Stok awal barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.

B5 Belian Jumlah belian kasar tolak diskaun, pulangan keluar dan rebat berkaitan dengan perniagaan utama, B1.

B6 Kos pengeluaran Kos pengeluaran daripada Akaun Pengilangan.

B7 Stok akhir Stok akhir barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.

B8 Kos jualan (B4 campur B5 campur B6 ) tolak B7.

Isikan ‘0’ jika tiada.

B9 Untung / Rugi kasar B3 tolak B8

Tandakan ‘X’ dalam petak yang disediakan jika nilai negatif (rugi).

Page 7: Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiriphl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2013_1.pdf · 2017. 2. 24. · Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

6

B10 Keuntungan pertukaran wang asing

Jumlah keuntungan pertukaran wang asing seperti yang diambil kira dalam Akaun Untung Rugi.

B11 Pendapatan perniagaan lain

Jumlah pendapatan bersih daripada punca perniagaan selain daripada B1.

B12 Pendapatan lain Jumlah pendapatan bersih daripada semua punca bukan perniagaan. Ini termasuk bahagian pendapatan/perolehan luar biasa yang layak dikenakan cukai dan pendapatan di bawah perenggan 4(f) ACP 1967.

B13 Keuntungan tidak dikenakan cukai

Ruang ini mengambil kira keuntungan belum direalisasikan, keuntungan modal dan bahagian pendapatan/perolehan luar biasa yang tidak dikenakan cukai. Ini tidak termasuk pendapatan yang dikecualikan cukai.

B14 Faedah Jumlah semua perbelanjaan faedah kecuali faedah sewa beli dan faedah pajakan.

B15 Bayaran profesional,

teknikal, pengurusan dan kos guaman

Jumlah bayaran seperti dalam Akaun Untung Rugi.

B16 Bayaran fi teknikal kepada penerima bukan pemastautin

Jumlah bayaran seperti dalam Akaun Untung Rugi

B17 Bayaran kontrak Amaun bayaran kontrak yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi. Ini tidak termasuk bayaran kontrak yang diklasifikasikan sebagai kos jualan.

B18 Gaji dan upah selain pekongsi

Ini termasuk bonus, elaun, bayaran kerja lebih masa dan gaji cuti seperti dalam Akaun Untung Rugi.

B18a Gaji dan upah Pekongsi

Ini termasuk bonus, elaun, bayaran kerja lebih masa dan gaji cuti seperti dalam Akaun Untung Rugi.

B19 Royalti Jumlah kasar sebelum ditolak cukai pegangan.

B20 Sewa / Sewa pajakan Jumlah yang dibayar untuk sewa premis, tanah, kenderaan, peralatan, lain-lain sewaan dan pajakan yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.

B21 Penyelenggaraan dan pembaikan

Jumlah yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.

B22 Penyelidikan dan pembangunan

Jumlah yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.

B23 Promosi dan pengiklanan

Jumlah yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.

B24 Perjalanan dan penginapan

Jumlah yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.

B25 Kerugian pertukaran wang asing

Jumlah kerugian pertukaran wang asing seperti yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.

B26 Perbelanjaan -perbelanjaan lain

Jumlah semua perbelanjaan selain daripada B14 hingga B25, yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.

Page 8: Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiriphl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2013_1.pdf · 2017. 2. 24. · Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

7

B27 Jumlah perbelanjaan Jumlah perbelanjaan dari B14 hingga B26.

B28 Untung / Rugi bersih Untung atau rugi bersih seperti dalam Akaun Untung Rugi. Tandakan ‘X’ jika nilai negatif.

B29 Perbelanjaan yang tidak dibenarkan

Perbelanjaan yang tidak dibenarkan :

Perundangan Perkara

33(2) Faedah yang tidak boleh ditolak daripada

pendapatan perniagaan

34(4) Caruman kepada skim yang diluluskan yang

melebihi 19% daripada saraan pekerja

39(1)(a) Perbelanjaan peribadi atau domestik dalam

apa jua bentuk

39(1)(b) Perbelanjaan yang dilakukan tidak

kesemuanya dan semata-mata untuk

menghasilkan pendapatan kasar

Contoh:

Perbelanjaan mencetak dan mengedar laporan tahunan dan kos mengadakan mesyuarat agung dan mesyuarat tergempar

Perbelanjaan untuk penyenaraian dalam bursa saham

Perbelanjaan sebelum perniagaan bermula atau perbelanjaan untuk menutup perniagaan

Perbelanjaan guaman berhubung dengan pemerolehan aset atau untuk urusan peribadi

Derma

Denda atas kesalahan melanggar undang-undang termasuk denda dan perbelanjaan rayuan cukai pendapatan

Perbelanjaan hadiah (kecuali untuk pekerja sendiri)

Bayaran keahlian kelab dan yuran ahli kelab persendirian

Bayaran untuk pinjaman dan perjanjian agensi

Pembelian aset dan perbelanjaan yang seumpama dengannya

Perbelanjaan lain

39(1)(c) Modal ditarik balik atau sebarang jumlah

digunakan atau bermaksud digunakan sebagai

modal

39(1)(d) Bayaran kepada kumpulan wang simpanan

yang tidak diluluskan

Page 9: Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiriphl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2013_1.pdf · 2017. 2. 24. · Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

8

39(1)(e) (i) Perbelanjaan lombong yang layak (Jadual 2)

(ii) Perbelanjaan pertanian / hutan yang layak (Jadual 3)

(iii) Perbelanjaan cari gali yang layak (Jadual 4)

39(1)(f) Bayaran faedah atau royalti kepada bukan

pemastautin tanpa mematuhi seksyen 109

39(1)(g) Bayaran lesen atau permit membalak yang

dibayar kepada pihak lain selain daripada

Kerajaan Negeri

39(1)(i) Bayaran kontrak yang dibuat tanpa mematuhi

seksyen 107A

39(1)(j) Bayaran kepada bukan pemastautin tanpa

mematuhi seksyen 109B

39(1)(k) Bayaran sewa kenderaan bukan komersil

melebihi RM50,000.00

39(1)(l) Keraian

39(1)(m) Perbelanjaan tambang cuti untuk pekerja di

dalam atau luar Malaysia

- Semua jenis peruntukan (termasuk hutang

ragu am) selain daripada peruntukan hutang

ragu spesifik

- Perbelanjaan berhubung dengan pindaan

modal dibenarkan dan modal berbayar

- Perbelanjaan profesional berhubung dengan

pemerolehan aset tetap dan pelaburan

- Pengubahsuaian dan tambahan kepada

bangunan

- Perbelanjaan selain daripada di atas

B30 Kenderaan Jumlah yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.

Nilai buku bersih seperti dalam Kunci Kira-Kira.

B31 Loji dan jentera Jumlah yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.

Nilai buku bersih seperti dalam Kunci Kira-Kira.

B32 Tanah dan bangunan Nilai buku bersih seperti dalam Kunci Kira-Kira.

B33 Aset tetap lain Nilai buku bersih seperti dalam Kunci Kira-Kira.

B34 Jumlah aset tetap Jumlah dari B30 hingga B33.

B35 Jumlah kos aset tetap yang diperoleh dalam tempoh asas

Hanya jumlah kos asal aset tetap yang diperoleh dalam tempoh asas diambil kira dalam ruang ini. Jika aset tetap diperoleh secara sewa beli atau pajakan kewangan, hanya jumlah prinsipal yang dibayar sahaja patut dinyatakan.

Page 10: Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiriphl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2013_1.pdf · 2017. 2. 24. · Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

9

B36 Pelaburan Kos pelaburan dan simpanan tetap.

B37 Penghutang perdagangan

Penghutang perdagangan seperti dalam Kunci Kira-kira.

B38 Penghutang lain Penghutang lain seperti dalam Kunci Kira-kira tetapi tidak termasuk pinjaman kepada pekongsi.

B39 Stok Stok akhir termasuk bahan mentah, barangan separa siap dan barangan siap seperti dalam Kunci Kira-kira.

B40 Pinjaman kepada

pekongsi Jumlah seperti dalam Kunci Kira-kira.

B41 Baki tunai dan baki di bank

Jumlah seperti dalam Kunci Kira-kira.

B42 Aset semasa Lain Aset semasa selain daripada B37 hingga B41.

B43 Jumlah aset semasa Jumlah aset semasa dari B37 hingga B42.

B44 Jumlah aset Jumlah B34, B36 dan B43

B45 Pinjaman dan overdraf

Dalam bentuk jangka pendek seperti overdraf bank, ‘banker’s acceptance’, ‘trust receipt’ dan sebagainya.

B46 Pemiutang dagangan Jumlah yang berbangkit daripada pembelian barang Dagangan dan perkhidmatan yang diterima.

B47 Pemiutang lain Pemiutang selain daripada pemiutang dagangan dan pinjaman daripada pekongsi.

B48 Pinjaman daripada pekongsi

Dalam bentuk pinjaman dan pendahuluan seperti dalam Kunci Kira-kira.

B49 Liabiliti semasa lain Liabiliti semasa selain daripada B45 hingga B48.

B50 Jumlah liabiliti semasa

Jumlah dari B45 hingga B49.

B51 Liabiliti jangka panjang

Pinjaman jangka panjang seperti pinjaman berpenggal, debentur, bon dan lain-lain seperti dalam Kunci Kira-kira.

B52 Jumlah liabiliti B50 campur B51.

B53 Sumbangan modal Amaun sumbangan modal yang telah dibayar.

B54 Akaun Pengasingan Untung / Rugi

Baki dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi termasuk untung tertahan seperti dalam Kunci Kira-kira.

B55 Akaun Rizab Ini termasuk semua akaun rizab kecuali untung tertahan.

B56 Jumlah Modal Jumlah B53, B54 dan B55.

B57 Jumlah Liabiliti dan Modal

Jumlah B52 dan B56.

BAHAGIAN C : MAKLUMAT LAIN

Ruang Perkara Keterangan

C1 107A Cukai pegangan seksyen 107A. Jumlah Kasar Dibayar

Page 11: Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiriphl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2013_1.pdf · 2017. 2. 24. · Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

10

Amaun kasar bahagian perkhidmatan kontrak yang dibayar kepada kontraktor bukan pemastautin mengikut peruntukan seksyen 107A. Jumlah Cukai yang Dipegang dan Diremit kepada LHDNM 10% atas jumlah kasar [perenggan 107A(1)(a)] Tambah 3% atas jumlah kasar [perenggan 107A(1)(b)] (Peraturan dan prosedur membuat bayaran kepada Unit/Cawangan Pungutan LHDNM hendaklah dipatuhi). Jumlah Bersih Dibayar Jumlah Kasar Tolak Jumlah Cukai Dipegang dan Diremit kepada LHDNM

C2 109 Cukai pegangan seksyen 109 Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian II Jadual 1 ACP 1967: Faedah - 15% atas jumlah kasar Royalti - 10% atas jumlah kasar kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (Rujuk Lampiran F). Jumlah Kasar Dibayar Amaun kasar faedah atau royalti yang dibayar kepada bukan pemastautin. Jumlah Cukai yang Dipegang dan Diremit kepada LHDNM Amaun dari Helaian Kerja HK-M. Jumlah Bersih Dibayar

Keterangan seperti C1.

C3 109A Cukai pegangan seksyen 109A Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian II Jadual 1 ACP 1967 iaitu 15% atas jumlah kasar. Jumlah Kasar Dibayar Amaun kasar yang dibayar kepada penghibur awam untuk perkhidmatan yang dilaksanakan di Malaysia. Jumlah Cukai yang Dipegang dan Diremit kepada LHDNM Keterangan seperti C2.

Page 12: Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiriphl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2013_1.pdf · 2017. 2. 24. · Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

11

Jumlah Bersih Dibayar

Keterangan seperti C2.

C4 109B Cukai pegangan seksyen 109B Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian V Jadual 1 ACP 1967 iaitu 10% atas jumlah kasar kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (Rujuk Lampiran F). Jumlah Kasar Dibayar Amaun kasar bayaran jenis kelas khas di bawah seksyen 4A ACP 1967 yang dibayar kepada bukan pemastautin. Jumlah Cukai yang Dipegang dan Diremit kepada LHDNM Keterangan seperti C2. Jumlah Bersih Dibayar Keterangan seperti C2.

C5 109F Cukai pegangan seksyen 109F Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian XIII Jadual 1 ACP 1967 iaitu 10% atas jumlah kasar perolehan atau keuntungan di bawah perenggan 4(f) yang diperoleh dari Malaysia. Jumlah Kasar Dibayar Amaun kasar bayaran yang dibuat kepada bukan pemastautin. Jumlah Cukai yang Dipegang dan Diremit kepada LHDNM Keterangan seperti C2. Jumlah Bersih Dibayar Keterangan seperti C2.

BAHAGIAN D : MAKLUMAT LAIN

Ruang Perkara Keterangan

D1 No. Telefon Nombor telefon di premis perniagaan.

D2 Alamat Laman Sesawang (jika ada)

Alamat laman sesawang / blog (jika ada).

D3 Nama bank Nyatakan nama bank di mana PLT mempunyai akaun bank. Untuk tujuan pembayaran balik oleh LHDNM (sekiranya melalui bank), sila pastikan maklumat bagi ruang D3 dan D4 adalah betul.

D4 No.Akaun Bank Nombor akaun bank PLT berkenaan di bank seperti dinyatakan di ruang D3.

Page 13: Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiriphl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2013_1.pdf · 2017. 2. 24. · Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

12

D5 Telah melupuskan aset di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah

Isikan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ sekiranya ada melupuskan asset atau ‘2’ jika tidak berkenaan.

D6 Telah melaporkan pelupusan kepada LHDNM

Ruang ini hanya perlu diisi jika D5 = ‘1’. Isikan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ jika telah melaporkan pelupusan berkenaan kepada LHDNM. Sekiranya belum dilaporkan, sila hubungi cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan Perkongsian Liabiliti Terhad harta tanah berkenaan (pelupus).

BAHAGIAN E : MAKLUMAT PEGAWAI PEMATUHAN

Ruang Perkara Keterangan

E1 Nama Nama pegawai pematuhan

E2 No. Pengenalan Nombor kad pengenalan pegawai pematuhan

E3 No.Pasport Nombor pasport pegawai pematuhan

E4 No.Cukai pendapatan

Nombor cukai pendapatan pegawai pematuhan

E5 Alamat surat-menyurat

Alamat surat-menyurat pegawai pematuhan

E6 No. Telefon Nombor telefon pegawai pematuhan

E7 e-Mel e-Mel pegawai pematuhan

BAHAGIAN F : MAKLUMAT PEKONGSI

Ruang Perkara Keterangan

F1 Nama Pekongsi Nyatakan nama tiga (3) pekongsi utama

F2 No. Pengenalan / Pasport / pendaftaran pekongsi

Nombor kad pengenalan, nombor pasport atau nombor pendaftaran untuk tiga pekongsi utama tersebut mengikut susunan seperti di F1 iaitu Pekongsi I, Pekongsi II dan Pekongsi III.

BAHAGIAN G : MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI

Ruang Perkara Keterangan

G1 Nama Firma Nama firma ejen cukai yang mengisi Borang PT ini.

G2 No. telefon Nombor telefon firma ejen cukai/telefon bimbit ejen cukai.

G3 No. Kelulusan Ejen Cukai

Untuk diisi oleh ejen cukai yang mendapat kelulusan di bawah peruntukan perenggan-perenggan 153(3)(b) dan 153(3)(c) ACP 1967.

G4 e-Mel e-Mel ejen cukai.

G5 Tandatangan Tandatangan ejen cukai yang mengisi borang ini

Page 14: Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiriphl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_PT2013_1.pdf · 2017. 2. 24. · Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

Nota Penerangan Borang PT 2013 Sistem Taksir Sendiri

13

KOD NEGARA

Sebahagian negara-negara yang dikenalpasti. Tuan boleh merujuk kepada Lampiran E Buku Panduan Borang C untuk mendapatkan senarai lengkap.

Nama Negara Kod

Negara Nama Negara

Kod Negara

Nama Negara Kod

Negara

Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH

Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA

Brunei BN Japan JP Singapore SG

Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA

Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK

China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW

Denmark DK Malaysia MY Thailand TH

Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB

India IN New Zealand NZ United States US

Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN

Nota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic of