Upload
nurkhairulbariyahnoorzihad
View
268
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/27/2019 Jambatan Pulau Pinang
http://slidepdf.com/reader/full/jambatan-pulau-pinang 1/12
Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan keempat
terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4
kilometer daripadanya merentasi laut. Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya
Jelutong, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.
Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja
dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara.
Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur
tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.
Isi kandungan
[sorokkan]
1 Spesifikasi jambatan[1]
2 Galeri
3 Lihat juga
4 Rujukan
5 Pautan luar
[sunting]Spesifikasi jambatan[1]
Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu) Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
Laluan: 6 Laluan
Tinggi menara dari aras air: 101.5 Meter
Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
Gantungan utama: 225 Meter
Gantungan hujung: 107.5 Meter
Gantungan lain: 40 Meter
Had laju: 80 km/j
7/27/2019 Jambatan Pulau Pinang
http://slidepdf.com/reader/full/jambatan-pulau-pinang 2/12
Menara Berkembar PETRONAS di Kuala Lumpur , Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang
pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101.
Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia
dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Menara Berkembar Petronas memegang
gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk
utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan
antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian
tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996).[3]
[sunting]Perbandingan dengan menara lain
Deretan lakaran bangunan tertinggi di dunia sehingga tahun 2010. Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat
Bandar (CTBUH), menetapkan Menara Berkembar Petronas sebagai bangunan tertinggi didunia pada tahun sejak
1998, namun tahun 2004, gelaran tersebut disandang oleh Taipei 101. Menara Willis tidak dikira sebagai bangunan
yang lebih tinggi dari Menara Berkembar Petronas, kerana antenna tidak termasuk dalam perhitungan ketinggian
sesebuah bangunan tertinggi, sebaliknya puncak (spires) dikira.
Perbandingan bangunan tertinggi dunia yang mengambil kira ketinggian antenna bangunan.
7/27/2019 Jambatan Pulau Pinang
http://slidepdf.com/reader/full/jambatan-pulau-pinang 3/12
Mengikut CTBUH, puncaknya yang menyumbang kepada ketinggian keseluruhan menara ini, oleh itu mengatasi
Menara Willis.
Plan lantai pembinaan Menara 1 pada aras 43 diadaptasi dari simbol geometri asas Islam iaitu Rub el Hizb.[4]
Menara Berkembar Petronas menjadi bangunan tertinggi di dunia sehingga siapnya Taipei 101 pada
tahun 2004, seperti yang diukur hingga ke atas komponen strukturnya (kemuncak, bukan
antena).[5]
Puncak (spire) dianggap sebagai bahagian penting dalam reka bina bangunan, dan jika
diubah boleh banyak mengubah rupa dan reka bina bangunan, manakala antena boleh dipasang atau
dicabut tanpa memberi kesan kepada rupa bangunan. Menara Berkembar Petronas masih
merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia.[6]
Menara-menara Willis (dahulunya Spears) dan World Trade Center terbina dengan 110 tingkat yang
boleh diduduki, iaitu lebih 22 tingkat berbanding Petronas Twin Towers yang ada 88 tingkat.
Bumbung-bumbung dan tingkat tertinggi menara Willis dan World Trade Center agak melebihi
ketinggian bumbung dan tingkat tertinggi Menara Berkembar Petronas. Antena tertinggi di Willis
Tower adalah 75 meter (246 ka) lebih tinggi berbanding puncak-puncak Menara Berkembar Petronas.
Walaupun demikian, mengikut peraturan dan garis panduan CTBUH,[3]
antena-antena Menara Willis
tidak diambil kira sebagai sebahagian ciri-ciri seni binanya.[7]
Sebaliknya, puncak-puncak pada
Menara Petronas dikira dalam ukuran ketinggian kerana bukan merupakan tiang antena. Oleh itu,
Menara Berkembar Petronas mengatasi ketinggian rasmi Menara Willis dengan beza 10 meter (33
ka), padahal Menara Willis lebih banyak bilangan tingkat dan lebih besar kakian perseginya.
7/27/2019 Jambatan Pulau Pinang
http://slidepdf.com/reader/full/jambatan-pulau-pinang 4/12
[sunting]Pembinaan
Menara Petronas yang direka oleh jurubina César Pelli dari Argentina ini, siap dibina pada tahun
1998 setelah menelan masa tujuh tahun sehingga menjadi bangunan tertinggi di dunia sewaktu
disiapkan.[8]
Menara ini dibina di atas tapak lumba kuda Kuala Lumpur .[9]
Kedalamanbatuan
dasar menjadikan bangunan ini dibina pada tapak yang paling dalam di dunia.[10]
Tapak sedalam 120
meter itu memerlukan sejumlahkonkrit yang berlebihan untuk dibina dalam masa 12 bulan oleh Bachy
Soletanche.[11]
Menara setinggi 88 tingkat ini banyak dibuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan
buatan keluli dan kaca yang direka untuk menyerupai motif kesenian Islam untuk mencerminkanagama Islam di Malaysia.
[12] Satu lagi pengaruh seni Islam dalam bangunan ini ialahkeratan
rentas kedua-dua menara yang berbentuk Rub el Hizb, ditambah dengan bahagian bundar untuk
memenuhi keperluan ruang pejabat.[13]
Menara 1 dibina oleh konsortium Jepun yang dipimpin oleh
Hazama Corporation manakala Menara 2 dibina oleh dua kontraktor Korea Selatan, iaitu Samsung
C&T dan Kukdong Engineering & Construction. Jejantasnya pula disiapkan oleh Kukdong.
Disebabkan kekurangan keluli serta kos pengimportan keluli yang mahal, menara berkembar ini
didirikan atas konkrit bertetulang teramat kukuh bereka bentuk radikal yang murah sekali.[14]
Konkrit
yang amat kukuh dikenali ramai kontraktor Asia dan dua kali lebih berkesan mengurangkan gegaran
berbanding keluli; however, oleh itu bangunan ini dua kali beratnya pada tapak berbanding bangunan
keluli yang seumpamanya. Disokong oleh teras konkrit 23-kali-23 meter [15]
dan segelang luar tiangsuper yang beruang legar, menara-menara ini menggunakan sistem struktur canggih yang
menampung profilnya yang langsing serta menyediakan ruang pejabat tanpa tiang seluas
560,000 meter persegi (669,754 ela ps).[16]
Di bawah menara berkembar ini ialah pusat beli-
belah Suria KLCC dan Dewan Filharmonik Petronas.
5 0
7/27/2019 Jambatan Pulau Pinang
http://slidepdf.com/reader/full/jambatan-pulau-pinang 5/12
Rumah Tradisional Melayu
Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai. Ianya
telah direkabentuk dan dibina oleh orang kebanyakan yang menampakkan betapa mahir dan
kreatifnya mereka dalam bidang seni bina. Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan
perluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan.
Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri.
Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu
atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak
dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada
rumah. Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang
tersangat minima.
Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi
rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minagkabau, Siam, Cina dan Barat.
Faktor cuaca memainkan peranan dalam rekabentuk asas bangunan. Kekerapan hujan
mengakibatkan rekabentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelak banjir. Kepanasan
cuaca juga menyumbang kepada rekabentuk yang lebih terbuka seperti kehadiran tingkap yang
banyak, berandah dan tiang itu sendiri memberi laluan angina dibahagian bawah rumah. Tidak cukup
dengan itu, lubang angin dibahagian atas tingkap dan bumbung juga telah direka untuk keselesaan
secara maksima.
Bahan binaan adalah kayu, rotan, akar, buluh, dan dedaun dari sumber hutan terdekat. Kayu menjadi
tunjang kepada struktur bangunan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang
pinang menjadi lantai, buluh dan daun rumbia/ nipah menjadi dinding dan atap.
Budaya dan adat resam juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk seni bina rumah
Melayu. Misalnya kehadiran Islam telah mempengaruhi orientasi bangunan mengarah ke kiblat.
Definisi ruang juga diatur dan diubah aras mengikut kegunaan adat resam bertandang, kenduri dan
aktiviti keluarga.
Kehadiran penjajah Barat telah memberi alternatif baru kepada teknik seni bina Melayu. Sebagai
contoh, zink dan atap genting telah mengambil alih atap rumbia dan kayu, bata dan simen telah
mengambil tempat kayu sebagai tiang, tangga dan dinding, paku menggantikan pasak kayu dan akar
sebagai penghubung/ pengikat. Pengaruh ini boleh dilihat secara positif dan negatif oleh umum, iaitu
pertembungan dua unsur; praktikal dan seni.
7/27/2019 Jambatan Pulau Pinang
http://slidepdf.com/reader/full/jambatan-pulau-pinang 6/12
Terdapat beberapa jenis rekabentuk tradisional dan campuran yang boleh dilihat diseluruh Malaysia.
Secara amnya, rekabentuk ini diklasifikasikan mengikut rekabentuk bumbung iaitu; Bumbung
Panjang, Bumbung Lima, Bumbung Limas dan Bumbung Perak. Rekabentuk ini boleh dilihat
disegenap pelusuk tanahair. Untuk orang kebanyakan, rekabentuk Bumbung Panjang adalah yang
paling popular oleh kerana keringkasan rekabentuknya dan penjimatan kos serta masa pembinaan
Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: ; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada
1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah,
dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di
seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia
yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah
menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam,
selain Hari Raya Korban.
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secarahisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya
bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan
diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat
strategik.
Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah
iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak
perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula
membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip
apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan
sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalahbagi memberi peluang kepada mereka yang belum membayar zakat untuk menunaikan kewajipan
mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha
digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. [1]
Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji
kebesaran Allah. Tempoh ber takbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari
terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun
Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.
7/27/2019 Jambatan Pulau Pinang
http://slidepdf.com/reader/full/jambatan-pulau-pinang 7/12
Simbol
Gambar ketupat yang dianyam dari riben.
Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewayang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun
kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang
lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya.
Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti kalimah Allah dan Nabi Muhammad,
bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan lain-lain yang tiada unsur haram juga adalah
digalakkan untuk digunakan sebagai simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Hari Deepavali (Bahasa Hindi: िदपावली , Bahasa Tamil: தபவள) juga dikenali
sebagai Diwali dan Divali (Bahasa Hindi: ि ीवाली ) merupakan perayaan yang disambut oleh semua
penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan
Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang
beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar
Tamil (antara bulan Oktober dan November) Tamil Nadu dan Malaysia, [1]
dan juga dikenali sebagai
pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan
dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja Narakasura meminta semua manusia agar mereka
merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan
hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada
membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi
melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali
7/27/2019 Jambatan Pulau Pinang
http://slidepdf.com/reader/full/jambatan-pulau-pinang 8/12
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam
kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakansempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum
hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan
segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang
tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan
bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol
murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan
besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin.
Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah
bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang
masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang
diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru
Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang
Cina, seperti Tanah Besar China, Hong
Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina,Singapura,[1]
Taiwan, Thailand, dan juga di Pekan Cina di
merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan
budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina),
termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar ), Mongolia (Tsagaan Sar ), Vietnam (Tết),
dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).
7/27/2019 Jambatan Pulau Pinang
http://slidepdf.com/reader/full/jambatan-pulau-pinang 9/12
Taman laut.
Taman laut ialah kawasan perairan laut yang dilindungi, biasanya untuk melindungi dan memulihara
pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik. Taman laut terbesar ialah Taman Laut Terumbu Sawar
Besar di Australia, seluas 350,000 km².
[sunting]Malaysia
Di Malaysia, taman laut ialah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh 2 batu nautika dari tikas air
surut terendah. Tetapi Pulau Kapas di Terengganu, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau
Rusukan Kecil di Labuan yang dizonkan sejauh 1 batu nautika dari tikas air surut terendah. Malaysia telah
diiktiraf sebagai sebuah negara Mega Biodiversiti di dunia kerana kepelbagaian flora dan fauna. Negara
ini juga merupakan negara yang terletak di dalam kawasan Segi Tiga Terumbu Karang (CTI) dan
dikelilingi perairan Laut Andaman , Selat Melaka ,Laut Sulu dan Laut Sulawesi menjadikan Malaysia kaya
dengan biodiversiti marin.Hal ini kerana lebih 83 peratus spesies terumbu karang dunia telah direkodkan
di Malaysia.
Kegiatan menangkap ikan dilarang sama sekali di dalam kawasan Taman Laut dan menjadi satu
kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. Ini termasuklah memancing, menjaring, pukat, bom ikan, tuba
dan sebagainya.
Taman Laut adalah kawasan yang dilindungi,biasanya untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat
dan kehidupan marin akuatik. Sebanyak 42 pulau yang telah digazetkan Jabatan Taman Laut
Malaysia. Pulau tersebut meliputi 13 perairan di Terengganu, sembilan perairan di Pahang, 13 perairan
di Johor empat di Kedah dan tiga di Wilayah Persekutuan Labuan.[1]
[sunting]Bayaran
RM 5.00 dikenakan kepada orang dewasa, pesara, wargatua (55 tahun dan ke atas), penuntut dan murid
sekolah dikenakan caj sebanyak RM 2.50. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun adalah percuma. Bayaran
ini digunakan bagi penyelenggaraan taman marin ini. Pengunjung akan diberi tiket .Setiap tiket adalah sah
bagi tempoh tiga (3) hari, dari tarikh ianya digoreskan, di semua Taman Laut Malaysia kecuali Taman Laut
Pulau Payar . Tempoh sah tiket di Taman Laut Pulau Payar adalah satu hari sahaja .
[sunting]Pengurusan
Taman laut diuruskan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia, di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar. Jabatan ini menubuh, mentadbir dan mengurus Taman-taman Laut Malaysia. Unit Taman Laut
ditempatkan di tiap-tiap negeri yang mempunyai Taman Laut.
Mulai 16 Julai 2007, Seksyen Taman Laut menubuhkan Jabatan Taman Laut Malaysia dengan 154kakitangan.
7/27/2019 Jambatan Pulau Pinang
http://slidepdf.com/reader/full/jambatan-pulau-pinang 10/12
[sunting]Pembiakan Ikan
Usaha kerajaan mewujudkan Taman Laut tidak perlu dikhuatiri oleh masyarakat nelayan kerana hal ini
menyumbangkan kepada pembiakan ikan. Sebelum ini golongan nelayan berasa gusar sekiranya
kehilangan punca rezeki apabila kawasan yang sering dijadikan sebagai tempat mencari ikan ditutup.Hal
sedemikian kerana Taman Laut merupakan tempat larangan untuk menangkap sebarang kehidupan laut.
Menerusi pewartaan Taman Laut,JTLM membantu menyediakan kawasan membiak bagi pelbagai spesies
ikan. Kajian yang dilakukan mendapati spesies ikan yang ditanda di kawasan Taman Laut di
peringkat juvenil telah ditemui di luar kawasan Taman Laut setelah dewasa.
Tidak semua kawasan sesuai diwartakan.Hanya kawasan yang berpotensi seperti kawasan batu karang
dan kawasan pembiakan Ikan. Selain itu juga pewartaan Taman Laut mewujudkan ekosistem seimbang
dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti berasaskan perikanan.
[sunting]Senarai taman laut
1. Taman Laut Pulau Payar
2. Taman Laut Pulau Kapas di Terengganu
3. Taman Laut Pulau Kuraman
4. Taman Laut Pulau Rusukan Besar
5. Taman Laut Pulau Rusukan Kecil di Labuan
6. Taman Laut Pulau Tinggi
7. Taman Laut Pulau Redang, Terengganu
8. Taman Laut Pulau Tioman
9. Taman Laut Pulau Perhentian
7/27/2019 Jambatan Pulau Pinang
http://slidepdf.com/reader/full/jambatan-pulau-pinang 11/12
DEFINISI PEMANDU PELANCONGOrang yang
memberikanperkhidmatankepadapelancongataumana-manaorang lain
denganmemandumerakademibayaranapabilamelancongdibawahsubse
ksyen 24 (1), aktaindustripelancongan 1992
3. KEBERSIHAN DIRI PEMANDU
PELANCONGRambutmestilahkemasMukamestilahterurusdenganbersi
h,PakaianmestilahbersihdankemasTidakmenghisaprokoksemasamenja
lankantugassebagaipemandupelancongNafasdanbaubadan yang
tidakmenyenangkanparapelancongperlulahdielakkan.
4. RUPA DIRI PEMANDU PELANCONGDari segibentukpakaian
standardLelakiwanita
5. PAKAIAN
LELAKIKemejalenganpanjangataupendekdengantalileherdanseluarpan
jangKemeja batik
lenganpanjangataupendekdenganseluarpanjangKemeja T
berkolardenganseluarpanjangatauseluarbermuda
(aktivitikembarasahaja)Pakaianseragam yang
disediakanolehsyarikatitusendiri.
6. CONTOH GAMBAR PAKAIAN PEMANDU PELANCONG LELAKI
7. PAKAIAN WANITABajukebayaataukurung (batik ataubukan
batik)Blauslenganpanjangdenganseluarpanjangatau skirt labuhKemeja
T berkolardenganseluarpanjangatauseluarbermuda
(aktivitikembarasahaja)Pakaianseragam yang
disediakanolehsyarikatitusendiri.
8. CONTOH GAMBAR PAKAIAN PEMANDU PELANCONG
PEREMPUAN
7/27/2019 Jambatan Pulau Pinang
http://slidepdf.com/reader/full/jambatan-pulau-pinang 12/12
9. SIKAP PEMANDU PELANCONGSentiasakemas, bersopansantun,
jujur,
amanahdanberdedikasi.Tidakbolehmenggunakanbahasakesatatauterli
batdenganpergaduhanatauperbalahandenganpelancongatauorangdibawahjagaannya.Tidakbolehmemburuk-
burukkanataumengkritikrakansekerja, organisasi, kerajaan, dasar,
kempenataumana-manaorangBersifatprofesional, menjagakelakuan,
reputasi, imejdannamabaiknegara.
10. SIKAP PEMANDU
PELANCONGSentiasamempunyainilaiperhubunganawam yang baik,
kerjasamadanpersahabatandenganrakan.Menjalankantugasdenganberhati-
hatidanmenjagapelancongdibawahjagaannyaTidakbolehmeninggalkan
pelancongpadabila-
bilamasasemasamenjalankantugas.Sentiasameningkatdanmembekalk
andiridenganmaklumatdankemahiranterkini.
11. KESIMPULANSikappemandupelancong yang
berdisiplinmeningkatkanlagimutupekerjaandalamsesuatuagensipelanco
ngan.Kebersihandiridalamsesuatupekerjaandalambidangpemandupela
ncongharuslahdijagadenganbersih.
Bagikepentingandiridanjugaagensipelancongantersebut.Dari
segirupadiripemakaian yang
bersesuaiandenganpemandupelanconghendaklahkemasdanbersihbagi
menampakkanseseorangtersebutsebagaipemandupelancongan yang
berdisiflindanpropesionaldalammenjalankantugasnyasebagaipemandu
pelancong