23
PERHEBAT PANTAUAN SUMBER MINERAL BANGUN EKONOMI, MAKMUR NEGERI muka 3 PERCUMA 20 - 26 September 2018, 11 - 17 Muharram 1440 SMART SELANGOR MODEL PEMBANGUNAN MASA DEPAN muka 5 SDEC 2018 : KUMPULAN ALIBABA SUMBANG KEPAKARAN E-DAGANG muka 7 MIGHT BOLEH BANTU RAKYAT FAHAM muka 8 selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM - Sistem Smart Do- ket yang diperkenalkan Kerajaan Negeri dalam memantau penge- luaran bahan batuan secara lang- sung mampu mengurangkan ketirisan hasil negeri, sekali gus dapat menjana pendapatan dan membolehkan rakyat Selangor menerima manfaat daripadanya. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, sejumlah RM387 juta berjaya diperolehi daripada royalti bahan batuan dari tem- poh 2010 hingga 2017 berban- ding hanya RM5 juta kutipan se- tahun, sebelum 2008. Katanya, jumlah kutipan kese- luruhan berkenaan bukan sahaja melangkaui sasaran, malahan mencatat lebih RM100 juta. “Ia membuktikan dapatan kuti- pan ini bukan satu jangkaan yang dipetik dari bintang tetapi mem- punyai asas kukuh. Kita melihat operasi sebelum ini merugikan kerana terdapat kecenderungan aktiviti haram seperti kecurian pasir, perlombongan kuari dan faktor lain. “Namun pada 2008, Kerajaan Negeri mula menyelaraskan pusat aktiviti ini dengan menubuh- kan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB). Bermula dengan ini, kita berjaya mengutip RM15 hingga RM40 juta setahun dan terus me- ningkat kepada RM80.127 juta, pada tahun 2017,” katanya pada Majlis Pelancaran Sistem Smart Doket Selangor 2018, di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, pada 19 September lalu. Amirudin berkata, sistem elek- tronik berfungsi mengurus dan memantau sumber mineral di Se- langor sejak 7 September 2017 membabitkan tiga projek perintis di tapak pengeluaran iaitu Hybrid Off River Augmentation System (HORAS) di Bestari Jaya, Kuala Se- langor; Kajang Rock (Semenyih) dan Hanson Quarry (Rawang). Katanya, Kerajaan Negeri me- nerima maklum balas positif me- mandangkan sistem itu sangat mudah digunakan dan mempu- nyai ciri keselamatan yang tinggi menerusi projek perintis itu. “Diperingkat pentadbiran ta- nah, pemantauan dan laporan dapat dijana secara langsung, manakala unit penguatkuasaan akan dapat melakukan peme- riksaan ‘QR Code’ melalui ‘mobile apps’ yang dibangunkan. “Sebagai sebuah negeri yang maju, pembangunan yang pesat dan moden tidak akan dapat di- laksanakan jika pembekalan ba- han binaan daripada sumber ba- tuan tidak mencukupi dan tidak menepati kehendak pasaran. “Dengan adanya sistem ini, maka pemain industri akan mem- punyai landasan yang jelas bagi memastikan pengeluaran yang dilakukan memberi pulangan menguntungkan,” katanya. Amirudin berharap dengan perkembangan teknologi sema- sa itu, pertumbuhan ekonomi negeri dapat terus berkembang dan pengurusan dapat dijalan- kan dengan telus, berintegriti serta mampu memberikan per- sepsi positif kepada pelabur juga pentadbiran negeri lain. Terdahulu, Sistem Smart Do- ket adalah satu inovasi baru yang diperkenalkan oleh Pejabat Ta- nah dan Galian Selangor selepas sistem E-Strata dan ‘E-Charting’. Idea untuk membangunkan sistem berkenaan tercetus se- lepas penemuan Laporan Audit Negara 2014 yang mengesyorkan penambahbaikan perlu dilakukan terhadap kaedah kutipan royalti bahan batuan memandangkan ia dilakukan secara manual tanpa pemantauan ketat. Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari, mengimbas kod QR simbolik Perasmian Sistem Smart Doket Selangor 2018 di Pusat Konvensyen Shah Alam

muka 3 muka 5 muka 7 muka 8 PERHEBAT PANTAUAN · perhebat pantauan sumber mineral bangun ekonomi, makmur negeri muka 3 percumapercuma 20 - 26 september 2018, 2 - 8 ogos 2018, 20 -

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: muka 3 muka 5 muka 7 muka 8 PERHEBAT PANTAUAN · perhebat pantauan sumber mineral bangun ekonomi, makmur negeri muka 3 percumapercuma 20 - 26 september 2018, 2 - 8 ogos 2018, 20 -

PERHEBAT PANTAUANSUMBER MINERAL

BANGUN EKONOMI, MAKMUR NEGERI

muka 3

PERCUMA 2 - 8 Ogos 2018, 20 - 26 Zulkaedah 1439PERCUMA 20 - 26 September 2018, 11 - 17 Muharram 1440

SMART SELANGOR MODEL PEMBANGUNAN MASA DEPAN

muka 5

SDEC 2018 : KUMPULAN ALIBABA SUMBANG KEPAKARAN E-DAGANG

muka 7

MIGHT BOLEH BANTU RAKYAT FAHAM

muka 8

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Sistem Smart Do-ket yang diperkenalkan Kerajaan Negeri dalam memantau penge-luaran bahan batuan secara lang-sung mampu mengurangkan ketirisan hasil negeri, sekali gus dapat menjana pendapatan dan membolehkan rakyat Selangor menerima manfaat daripadanya.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, sejumlah RM387 juta berjaya diperolehi daripada royalti bahan batuan dari tem-poh 2010 hingga 2017 berban-ding hanya RM5 juta kutipan se-tahun, sebelum 2008.

Katanya, jumlah kutipan kese-luruhan berkenaan bukan sahaja melangkaui sasaran, malahan mencatat lebih RM100 juta.

“Ia membuktikan dapatan kuti-pan ini bukan satu jangkaan yang dipetik dari bintang tetapi mem-punyai asas kukuh. Kita melihat operasi sebelum ini merugikan kerana terdapat kecenderungan aktiviti haram seperti kecurian pasir, perlombongan kuari dan faktor lain.

“Namun pada 2008, Kerajaan Negeri mula menyelaraskan pusat aktiviti ini dengan menubuh-kan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB). Bermula dengan ini, kita berjaya mengutip RM15 hingga RM40 juta setahun dan terus me-ningkat kepada RM80.127 juta, pada tahun 2017,” katanya pada Majlis Pelancaran Sistem Smart Doket Selangor 2018, di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, pada 19 September lalu.

Amirudin berkata, sistem elek-tronik berfungsi mengurus dan memantau sumber mineral di Se-

langor sejak 7 September 2017 membabitkan tiga projek perintis di tapak pengeluaran iaitu Hybrid Off River Augmentation System (HORAS) di Bestari Jaya, Kuala Se-langor; Kajang Rock (Semenyih) dan Hanson Quarry (Rawang).

Katanya, Kerajaan Negeri me-nerima maklum balas positif me-mandangkan sistem itu sangat mudah digunakan dan mempu-nyai ciri keselamatan yang tinggi menerusi projek perintis itu.

“Diperingkat pentadbiran ta-

nah, pemantauan dan laporan dapat dijana secara langsung, manakala unit penguatkuasaan akan dapat melakukan peme-riksaan ‘QR Code’ melalui ‘mobile apps’ yang dibangunkan.

“Sebagai sebuah negeri yang

maju, pembangunan yang pesat dan moden tidak akan dapat di-laksanakan jika pembekalan ba-han binaan daripada sumber ba-tuan tidak mencukupi dan tidak menepati kehendak pasaran.

“Dengan adanya sistem ini, maka pemain industri akan mem- punyai landasan yang jelas bagi memastikan pengeluaran yang dilakukan memberi pulangan menguntungkan,” katanya.

Amirudin berharap dengan perkembangan teknologi sema-sa itu, pertumbuhan ekonomi negeri dapat terus berkembang dan pengurusan dapat dijalan-kan dengan telus, berintegriti serta mampu memberikan per-sepsi positif kepada pelabur juga pentadbiran negeri lain.

Terdahulu, Sistem Smart Do-ket adalah satu inovasi baru yang diperkenalkan oleh Pejabat Ta-nah dan Galian Selangor selepas sistem E-Strata dan ‘E-Charting’.

Idea untuk membangunkan sistem berkenaan tercetus se-lepas penemuan Laporan Audit Negara 2014 yang mengesyorkan penambahbaikan perlu dilakukan terhadap kaedah kutipan royalti bahan batuan memandangkan ia dilakukan secara manual tanpa pemantauan ketat.

Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari, mengimbas kod QR simbolik Perasmian Sistem Smart Doket Selangor 2018 di Pusat Konvensyen Shah Alam

Page 2: muka 3 muka 5 muka 7 muka 8 PERHEBAT PANTAUAN · perhebat pantauan sumber mineral bangun ekonomi, makmur negeri muka 3 percumapercuma 20 - 26 september 2018, 2 - 8 ogos 2018, 20 -

2Utama

SelangorKini 20 - 26 September 2018

Terdapat lebihan permohonan

Pendekatan baharu perkasa KISSOLEH ZAREEF MUZAMMIL

BATU CAVES - Kerajaan Negeri mengambil pendekatan baharu bagi memperkasa agenda pelak-sanaan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, hal itu kerana pihaknya menerima beberapa maklum balas terdapat lebihan permohonan walaupun program berkenaan sudah ditutup selepas mencapai sasaran ditetapkan dalam belanjawan tahun ini iaitu 40,000 penerima.

Bagaimanapun katanya, kuota permohonan KISS sudah memenuhi jumlah maksimum

walaupun ia diakui menerima sambutan menggalakkan daripa-da kaum ibu, di Selangor.

“Kerajaan Negeri menetap-kan tiada tambahan bajet tahun ini, tetapi kita akan akan meli-hat kaedah dapatan sumber lain seperti sokongan dana daripada anak syarikat bagi menampung kekurangan dan lebihan permo-honan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pe-rasmian Hari Malaysia, di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, pada 16 September lalu.

Mengulas berhubung perun-tukan bajet tambahan tahun hadapan, Amirudin berkata, tia-

da jaminan berhubung perkara terbabit memandangkan Kera-jaan Negeri masih di peringkat penyelarasan program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

“Kita masih dalam proses tim-bal balik secara keseluruhan untuk semua program IPR bagi mengoptimumkan keberke-sanannnya daripada ‘Empathy-to-Empower’ iaitu pemberian kepada pemerkasaan atau pem-berdayaan.

“Untuk tempoh 10 tahun IPR dilaksanakan, ia adalah masa ter-baik untuk kita menyelaraskan semula semua program ini sejajar dengan matlamat dan sampai ke golongan sasaran,” katanya.

Henti eksploitasi permohonan KISSSHAH ALAM - EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wani-ta dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud, menegur sesetengah pihak yang dilihat cuba mengeks-ploitasi inisiatif Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) untuk kepenti- ngan tertentu.

Katanya, permohonan pro-gram bantuan KISS itu ditu-tup memandangkan sudah memenuhi kuota 40,000 pemo-hon seperti peruntukan, di dalam belanjawan lalu.

“Saya sudah memaklumkan kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) dan aktivis beberapa minggu lalu supaya tidak lagi menawarkan

permohonan KISS kerana sudah mencapai kuota 40,000 peneri-ma.

“Jadi sehingga akhir tahun ini, tiada lagi penawaran untuk per-mohonan program KISS. Tidak adil kita terus tawarkan kepada mereka terutama yang layak bila kuota peruntukan asal sudah penuh,” katanya.

Dr Siti Mariah yang juga ADN Seri Serdang berkata, beliau kes-al kerana timbul dakwaan sesete- ngah pihak yang masih menawar-kan permohonan KISS kepada orang ramai kebelakangan ini.

“Saya harap pihak terbabit hentikan eksploitasi sedemikian

kerana bukan sahaja beri harapan palsu kepada pemohon, malahan akan memberikan impak negatif kepada ADN dan usaha kerajaan,” katanya.

Tanggungjawab ahli menangkan PAKATAN di PDSEPANG - Semua anggota KEADILAN perlu memain-kan peranan masing-masing bagi memastikan kemena-ngan Datuk Seri Anwar Ibra-him dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Pemilihan KE-ADILAN 2018, Amirudin Shari berkata, hal itu kerana Anwar adalah bakal Perdana Menteri ke-8.

“Hal ini tiada siapa boleh persoalkan cuma kaedah boleh diperkemaskan, pada masa hadapan.

“Sudah berulang kali saya cakap, ia adalah tanggung-jawab ahli untuk memenang-kan parti,” katanya.

Apabila ditanya berke-naan keputusan Datuk Dan-yal Balagopal Abdullah me-letak jawatan sebagai Ahli

Parlimen Port Dickson bagi memberi laluan kepada An-war sebelum perbincangan diadakan, Amirudin berkata, itu isu boleh dijadikan pedo-man, pada masa hadapan.

“Pandangan semua pi-hak wajar didengar kerana Port Dickson bukan kawasan yang begitu selamat untuk ditandingi PAKATAN ber-dasarkan rekod lalu,” katanya yang juga Dato’ Menteri Be-sar.

Sementara itu, ketika di-tanya cadangan calon Naib Presiden, Shamsul Iskandar Md Akin, supaya Pemilihan KEADILAN 2018 ditangguh-kan, Amiruddin berkata, perkara terbabit ditentukan barisan kepimpinan ter-tinggi parti dan biro politik untuk membuat keputusan terbaik.

Pendekkan tempoh pelupusan kereta

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri berharap tempoh pelupusan kereta dipendekkan bagi mem-bolehkan pusat tunda kende-raan buruk dan terbiar tidak penuh, saban tahun.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pem-bangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, hal itu kerana tempoh pelupusan kenderaan buruk dan terbiar di depoh Pi-

hak Berkuasa Tempatan (PBT) memakan masa sehingga enam ke 12 bulan.

“Disebabkan itu, kenderaan di depoh kenderaan terbiar dan buruk di Selangor semakin

bertambah sehingga menim-bulkan pelbagai masalah serta peningkatan kos terhadap PBT yang menyelenggara depoh terbabit.

“Justeru, kami berharap garis panduan baru berkenaan tempoh pelupusan yang dike-mukakan kepada Kementerian Pengangkutan akan mendapat reaksi positif,” katanya selepas mengadakan lawatan tapak ke Depoh Kenderaan Buruk dan Terbiar Majlis Bandaraya Petal-ing Jaya (MBPJ), di Seksyen 26, pada 18 September lalu.

Hadir sama Timbalan Se-tiausaha MBPJ, Syaripah Mar-haini Syed Ali dan Pengarah Penguatkuasaan MBPJ, Mohd Fauzi Maarop.

Pada masa sama, Sze Han berkata, Selangor mempunyai 19 Depoh Tunda Kenderaan Terbiar/Buruk sehingga kini dengan jumlah sitaan 3,964 (2017) manakala 2,186, pada 2018.

Katanya, kenderaan dilupus-kan pula ialah 2,926 pada 2017 sementara 1,618 (2018).

“Ekoran itu, jumlah kende-raan terbiar dan buruk ini sema-kin bertambah. Saya amat ber-harap orang ramai lebih peka melupuskan kenderaan lama yang mereka sudah tidak mahu.

“Seharusnya, anda perlu tahu bagaimana caranya hendak me-lupuskan kenderaan yang sudah buruk supaya masalah ini tidak meningkat,” katanya.

Ng Sze Han mengadakan lawatan tapak ke Depoh Kenderaan Buruk dan Terbiar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di Seksyen 26, baru-baru ini

Page 3: muka 3 muka 5 muka 7 muka 8 PERHEBAT PANTAUAN · perhebat pantauan sumber mineral bangun ekonomi, makmur negeri muka 3 percumapercuma 20 - 26 september 2018, 2 - 8 ogos 2018, 20 -

Utama3SelangorKini 20 - 26 September 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Jelajah Maju Bersama

Bangun ekonomi, makmur negeriOLEH NORHAYATI UMOR

SEPANG - Jelajah Maju Bersama yang dimulakan di Sepang ber-tujuan mengajak rakyat memba- ngunkan ekonomi dan mengekalkan kemakmuran ne-geri secara bersama.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, jelajah di setiap pelusuk negeri itu turut menga-jak rakyat membantu antara satu sama lain ke arah menjadi komu-niti penyayang.

“Kerajaan Negeri mahu anak muda dapat bersama-sama kita kali ini untuk membangunkan negeri tanpa meninggalkan ko-muniti lain.

“Sikap ini perlu ditanamkan dalam diri masyarakat. Menjaga kebajikan bukan hanya tang-gungjawab kerajaan tetapi se-cara bersama dengan semua latar belakang untuk merakyat-kan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Inisiatif Peduli Rakyat, di Dewan Orang Ramai Kampung Hulu Chuchoh, pada 14 September lalu.

Amirudin berkata, pemba-ngunan yang tidak mengabai-kan masyarakat akan membi-na gedung yang besar dalam membina pelbagai aspek eko-nomi.

Pada masa sama, beliau per-caya pencapaian ekonomi ne-gara akan jatuh jika ekonomi

Selangor berada dalam keadaan kurang memuaskan.

“Sebagai contoh, pada 2017 ketika ekonomi berdepan pel-bagai persoalan, tetapi eko-nomi negara berada pada 5.9 peratus dan masih baik. Ini hasil daripada sumbangan Selangor.

“Sehubungan itu, menjadi tanggungjawab semua pihak memastikan prestasi cemerlang ekonomi kita dan dalam masa sama penduduk menikmati pembangunan ini,” katanya.

RM�.� juta untuk laluan alternatif Hulu Chuchoh-KLIASEPANG - Sejumlah RM1.9 juta diperuntukkan bagi menaikta-raf laluan alternatif di Kampung Hulu Chuchoh ke Lapangan Ter-bang Antarabangsa Kuala Lum-pur (KLIA).

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, laluan alternatif itu kini menjadi laluan utama pen-duduk kerana ia menjimatkan masa, hampir 30 hingga 45 minit.

Katanya, peruntukan itu ter-masuk pengambilalihan tanah dan dijangkakan bermula, pada tahun hadapan.

“Kita mengambil maklum la-

lauan ini adalah jalan pintas yang menjimatkan masa penduduk sekitar.

“Saya dimaklumkan jika meng-gunakan laluan biasa 20 hingga 30 kilometer. Dengan jalan pintas ini, kita dapat kurangkan masa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Insiatif Peduli Rakyat, di Dewan Orang Ramai Kampung Hulu Chuchoh, di sini.

Pada masa sama, Amirudin berkata, sebanyak 10 projek de-ngan peruntukan RM382,000

dilaksana membabitkan projek menaiktaraf jalan dan longkang, di daerah Sepang, pada tahun ini.

Terdahulu, Amirudin menga-dakan lawatan kerja ke Jalan By-pass Hulu Chuchoh – KLIA.

Sebelum ini, penduduk di dae-rah Sepang menggunakan lalu-an alternatif dari Kampung Hulu Chuchoh ke KLIA selepas Ma-laysia Airport Holdings Berhad membenarkan laluan itu digu-nakan oleh pengguna kenderaan ringan sahaja apabila kerja naik taraf laluan sepanjang tiga kilo-meter dilakukan.

Amirudin melihat dan mendapatkan maklumat pelan laluan alternatif Hulu Chuchoh-KLIA

Urus pintu masuk negara dengan baikSEPANG - Pembangunan di Sepang perlu diurus dengan cer-mat ekoran Lapangan Terbang An-tarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terletak di daerah itu adalah pintu masuk utama negara.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, Sepang bakal memberi tanggapan pertama pelawat asing terhadap negara ini.

“Terdapat keperluan daerah itu diuruskan dengan baik kerana ia kawasan meningkat memba-ngun dengan rancak juga pintu masuk utama negara dengan ada- nya KLIA,” katanya.

Beliau berkata demikian kepa-da media selepas mempengerusi-kan Mesyuarat EXCO, di Pejabat Tanah dan Daerah Sepang, pada 14 September lalu.

Amirudin berkata, Sepang juga mempunyai beberapa ka-wasan pelancongan menarik seperti Avani Sepang Goldcoast.

Katanya, bagi sektor perta-nian pula, Sepang juga terkenal sebagai antara daerah penge-luar buah naga terbesar negara.

“Sepang antara kawasan

Mesyuarat EXCO akan jelajah seluruh SelangorSEPANG - Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri akan menje-lajah di seluruh Selangor bagi menjalin hubungan lebih erat dengan agensi kerajaan, di peringkat daerah.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, jelajah yang dimulakan di Daerah Sepang itu juga memberi peluang un-tuk beliau mengetahui lebih dekat berkenaan pembangu-nan dan isu berbangkit, di ka-wasan terbabit.

“Program seumpama ini akan kita teruskan sama ada setiap bulan atau dua ming-gu sekali di daerah lain pula mengikut kesesuaian masa, tidak semestinya dihabiskan tahun ini tetapi kemungkinan berlanjutan hingga tahun de-pan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO, di Pejabat Ta-nah dan Daerah Sepang , pada 14 September lalu.

Terdapat keperluan daerah itu diuruskan dengan baik kerana ia kawasan meningkat membangun dengan rancak juga pintu masuk utama negara dengan adanya KLIAAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

pengeluar buah naga terbesar di Malaysia iaitu dianggarkan lebih 122 hektar dan kawasan yang sangat membangun seperti di mukim Dengkil yang memiliki Cyberjaya.

“Jika dapat seimbangkan pembangunannya dan memas-tikan aspek penjagaan alam sekitar, maka kita akan memiliki kawasan bandar yang maju de-ngan alam sekitarnya terpeliha-ra,” katanya.

Page 4: muka 3 muka 5 muka 7 muka 8 PERHEBAT PANTAUAN · perhebat pantauan sumber mineral bangun ekonomi, makmur negeri muka 3 percumapercuma 20 - 26 september 2018, 2 - 8 ogos 2018, 20 -

4Utama

SelangorKini 20 - 26 September 2018

SIDANG PENGARANGPENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBPENGARANG : Nurul Farina Nazlan

PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa AfeeraWARTAWAN:

Hafizan Taib : [email protected], Nazli Ibrahim : [email protected], Afix Redzuan : [email protected],

Norhayati Umor : [email protected], Sheeda Fathil : [email protected]

Nadiah Zamlus : [email protected] Muzammil : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 109)

Shafiq Hamsi : [email protected] | 03-5523 4856 (ext 109)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Hafiz Othman & Fikri YusofGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Inisiatif Peduli Rakyat

Penduduk Sepang terima RM�.�� juta

OLEH NORHAYATI UMOR

SEPANG - Sejumlah RM1.49 juta diperuntukkan Kerajaan Nege-ri kepada 545 penerima Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) bagi daerah Sepang.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, bantuan itu diberikan kepada rakyat tanpa membiarkan mereka bergantung sepenuhnya kepada kerajaan.

Katanya, walaupun berdepan tohmahan dan tanggapan negatif pada permulaan pelaksanaannya, namun pembangunan dan per-tumbuhan ekonomi negeri kekal kukuh.

“Dalam tempoh tiga tahun ini, Kerajaan Negeri mengadakan pel-bagai jenis bantuan IPR supaya rakyat bersama membangunkan ekonomi, di samping kerajaan ti-dak lalai melaksanakan tanggung-jawab.

“Kerajaan Negeri percaya pen-duduk Selangor mampu mem-bangunkan negeri dengan ban-tuan yang disalurkan ini,” katanya

pada Majlis Penyerahan Bantuan IPR, di Dewan Kampung Hulu Chuchoh, pada 14 September lalu.

Bantuan itu disalurkan meneru-si skim mikrokredit Hijrah, Skim Peduli Sihat, Kasih Ibu Smart Se-langor, Insentif Perkahwinan Belia, Blueprint, Dana Usahawan Mikro Selangor, Bantuan Nelayan, Skim Mesra Usia Emas, argoprenuer penternakan, tabung bantuan segera dan bantuan perumahan nelayan.

Pada majlis sama, Amirudin tu-rut merasmikan dewan orang ra-mai berkenaan yang dinaik taraf Majlis Perbandaran Sepang de-ngan peruntukan RM500,000.

Katanya, Kerajaan Negeri juga akan menambah penghawa di-ngin untuk dewan berkenaan, pada tahun hadapan.

Kampung Hulu Chuchoh yang wujud kira-kira 100 tahun lalu ber-maksud berbalah yang diambil daripada bahasa Orang Asal.

Sehingga kini, seramai 8,000 penduduk menetap di kampung itu termasuk 771 Orang Asal.

Cadang bina hospital di SepangSEPANG - Kerajaan Negeri mencadangkan satu tapak bagi pembinaan hospital untuk meng-atasi masalah ketiadaan kemuda-han itu, di Sepang.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, tapak lokasi berhampiran Kem Bina Negara Tanjong Rhu itu bagi memenuhi keperluan orang ramai khasnya masyarakat tempatan, selain me-ningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan, di Selangor.

“Kerajaan Negeri tiada hala-ngan dan mencadangkan satu kawasan bagi pembinaan hos-pital di daerah ini dan berharap Kerajaan Persekutuan membantu serta menyalurkan peruntukan bagi pembinaannya.

“Dianggarkan pembinaannya membabitkan kos lebih kurang RM300 juta,” katanya selepas la-watan ke tapak cadangan hos-pital itu dalam siri Jelajah Maju Bersama Dato’ Menteri Besar ke daerah Sepang, pada 14 Septem-ber lalu.

Beliau berkata, penduduk di sana terpaksa ke hospital Serem-ban, Cyberjaya dan klinik swasta di Nilai bagi mendapatkan per-khidmatan kesihatan.

Bagaimanapun, katanya, ter-dapat hampir 500 laporan meru-juk penduduk di sana mengun-jungi Hospital Seremban bagi tujuan berkenaan.

“Berdasarkan peruntukan

tinggi bagi pembinaan hospi-tal di sini, kita juga menilai dan memberi keutamaan kepada daerah lain seperti di Sabak Ber-nam, Kapar serta Hulu Selangor.

“Ia antara titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk kita meningkatkan kualiti perkhid-matan kesihatan, di Selangor,” ka-tanya.

Amirudin mahu mantapkan pembangunan Orang Asal

SEPANG - Kerajaan Negeri akan memantapkan lagi pembangu-nan Orang Asal di Selangor bagi memastikan kaum berkenaan te-rus terbela.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, sesuai dengan perkembangan baru pentadbiran Kerajaan Persekutuan, maka Kera-jaan Negeri akan menjalin kola-borasi menambah baik hal itu.

“Pastinya kita akan berbincang apa yang boleh dilakukan untuk memberi nilai tambah kepada keperluan Orang Asal, di negeri ini.

“Kerajaan Negeri tidak me-

minggirkan kaum ini kerana mereka sebahagian daripada pembangunan dan kemajuan Se-langor,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Rumah di bawah Program Baikpulih Rumah, Kampung Orang Asal Bukit Bangkong, pada 14 Septem-ber lalu.

Pada majlis itu, Amirudin menye- rahkan tiga unit rumah kepada tiga penerima bernilai RM50,000 di bawah peruntukan Jabatan Ke-majuan Orang Asli (JAKOA).

Terdahulu, tiga rumah itu dibaik pulih selepas mengalami

pelbagai kerosakan dan terbakar.Sementara itu, penerima Jo-

hari Ahmad, 38, berkata penan-tian selama lapan tahun berakhir apabila rumah yang dinantikan siap sepenuhnya.

“Saya bersyukur dan gembira kerana dapat rumah baru. Su-dah sekian lama keluarga dan ibu saya menunggu rumah ini.

“Saya memang berasal dari kampung ini dan rumah sedia ada juga dalam keadaan sangat daif.

“Kami sekeluarga mengucap-kan terima kasih kepada JAKOA dan Kerajaan Negeri,” katanya.

Amirudin ditemani EXCO negeri, Hee Loy Sian (kanan) menyerahkan replika kunci kepada penerima

Page 5: muka 3 muka 5 muka 7 muka 8 PERHEBAT PANTAUAN · perhebat pantauan sumber mineral bangun ekonomi, makmur negeri muka 3 percumapercuma 20 - 26 september 2018, 2 - 8 ogos 2018, 20 -

Utama5SelangorKini 20 - 26 September 2018

Pelopor era globalisasi ke-21

Smart Selangor model pembangunanmasa depanOLEH NORHAYATI UMOR

KUALA LUMPUR - Gagasan Smart Sela-ngor diyakini mampu direalisasikan, sekali gus menjadi model pembangunan masa depan dengan menggalakkan penyelidi-kan inovatif serta keusahawanan teknolo-gi, di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbada-nan Menteri Besar (MBI), Raja Shahreen Raja Othman berkata, Selangor juga mam-pu menjadi pelopor dalam era globalisasi ke-21 dengan kerjasama semua pihak ter-masuk pendidik, komuniti perniagaan dan kerajaan.

Katanya, agenda gagasan yang mula dibangunkan dengan visi jelas pada 2015 sudah mencipta beberapa kejayaan.

“Kerajaan Negeri bersedia merealisa-sikan gagasan dinamik, pelbagai budaya dan penyayang serta mencipta teknologi pintar, menjelang 2025. MBI Selangor di-tugaskan menerajui revolusi ini melalui Smart Selangor Delivery Unit.

“Sejak penubuhannya, beberapa pro-gram dan aktiviti berjaya dilaksanakan. Kami kini bergerak dari satu tapak ke tapak yang lain bagi mencapai wawasan Smart Selangor 2025.

“Smart Selangor bukan retorik semata-mata kerana Kerajaan Negeri mahu mewu-judkan inisiatif ini dengan berkesan demi kepentingan ekonomi dan sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor 2018, di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC), pada 13 September lalu.

Raja Shahreen berkata, Kerajaan Ne-geri yakin kefahaman rakyat menjadi asas utama dan agenda yang mampu meng-hubungkan rakyat, negara dan industri dalam pelaksanaannya.

Katanya, dengan pelancaran Smart Se-langor Blueprint pada 2016 dan inisiatif

seperti ‘Intelligent Response System’, ‘Smart Selangor Waste Management’ dan ‘Sela-ngor Intelligent Transport System’, maka Selangor berjaya membina asas kukuh ke arah kemajuan itu.

“Bagaimanapun, kemajuan sebenar memerlukan negeri dan rakyatnya me-nyesuaikan diri dengan perubahan dunia global kini ke arah Revolusi Perindustrian 4.0.

“Selangor juga tidak bersendirian dalam misi ini. Inisiatif Smart City juga dii-kuti di Malaysia termasuk Cyberview yang ditugaskan menerajui pembangunan di Cyberjaya iaitu salah satu ‘cybercities’ per-tama, di Malaysia.

“Begitu juga Smart Penang seperti di-nyatakan Ketua Menterinya, Chow Kuan Yew, menerusi rancangan Penang 2030 iaitu ‘family-focused, green and smart state’ dan Down South, Smart City Iskandar Ma-laysia,” katanya.

Pada masa sama, beliau memaklum-kan, Kerajaan Negeri kini sedang memba-ngunkan ‘Selangor Maritime Gateway’ di Sungai Klang yang akan bertindak sebagai ‘Centre Economic Region’.

Kerajaan Negeri bersedia merealisasikan gagasan dinamik, pelbagai budaya dan penyayang serta mencipta teknologi pintar menjelang 2025. MBI Selangor ditugaskan menerajui revolusi ini, melalui Smart Selangor Delivery Unit RAJA SHAHREENKetua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI)

Page 6: muka 3 muka 5 muka 7 muka 8 PERHEBAT PANTAUAN · perhebat pantauan sumber mineral bangun ekonomi, makmur negeri muka 3 percumapercuma 20 - 26 september 2018, 2 - 8 ogos 2018, 20 -

6Utama

SelangorKini 20 - 26 September 2018

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Selangor dijang-ka berdepan risiko kekurangan tenaga kerja muda dalam tem-poh 10 hingga 15 tahun akan datang ekoran purata kelahiran rendah.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, negeri itu sedang menghadapi trend kadar kesu-buran rendah iaitu pada kadar 1.7 sahaja.

“Jika masalah ini tidak diatasi segera, kita bimbang dalam satu tempoh masa akan berlaku risiko generasi warga emas semakin panjang usianya bertambah ra-mai sementara warga muda aktif bekerja akan berkurangan.

“Sudah tentu ketidakseimba-

ngan populasi ini akan memberi kesan kepada guna tenaga di Se-langor. Kita bimbang akan wujud kelompok kecil yang aktif bekerja untuk menanggung warga emas, pada masa itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ni-kah Perdana Masjid Al-Khairiyah 2018, di Taman Seri Gombak, pada 11 September lalu.

Amirudin berkata, beliau me-nyambut baik inisiatif perkahwi-nan beramai-ramai yang dianjur-kan masjid, sejak tahun 2012.

“Kita berharap melalui langkah ini, ia akan membantu menam-bahkan generasi masa depan, sekali gus menangani masalah kes kesuburan yang rendah,” ka-tanya.

Kadar kesuburan rendah

Risiko kekurangan tenaga kerja muda

SHAH ALAM - Pen-duduk di Selangor dilihat masih boleh mengawal tekanan yang membawa ke-pada penyakit men-tal, kata EXCO Ke-sihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wani-ta dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud.

Katanya, ia dili-hat melalui kedudu-kan kelima Selangor menerusi carta ma-salah kesihatan men-tal yang dilaporkan Public Health Malay-sia, baru-baru ini.

“Kajian itu mendapati Se-langor berada di bawah Sa-bah, Labuan, Sarawak, Kuala Lumpur dan Kelantan, sekali gus menunjukkan penduduk di negeri ini masih mampu mengawal tekanan mere- ka walaupun hidup dalam kota yang penuh cabaran, jalan raya sesak dan kos kehidupan seha-rian tinggi, berbanding di luar bandar.

“Melalui kajian ini, jelas menunjukkan masalah tekanan yang membawa kepada penya-kit mental masih boleh dikawal diri-sendiri,” katanya ketika di-hubungi SelangorKini.

Beliau berkata demikian ke-tika diminta mengulas kajian carta masalah kesihatan mental yang dikeluarkan itu.

Pada masa sama, Dr Siti Mari-ah berkata, masalah kesihatan mental bukan lagi perkara yang boleh dipandang ringan.

“Harus diingat, masalah ke-sihatan mental bukan hanya bermaksud seseorang yang merayau mengutip sampah atau bercakap seorang diri.

“Saya juga ingin nasihatkan mereka yang gagal mengawal tekanan mental ini segera ber-jumpa pihak sepatutnya,” ka-tanya.

Penduduk Selangor masih boleh kawal tekanan SHAH ALAM - Sekinchan bakal

menjadi perintis projek penana-man padi wangi pertama nega-ra ekoran kesuburan tanah dan sistem saliran yang serba leng-kap serta moden.

Ahli Dewan Negeri Sekin-chan, Ng Suee Lim berkata, pe-sawah di Sekinchan juga me-miliki teknik penanaman padi terbaik, sekali gus mampu men-jayakan projek yang dijangka menambah pendapatan pe-sawah, di situ.

“Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) wajib usahakan benih padi wangi yang berkualiti dan baik untuk ditanam supaya apa-bila berjaya nanti, maka hasil pendapatan petani akan ber-tambah seterusnya meningkat-

kan kualiti hidup mereka.

“ Wa l a u p u n terdapat ba-nyak keka-ngan dan risiko dalam proses mena-nam padi wangi tetapi kita harus berani mengorak langkah untuk mencipta kejaya-an dan yakin kerana sebelum ini Sekinchan terkenal sebagai hasil tuaian padi tertinggi dan berkualiti,” katanya.

Suee Lim berkata, selain pe-nyelidikan dan pembangunan (R&D) berterusan, MARDI juga Kementerian Pertanian dan In-dustri Asas Tadi perlu pro ak-

tif memberi b i m b i n g a n

dan pan-duan ter-baik kepa-da petani bagi men-j a y a k a n

projek itu.K a t a n y a ,

sebelum ini impian projek

penanaman padi wangi di Sekinchan sukar di-laksanakan ekoran perbezaan pentadbiran di peringkat nege-ri dan persekutuan.

Bagaimanapun, perkara itu boleh dilaksanakan selepas Pakatan Harapan (PAKATAN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Sekinchan perintis padi wangi pertama

SUNGAI BULOH - Kerajaan Ne-geri diminta tidak melepaskan peluang menarik lebih ramai kedatangan pelancong ke Su- ngai Buloh ekoran bercambah-nya perniagaan floris, di situ.

Ahli Dewan Negeri Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman ber-kata, pengisytiharan Sungai Bu-loh sebagai hab floris Selangor sebelum ini tidak akan memberi impak diharapkan jika tiada lang-kah susulan berkesan diambil.

“Sungai Buloh ada potensi dimajukan sebagai kawasan

tarikan pelancong seperti Sek-inchan yang terkenal dengan ikannya dan Ayer Hitam, di Jo-hor, dengan tembikarnya kerana di sini ada pusat penanaman bu-nga atau tanaman hiasan yang sangat pesat.

Beliau berkata demikian ke-pada SelangorKini pada Pro-gram Inisiatif Peduli Rakyat di Dewan Mini RTC, Paya Jaras, pada 15 September lalu.

Mohd Khairuddin berkata, antara cadangan yang perlu di-beri perhatian ialah memperhe-

batkan promosi dalam kalendar pelancongan dan membina tugu atau mercu tanda yang meng-gambarkan status Sungai Buloh sebagai hab floris.

Beliau juga akan bertemu dengan EXCO berkaitan bagi mengadakan perbincangan berkenaan usaha memperka-sakan kawasan itu.

Terdahulu, Sungai Buloh di-isytiharkan sebagai hab floris Se-langor ekoran terdapat banyak pengusaha perniagaan tanaman hiasan, di kawasan itu.

Perhebat hab floris negeri

Page 7: muka 3 muka 5 muka 7 muka 8 PERHEBAT PANTAUAN · perhebat pantauan sumber mineral bangun ekonomi, makmur negeri muka 3 percumapercuma 20 - 26 september 2018, 2 - 8 ogos 2018, 20 -

Ekonomi7SelangorKini 20 - 26 September 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA LUMPUR - Syarikat gerga-si jualan dalam talian, Kumpulan Alibaba memperkenalkan Seko-lah Perniagaan Alibaba (Alibaba Business School) ketika Konven-syen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) 2018, kali ini.

Menariknya, jurucakap terlatih dari Alibaba Business School itu berkongsi teknik kepakaran e-dagang milik mereka kepada 800 peserta yang menyertai konven-syen terbabit.

Pengarah Kumpulan Alibaba, Lewis Lew berkata, pihaknya ber-bangga kerana negeri itu komited melahirkan lebih ramai usahawan e-dagang dengan membawanya ke peringkat global.

Katanya, kerjasama antara Alibaba dengan Malaysia sudah wujud sejak tiga tahun lalu apa-bila pihaknya memperkenalkan produk tempatan dari negara ini untuk diketengahkan.

“Bagi menggalakkan industri produk tempatan ke luar negara, kami berusaha membawa pakar untuk melatih usahawan e-da-gang, di Selangor dan Malaysia amnya.

“Dalam tempoh terdekat, kami akan cuba membawa lebih ramai jurucakap yang mampu berba-hasa Inggeris supaya kepakaran perniagaan ini dapat dikongsi semua kaum, di negara ini,” ka-tanya dalam ucapan.

Beliau berkata demikian ketika sesi bersama Sekolah Perniagaan Alibaba anjuran Majlis Teknologi

Informasi dan E-dagang Sela-ngor (SITEC), di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC), pada 14 Sep-tember lalu.

Hadir sama EXCO Pelaburan, Perindustrian, dan Perdagangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Dato’ Teng Chang Khim dan Ketua Eksekutif Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Sela-ngor (SITEC), Yong Kai Ping.

Diasaskan pada 1999, Alibaba kini antara 10 syarikat paling be-sar dan bernilai tinggi di dunia dengan beroperasi, di lebih 200 negara.

Syarikat itu menyasarkan jua-lan mencecah AS$1 trilion tahun depan atau bersamaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), se-buah negara.

SDEC 2018

Kumpulan Alibaba sumbang kepakaran

KUALA LUMPUR - Lebih 400 syarikat menjalankan pernia-gaan e-dagang di Selangor ber-jaya mencatatkan nilai jualan kasar sehingga RM8 juta.

EXCO Pelaburan, Perindus-trian, Perdagangan, Industri Ke-cil & Sederhana (IKS) dan Pen-gangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, kejayaan itu hasil usaha gigih Kerajaan Negeri de-ngan kerjasama Majlis Teknolo-gi Informasi dan E-dagang Selangor (SITEC) yang turut mengenalpasti 5,000 usahawan berpotensi.

Pihaknya juga terus komited melahirkan lebih ramai usaha-wan e-dagang termasuk mem-bawa Kumpulan Alibaba bagi membolehkan pertukaran pe-ngetahuan serta idea dalam bi-dang terbabit.

“E-dagang menjadi topik sa-ngat popular sejak kebelaka-ngan ini kerana melaluinya kita berupaya mencapai wawasan perdagangan bebas, malahan Alibaba melakukan perkara terbabit sehingga memboleh-

kan mereka berniaga, di mana sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Kur-sus Global Alibaba-Taobao Uni-versiti ketika Konvensyen Ban-dar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) 2018, di Pusat Pameran dan Perdagangan An-tarabangsa Malaysia (MiTEC), pada 14 September lalu.

Chang Khim berkata, kon-vensyen anjuran SITEC itu mam-pu mewujudkan hubungan lebih kukuh antara komuniti e-dagang China dan Malaysia.

“MyStartr melalui SITEC memeterai perjanjian kerjasa-ma sebagai rakan pendidikan berlesen dengan Taobao Uni-versiti yang bakal membantu usahawan e-dagang Selangor, pada masa depan.

“Ini meningkatkan lagi pe-ranan SITEC sebagai pusat pen-didikan dan pendokong komu-niti e-dagang tempatan, sekali gus memudahkan pertukaran pengetahuan, kepakaran serta bakat,” katanya.

E-dagang Selangor catat jualan kasar RM8 juta

Lebih 800 peserta menyertai Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) 2018

KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri akan terus menyediakan ruang dan peluang untuk penia-ga tempatan yang ingin beralih ke e-dagang selari perkemba-ngan semasa dunia perniagaan.

EXCO Pelaburan, Perindus-trian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Dato’ Teng Chang Khim berkata, ke-sediaan mereka bersaing seiring

cabaran perniagaan menerusi inovasi dan kreativiti wajar di-contohi semua pihak untuk te-rus memantapkan persaingan e-dagang.

“Kerajaan Negeri melalui Maj-lis Teknologi Informasi dan E-da-gang Selangor (SITEC) menetap-kan inisiatif membantu peniaga tempatan dalam peralihan ke e-dagang.

“Malaysia akan melalui pe-rubahan berterusan dalam sek-tor ekonomi digital yang perlu dibincangkan dan dinilai semu-la, setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian keti-ka menyampaikan ucapan aluan bersempena SITEC Malaysia Top EC Merchant Award 2018 kali ke-tiga, di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia

(MiTEC).Chang Khim berkata, peniaga

tempatan kini boleh mempelaja-ri e-dagang menerusi alam maya tanpa perlu menghadiri kelas se-cara fizikal.

Katanya, kesediaan komuniti setempat berkongsi pengala-man dan pandangan membuka lebih ruang kepada penyertaan lebih ramai peniaga e-dagang.

“Inisiatif ‘Online 100’ juga membantu lebih 400 perniagaan berasaskan batuan beralih kepa-da penjualan secara dalam talian dengan nilai dagangan kasar lebih RM8 juta.

“Terdapat juga portal pem-belajaran maya SITEC Academy bagi mereka yang tidak dapat menghadiri kelas e-dagang se-cara fizikal,” katanya.

Peluang luas perniagaan secara maya

Page 8: muka 3 muka 5 muka 7 muka 8 PERHEBAT PANTAUAN · perhebat pantauan sumber mineral bangun ekonomi, makmur negeri muka 3 percumapercuma 20 - 26 september 2018, 2 - 8 ogos 2018, 20 -

8Nasional

SelangorKini 20 - 26 September 2018

PUTRAJAYA - Kumpulan Indus-tri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) diyakini mam-pu menonjolkan kepentingan ke- reta nasional ketiga yang akan membantu memacu pembangu-nan dan pembinaan negara.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berka-ta, MIGHT boleh memainkan peranan besar dalam mem-beri penjelasan kepada rak- yat berhubung cadangan itu serta untuk menyokong industri lain Malaysia dalam mewujudkan ekonomi seimbang.

”MIGHT boleh memainkan peranan besar untuk memberi penjelasan kepada rakyat dan untuk menyokong industri ke-rana industri hanya boleh men-

KUALA LUMPUR - Penga-mal perubatan swasta digesa meningkatkan usaha dalam membantu pemain bukan negara yang menjadi tunjang ke-tiga dengan menyediakan per- khidmatan mereka kepada go- longan yang memerlukan.

Timbalan Perdana Men-teri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, mer-eka boleh membantu me-lalui sumba-ngan, menyum-bang masa dan menawarkan perkhidmatan secara suk-arela, di samping menyer- tai sepenuhnya entititi terbabit sebagai peneraju utama.

“Ini penting kerana perkhid-matan perubatan dikawal selia dan ditadbir di bawah ‘standard’ profesional yang ketat.

“Sesiapa sahaja boleh me-masak dan memberi makan ke-pada mereka yang tidak mem-punyai tempat tinggal tetapi ia memerlukan doktor perubatan yang berkelayakan untuk mem-beri perkhidmatan perubatan.

“Justeru, saya merancang untuk memanfaatkan institusi seperti Yayasan Kebajikan Ne-gara untuk memainkan pera- nan lebih besar bagi mengum-pul dana dan membantu golo-ngan yang memerlukan dan pemain bukan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Per- sekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta, pada 15 Sep-tember lalu.

Dr Wan Azizah berkata, era baharu Malaysia yang dike-

KUALA LUMPUR - Syarikat tele-komunikasi diberi tempoh se-hingga 30 September ini untuk mengemukakan cadangan pakej

SHAH ALAM - Bangunan High-land Towers dijangka dirobohkan pada Oktober ini selepas ranca-ngan pembangunan semula di-jangka, bermula Disember.

Menteri Perumahan dan Kera-jaan Tempatan, Zuraida Kamarud- din berkata, kerja perobohan itu diuruskan Majlis Perbandaran Ampang Jaya selepas isu teknikal dan berkaitan diselesaikan.

Katanya, pembentukan Jawa- tankuasa Pembangunan Semula Highland Towers berjaya menyele-

Kepentingan kereta nasional ketiga

MIGHT boleh bantu rakyat faham

catat pertumbuhan apabila rak-yat menerimanya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklu-sif oleh The Third Age Me-dia Association dan Bernama News Channel (BNC), di Yaya-san Kepimpinan Perdana, ba- ru-baru ini.

Selain itu, Dr Mahathir ber-kata, kerajaan perlu memikir-kan cara untuk membangunkan negara termasuk kapasiti untuk mengeluarkan barang juga pro-jek kereta nasional ketiga untuk menjana aliran masuk wang.

”Kerajaan merasakan perlu untuk memperoleh keupayaan kejuruteraan. Ia bermakna, kita perlu mengeluar dan menghasil-kan sendiri supaya barangan bo-

leh dijual ke negara lain supaya terdapat aliran masuk wang.

“Aliran keluar wang adalah ti-dak baik untuk negara, itu cara kerajaan berfikir,” katanya.

Pada 11 Jun lalu, Dr Mahathir mendedahkan pada Persidangan Nikkei ke-24 bagi Masa Depan Asia di Jepun bahawa kerajaan merancang untuk mengeluarkan kereta nasional ketiga, selepas Proton dan Perodua.

Telco perlu kemuka pakej internet sebelum akhir September

baharu jalur lebar kepada Suru-hanjaya Komunikasi dan Multi-media Malaysia (SKMM).

Menteri Komunikasi dan Mul-timedia, Gobind Singh Deo ber-kata, pihaknya akan mengada-kan mesyuarat dengan semua syarikat telekomunikasi, selepas tarikh itu.

“Saya berharap selepas cada-ngan pakej baharu dikemukakan kepada SKMM, maka kita boleh laksanakan dan selepas itu lihat harga jalur lebar turun serta ke-lajuannya meningkat, menjelang hujung tahun ini,” katanya.

Terdahulu, cadangan pakej

baharu perlu dikemukakan sebe-lum 31 Ogos lalu, namun wujud permohonan supaya ia dilanjut-kan, sehingga dua tahun.

Bagaimanapun, Gobind Singh berkata, pihaknya menolak cadangan itu sebelum melanjut-kan tarikh cadangan ke 30 Sep-tember ini.

“Kita tolak. Lanjutan diberi ke-pada 30 September kerana SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) dilaksana pada 1 September lalu dan perlu selesaikan isu tertentu seperti prabayar dulu. Tiada lan-jutan masa lagi diberikan,” ka-tanya.

Highland Towers roboh pada Oktober

Pengamal perubatan swasta digesa bantu pemain bukan negara

nalinya sebagai Doktrin Fajr, bukan sahaja perlu mengikti-raf pemain bukan negara teta-pi pertumbuhan mereka perlu dipupuk dan disokong.

Oleh itu, kata beliau, sek-tor kerajaan dan swasta boleh bekerjasama dalam membantu pemain bukan negara.

“Kerajaan boleh memainkan peranan membantu melalui pe- rundangan dan membiayai pe- main bukan negara. Sektor swasta pula boleh membiayai dan bekerjasama rapat dengan pemain bukan negara melalui program tanggungjawab sosial korporat,” katanya.

Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata, kos penjagaan kesiha-tan dijangka meningkat ekoran pertumbuhan semula jadi dan permintaan untuk kemudahan rawatan mewah, maka dok-tor di sektor awam juga swas-ta mempunyai peranan da- lam menangani pengkomersia-lan penjagaan kesihatan.

“Gabungan suara mereka akan memastikan perancangan yang betul dilakukan apabila peng-gubal dasar mengolah semula strategi untuk Rancangan Malay-sia yang akan datang,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ia-lah Presiden Persekutuan Persa-tuan Pengamal Perubatan Swas-ta, Dr Steven Chow.

Pada majlis berkenaan, Dr Wan Azizah menerima ‘mock-cheque’ bernilai RM100,000 daripada Dr Steven sebagai sumbangan kepada Tabung Ha-rapan Malaysia.

saikan beberapa isu ber- bangkit dan mengenal pasti semua pemilik unit terbabit.

“Pemaju dan Jabatan Insolvensi juga tam- pil ke depan ber-satu dalam mesyua- rat penyelarasan un-tuk peringkat roboh serta ca- dangan langkah seterusnya.

“Tanpa jawatankuasa ini, tidak mungkin isu yang berlarutan sela-ma 25 tahun menemui jalan penye-

lesaian,” katanya.Pada 11 Disember 1993, satu

daripada tiga blok Kondominium Highland Towers di Taman Hillview, Ulu Klang, runtuh dalam tragedi

yang meragut 48 nyawa.Pada Ogos lalu, Zuraida yang

juga Ahli Parlimen Ampang mencadangkan kawasan itu di-jadikan taman rekreasi meng-

gantikan perumahan kos ren-dah B40 selepas menyedari tapak berkenaan tidak sesuai untuk projek pembinaan ba-ngunan.

Page 9: muka 3 muka 5 muka 7 muka 8 PERHEBAT PANTAUAN · perhebat pantauan sumber mineral bangun ekonomi, makmur negeri muka 3 percumapercuma 20 - 26 september 2018, 2 - 8 ogos 2018, 20 -

9SelangorKini 20 - 26 September 2018

Page 10: muka 3 muka 5 muka 7 muka 8 PERHEBAT PANTAUAN · perhebat pantauan sumber mineral bangun ekonomi, makmur negeri muka 3 percumapercuma 20 - 26 september 2018, 2 - 8 ogos 2018, 20 -

10Global

SelangorKini 20 - 26 September 2018

SYDNEY - China mengambil ba-hagian buat kali pertama dalam latihan maritim terbesar Australia dengan lebih 3,000 anggota dari 27 negara terbabit menyertai lati-han di luar pelabuhan strategik utara, di Darwin.

Exercise Kakadu disertai 23 ka-pal dan kapal selam dari seluruh rantau Indo-Pasifik memboleh-kan mereka menyesuaikan diri bagi membantu menghalang konflik di laut lepas serta menye-laras usaha bantuan ketika ben-

ARAB SAUDI - Syarikat pener-bangan kos rendah Saudi, Flynas, buat pertama kalinya bakal me-rekrut wanita untuk berkhidmat sebagai pembantu juruterbang dan atendan penerbangan.

Difahamkan, wanita di negara itu tidak dihalang bekerja dalam sektor penerbangan, namun se-bahagian besar pekerjaan terba-

NEW YORK - Model ikonik Beetle keluaran Volkswagen tidak lagi dikeluarkan, bermula tahun ha-dapan.

Ketua Eksekutif Volkswagen Group of America, Hinrich Woe-bcken berkata, keputusan itu di- buat ekoran Volkswagen mahu memberi tumpuan kepada ken-deraan elektrik dan berorientasi-kan keluarga.

Dalam satu kenyataan me-ngumumkan penamatan penge-luaran Beetle, Woebcken berka- ta, syarikat itu kini meningkat-kan usaha menjayakan stra- tegi elektrifikasi, maka tiada cadangan untuk menggantikan Beetle, lapor AFP.

Bagaimanapun, Woebcken ti-

JAKARTA - Pulau Lombok berdepan masalah malaria hing-ga memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat kesi-hatan, pada 16 September lalu.

Ketua Agensi Kesihatan Lom-bok Barat, Rahman Sahnan Put-ra berkata, ia ekoran bencana gempa bumi kuat yang melan-da kawasan itu, pada Julai dan Ogos lalu.

“Kejadian malaria yang ber-laku ketika ini, amat luar biasa,” katanya lapor REUTERS.

Beliau yang turut menge-sahkan pengisytiharan darurat

Flynas rekrut wanita Saudi jadi juruterbangbit dimonopoli rakyat asing ter-masuk dari Filipina.

Jurucakap Flynas memberi-tahu, hampir 1,000 wanita Saudi memohon jawatan pembantu juruterbang dengan syarikat itu, dalam tempoh 24 jam.

“Syarikat berminat memper-kasakan wanita Saudi bagi me-mainkan peranan penting dalam

transformasi kerajaan.“Wanita adalah bahagian

penting kejayaan syarikat pener-bangan ini,” katanya.

Larangan wanita memandu di Saudi ditarik balik Jun lalu seba-gai salah satu usaha Putera Mah-kota Mohammed Salman untuk mengubah ekonomi pengeksport minyak tertinggi, di dunia itu.

Buat pertama kali

China sertai latihan maritim terbesar Australia

cana.Komander Anita Sellick dari-

pada frigat Australia, HMAS New-castle berkata, dua kelasi Tentera Laut Diraja Australia diterima ke dalam frigat China, Huangshan, ketika latihan.

“Dua kelasi tentera laut Aus-tralia kini berada dalam kapal China. Justeru, mereka berupaya berintegrasi antara satu sama lain dan mempelajari sedikit bagaimana rasanya menyertai Exercise Kakadu,” katanya lapor

REUTERS.Komander Armada Austra-

lia, Laksamana Muda Jonathan Mead, memberitahu media di Darwin dalam satu wawancara disiarkan televisyen bahawa wujud manfaat bersama dalam membangunkan kesefahaman dan kepercayaan ketika latihan.

Latihan ketenteraan bersama itu diteruskan sehingga 15 Sep-tember lalu dan disokong Tentera Udara Diraja Australia membabit-kan 21 pesawat.

Tiada lagi Beetle, Volkswagen tumpu kereta elektrik

dak menolak kemungkinan akan menghidupkan semula model itu pada masa depan merujuk ke-pada keputusan syarikat itu pada 2017 untuk memperkenalkan se- mula Volkswagen Bus.

Volkswagen akan menawar-kan model edisi terakhir Beetle dalam varian coupe dan ‘conver-tible’.

“Ketiadaan Beetle selepas ti- ga generasi hampir lebih tujuh dekad akan membangkitkan e- mosi bagi peminat setia,” kata Woebcken.

Sedan itu diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) pada 1950an dan dipopularkan me- nerusi filem keluaran Disney ber-tajuk ‘The Love Bug’, pada 1968.

Lombok darurat angkara malaria

Foto

: Trib

unne

ws.c

om

itu berkata, kerajaan tempatan memerlukan peruntukan 3.4 bi- lion rupiah (RM949,953) daripa-da kerajaan pusat dan wilayah untuk membeli kelambu, kit uji-an serta program tindakan kece-masan.

Rahman berkata, wanita dan kanak-kanak adalah antara 128 individu yang disahkan dijangkiti malaria.

Menurut pasukan bantuan, gempa bumi yang mengorbank-an lebih 500 nyawa mengakibat-kan ribuan penduduk hilang tem-pat tinggal dan kini berkhemah di

kawasan lapang kerana enggan tinggal di pusat perlindungan akibat khuatir dengan gempa susulan.

“Ujian darah dijalankan secara besar-besaran dan semua ang-gota masyarakat sudah diperik-sa,” kata ketua Agensi Kesihatan Nusatenggara Barat, Marjito.

Beliau berkata, selain dirawat mengikut prosedur ditetapkan, mereka yang disahkan dijangki-ti penyakit itu akan diberi kaun-seling dan kawasan perseki-taran akan disembur dengan bahan disinfektan.

Page 11: muka 3 muka 5 muka 7 muka 8 PERHEBAT PANTAUAN · perhebat pantauan sumber mineral bangun ekonomi, makmur negeri muka 3 percumapercuma 20 - 26 september 2018, 2 - 8 ogos 2018, 20 -

11SelangorKini 20 - 26 September 2018

DARI KACA MATA MB MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Kerajaan Negeri komi-ted untuk mendepani cabaran bagi melahir- kan generasi muda yang memiliki kemahi-

ran dalam pelbagai sektor indus-tri moden. Berdasarkan perkem-bangan pada hari ini, seramai 3.3 juta tenaga mahir diperlukan bagi menjana pelbagai sektor in-dustri, menjelang tahun 2020.

Penubuhan Kolej Antarabang-sa INPENS (INPENS) dilihat berte-patan sebagai institusi latihan ke- mahiran di bawah Kerajaan Ne- geri yang akan menggalak ser-ta memperkasakan lagi bidang TVET melalui penawaran kursus berimpak tinggi yang relevan ke-pada revolusi industri 4.0.

Pendidikan adalah tulang be-lakang kepada negara dan eko-nomi yang sedang membangun.

Komited lahir generasi muda berkemahiran

Memperkasa pendidikan teknikal dan latihan vokasional

Sumber daya manusia adalah an-tara aset yang terpenting bagi se-sebuah negara.

Usaha ini tidak boleh dicapai tanpa sistem pendidikan asas yang kukuh dan pemberian akses pendidikan untuk semua lapisan rakyat.

Sebagai peneraju kemodenan negara, Selangor harus bersedia dengan sumber daya manusia yang berkemahiran untuk me-majukan negeri dalam bidang berteknologi tinggi, industri be- rimpak tinggi dan ‘knowledge economy’.

Program Program Inisiatif Ke- mahiran Teknikal & Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) yang membabitkan INPENS seba- gai rakan strategiknya dengan penawaran biasiswa kepada belia di Selangor untuk mengikuti bi-

dang kemahiran seperti automa-tif, motosikal, elektrik, penyama-nan udara dan sistem komputer.

Inisiatif ini bertujuan mem-beri peluang kepada ‘millen- nials’ untuk menggarap lati-han kemahiran bagi menja-min kebolehpasaran dengan pendapatan yang tinggi, sekali gus meningkatkan rantaian ni-lai modal insan.

Kerajaan Negeri akan mem-bantu pembangunan infra-struktur INPENS dan pemba-ngunan modul pembelajaran dengan peruntukan RM4.4 juta,

bagi tahun 2018.Menyedari Selangor hari ini

bergerak maju ke arah ‘regio-nal smart state’, maka kita perlu memberi perhatian yang serius terhadap jurang antara kelua-ran institusi pendidikan iaitu Sijil Pelajaran Malaysia, diplo-ma dan ijazah dengan keper-luan sumber manusia negeri serta industri.

Apa yang diperlukan adalah anjakan paradigma dalam kae-dah pedagogi, kurikulum dan memberi penekanan yang le-bih kukuh terhadap TVET untuk

Sebagai peneraju kemodenan negara, Selangor harus bersedia dengan sumber daya manusia yang berkemahiran untuk memajukan negeri dalam bidang berteknologi tinggi, industri berimpak tinggi dan ‘knowledge economy’

membangun kemahiran yang diperlukan dalam semua pe-ringkat.

Saya menyeru kepada gene-rasi muda Selangor supaya me-manfaatkan sepenuhnya segala bentuk peluang melanjutkan pengajian atau kursus pening-katan kemahiran yang ditawar-kan oleh institusi pendidikan yang dinaungi Kerajaan Ne- geri.

#Ucapan di Majlis Konvokesyen IN-PENS International College Kali ke-22 pada 13 September 2018

Page 12: muka 3 muka 5 muka 7 muka 8 PERHEBAT PANTAUAN · perhebat pantauan sumber mineral bangun ekonomi, makmur negeri muka 3 percumapercuma 20 - 26 september 2018, 2 - 8 ogos 2018, 20 -

Album Album13SelangorKini 20 - 26 September 201812 SelangorKini 20 - 26 September 2018

02ADN Bandar Baru Klang, Dato’ Teng Chang Khim, turun padang menyempurnakan penyerahan kuih bulan kepada masyarakat setempat

04ADN Rawang, Chua Wei Kiat, menyampaikan hadiah kepada pemenang, di Kejohanan Badminton Terbuka Rawang kali ke-10

06ADN Sungai Ramal, Mazwan Johar, turun padang menyertai Larian Sayangi Malaysiaku bersama masyarakat setempat berlangsung, di DUN beliau

08ADN Morib, Hasnul Baharuddin, turun padang bertemu penduduk setempat dan menyerahkan sumbangan Kad Peduli Sihat kepada mereka yang layak, di DUN beliau

01ADN Gombak Setia, Hilman Idham,

turut serta dalam Larian Merdeka Sihat bersama masyarakat setempat,

di DUN beliau

03ADN Batang Kali, Harumaini Omar,

turun padang melakukan ziarah dan menyampaikan sumbangan

kepada mangsa kemalangan, di Taman Wawasan

05ADN Kota Anggerik, Najwan Halimi,

turun padang menyempurnakan Perasmian Majlis Anugerah Latihan

Personel Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, di Seksyen 7

07ADN Subang Jaya, Michelle Ng,

menghadiri Bengkel Membuat Kuih Bulan anjuran penduduk setempat, di

DUN beliau

35

8

4 6

7

2

1

Page 13: muka 3 muka 5 muka 7 muka 8 PERHEBAT PANTAUAN · perhebat pantauan sumber mineral bangun ekonomi, makmur negeri muka 3 percumapercuma 20 - 26 september 2018, 2 - 8 ogos 2018, 20 -

14Rencana

SelangorKini 20 - 26 September 2018

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

PERTUMBUHAN ekono-mi mampan diperakui sebagai prasyarat ter-hadap kemajuan se-sebuah negeri, namun

kejayaan material tidak menja-min kesejahteraan rakyat secara menyeluruh kerana apa erti pem-bangunan jika tidak dapat mem-beri keselesaan kepada masyara-kat yang tinggal, di dalamnya.

Dalam dayahuni bandar, usaha juga perlu digerak dengan men-gambil kira tahap perimbangan antara kedinamikan ekonomi dan merangkumi dimensi alam seki-tar bagi memastikan masyarakat dapat merasai nikmat kehidupan yang dibangunkan, sebaliknya bukan kesengsaraan kerakusan tidak bertepi. Bagaimanapun, ko-

Perhebat kempen kesedaran bahaya beg plastik di sekolah

Bukan alasan yang bijak jika kita mengatakan anak masih terlalu kecil dan mentah untuk mema-hami keperluan menjaga alam sekitar.

Pepatah ‘melentur buluh biar daripada rebungnya’ membawa mesej anak perlu diasuh sebaik mungkin pemikiran dan sikap-nya untuk menjaga alam sekitar supaya mempunyai rasa bertang-gungjawab yang dibawa sehing-ga mereka menjadi dewasa.

Sebelum ini, Selangor adalah satu-satunya negeri selain Pulau Pinang yang melaksanakan kem-pen tujuh hari tanpa beg plastik.

Kerajaan Negeri memulakan kempen itu sejak 2010 dengan kerjasama dan sokongan padu daripada kebanyakan pasar raya besar termasuk pasar mini serta premis perniagaan, pada setiap Sabtu.

Menerusi kempen berkenaan, pengguna digalakkan menggu-nakan beg daripada bahan kitar semula atau dikenakan caj 20 sen jika menggunakan beg plastik ketika membeli belah, di pasar raya terpilih.

Justeru, Loy Sian berkata, mu-

Komitmen jitu perkenal pelbagai inisiatif baharu

Tingkat pemahaman pelihara alam sekitar

gi Hijau, Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, iaitu Hee Loy Sian.

Dalam temuramah bersama SelangorKini baru-baru ini, beliau berkata, pelbagai dasar diperke-nalkan Kerajaan Negeri sebagai komitmen menjaga persekitaran dengan melaksanakan polisi me-merangi pembuangan sampah yang berleluasa dan menekan-kan isu alam sekitar membabit-kan pemanasan global.

Bagaimanapun, katanya, be-berapa usaha lain akan terus di-pergiat dan direncanakan bagi meningkatkan pemahaman serta menggalakkan penyertaan ma-syarakat untuk bersama memeli-hara alam sekitar.

Pelbagai dasar diperkenalkan Kerajaan Negeri sebagai komitmen menjaga persekitaran dengan melaksanakan polisi memerangi pembuangan sampah yang berleluasa dan menekankan isu alam sekitar membabitkan pemanasan global.HEE LOY SIANEXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi

mitmen ke arah memacu kemak-muran bersama dalam indikator persekitaran alam sekitar kon-dusif kekal dizahirkan di Selangor menerusi pendekatan kritis dan kerangka pembangunan kom-prehensif.

Jelas perkembangan rancak di Selangor juga meletakkan ia sebagai sebuah negeri contoh

yang disegani kerana terbukti merapatkan jurang ketaksama- an sosial dalam kalangan pen-duduknya. Walaupun berada di landasan pembangunan pesat, hakikatnya penekanan terhadap elemen alam sekitar sentiasa dititikberatkan demi menjamin kelangsungan hidup generasi kini dan masa hadapan.

Hal ini bertepatan dengan has- rat Kerajaan Negeri untuk me-ningkatkan imej pelancongan memandangkan Selangor turut popular sebagai produk pelan-congan berasaskan alam semu-lajadi.

Justeru, berdasarkan keperlu-an ini, alam sekitar menjadi port-folio EXCO Alam Sekitar, Teknolo-

Page 14: muka 3 muka 5 muka 7 muka 8 PERHEBAT PANTAUAN · perhebat pantauan sumber mineral bangun ekonomi, makmur negeri muka 3 percumapercuma 20 - 26 september 2018, 2 - 8 ogos 2018, 20 -

15SelangorKini 20 - 26 September 2018

Rencana MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

lai tahun hadapan, kempen hari tanpa plastik itu akan diimplem-tasikan di peringkat sekolah me-lalui program berbentuk keseda-ran.

Katanya, ia lanjutan kepada kempen tujuh hari tanpa plastik beg yang diperkenalkan kepada umum bagi memberi kesedaran dan pendidikan awal berhubung penjagaan alam sekitar, khusus-nya kepada pelajar sekolah.

“Kita akan melaksanakan le-bih banyak kempen kesedaran di peringkat sekolah seluruh Sela-ngor kerana mahu golongan pe-lajar peka terhadap warisan alam sekitar yang tiada bandingan ini.

“Malah, cadangan terhadap kempen itu ke peringkat seko-lah pernah diusulkan sebelum ini tetapi atas faktor kepimpinan negara pada ketika itu, maka kita tidak dibenarkan masuk ke seko-lah untuk berbuat demikian.

“Bagaimanapun, saya akan memastikan agendanya dapat diteruskan dengan kerajaan ba-haru yang kita ada sekarang,” ka-tanya.

Beliau berkata, Kerajaan Ne-geri turut memperuntukkan perbelanjaan besar bagi merea-lisasikan cadangan menjalankan program kesedaran berhubung alam sekitar kepada pelajar seko-lah.

“Memang sasaran kita adalah mahu menerapkan kesedaran kepada mereka sejak kecil lagi. Sebab itu, ia harus bermula dari-pada peringkat bawah supaya mereka tahu bahaya penggu-naan beg plastik dan menyertai masyarakat untuk menjayakan-nya,” katanya.

Beg kertas gantian plastik

Walaupun pada awalnya wujud pertikaian umum berhubung dasar larangan penggunaan beg plastik di Selangor tetapi kini ma-syarakat mulai sedar matlamat utama dasar berkenaan.

Loy Sian berkata, melalui tin-jauan dalam kalangan pelbagai pihak dan orang awam menun-

Mulai tahun hadapan, kita akan menggalakkan setiap pasar raya yang mengutip 20 sen bagi setiap beg plastik supaya memberi beg kitar semula kepada pelanggan HEE LOY SIANEXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi

jukkan lebih 80 peratus me-ngakui keberkesanan polisi itu bagi melestarikan alam sekitar.

Selaras dengan itu katanya, penggunaan ‘recycle bag’ atau beg kertas kitar semula akan dikenakan di semua pasar raya terpilih bagi menggantikan beg plastik.

“Buat masa ini, memang tiada beg plastik gantian sepenuhnya kerana kita banyak menggesa rakyat supaya mengurangkan penggunaan beg plastik itu.

“Kita tidak boleh melarang pengguna untuk tidak menggu-nakan beg plastik melainkan jika ada alternatif gantian yang boleh diperkenalkan kepada mereka.

“Justeru, mulai tahun hadapan kita akan menggalakkan setiap pasar raya yang mengutip 20 sen bagi setiap beg plastik supaya memberi beg kitar semula kepa-da pelanggan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan melakukan perbincangan de-ngan semua pengusaha pasar raya terbabit bagi meneliti dan mencari pendekatan mengem-balikan 20 sen kepada pelang-gan.

“Sebelum ini, timbul tanda tanya pengguna ke mana kuti-pan 20 sen digunakan setiap kali dibayar pelanggan untuk beg plastik kerana tiada pemantauan dilakukan pihak berwajib.

“Jadi, menerusi perbincangan itu nanti kita mahu pastikan me-reka membuat lebih banyak beg plastik kitar semula dan memberi percuma kepada pelanggan,” ka-tanya.

Program pengasingan sampah dari rumah

Mungkin ramai tidak tahu, sisa plastik dan pepejal tidak berguna yang dihasilkan daripada aktiviti pembuangan manusia mengam-

bil masa selama 500 tahun untuk dilupuskan.

Plastik juga sering mendapat reputasi buruk kerana bukan sa-haja tidak mesra alam, tetapi bo-leh menjurus kepada penyakit kanser.

Justeru, Kerajaan Negeri sen-tiasa prihatin dan tidak meman-dang enteng terhadap situasi komunitinya terutama dalam perkara ini.

Loy Sian berkata, bermula ta-hun hadapan juga Kerajaan Nege- ri akan mewajibkan penyertaan masyarakat melalui pelaksanaan Program Pengasingan Sampah dari rumah.

Katanya, walaupun program itu di bawah portfolio Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ma-sing-masing, tetapi pihaknya komited untuk bergerak aktif dengan memberi kerjasama dari-pada segi polisi dan pelaksanaan-nya.

“Orang ramai perlu menga-singkan sisa pepejal mengikut jenis iaitu bahan yang boleh diki-tar semula seperti kertas, plastik, kaca dan tin yang akan dikutip pada hari tertentu, setiap ming-gu.

“Pengasingan bahan seperti ini dapat mengurangkan jum-lah plastik di tapak pelupusan, malahan daripada aspek kesi-hatan awam, pengasingan sisa isi rumah juga dapat mengurang-kan risiko pencemaran dan anca-man kesihatan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau ber-kata, pihaknya akan memastikan

PBT terbabit menyediakan tong sampah bersesuaian yang men-cukupi, jadual pengutipan secara kerap dan lokasi pengutipan le-bih mudah serta sesuai.

“Kita mahu jadikan sampah harga nilai ‘waste-to-energy’ kera-na jika sampah diasingkan, maka ia boleh menjadi nilai yang sa-ngat tinggi.

“Selalunya, sampah kita bo-leh asingkan sehingga 80 peratus dan boleh dikitar semula. Jika bo-leh dikitar semula, itulah barangan yang sangat berharga dan boleh memberi pulangan lumayan

“Pada masa sama, sampah bu-kan sahaja boleh dikitar semula, tetapi boleh ‘turn-to-energy’ untuk menjana elektrik,” katanya.

Perkenal ‘electric bike’, kurangkan pelepasan karbon

Sejajar matlamat untuk membu-dayakan penggunaan teknologi hijau dan rendah karbon, Kerajaan Negeri sedia mempertimbang usa-ha untuk memperkenalkan ‘electric bike’ (basikal elektrik) secara berpe-ringkat, pada masa hadapan.

Loy Sian berkata, Selangor anta-ra sebuah negeri yang mempunyai bilangan kenderaan begitu banyak dan sudah tentu menggunakan ba-han bakar seperti petrol serta diesel.

“Justeru, di peringkat kerajaan pusat kita akan berbincang untuk perancangan penggunaan basikal elektrik bagi mengurangkan pence-maran udara akibat asap kenderaan yang menggunakan bahan api pet-roleum dan diesel.

“Secara tidak langsung, ia me- mudahkan orang awam ke- rana pengguna tidak perlu me- nunggang motosikal dan paling penting tidak menggunakan petrol, sebaliknya lebih mesra alam.

“Inisiatif ini juga diambil bagi mengurangkan pelepasan gas karbon berpunca daripada mo-tosikal. Jadi, kita perlu ada lang-kah bagi menggantikan peng- gunaan motosikal yang mencemar-kan udara,” katanya.

Loy Sian berkata, dasar pelak-sanaan bagi membangunkan teknologi berkenaan bagaimana-pun perlu berhadapan beberapa rintangan kerana ia membabitkan keselamatan pengguna.

“Selain itu, kita harus melalui cabaran seperti lesen dan cukai ja-lan untuk menggunakannya.

“Sebab itu, rang undang-un-dang perlu diubah bagi mem-benarkan penggunaan basikal e- lektrik, selain menitikberatkan soal keselamatan ketika menggunakan-nya, di lebuh raya,” katanya.

Pada masa sama, beliau optimis terhadap keberkesanan pemba-ngunan teknologi itu yang diya-kini mampu memberi kesenangan jangka masa panjang kepada orang ramai.

“Basikal elektrik ini boleh digu-nakan di taman dan pekan untuk jarak yang kecil kerana kelajuan hanya 20 hingga 30 kilometer per jam.

“Ia juga akan memberi man-faat kepada mereka yang mahu ke pejabat dari rumah ke stesen LRT,” katanya.

Page 15: muka 3 muka 5 muka 7 muka 8 PERHEBAT PANTAUAN · perhebat pantauan sumber mineral bangun ekonomi, makmur negeri muka 3 percumapercuma 20 - 26 september 2018, 2 - 8 ogos 2018, 20 -

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 20 - 26 September 2018

OLEH NAZREEN COKLAT

Diaspora umumnya merujuk bangsa yang terpisah dari wilayah asalnya, bertaburan di tempat lain tetapi ma-sih lagi memelihara identiti asal

mereka. Masyarakat diaspora mempu-nyai corak kehidupan tersendiri dan agak unik jika difahami dalam bentuk penulisan sastera. Pengarang diaspora sering kali menghasilkan karya berdasarkan pemer-hatian dan perasaan terhadap iklim yang wujud di dua tempat iaitu tempat asal dan tempat baharu atau lokasi penghijrahan. Karya yang memperlihatkan tempat asal atau tanah air sering berkaitan dengan keagungan dan kehebatan ketamadu-nannya serta bauan ingatan lampau yang mengusik kerinduannya terhadap tempat asal. Di tempat baharu, pengarang lebih menjurus kepada persoalan rintangan dan cabaran apabila berada di perantau-an. Latar persoalan juga sebenarnya ber-gantung pada tahap generasi diaspora melihat persekitaran. Generasi pertama diaspora sering kali melihat isu yang berkaitan tarikan ekonomi manakala generasi terkemudian lebih terarah kepada isu-isu kerakyatan dan kelangsungan pengekalan identiti dan budaya.

Misalnya, ia boleh diteliti dalam kumpulan cer-pen berjudul Cerpen-Cerpen Bangsa Patani karya Isma Ae Mohamad. Sebagai pengarang muda kelahiran Patani yang menulis dalam bahasa Me-layu, cerpen beliau kelihatan amat terkesan de-ngan konflik yang berlaku di Selatan Thai. Beliau kini telah menetap di Malaysia. Penghijrahannya merupakan suatu proses kehidupan diaspora lalu dialirkan pengalaman itu melalui pena dan per-suratan. Karya beliau wajar untuk difahami ber-dasarkan pengalaman hidupnya sebagai penulis Melayu Patani diaspora.

Diaspora masyarakat Melayu Patani ke Malay-sia sebenarnya bersifat sukarela dan terpaksa. Sukarela kerana faktor individu itu sendiri yang membawa diri untuk berpindah ke tempat lain manakala terpaksa pula merujuk keadaan ter-tentu seperti tekanan politik oleh pihak pemerin- tah dan desakan ekonomi yang memaksa me-reka untuk berhijrah. Perihal ini ada dijelmakan dalam cerpen Rindu Cerita Nenek, penghijrahan

Penulis diaspora: Bukan sekadar cerita

watak “ayah” ke tanah sempadan berlaku atas sebab masalah politik berkaitan perjuangan kemerdekaan terhadap pihak pemerintah.

Selain itu, faktor ekonomi turut menjadi dorongan kepa-da masyarakat Melayu Pa-tani melakukan diaspora ke negara bangsa serumpun di sempadan demi mencari ke-hidupan yang lebih baik dan sejahtera. Dalam cerpen Ke Negeri Impian, watak “ayah” digambarkan tekad mahu berhijrah ke Malaysia meski-pun dipujuk oleh kakaknya untuk kekal tinggal di Patani. Keadaan itu berlaku kerana pembangunan ekonomi di Pa-tani atau Selatan Thai tidak serancak se-perti bahagian Utara Thailand kerana pergolakan senjata yang sentiasa ber-laku. Akibatnya, tidak wujudnya pelbagai

tawaran pekerjaan terhadap masyarakat Me-layu Patani terutama bagi generasi muda atau belia yang berkelulusan tinggi dalam pendidi-kan. Maka, mereka terus berada dalam keadaan mundur dan sentiasa melihat Malaysia sebagai “negeri impian” yang mampu mengubah taraf ekonomi dan hidup mereka.

Setelah melakukan diaspora, masyarakat Me-layu Patani seperti umat diaspora lain, hidup dalam situasi tertentu. Misalnya, pengalaman diaspora oleh generasi pertama akan sentiasa di-ingatkan kepada generasi kemudian agar diam-bil sebagai iktibar. Malah, generasi terkemudian juga diajar untuk tidak melupakan sejarah asal-usul mereka. Watak “aku” dalam cerpen Perjala-nan ke Sebelah Sana misalnya, diingatkan ten-tang asal-usul dan bangsanya oleh neneknya.

Bila berada di tempat baharu, seseorang di-aspora akan mula terkenang akan tanah airnya terutama berkaitan kegemilangan, kecemer-langan dan keunggulan ketamadunan lampau-nya. Penghijrah akan menoleh ke belakang dan menghargai sejarah silam bangsanya dan se-cara tidak langsung menambahkan keyakinan tentang asal usulnya serta diri mereka. Patani memiliki sejarah peradaban yang tinggi, de- ngan kemuncaknya ketika zaman pemerinta-han Ratu-ratu Patani, iaitu Ratu Hijau, Ratu Biru, Ratu Ungu dan Ratu Kuning. Isma Ae Mohamad tidak terkecuali daripada mengingati sejarah kehebatan bangsanya ini. Misalnya, telah di-nukilkan dalam cerpen Perjalanan ke Sebelah Sana akan kehebatan ratu-ratu tersebut.

Di Malaysia, masyarakat Melayu Patani ti-dak menghadapi sebarang masalah dalam mengekalkan identiti mereka daripada diasimi-lasi budaya secara paksaan atau sebagainya. Namun, kelompok ini kebiasaannya mempu-nyai masalah dalam proses pembinaan identiti baharu yang berasakan identiti asal Melayu Pa-tani. Hal ini kerana mereka dipandang serong oleh masyarakat tempatan atas sebab-sebab tertentu. Misalnya, wujudnya status pendatang atau pelarian politik/ ekonomi/ sosial kepada mereka, tidak pandai bercakap dalam bahasa Melayu Malaysia, dianggap sedikit mundur, kurang mahir berbahasa Inggeris dan lain-lain lagi. Situasi itu membawa kepada sifat rendah diri dan kurang keyakinan kepada masyarakat

Melayu Patani diaspora. Resah perasaan terse-but dinukilkan dalam cerpen Ke Negeri Impian apabila watak ibu menasihati anak untuk meng-gunakan dialek Melayu Kelantan dan bukannya Patani. Dialek Melayu Patani jika digunakan di sini akan menyebabkan mereka dipandang ren-dah. Dialek Melayu Kelantan harus digunakan agar dapat meletakkan diri setaraf dengan ma-syarakat tempatan. Keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan masyarakat Melayu Pa-tani merasakan diri mereka sebagai orang Me-layu kelas kedua.

Orang Patani diaspora bukan sahaja menga-lami masalah dipandang serong oleh masyara-kat setempat, malah mereka menganggap diri sebagai mangsa diskriminasi. Hal ini merumit-kan lagi persoalan identiti dalam diri mereka terutama generasi muda yang mahukan laya-nan sama seperti diperoleh oleh rakyat Malay-sia. Persoalan inilah yang dihadapi oleh seorang watak dalam cerpen Ke Negeri Impian yang mahu menduduki SPM walaupun tidak dibenar-kan oleh guru.

Dalam pencarian identiti, semangat kebang-saan turut bermain dalam jiwa raga masyarakat Melayu Patani diaspora. Kebiasaannya, genera-si pertama diaspora tidak mementingkan se-mangat kebangsaan di tempat baharu kerana penghijrahannya bermatlamatkan pencarian hidup yang lebih baik. Golongan ini lebih peka terhadap “semangat” budaya yang berkiblatkan negeri Patani. Namun, semangat ini berbeza kepada generasi diaspora terkemudian. Gene-rasi ini telah menganggap Malaysia sebagai ta-nah airnya jua. Mereka hanya dilahirkan di Pa-tani tetapi dibesarkan di Malaysia dan ada juga yang lahir di Malaysia. Faktor persekitaran telah merubah pandangan dunianya. Dilema akan se-mangat kebangsaan ini ada diungkapkan Isma Ae Mohamad melalui watak “aku” dalam cerpen Ke Negeri Impian.

Karya Isma Ae Mohamad sememangnya sa-ngat berkait rapat dengan pengalaman beliau sebagai manusia diaspora. Rangkuman kese-luruhan cerpen memperlihatkan pandangan orang diaspora dari Patani tentang masa lalu dan masa kini kehidupan mereka. Isma Ae Mo-hamad berjaya memaknakan penulisan sastera melalui pengalaman diaspora. Sastera itu seme-mangnya lebih daripada sekadar cerita.

Kepala yang menetap di tubuh lain

Setiap orang membaca akhbar yang tertulis berita sendiri. Melihat kepala sendiri di tubuh orang lain. Kita menyangka lidah mereka tersimpan nama kita, dan mendengus jika nama selain itu tidur nye- nyak di bawah lelangitnya.

Mengenali orang lain adalah merenung ke dalam mata mereka tapi tidak berusaha menemui apa-apa. Kau tubuh sendiri tapi mereka tubuhmu. Kau mahu kata-katamu terentang di langit dan menjadi ketakjuban seluruh kota. Atau ketakutan. Kaki-kaki yang memban-tahmu patut dipotong. Di poketmu, selalu tersimpan pisau tajam. Atau boleh saja gigimu, gergaji yang tak pernah gentar bau darah.

Jika satu hari kau telanjang, kau cepat-cepat meminta orang lain segera menutup mata, tidak memandangmu. Atau berharap mere-ka juga tidak berpakaian. Selepas itu, kau akan memaksa Tuhan menghapus semua kemaluan.

Ab Nurmala

Karya Isma Ae Mohamadsememangnya sangat berkait rapat dengan pengalaman beliau sebagai manusia diaspora. Rangkuman keseluruhan cerpen mem- perlihatkan pandangan orang diaspora dari Patani tentang masa lalu dan masa kini kehidupan mereka.

Page 16: muka 3 muka 5 muka 7 muka 8 PERHEBAT PANTAUAN · perhebat pantauan sumber mineral bangun ekonomi, makmur negeri muka 3 percumapercuma 20 - 26 september 2018, 2 - 8 ogos 2018, 20 -

17SelangorKini 20 - 26 September 2018

ADN MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH - Program Je-lajah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) ke kampung sekitar Paya Jaras yang dilancarkan Pusat Khidmat Masyarakat di Dewan Undangan Negeri itu mendapat sambutan di luar jangkaan.

Ahli Dewan Negeri Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman ber-kata, hal itu terbukti menerusi kejayaan mendaftarkan lebih 170 peserta baru dalam program yang diadakan, pada 15 Septem-

ber lalu. “Tujuan program ini supaya

mereka yang layak menyertai pelbagai skim IPR tidak tercicir kerana adakala maklumat berke-naannya tidak sampai kepada golongan sasaran.

“Program hari ini sahaja me-nyaksikan lebih 170 orang mendaftar dan kita jangkakan lebih banyak borang bakal diteri-ma,” katanya pada Program Je-lajah IPR, di Dewan Mini RTC, di Kampung Paya Jaras, di sini.

Turut diadakan penyerahan

Kad Peduli Sihat, dialog dan pemeriksaan kesihatan percuma.

Pada masa sama, Mohd Khairuddin berkata, program Je-lajah IPR itu akan diteruskan di kampung lain secara berpering-kat.

Katanya, pengundi di Paya Ja-ras perlu mengambil peluang berkongsi kekayaan dimiliki Se-langor.

“Setakat ini, dianggarkan lebih 15,000 penerima manfaat IPR di-rekodkan di seluruh Paya Jaras, se-jak ia mula dilancarkan,” katanya.

Jelajah IPR Paya Jaras

Sambutan hangat, luar jangkaan

Mohd Khairuddin berucap pada sesi dialog Program Jelajah Inisiatif Peduli Rakyat DUN Paya Jaras

SHAH ALAM - Pembangunan yang dilaksanakan di pekan Kua-la Kubu Bharu tidak akan me-ngubah keadaan asal kawasan itu tetapi bakal memberi kelai-nan kepada pengunjung.

Ahli Dewan Negerinya, Lee Kee Hiong berkata, selain menawarkan pelbagai lokasi pelancongan menarik, pekan terbabit turut terkenal dengan aspek keseniaan dan kebuda-yaan.

Lebih menarik katanya, ke-

senian dan kebudayaan itu turut membabitkan pelbagai kaum.

“Banyak lokasi menarik seper-ti Bukit Fraser, Bukit Kutu, Air Ter-jun Sungai Chiling dan Air Terjun Lata Medang.

“Selain itu, terdapat bangu-nan sejarah seperti pejabat pos, balai polis dan menara jam se-lain dirancang pihak perancang bandar, pada 1930,” katanya.

Terdahulu, beliau ditemui pada Festival Seni Hulu Sela-ngor, di sini.

Pekan Kuala Kubu Bharu kekal terpelihara

SHAH ALAM - Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang men-jalin kerjasama dengan empat sekolah di DUN itu untuk me-nganjur dan bertukar pelbagai program memperkasakan pela-jar.

Ahli Dewan Negerinya, Rozana Zainal Abidin berkata, ia bakal dilaksana selepas termeterai-nya Memorandum Jalinan Pintar membabitkan Sekolah Rendah Jalan Raja Musa, Sekolah Ren-dah Parit Serong, Sekolah Ren-dah Bukit Belimbing dan Sekolah Rendah Kuala Selangor.

“Setiap sekolah ini akan ber-tukar-tukar melaksanakan pel-bagai program dan akan mem-beri pendedahan kepada pelajar terutama yang bakal menghada-pi peperiksaan.

“Kita mahu pelajar diberi pendedahan berhubung sekolah

lain dan tidak hanya memfokus-kan kepada sekolah sendiri saha-ja,” katanya.

Rozana berkata, pihaknya mahu memastikan setiap pela-jar tidak tercicir dalam pelajaran, sekali gus membuka minda me-reka untuk terdedah dengan bu-daya sekolah lain.

Katanya, ia juga salah satu inisiatif menarik pelajar supaya minat untuk datang ke sekolah dan menyertai pelbagai program yang dilaksanakan.

“Guru juga boleh bekerjasa-ma untuk berbincang pelbagai perkara supaya program Jalinan Pintar ini dapat berjalan dengan baik

“Program ini kita sudah mu-lakan dan akan dijadikan sebagai program tahunan jika mendapat sambutan memberangsangkan,” katanya.

DUN Permatang meterai MoU perkasa pelajar

Rozana bersama wakil empat sekolah yang terbabit dalam pemeteraian Memorandum Jalinan Pintar

SHAH ALAM - Ahli Dewan Ne-geri Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli, menjadi sasaran terbaru kaki buli, di media sosial.

Terbaru, akaun media sosial miliknya terpaksa dihentikan buat sementara waktu gara-gara diserang secara peribadi pihak tidak bertanggungjawab.

Juwairiya ketika dihubu-ngi SelangorKini mengesah-kan perkara terbabit dan me-nyatakan rasa kecewa kerana beliau turut diserang meng-gunakan perkataan lucah dan seksis.

“Secara tiba-tiba segerom-bolan ‘cybertroopers’ sebuah parti politik membuat serangan bertalu-talu di akaun facebook saya, sedangkan akaun berke-naan adalah medium meng-hubungkan saya dengan rakyat.

“Perkara ini tidak patut ber-laku, mereka menyerang peri-badi bukannya melalui parti.

ADN Bukit Melawati jadi sasaran buli siber

Bagaimanapun, ia tidak akan mematahkan semangat saya,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malay-

sia (CSM), Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, buli siber di negara ini berada pada tahap serius dan masyarakat perlu bersedia menghadapi ancaman berkenaan.

Beliau berkata, jika tidak dibendung, maka ia akan men-jadi ancaman kepada diri dan masyarakat kerana buli siber dikesan lebih bahaya berban-ding buli secara fizikal ekoran ia boleh dilakukan sesiapa sahaja tanpa kawalan, di internet.

Secara tiba-tiba segerombolan ‘cybertroopers’ sebuah parti politik membuat serangan bertalu-talu di akaun facebook saya, sedangkan akaun berkenaan adalah medium menghubungkan saya dengan rakyat

JUWAIRIYA ZULKIFLIAhli Dewan Negeri Bukit Melawati

Page 17: muka 3 muka 5 muka 7 muka 8 PERHEBAT PANTAUAN · perhebat pantauan sumber mineral bangun ekonomi, makmur negeri muka 3 percumapercuma 20 - 26 september 2018, 2 - 8 ogos 2018, 20 -

18PBT

SelangorKini 20 - 26 September 2018

OLEH SHEEDA FATHIL

KUALA LANGAT - Majlis Dae-rah Kuala Langat (MDKL) me-nyarankan masyarakat supaya mengamalkan konsep menjaga kebersihan ketika berada di pan-tai.

Penolong Pegawai Perancang Bandar Kanannya, Nurasyikin Mohamed Yusuf berkata, hal itu ekoran wujudnya banyak sam-pah yang akan menyebabkan pencemaran dan kekotoran, di persekitaran pantai.

Katanya, masyarakat perlu mengambil serius penjagaan alam sekitar demi generasi akan datang.

“Kempen kesedaran pen-jagaan alam sekitar sudah ba-nyak dilaksanakan, namun pucuk pangkalnya tetap atas diri masing-masing untuk mengam-bil serius isu ini.

“Saya ingin menyarankan ke-pada mereka yang ke pantai supaya sentiasa tanamkan si-fat menjaga kebersihan dengan setiap sampah dibuang dalam tong sampah atau jika tiada, sim-pan dulu dan buang apabila tiba

Demi generasi akan datang

MDKL saran jaga kebersihan pantaidi rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Pembersihan Pantai Cunang, Tanjung Sepat, pada 15 September lalu.

Pada masa sama, Nurasyikin berkata, terdapat tiga lagi pan-tai di bawah pentadbiran MDKL antaranya Pantai Morib, Pantai Kelanang dan Pantai Batu Laut.

“Sebenarnya pembersihan se-tiap pantai ini dilakukan hampir setiap minggu dan ada antara-nya membabitkan kerjasama dengan sektor swasta.

“Di Pantai Cunang ini pula su-dah lebih 30 kerja pembersihan kita lakukan sejak 2015 terma-suk penanaman semula pokok bakau dan rhu,” katanya.

KUALA LANGAT - Lembaga Pem-biayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) membersihkan Pantai Cu-nang, pada 15 September lalu.

Ketua Pegawai Kewangannya, Mohd Zawawi Mohd Muhiddin berkata, ia bagi memberi keseda-ran kepada masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan pantai dan alam sekitar.

Katanya, ia membabitkan 45 su-karelawan LPPSA, 30 pelajar Kelab Penerbitan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan 60 pelajar seko-lah rendah serta menengah, dari Tanjung Sepat.

“Program ini mampu memberi impak positif kepada komuniti tempatan dan mewujudkan kese-daran menjaga kebersihan pantai, sekali gus memupuk masyarakat supaya prihatin terhadap kepen-tingan memelihara serta memuli-

hara alam sekitar,” katanya.Program berkenaan turut

mendapat kerjasama Majlis Dae-rah Kuala Langat dan Jawatankua-sa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Orang Asli, Tanjung Sepat.

Mengulas berkenaan Pan-tai Cunang dipilih sebagai lokasi program, Mohd Zawawi berkata, ia kerana pantai itu mempunyai keunikan tersendiri.

“Ramai dalam kalangan kita ti-dak mengetahui berkenaan Pantai Cunang dan kini tiba masanya ber-sama-sama membantu penduduk tempatan mengkomersialkan lagi supaya ia lebih dikenali seperti pantai lain,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menyeru seluruh masyarakat un-tuk mengubah sikap dan mem-beri komitmen serius kepada penjagaan alam sekitar, terutama sungai juga pantai.

LPPSA laksana CSR bersih Pantai Cunang

Program CSR LPPSA Pembersihan Pantai Cunang, Tanjung Sepat, antara lain bertujuan mempromosi keunikan pantai itu

SHAH ALAM - Seramai 100 peser-ta menjayakan Bengkel Bajet 2019 Bersama Komuniti anjuran Maj-lis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di Dewan Banquet Wisma MBSA, baru-baru ini.

Antara wakil komuniti terbabit adalah wakil Majlis Perwakilan Penduduk Shah Alam, persatu-an penduduk, ahli jawatankuasa kampung, pemaju, pengilang, institusi pengajian tinggi, badan bukan kerajaan dan syarikat kor-porat.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shah-rin Ahmad berkata, bengkel itu diadakan bagi membincang dan mendapatkan input serta cada-ngan daripada komuniti pelbagai organisasi juga persatuan supaya hala tuju bajet MBSA 2019 me-

ngambil kira pandangan masyara-kat yang ada, di kawasan pentad-biran MBSA.

“Ia juga bagi menentukan arah dan hala tuju dalam mencapai matlamat MBSA untuk menye-diakan perkhidmatan yang efisien selain mewujudkan Shah Alam sebagai bandar raya yang bersih, indah, ceria serta selamat.

“Selain itu, penyediaan ba-jet juga bertujuan memastikan agihan peruntukan yang teratur bagi memenuhi keperluan or-ganisasi.

“Penyediaan bajet juga ber-tujuan memastikan wujudnya akauntabiliti dalam pengurusan kewangan MBSA melalui laporan kewangan tahunan yang dise-diakan,” katanya dalam kenyataan.

Shahrin berkata, melalui pelak-

sanaan bengkel itu, pihaknya memfokuskan beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian terhadap peruntukan bajet 2019 mengikut kategori yang dikhu-suskan.

“Ia termasuk pembangunan infra jalan, lampu dan lalu lin-tas, pembangunan infra saliran dan cerun, kemudahan awam, pengindahan landskap dan rekreasi, pengurusan sampah, kesihatan persekitaran, pemba-ngunan komuniti serta program bandar rendah karbon.

“Dengan pembabitan pelbagai pihak dalam bengkel ini, maka kami dapat mengambil langkah proaktif bagi menyediakan per-khidmatan dan kemudahan per-bandaran yang bersesuaian untuk semua pihak,” katanya.

��� peserta jayakan bengkel bajet ���� MBSA

Page 18: muka 3 muka 5 muka 7 muka 8 PERHEBAT PANTAUAN · perhebat pantauan sumber mineral bangun ekonomi, makmur negeri muka 3 percumapercuma 20 - 26 september 2018, 2 - 8 ogos 2018, 20 -

19SelangorKini 20 - 26 September 2018

Page 19: muka 3 muka 5 muka 7 muka 8 PERHEBAT PANTAUAN · perhebat pantauan sumber mineral bangun ekonomi, makmur negeri muka 3 percumapercuma 20 - 26 september 2018, 2 - 8 ogos 2018, 20 -

20Pendidikan

SelangorKini 20 - 26 September 2018

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Kerjasama Kolej Antara-bangsa INPENS (INPENS) bersama syari-kat pengeluar produk industri memberi impak positif bagi melahirkan graduan berkemahiran tinggi, di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari ber-kata, Kerajaan Negeri melihat usaha dirintis INPENS sewajarnya digalakkan dalam meng-hadapi perkembangan revolusi industri 4.0.

“Saya sangat gembira apabila INPENS menjalin kerjasama dengan DAIKIN iai-tu syarikat pengeluar penghawa dingin, Hong Leong Yamaha (motosikal) dan Perodua (automotif ) bagi membantu pela-jar dalam bidang pengkhususan tertentu.

“Ia akan membantu kebolehpasaran kelahiran graduannya kerana mereka

bukan hanya dilatih secara umum tetapi diberikan pengkhususan pada sesuatu bidang,” katanya kepada media selepas Majlis Konvokesyen INPENS 2018 kali ke-22, pada 13 September lalu.

Turut hadir, EXCO Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V Ganabatirau dan Ketua Eksekutif INPENS, Ahmad Zabri Mohd Yaman.

Amirudin berkata, sebagai institusi pengajian tinggi di bawah Kerajaan Ne-geri, INPENS sentiasa memberi tumpuan bagi meningkatkan kualiti pendidikan dalam memastikan penghasilan pelajar memenuhi pasaran industri.

“Fokus sebegini (kerjasama dengan pi-hak berkaitan) sedikit sebanyak memberi nilai tambah kepada lulusan INPENS,” ka-tanya.

Kerjasama INPENS-DAIKIN beri impak positif

Lahir graduan berkemahiran tinggi

Amirudin menyampaikan sijil dan diploma kepada 594 graduan INPENS yang menamatkan penga-jian, di kolej berkenaan

KAJANG - Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bakal dilaksanakan dalam kawasan sekolah sekitar ne-geri, mulai tahun hadapan.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian berkata, program itu ke-tika ini tidak berpeluang mema-suki sekolah kerana terdapat keka- ngan daripada kerajaan terdahulu.

“Bagaimanapun, perkara ini ma-sih dalam perbincangan bersama Kerajaan Negeri untuk ia mula di-laksanakan di beberapa sekolah ter-pilih, sekitar negeri ini.

“Apabila wujudnya inisiatif sebe-gini, pihak DUN dan sekolah dapat bekerjasama menggunakan tena-ga guru sedia ada dan pada masa sama, mereka dapat menambah pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan Pro-gram Pecutan Akhir Pentaksiran Tingkatan Tiga dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah, di Sekolah Ke-bangsaan Saujana Impian, di sini, pada 13 September lalu.

Pada masa sama, Loy Sian yang juga Ahli Dewan Negeri Kajang ber-kata, PTRS dapat membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang tidak berkemampuan untuk ke tuisyen.

“Kerajaan Negeri komited mahu membantu pelajar kurang berke-mampuan untuk pergi ke tuisyen berbayar terutama keluarga golo-ngan berpendapatan B40.

“Sejak ia mula dilaksanakan, sambutan amat memberangsang-kan walaupun terdapat kekangan daripada kerajaan terdahulu,” ka-tanya.

PTRS anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Yayasan Sela-ngor diteruskan dengan beberapa penambahbaikan demi mening-katkan tahap pencapaian.

PTRS membabitkan bilangan kuota 100 pelajar setiap kawasan dengan menawarkan mata pela-jaran Bahasa Melayu, Bahasa Ing- geris, Matematik dan Sejarah, sekali gus menyempurnakan amalan 5M (membaca, menulis, mengira, memikir, mangamal).

PTRS di sekolah mulai tahun depan

Warga Sekolah Kebangsaan Olak Lempit menggunakan botol mineral ter-buang untuk dijadikan Jalur Gemilang dalam meraikan Sambutan Hari Ma-laysia. Guru Bahasa Melayu, Reka Bentuk dan Teknologinya, Abdul Moha-mad berkata, semua guru serta pelajar menggunakan 308 botol terbuang juga dicat semula untuk dijadikan bendera.

JABATAN KERJA RAYAKENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat didalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontrak/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ. Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Ketua Akauntan Kementerian Kerja Raya. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontrak yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputra yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (jika berkenaan) beserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputra (jika berkenaan)

Pejabat yang

Memanggil Tender

Tajuk Projek Taraf/Jenis

Syarikat*

Gred, Kategori, Pengkhususan/Kelas Tajuk & Tajuk Kecil/

Kelas, Kepala & Sub Kepala

Tempat & Tarikh

Dokumen Mulai Dijual

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan,

JKR Negeri

Selangor

PEMASANGAN SISTEM ELEKTRIK UNTUK MEMBINA DAN MENYIAPKAN MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS BAGAN LALANG, DAERAH SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN

JKR/SEL/(N)009(T)/2018

Bumiputera T1

PPK, SPKK, STB & UPEN

Gred:

G6/G5/G4

Kategori:ME

Pengkhususan:E01, E04, E11

& E17

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan, JKR

Selangor.

20/09/2018(Khamis)

Sehingga

04/10/2018 (Khamis)

RM160.00

(Draf Bank/ Kiriman

Wang/ Wang Pos)

(Bayaran tidak akan dikembali-

kan)

Atas Nama Bendahari

Negeri Selangor

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan,Kompleks Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor, Persiaran

Jubli Perak, Seksyen 17 40200

Shah Alam, Selangor

Darul Ehsan.

Pada: 11/10/2018(Khamis)

Sebelum/Pada Jam

12.00 tengahari.(Tender

yang lewat diterima

tidak akan dilayan)

Lawatan Tapak Digalakkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi di Bahagian Kejuruteraan Elektrik, JKR Negeri Selangor. No. Telefon: 03 5545 5833

*Jenis Pendaftaran :

T1A1

A2

--

-

Syarikat 100% milik tempatanSyarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah 100% oleh warganegara.Syarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai equiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

Page 20: muka 3 muka 5 muka 7 muka 8 PERHEBAT PANTAUAN · perhebat pantauan sumber mineral bangun ekonomi, makmur negeri muka 3 percumapercuma 20 - 26 september 2018, 2 - 8 ogos 2018, 20 -

21SelangorKini 20 - 26 September 2018

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NAZLI IBRAHIM

SEPANG - Lima masjid, surau dan seko-lah agama KAFA di Sepang menerima sumbangan RM219,850 daripada Kera-jaan Negeri bagi membiayai kos pem-bangunan masing-masing.

Sumbangan disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, selepas selesai solat Jumaat bersama kariah Masjid An Nur, Kampung Chuchoh, pada 14 September lalu.

Antara penerima terbabit ialah Mas-jid An Nur yang menerima sumbangan RM159,850 daripada Jabatan Agama Is-

lam Selangor dan RM20,000 daripada Pemerbadanan Menteri Besar.

Nazir masjid berkenaan, Yaakob Sa-dikin berkata, sumbangan itu akan di-gunakan untuk membiayai projek me-naik taraf rumah ibadat terbabit.

“Kita memang merancang untuk membesarkan masjid ini bagi menam-bah kapasiti kerana pada masa ini ia hanya mampu menampung kira-kira 500 orang sahaja pada satu masa, se-dangkan penduduk semakin ramai.

“Kos keseluruhan dianggarkan RM500,000 untuk tujuan ini. Sekarang masih belum cukup tetapi akan diban-

tu pelbagai sumbangan orang ramai persendirian dan syarikat swasta,” ka-tanya.

Yaakob berkata, sumbangan dihulur-kan itu membantu jawatankuasa masjid berkenaan menjayakan projek yang di-rancang, sejak sekian lama itu.

Wakil Sekolah Agama Intergrasi KAFA Ehsanuddin, Adni Lajis pula berkata, sumbangan RM10,000 yang diterima akan digunakan untuk membeli bang-ku bagi kegunaan pelajar.

“Sumbangan ini dapat kami gunakan untuk mengganti bangku lama bagi ke-selesaan anak kita belajar nanti,” katanya.

WAKTU SOLAT SELANGOR

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling dan Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak Sabak Bernam dan Kuala Selangor

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak Klang dan Kuala Langat

20 - 26 September 201810 -16 Muharram 1440H

20 Khamis 5:39 5:49 7:03 1:10 4:13 7:13 8:21 21 Jumaat 5:38 5:48 7:03 1:10 4:13 7:12 8:21 22 Sabtu 5:38 5:48 7:02 1:09 4:13 7:12 8:20 23 Ahad 5:38 5:48 7:02 1:09 4:14 7:11 8:20 24 Isnin 5:38 5:48 7:02 1:09 4:14 7:11 8:20 25 Selasa 5:37 5:47 7:01 1:08 4:14 7:10 8:19 26 Rabu 5:37 5:47 7:01 1:08 4:14 7:10 8:19

Kerajaan Negeri sumbang RM219,850

Upaya institusi Islam Sepang

Amirudinbergambar

kenangan dengan wakil institusi Islam

yang menerima sumbangan

Kerajaan Negeri

SEPANG - Kerajaan Negeri melalui Pemer-badanan Menteri Besar Selangor (MBI) menghulurkan sumbangan RM120,000 ke-pada masjid, surau dan institusi pengajian Islam, di Kampung Bukit Bangkong, di sini.

Sumbangan diserahkan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, di Masjid Al-Ulum, Kampung Bukit Bangkong adalah se-bahagian daripada jumlah keseluruhan RM210,000 diperuntukkan bagi tujuan itu dalam Jelajah Maju Bersama ke daerah Sepang, pada 14 September lalu.

Penyerahan bantuan itu adalah pro-gram terakhir siri jelajah berkenaan de-ngan Amirudin menyertai penduduk tempatan menunaikan solat Maghrib dan Isyak, di masjid terbabit.

Masjid Al-Ulum menerima bantuan

RM20,000 manakala Surau Al-Manan, Surau Ar-Rashid, Surau Al-Muttaqin, Surau Al-Falah, Surau Al-Hasan, Surau Az-Zaid, Surau Al-Hidayah masing-masing mendapat RM10,000.

Selain itu, Sekolah Rendah Agama Kam-pung Bukit Bangkong, KAFAi Ulumuddin serta Pusat Pengajian Al-Quran dan Tahfiz Al-Ulum juga menerima RM10,000 setiap satu.

Sumbangan itu adalah bagi pemba-ngunan dan menggerakkan pelbagai ak-tiviti keagamaan juga kemasyarakatan.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar me-nyerahkan bantuan sama berjumlah RM90,000 di Masjid An-Nur, Kampung Hulu Chuchoh dan Masjid Ar-Raudhah, Kampung Ulu Teris, di sini.

MBI salur RM���,��� perkasa masjid, surau

Amirudin menyerahkan ceksumbangan RM10,000 kepada wakil SRA Kampung BukitBangkong

20 Khamis 5:38 5:48 7:02 1:10 4:14 7:12 8:2121 Jumaat 5:38 5:48 7:02 1:09 4:14 7:12 8:2022 Sabtu 5:37 5:47 7:01 1:09 4:14 7:11 8:2023 Ahad 5:37 5:47 7:01 1:08 4:14 7:11 8:2024 Isnin 5:37 5:47 7:01 1:08 4:15 7:10 8:1925 Selasa 5:37 5:47 7:00 1:08 4:15 7:10 8:1926 Rabu 5:36 5:46 7:00 1:07 4:15 7:09 8:18

20 Khamis 5:40 5:50 7:03 1:12 4:16 7:14 8:2321 Jumaat 5:40 5:50 7:03 1:11 4:16 7:14 8:2322 Sabtu 5:40 5:50 7:03 1:11 4:17 7:13 8:2223 Ahad 5:39 5:49 7:03 1:11 4:17 7:13 8:2224 Isnin 5:39 5:49 7:02 1:10 4:17 7:13 8:2125 Selasa 5:39 5:49 7:02 1:10 4:17 7:12 8:2126 Rabu 5:39 5:49 7:02 1:10 4:17 7:12 8:20

Page 21: muka 3 muka 5 muka 7 muka 8 PERHEBAT PANTAUAN · perhebat pantauan sumber mineral bangun ekonomi, makmur negeri muka 3 percumapercuma 20 - 26 september 2018, 2 - 8 ogos 2018, 20 -

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 20 - 26 September 2018

KUALA LUMPUR - Kementerian Pe-rumahan dan Kerajaan Tempatan

(KPKT) akan mewujud-kan program sokongan komuniti bagi penjagaan kanak-kanak di setiap Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, pro-gram yang menggalak-kan golongan ibu di PPR bekerjasama menjaga kanak-kanak di kawasan perumahan mereka itu akan dimasukkan dalam dasar perumahan rakyat baharu yang dijangka di-umumkan, pada hujung bulan ini.

“Kita dapati ada ibu bapa di PPR ini tidak mampu meng-

hantar anak ke pusat asuhan atau mengupah orang menjaganya. Jus-teru, melalui program ini akan ada ibu yang secara sukarela menjaga anak jiran lain ketika mereka keluar bekerja,” katanya.

Terdahulu, beliau me-luangkan masa mela-wat keluarga kanak-kanak perempuan, Siti Nur Nadhirah Khairul Anuar, 4, yang maut selepas terjatuh dari balkoni r u m a h n y a , di tingkat 17, Blok A, PPR Kota Damansara, pada 13

September lalu.Dalam kejadian kira-kira jam

7.10 pagi itu, mangsa dipercayai tergelincir ketika memanjat kerusi plastik di balkoni rumah yang tidak dipasang jeriji atas.

Ketika kejadian, mangsa di-katakan bersendirian di rumah

kerana ibu bapanya keluar se-jak jam 6 pagi untuk berniaga

nasi lemak di Bukit Jelutong, Shah Alam, manakala ka-kak mangsa berusia 14

tahun keluar meng-hantar seorang

adiknya ber-usia tujuh tahun ke sebuah ta-dika, di Blok D, PPR berkenaan.

PETALING JAYA - Kira-kira 20 keluarga kurang berkemampuan di Flat Projek Pe-rumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang menerima bantuan makanan secara per-cuma melalui Program Bank Makanan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah berkata, program itu dibuat ekoran kajian ke atas komuniti terbabit mendapati 80 peratus kanak-kanak anta-ra tujuh bulan dan 18 tahun kurang berat badan serta tidak mempunyai perkem-bangan baik.

Katanya, program itu dikendalikan suka- relawannya di bawah inisiatif #105PJ.

“Program ini bertujuaan menyediakan sumber makanan, rawatan perubatan asas dalam jangka masa panjang serta peluang kerja kepada masyarakat dan komuniti yang kurang berkeupayaan menjaga diri juga keluarga mereka.

“Saya berharap, program Bank Maka- nan ini akan meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa masih ada dalam rakyat Malaysia kurang mampu menye-diakan makanan mencukupi untuk keluar-

ga mereka,” katanya selepas melancarkan Program Bank Makanan, di pejabatnya, baru-baru ini.

Maria berkata, program itu adalah langkah pertama pihaknya menangani masalah kekurangan zat makanan yang berlaku dalam kalangan penduduk PPR Lembah Subang.

“Saya turut mengalu-alukan sektor awam dan swasta untuk mendermakan barangan seperti susu tepung, makanan dalam tin serta beras.

“Kami tidak mahu wang tetapi hanya barang makanan yang akan diterima buat keluarga yang memerlukan ini,” katanya.

Pada masa sama, Maria berkata, se-hingga kini lapan keluarga bergantung sepenuhnya kepada pendapatan bulanan sebanyak RM800 sahaja, sementara seba-hagian daripadanya menerima bantuan zakat RM500.

“Ini sekali gus menyebabkan mereka kekurangan sumber kewangan untuk membeli makanan yang mempunyai nut-risi tinggi,” katanya.

SHAH ALAM - Bukan sahaja rakyat jelata, bahkan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut menzahirkan rasa sedih dan du-kacita terhadap kes penganiayaan kucing yang dibunuh meng-gunakan mesin pe-ngering pakaian, ba-ru-baru ini.

Baginda menyata-kan rasa terkejut dan sedih dengan perbua-tan menzalimi haiwan yang kian berleluasa.

“Sifat kemanusiaan seolah-olah hilang da-lam diri pelaku sehing-ga sanggup meng- aniaya haiwan yang se-dang bunting.

“Masyarakat harus peka kerana haiwan juga ada hak dan dilindungi di bawah undang-undang serta tidak seharusnya berlaku penderaan juga penganiayaan sewenang-wenangnya khususnya haiwan peliharaan,” titah ba- ginda melalui kenyataan dikeluarkan Pejabat Sultan Selangor.

Baginda yang juga Penaung Diraja Kempen Stray Free Selangor (SFS) turut menghantar surat secara rasmi kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Ma-laysia (DVS).

Melalui surat berkenaan, baginda menggesa DVS mengenakan tindakan sewajarnya kepada pelaku yang terbukti bersalah supaya perbuatan seumpama itu tidak berulang lagi.

Titah baginda, di bawah Seksyen 428 Kanun Ke-seksaan menyatakan mereka yang membunuh, meracun atau mencederakan binatang boleh dike-nakan hukuman penjara maksimum tiga tahun, den-da atau ke-dua-duanya.

Tengku Permaisuri Selangor: Hukum penganiaya haiwan

Maria Chin bergambar kenangan dengan kanak- kanak di Flat PPR Lembah Subang dalam program Bank Makanan

Program Bank Makanan bantu golongan susah

KPKT wujud program jaga kanak-kanak di PPR

Page 22: muka 3 muka 5 muka 7 muka 8 PERHEBAT PANTAUAN · perhebat pantauan sumber mineral bangun ekonomi, makmur negeri muka 3 percumapercuma 20 - 26 september 2018, 2 - 8 ogos 2018, 20 -

23SelangorKini 20 - 26 September 2018

Sukan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH HAFIZAN TAIB

PUTRAJAYA - Ke-menterian Belia dan Sukan (KBS) komited terhadap pembangunan su-kan termasuk per-motoran dengan pengenalan per-lumbaan Mini Cub Prix KBS.

M e n t e r i n y a , Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ber-kata, pelancaran perlumbaan itu selaras dengan matlamat kementerian memba-ngunkan sukan permotoran, di Malaysia.

“KBS memberi sokongan penuh ter-hadap pembangunan sukan permotoran di negara ini dan ia dapat dilihat dengan

Mini Cub Prix KBS

Lahir bakat sukanpermotoran

komitmen kementerian daripada pering-kat akar umbi hingga ke tahap MotoGP.

“Kementerian ingin melihat lebih ramai belia mendapat faedah daripada pelba-

gai program su-kan dilaksanakan berbanding be-berapa elit terpi-lih,” katanya pada majlis pelancaran Mini Cub Prix KBS, di sini, pada 13 September lalu.

Beliau berka-ta, KBS berharap dapat membuka ruang dan mem-

beri peluang kepada lebih ramai generasi muda untuk merealisasikan impian men-jadi pelumba profesional.

Sementara itu, Pengarah Safe Aim Mu-tual Sdn Bhd, Ron Hogg menyifatkan, Mini Cub Prix KBS sebagai landasan me-

SHAH ALAM - Pengendali rangkaian maya mudah alih, Tune Talk menzahirkan soko-ngan penuh kepada kontinjen Malaysia ke Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, Indonesia, pada Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ameen Amaendran berkata, ia adalah sokongan berterusan syarikat itu dan sentiasa men-jadi pendukung gerakan Para-limpik Malaysia, sejak 2015.

“Melalui inisiatif MISIM dan #KAMILUARBIASA, dua usaha dibuat khusus untuk menyo-kong dan memberi pendeda-han kepada atlet kita yang luar biasa.

“Tune Talk akan terus mem-beri liputan terkini mereka yang akan ber-tanding di Sukan Para Asia 2018 Jakarta se-perti kita lakukan ketika Sukan Paralimpik RIO 2016 melalui landasan dalam talian kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 2015, Tune Talk memperkenalkan Seni Mempertahankan Diri Campuran

Seni Bela Diri (MISIM) dan #KAMILUARBIA-SA bagi membawa lebih banyak pende-dahan kepada wira istimewa negara demi menonjolkan pencapaian serta memain-kan peranan aktif mencari bakat baru, di

peringkat akar umbi.Beliau berkata, inisiatif itu ber-

jaya memecah dinding prasang-ka, diskriminasi dan persepsi ter-hadap atlet luar biasa berkenaan.

Katanya, Tune Talk akan me-nyediakan kit latihan kepada at-let untuk dipakai ketika mereka melakukan rutin, di tempat lati-han.

“Keutamaan ialah memastikan atlet tidak perlu bimbang berke-naan isu tidak perlu dan memberi

tumpuan kepada persiapan mereka mem-bawa kejayaan kepada Malaysia.

“Ia berada dalam ‘Deoxyribonucleic Acid’ (DNA) syarikat untuk membantu membi-na komuniti luar biasa dan penghormatan menjadi sebahagian daripada gerakan paralimpik Malaysia,” katanya.

Tune Talk sokong atlet ke Sukan Para Asia ���8

Khairil Aslan berjaya tawan puncak Stok KangriSHAH ALAM - Peserta Ekspedisi Solo Merdeka Anak Muda Gombak (AMG) ke Himalaya, Khairil Aslan Ab Rasid, akhir- nya berjaya mengibarkan bendera Se-langor, di puncak Gunung Stok Kangri, India.

Kejayaan Khairil, 43, itu turut men-dapat perhatian Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, sekali gus menzahirkan ucapan tahniah kepada Ikon AMG itu.

Amirudin berkata, Khairil berjaya mendaki Stok Kangri berketinggian 6153 meter, sekali gus melengkapkan misi pendakian tiga puncak beliau.

“Kejayaan ini beliau dedikasikan ke-pada semua rakyat Malaysia sempena Hari Malaysia. Syabas!,” katanya melalui laman twitter peribadinya.

Khairil sebelum ini mendapat soko-ngan penuh Kerajaan Negeri termasuk Amirudin untuk memulakan pendakian menawan tiga puncak iaitu Gunung Stok Kangri setinggi 6,153 meter, Gunung CB14 (6,045 meter) dan Gunung CB13 (6,264 meter), pada 27 Ogos lalu.

Amirudin berkata, usaha Khairil itu menjadi kebanggaan Selangor dan wa-jar dicontohi golongan belia, seluruh negara.

lengkapkan eko sistem Cub Prix untuk pelumba Malaysia.

“Kejuaraan Cub Prix Malaysia dan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) berjaya dianjurkan dan menjadi tum-puan dalam industri perlumbaan mo-tosikal. Dengan menyediakan dua landasan ini, pelumba negara dapat membangunkan kerjaya serta kami membantu mewujudkan industri lum-ba motosikal yang berkembang maju, di Malaysia.

“Dengan pelancaran Mini Cub Prix KBS, kami menambah landasan lain kepada eko sistem serta me-nyempurnakan proses pe-ngenalan bakat,” katanya.

Beliau berkata, pelancaran perlumbaan itu sangat ber-makna kerana Kejuaraan Cub Prix Malaysia meraikan ulang tahun ke-25 musim ini.

Mini Cub Prix KBS adalah perlumbaan versi motosikal poket iaitu program perintis untuk penunggang junior berumur enam hingga 12 ta-hun.

Page 23: muka 3 muka 5 muka 7 muka 8 PERHEBAT PANTAUAN · perhebat pantauan sumber mineral bangun ekonomi, makmur negeri muka 3 percumapercuma 20 - 26 september 2018, 2 - 8 ogos 2018, 20 -

Tahniah Badang Selangor SHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari menzahirkan ucapan tahniah buat ‘Badang Selangor’, Mohd Yusoff Nandong, selepas berjaya merangkul dua pingat emas, pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018, pada 14 September lalu.

Beliau berkata, kejayaan Yusoff lebih ma-nis apabila berjaya memecahkan rekod SUK-MA bagi kategori sukan angkat berat.

“Tahniah buat anda dan tidak ketinggalan kepada pasukan badminton wanita yang tu-rut memenangi pingat emas ketiga Selangor. Tahniah!,” katanya menerusi twitter.

Yusoff menjadi atlet pertama berjaya me-mecahkan dua rekod temasya selepas tujuh hari SUKMA 2018 berlangsung.

Beliau memecahkan rekod SUKMA selepas memenangi emas dalam acara ‘snatch’ ka-tegori 56 kilogram (kg) dengan melakukan angkatan 116kg mengatasi rekod lama iaitu 115kg yang dilakukan Mohd Shafiq Ismail, pada SUKMA 2010.

Rekod kedua dilakukannya adalah acara ‘clean & jerk’ kategori 56kg dengan angkatan seberat 137kg, sekali gus memadam rekod Shafiq iaitu 136kg juga pada SUKMA 2010.

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar, Ami-rudin Shari mahu kontinjen Selangor mengekalkan kejua-raan sempena te- masya Sukan Ma-laysia (SUKMA) ke-19, kali ini.

“Ayuh pasukan Sela-ngor, kita kekalkan kejuara-an SUKMA, selamat maju jaya!,” katanya menerusi twitter peribadi.

Terdahulu, beliau turut berkesem-patan menghadiri majlis Upacara Pe-rasmian SUKMA XIX 2018, di Ipoh, Pe-rak, pada 11 September lalu.

Ketua kontinjen SUKMA Selangor, Datuk Mohd Yasin Mohd Salleh ber-kata, Selangor meletakkan sasaran kutipan lebih 50 pingat emas bagi mempertahankan gelaran juara kese-luruhan, pada temasya itu.

Katanya, sasaran pingat itu untuk semua 29 acara sukan yang akan diser-tai kontinjen Selangor.

“Sukan renang dan terjun dijangka

Ayuh Selangor, kekalkan juara

REKOD BARUSUKMA 2018snatch (56 KG) 116kg

clean & jerk (56kg) 137kg

bakal menjadi penyumbang terbesar pingat emas untuk Selangor dalam SUKMA kali ini dengan sekurang-kurangnya 10 emas.

“Pada SUKMA lalu di Sarawak, acara berkenaan menyumbang 22 emas, le-bih daripada sasaran dijangka. Antara sukan lain dijangka memberi sumba-ngan emas yang banyak untuk Sela-ngor adalah olahraga, menembak dan tenpin boling,” katanya.

Bagi menghadapi SUKMA kali ini, kontinjen Selangor menghantar 679 atlet, jurulatih dan pengurus pasu-kan dengan 70 peratus daripada 649 atlet yang dipertaruhkan Selangor dalam temasya kali ini adalah muka baharu.

Jadual padat ternyata tidak menghalang Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, meluangkan masa mengetuai pasukan Pilihan MBmenentang Belia Kampung Bukit Bangkong dalam perlawanan persahabatan bola sepak sempena Jelajah Maju Bersama ke daerah Sepang, pada 14 September lalu

Foto oleh Bernama