4
T H E W O R L D W I D E L I F T E R 14 No. www.lisman.nl Lismannews adalah hakcipta Lisman Vorkheftrucks BV MY MEI ‘12 04 OXFAM NOVIB TERIMA KASIH KERANA SOKONGAN ANDA Lisman telah memberikan sumbangan 10,000 Euro kepada Oxfam Novib pada tahun ini. Lisman news 02 LISMAN FORKLIFTS MERAIKAN ULANGTAHUN KE-45 Peluang untuk kita merenung kembali sejarah dan memandang ke hadapan bagi memacu perkembangan berterusan Lisman Forklifts. 04 TAWARAN LISMAN Sebelum 30 Jun 2012, dengan setiap pesanan melebihi 4,500.00 Euro, anda akan menerima jentolak mainan percuma. 03 LISMAN ASIA Setelah tempoh persediaan yang rapi Lisman Forklifts Asia Sdn Bhd sudah bersedia untuk berurusniaga. Pesanan dari Pihak Pengurusan Premis perniagaan kami di Malaysia BERITA BAIK UNTUK DIKONGSI BERSAMA! Kami sedang meraikan ulangtahun kami yang ke-45. Selalunya dalam menjangkau usia 45 tahun seseorang telah sampai ke kemuncak pencapaian dalam hidup mereka. Mereka telah banyak belajar dan pada usia ini memiliki kekuatan yang tersendiri. Peringkat ini juga bertindak sebagai tapak yang kukuh bagi menempa kejayaan yang berterusan. Keadaan ini mencerminkan perasaan kami di Lisman yang merupakan perniagaan keluarga kami. Lisman Foklifts telah menimba pelbagai pengalaman dan meluaskan rangkaian perniagaan kami. Organisasi kami terdiri daripada individu yang bersemangat dan mampu untuk meraih ke- jayaan daripada setiap peluang baru yang dibawa oleh pasaran masa kini. MERENUNG KEMBALI …. Ulangtahun kami membawa peluang untuk kita berhenti sejenak dan merenung kembali sejarah perjalanan kami. Sesiapa yang mengetahui sejarah perkembangan Lisman Forklifts akan menyedari bahawa pasaran dan syarikat kami telah banyak mengalami perubahan. Namun begitu, nilai-nilai asas kami, keboleh percayaan dan julan borong ekslusif dengan tumpuan terhadap bahan - bahan asas yang digunakan, kekal tidak berubah dan akan terus berkekalan di masa hadapan. MEMANDANG KEHADAPAN…. Lisman akan terus membina kecemerlangan di atas kejayaan yang sedia ada. Dengan bangganya kami ingin mengumumkan bahawa kami telah membuka cawangan di Malaysia : Lisman Forklifts Asia Sdn Bhd. Sebagai sebahagian daripada Lisman Forklifts BV, Lisman Asia akan tertumpu kepada perniagaan di pasaran Asia Tenggara sebagaimana kami beroperasi di IJsselstein. Anda boleh terus mengikuti perkembangan di Malaysia menerusi edisi ke-14 Lisman News. Kami akan terus melakukan perubahan dan penambahbaikan demi menjadi pakar jentolak terbaik untuk anda. Sama ada anda menjual atau membeli, kami bersedia melakukan yang terbaik untuk anda dan memenuhi peranan kami sebagai rangkaian jualan borong yang unik dan ekslusif. Kami berharap untuk bertemu dengan anda di salah sebuah cawangan kami. Sama ada di Belanda atau di Malaysia kedatangan anda sentiasa dialu-alukan. Kami sentiasa mempunyai rangkaian bekalan yang luas untuk tatapan dan pilihan anda. Kami berharap agar anda gembira menikmati edisi ini dan semoga kita dapat bertemu tidak lama lagi. Pihak pengurusan Anton dan Koen Lisman

No. news - lismanforklifts.com · dalam jual beli bahan asas pembinaan seperti konkrit bertetulang. Beliau berpeluang untuk membeli sebuah lot yang mengandungi beberapa buah jentera

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: No. news - lismanforklifts.com · dalam jual beli bahan asas pembinaan seperti konkrit bertetulang. Beliau berpeluang untuk membeli sebuah lot yang mengandungi beberapa buah jentera

T h e w o r l d w i d e l i f T e r

14No.

w w w . l i s m a n . n l

Lismannews adalah hakcipta Lisman Vorkheftrucks BV

MY M E I ‘ 1 2

04 OXFAM NOVIB TERIMA KASIH KERANA SOKONGAN ANDALisman telah memberikan sumbangan 10,000 Euro kepada Oxfam Novib pada tahun ini.

Lisman news02 LISMAN FORKLIFTS

MERAIKAN ULANGTAHUN KE-45Peluang untuk kita merenung kembali sejarah dan memandang ke hadapan bagi memacu perkembangan berterusan Lisman Forklifts.

04 TAwARAN LISMAN Sebelum 30 Jun 2012, dengan setiap pesanan melebihi 4,500.00 Euro, anda akan menerima jentolak mainan percuma.

03 LISMAN ASIASetelah tempoh persediaan yang rapi Lisman Forklifts Asia Sdn Bhd sudah bersedia untuk berurusniaga.

Pesanan dari Pihak Pengurusan

Premis perniagaan kami di Malaysia

BERITA BAIK UNTUK DIKONGSI BERSAMA!Kami sedang meraikan ulangtahun kami yang ke-45. Selalunya dalam menjangkau usia 45 tahun seseorang telah sampai ke kemuncak pencapaian dalam hidup mereka. Mereka telah banyak belajar dan pada usia ini memiliki kekuatan yang tersendiri. Peringkat ini juga bertindak sebagai tapak yang kukuh bagi menempa kejayaan yang berterusan. Keadaan ini mencerminkan perasaan kami di Lisman yang merupakan perniagaan keluarga kami. Lisman Foklifts telah menimba pelbagai pengalaman dan meluaskan rangkaian perniagaan kami. Organisasi kami terdiri daripada individu yang bersemangat dan mampu untuk meraih ke-jayaan daripada setiap peluang baru yang dibawa oleh pasaran masa kini. MERENUNG KEMBALI ….Ulangtahun kami membawa peluang untuk kita berhenti sejenak dan merenung kembali sejarah perjalanan kami. Sesiapa yang mengetahui sejarah perkembangan Lisman Forklifts akan menyedari bahawa pasaran

dan syarikat kami telah banyak mengalami perubahan. Namun begitu, nilai-nilai asas kami, keboleh percayaan dan julan borong ekslusif dengan tumpuan terhadap bahan - bahan asas yang digunakan, kekal tidak berubah dan akan terus berkekalan di masa hadapan. MEMANDANG KEHADApAN….Lisman akan terus membina kecemerlangan di atas kejayaan yang sedia ada. Dengan bangganya kami ingin mengumumkan bahawa kami telah membuka cawangan di Malaysia : Lisman Forklifts Asia Sdn Bhd. Sebagai sebahagian daripada Lisman Forklifts BV, Lisman Asia akan tertumpu kepada perniagaan di pasaran Asia Tenggara sebagaimana kami beroperasi di IJsselstein. Anda boleh terus mengikuti perkembangan di Malaysia menerusi edisi ke-14 Lisman News. Kami akan terus melakukan perubahan dan penambahbaikan demi menjadi pakar jentolak terbaik untuk anda. Sama ada anda menjual atau membeli, kami bersedia melakukan yang terbaik untuk anda dan memenuhi peranan kami sebagai rangkaian jualan borong yang unik dan ekslusif. Kami berharap untuk bertemu dengan anda di salah sebuah cawangan kami. Sama ada di Belanda atau di Malaysia kedatangan anda sentiasa dialu-alukan. Kami sentiasa mempunyai rangkaian bekalan yang luas untuk tatapan dan pilihan anda.

Kami berharap agar anda gembira menikmati edisi ini dan semoga kita dapat bertemu tidak lama lagi.

Pihak pengurusanAnton dan Koen Lisman

Page 2: No. news - lismanforklifts.com · dalam jual beli bahan asas pembinaan seperti konkrit bertetulang. Beliau berpeluang untuk membeli sebuah lot yang mengandungi beberapa buah jentera

dalam membeli jentera dan membina ruangan simpanan tetap dan juga menubuhkan rangkaian jualan yang mampu berhubung den-gan pelanggan di seluruh dunia. Lisman telah memilih untuk hanya menyasarkan perniaga jentolak bebas, .jentolak yang dijual perlu disertakan dengan perkhidmatan lepas jualan. Dengan ini, Lisman telah menambah kakitangan teknikal dan juga membina keperluan logistic untuk menampung perkembangan ini.

1980AN DAN 90AN: pERKEMBANGAN YANG pESATPelaburan-pelaburan yang telah dibuat telah mula mendapatkan hasil. Lisman Forklifts mulai dikenali sebagai syarikat jualbeli borong jentolak terpakai yang unggul. Nilai jualan mula meningkat, bukan sahaja dari Belanda, tetapi juga dari pasaran antarabangsa. Jos dan Anton juga telah melabur semula keuntungan mereka ke dalam syarikat untuk pembelian jentolak.

Lisman Forklifts terus berkembang dengan pesat dengan hasil asas kewangan yang kukuh dan terbina mendokong aspirasi syarikat se-hingga kini. Pada tahun 1987, tapak di Utrecht telah dikosongkan dengan pembelian premis baru di IJsselstein. Tapak premises baru ini lebih luas selari dengan cita-cita syarikat untuk terus berkem-bang. Kapasiti untuk menyimpan stok telah meningkat begitu juga dengan variasi jentolak seperti lori pergudangan, jentolak pelbagai bentuk muka bumi dan pengendali teleskopik. Selepas memindah ke IJsselstein, Gert Versteeg telah menyertai pihak pengurusan dan menerima mandate untuk menanam dan meningkatkan tahap profesionalisme di dalam syarikat. Di bawah kepimpinan Jos, Anton dan Gert, Lisman terus berkembang maju.

2000-2010 pENYUSUNAN SEMULATibalah masa untuk penyusunan semula selepas satu tempoh per-kembangan pesat yang berterusan. Pada awal abad yang baru, ter-nyata pasaran semakin meningkat. Setalah melalui perkembangan internet dan arus globalisasi, perniagaan kami semakin telus dan bersifat homogen. Pada masa yang sama, generasi pelapis Lisman juga telah bersedia untuk mengambil alih kepimpinan syarikat.

Koen, anak kepada Jos telah mengambil alih tugas ayahnya pada tahun 2004. Sejak itu beliau dan bapa saudaranya Anton bertang-gungjawab penuh ke atas pentadbiran Lisman Forklifts. Gert Ver-steeg telah bersara pada tahun 2009. Pengurus baru, Bob Backers, kini mengendalikan kesemua activiti syarikat bukan komersial. Dalam tempoh sepuluh tahun, banyak tumpuan telah diberikan untuk memantapkan operasi perniagaan dan menjadikan Lisman lebih tangkas agar mudah mengambil peluang dalam pasaran.

LISMAN FORKLIFTS SEJARAH 45 TAHUN

Sempena ulang tahun ke-45, kami berpeluang untuk berhenti seketika untuk mengimbau kembali sejarah dan juga menilai perkembangan dan masa depan lisman forklift Trucks. Berdasarkan sejarah, terdapat beberapa fasa perkembangan perniagaan keluarga kami.

“Telus dan bertanggungjawab,

mengekalkan hubungan yang baik dengan

para pelanggan, pembekal dan pekerja.

Inilah rahsia kesinambungan

kami!”

Jekerstraat di Utrecht

02

1967: pENUBUHANAnton Lisman Snr. seorang individu yang berlatar

belakangkan industri pembinaan dan sebahagian besar kehidupan beliau bekerja di sector kontraktor pembinaan. Beliau mempunyai naluri perniagaan yang baik, maka beliau memulakan perniagaan dalam jual beli bahan asas pembinaan seperti konkrit bertetulang. Beliau berpeluang untuk membeli sebuah lot yang mengandungi beberapa buah jentera jentolak. Apabila beliau menyedari perniagaan jualan jentolak ini menguntungkan, maka beliau bertekad untuk memulakan pernia-

gaan jentolak. Dengan itu maka lahirlah Lisman Forklifts pada tahun 1967.

1970-AN: KEpUTUSANAnton Lisman Sr. telah pun berada di usia senja kehidupan

beliau profesional ketika Lisman Forklifts diasaskan di Utrecht dan beliau telah menglibatkan anak beliau, Anton Jr. di dalam perniagaan sejak peringkat awal lagi. Sehingga kini, Anton Jr. masih merupakan sebahagian daripada anggota pengurusan. Perniagaan penjualan jentolak berkembang dengan pesat dan telah mengaji pekerja-perkerja generasi pertama. Kerjasama antara pihak pengurusan and pekerja-pekerja generasi pertama berkekalan dan juga Berjaya. Ad de Rooij, juru-mekanik yang telah berkhidmat di Lisman lebih daripada 40 tahun sehingga beliau bersara baru baru ini. Selepas 43 thn dan hingga ke saat ini, Dries Van Dieren masih bkhidmat di Lisman.

Perniagaan Lisman terus berkembang dengan pesat dan Anton Jr. telah menganding bahu dengan abang beliau, Jos pada tahun 1972. Dengan ini, Lisman telah menjadi sebuah perniagaan keluarga. Hubungan erat antara Jos dan Anton Lisman Jr merupakan asas perkembangan Lisman. Pada peringkat ini, nama Lisman men-cerminkan industri yang ia bergiat aktif dalam dan beberapa pilihan perlu dilakukan dan keputusan juga harus dibuat. Apakah perkhi-dmatan yg Lisman tawarkan dan bagaimana ia boleh memberikan nilai yang terbaik? Selepas beberapa tahun perintis, Lisman telah nekad untuk fokus di dalam pasaran perniagaan secara pemborong ekslusif. Disebalik alasan untuk mengambil keputusan ini adalah kerana kebanyakan pengedar jentolak merupakan pemilik angkatan jentolak, maka wujudnya ruang in dalam pasaran antara pem-borong bebas yang mampu membeli jentolak terpakai dan menjual kepada pihak ketiga. Untuk memainkan peranan sebagai syarikat jualan pemborong, Lisman telah membuat perlaburan yang besar

Page 3: No. news - lismanforklifts.com · dalam jual beli bahan asas pembinaan seperti konkrit bertetulang. Beliau berpeluang untuk membeli sebuah lot yang mengandungi beberapa buah jentera

Meskipun margin keuntungan telah berkurangan dalam arena pa-saran yang lebih matang, Lisman mampu mengekalkan statusnya sebagai pendahulu pasaran ini tanpa banyak cabaran. Dua premis baru telah ditubuhkan di IJsselstein pada tahun 2005 dan 2009.

Melalui dua tapak baru ini berkapasiti simpanan tertutup berkelu-asan 22,000m2 telah diwujudkan untuk menyimpan 1,600 jentera pelbagai model dan saiz telah diwujudkan.

MENJANGKAU 2011: MEREBUT pELUANG-pELUANG BARUKini, dengan adanya kemudahan dan organisasi yang lengkap untuk menyokong dan mengekalkan keunggulan kami dalam pasaran, kami boleh menumpukan perhatian didalam pasaran. Lisman masih mengekalkan model perniagaan borong dan tidak menjual kepada pengguna akhir. Ini bererti kami mendapat manfaat daripada kesetiaan pembekal jentolak: pembuat jentolak, para pengedar dan syarikat penyewa jentolak. Pelanggan setia kami adalah syarikat perusahaan sederhana yang enggan menyimpan stok jentolak terpakai yang banyak. Mereka bergantung kepada Lisman untuk bekalan jentolak yang luas dan berkualiti tinggi yang sedia untuk dijual dan diedarkan ke seluruh dunia dengan segera.

KUALA LUMPUR

KUANTAN

JOHORBAHRU

PULAUPINAUG

KOTABHARU

IPOH

MELAKA

RANGKAIAN JENTERA JENTOLAK

dari saiz besar hingga kecil (muatan 500kg ke 60tan). Berkuasa bahan api (petrol/lPG dan disel) atau berkuasa elektrik. Semua jenama pilihan eropah dan Jepun serta jaminan kualiti lisman.

LORI GUDANG

Kesemua jenis trak atau lori gudang dari pelbagai jenis dan kegunaan.

JENTOLAK KHUSUS UNTUK BENTUK MUKA BUMI KASAR

Jentolak bertiang khusus ini sesuai digunakan dalam industri pembinaan dan juga sektor pertanian. Terdapat dalam pacuan 4 atau 2 roda.

JENTERA BERLENGAN TELESKOpIK

Terdapat dalam variasi berputar, teleskopik dan tegar. Sesuai untuk sebarang jenis muka bumi dan ada yang menjangkau capaian 5 hingga 25 meter. lengan pendek sesuai untuk pertanian dan yang panjang sesuai untuk industri.

JENTERA pLATFORM ApUNGAN

Mempunyai capaian teleskopik, berkuasa elektrik, disel atau bahan api bio. Pacuan 2 atau 4 roda dan pemanduan 2 atau 4 roda.

JENTERA LIF GUNTING

Berupaya menanggung berat manusia berkuasa elektrik atau bahan api. Pacuan 2 atau 4 roda.

JENTERA pENGENDALI KONTENA

Jentera bertiang dan boleh menyusun secara menegak, yang mampu mengalihkan kontena yang berisi penuh muatan.

JENTERA MUATAN SISI

Jentolak jenis ini boleh menampung beban di sisi jentera. Terdapat dalam jenis berkuasa lPG, disel dan elektrik juga dalam variasi dua hala dan empat hala dengan kepasiti muatan 1000 hingga 10.000 kg.

KAMi TelAh BerSediA: Setelah tempoh persediaan yang rapi, lisman forklifts Asia Sdn Bhd sudah bersedia untuk berurusniaga. Kami ingin memanfaatkan cawangan baru kami di Malaysia untuk mengukuhkan dan terus memantapkan pasar kami di Timur.

LOKASI STRATEGIK Cawangan baru kami berdekatan dengan pelabuhan Klang di Ma-laysia dan mempunyai kemudahan pengangkutan kargo air dan udara yang sempurna. Ini bererti Lisman Asia mudah dikunjungi oleh anda sebagai pelanggan. Tidak kira samada dari jauh atau dekat, seandainya pesanan telah diterima penghantaran boleh disempurnakan dengan segera.

LISMAN YANG ANDA HARApKANPremis cawangan baru kami adalah seluas 5,000m2 yang meliputi kawasan pergudangan jentolak yang luas, di mana 300 jentera terpakai yang berkualiti tinggi menanti anda. Apa yang anda harapkan dari kami di IJsselstein anda masih akan terus nikmati di Lisman Asia: pilihan pelbagai jentera yang sedia untuk dijual menanti. Selain rangkaian jentera kami, anda pasti dapat men-

genal DNA syarikat Lisman iaitu jentera terpakai berkualiti tinggi, jualan borong ekslusif yang telus dan berkualiti. Lisman Asia akan dikendalikan oleh Marcel Jansen sebagai pengarah urusan.

KUNJUNGI KAMI!Anda ingin lebih mengenali Lisman Asia? Anda diundang untuk mengunjungi cawangan baru kami untuk mengetahui kelebihan kami. Kedatangan anda sangat dialu-alukan! Lisman Asia terletak berhampiran dengan restoran makanan laut ‘Coconut Flower’ yang terkenal di Selangor. Sekiranya anda mempunyai masa, kami ingin menjemput anda untuk sedikit santapan ringan.

Butir-butir Lisman Asia: lisman forklifts Asia SdN BhdLot 8945, Jalan Telok Gong, Telok Gong42000 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan, MalaysiaAtau layari www.lismanasia.com

LISMAN ASIA

Dunia pasaran jentolak semakin berubah dan juga menerima tempias dari krisis kewangan 2009. Pasaran Eropah boleh dikatakan sudah stabil manakala pasaran baru sedang dibuka di tempat lain seluruh dunia. Jesteru itu, Lisman giat berusaha untuk berkembang ke pasaran Asia dengan pembukaan cawangan barunya di Malaysia. Maklumat baru tentang cawangan baru ini turut kami sertakan dalam edisi Lisman News ini. Pembukaan Lisman Asia merupakan pelaburan untuk masa depan. Kami telah membuktikan cita-cita kami dengan menjadi peneraju pasaran selama 45 tahun. Meskipun kami berkembang menjadi sebuah syarikat antarabangsa nanum prinsip kami tetap tidak berubah: bekerja dengan telus dan bertanggungjawab, mengekalkan hubungan yang baik dengan para pelanggan, pembekal dan pekerja. Inilah rahsia kesinambungan kami!

03

Lisman membuka cawangan baru diMaleisië:

LISMAN FORKLIFTS ASIA

Marcel Jansen

Page 4: No. news - lismanforklifts.com · dalam jual beli bahan asas pembinaan seperti konkrit bertetulang. Beliau berpeluang untuk membeli sebuah lot yang mengandungi beberapa buah jentera

LISMAN VORKHEFTRUcKS

w w w . l i s m a n . n l

ALAMAT pEJABAT:Techniekweg 1, 3401 Mh iJsselstein

The Netherlands

ALAMAT SURAT MENYURAT:P.o. Box 233, 3400 Ae iJsselstein

The NetherlandsNo. Telefon +31 (0)30 688 48 84

fax +31 (0)30 688 60 01e-mail [email protected]

lisman terletak di pusat Negara Belanda 30 minit dari lapangan terbang antarabangsa Schiphol di Amsterdam.

Pengurus kawasan anda boleh menumpangkan anda ke tempat kami.

Sebagai tradisi, lisman mewakili pelanggan kami akan menya-lurkan bantuan kepada yang memerlukan setiap hujung tahun. Justeru itu sumbangan € 10,000 telah disalurkan kepada oxfam Novib. wang sumbangan itu akan digunakan untuk membiayai pinjaman permulaan kepada usahawan - usahawan baru di Uganda.

KEKUATAN DAN KEBEBASAN€ 10,000 yang disumbangkan bagi pihak anda akan digunakan oleh Oxfam Novib di negara-negara membangun untuk membe-kalkan bantuan kewangan kepada pengusaha dan peniaga kecil-kecilan. Mereka yang ingin memulakan perniagaan biasanya tidak mempunyai harta untuk dicagarkan dan dianggap calon yang tidak layak meminjam oleh kebanyakan bank ternama. Oxfam Novib percaya melalui kekuatan dan kebebasan individu, kejayaan boleh ditemui dan bercadang untuk membantu ke arah itu.

LATIHAN DAN BANTUAN MODAL pERMULAAN Melalui sumbangan Lisman, 588 orang bakal menerima latihan pemasaran dan perakaunan. Mereka akan turut diajar tentang inovasi dan akan diberi modal permulaan untuk membuka perniagaan baru. Oxfam Novib berterima kasih kepada anda di atas sumbangan ini.

Apabila tiba harijadi anda, sememangnya akan menjadi kebiasaan untuk anda meraikannya. dengan niat untuk meraikan bersama anda, kami akan membawa kembali tawaran yang diperkenalkan

5 tahun yang lalu sempena ulangtahun kami yang ke-40. Kami menghadiahkan jentolak mainan kepada pelanggan kami yang membeli jentera terpakai. Tawaran ini mendapat sambutan yang hebat dan kami telah menghadiahkan 600 jentolak mainan ke seluruh dunia kepada pelanggan kami dari sejauh Mexico dan Negara Jepun.

JENTOLAK MAINAN YANG HEBATPelanggan kami masih bertanya tentang jentolak ini. Justeru itu kami sangat berbesar hati untuk menawarkannya kembali untuk meraikan ulangtahun ke-45 kami. Dengan setiap pembelian melebihi € 4,500 sebelum 30 Jun 2012, anda akan menerima jentolak mainan yang hebat ini. Jentolak mainan ini dihasilkan oleh kerja tangan Jerman yang bermutu dan pasti mengujakan sesiapa yag memilikinya.

TAwARAN UNTUK TEMpOH YANG TERHADAnda layak menerima satu jentolak mainan dengan setiap pembelian. Lebih banyak anda beli, lebih banyak jentolak mainan yang akan anda terima sehingga 30 Jun 2012!

Oxfam Novib terima kasih di atas sokon-gan anda

Lisman terletak di pusat Negara Belanda 30 minit dari lapangan terbang antarabangsa Schiphol di Amsterdam. Pengurus kawasan anda boleh menumpangkan anda ke tempat kami

TAwARAN ISTIMEwA KAMI SEMpENASAMBUTAN ULANGTAHUN LISMAN!

JENTOLAK MAINAN pERcUMAdengan setiap pembelian melebihi EUR 4,500!

Tawaran Ulangtahun