Upload
vannga
View
289
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
MOTIF DAN HIASAN CINA DALAM DEKORASI DALAMAN MASJID:
KAJIAN TERHADAP MASJID TUA DI MELAKA PADA AWAL ABAD KE 18
(Chinese Decorative and motifs in Mosque Interior Decoration:
Study on the Old Mosque in Malacca In Early 18th Century)
Oleh :
Syaimak Ismail*
Abdullah Yusof**
Faisal@Ahmad Faisal Abdul Hamid***
Abstrak
Masyarakat Cina telah mula merantau di Nusantara sejak 500 tahun yang lampau.
Kedatangan mereka ke Nusantara bersama beberapa matlamat utama yang melibatkan
hal perdagangan, ekonomi dan hubungan diplomatik. Kedatangan mereka dengan
menyeberangi laut China Selatan telah membawa bersama budaya dan tatacara
kehidupan yang pada visualnya telah memberikan impak kepada penduduk setempat.
Antara kesan yang boleh dilihat adalah daripada sudut seni bina dan motif yang
menghisasi masjid-masjid di Alam Melayu. Kesan tersebut jelas membuktikan bahawa
masyarakat Cina telah menetap di Alam Melayu dalam tempoh yang lama.
Kata Kunci: Motif, ornamentasi, Cina, Masjid, Melaka, Tua, Melaka
Abstract
The Chinese have started to wander in the archipelago since 500 years ago. Their
arrival in the archipelago with several major goals involves trade, economic and
diplomatic relations. Their arrival by crossing the South China Sea has brought
together cultures and living style in visually give an impact into the local population.
Among the effects that can be seen is that the mosque architecture and motifs in the
Malay world. Consequence, it has clearly demonstrates that the Chinese have settled
in the Malay world in a long time.
Keyword: Motifs, Decorative, Chinese, Mosque, Mosque, Mallaca
Pengenalan
Seni bina dan reka bentuk bangunan sentiasa berkembang serta berlaku di seluruh dunia dan
faktor perkembangan seni bina ini adalah disebabkan beberapa situasi yang melibatkan faktor
persekitaran. Kehidupan manusia di dunia ini adalah selaras dengan pertumbuhan alam dan
manusia sama sekali tidak terlepas daripada putaran alam yang telah ditetapkan Allah s.w.t.
Hukum-hukum alam inilah yang berperanan untuk membentuk tingkahlaku manusia
termasuklah kebudayaan serta tatacara kehidupan. Maka kebudayaan turut membantu
manusia bagi menghasilkan satu seni bina dan reka bentuk yang berkembang sehingga ke hari
ini sejalan dengan perkembangan pemikiran manusia.1
* Pelajar PhD di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. ** Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. *** Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 1Rini Trisulowati, Imam Santoso, Pengaruh Religi Terhadap Perkembangan Arsitektur: India, Cina dan Jepang,
(Graha Ilmu: Yongyakarta, 2008), viii
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (1) 2013, 1-13
2
Masjid merupakan suatu lambang keagungan bagi umat Islam seantero dunia. Kebesaran
Islam ini masih kekal sebagai pusat perkembangan umat samaada di dunia mahupun di Barat.2
Masjid juga turut menjadi sebuah monumen penting bagi umat Islam menjalani ibadah dan
bangunan masjid bukan sekadar arsitektur semata-mata atau cuma boleh dipandang pada
bentuk fizikal dan visual sahaja tetapi di dalamnya mengandungi segala bentuk kegiatan
dalam melaksanakan syariat Islam.3
Masjid-masjid ini tampil dengan gaya seni binanya yang tersendiri serta lengkap dengan
bentuk, gaya dan corak yang pelbagai mengikut kehidupan, adat resam serta latar belakang
manusia yang menciptakannya.4 Selain itu, penguasa turut menjadi faktor kepada
perkembangan seni bina. Hal ini kerana para pemerintah seringkali mengarahkan pembinaan
masjid yang mewah bagi menonjolkan pengaruh seorang ketua untuk melihatkan kekayaan
serta kekuasaan seorang terutamanya apabila sebuah negara Islam itu mencapai tahap yang
memberangsangkan.5Apa yang menentukan nilai serta kualiti seni bina suatu bangunan itu
adalah melalui kebudayaan sesuatu bangsa mengikut cita rasa dan keinginan bangsa tersebut.6
Pengertian Masjid
Seni bina Islam adalah merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam yang mana
manusia membinanya dengan tujuan untuk memenuhi kehendak manusia yang merangkumi
aspek rohani dan jasmani.Oleh itu, seni bina Islam berperanan sebagai bangunan-bangunan
yang didirkan bagi menampung aktiviti manusia untuk mecapai keimanan kepada Allah
s.w.t.7 Menurut Gazalba perkataan masdjid berasal daripada kata akar sajd yang membawa
erti sujud.8 Masjid berasal daripada perkataan “Sajd” yang membawa erti tempat bersujud.
9
Perkataan masjid boleh didapati di dalam al-quran iaitu dalam surah As-sajadah ayat 1510
yang menyatakan tentang hamba beriman yang takut apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran
dan mereka itu bersujud, bertasbih dan memuji Allah dan tidak menyombongkan diri.11
Perbuatan sujud adalah merupakan suatu aktiviti penting ketika menyembah Allah s.w.t.12
Terdapat hadis Rasulullah s.a.w yang meriwayatkan tentang masjid, “telah dijadikan tanah itu
masjid bagiku iaitu tempat untuk sujud.”Daripada hadis tadi jelas bahawa masjid itu
membawa erti sujud.13
Terdapat juga hadis nabi yang menyifatkan bahawa seluruh bumi itu
adalah tempat untuk umat Islam bersolat, maka tidak terdapat tempat yang khusus dan
tempat-tempat di bumi ini yang bersih boleh dianggap sebagai masjid.14
2Masjid, Sejarah, Ciri-ciri Pembentukkan Dan Pembinaan Masjid-masjid Dunia, Malaysia dan Kuala Lumpur,
(Selangor: Puncak Awal Sdn. Bhd dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, 1998), 8 3Abdul Rochym, Sejarah Arsitektur Islam Sebuah Tinjauan, (Bandung: Angkasa Bandung, 1983), vii 4Abdul Rochym, ibid, h. 3 5Abdul Rochym, ibid, h. 5 6Abdul Rochym, ibid h. 31(Sesetengah orang percaya bahawa untuk mengenali dan memahami latarbelakang
sebuah negara itu kita perlu melihat kepada seni bina yang ditampilkan oleh pemerintah. Bangunan yang
didirkan adalah merupakan lambang kepada latarbelakang, suasana serta masyarakat yang menetap di negara
tersebut. (Cai Yanxin, Lu Bingjie, Chinese Architecture: Palace, Gardens, Temples and Dwellings, (China
Intercontinental Press: China, 2006), 14 7Abdul Rochym, op.,cit, 1983), 1 8Sidi Gazalba, Masjid: Pusat Ibadah Dan Kebudayaan Islam, (Jakarta: Pustakan Antara, 1975), 108 9Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, Peranan Kukirikulum dan Rekabentuk Masjid Sebagai Pusat Pembangunan Masyarakat, (Skudai:Universiti Teknologi Mara, 1999), 4 10 Al-Quranulkarim, Miracle The Reference, h. 829 11Ibid, h. 829 12Mohamad Tajudin Mohamad Rasdi, The Architectural Heritage of the Malay World, (Skudai: UTM, 2000), 3 13 H. Aboebakar, Sedjarah Mesdjid, (Jakarta: Toko Buku Fa. Adil & Co, 1995), 3 14 Mastor Surat, Pembangunan Tipologi Masjid Tradisional Melayu Nusantara, (UKM: Bangi, 2010), 14
Motif dan Hiasan Cina dalam Dekorasi Dalaman Masjid:
Kajian Terhadap Masjid Tua di Melaka Pada Awal Abad ke 18
3
Permulaan Kepada Hubungan Alam Melayu Dan China
Kedatangan bangsa Cina ini ke Alam Melayu boleh dikatakan melaui tiga fasa utama yang
melibatkan zaman penempatan terawal kaum Cina, zaman pemerintahan Jepun dan selepas
kemerdekaan. Sehubungan dengan itu, masyarakat Cina ini sememangnya sudah berkurun
lamanya menetap di Tanah Melayu.15
Hubungan orang-orang China dan Melaka ditentukan
oleh dua faktor sejarah yang utama. Faktor yang pertama adalah mereka yang datang ke
Melaka sebagai pedagang sepertimana yang disarankan oleh kerajaan China sendiri. Kedua,
adalah melalui perkahwinan yang berlaku di antara orang-orang Cina yang telah lama
menetap di Melaka.16
Hubungan Melaka dan China bertambah erat apabila Melaka meminta
perlindungan dari China untuk mengelakkan serangan dari Siam. Percambahan masyarakat
China di Melaka juga bmenjadi pesat apabila puteri China iaitu Hang Li Po di kahwinkan
dengan Sultan Melaka. Berlaku pertukaran dan asimilasi budaya yang boleh dilihat dalam
kehidupan masyarakat di Malaysia daripada pelbagai aspek kehidupan.
Pada awal abad ke-18, dasar pemerintahan Belanda menghadapi kegetiran akibat daripada
ancaman Inggeris yang merupakan kuasa baru pada waktu itu. Belanda menghadapi tekanan
berpunca daripada peperangan di Eropah serta serangan daripada penduduk tempatan yang
ingin mendapatkan kembali wilayah mereka. Orang-orang Melayu sedar bahawa tindakan
tersebut adalah satu bentuk penindasan dan penghinaan terhadap agama Islam. Atas kesedaran
tersebut, masyarakat Islam mula bangkit dan terus berjuang bagi menegakkan agama Islam.
Belanda kemudiannya telah mengambil langkah untuk menawan hati penduduk tempatan
serta memberi kebenaran untuk membina rumah ibadat terutamanya di kawasan bandar demi
mendapatkan sokongan penduduk tempatan. Sehubungan dengan itu, tukang-tukang yang
mahir dalam pertukangan bangunan dari China diimport oleh Belanda untuk membina rumah-
rumah ibadat di Melaka termasuklah masjid. Oleh itu, kesan yang jelas juga dapat dilihat pada
corak dan hiasan masjid yang terdapat di negeri Melaka.
Bentuk-Bentuk Masjid Di Melaka
Masyarakat Islam yang menetap di sepanjang pantai Melaka telah mula membina masjid dan
surau bagi kegunaan penduduk tempatan sejak kurun ke-14 lagi. Pembinaan ini telah mula
berlaku sebelum Melaka dibuka secara rasminya pada tahun 1403 Masihi. Apabila kerajaan
Melaka didirikan atas paksi Islam, masjid-masjid mula dibangunkan bagi kegunaan
masyarakat Islam di Melaka.
Pada peringkat awal, pembinaan masjid di Melaka tidak mempunyai identitinya yang
tersendiri. Monumen ini dibina mengikut bentuk istana dan rumah-rumah pembesar pada
waktu itu dan binaannya adalah menghadap ke arah kiblat. Di bahagian hadapan boleh dilihat
satu anjung untuk imam berdiri menghadap ke arah kiblat. Manakala di bahagian belakang
pula boleh dilihat kolah atau perigi yang digunakan untuk mengambil wudhuk. Masjid-masjid
yang terdapat di Melaka pada hari ini kebanyakkanya mengambil contoh daripada masjid-
masjid yang sudah ada seperti masjid Tengkera dan masjid Kampung Hulu dan bentuk
pembinaanya jelas kelihatan serupa.
Pada abad ke-19 beberapa masjid telah didirikan di Melaka dan reka bentuk seni binanya
serupa dengan seni bina masjid di Nusantara antaranya ialah seperti masjid Jamek Telok Mas
15 Tan Chee Beng, Chinese Peranakan Heritage in Malaysia And Singapore, (Fajar Bakti: Kuala Lumpur, 1993),
59 16 Yusoff Iskandar, Masyarakat Melaka 1400-1511T.M Dengan Tinjauan Khusus MengenaiOrang-orang Asing,
(Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1978), 8
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (1) 2013, 1-13
4
batu 6 ½ yang dibina pada tahun 1826, Masjid Jamek hujung Pasir dibina pada tahun 1829,
Masjid Duyong Batu 3 ½ dibina pada 1850, Masjid Bukit China tahun 1861 dan Masjid Alai
Batu 4 ¾ pada tahun 1890.17
Selain itu bentuk monumen yang lebih kurang sama binaanya itu
boleh dilihat pada masjid yang terdapat di Jawa iaitu Masjid Agung Demak dan Masjid
Kampung Laut, Kelantan. Persamaan ketara yang boleh dilihat pada masjid-masjid ini jelas
menunjukkan satu identiti seni bina masjid di kawasan Nusantara pada waktu itu.
Masjid-masjid tua yang terdapat di Melaka ini boleh dikategorikan kepada bentuk sino-
elektik. Masjid-masjid tua ini mempunyai lantai yang terletak di atas permukaan tanah serupa
dengan masjid-masjid yang ada di Indonesia. Pada kebiasaanya bentuk bumbung masjid ini
dapat dilihat dalam dua bentuk iaitu masjid yang memiliki dua lapisan dan tiga lapisan.18
Masjid-masjid yang kebanyakkanya terdapat di Melaka mempunyai bumbung yang
bertingkat-tingkat atau bumbung piramid. Corak-corak yang mempunyai ukiran dan hiasan
Cina sangat ketara dan boleh dilihat pada hujung-hujung atap dan pada puncak masjid yang
juga boleh dapati di rumah-rumah ibadat masyarakat Cina. Penggunaan batu bata dan genting
mempunyai pengaruh seni bina Cina, hal ini kerana masjid-masjid yang boleh dilihat di
sebelah Barat Selat Melaka terutamanya daerah Minangkabau diperbuat daripada kayu dan
atap ijuk iaitu serat yang diambil daripada pokok enau. Masjid-masjid yang mempunyai
bumbung berbentuk piramid ini juga pada kebiasaanya memiliki menara yang menyerupai
pagoda.19
Masjid sino-lektik yang berbumbung tiga adalah seperti masjid Kampung Hulu, Masjid
Tengkera, Masjid Kampung Keling. Masjid-masjid ini terletak dikawasan bandar Melaka.
Oleh itu, masjid-masjid ini sentiasa menjadi tumpuan pedagang memandangkan kedudukanya
yang strategik di kawasan Bandar. Masjid-masjid ini di pagar dengan pagar batu dan
mempunyai pintu gerbang seperti tokong Cina. Menurut sejarah, masjid-masjid ini dibina
oleh pedagang-pedagang yang terdiri daripada orang Cina. Disebabkan itu unsur binaanya
boleh didapati ragam hias dan bentuk seni bina Cina. Antara contoh yang boleh dilihat ialah
Masjid Kampung Keling yang mempunyai menara yang berbentuk pagoda, selain itu pintu
gerbang pada masjid tersebut juga menyerupai pintu gerbang Cina. Masjid ini dihiasi dengan
ukiran-ukiran Cina yang sangat menarik pada ruangan solat dan bahagian luar masjid.20
Simbol Dalam Seni Bina Cina
Budaya Cina mempunyai simbolisme yang telah hadir sejak ribuan tahun yang lampau. Setiap
simbol mempunyai makna yang tersendiri. Motif hiasan yang terkenal dan pelbagai dalam
tradisi Cina dijelmakan hasil daripada ilham berdasarkan falsafah, lagenda, sejarah, Tao,
Confucious dan tradisi agama Buddha.21
Simbol-simbol ini wujud dalam bentuk visual dan
ada yang bukan dalam bentuk visual. Simbol visual pada kebiasaanya hadir dalam bentuk
hiasan ragam hias dan warna-warna yang sesuai dengan maksud simbol tersebut. Simbol yang
tidak dapat dilihat secara visual pada kebiasaanya ada di dalam aktiviti ritual keagamaan
masyarakat Cina.
17
Abdul Halim Nasir, Masjid-masjid di Nusantara, (Bangi: UKM, 1979), 78-79 18Mastor Surat, Pembangunan Tipologi Masjid Tradisional Melayu Nusantara, (Bangi: UKM, 2008), 196 19
Ezrin Arbi, Pengaruh Senibina Asing di Malaysia, Kongres Kebudayaan Kebangsaan: Kuala Lumpur, 16-20
Ogos 1971, 2 20
Ezrin Arbi, ibid, h. 2 21Six Centuries of Islamic Art in China, (Kuala Lumpur: Muzium Kesenian Islam Malaysia, 2001), 70
Motif dan Hiasan Cina dalam Dekorasi Dalaman Masjid:
Kajian Terhadap Masjid Tua di Melaka Pada Awal Abad ke 18
5
Terdapat lapan lambang Buddha yang seringkali diguna pakai sebagai motif dan hiasan
kerana setiap lambang ini mempunyai maksud dan kegunaanya yang tersendiri.Antaranya
ialah roda, Cengkerang Koc, Ikan yang berpasangan, ikatan abadi, bunga teratai, pasu, langit-
langit dan payung.22
Hiasan dalam seni bina Cina boleh dikelompokkan kepada lima jenis iaitu haiwan (fauna),
tumbuhan (flora), fenomena, lagenda dan geometrik.23
Ornamentasi adalah sesuatu yang
sangat penting dalam seni bina China. Kebanyakkan daripada hiasan-hiasan yang ada dalam
seni bina Cina ini bukan sahaja untuk perhiasan semata-mata tetapi perhiasan tersebut dikira
sebahagian daripada pembinaan sebuah bangunan dan ormamentasi tersebut pasti bersesuaian
dengan alam sekitar.24
Motif dan simbol Cina adalah berbeza dengan simbol daripada budaya
lain kerana setiap simbol mempunyai maknanya yang khusus. Simbol-simbol ini telah
tertanam dalam pemikiran masyarakat Cina sebagai petanda baik dan tuah positif yang akan
membawa kesejahteraan kepada masyarakat Cina.25
Motif dan ornamentasi dalam senibina
Cina secara umumnya dapat dibahagikan kepada tujuh kelompok yang terdiri daripada flora,
fauna, geometri, kosmos, kaligrafi, peralatan dan watak manusia.26
Penulis hanya
membincangkan kelompok yang boleh didapati di dalam masjid di Melaka sahaja.
1.Haiwan (Fauna)
Bentuk-bentuk dan elemen Cina mengandungi pola dan simbol daripada makhluk yang
bernyawa yang mempunyai maksudnya yang tersendiri iaitu sebagai penjaga keselamatan dan
pembawa nasib baik. Haiwan yang seringkali digunakan sebagai motif hiasan adalah seperti
naga, harimau, singa, burung Hong, phoenix (burung merak), kura-kura, gajah, kelawar, qilin
(haiwan mistik Cina), menjangan dan burung bangau.
i. Naga
Motif ukiran naga mempunyai manifestasinaya sendiri bermula dengan lilitan tubuh naga,
sisik, mata dan taring setiap darinya mempunyai keunikkanya yang tersendiri.27
Ukiran naga
dan burung Hong adalah salah satu kebudayaan dalam kehidupan masyarakat Cina. Haiwan
kayangan ini adalah prinsip serta garis panduan dalam mereka bentuk bangunan-
bangunan.Haiwan ini adalah lambang kepada kebesaran28
dan masyarakat Timur tidak pernah
menganggap naga sebagai haiwan yang ngeri dan menakutkan seperti anggapan orang Barat
yang membayangkan naga sebagai haiwan yang berkuasa jahat.29
Secara umumnya, naga
digambarkan sebagai haiwan yang besar, mempunyai kuku yang tajam serta dapat
menghembuskan api daripada mulutnya.
22Ibid., p. 74 23Moedjiono, MODUL Vol.11 No. 1 Januari 2011, Ragam Hias Dan Warna Sebagai Simbol Dalam Arsitektur
Cina, Universitas Diponegoro Semarang: Semarang, h. 19 24Cai Yanxin, Lu Bingjie, Chinese Architecture: Palaces, Gardens, Temples and Dwellings, (China
Intercontinental Press: China, 2006), 132 25Six Centuries of Islamic Art in China, op.cit, p. 70 26 Lim Lee Hock, Ismail Said, Ikonografi Motif pada Komponen Ukiran Kayu di Dalam Tokong Cina, (UTM:
Skudai, 2010), 5 27
Karsam, Seni Ukiran Jepara Indonesia: Kajian Mengenai Ciri danMotif, (tesis sarjana Universiti Malaya,
Akademi Pengajian Melayu, 1999), 169 28Rini Trisulowati, Imam Santoso, Pengaruh Religi Terhadap Perkembangan Arsitektur: India, Cina dan
Jepang, (Graha Ilmu: Yongyakarta, 2008), 32 29C.A.S Williams, Chinese Symbolism and Motifs, (Charles E. Tuttle Company: Japan, 1974), 132
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (1) 2013, 1-13
6
Naga digambarkan sebagai haiwan yang datang daripada keluarga reptilia dan bertelur untuk
proses pembiakkan. Terdapat dua bentuk naga yang sering digunakan dalam hiasan iaitu naga
yang bersayap dan naga yang mempunyai badan yang bersisik serta panjang seperti ular dan
mempunyai sepasang tangan dan kaki.30
Bagi masyarakat Cina naga adalah merupakan haiwan yang paling popular dan banyak
digunakan sebagai hiasan dan ragam hias. Haiwan ini dipercayai mempunyai tenaga yang
berubah-ubah dan sangat berkuasa. Naga bukanlah makhluk yang menakutkan tetapi
berperanan sebagai makhluk yangmenjaga keselamatan harta benda.Selain itu, naga turut
diketahui sebagai simbol kekuatan, keadilan dan kekuasaan. Naga boleh didapati dalam tiga
bentuk iaitu long, li dan jiau. Long adalah naga yang sering digunakan.Long mempunyai
kepala yang berbentuk unta, bermata kelinci, berleher ulat, bertanduk kijang, mempnyai perut
seperti katak dan mempnyai cakar harimau. Naga jenis ini mempunyai kelebihan untuk
merubah rupa bentuk.Haiwan yang pada kebiasaanya boleh dilihat berdamping dengan naga
ini ialah harimau. Kedua-dua haiwan ini melambangkan kekuatan dan menetang pengaruh
jahat yang cuba menganggu. Selain dikenali sebagai haiwan yang kuat harimau juga
membawa erti kebaktian.31
Di dalam masjid tidak terlihat ukiran naga yang jelas, tetapi hanya
bahagian anggota badan haiwan ini sahaja yang digunakan sebagai ukiran iaitu sisik dan
kepala naga. Hal ini sesuai dengan perintah Islam yang melarang penggunaan ukiran haiwan
sebagai hiasan.
ii. Rama-Rama
Haiwan ini seringkali dikaitkan dengan roh nenek moyang yang datang untuk membawa
peringatan kepada cucu-cicit. Rama-rama juga dianggap sebagai simbol kepada usia yang
panjang.32
Haiwan ini juga membawa maksud kegembiraan serta lambang kepada musim
panas. Rama-rama seringkali dijadikan corak serta dekorasi pada tembikar dan sulaman pada
pakaian. Kecantikkan rama-rama yang memiliki corak yang menarik dan warna yang pelbagai
kerap dijadikan sebagai inspirasi oleh penyair dan pelukis bagi menghasilkan syair dan
lukisan yang berkualiti.33
2.Tumbuhan (Flora)
Setiap bunga di China mempunyai makna dan maksudnya yang tersendiri. Flora sering
dijadikan sebagai motif utama dalam dekorasi seperti tektil, porselin, karpet. Selain itu,
dekorasi tumbuhan juga boleh dilihat pada seni bina dan reka bentuk bangunan termasuklah
lukisan. Tumbuhan yang sering digunakan sebagai motif dalam hiasan dan ragam hias Cina
adalah seperti bunga peoni, bunga teratai, pohon buluh, pohon beringin dan cemara. Bunga
peoni melambangkan keteguhan hati manakala bunga teratai melambangkan kesucian. Bunga
sakura, bamboo, pohon beringin dan cemara membawa erti empat sifat kebajikan. Tanaman-
tanaman ini memiliki daya ketahanan yang agak tinggi hal ini kerana tanaman ini dapat
bertahan dalam apa jua bentuk cuaca sekalipun. Keistemewaan bunga-bunga ini juga digelar
sebagai Ban Jien Jieng atau dalam bahasa melayunya “muda sepanjang tahun.”Selain itu
tanaman ini juga turut dikenali dengan sifat panjang umur, kesabaran dan kebijaksanaan.
30Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Naga dalam Kesenian Islam, Utusan Malaysia, Jumaat 20 Januari 2012 31Moedjiono, MODUL Vol.11 No. 1 Januari 2011, Ragam Hias Dan Warna Sebagai Simbol Dalam Arsitektur
Cina, Universitas Diponegoro Semarang: Semarang, 19 32Six Centuries of Islamic Art in China, (Muzium Kesenian Islam: Kuala Lumpur, 2001), 72 33Ibid, 73
Motif dan Hiasan Cina dalam Dekorasi Dalaman Masjid:
Kajian Terhadap Masjid Tua di Melaka Pada Awal Abad ke 18
7
Peoni adalah permaisuri kepada semua jenis bunga, ia juga turut melambangkan kekayaan dan
kehormatan.34
Selain mempunyai warna yang menarik dan pelbagai, bunga ini juga turut
menggambarkan keindahan sifat wanita.35
Bunga Kekwa memberi maksud kedamaian dan
hidup yang panjang kerana mempunyai ketahanan yang tinggi bagi menahan kesejukkan pada
musim salji.36
Pokok buluh, pine dan prunus adalah pokok tiga serangkai kerana tumbuhan ini
sentiasa segar walaupun dalam cuaca sejuk. Empat tumbuhan ini mewakili empat musim iaitu
peoni mewakili musim bunga, teratai mewakili musim panas, kekwa mewakili musim luruh
dan prunus mewakili musim sejuk.
Bagi masyarakat Cina pasu adalah lambang kepada kepentingan pengetahuan dan
pencapaian.37
Pasu-pasu bunga diperbuat daripada porselin dan ianya diperbuat khas untuk
bunga-bunga tertentu. Pasu dibentuk mengikut tubuh wanita dan bunga yang dikatakan sesuai
untuk di bawa oleh porselin ialah seperti peoni dan orkid sesuai dengan bentuk pasu
tersebut.38
Buah anggur telah diperkenalkan di negara China pada 126 B.C yang mana ianya
dibawa masuk oleh menteri Chang Ch’ien sewaktu kepulanganya dari Indo-Scythians. Buah
anggur juga digunakan bagi tujuan kesenian dan motif sebagai satu corak dipinggiran.39
3.Geometri
Bentuk geometri yang digambarkan biasanya tidak hanya tertumpu kepada satu-satu bentuk
sahaja.Terdapat ragam-ragam hias yang khusus dan digunakan di dalam seni bina Cina.
Antara ragam hias yang dimaksudkan ialah simbol keseimbangan yin dan yang. Kedua-dua
elemen ini mewakili unsur positif dan negatif. Ianya juga adalah hal utama yang menjadi asas
utama kepada feng shui.Walaupun setiap suatu benda itu hidup dalam keadaan yang
bertentangan namun kedua-dua elemen ini seringkali berdampingan antara satu sama lain
secara abadi dalam kekuatan yin dan yang.Garis patah menggambarkan yin (_ _ _) manakala
garis terus menggambarkan yang (______).Simbol-simbol ini dipercayai dapat menolak
pengaruh jahat dan membawa kepada kemakmuran serta keselamatan.40
Oleh itu, hiasan
geometri terhasil berdasarkan yin dan yang ini.
Lambang swastika adalah lambang yang banyak digunakan di seluruh dunia dan lambang ini
boleh dikesan dalam budaya dan tradisi masyarakat. Lambang ini seringkali dikaitkan dengan
nasib yang baik dan selain daripada swastika, ianya juga turut dikenali dengan nama suastika,
svatica atau svatika. Selain itu ia juga turut di sebut sebagai shubhtika yang membawa
maksud petanda baik serta tuah badan yang baik bagi sesiapa yang mneggunakannya.
Lambang ini seringkali menjadi lambang kepada Buddhisme, Jainisme dan Hinduisme. Gaya
swastika yang menghadap ke kiri dianggap mempunyai kaitan dengan kejahatan dan
keburukkan.41
Selain itu terdapat hiasan yang terdiri daripada corak flet yang terhasil daripada
34Lou Qingxi, The Architecture Art of Ancient China, (China Intercontinental Press : China, 2002), 12 35Op.,cit, 72 36Bunga kekwa secara tradisinya sering dikaitkan dengan musim luruh dan bunga ini akan berkembang dengan
cantiknya sewaktu bunga-bunga lain layu. (Sila lihat Six Centuries of Islamic Art in China, (Muzium Kesenian
Islam: Kuala Lumpur, 2001), 72) 37Six Centuries of Islamic Art in China, (Muzium Kesenian Islam: Kuala Lumpur, 2001), 74 38Para sami Buddha sangat sukakan bunga, oleh itu pasu bunga biasanya boleh dilihat atas meja altar dan
terdapat lambang-lambang tertentu yang boleh dilihat pada pasu-pasu tersebut. Pasu bunga Cina pada
kebiasaanya sempit pada bahagian lehernya dan air yang diisi ke dalam pasu ini tidak akan busuk. (Sila lihat C.A.S Williams, Chinese Symbolism and Motifs, (Charles E. Tuttle Company: Japan, 1974), 416) 39Ibid, 218 40Moedjiono, MODUL Vol.11 No. 1 Januari 2011, Ragam Hias Dan Warna Sebagai Simbol Dalam Arsitektur
Cina, Universitas Diponegoro Semarang: Semarang, h. 21 41Mohd Sabrizaa Abd Rashid, Evolusi Bentuk dan Makna ragam Hias dalam Seni Bina Tradisional Melayu,
UiTM: Perak, 2009), 6
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (1) 2013, 1-13
8
jalinan geometri dengan corak-corak bersegi. Hiasan ini dikatakan sebagai satu simbol
panahan petir yang dikaitkan dengan kegembiraan dan sebagai satu lambang kepada swastika
Buddha yang mewakili matahari.42
Awan larat dan skrol adalah olahan daripada Ju’i terapung iaitu cokmar oleh dewa manakalan
skrol dikaitkan dengan ilmu dan apabila ianya dikelilingi oleh sekumpulan awan larat ianya
melambangkan pendidikan, pembelajaran dan kesedaran rohaniah.43
Masyarakat Cina
mempunyai kemahiran yang tinggi dalam seni pembuatan skrol, corak ini sentiasa menghiasi
setiap rumah penduduk Cina. Bagi fahaman Buddha, skrol melambangkan kesucian dan
kebenaran.44
Pengkaji telah memilih beberapa buah masjid utama bagi melihat kesan motif dan hiasan pada
masjid-masjid yang terdapat di Melaka.
Motif Dan Ornamentasi Cina Pada Masjid-Masjid Di Melaka
Bil. Masjid Motif Jenis Lokasi
1.
Masjid
Kg.
Keling
Pheoni Merupakan ornamen yang
terdapat pada bumbung
masjid.
Skrol Terdapat pada bumbung
masjid.
Geometri Didapati pada bumbung
masjid
42Six Centuries of Islamic Art in China, (Muzium Kesenian Islam: Kuala Lumpur, 2001), 71 43Ibid, h. 71 44C.A.S. Williams, Outlines of Chinese Symbolism and Art Motives, (New York: Dover Publications, 1976), 345
Motif dan Hiasan Cina dalam Dekorasi Dalaman Masjid:
Kajian Terhadap Masjid Tua di Melaka Pada Awal Abad ke 18
9
Teratai Mustoka atau mahkota
hiasan yang diletakkan di
atas bunga teratai. Bentuk
buah Buton seringkali
dikaitkan dengan bentuk
stupa dan alas tapak seperti
ini biasanya ditemui pada
hiasan-hiasan Buddha.45
2.
Teratai Motif ini boleh ditemui
pada mihrab masjid ini.
3. Masjid
Kg. Keling
Teratai Buga teratai yang berada
dalam kedudukkan terbalik
boleh dilihat pada pintu
gerbang masjid.
4. Masjid
Kg. Alai
Teratai Motif ini terdapat pada
mimbar masjid ini.
5. Masjid
Tengkera
Teratai Sama pada rosewood yang
wujud sejak zaman dinasti
Ming.
45Mohd Sabrizaa Abd Rashid, Evolusi Bentuk dan Makna ragam Hias dalam Seni BinaTradisional Melayu,
(UiTM: Perak, 2009), 6
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (1) 2013, 1-13
10
6. Masjid Bkt
Piatu
Teratai Boleh didapati pada
puncak mimbar masjid.
7. Masjid
Tengkera
Swastika Terdapat pada pintu
belakang masjid ini.
8. Masjd
Tanjung
Keling
Swastika Terdapat pada tangga
masuk masjid.
9. Masjid
Tengkera
Pasu Pasu bunga ini boleh
didapati di mimbar masjid
Tengkera.
10 Masjid
Tengkera
Pasu air Terdapat pada mimbar
masjid.
Motif dan Hiasan Cina dalam Dekorasi Dalaman Masjid:
Kajian Terhadap Masjid Tua di Melaka Pada Awal Abad ke 18
11
11 Masjid Bkt.
Piatu
Hiasan pasu
yang
mengandungi
bunga peoni ini
boleh dilihat
pada sisi
mimbar masjid
ini.
12 Masjid
Tengkera
Buah-buahan Terdapat pada mimbar
masjid Tengkera.
13 Masjid Kg.
Keling
Buah anggur Boleh dijumpai pada
mimbar masjid. Motif
anggur juga boleh dilihat di
tokong tertua di Melaka
iaitu tokong Cheng Hoon
Teng(1625).
14 Masjid Kg.
Hulu
Sisik Naga Boleh dilihat pada puncak
mimbar masjid ini.
15 Masjid Bkt.
Piatu
Kepala Naga Terdapat pada hujung atap
mimbar masjid.
16 Masjid Kg.
Keling
Peoni Motif bunga pheoni pada
hiasan seramik yang boleh
dilihat pada puncak pintu
gerbang masjid ini.
Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (1) 2013, 1-13
12
17 Masjid
Peringgit
Rama-rama Terdapat pada sisi mimbar.
18 Masjid
Peringgit
Pohon buluh Terdapat pada sisi mimbar
19 Masjid Kg.
Keling
Bunga Plum Bumbung masjid
Kesimpulan
Kesenian Cina mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri, motif dan ornamentasi digunakan
bagi menghias sebuah bangunan menambahkan lagi keunikkan bangunan tersebut.Walaupun
asas kepada pembentukkan kesenian Cina ini adalah berasaskan kepada fahaman aminisme
dan agama Buddha, namun ornamentasi tersebut berjaya di Islamkan memandangkan ianya
tidak melanggar syariat. Hasil ukiran yang baik ini bukan sahaja menyerikan ruang bangunan
malah dapat menonjolkan ciri-ciri pertukangan yang amat mengagumkan. Ianya jelas
menunjukkan kemahiran tukang ukir terhadap simbol alam yang dimanifestasikan kepada
bentuk nyata. Tukang-tukang yang berperanan mendirikan masjid-masjid ini menggabungkan
elementasi kesenian luar dan tempatan bagi menampilkan sebuah monumen ibadat yang
penuh dengan ketwadukkan dan kesucian. Hasinya wujudlah sebuah masjid yang mempunyai
warna-warni keindahan dari aspek kesenian dan estetika yang tinggi.
Penemuan-penemuan imej dan bentuk-bentuk pra-Islam ini hanya dijelmakan dalam bentuk
visual sahaja tanpa memperlihatkan maksud-maksud yang asal. Kemahiran para pengukir
dalam seni ukiran pra-Islam ini telah sebati menjadi darah daging bagi mereka. Selain itu,
masyarakat muslim di China juga menerima segala bentuk hiasan ini walaupun mereka
beragama Islam. Hal ini kerana, hiasan dan motif-motif ini telah sebati dalam kehidupan
masyarakat muslim Cina yang masih kuat mengamalkan budaya Cina. Agama Islam bukan
agama yang berbentuk akomodatif atau paksaan dan Islam tidak melarang secara melulu
penggunaan motif-motif ini dan tiada halangan sama sekali dalam menggunakan motif-motif
pra-Islam ini selagi mana ianya tidak melaggar batas syariat Islam. Maka dengan sebab itu
Islam mudah diterima oleh masyarakat di Alam Melayu.
Motif dan Hiasan Cina dalam Dekorasi Dalaman Masjid:
Kajian Terhadap Masjid Tua di Melaka Pada Awal Abad ke 18
13
Rujukan
Abdul Halim Nasir, (1979), Masjid-masjid di Nusantara, Bangi: UKM
Al-Quranulkarim, Miracle The Reference
C.A.S Williams, (1974), Chinese Symbolism and Motifs, Charles E. Tuttle Company: Japan
H. Aboebakar, (1995), Sedjarah Mesdjid, Jakarta:Toko Buku Fa. Adil & Co
Kong Yuanzhi, (2000), Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu, Universiti Kebangsaan
Malaysia: Bangi
Liang Liji, (2009), Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming abad ke 15, Universiti
Kebangsaan Malaysia: UKM
Liang Liji, (2011), “Jejak Langkah Sejarah Hubungan Persahabatan dan Diplomasi antara
Melaka dan China, Kajian Komparatif Berdasarkan Karya Agung Melayu Sulalat al-Salatin
dan Kitab-Kitab Sejarah Lama China” dlm Persidangan Antarabangsa Karya Agung Melayu
Sulalat al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia:
Melaka
Lim Lee Hock, Ismail Said, Ikonografi Motif pada Komponen Ukiran Kayu di Dalam Tokong
Cina, UTM: Skudai
Lou Qingxi, (2002), The Architecture Art of Ancient China, China Intercontinental Press :
China
Masjid, Sejarah, Ciri-ciri Pembentukkan Dan Pembinaan Masjid-masjid Dunia, Malaysia
dan Kuala Lumpur, (1998), Selangor:Puncak Awal Sdn. Bhd dengan kerjasama Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan
Mastor Surat, Pembangunan Tipologi Masjid Tradisional Melayu Nusantara, UKM: Bangi
Moedjiono, MODUL Vol.11 No. 1 Januari 2011, Ragam Hias Dan Warna Sebagai Simbol
Dalam Arsitektur Cina, Universitas Diponegoro Semarang: Semarang
Rini Trisulowati, Imam Santoso, (2008), Pengaruh Religi Terhadap Perkembangan
Arsitektur: India, Cina dan Jepang, Graha Ilmu: Yongyakarta
Tan Chee Beng, (1993), Chinese Peranakan Heritage in Malaysia And Singapore, Fajar
Bakti: Kuala Lumpur
Temubual bersama Louis Lim pada 2 Februari 2012
Yusoff Iskandar, (1978), Masyarakat Melaka 1400-1511T.M Dengan Tinjauan Khusus
MengenaiOrang-orang Asing, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia
Cai Yanxin, Lu Bingjie, (2006), Chinese Architecture: Palace, Gardens, Temples
andDwellings, China Intercontinental Press: China
Ezrin Arbi, Pengaruh Seni bina Asing di Malaysia, Kongres Kebudayaan Kebangsaan: Kuala
Lumpur, 16-20 Ogos 1971
Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, (1999), Peranan Kukirikulum Dan Rekabentuk Masjid
SebagaiPusat Pembangunan Masyarakat, Skudai:Universiti Teknologi Mara
Sidi Gazalba, (1975), Masjid: Pusat Ibadah Dan Kebudayaan Islam, Jakarta: Pustakan Antara