20
LEBUHRAYA LEMBAGA MALAYSIA JAN - JUN EDISI 1 / 2014 BULETIN Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Beri Manfaat

Mohd Ridzuan Bin Noorzahari 9 MAC 2014 Ikatan Jambatan ...1)_25092014115741.pdf · gotong-royong serta sumbangan barangan keperluan telah dilaksanakan. Di samping itu, ... antara

  • Upload
    others

  • View
    5

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Mohd Ridzuan Bin Noorzahari 9 MAC 2014 Ikatan Jambatan ...1)_25092014115741.pdf · gotong-royong serta sumbangan barangan keperluan telah dilaksanakan. Di samping itu, ... antara

Nuril Aslina Binti Che Hussin &

Mohd Halimi Bin Halim

9 MAC 2014

Nurul Aifaa Binti Azman & Mohd Feirus Bin Ismail3 MEI 2014

Siti Hafsah Yahya &Mohd Ridzuan Bin Noorzahari

23 MAC 2014

Mohd Faizal B. Adnan & Farrah Hanna Bt. Mohd Nasir

23 MEI 2014

Ameera Binti Mohamad Rosli &Mohammad Shafiq Bin Abd Rahman2 MAC 2014

Khairul Anwar Bin Azmil &

Nur Athira Binti Hashim25 MEI 2014

Noor Rahayu Bte MazlanMd Fakhrurazi Bin Abdul Halil7 JUN 2014

Rosnida Binti Kenit & Syahrul Sazly Bin Md Sain

Nama: Lana Nur Hana Binti Syahrul Sazly

Tarikh Lahir: 7 Mac 2014

Nur Erman bin Nordin & Norhidayah binti Mohamed Kassim

Nama: Nur Eryna Sofia binti Nur Erman

Tarikh Lahir: 18 Mac 2014

IkatanJanji

PermataHati

IKATAN JANJI

PERMATA HATI

LEBUHRAYALEMBAGA

MALAYSIA

JAN - JUN EDISI 1 / 2014BULETIN

Jambatan Sultan Abdul Halim

Mu’adzam Shah Beri Manfaat

Page 2: Mohd Ridzuan Bin Noorzahari 9 MAC 2014 Ikatan Jambatan ...1)_25092014115741.pdf · gotong-royong serta sumbangan barangan keperluan telah dilaksanakan. Di samping itu, ... antara

KANDUNGANdari meja

PENGARANG

SIDANG REDAKSI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi kerana masih diberi kesempatan bertemu untuk berkongsi ilmu dan maklumat terkini dalam Buletin Lembaga Lebuhraya Malaysia, Edisi Pertama bagi tahun 2014.

Dengan permulaan tahun baru, maka seharusnya mutu perkhidmatan yang diberikan oleh LLM semakin maju ke hadapan. Sehubungan dengan itu, beberapa lebuh raya dan persimpangan bertingkat baru telah dirasmikan. Antaranya, adalah Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya, Persimpangan Bertingkat Bukit Gambir, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Besraya Eastern Extension (BEE) dan Pusingan-U Bertingkat Lebuhraya Shah Alam. Tahun 2014 juga menjadi titik permulaan bagi Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat dengan penyempurnaan Majlis Pecah Tanah oleh YBhg Timbalan Perdana Menteri pada bulan Mei yang lalu.

Program Tanggungjawab Sosial dan Korporat (CSR) yang telah dimulakan sejak empat tahun yang lalu dengan kerjasama Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) diteruskan bagi tahun 2014 dengan lawatan ke Pusat Jagaan Al Fikrah, Kajang di mana aktiviti gotong-royong serta sumbangan barangan keperluan telah dilaksanakan. Di samping itu, berdasarkan Laporan Penilaian Prestasi 2013 seramai 27 orang warga LLM telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 66 orang pula menerima Anugerah Berprestasi Baik.

Edisi kali ini ingin berkongsi maklumat mengenai Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709) 2010 (APDP) iaitu satu daripada perundangan siber yang bertujuan mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. APDP diluluskan di Parlimen Malaysia dan diwartakan pada tahun 2010 di bawah seliaan Jabatan Perlindungan Data Peribadi. Ketahui tujuh prinsip perlindungan data peribadi bagi melindungi hak pengguna di bawah undang-undang ini.

Akhir kata, marilah sama-sama kita mengimbau peristiwa dan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang enam bulan pertama tahun 2014. Setiap yang berlaku dijadikan iktibar dan iltizam bagi memacu kejayaan yang lebih gemilang pada tahun 2014 demi untuk LLM.

PENGARANG

Hari Sisih 5S LLM

Perasmian Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya

Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat KKR

Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Bacaan Ikrar Tahun 2014

Persimpangan Bertingkat Bukit Gambir Atasi Kesesakan

Majlis Dialog Di Antara LLM & PSKLM Berjaya Mencapai Objektif

Majlis Jasamu Dikenang YBhg Dato’ Syed Jamal Bin Syed Jaafar

Selamat Datang YBhg Datuk Ir Hamzah Bin Hasan, Pengerusi LLM

Technology Updates Session

Perasmian Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Kerja Raya Ke Lebuhraya SPRINT dan LDP

Bengkel Penyediaan Garis Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Lindungi Hak Rakyat

7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi

Mesyuarat Agong Tahunan BKSS, LLM

Perasmian Sambungan Lebuhraya Sungai Besi

Kursus Kesihatan LLM

Perasmian Pusingan-U Bertingkat, Lebuhraya Shah Alam

MoU Bersama DBKL

Acara Purple Walk 2014

Majlis Pecah Tanah Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE)

Perjumpaan Pengerusi LLM dengan PSKLM

Majlis Penghargaan dan Persaraan

Program CSR di Pusat Jagaan Al Fikrah

Sudut Lensa

33445667789

9

10111212131314141516161718

PENAUNG:YBhg. Dato’ Ir. Hj. Ismail Bin Md. Salleh

PENASIHAT:Pn. Zuraida Binti Shaharudin

KETUA EDITOR:Pn. Haslina Binti Hashim

EDITOR:Cik. Shuhana Binti Hashim

Pn. Norhaslinda Binti Abu YazidTn. Syed Fahmi Al-Junid Bin Syed Shahrom

Cik. Nithiyaa a/p MoorthyPn. Karimah Binti Omar

FOTOGRAFI:En. Mohamed Saiful Bin Mohamad Shapri

Page 3: Mohd Ridzuan Bin Noorzahari 9 MAC 2014 Ikatan Jambatan ...1)_25092014115741.pdf · gotong-royong serta sumbangan barangan keperluan telah dilaksanakan. Di samping itu, ... antara

3

JANdari meja

PENGARANG Hari sisih LLM5SKAJANG, 3 Januari - Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Selaras dengan hasrat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ke arah persijilan 5S atau kini dikenali sebagai Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), LLM telah menganjurkan Program Hari SISIH 5S untuk mengasing dan melupus barang-barang yang tidak diperlukan di setiap bahagian. Adalah diharapkan amalan SISIH ini sentiasa dilaksanakan secara berterusan di LLM bagi penggunaan ruang yang cekap dan penjimatan masa.

RAWANG, 9 Januari - YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan Majlis Perasmian Projek Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya, Lebuhraya Utara-Selatan yang turut dihadiri 5,000 penduduk dari kawasan Hulu Selangor. Majlis ini turut dihadiri oleh YB Datuk Fadilah Yusof Menteri Kerja Raya, serta timbalannya, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Timbalan Menteri Pendidikan II, YB P.Kamalanathan dan Pengerusi Majlis Tindakan Kerajaan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar serta wakil dari jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi. Pembinaan persimpangan bertingkat ini yang bermula pada Jun 2011 bertujuan memberi kemudahan kepada 20,000 penduduk di kawasan sekitarnya. Laluan pintas sepanjang 1.5km ini membolehkan masa perjalanan dipendekkan antara 40 hingga 60 minit di samping mengurangkan masalah kesesakan yang dialami pada waktu puncak dan sekaligus menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi kawasan setempat. Sempena perasmian tersebut turut diadakan pameran dan penyediaan kaunter oleh agensi kerajaan yang bertemakan perkhidmatan kepada rakyat.

PERASMIAN

PERSIMPANGAN BERTINGKAT SUNGAI BUAYA

3

JAN

Page 4: Mohd Ridzuan Bin Noorzahari 9 MAC 2014 Ikatan Jambatan ...1)_25092014115741.pdf · gotong-royong serta sumbangan barangan keperluan telah dilaksanakan. Di samping itu, ... antara

JAN

4

KUALA LUMPUR, 24 Januari - Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR) 1435H/2014M telah diadakan di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Majlis dimulakan dengan perarakan sambil berselawat dari perkarangan Blok A Kompleks Kerja Raya ke dewan melalui Jalan Sultan Salahuddin yang disertai oleh warga KKR, Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Majlis diteruskan dengan bacaan ayat Al-Quran diikuti persembahan kumpulan nasyid UNIC dan selawat serta ceramah daripada penceramah jemputan Ustaz Dzulkarnain Hamzah.

MAULIDUR RASUL SAWSambutan

PERINGKAT KKR

JAN

KAJANG, 30 Januari - Majlis Perhimpunan Bulanan LLM bagi bulan Januari dan Bacaan Ikrar tahun 2014 telah diadakan di Dewan Serbaguna LLM. Selain dari amanat YBhg. Dato’ Ketua Pengarah, pengisian majlis perhimpunan kali ini turut diselitkan Bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam dan Ikrar Integriti Malaysia oleh warga LLM. Di samping itu, turut diadakan sesi menandatangani Ikrar Integriti Korporat oleh Timbalan Ketua Pengarah serta pengarah-pengarah bahagian. Majlis diakhiri dengan pembentangan pencapaian KPI LLM tahun 2013 dan pembentangan KPI LLM bagi tahun 2014.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN& BACAAN IKRAR TAHUN 2014

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN& BACAAN IKRAR TAHUN 2014

BUKIT GAMBIR

Page 5: Mohd Ridzuan Bin Noorzahari 9 MAC 2014 Ikatan Jambatan ...1)_25092014115741.pdf · gotong-royong serta sumbangan barangan keperluan telah dilaksanakan. Di samping itu, ... antara

5

JAN

BUKIT GAMBIRLEDANG, 25 Januari - Persimpangan Bertingkat Bukit Gambir, Lebuhraya Utara-Selatan dibuka sepenuhnya mulai 26 Januari 2014 selepas pembukaan secara rasminya disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir sama Menteri Kerja Raya, YB Datuk Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor, YB Datuk Hasni Mohamad; yang mewakili Menteri Besar Johor, YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Datuk Hamim Samuri; serta Pengerusi Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim.

Projek pembinaan persimpangan bertingkat yang dibina dengan kos RM108 juta ini dimulakan pada Ogos 2010 bagi mengurangkan jarak perjalanan dari Lebuhraya Utara-Selatan ke pekan Bukit Gambir kepada 5km berbanding 25km sebelum ini dengan masa perjalanan hanya 10 minit.

Pembukaan persimpangan ini juga membantu menyuraikan trafik dan mengurangkan kesesakan Plaza Tol Tangkak dan Pagoh yang sering berlaku terutamanya semasa cuti perayaan dan cuti umum. Selain itu, kedudukan persimpangan bertingkat yang strategik ini sedikit sebanyak dijangka menyumbang kepada ekonomi setempat.

5

PERSIMPANGAN BERTINGKAT

ATASI KESESAKAN

Page 6: Mohd Ridzuan Bin Noorzahari 9 MAC 2014 Ikatan Jambatan ...1)_25092014115741.pdf · gotong-royong serta sumbangan barangan keperluan telah dilaksanakan. Di samping itu, ... antara

6

JAN

MAJLIS DIALOG DI ANTARA LLM & PSKLM BERJAYA MENCAPAI OBJEKTIF

MAJLIS JASAMU DIKENANG YBHG DATO’ SYED JAMAL BIN SYED JAAFAR

PULAU PINANG, 13 Februari - Majlis Dialog di antara Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) telah berlangsung pada 13 hingga 14 Februari 2014 di Pejabat Wilayah Utara LLM, Pulau Pinang. Majlis yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu operasi dan penyenggaraan lebuh raya serta isu-isu yang berbangkit berdasarkan majlis dialog yang lalu. Majlis dialog ini dihadiri oleh Sr. Aziz Bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Bisnes), Pengarah Bahagian di bawah Sektor Bisnes dan wakil-wakil daripada syarikat konsesi.

KAJANG, 17 Februari - Satu Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan bagi mengenang dan menghargai sumbangan YBhg. Dato’ Syed Jamal Bin Syed Jaafar sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi LLM sejak 15 April 2008 hingga 16 Februari 2014.

Selaku Pengerusi LLM, YBhg. Dato’ Syed Jamal Bin Syed Jaafar dengan penuh komited telah menyumbang bakti kepada LLM dalam usaha meningkatkan kualiti pembangunan dan pengurusan lebuh raya. Pengurusan LLM berharap semoga beliau akan terus bergiat cergas menyumbang bakti kepada Negara.

FEB

6

Page 7: Mohd Ridzuan Bin Noorzahari 9 MAC 2014 Ikatan Jambatan ...1)_25092014115741.pdf · gotong-royong serta sumbangan barangan keperluan telah dilaksanakan. Di samping itu, ... antara

7

JANFEB

SELAMAT DATANG YBHG DATUK IR HAMZAH BIN HASAN,

PENGERUSI LLM

KAJANG, 17 Februari - Satu sesi taklimat mengenai organisasi LLM dan pembangunan serta pengurusan lebuh raya bertol telah diadakan kepada YBhg. Datuk Ir. Hamzah Bin Hasan, Pengerusi LLM yang baru berkuatkuasa mulai 17 Februari 2014 menggantikan YBhg. Dato’ Syed Jamal bin Syed Jaafar.

Di akhir sesi taklimat tersebut, dokumen tugasan Pengerusi LLM telah diserahkan kepada YBhg. Datuk Ir. Hamzah bin Hasan oleh YBhg. Dato’ Syed Jamal bin Syed Jaafar sebagai simbolik peralihan tugas. Pengurusan LLM mengucapkan tahniah di atas pelantikan YBhg. Datuk Ir. Hamzah bin Hasan dan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti YBhg. Dato’ Syed Jamal bin Syed Jaafar

KAJANG, 25 Februari - Satu Program Pembentangan Teknikal anjuran Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang melibatkan penyertaan wakil-wakil dari syarikat-syarikat konsesi dan bahagian teknikal LLM telah dianjurkan di Auditorium LLM. Program ini dirasmikan oleh Sr. Aziz bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Bisnes) dengan pengisian tiga slot pembentangan. Slot pertama bertajuk Food Waste Disposal – A Green Approach dibentangkan oleh YBhg. Datin Nik Faridah binti Salleh dan En. Park Kwi Hyon dari Global Nice Marketing Sdn. Bhd. manakala slot kedua dibentangkan oleh wakil ALAM Asset Management & Consultants Sdn. Bhd, Ir. Hj. Abu Bakar Bin Hj. Azit dan Mr. Darren Burgess bertajuk Strategic Asset Management. Pembentangan slot terakhir pula adalah oleh Ir.Wan Zainuddin bin Wan Omar dari Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL) bertajuk Rubber Packer – New Innovation.

TECHNOLOGY UPDATES SESSION

FEB

7

Page 8: Mohd Ridzuan Bin Noorzahari 9 MAC 2014 Ikatan Jambatan ...1)_25092014115741.pdf · gotong-royong serta sumbangan barangan keperluan telah dilaksanakan. Di samping itu, ... antara

8

JANMACPERASMIAN

JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH GEORGE TOWN, 1 Mac - Jambatan Kedua Pulau Pinang (JPP2) yang mula dibina sejak tahun 2008 telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam satu majlis yang gilang-gemilang.

Jambatan berharga RM 4.5 bilion ini merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara. Pembukaan jambatan ini dijangka mengurangkan kesesakan di Jambatan Pulau Pinang sedia ada sebanyak 25 peratus dan mampu menampung kegunaan 25000 - 30000 kenderaan sehari. Jambatan sepanjang 24km di mana 17km daripadanya merentasi laut dibina dengan reka bentuk lestari alam sekitar bagi menghubungkan Batu Kawan di Seberang Prai dan Batu Maung di bahagian pulau. Orang ramai telah menggunakan jambatan kedua itu tanpa bayaran tol selama sebulan. Dalam majlis itu YAB Perdana Menteri turut mengumumkan nama Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sempena majlis perasmian tersebut juga satu karnival turut diadakan dengan tema “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Pembukaan gerai pameran oleh Agensi-agensi kerajaan semasa karnival telah memberi informasi terbaru mengenai peranan dan perkhidmatan ditawarkan kepada sejumlah 10,000 pengunjung majlis perasmian ini. Karnival telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tun Dato’ Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas, TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

8

Page 9: Mohd Ridzuan Bin Noorzahari 9 MAC 2014 Ikatan Jambatan ...1)_25092014115741.pdf · gotong-royong serta sumbangan barangan keperluan telah dilaksanakan. Di samping itu, ... antara

9

JAN

PULAU PINANG, 13 Mac - Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah menjenamakan semula Amalan 5S Sektor Awam kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Selaras dengan penjenamaan semula tersebut, setiap agensi perlu menyediakan garis panduan pelaksanaan EKSA masing-masing berdasarkan kriteria baru.

Sehubungan dengan itu, LLM menganjurkan satu Bengkel Penyediaan Garis Panduan EKSA pada 13-14 Mac 2014 di Pejabat Wilayah Utara, Pulau Pinang. Objektif utama bengkel ini adalah bagi menyediakan garis panduan pelaksanaan EKSA LLM yang lengkap agar pelaksanaannya mengikut kriteria yang ditetapkan dan seragam. Bengkel telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Kerja EKSA dan desk officer bahagian serta Pejabat Wilayah.

9

LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERIKERJA RAYA KE LEBUHRAYA SPRINT DAN LDPSUBANG, 4 Mac - YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) diiringi pegawai Kementerian Kerja Raya (KKR) dan LLM. Tinjauan yang diadakan sepanjang Lebuhraya SPRINT dan LDP bertujuan mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai isu-isu semasa yang dihadapi oleh kedua-kedua lebuh raya tersebut. Ketika lawatan tersebut, penerangan telah disampaikan oleh En. Francisco Anthony Doss, Penolong Pengurus Besar (Operasi), Lebuhraya Damansara-Puchong.

MAC

Bengkel Penyediaan Garis Panduan PelaksanaanEkosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Page 10: Mohd Ridzuan Bin Noorzahari 9 MAC 2014 Ikatan Jambatan ...1)_25092014115741.pdf · gotong-royong serta sumbangan barangan keperluan telah dilaksanakan. Di samping itu, ... antara

10

JAN

7 2

3

45

6

Prinsip Notis dan Pilihan -

Pengguna data mesti mematuhi Prinsip Notis

dan Pilihan dan memaklumkan terlebih

dahulu akan tujuan pengambilan sesuatu

data peribadi.

Prinsip Penzahiran -

Pengguna data perlu memaklumkan tujuan

data peribadi seseorang subjek itu diambil dan

hendak dizahirkan.

Prinsip Keselamatan -

Apabila memproses data peribadi mana-mana subjek,

pengguna data perlu mengambil langkah-langkah supaya data

tersebut selamat, tidak diubahsuai, disalahguna atau

diberikan kepada pihak-pihak yang tidak

berkenaan.

Prinsip Penyimpanan -

Pengguna data perlu memastikan sesuatu data

peribadi itu tidak dibenarkan disimpan dalam sesuatu

pemprosesan lebih daripada had tempoh

masa yang diperlukan.

Prinsip Akses - Pengguna data perlu

memberikan hak akses kepada subjek data yang

ingin meminda, membetulkan atau membatalkan data

peribadinya yang ada dalam milikan

mereka.

Prinsip Integriti Data -

Setiap data peribadi dipastikan supaya tepat, lengkap, terkini dan tidak

mengelirukan serta menepati maksud tujuan

sesuatu data itu disimpan atau

diproses.

Wajar ditegaskan APDP mengandungi tujuh prinsip ulung yang wajib dipatuhi di bawah seksyen 5(1) demi

menjaga keutuhan data peribadi iaitu Prinsip Am, Prinsip Notis dan Pilihan, Prinsip Penzahiran, Prinsip Keselamatan, Prinsip Penyimpanan, Prinsip Integriti

Data dan Prinsip Akses.

perlindungan7prinsipdata peribaDi

Dengan adanya prinsip-prinsip tersebut akan wujud keyakinan dalam kalangan pengguna-pengguna, pengamal e-dagang atau e-commerce, kemudahan rangkaian dan bukan rangkaian bahawa maklumat-maklumat peribadi mereka adalah dilindungi.

PRIHATIN DAN MENGETAHUI HAK KITA

Prinsip Am - Seseorang pengguna

tidak dibenarkan memproses data peribadi seseorang lain

tanpa kebenarannya.

Data peribadi perlu dikutip :- untuk tujuan sah

- atas kebenaran individu- mencukupi sahaja dan

tidak berlebihan.

1

Sumber : www.pdp.gov.my

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (AKTA 709)AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (AKTA 709)

Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709) 2010 (APDP) merupakan salah satu daripada perundangan siber yang bertujuan mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) ditubuhkan setelah lulusnya APDP di Parlimen Malaysia bulan Mei 2010 dan telah diwartakan pada Jun 2010 serta kini menjadi sebahagian Perundangan Tanah Air.

1. Apakah tujuan Akta Perlindungan Data Peribadi?Untuk memberi perlindungan kepada maklumat peribadi seseorang individu yang diproses untuk tujuan transaksi komersial.

2. Siapakah yang perlu mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi?Semua individu dan organisasi yang memproses data peribadi dalam urusan mereka mesti mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dikecualikan.

3. Apakah peraturan-peraturan tersebut?Akta Perlindungan Data Peribadi mengandungi tujuh prinsip amalan pengendalian maklumat yang mesti dipatuhi.

i. Prinsip Amii. Prinsip Notis dan Pilihaniii. Prinsip Penzahiraniv. Prinsip Keselamatanv. Prinsip Penyimpanan vi. Prinsip Integriti Datavii. Prinsip Akses

4. Data apakah yang dilindungi oleh Akta?Sebarang data yang membolehkan seseorang individu yang masih hidup dikenalpasti adalah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi. Beberapa contoh data boleh dianggap sebagai data peribadi selagi seseorang individu yang masih hidup boleh dikenalpasti daripada maklumat atau data tersebut:

i. Nama dan alamatii. Nombor kad pengenalaniii. Nombor passportiv. Maklumat kesihatanv. Alamat emelvi. Gambarvii. Imej dalam rakaman litar tertutup (CCTV)viii. Maklumat dalam fail peribadi

5. Apakah yang boleh dilakukan jika seseorang mendapati bahawa data peribadi telah diproses tidak mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi?Individu yang merasakan bahawa data peribadi mereka telah diproses melanggar peruntukan mana-mana Akta boleh membuat aduan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi.

INFO

10

Page 11: Mohd Ridzuan Bin Noorzahari 9 MAC 2014 Ikatan Jambatan ...1)_25092014115741.pdf · gotong-royong serta sumbangan barangan keperluan telah dilaksanakan. Di samping itu, ... antara

11

JAN

7 2

3

45

6

Prinsip Notis dan Pilihan -

Pengguna data mesti mematuhi Prinsip Notis

dan Pilihan dan memaklumkan terlebih

dahulu akan tujuan pengambilan sesuatu

data peribadi.

Prinsip Penzahiran -

Pengguna data perlu memaklumkan tujuan

data peribadi seseorang subjek itu diambil dan

hendak dizahirkan.

Prinsip Keselamatan -

Apabila memproses data peribadi mana-mana subjek,

pengguna data perlu mengambil langkah-langkah supaya data

tersebut selamat, tidak diubahsuai, disalahguna atau

diberikan kepada pihak-pihak yang tidak

berkenaan.

Prinsip Penyimpanan -

Pengguna data perlu memastikan sesuatu data

peribadi itu tidak dibenarkan disimpan dalam sesuatu

pemprosesan lebih daripada had tempoh

masa yang diperlukan.

Prinsip Akses - Pengguna data perlu

memberikan hak akses kepada subjek data yang

ingin meminda, membetulkan atau membatalkan data

peribadinya yang ada dalam milikan

mereka.

Prinsip Integriti Data -

Setiap data peribadi dipastikan supaya tepat, lengkap, terkini dan tidak

mengelirukan serta menepati maksud tujuan

sesuatu data itu disimpan atau

diproses.

Wajar ditegaskan APDP mengandungi tujuh prinsip ulung yang wajib dipatuhi di bawah seksyen 5(1) demi

menjaga keutuhan data peribadi iaitu Prinsip Am, Prinsip Notis dan Pilihan, Prinsip Penzahiran, Prinsip Keselamatan, Prinsip Penyimpanan, Prinsip Integriti

Data dan Prinsip Akses.

perlindungan7prinsipdata peribaDi

Dengan adanya prinsip-prinsip tersebut akan wujud keyakinan dalam kalangan pengguna-pengguna, pengamal e-dagang atau e-commerce, kemudahan rangkaian dan bukan rangkaian bahawa maklumat-maklumat peribadi mereka adalah dilindungi.

PRIHATIN DAN MENGETAHUI HAK KITA

Prinsip Am - Seseorang pengguna

tidak dibenarkan memproses data peribadi seseorang lain

tanpa kebenarannya.

Data peribadi perlu dikutip :- untuk tujuan sah

- atas kebenaran individu- mencukupi sahaja dan

tidak berlebihan.

1

Sumber : www.pdp.gov.my

11

INFO

Page 12: Mohd Ridzuan Bin Noorzahari 9 MAC 2014 Ikatan Jambatan ...1)_25092014115741.pdf · gotong-royong serta sumbangan barangan keperluan telah dilaksanakan. Di samping itu, ... antara

JAN

12

PERASMIAN SAMBUNGAN LEBUHRAYA SUNGAI BESIKUALA LUMPUR, 15 April - Sambungan Lebuhraya Sungai Besi sepanjang 12.3km telah dibuka secara rasminya oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia. Sambungan lebuh raya tersebut menghubungkan secara langsung empat jalan raya utama iaitu Lebuhraya Sungai Besi, Jalan Istana, Jalan Lingkaran Tengah Satu (MRR1) dan Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2). Pembukaan sambungan lebuh raya ini bukan sahaja memendekkan jarak perjalanan daripada 20km kepada 10km, malah mengurangkan masa perjalanan dari kawasan barat Kuala Lumpur ke timur Kuala Lumpur pada waktu puncak yang biasanya 45 minit kepada 10 minit sahaja. Pengguna juga telah dikecualikan daripada kutipan tol di Plaza Tol Loke Yew selama satu bulan.

KAJANG, 3 April - Badan Kebajikan Sosial & Sukan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke 28 bagi penggal pertama sesi 2013/2015 di Dewan Serbaguna LLM. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh En. Mohd Shahrir Amin Bin Ahmad, Presiden BKSS dan disusuli dengan ucapan perasmian oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Ismail Bin Md Salleh, Ketua Pengarah LLM yang juga merupakan penasihat BKSS. Mesyuarat telah membincang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agong kali ke-27 sesi 2011/2013 serta Laporan Jawatankuasa Kerja Penggal Pertama Sesi 2013/2015. Tn. Syed Faizal bin Said Ahmad juga telah dilantik sebagai Presiden BKSS yang baru setelah memperolehi majoriti undi menggantikan presiden sedia ada yang akan bercuti belajar. Jamuan minum petang dan acara cabutan bertuah turut diadakan bagi menghargai kehadiran ahli.

MESYUARAT AGONG TAHUNAN BKSS, LLM

APR

PERASMIAN PUSINGAN-U BERTINGKAT,LEBUHRAYA SHAH ALAM

Page 13: Mohd Ridzuan Bin Noorzahari 9 MAC 2014 Ikatan Jambatan ...1)_25092014115741.pdf · gotong-royong serta sumbangan barangan keperluan telah dilaksanakan. Di samping itu, ... antara

13

APR

KUANTAN, 18 April - Pengurusan LLM amat menitikberatkan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan warga kerjanya, maka dengan itu satu Kursus Kesihatan telah dianjurkan selama tiga hari bermula 16 April 2014 bertempat di De Rhu Resort, Kuantan, Pahang. Seramai 40 orang Kumpulan Pelaksana LLM yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun diberi pendedahan tentang bagaimana untuk menseimbangkan kesejahteraan minda, fizikal dan rohani menerusi teknik yang betul supaya sihat sepanjang hayat.

KURSUS KESIHATAN LLM

PERASMIAN PUSINGAN-U BERTINGKAT,LEBUHRAYA SHAH ALAM

SUBANG JAYA, 24 April - Pusingan-U Bertingkat di KM 37.5 Lebuhraya Shah Alam (LSA) telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia. Pusingan-U Bertingkat ini dibina untuk meningkatkan keselesaan dan keselamatan serta memberi manfaat kepada semua pengguna lebuh raya khususnya penduduk sekitar USJ, Subang Jaya dan Bandar Sunway. Penjimatan masa yang dianggarkan lebih kurang 15 minit tanpa melalui persimpangan bertingkat lampu isyarat di jalan kewajipan akan mengurangkan limpahan trafik ke LSA.

13

Page 14: Mohd Ridzuan Bin Noorzahari 9 MAC 2014 Ikatan Jambatan ...1)_25092014115741.pdf · gotong-royong serta sumbangan barangan keperluan telah dilaksanakan. Di samping itu, ... antara

14

ACARA

PURPLE WALK 2014KUALA LUMPUR, 25 Mei - Bersempena dengan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2014, Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menganjurkan Acara Purple Walk secara serentak di beberapa lokasi di seluruh Negara. Acara ini merupakan satu inisiatif Kerajaan meraikan kejayaan wanita dalam pelbagai bidang dan menyemarakkan gaya hidup sihat dalam masyarakat. Sekumpulan warga LLM telah menyertai Acara Purple Walk yang berlangsung di Dataran Merdeka bagi memberi sokongan dan penghargaan terhadap usaha Kerajaan dalam memartabat dan memperkasakan kaum wanita.

KUALA LUMPUR, 20 Mei - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pelaksanaan Pengurusan Lalulintas bersama Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Star Radio Group di Menara DBKL. MoU ini merupakan hasil daripada Bengkel Blue Ocean Strategy anjuran DBKL pada bulan September 2013 yang bertujuan mencari jalan penyelesaian terbaik dan pendekatan terbaru bagi membantu mengurangkan kesesakan lalulintas di dalam bandaraya dan rangkaian lebuh raya sekitar Kuala Lumpur yang semakin mencabar. Dengan termeterainya MoU ini diharapkan ianya dapat memberi nilai tambah kepada usaha-usaha pengurusan lalulintas di Kuala Lumpur demi mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan.

MoU bersama DBKLMEI

14

Page 15: Mohd Ridzuan Bin Noorzahari 9 MAC 2014 Ikatan Jambatan ...1)_25092014115741.pdf · gotong-royong serta sumbangan barangan keperluan telah dilaksanakan. Di samping itu, ... antara

15

MAJLIS PECAH TANAH

PROJEK LEBUHRAYA PESISIRAN PANTAI BARAT (WCE)TELUK INTAN, 25 Mei - YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat di R&R Batu 5, Teluk Intan. Turut hadir sama di majlis ini adalah YAB Menteri Besar Perak, YB Menteri dan Timbalan Menteri Kerja Raya serta pegawai Kanan Kerajaan dan agensi swasta yang berkaitan. Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat sepanjang 233km ini merupakan sebuah projek baru di bawah seliaan LLM yang akan menghubungkan Banting, Selangor hingga ke Taiping, Perak. Lebuh raya ini bakal menjadi laluan alternatif ke utara tanah air dan memangkin pertumbuhan ekonomi kawasan sekitarnya.

MEI

15

Page 16: Mohd Ridzuan Bin Noorzahari 9 MAC 2014 Ikatan Jambatan ...1)_25092014115741.pdf · gotong-royong serta sumbangan barangan keperluan telah dilaksanakan. Di samping itu, ... antara

16

JANPERJUMPAAN PENGERUSI

LLM DENGAN PSKLM

KAJANG, 19 Jun - YBhg. Datuk Ir. Hamzah bin Hasan, Pengerusi LLM telah mengadakan sesi perjumpaan dan ramah mesra bersama Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) di Ibu Pejabat LLM. Isu-isu pengurusan lebuh raya bertol antaranya mengenai keselamatan, penyenggaraan lebuh raya dan pemasangan struktur paparan iklan yang sering berbangkit dibincangkan dalam perjumpaan ini.

JUN

16

MAJLIS

PENGHARGAAN PERSARAAN&

KAJANG, 23 Jun - Seramai 66 orang penerima Anugerah Berprestasi Baik 2013 dan pemenang Pertandingan 5s Terbaik LLM telah diraikan semasa Perhimpunan Bulanan Jun LLM. YBhg. Dato’ Ketua Pengarah telah menyampaikan Anugerah Berprestasi Baik kepada pegawai dan kakitangan sebagai penghargaan LLM kepada warganya yang telah menyumbang khidmat cemerlang sepanjang tahun 2013. Sesi penyampaian hadiah kepada Johan Pertandingan 5s Terbaik LLM iaitu Bahagian Khidmat Pakar & Kerjasama Teknikal (KPKT) kerana telah berjaya mempraktikkan budaya tempat kerja

yang selesa, kemas dan selamat secara signifikan juga telah diadakan. Tempat kedua dan ketiga pertandingan ini pula dimenangi oleh Pejabat Pengurusan dan Pejabat Wilayah Utara. Selain itu, majlis turut meraikan persaraan En. Md Sani Bin Dawam, Ketua Audit Dalam dan Pn. Norlia Binti Azaludin, Pembantu Tadbir (P/O) Pejabat Wilayah Utara setelah menabur bakti selama 30 tahun di LLM. Pengurusan LLM mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah serta jutaan terima kasih dan selamat maju jaya kepada para pesara.

Page 17: Mohd Ridzuan Bin Noorzahari 9 MAC 2014 Ikatan Jambatan ...1)_25092014115741.pdf · gotong-royong serta sumbangan barangan keperluan telah dilaksanakan. Di samping itu, ... antara

17

JAN

MAJLIS

PENGHARGAAN PERSARAAN

PROGRAM CSR DI

PUSAT JAGAANAL FIKRAH

JUN

17

orang sukarelawan daripada LLM dan PSKLM telah diadakan. Program CSR ini diakhiri pada hari kedua dengan penyampaian sumbangan barangan keperluan, perkakasan elektrik dan barangan perubatan bagi meringankan tanggungan pusat jagaan. YBhg. Dato’ Ketua Pengarah LLM berharap program sebegini dapat membawa keceriaan dan masa yang diluangkan serta perhatian yang diberikan dapat mengurangkan beban emosi warganya.

KAJANG, 20 Jun - LLM dan Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) sentiasa prihatin dalam menganjurkan program berbentuk komitmen kemasyarakatan bagi membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan. Program Tanggungjawab Sosial dan Korporat (CSR) yang telah dimulakan sejak empat tahun yang lalu, pada kali ini telah memilih Pusat Jagaan Al Fikrah, Kajang. Pada hari pertama aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran dengan bantuan seramai 40

Page 18: Mohd Ridzuan Bin Noorzahari 9 MAC 2014 Ikatan Jambatan ...1)_25092014115741.pdf · gotong-royong serta sumbangan barangan keperluan telah dilaksanakan. Di samping itu, ... antara

18

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2014 PERINGKAT KKR12 FEBRUARI 2014

MAJLIS MENANDATANGANI SISTEM SEMAKAN MAKLUMAT INDIVIDU (SSMI) 1 APRIL 2014

LAWATAN DELEGASI HIGHWAY AUTHORITY OF THAILAND 26 MAC 2014

APPRECIATION DINNER FOR Y.BHG. DATO’ SYED JAMAL SYED JAAFAR 17 FEBRUARI 2014

LAWATAN DELEGASI HIGH COMMISSION OF GHANA7 APRIL 2014

MAJLIS KUNJUNG HORMAT PERSATUAN KONTRAKTOR MELAYU MALAYSIA NEGERI PERAK 3 APRIL 2014

LAWATAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA25 APRIL 2014

LAWATAN ILMIAH DARI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA23 APRIL 2014

SUDUT LENSA

Page 19: Mohd Ridzuan Bin Noorzahari 9 MAC 2014 Ikatan Jambatan ...1)_25092014115741.pdf · gotong-royong serta sumbangan barangan keperluan telah dilaksanakan. Di samping itu, ... antara

19

JAN

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2014 PERINGKAT KKR12 FEBRUARI 2014

MAJLIS MENANDATANGANI SISTEM SEMAKAN MAKLUMAT INDIVIDU (SSMI) 1 APRIL 2014

LAWATAN DELEGASI HIGHWAY AUTHORITY OF THAILAND 26 MAC 2014

APPRECIATION DINNER FOR Y.BHG. DATO’ SYED JAMAL SYED JAAFAR 17 FEBRUARI 2014

LAWATAN DELEGASI HIGH COMMISSION OF GHANA7 APRIL 2014

MAJLIS KUNJUNG HORMAT PERSATUAN KONTRAKTOR MELAYU MALAYSIA NEGERI PERAK 3 APRIL 2014

LAWATAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA25 APRIL 2014

LAWATAN ILMIAH DARI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA23 APRIL 2014

SUDUT LENSA

Page 20: Mohd Ridzuan Bin Noorzahari 9 MAC 2014 Ikatan Jambatan ...1)_25092014115741.pdf · gotong-royong serta sumbangan barangan keperluan telah dilaksanakan. Di samping itu, ... antara

Nuril Aslina Binti Che Hussin &

Mohd Halimi Bin Halim

9 MAC 2014

Nurul Aifaa Binti Azman & Mohd Feirus Bin Ismail3 MEI 2014

Siti Hafsah Yahya &Mohd Ridzuan Bin Noorzahari

23 MAC 2014

Mohd Faizal B. Adnan & Farrah Hanna Bt. Mohd Nasir

23 MEI 2014

Ameera Binti Mohamad Rosli &Mohammad Shafiq Bin Abd Rahman2 MAC 2014

Khairul Anwar Bin Azmil &

Nur Athira Binti Hashim25 MEI 2014

Noor Rahayu Bte MazlanMd Fakhrurazi Bin Abdul Halil7 JUN 2014

Rosnida Binti Kenit & Syahrul Sazly Bin Md Sain

Nama: Lana Nur Hana Binti Syahrul Sazly

Tarikh Lahir: 7 Mac 2014

Nur Erman bin Nordin & Norhidayah binti Mohamed Kassim

Nama: Nur Eryna Sofia binti Nur Erman

Tarikh Lahir: 18 Mac 2014

IkatanJanji

PermataHati

IKATAN JANJI

PERMATA HATI

LEBUHRAYALEMBAGA

MALAYSIA

JAN - JUN EDISI 1 / 2014BULETIN

Jambatan Sultan Abdul Halim

Mu’adzam Shah Beri Manfaat