5
Novel Tingkatan 1 ( Destinasi Impian) Tema Novel ini membawa tema masalah dan konflik seorang remaja yang menghadapi cabaran dalam hidup. Firdaus seorang individu yang berada dalam keadaan dicabar dan mencabar. Bukan mudah untuk menghadapi cabaran dan bukan semua orang suka dicabar. Firdaus seorang anak muda yang dicabar oleh orang yang akrab dalam keluarga Persoalan Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya: i. Jiwa remaja yang mudah memberontak Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan. ii. Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain. Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Dia cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika mereka jatuh dari basikal. iii. Keberanian mengharungi rintangan Contoh: Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar. iv. Keinsafan setelah sedar dari kesilapan Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Dia seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya. v. Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan sampai ke destinasi Pantai Morib Baru. Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan bekerjasama semasa dalam perjalanan. Contoh persoalan: Berdasarkan novel Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini, terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini. Di antaranya, ialah Jiwa remaja yang mudah memberontak. Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan. Selain itu, Keberanian mengharungi rintangan juga salah satu persoalan dalam novel ini. Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai 1

Nota Novel Destinasi Impian

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Nota Novel Destinasi Impian

Citation preview

Page 1: Nota Novel Destinasi Impian

Novel Tingkatan 1 ( Destinasi Impian)

TemaNovel ini membawa tema masalah dan konflik seorang remaja yang menghadapi cabaran dalam hidup. Firdaus seorang individu yang berada dalam keadaan dicabar dan mencabar. Bukan mudah untuk menghadapi cabaran dan bukan semua orang suka dicabar. Firdaus seorang anak muda yang dicabar oleh orang yang akrab dalam keluarga

PersoalanTerdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:i.    Jiwa remaja yang mudah memberontakContoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan.ii.   Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain.Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Dia cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika mereka jatuh dari basikal.iii. Keberanian mengharungi rintanganContoh:  Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar.iv.  Keinsafan setelah sedar dari kesilapanContoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Dia seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.v.   Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaanContoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan sampai ke destinasi Pantai Morib Baru. Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan bekerjasama semasa dalam perjalanan.

Contoh persoalan:                    Berdasarkan novel Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini, terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini. Di antaranya, ialah Jiwa remaja yang mudah memberontak. Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan. Selain itu, Keberanian mengharungi rintangan juga salah satu persoalan dalam novel ini.  Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar. Persoalan terakhir ialah keinsafan setelah sedar dari kesilapan. Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Dia seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.

Nilai         Cinta akan bahasa kebangsaan – Azlina cinta akan bahasakebangsaan. Dia sanggup memberhentikan basikalnya dan mengambil gambar beberapa papan tanda yang

1

Page 2: Nota Novel Destinasi Impian

mempunyai kesalahan bahasa.         Keberanian – Mazlinda berani menyelamatkan Firdaus yang kelemasan di lautan.         Keprihatinan – Johari prihatin memberikan bantuan kepada Azlina semasa Azlina luka akibat terjatuh dari basikalnya.         Bertanggungjawab – Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati.         Semangat setia kawan – Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi menyambut Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya.

     Contoh Nilai :

            Berdasarkan novel,Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa nilai dipaparkan dalam novel ini. Di antaranya, nilai  cinta akan bahasa kebangsaan .Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan basikalnya dan mengambil gambar beberapa papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa. Seterusnya, nilai kedua ialah nilai bertanggungjawab. Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati. Nilai terakhir dalam movel ini  ialah nilai semangat setia kawan . Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi menyambut Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya.

Pengajaran  Kita janganlah mempunyai perasaan hasad dengki dalam diri.  Kita janganlah menghina sesama sendiri.  Kita hendaklah berani menyahut cabaran.  Kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.  Kita janganlah berdendam terutamanya kepada adik-beradik. Kita janganlah bercakap bohong.    Kita hendaklah prihatin dan murah hati terhadap insan lain.

Contoh pengajaran:Berdasarkan novel Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini, terdapat beberapa pengajaran

dipaparkan dalam novel ini. Diantaranya ialah kita hendaklah berani menyahut cabaran. Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar. Selain itu, kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan. Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan.Dia seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya. Pengajaran terakhir dalam novel ini ialah kita hendaklah prihatin dan murah hati terhadap insan lain. Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Dia cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika mereka jatuh dari basikal.

Watak dan Perwatakan Firdaus  (watak utama)

2

Page 3: Nota Novel Destinasi Impian

         Tingkah laku agak keperempuanan.- seorang yang agak lembut perwatakannya kerana hanya dia seorang anak lelaki dalam keluarganya

         Seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan melakukan aktiviti luar- Firdaus beria-ia mahu pulang ke rumah dan tidak mahu meneruskan rancangan mereka untuk berbasikal ke Morib.

         Selalu dimanjakan- Dia dimanjai dan segala kemahuannya dituruti oleh ibu bapanya memandangkan sebelum ini ibu bapa mereka mempunyai empat orang anak perempuan sebelum memiliki Firdaus.

         Suka berdendam- Firdaus mendendami adiknya, Azlina. Dia langsung tidak membantu Azlina yang tercedera.

Azlina  ( watak sampingan)         Olahragawati Sekolah Menengah Kapar- Azlina yang merupakan olahragawati Sekolah Menengah

Kapar. Dia sentiasa kelihatan aktif dan tidak letih untuk meneruskan kayuhan         Suka mengejek  Firdaus- Azlina selalu menyindir Firdaus bagi merangsang Firdaus untuk berubah

menjadi lelaki yang gagah. Azlina mengejek Firdaus kerana dia mahukan seorang abang yang sememangnya seorang lelaki.

         Seorang yang kuat semangat- Azlina yang kelihatan cergas dan gembira walaupun mereka telah mengayuh selama empat jam setengah.

         Suka akan cabaran- Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk berbasikal ke Morib.

 Contoh watak utamaBerdasarkan novel Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini watak utama dalam novel ini

ialah Firdaus. Dia merupakan seorang yang bertingkah laku agak keperempuanan. Dia seorang yang agak lembut perwatakannya kerana hanya dia seorang anak lelaki dalam keluarganya. Dia juga seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan melakukan aktiviti luar. Firdaus beria-ia mahu pulang ke rumah dan tidak mahu meneruskan rancangan mereka untuk berbasikal ke Morib. Selain itu dia seorang yang selalu dimanjakan,Dia dimanjai dan segala kemahuannya dituruti oleh ibu bapanya memandangkan sebelum ini ibu bapa mereka mempunyai empat orang anak perempuan sebelum memiliki Firdaus. Akhirnya, dia seorang yang suka berdendam,Firdaus mendendami adiknya, Azlina.Dia langsung tidak membantu Azlina yang tercedera.

Contoh watak sampingan / kegemaran            Berdasarkan novel Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini ,watak sampingan/watak kegemaran saya dalam novel ini ialah Azlina Azlina merupakan  olahragawati Sekolah Menengah Kapar. Dia sentiasa kelihatan aktif dan tidak letih untuk meneruskan kayuhan. Dia seorang yang suka mengejek  Firdaus, Azlina selalu menyindir Firdaus bagi merangsang Firdaus untuk berubah menjadi lelaki yang gagah. Azlina mengejek Firdaus kerana dia mahukan seorang abang yang sememangnya seorang lelaki.Bukan itu sahaja, dia juga seorang yang kuat semangat.Azlina yang kelihatan cergas dan gembira walaupun mereka telah mengayuh selama empat jam setengah.Akhirnya dia seorang yang suka akan cabaran.Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk berbasikal ke Morib.

Latar Masyarakat

3

Page 4: Nota Novel Destinasi Impian

1. Masyarakat yang baik hati : Johari baik hati membantu Firdaus.Contohnya, Johari baik hati dengan menuntun basikal Firdaus sehingga ke kedai basikal apabila tayar basikal Firdaus kempis kerana terkena paku. Johari turut membenarkan Firdaus mengayauh basikalnya kerana mahu Firdaus meneruskan perjalanan.

2. Masyarakat yang mempunyai semangat tinggi: Azlina mempunyai semangat yang tinggi apabila dia tetap meneruskan perjalanan walaupun dia cedera. Pada wajah Azlina langsung tidak tergambar rasa sakit atau pedih akibat luka di tangannya. Azlina menganggap luka di tangannya sedikit sahaja dan bagi orang yang aktif bersukan, luka, patah dan terseliuh sudah menjadi perkara biasa.

3.Masyarakat yang bersikap angkuh setelah berjaya: Firdaus lupa diri terutama selepas mendapat ucapan tahniah dan pujian daripada rakan-rakannya. Firdaus melupakan pengorbanan Azlina dan Johari membantu dan menunggunya sepanjang perjalanan. Firdaus melakukan pembohongan demi pembohongan supaya rakan-rakannya kagum dengan dirinya. Antara pembohongannya ialah Firdaus mengatakan bahawa perjalanannya lambat kerana Azlina dan dia mengakui kehebatannya berenang walaupun hakikatnya tidak demikian. Sikap angkuhnya menjerat diri sendiri apabila dia lemas ketika menyelamatkan Mazlinda.

4. Masyarakat yang tidak berdisiplin ketika memandu: Azlina cedera kerana sikap pemandu Malaysia yang tidak berdisiplin. Johari berpendapat tahap displin pemandu di negara ini masih rendah. Ribuan nyawa hilang dan harta benda berjuta-juta ringgit musnah kerana kemalangan jalan raya. Bagi Johari , pendidikan tentang keselamatan jalan raya mesti diajar dari sekolah rendah hingga ke universiti. Dengan pendidikan yang berterusan , akan terbentuk pengguna jalan raya yang bertimbang rasa.

5. Masyarakat yang aktif bersukan : Johari tidak mengeluh kepenatan kerana telah berbasikal sejak di sekolah rendah hingga menjadi pelajar Universiti Putra Malaysia. Azlina juga cergas berbasikal kerana dia tidak mengeluh kepenatan dalam perjalanan, Sebaliknya, Firdaus yang tidak gemar bersukan menyebabkan dia sering mengeluh kepenatan dalam perjalanan.

Latar MasaLatar masa menerangkan masa sesuatu peristiwa itu berlaku. Secara keseluruhanan, latar masa dalam novel ini meliputi dari permulaan perjalanan berbasikal Johari, Firdaus dan Azlina dari Klang ke Banting hinggalah Firdaus terlantar di hospital.

4