20

Nama Penyelia : DR HALIJAH BINTI IBRAHIM Tarikh : APRIL …...air panas untuk mencapai tahap pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal pada bahagian kaki. ... pemulihan daripada

  • Upload
    others

  • View
    13

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Nama Penyelia : DR HALIJAH BINTI IBRAHIM Tarikh : APRIL …...air panas untuk mencapai tahap pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal pada bahagian kaki. ... pemulihan daripada
Page 2: Nama Penyelia : DR HALIJAH BINTI IBRAHIM Tarikh : APRIL …...air panas untuk mencapai tahap pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal pada bahagian kaki. ... pemulihan daripada

i

i

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah

memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta

Pendidikan (Sains Sukan)”

Tandatangan : …………………………………..

Nama Penyelia : DR HALIJAH BINTI IBRAHIM

Tarikh : APRIL 2010

Page 3: Nama Penyelia : DR HALIJAH BINTI IBRAHIM Tarikh : APRIL …...air panas untuk mencapai tahap pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal pada bahagian kaki. ... pemulihan daripada

ii

ii

KESAN PERBEZAAN NISBAH MASA DALAM TERAPI CONTRAST TERHADAP

PROSES PEMULIHAN ATLIT SELEPAS MELAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL PADA

BAHAGIAN KAKI

DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2010

Page 4: Nama Penyelia : DR HALIJAH BINTI IBRAHIM Tarikh : APRIL …...air panas untuk mencapai tahap pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal pada bahagian kaki. ... pemulihan daripada

iii

iii

“Saya akui bahawa ini adalah hasil kajian saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang telah

saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………………………………………

Nama Penyelia : DIYANA ZULAIKA BINTI ABDUL GHANI

Tarikh : APRIL 2010

Page 5: Nama Penyelia : DR HALIJAH BINTI IBRAHIM Tarikh : APRIL …...air panas untuk mencapai tahap pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal pada bahagian kaki. ... pemulihan daripada

iv

iv

DEDIKASI

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENGASIHANI

SELAWAT DAN SALAM KEPADA JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Ku tujukan dedikasi teristimewa….

Buat Ayahanda dan Bonda,

Yang dikasihi HAJI ABDUL GHANI B HJ MOHAMED dan HAJJAH FARIDAH BT

MUSTAPHA…mengenang perit jerihmu dalam meredah kepayahan dan

menyusun langkah serta ketabahan kalian dalam mendidikku ,akhirnya anakmu

berjaya menempuh dugaan dan cabaran bagi mengatur langkah kehidupan yang

lebih sempurna sepanjang „perjalanan‟ ini. Keringatmu itu melahirkan rasa insaf

terhadapku. Aku sungguh bertuah kerana memilikimu berdua…

Buat Sahabat-sahabatku yang dihormati,

Semangat kalian semua telah memberikan dorongan terhadapku dalam

menempuh hidup yang kian mencabar. Buat sahabat yang teristimewa, Noor Maslydia dan Nurul

Suhaili, aku akan sentiasa mengingati jasa dan budi kalian semua..

Buat yang dikasihi dan diingati selalu,

Sokongan yang dirimu berikan merupakan „bara‟ yang kian

menyemarakkan semangatku..

BuatMu Ilahi,

Tiada kata yang lebih indah selain aku bersyukur kepadaMu. Aku tertunduk

syukur, limpah dan kurniaMu, menginsafi diriku, Semoga RahmatMu sentiasa

melingkari hidupku…Amin..

Page 6: Nama Penyelia : DR HALIJAH BINTI IBRAHIM Tarikh : APRIL …...air panas untuk mencapai tahap pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal pada bahagian kaki. ... pemulihan daripada

v

v

PENGHARGAAN

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani”.

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan

kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan penulisan ilmiah ini dengan sempurna.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada

pensyarah penyelia, DR.Halijah bt Ibrahim selaku „guru‟ yang telah

banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehinggalah kajian ini dapat

disempurnakan. Saya juga berterima kasih di atas kesabaran dan kesungguhan

beliau semasa membimbing saya dan rakan-rakan. Sesungguhnya dorongan dan

panduan yang beliau berikan amatlah berguna dan berharga.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga saya tujukan kepada para

subjek yang terlibat di dalam kajian ini. Tanpa mereka, saya tidak mampu menyiapkan kajian ini

dengan sempurna. Terima kasih juga kepada rakan-rakan

seperjuangan yang sudi memberi bantuan dan pandangan. Akhir sekali saya

abadikan ucapan penghargaan ini khas buat keluarga yang di sayangi yang sentiasa

memberi sokongan dan dorongan serta insan yang sentiasa di sisi. Hanya Allah

yang dapat membalas budi dan jasa baik kalian.

Diyana Zulaika binti Abdul Ghani,

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan( Sains Sukan),

Universiti Teknologi Malaysia.

Page 7: Nama Penyelia : DR HALIJAH BINTI IBRAHIM Tarikh : APRIL …...air panas untuk mencapai tahap pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal pada bahagian kaki. ... pemulihan daripada

vi

vi

ABSTRAK

Terapi Contrast merupakan terapi yang menggunakan gabungan dua jenis rendaman iaitu

rendaman ais dan rendaman air panas untuk proses pemulihan atlit selepas melakukan aktiviti

fizikal. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk eksperimental dan bertujuan untuk mengkaji

nisbah masa yang efektif ketika melakukan terapi Contrast di antara rendaman ais dan rendaman

air panas untuk mencapai tahap pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal pada bahagian kaki.

Seramai 6 orang subjek terlibat dalam kajian ini dan masing-masing menjalani 2 jenis terapi

Contrast yang berbeza selepas melakukan aktiviti fizikal berkayuh basikal Recumbent selama 20

minit dan 1 terapi kawalan. Dua jenis terapi Contrast yang dijalankan ialah Terapi A yang

mempunyai nisbah masa rendaman ais lebih lama berbanding rendaman air panas iaitu 4 minit

rendaman ais dan 1 minit rendaman air panas. Manakala, terapi B mempunyai nisbah masa

rendaman ais yang kurang berbanding rendaman air panas iaitu 1 minit rendaman ais dan 4 minit

rendaman air panas dan terapi C sebagai terapi kawalan pula tiada sebarang rendaman dilakukan

terhadap subjek. Tahap pemulihan subjek diukur mengunakan alat Accutrend®Lactate di mana

ia menganalisis paras asid laktik dalam badan sebelum subjek menjalankan aktiviti fizikal dan

selepas subjek menjalani terapi. Hasil analisis data yang diperolehi mendapati bahawa subjek

yang menjalani terapi A mencatatkan penurunan pada paras asid laktik berbanding dengan

subjek yang menjalani terapi B dan terapi C. Ini menunjukkan bahawa nisbah masa yang efektif

bagi rendaman ais dan air panas untuk mencapai tahap pemulihan selepas melakukan aktiviti

fizikal ialah nisbah masa yang digunakan oleh terapi A iaitu 4 minit rendaman ais dan 1 minit

rendaman air panas.

Page 8: Nama Penyelia : DR HALIJAH BINTI IBRAHIM Tarikh : APRIL …...air panas untuk mencapai tahap pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal pada bahagian kaki. ... pemulihan daripada

vii

vii

ABSTRACT

Contrast therapy is the therapy that combines 2 types of immersion that is ice immersion

and hot immersion for recovery process of the athlete after physical activity. The purpose of this

experimental research is to analyze the most effective time ratio during Contrast therapy between

ice immersion and hot immersion for recovery after physical activity at the lower body. 6

subjects have involved in this research and all of them have been through 2 types of different

Contrast therapy after cycling 20 minutes using the recumbent bicycle and 1 control therapy.

Two types of Contrast therapy that been applied is Therapy A that use time ratio of ice

immersion longer than hot immersion, that is 4 minutes of ice immersion and 1 minute of hot

immersion, Therapy B that use time ratio of ice immersion shorter than hot immersion that is 1

minute of ice immersion and 4 minutes of hot immersion and Therapy C as control therapy that

use no immersion therapy to the subjects. The recovery rate of the subjects been measured using

Accutrend®Lactate where it analyze the lactic acid level in the body before subjects doing the

physical activity and after the subjects apply the therapy. Finding shows that subjects that apply

Therapy A after physical activity, the level of lactic acid inside the body has been lower than

subjects that apply Therapy B and Therapy C after physical activity. This result shows that the

effective time ratio for ice immersion and hot immersion for recovery rate after physical activity

is time ratio of Therapy A that is 4 minutes of ice immersion and 1 minutes of hot immersion.

Page 9: Nama Penyelia : DR HALIJAH BINTI IBRAHIM Tarikh : APRIL …...air panas untuk mencapai tahap pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal pada bahagian kaki. ... pemulihan daripada

viii

viii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

Pengesahan Penyelia i

Halaman judul ii

Pengakuan iii

Dedikasi iv

Penghargaan v

Abstrak vi

Abstract vii

Isi Kandungan viii

Senarai Jadual xii

Senarai Rajah xiii

Senarai Lampiran xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 3

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Persoalan Kajian 4

1.6 Hipotesis Kajian 5

1.7 Kepentingan Kajian 5

1.8 Batasan Kajian 6

1.9 Definisi Operasional 6

Page 10: Nama Penyelia : DR HALIJAH BINTI IBRAHIM Tarikh : APRIL …...air panas untuk mencapai tahap pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal pada bahagian kaki. ... pemulihan daripada

ix

ix

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 8

2.2 Teori-teori Berkaitan 8

2.2.1 Proses Pemulihan 8

2.2.2 Rendaman Ais 9

2.2.3 Rendaman Air Panas 11

2.2.4 Terapi Contrast 11

2.2.5 Asid Laktik 13

2.3 Kajian-kajian Berkaitan 14

2.4 Kesimpulan 18

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 19

3.2 Rekabentuk Kajian 19

3.3 Tempat Kajian 21

3.4 Sampel Kajian 22

3.5 Instrumen Kajian 22

3.6 Prosedur Kajian 24

3.7 Pentadbiran Kajian 34

3.8 Kajian Rintis 35

3.9 Kaedah Penganalisaan Data 36

3.10 Kesimpulan 36

Page 11: Nama Penyelia : DR HALIJAH BINTI IBRAHIM Tarikh : APRIL …...air panas untuk mencapai tahap pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal pada bahagian kaki. ... pemulihan daripada

x

x

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 37

4.2 Latar belakang Responden 37

4.3 Kesan terapi Contrast di antara rendaman ais

dan rendaman air panas terhadap pemulihan

selepas melakukan aktiviti fizikal 38

4.4 Keberkesanan terapi Contrast di antara rendaman

ais dan rendaman air panas 42

4.5 Kesan nisbah masa ketika melakukan terapi Contrast 44

4.6 Analisis Inferensi 47

4.7 Kesimpulan 48

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 49

5.2 Perbincangan 50

5.2.1 Dapatan kajian terapi Contrast di antara

rendaman ais dan rendaman air panas

terhadap proses pemulihan selepas melakukan

aktiviti fizikal 50

5.2.2 Kesan terapi Contrast di antara rendaman ais

dan rendaman air panas 52

5.2.3 Sela masa yang efektif ketika melakukan terapi

Contrast di antara rendaman ais dan rendaman air

panas 53

Page 12: Nama Penyelia : DR HALIJAH BINTI IBRAHIM Tarikh : APRIL …...air panas untuk mencapai tahap pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal pada bahagian kaki. ... pemulihan daripada

xi

xi

5.3 Kesimpulan 54

5.4 Cadangan 55

5.4.1 Sela Masa dalam terapi Contrast 55

5.4.2 Prosedur Pengujian 56

5.4.3 Kemudahan Peralatan 57

5.4.4 Kajian Rintis 57

5.5 Penutup 58

RUJUKAN 59 - 64

LAMPIRAN 65 - 69

Page 13: Nama Penyelia : DR HALIJAH BINTI IBRAHIM Tarikh : APRIL …...air panas untuk mencapai tahap pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal pada bahagian kaki. ... pemulihan daripada

xii

xii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKASURAT

4.1 Ujian T Sampel Berpasangan sebelum dan

selepas terapi Contrast dijalankan 47

Page 14: Nama Penyelia : DR HALIJAH BINTI IBRAHIM Tarikh : APRIL …...air panas untuk mencapai tahap pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal pada bahagian kaki. ... pemulihan daripada

xiii

xiii

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKASURAT

2.1 Penghasilan Asid Laktik 13

3.0 Carta Alir Rekabentuk Kajian 21

3.1 Accutrend ® Lactate 22

3.2 Basikal Recumbent 23

3.3 Tempat duduk Basikal Recumbent 29

3.4 Utiliti Paparan Basikal Recumbent 30

4.1 Paras Asid Laktik dalam darah sebelum dan

selepas bagi Terapi A 39

4.2 Paras Asid Laktik dalam darah sebelum dan

selepas bagi Terapi B 40

4.3 Paras Asid Laktik dalam darah bagi Terapi C 41

4.4 Purata Asid Laktik dalam darah bagi setiap sujek

untuk Terapi A, Terapi B dan Terapi C 42

4.5 Sisihan Piawai bagi asid laktik dalam badan untuk

Terapi A, Terapi B dan Terapi C 43

4.6 Paras Asid Laktik dalam darah bagi semua subjek

untuk Terapi A 44

4.7 Paras Asid Laktik dalam darah bagi semua subjek

untuk Terapi B 46

Page 15: Nama Penyelia : DR HALIJAH BINTI IBRAHIM Tarikh : APRIL …...air panas untuk mencapai tahap pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal pada bahagian kaki. ... pemulihan daripada

xiv

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Surat Persetujuan Subjek 65-66

B Program Pengujian Subjek 67-68

C Gambar ketika terapi Contrast 69

Page 16: Nama Penyelia : DR HALIJAH BINTI IBRAHIM Tarikh : APRIL …...air panas untuk mencapai tahap pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal pada bahagian kaki. ... pemulihan daripada

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Di era teknologi kini, terdapat pelbagai penyelidikan telah dijalankan untuk

mencari kaedah pemulihan yang paling efektif dan optimum untuk atlit tanpa

mengganggu sesi latihan harian serta dapat memberi kesan yang positif terhadap

prestasi mereka. Ini juga termasuk penyelidikan kaedah pemulihan dari segi aspek

fisiologikal, psikologikal dan pemakanan atlit (Calder, 1996). Di antara kaedah-kaedah

yang digunakan ketika pemulihan ialah kaedah urutan, teknik apungan, mandian sauna

dan stim, mandian ais dan akupuntur. Terapi Contrast di antara rendaman air sejuk

menggunakan ais dan rendaman menggunakan air panas juga merupakan salah satu

kaedah dan teknik pemulihan yang terkenal dan sering dipraktikkan terutamanya

selepas melakukan latihan fizikal dan pertandingan (Calder, 2001a). Kebanyakan

laporan daripada jurulatih, pakar perubatan dan atlit itu sendiri menyatakan bahawa

teknik terapi Contrast ini banyak memberi kesan yang positif terhadap prestasi

(Cochrane, 2004).

Therapeutic modalities merupakan teknik yang digunakan dalam proses

pemulihan daripada kecederaan dan juga pemulihan selepas melakukan aktiviti atau

latihan yang berat. Beberapa kaedah cryotherapy dan thermotherapy yang terdapat

dalam therapeutic modalities ini adalah seperti bungkusan ais, mandian, bungkusan

Page 17: Nama Penyelia : DR HALIJAH BINTI IBRAHIM Tarikh : APRIL …...air panas untuk mencapai tahap pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal pada bahagian kaki. ... pemulihan daripada

2

panas, pancaran lampu infra-red dan urutan ais (Prentice, 1999). Terapi Contrast di

antara air sejuk dan air panas, sauna dan spa adalah perkara biasa yang dilakukan oleh

seseorang atlit selepas mereka melakukan aktiviti dan latihan.

Menurut Calder (1996), terapi Contrast di antara air sejuk dan air panas dapat

mempercepatkan kadar pemulihan dengan meningkatkan peredaran darah dengan

membuang sisa metabolisma dalam badan dan merangsangkan sistem saraf dalam otak.

Calder (2001b) juga menyatakan bahawa terapi Contrast sejuk dan panas meningkatkan

penggunaan asid laktik dalam badan dan ini sekaligus dapat mengurangkan kesan

cetusan kesakitan pada otot (DOMS) dan melancarkan peredaran darah kepada otot-otot

yang lesu. Oleh itu, proses pemulihan di kalangan atlit adalah amat penting kerana

dengan adanya proses pemulihan, atlit dapat merehatkan anggota badan mereka yang

bekerja keras melakukan aktiviti saban hari.

1.2 Latar Belakang Masalah

Proses pemulihan ialah salah satu aspek yang penting dalam program suaian

fizikal. Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat atlit yang menjalani latihan berat dan

melakukan aktiviti yang lasak tanpa mengutamakan sesi pemulihan untuk memulihkan

semula tenaga dan tubuh badan mereka. Keadaan ini boleh membawa kepada

kecederaan yang akan memberi kesan negatif terhadap prestasi semasa atlit (Mackinnon

dan Hooper, 1991). Tanpa proses pemulihan yang sempurna, atlit tidak dapat

mengekalkan tahap prestasi yang tinggi dalam seharian atau sesuatu tempoh yang

tertentu.

Page 18: Nama Penyelia : DR HALIJAH BINTI IBRAHIM Tarikh : APRIL …...air panas untuk mencapai tahap pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal pada bahagian kaki. ... pemulihan daripada

3

Dalam keghairahan untuk mencapai tahap prestasi yang lebih tinggi, jumlah

intensiti dan masa latihan dipanjangkan. Ini mengakibatkan tempoh untuk tubuh badan

berehat dan pulih sepenuhnya diabaikan dan menjadi punca utama atlit masa kini hanya

dapat menunjukkan prestasi cemerlang pada tempoh masa yang singkat (Cochrane,

2004).

Oleh yang demikian, satu kajian perlu dijalankan untuk memastikan pentingnya

proses pemulihan ini terhadap atlit yang giat menjalani latihan sebelum mereka

mengalami kecederaan. Terapi Contrast merupakan salah satu cara untuk memulihkan

atlit setelah melakukan aktiviti dan latihan. Terapi Contrast menggunakan dua teknik

iaitu rendaman ais dan rendaman air panas dengan nisbah masa yang tertentu di antara

kedua-dua teknik tersebut. Pengkaji ingin mengkaji kesan perbezaan nisbah masa

dalam terapi Contrast terhadap proses pemulihan atlit selepas melakukan aktiviti

fizikal.

1.3 Pernyataan masalah

Lazimnya, atlit sering lupa untuk memulihkan tubuh badan mereka yang sudah

penat lelah bekerja keras selepas selesai melakukan aktiviti fizikal. Ini boleh

menyebabkan terjadinya kecederaan ke atas mereka dan memberi kesan yang negatif

terhadap prestasi di masa akan datang.

Terapi Contrast merupakan satu cara pemulihan yang berkesan dan efektif tetapi

tidak ramai atlit yang sedar akan kepentingannya. Terapi Contrast dijalankan

menggunakan dua teknik iaitu rendaman ais dan rendaman air panas dan ia

menggunakan nisbah masa yang tertentu di antara kedua-dua teknik tersebut.

Page 19: Nama Penyelia : DR HALIJAH BINTI IBRAHIM Tarikh : APRIL …...air panas untuk mencapai tahap pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal pada bahagian kaki. ... pemulihan daripada

4

Walau bagaimanapun, kajian sebelum ini tidak menyatakan nisbah masa yang paling

efektif di antara kedua-dua teknik rendaman ais dan rendaman air panas tersebut

terhadap proses pemulihan atlit.

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan oleh pengkaji untuk mengkaji kesan

perbezaan nisbah masa dalam terapi Contrast terhadap proses pemulihan atlit selepas

melakukan aktiviti fizikal.

1.4 Objektif kajian

Berikut merupakan objektif untuk kajian ini:-

1.4.1 Untuk menganalisis kesan terapi Contrast di antara rendaman ais dan rendaman

air panas terhadap proses pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal.

1.4.2 Untuk mengkaji keberkesanan terapi Contrast di antara rendaman ais dan

rendaman air panas terhadap proses pemulihan selepas melakukan aktiviti

fizikal.

1.4.3 Untuk mengenalpasti nisbah masa yang efektif ketika melakukan terapi Contrast

di antara rendaman ais dan rendaman air panas untuk mencapai tahap pemulihan

selepas melakukan aktiviti fizikal.

1.5 Persoalan kajian

Berikut merupakan persoalan untuk kajian ini:-

1.5.1 Apakah kesan daripada terapi Contrast di antara rendaman ais dan rendaman air

panas terhadap proses pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal?

Page 20: Nama Penyelia : DR HALIJAH BINTI IBRAHIM Tarikh : APRIL …...air panas untuk mencapai tahap pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal pada bahagian kaki. ... pemulihan daripada

5

1.5.2 Adakah terapi Contrast di antara rendaman ais dan rendaman air panas memberi

kesan yang positif terhadap proses pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal?

1.5.3 Berapakah sela masa yang efektif ketika melakukan terapi Contrast di antara

rendaman ais dan rendaman air panas untuk proses pemulihan selepas

melakukan aktiviti fizikal?