Upload
dangtu
View
257
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
71
Ketokohan Imam ‘Asim Al-Kufi Dan Sumbangannya
Mohd Nazir bin Kadir
Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)
ABSTRAK
Kota Kufah merupakan satu kota besar yang menyimpan pelbagai khazanah dan ketamadunan
Islam. Maka tidak hairanlah mengapa ia terkenal dengan nama jolokan, kota seribu satu malam.
Ketika zaman kegemilangannya telah banyak melahirkan tokoh-tokoh ilmuan yang tinggi ilmu
pengetahuan dan falsafahnya, Imam ‘Asim adalah di antaranya. Untuk tujuan tersebut, artikel ini
ditulis bertujuan menganalisis ketokohan serta sumbangan imam qiraat ke-5, Imam ‘Asim al-Kufi.
Kajian ini dilakukan berdasarkan metode kajian kepustakaan dengan meneliti dan menyaring
maklumat dari sumber primer mahupun sekunder. Dari hasil saringan tersebut pengkaji
membahagikan kepada empat (4) bahagian; latarbelakang Imam ‘Asim, latabelakang
keintelektualan, sorotan sosio masyarakat dan sumbangan beliau. Berdasarkan kajian yang
dijalankan mendapati bahawa Imam ‘Asim merupakan seorang tabiin yang sangat tinggi
keilmuannya, sangat masyhur tidak hanya di kota Kufah sahaja, berhubungkait sanab keturunan
dengan baginda s.a.w. dan pakar dalam bidang qiraat.
Kata kunci; Imam ‘Asim, sanad, kota Kufah, qirā’āt sab’ah dan kota seribu malam.
Pendahuluan
Ilmu qiraat merupakan salah satu cabang ilmu al-Quran yang amat penting selain dari bidang
tafsir dan penterjemahan al-Quran. Melalui disiplin ilmu qiraat, para sarjana dalam bidang ini telah
membahaskan isu-isu utama seperti pembahagian jenis qiraat, tokoh-tokoh utama sama ada dari
qirā’āt sab’ah (qiraat tujuh), thamāniyyah (qiraat lapan), ‘asyarah (qiraat sepuluh) dan
sebagainya. Termasuk juga perbahasan tentang kepelbagaian kaedah sebutan dan bacaan al-
Quran. Berdasarkan kepada kepentingan mempelajari bidang ini, ilmu qiraat semakin mendapat
perhatian dalam kalangan masyarakat Islam dari seluruh dunia, tidak terkecuali di Asia Tenggara
khususnya di Malaysia. Oleh yang demikian bertitik tolak dari kesedaran tersebut, masyarakat
mula mendengar dan mengenali jenis-jenis qiraat yang dibaca seperti riwayat Qālūn, Warsh,
Khallāf, al-Kisā’i dan sebagainya termasuklah riwayat Hafs ‘an ‘Asim al-Kūfi.
Sejarah Perkembangan Ilmu Qiraat di Kufah
Kufah merupakah salah satu kota Islam yang terbesar selain Mekah, Madinah dan Basrah. Kufah
juga pernah menjadi satu mercu dalam ketamadunan yang unggul, khususnya dalam bidang ilmu
pengetahuan. Disebut dalam Ensiklopedi Hukum Islam, Kufah merupakan kota bersejarah di
72
kawasan Iraq dan menjadi pusat pemerintahan pada zaman Ali bin Abi Talib (603-661H). Di
samping itu ia merupakan daerah terbesar dalam penyebaran mazhab ahli ra’yi (madrasah al-
ra’yi) iaitu golongan fikiran (Abdul Azis Dahlan, 1997) kerana ketika itu ilmu pengetahuan Islam
terbahagi kepada dua dan yang satunya adalah mazhab ahli hadith (madrasah al-hadith).1 Menurut
Dr Zulkifli Mohammad (2008), selain alim dalam ilmu fiqh di Iraq, Imam Abu Hanifah (lahir 80H)
merupakan ketua bagi mazhab ahli ra’yi.
Pada mulanya, Kufah merupakan sebuah tempat yang tidak berpenghuni, di tepi Sungai Furat
berdekatan dengan kota Herot. Kemudiannya dibangunkan oleh tentera Muslim pada tahun 19H,
iaitu dua tahun selepas mereka mendirikan kota Basrah. Sebenarnya Kufah adalah sebuah kota
yang diwujudkan oleh bangsa arab ketika zaman Umar al-Khattab (581-644H) dan seterusnya
beliau menyusun dan menginstrukturkan agar ia dibangunkan sebagai sebuah kota baru dengan
didirikan rumah-rumah kediaman dari batu, masjid dan kawasan pemerintahan secara kekal.
Lanjutan dari pembangunan tersebut, Kufah menjadi pusat ilmu pengetahuan, politik dan pusat
ketenteraan yang strategik (Abdul Azis Dahlan, 1997). Oleh kerana itulah memungkinkan kota
penuh bersejarah tersebut menjadi pusat segala aktiviti sama ada pendidikan, politik, ekonomi dan
sosialnya.
Perkembangan qira’at di Kufah mengikut hemat pengkaji bolehlah dikatakan telah bermula semasa
era pemerintahan khalifah kedua, ‘Umar ibn al-Khattab r.a. (13-32H/634-644M). Selain peluasan
penaklukan kota-kota baru, seiring itu beliau telah menghantar beberapa tokoh qira’at antaranya
Ibn ‘Abbas r.a. ke Kufah. Beliau mengajar penduduk dengan qira’atnya dan mula kemuncak pada
era khalifah ketiga, ‘Uthmān r.a. (223-35H/644–656M, selama tempoh 11–12 tahun) kerana ketika
itu penduduk Kufah telah pun mengamalkan bacaan yang diambil daripada ikhtiyār Ibn Mas’ud.
Sementara penduduk Syam pula dari ikhtiyār Ubay bin Ka’ab r.a. dan yang lain dari ikhtiyār Abu
Musa al-Asy’ari r.a. (‘Abdul Fattāh al-Qādhi, 1994). Kemudiannya, perkembangan ilmu qira’at
semakin ketara apabila umat Islam dari segenap kota-kota Islam datang berkumpul bagi sesebuah
tujuan (seperti peperangan dan perniagaan). Masing-masing membaca al-Quran dengan qiraat
yang berbeza. Akibatnya mereka saling menyalahi dan kekadang hingga mengkafirkan. Dari sudut
positifnya, ia menggambarkan umat Islam sangat berpegang utuh pada pengambilan bacaan al-
Quran sesama sahabat dan dari nabi s.a.w. Serta menzahirkan kekuatan akidah Islamiah.
Tokoh-tokoh Qiraat di Kufah
Tokoh-tokoh qiraat sememangnya tidak hanya tertumpu tugas dalam majlis-majlis Iqra’. Seperti
riwayat kedua masyhur bagi Imam Ibn Kathir al-Makki (945-122H), iaitu al-Bazzi (170-250H).
Ibn al-Jazari menyebut beliau merupakan guru dan ketua dalam majlis Iqra’ serta segala sanad
qira’at di Mekah akan berakhir kepadanya. Selain itu masyarakat meletakkan beliau sebagai insan
istimewa dengan diberi amanah menjadi muazzin di Masjid al-Haram (Muhammad Sālim Muhaisin,
t.th).
Al-Sakhāwi dalam Jamāl al-Qurrā’ (2010) menyebut, para qurra’ selepas para sahabat dan tabiin,
muncul beberapa para qurra’ yang sangat mendalami ilmu qiraat hinggakan manusia pada zaman
tersebut menjadikan mereka sebagai tempat rujuk utama. Mereka adalah terdiri dari 15 rijāl dari
setiap kota-kota Islam. Setiap kota mewakili tiga rijāl. Di Kufah ialah Yahya bin Waththāb, ‘Asim
dan al-‘Amāsh. Yang tertinggi kedudukannya adalah Yahya, diikuti ‘Asim dan al-‘Amāsh. Selepas
1 Ahli ra’yi yang kebanyakkannya tinggal di Iraq dan ahli hadith pula di Madinah.
73
tempoh zaman mereka berlalu, imam Hamzah pula mengganti mereka. Antara mereka yang
mengambl bacaan beliau ialah Sālim bin ‘Isa.
Para qurra’ Kufah diibaratkan seperti cahaya yang berkilauan, seperti kata Imam al-Syātibi (538-
590H) dalam qasidahnya Hirzi al-Amāni:
هم ثالثة # أذاعوا ف قد ن لكوفةا الغراءا ما اعت شذا وق رن فال ض وبا
Abu Syāmah menafsirkan kalimah ( اء dengan maksud baidhā’ munīrah – para qurra’ Kufah (الغر
yang sangat masyhur dan terkenal, mereka laksana cahaya yang menerangi kerana terlalu ramainya
bilangan mereka (t.th: 30). Al-Dhabbā’ pula menyebut kerana sifat mereka menyebarkan ilmu
(2006). Manakala Ibn al-Qasih memberi maksud baidhā’ masyhūrah dan maksud ‘tiga’ dalam
perkataan ( ثالثة) pula merujuk kepada tiga imam Kufah dari qirā’āt sab’ah iaitu ‘Asim, Hamzah
dan al-Kisā’i (1954). Syeikh ‘Abdul Fattāh al-Qādhi (2003) pula menafsirkan dengan al-baidhā’,
iaitu sifat bagi Kufah dengan maksud bersinar terang berkat ramainya para alim ulama ketika itu.
Sementara kalimah (أذاعوا) bermaksud (نشروا), kerana mereka sentiasa menyebarkan ilmu kepada
manusia.
Secara keseluruhannya Ibn al-Jazari membuat perumpamaan para qurra’ ‘asyarah kesemuanya
laksana matahari yang menerangi dengan ungkapan:
ياهم وفا األنما ان تشرا هم عشر شوس ظهرا # ضا ن وما
Selain Imam ‘Asim, imam-imam Qiraat yang Mujāhid di Kufah ialah Imam Hamzah (80-156H2
, wafat pada zaman Abi Ja’far al-Mansur) dan Imam al-Kisae (wafat 189H). Menurut al-Zahabi
(1995) para ulama sepakat mengatakan tahun kelahiran Imam Hamzah adalah bersamaan dengan
tahun kelahiran Imam Abu Hanifah, iaitu pada tahun 80H/660M. Oleh itu berdasarkan kiraan
tahun, pengkaji mendapati perkembangan ilmu fiqh dan era mujtahid berada dalam zaman
perkembangan ilmu qiraat seperti yang berlaku di antara Imam Abu Hanifah dalam bidang fiqh
dan Imam Hamzah dalam bidang qiraat. Malah lebih menakjubkan menurut al-Zahabi kedua-dua
imam tersebut adalah berbangsa Parsi (al-Zahabi, 1990).
Kehidupan Imam Abu Hanifah adalah di zaman Umawiyah dan Abbasiyah serta kewafatannya
pada zaman khalifah pertama, Abi Ja’far al-Mansur. Semasa hidupnya berlaku bermacam-macam
pertumbuhan dan perkembangan ilmu pengetahuan sama ada dalam bidang politik mahu pun
agama. Berlaku pertukaran potitik, Umawiyyah kepada Raja Adhudh dsan timbulnya pelbagai
fitnah. Seruan perkauman (nasionalis) dan anti bangsa asing mula menular. Semasa zaman
Abbasiyah pula, wujudnya pertelingkahan sengit antara pro-Abbasiyah dengan pro-Umawiyyah.
Seterusnya wujudlah dua pemikiran dalam memahami nas-nas al-Quran dan hadith kerana
pengaruh material di negeri Arab (percubaan menyatukan antara nas-nas agama dengan kehidupan
2 Imam Hamzah memjadi penghulu majlis Iqra’ selepas kewafatan Imam ‘Asim. Lihat Abu Syamah (t.th), Ibraz al-
Ma’ani min Hirzi al-Amani, tahkik Ibrahim ’Utwah ’Awadh, Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh, hlm. 7. Ibn al-
Jazari menambah, menjadi penghulu selepas Imam ‘Asim dan al-‘Amash. Dr Salim Muhaisin (t.th), Al-Hadi, Dar al-
Jil, J. 1, hlm. 40.
74
sekular telah lahir): (1) Golongan yang berpegang kepada zahir ayat atau hadith sahaja dan (2)
Golongan menggunakan akal sebagai tambahan dalam menafsir ayat-ayat al-Quran dan hadtih
yang mempunyai kekeliruan (mutasyābihāt). Oleh kerana Imam Abu Hanifah tinggal di bandar
Baghdad, Iraq yang mana ketika itu perkembangan ilmu amat pesat. Akhirnya Iraq terkenal
sebagai pusat puak-puak ahli fikir (ra’yi) dan kesannya suasana tersebut sikit sebanyak
mempengaruhi beliau (Zulkifli Mohamad, 2008).
Tokoh seterusnya Imam al-Kisae (119-189H), imam ketiga masyhur bagi qurra’ Kufah. Selepas
kewafatan gurunya Imam Hamzah3, tempat beliau telah diganti oleh Imam al-Kisae (Muhammad
Salim Muhaisin, t.th). Walaupun berasal dari Parsi, beliau pakar dalam ilmu-ilmu al-Quran,
bahasa dan merupakan pengasas pusat nahw di Kufah (Sabri Mohamad & Mohd Faizulamri,
2010). Selain itu al-Dāni (t.th) menyebut dalam al-Taisīr, kota Kufah juga menyaksikan seorang
lagi tokoh qiraat yang wafat di sana, Imam Abu ‘Amr al-Basri iaitu pada tahun 154H (walau
bagaimanapun beliau lahir di Mekah).
Latar Belakang Biografi Imam ‘Asim al-Kūfi
Nama penuh imam ‘Asim ialah ‘Asim bin Abi an-Najūd bin Mālik bin Nasr bin Qa’ain bin al-
Harith bin Tha’labah bin Dūdan bin Asad bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyās bin Mudar bin
Nizar bin Ma’ad bin ‘Adnān. Al-Dāni (2003) berkata, beliau tergolong dalam tabi’in. Ada
pendapat mengatakan nama bapanya ialah ‘Abdullah. Dikatakan beliau terkenal dengan nama Ibn
Bahdalah atau ‘Asim bin Bahdalah, iaitu nisbah kepada ibunya yang bernama Bahdalah,
sepertimana Hammād bin Salamah berkata: “Aku melihat ‘Asim bin Bahdalah duduk dan
melakukan sepertimana gurunya, ‘Abdul Rahmān al-Sulami”.
Berdasarkan petikan teks tersebut jelas menunjukkan bahawa Hammād bin Salamah telah
menyebut nama beliau dengan ‘Asim bin Bahdalah. Sementara itu al-Sakhawi menyebut,
dikatakan nama ibu beliau ialah Bahzalah (بهذلة) – dengan huruf Zal (2004). Nama gelarannya
(kunyah) adalah Abu Bakar (al-Dāni, 2003; al-Qādhi, 2003) atau Abu al-Najūd (Sya’bān
Muhammad Ismāil, j1, 1987; al-Qadhi, 2003), iaitu dengan nama bapanya. Ibn Khalawaih dalam
‘Irāb al-Qirā’āt menambah, Abu ‘Amr (j1, 1992). Manakala tahun kelahirannya tidak disebut
dalam kebanyakan sumber rujukan.
Menurut Syeikh ‘Abdul Fattāh al-Qādhi beliau adalah Asadi al-Kūfi (2003). Maksud Asadi ( (أسدى
iaitu nisbah kepada Bani Asad, dari suku bangsa Arab. Berdasarkan butiran maklumat dari Atlas
al-Hadīth al-Nabawi, Bani Asad ialah mereka yang menetap di bahagian barat laut Jazirah Arab.
Khususnya mereka yang berada di antara Tabuk dan Taima’ (Syauqi Abu Khalīl, 2007). Manakala
maksud al-Kūfi ( كوفى ال ) pula merujuk kepada kota Kufah.
Dari sudut geografi, Kufah terletak di pertengahan negara Iraq, iaitu di bahagian barat sungai
Furrat (Syauqi Abu Khālil, 2007). Seterusnya maklumat dari Mu’jam al-Buldān, al-Hamawi
memberitahu terdapat beberapa pendapat yang menyebut tentang asal usul nama Kufah, antaranya
disebabkan ramai manusia yang berkumpul di situ, oleh itu tempat tersebut dinamakan Kufah.
3 Selain Imam Hamzah, antara gurunya ialah Syu‘bah, perawi pertama Imam ‘Asim al-Kūfi dan Al-Khalil bin
Ahmad al-Farahidi dalam ilmu nahw.
75
Dikatakan juga kerana nama Kufah diambil dari perkataan al-Kūfān (الكوفان). Juga kerana ia
merupakan satu bahagian ( ةقطع ) dari negara (j3,1990).
Selepas gurunya ‘Abdul Rahmān al-Sulami wafat (wafat 73H), penumpuan penduduk Kufah
dalam bidang qiraat telah beralih kepada Imam ‘Asim. Ini tidak bermakna kota Kufah pada asalnya
menggunakan qiraat al-Sulami dan Imam ‘Asim sahaja. Dalam merungkai persoalan ini Ibn
Mujāhid (2007) menyebut pada permulaan mereka secara keseluruhannya membaca dengan qiraat
Ibn Mas’ūd r.a. kerana beliaulah sahabat yang diutuskan oleh khalifah ‘Umar bin al-Khattāb r.a.
Seperti imam-imam yang lain, Ibn ‘Abbās menjadikan masjid sebagai tempat mengajar hinggalah
qiraat beliau tersiar nama baik di kota tersebut. Selepas Ibn ‘Abbās, tiba masanya ketika al-Quran
mula dihimpunkan dalam satu mushaf, iaitu pada zaman ‘Uthmān bin ‘Affān r.a. Beliau
mengutuskan ‘Abdul Rahmān al-Sulami berserta sebuah mushaf khas untuk penduduk kota Kufah
serta mengajar mereka dengan qiraatnya yang berpusat di Masjid al-‘Azim selama empat puluh
(40) tahun hinggalah beliau wafat.
Guru dan Sanadnya
Dari sudut sanad qiraat, Imam ‘Asim telah mengambil bacaan al-Quran dari Abu ‘Abdul Rahmān
‘Abdullah bin Habīb bin Rabī’ah al-Sulami ad-Dharīr, Abu Maryam Zir bin Hubaish bin Habasyah
al-Asadi dan Abu ‘Amr Sa’ad bin Ilyās al-Syaibāni (al-Dāni, 2005; Ibn al-Jazari, j1, 2006 & al-
Qadhi, 2003). Kemudian mereka pula mengambil bacaan dari ‘Abdullah bin Mas’ūd. Manakala
Zir dan al-Sulami mengambil bacaan dari sayyidina ‘Uthmān bin ‘Affān dan sayyidina ‘Ali bin
Abi Tālib. Seterusnya al-Sulami mengambil bacaan dari Ubay bin Ka’ab dan Zaid bin Thābit.
Seterusnya ‘Abdullah bin Mas’ūd, ‘Uthmān bin ‘Affān, ‘Ali bin Abi Tālib, Ubay bin Ka’ab dan
Zaid bin Thābit mengambil bacaan dari Rasulullah s.a.w. (2003).
Secara jelas al-Dāni (2005) menggunakan lafaz ta’allam – belajar dari al-Sulami dengan
saiyidina ‘Uthman. Manakala ‘arad dengan saiyidina ‘Ali, Ubay bin Ka’ab, Zaid bin Thabit, Ibn
Mas’ūd dan Ibn ‘Abbās. Begitu juga Zir dengan saiyidina ‘Uthmān dan Ibn ‘Abbās. Mereka juga
membaca secara ‘arad dengan baginda s.a.w. Manakala al-Syaibāni membaca (قرأ) dengan Ibn
Masūd dan beliau pula membaca dengan baginda s.a.w.
Berdasarkan carta aliran sanad tersebut, pengkaji mendapati bahawa sanad Imam ‘Asim
adalah dari tiga (3) sahabat iaitu al-Sulami, Zir dan al-Syaibāni. Manakala al-Sulami dari lima (5)
sahabat. Mereka ialah Zaid bin Thābit, ‘Abdullah bin Mas’ūd, Muaz bin Jabal, ‘Uthmān dan Ali.
Zir pula dari dua (3) sahabat, ‘Uthmān, ‘Ali dan ‘Abdullah bin Mas’ūd. Manakala al-Syaibāni dari
seorang (1) sabahat iaitu ‘Abdullah bin Mas’ūd sahaja. Ini bermakna al-Sulami mempunyai sanad
terbanyak kerana mengambil dari lima orang sahabat tertinggi. Oleh itu tidak hairanlah jika beliau
menjadi guru kepada sekalian para qurra’ di Kufah ketika zaman beliau.
Berdasarkan keterangan tersebut juga mendapat lima sahabat terawal mengambil sanad
langsung dengan baginda s.a.w. Manakala tiga sahabat seterusnya adalah melalui perantaraan.
76
Kewafatannya
Dalam menentukan tarikh kewafatan beliau para ulama berbeza pendapat, antaranya Syeikh
‘Abdul Fattāh al-Qādhi (2003), al-Dani (2005) dan Abu Maryam dalam kitabnya al-Kitāb al-
Mūdhah (j1, t.th) tahun 127H di Kufah. Walau bagaimanapun al-Zahabi dalam Mizān al-‘Itidāl
menambah pada penghujung tahun 127H (j1, t.th). Menurut al-Sakhāwi pula tahun 128H dan yang
lain berpendapat tahun 129H. Dikatakan beliau wafat di satu tempat bernama Samāwah (السماوة),
Syam (j1, 2004). Berbeza Ibn al-Qāsih, menurutnya sama ada di Kufah atau di Samāwah, iaitu
pada tahun 127, 128 atau 129H ketika zaman pemerintahan Marwan (1954). Begitu juga menurut
Abu Syāmah sama ada di Kufah atau di Samāwah, tetapi sekitar tahun 120, 128, 129 atau 130H.
Beliau menjelaskan Samāwah ialah nama satu kawasan perkampungan yang terletak antara Syam
dan ‘Iraq dari arah al-Furrat (t.th).
Seterusnya menurut Syeikh ‘Abdul Fattāh al-Qādhi dalam al-Budūr al-Zāhirah (j1, 2010) dan
Tārīkh al-Qurrā’ (2003) serta Prof Dr Sāmi ‘Abdul Fattāh dalam Nasy’ah al-Qirā’āt (2007)
menyebut Imam ‘Asim menghembuskan nafas terakhirnya di Kufah pada tahun 128H. Ibn al-
Jazari berpendapat pada penghujung tahun 127 atau 128H di Kufah. Manakala al-Ahwazi
menyebut, Imam ‘Asim wafat di Samāwah, tetapi beliau memaksudkan di Syam. Wafat pada tahun
120H – pendapat Ahmad bin Hambal atau 127, 128, 129H atau pun dekat-dekat tahun 130H.
Walau bagaimanapun kebanyakannya memilih tahun 129H (j1, 2006).
Latar Belakang Intelektual imam ‘Asim
Sering disebut-sebut dalam beberapa kitab dan kajian tentang ketokohan beliau dalam bidang al-
Quran dan qira’at. Di sini pengkaji membahagikan keintelektualan beliau dalam dua bahagian,
qira’at dan hadith. Berikut adalah huraiannya:
Keintelektual Imam ‘Asim Dalam Bidang Qiraat
Menurut Ibn Mujāhid (2007), Imam ‘Asim merupakan seorang yang terkenal pada zamannya,
mempunyai kefasihan yang tinggi dan terkenal dengan sifat ketekunan. Sangat alim dalam ilmu
nahu di kota Kufah. Al-Hasan bin Sālih berkata apabila beliau berkata-kata, sesiapa yang
mendengarnya seakan-akan terpukau dengan keindahan bahasanya yang tinggi.
Oleh itu, berdasarkan kenyataan tersebut menggambarkan Imam ‘Asim adalah seorang yang pakar
dan meluas penguasaannya dalam bidang bahasa dan seorang yang sangat berhati-hati dalam
bicaranya. Syeikh ‘Abdul Fattāh al-Qādhi (2003), pernah Imam Ahmad bin Hambal ditanya
tentang beliau, jawabannya beliau adalah seorang yang salih – rajulun sālih, baik – khayyir dan
dipercayai – thiqah. Ibn al-Jazari menyebut pernah Imam Ahmad bin Hambal bertanya kepada
bapanya tentang keperibadian Imam ‘Asim, beliau menjawab ‘Asim adalah seorang yang salih –
rajulun sālih, baik – khaiyyir dan dipercayai – thiqah. Ditanya lagi: “Apakah qiraat yang sangat
ayah sukai?”. Jawabnya: “Qira’at ahli Madinah, jika tiada saya akan memilih qiraat ‘Asim”.
Kewibawaan ’Asim diperakui juga oleh Abu Zur’ah dan beberapa kumpulan orang yang lainnya.
Di sebabkan keintelektualan dan sifat keperibadiannya yang unggul, hinggakan saat hampir
wafatnya Syu’bah berkata, beliau berkali-kali membaca ayat: (أاللهالحكموهو موالهمالحق ثمردواإ لىللا
77
ب ين (أسرعالحاس 4 – surah al-An’ām, 6: 62. Dibaca dengan jelas dan teliti seolah-olah beliau sedang
bersolat (j1, 2008).
Selain dalam bidang qira’at, Imam ‘Asim juga mempunyai ijtihajnya sendiri dalam perbahasan
ilmu fawasil. Ilmu fawasil ialah ilmu yang membahaskan ayat-ayat al-Quran dari sudut kiraan
jumlah ayat bagi setiap surah, apakah kepala ayat (ru’ūsu al-aiy) dan akhirnya (Al-Mukhallilati,
2009). Ibn al-Jazari (j1, 2008) menyebut sebagaimana yang diriwayatkan oleh Yahya bin Adam
dari Abu Bakar (Syu’bah) bahawa Imam ‘Asim tidak mengira ayat-ayat berikut sebagai satu ayat:
Alīf Lām Mīm (pada 6 surah, surah al-Baqarah dan selepasnya, surah al-‘Ankabūt dan tiga surah
selepasnya), Hā Mīm (pada 7 surah, surah Ghāfir dan enam surah selepasnya), Hāf Hā Yā ‘Aīn
Shād (surah Maryam), Tāhā (surah Tāhā) dan seumpamanya. Abu Bakar berkata ini adalah
bertentangan dengan bilangan yang dipegang oleh ulama fawasil Kufah.
Ternyata keintelektualan beliau terbukti dengan dikurniakan kesungguhan yang gigih khususnya
dalam bidang al-Quran. Di samping itu ketokohan beliau dalam bidang qiraat dapat dinilai dengan
melihat siapakah guru-guru beliau. Berikut adalah perinciannya:
i ‘Abdul Rahmān al-Sulami
Dalam menyenaraikan guru-guru ‘Abdul Rahmān al-Sulami, Ibn Mujāhid (2007) dan Ibn al-Jazari
(j1, 2006) merekodkan mereka yang menjadi guru beliau ialah (1) ‘Uthmān bin ‘Affān r.a., (2)
Ali r.a., (3) Zaid bin Thābit r.a., (4) Ibn Mas’ūd r.a. dan (5) Ubay bin Ka’ab r.a. Berdasarkan
kuantiti dan kredibiliti guru beliau, memungkinkan menjadi kekuatan kepada qiraat ‘Asim melalui
riwayat Hafs lebih terkenal di dunia sekarang.
‘Uthmān bin ‘Affān r.a. merupakan salah seorang sahabat baginda yang paling hampir. Oleh itu
tidak mustahil jika baginda s.a.w. memberi penyaksian mereka adalah sebaik-baik kurun – khairu
ummati qarni thummallazi yalūnahum (al-Bukhari; no 3650). Selain Imam ‘Asim, menurut Ibn
Khalawaih (1992) antara imam-imam qiraat yang lain yang mengambil bacaan dari ‘Uthmān r.a.
ialah Imam Ibn ‘Amir dari gurunya, al-Mughīrah bin Abi Syihāb al-Makhzūmi. Sya’bān
Muhammad Ismā’il (j1, 1987) menambah selain al-Mughīrah, guru Ibn ‘Amir juga ‘Abdullāh bin
‘Umar bin al-Mughīrah al-Makhzūmi dan Abu Dardā’. Oleh Ibn ‘Amir berguru dengan tiga orang
sahabat. Mereka juga dari ‘Uthmān r.a. Ibn al-Jazari (j1, 2006) pula menambah dikatakan juga
beliau mengambil bacaan langsung dari nabi s.a.w. Begitu juga menurut Yahya bin al-Haris al-
Zimmāri (al-Sakhawi, j1, 2004).
Seterusnya al-Dāni (2003) menyebut, Imam Ibn ‘Amir merupakan qadhi di kota Damsyik pada era
pemerintahan al-Walid bin ‘Abdul Mālik. Beliau juga merupakan tabi’in. menurut Ibn al-Al-
Jazari, Ibn ‘Amir dianggap sebagai ‘ketua umat Islam’ di masjid al-Jāmi’ al-Umawi pada zaman
Umar bin ‘Abdul ‘Azīz dalam tempoh yang lama (Sya’bān Muhmmad Ismā’il, 2008). Ibn al-Jazari
(j1, 2006) menyebut mereka yang mengambil bacaan secara ‘arad dari ‘Uthmān r.a. ialah al-
4 Bermaksud: “Kemudian mereka (yang diambil nyawanya itu) dikembalikan kepada Allah pengawas
mereka yang sebenar (yang akan membalas dengan adil)”.
78
Mughīrah bin Syihāb al-Makhzūmi, ‘Abdul Rahmān al-Sulami, Zir bin Hubaish dan Abu Aswad
al-Duali.
Walau bagaimanapun Imam ‘Asim tidak mengambil bacaan al-Quran dari ‘Uthmān r.a. secara
keseluruhannya kerana ketika itu beliau merupakan seorang ketua pemerintah – khalifah Islam
ketiga. Sebagaimana yang dikisahkan bahawa ‘Uthmān r.a. berkata kepada al-Sulami;
“Sesungguhnya aku sibuk dengan urusan pemerintahan. Justeru pergilah kamu kepada Zaid bin
Thābit dan sempurnakan bacaan di hadapannya. Sesungguhnya bacaanku dan bacaan Zaid
adalah sama, tiada perbezaan”. Lantas beliau menemui Zaid dan membaca seluruh al-Quran.
Pernah satu ketika, ‘Abdul Rahmān al-Sulami berjumpa Ali bin Abi Tālib dan bertanya tentang
Zaid bin Thābit dan kisah bacaan al-Quraannya di hadapan Zaid bin Thābit. ‘Ali r.a. berkata:
“Istiqamahlah kamu dengan Zaid bin Thabit”. ‘Abdul Rahmān al-Sulami mendampingi dan
menuntut ilmu al-Quran daripada Zaid selama 13 tahun. Akhirnya beliau berkata: “Baru aku
mengerti betapa hebatnya Zaid bin Thābit serta kuat dhabitnya tentang al-Quran dan rahsia
pengakuan ‘Uthmān bin ‘Affān yang diberikan kepada Zaid bin Thābit selama ini”.
Seterusnya ‘Ali r.a. Ibn Mujāhid (2007) menyebut al-Sulami banyak kali membaca al-Quran
dengan beliau. Memeluk Islam seawal usia mudanya. Menurut Ibn al-Jazari (j1, 2006) anak beliau
Husain pernah berkata ‘Ali memeluk Islam ketika umurnya baru lapan tahun. Oleh itu tidak hairan
jika beliau tersenarai sebagai salah seorang guru al-Quran yang mashyur kerana dengan
tempohnya yang panjang, beliau diberi kesempatan sentiasa bermulazamah baginda s.a.w. Selain
itu ketokohan beliau juga sebagai ketua umat Islam – khalifah. Sambung Ibn al-Jazari lagi (j1,
2006) selain ‘Abdul Rahmān al-Sulami, mereka yang mengambil bacaan dari beliau ialah Abu
Aswad al-Du’ali dan ‘Abdul Rahmān bin Abi Laili.
Zaid bin Thabit. Dalam sahih al-Bukhari; 4986, al-Tirmizi; 3029 dan Musnad Ahmad; 72,
saiyidina Abu Bakar r.a. menyifatkan beliau sebagai seorang pemuda yang kuat – rajulun syāb,
yang tinggi akal fikirannya – ‘āqil, tidak pernah sesiapa pun yang menghinanya serta seorang
penulis wahyu bagi baginda s.a.w. – kuttab al-wahy (al-Sakhawi, 2010; Taufiq Ibrāhīm Dhamrah,
2008). Bahkan beliau merupakan sahabat yang paling popular dan banyak menulis ayat-ayat suci
al-Quran. Al-Zarqāni menambah ketika perbentangan akhir beliau ada bersama baginda s.a.w. –
‘urdhah al-akhīrah, seorang hafiz al-Quran, sebaik-baik pemuda, warak, tinggi amanahnya, bagus
akhlak dan agamanya (1995).
Al-Bukhari meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a., apabila baginda s.a.w. wafat, al-Quran hanya
dikumpul pada empat orang sahabat, Abu Dardā’, Mu’āz bin Jabal, Zaid bin Thābit dan Abu Zaid
– Qais bin al-Sakān, pakcik Anas bin Mālik (al-Zarqani, 1995). Sya’ban Muhammad Ismail
menyebut beliau merupakan sahabat yang diutus ke kota Madinah bagi mengajar al-Quran ketika
zaman saiyidina ‘Uthman. Antara yang mengambil bacaannya ialahAbu Hurairah, Ibn ‘Abbas, Ibn
‘Umar dan Anas bin Malik (2008). Ibn al-Jazari (j1, 2006) menjelaskan, Abu Hurairah dan Ibn
‘Abbās adalah dari sahabat, manakala dari tabi’in antaranya ‘Abdul Rahmān al-Sulami, Abu al-
‘Aliyah al-Riyāhi dan dikatakan juga Abu Ja’far.
Ibn Mas’ūd r.a. merupakan sahabat yang diutuskan oleh saiyidina ‘Umar bin al-Khattāb r.a. bagi
mengajar al-Quran kepada penduduk Kufah. Ini menjadikan bacaan beliau popular bermula
79
kedatangannya hinggalah sampai zaman saiyidina ‘Uthmān r.a. dengan menghantar ‘Abdul
Rahmān al-Sulami. Ibn al-Jazari menyebut selain al-Sulami mereka yang mengambil bacaan dari
beliau antaranya al-Aswad, al-Hāris bin Qais, Zir bin Hubaish, ‘Alqamah, al-Syaibāni, Masrūq
dan lain-lain. Beliau sempat mengkhatamkan al-Quran dengan baginda s.a.w., hingga baginda
pernah bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ingin membaca al-Quran sebagaimana ia
diturunkan maka bacalah dengan qira’at Ibn Ummu ‘Abd (Ibn Mas’ūd)” (j1, 2006).
Ubay bin Ka’ab merupakan salah seorang penulis wahyu (al-Zarqāni, 1995). Menurut
Muhammad Sya’bān Ismā’īl, beliau termasuk salah seorang sahabat yang mendapat pengiktirafan
oleh Ibn Sirīn, menurutnya al-Quran telah terkumpul pada zaman baginda s.a.w. pada empat orang
sahabat yang tiada diragui – lā yakhtalif fīhim. Ketokohan beliau dalam bidang al-Quran sangat
diperakui kerana beliau adalah di antara sahabat yang sempat mengkhatamkan al-Quran dengan
baginda s.a.w. (2008). Ini menunjukkan beliau sentiasa mengikuti dan bermulazamah dengan
baginda s.a.w. dalam banyak keadaan. Oleh itu tempoh yang panjang menjadikan beliau tersenarai
sebagai salah seorang sahabat yang hebat. Dalam masa yang sama beliau tidak hanya menghafal
al-Quran dari nabi s.a.w. malah mendapat tunjuk ajar dari baginda sendiri.
ii Zir bin Hubaish
Zir bin Hubaish merupakan seorang tokoh qiraat yang mengambil qira’at dari saiyidina ‘Uthmān
dan Ibn Mas’ūd. Wafat ketika zaman al-Hajjāj dalam usia 120 tahun (al-Dāni, 2005). Imam ‘Asim
berkata, pernah Ibn Mas’ūd bertanya kepada Zir tentang beberapa persoalan berkaitan bahasa Arab
(Ibn al-Jazari, j1, 2006). Oleh itu selain ketokohan beliau dalam bidang qiraat beliau juga menjadi
tempat rujuk dalam selok belok bahasa Arab.
iii Sa’ad bin Ilyās al-Syaibāni
Al-Dāni menyebut, al-Syaibāni mengambil bacaan dengan Ibn Mas’ūd dan beliau pula dari
baginda s.a.w. (al-Dāni, 200). Menurut Ibn al-Jazari (j1, 2006) selain Imam ‘Asim, antara yang
berguru dengannya ialah Yahya bin Waththāb (وث اب). Katanya lagi al- Syaibāni hidup pada zaman
nabi s.a.w. walau bagaimanapun beliau tidak sempat berjumpa dengan baginda s.a.w.
Walau pun nama Sa’ad bin Ilyās al-Syaibāni disebut sebagai salah seorang guru Imam’Asim, tetapi
tidak semua sumber rujukan menyebut nama beliau melainkan hanya nama al-Sulami dan Zir
sahaja. Antara sumber bertulis tersebut ialah al-Sakhāwi dalam Fathu al-Wasīd (j1, 2004), al-Dāni
dalam al-Taisīr (2003). Sementara sumber bertulis yang menyebut ketiga-tiga nama antaranya Ibn
al-Jazari dalam al-Nasyr (j1, 2002) dan Ghāyah al-Nihāyah (j1, 2006), Sy’bān Muhammad dalam
Qirā’āt, Ahkāmuhā wa Masdāruhā (2008), al-Nuwairi dalam Syarh Taiyibah al-Nasyr (j1, 2003)
– hāulā’ al-thalāthah, Syeikh ‘Abdul Fattāh al-Qādhi dalam Tārīkh al-Qurrā’ (2003), Sya’bān
Muhammad Ismāil dalam kalam mukadimah Ittihāf Fudhalā’ (j1, 1987), Syeikh Mahmūd al-
Hushairi dalam Ahsan al-Athār (t.th) dan Dr Sālim Muhammad Muhaisin dalam Fī Rihāb al-
80
Qur’ān (j1, 1989). Lebih kukuh lagi mereka menyebut ketiga-tiganya membaca dengan ‘Abdullāh
bin ‘Abbās dengan menggunakan lafaz hāulā’ al-thalāthah – mereka bertiga.
Keintelektual Imam ‘Asim Dalam Bidang Hadith
Para qurra’ bukan hanya pakar dalam bidang qiraat bahkan mereka menguasai pelbagai ilmu
sebagai contoh imam Ibn ‘Amir, qadhi di Damsyik (al-Dāni, 2005). Imam Abu ‘Amr dan al-Kisā’i
pakar dalam ilmu nahw. Oleh itu sebagaimana menurut Ibn Bulaimah, dalam istilah ilmu qiraat
gelaran al-Nahwiyān (النحويان) merujuk kepada Imam Abu ‘Amr dan al-Kisā’i kerana ketokohan
mereka dalam ilmu bahasa (‘Abdul ‘Ali, 2011).
Keintelektualan Imam ‘Asim dapat diketahui melalui pujian dan sanjungan yang ungkap oleh para
ulama antaranya Abu Hātim al-Sijistāni. Menurut Ibn al-Jazari, al-Sijistāni merupakan orang yang
pakar dalam bidang nahw, qira’at, bahasa, ‘arud di kota Basrah dan juga imam di Masjid Basrah
(j1, 2006). Al-Sijistāni mengungkapkan, ‘Asim adalah sidq. Hadith-hadithnya terdapat dalam
semua kitab kutub sittah (Ibn al-Jazari, j1, 2008 & al-Qādhi, 2003). Ahmad ‘Abdullāh al-‘Ijli
dalam Ma’rifah al-Thiqāt berkata, beliau thiqah dalam hadith, tetapi hadith dari Zir dan Ubay Wāil
adalah diperselisihkan (j2, t.th).
Syeikh ‘Abdul Fattāh al-Qādhi (2003) menyebut, beliau meriwayatkan hadith-hadith dari Abu
Ramthah Rifā’ah al-Tamimi al-Sahabi dan dari al-Harith bin Hisan al-Bakri. Al-Harith adalah
sahabat baginda s.a.w. Hadith-hadith dari Abu Ramthah tersebut diambil dari Musnad Imam
Ahmad bin Hambal. Manakala hadith dari al-Harith pula dari kitab Abu ‘Ubaid ‘Abdul Qāsim bin
Salam. Al-Sakhawi (j1, 2004) menukilkan dari Abu Ishak al-Siba’i, ‘Asim merupakan imam dalam
hadith – aimmah al-hadīth – pada zamannya. Begitu juga dalam fiqh, ilmu kesusasteraan bahasa
Arab dan selok belok agama.
Seterusnya Imam ‘Asim juga meriwayatkan beberapa athār sebagaimana yang diambil dari
gurunya Zir bin Hubaish dari Ibn ‘Abbās bahawa ‘Ali bin Abi Tālib berkata kepada kami:
“Sesungguhnya rasulullah s.a.w. memerintahkan kamu agar membaca al-Quran sepertimana
yang diajarkan kepada kamu”. Al-Tabari juga meriwayatkan athār tersebut dalam tafsirnya (Ibn
Mujāhid, 2007). Abu Syāmah menyatakan beliau merupakan salah seorang imam yang terhormat
dalam qiraat dan hadith (t.th).
Walau bagaimanapun terdapat juga sebahagian ulama yang mengkritik beliau sepertimana yang
disebut oleh Ahmad ‘Abdullāh al-‘Ijli (j2, t.th), ‘Asim merupakan seorang yang thiqah dalam
hadith tetapi terdapat yang disangsikan tentang hadith yang diambil dari Zir dan Abu Wāil. Seperti
hadith yang diriwayatkan oleh Hammad bin Zaid dari ‘Asim dari Abu Wāil dari ‘Abdullāh, beliau
berkata: “Baginda s.a.w. telah membuat satu garisan untuk kami”. Selanjutnya mengikut
sebahagian ahli Kufah, hadith tersebut diambilnya dari Zir dari ‘Abdullāh, bukan dari Abu Wāil.
Menurut al-Zahabi (j2, t.th) dalam Mīzān al-‘Itidāl, Imam ‘Asim adalah thabit dalam qiraat, tidak
dalam hadith. Al-Nasā’i berkata beliau tidak hāfiz – laisa bi hāfiz. Tidak kurang juga yang
dinyatakan seperti Daruqutni, bahawa dalam hafalan beliau punyai sesuatu (yang diragukan) – fi
hifzi ‘Asim sya’i. Ibn Kharrāsh berkata hadithnya nakirah. Ibn Sa’ad menyebut‘Asim thiqah tetapi
81
dalam hadith-hadithnya banyak kesalahan – akhta’. Ahmad dan Abu Zur’ah tampil menegaskan
bahawa beliau adalah seorang yang thiqah. Seterusnya Ahmad bin Hambal menyifatkannya thiqah
dan beliau sendiri memilih bacaan ‘Asim. Abu Hatim berkata tidaklah mustahil untuk mengatakan
bahawa beliau adalah seorang yang thiqah.
Berdasarkan keterangan tersebut mendapati bahawa Imam ‘Asim bukan sahaja terserlah dalam
bidang al-Quran dan qiraat bahkan dalam hadith. Walau bagaimanapun terdapat beberapa nukilan
yang menunjukkan beliau lemah dalam hadith seperti yang disebut dalam Mīzān al-‘Itidāl dan
Ma’rifah al-Thiqāt. Kesimpulannya sekalipun terdapat ungkapan-ungkapan yang melemahkan
beliau dalam sudut ilmu hadith, ternyata keunggulan beliau dalam bidang qiraat tiada siapa pun
yang menyanggalnya. Hinggakan beliau menjadi salah seorang imam qirā’āt sab’ah dan ‘asyarah
yang mutawātir.
Latar Belakang Sosio Masyarakat Imam Asim
Menurut Ibn Mujāhid, walaupun terdapat qiraat lain yang dibaca di kalangan penduduk Kufah,
ternyata qiraat ‘Asim sangat masyhur (2007). Sumbangannya dalam ilmu qiraat sangat diperakui
oleh masyarakat dan para ulama sezaman dengannya. Syeikh ‘Abdul Fattāh al-Qādhi menyebut,
Abu ‘Amr yang juga salah seorang imam qirā’āt sab’ah juga mengambil bacaan dari beliau. Selain
beliau Imam Hamzah al-Zayyāt dan al-Khalīl bin Ahmad, ulama tersohor dalam bidang nahw juga
mengambil bacaan dari beliau (2003). Berdasarkan keterangan tersebut, ia menggambarkan
suasana sosio masyarakat Islam ketika itu, khususnya di Kufah sangat menitikberatkan ilmu dalam
tradisi keilmuan, ilmu didatangi bukan ilmu yang datang. Guru didatangi bukan guru yang pergi
mencari.
Dalam beberapa nukilan, kota Kufah sering dikaitkan dengan zaman kegemilangan Islam sama
ada dari sudut ilmu, budaya, kemajuan dan kemakmuran. Maka tidak hairanlah kota tersebut
mendapat jolokan ‘kota seribu satu malam’. Kufah merupakan salah satu dari tiga bandar
terpenting di Iraq. Di era khalifah saiyidina Ali r.a., pusat pentabiran Islam telah berpindah dari
Madinah al-Munawarah ke Kufah. Mukhlas asy-Syarkani (2004) menyenaraikan kota Kufah juga
telah melahirkan para ilmuan Islam seperti Imam Abu Hanīfah, pengasas mazhab Hanafi, Abu
Yūsuf, ulama fiqh yang berjaya menggubal undang-undang pajak Islam di Baghdad dan terkenal
pada zaman khalifah Hārūn al-Rasyīd. Seterusnya Imam Syāfi’i (150-220H) yang menetap di
Baghdad dan menyebarkan ilmunya di kota tersebut, Imam Ahmad dan al-Jabīr, tokoh kimia
moden pertama yang berkembang di Baghdad.
Kepesatan perkembangan ilmu di Kufah dapat dilihat juga melalui majlis iqra’ talaqqi al-Quran.
Pada permulaannya penduduk Kufah dibimbing oleh Ibn ‘Abbās r.a. pada zaman ‘Umar al-Khattāb
r.a. Kemudiannya ‘Abdul Rahmān al-Sulami pada zaman ‘Uthmān r.a. dan seterusnya Imam
‘Asim selepas kewafatan gurunya, al-Sulami. Keadaan tersebut menjadi bukti sosio masyarakat
ketika itu sangat mencintai ilmu dan talaqqi al-Quran. Hidup aman damai dalam suasana harmoni
Islam. Mereka yang datang mempelajari al-Quran dan qiraat tidak hanya dari penduduk setempat.
Ini berdasarkan perawi Imam Nāfi’ al-Madani, Warsh yang berasal dari Mesir datang semata-mata
mempelajari qiraat dari gurunya, Imam Nāfi’ di Madinah al-Munawarah. Begitu juga imam Abu
‘Amr al-Basri. Syeikh ‘Abdul Fattāh al-Qādhi (2003) menyebut beliau lahir di Mekah, membesar
di Basrah dan kemudiannya pergi mempelajari qiraat di Mekah, Madinah dan Kufah selain Basrah.
82
Sumbangan Imam Asim Dalam Ilmu Qiraat
Dalam meneruskan tradisi talaqqi qiraat di Kufah, Imam ‘Asim tidak ketinggalan dalam
sumbangannya kepada umat Islam dan penduduk Kufah khasnya. Buktinya setelah kewafatan al-
Sulami, majlis iqra’ atau majlis talaqqi qiraat telah beralih tumpuan kepada beliau. Orang ramai
datang menemui beliau semata-mata bertalaqqi qiraat. Maka tidaklah hairan jika hari ini bacaan
qiraat yang lebih masyhur ialah bacaan dari salah satu riwayatnya, Hafs Abi al-Najūd. Menurut
Ibn Mujāhid (2007) al-Sulami adalah utusan rasmi saiyidina ‘Uthmān r.a. selepas pembukuan al-
Quran bersama-samanya sahabat yang lain seperti Zaid bin Thābit r.a. yang dihantar ke kota
Madinah. Al-Sulami menjadi guru qiraat bagi penduduk Kufah di masjid al-‘Azam selama empat
puluh (40) tahun, malah menurut Abu Ishak al-Sabi’i, hingga beliau wafat. Al-Dāni (2005)
menambah al-Sulami menjadi guru di Kufah selepas kewafatan ‘Abdullah bin Mas’ūd dengan
membawa qiraat Zaid bin Thābit.
Al-Sakhāwi merekodkan bahawa masyarakat amat menggemari bacaannya dan suka mendengar
bacaan darinya, kuat beribadah – ‘ābd , berperibadi elok serta banyak bersolatnya. Pada hari
jumaat ketika di masjid, beliau tidak akan bangun beredar hinggalah setelah mendirikan solat ‘Asar
– duduk lama dalam masjid (j1, 2004). Ibn Mujāhid turut memuji, beliau merupakan seorang yang
tersohor pada zamannya, terkenal dengan kefasihan bahasa dan terkenal dengan sifat ketelitiannya
(2007).
Selepas mengetahui sifat-sifat dan sumbangan beliau terhadap ilmu qiraat khasnya kepada
penduduk Kufah, menurut Ibn Mujāhid lagi, sebahagian penduduk Kufah membaca dengan al-
Quran dengan qiraat ‘Asim sekalipun tidak merangkumi keseluruhan penduduk Kufah kerana
ketika itu perawi yang masyhur ialah Syu’bah. Hinggalah pada hari ini penduduk Kufah secara
keseluruhannya telah bertukar kepada qiraat Hamzah bin Habib al-Zayyāt (2007). Berdasarkan
kenyataan tersebut pengkaji beranggapan yang dimaksudkan ‘pada hari ini’ oleh Ibn Mujāhid ialah
pada zaman beliau. Dr Muhammad Sālim Muhaisin menyebut beliau lahir pada tahun 245H dan
wafat tahun 324H. Dari sudut sanad hadith, beliau meriwayatkan dari Ibn Kathīr. Manakala antara
mereka yang meriwayatkan dari beliau ialah Abu al-Qāsim bin al-Nakhkhās, Abu al-Hasan al-
Daruqutni dan lain-lainnya. Seterusnya dalam bidang qiraat antara gurunya ialah Ibn Mahrān,
‘Abdullāh bin Ahmad bin Hambal dan lain-lainnya dan muridnya pula seperti al-Hasan bin Ahmad
al-Fārisi, Ibn Khalawaih dan lain-lainnya. (j1, 1992).
Sumbangan Imam ‘Asim Terhadap Masyarakat
‘Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama’. Begitulah
perumpamaan orang Melayu dalam menyifatkan bakti seseorang yang sangat berjasa. Sumbangan
Imam ‘Asim terhadap masyarakat tidak terhad kepada penduduk Kufah atau sezaman dengannya,
malah lebih dari itu. Beliau menjadi sebab masyarakat Kufah ketika itu berlumba-lumba dalam
mempelajari ilmu al-Quran, khususnya dalam bidang qiraat kerana setelah gurunya wafat,
masyarakat Kufah telah menjadikan beliau sebagai guru dan imam dalam bacaan al-Quran, hingga
qiraat beliau telah tersebar ke sebahagian kota Kufah. Syeikh ‘Abdul Fattāh al-Qādhi (2003)
berkata masyarakat dari segenap pelosok datang menemui beliau semata-mata untuk mempelajari
qiraat darinya.
83
Berdasarkan petikan tersebut pengkaji pengandaikan orang ramai yang datang dari segenap
pelosok dan kemudiannya pulang ke tanahair mereka untuk mengajar pula kepada masyarakat
setempat. Dengan cara ini menjadi faktor ilmu qiraat cepat berkembang ke luar dan akhirnye ke
negara-negara ‘ajam (bukan Arab), termasuklah negara-negara Asia. Kesannya keseragaman dan
kesatuan umat Islam tampak terserlah dengan tersebarnya ilmu qiraat melalui riwayat Hafs bin
Sulaiman al-Kūfi yang mana bacaan tersebut dibaca di kebanyakan negara.
Antara sumbangannya lagi ialah melalui anak muridnya yang ramai. Terdapat ramai dari kalangan
manusia yang sezaman samada hanya ‘membaca’ atau ‘meriwayatkan’ bacaan dari baliau. Mereka
yang ‘membaca’ antaranya Hammād bin Salamah, Sulaimūn bin Mahrān al-‘Amāsh, Abu al-
Munzir Salām bin Sulaimān, Sahl bin Syu’aib, Syaibān bin Mu’awwiyah, al-Mufaddhal bin
Muhammad al-Dhabbi dan lain-lain lagi. Manakala antara mereka yang ‘meriwayatkan’ bacaan
dari beliau ialah Abu ‘Amr bin al-‘Alā dan Hamzah bin Habīb. Kedua-duanya merupakan imam
qiraat yang masyhur. Seterusnya al-Khalāl bin Ahmad al-Farahidi, tokoh tersohor dalam bidang
nahw dan ramai lagi. Walau bagaimanapun hanya dua riwayat sahaja yang paling masyhur
berbanding periwayat yang lain iaitu Abu Bakar bin ‘Ayyash (Syu’bah) dan Hafs bin Sulaimān
(Sāmi ‘Abdul Fattāh, 2007). Mereka meriwayatkan bacaan secara terus dari Imam ‘Asim tanpa
menemui perantaraan – wasitah. Ini bermakna mereka ‘berhadapan’ mengadap guru mereka.
Imam al-Syātibi berkata dalam qasidah masyhurnya:
باز أف ض ال # م اس ه فأم ا أبو بكر وعاصا
فشع بة راويها املل # وذاك ابن عياش أبو بكر الراضا وحفص وبإلتقانا كان مفض
Seterusnya Ibn al-Jazari pula dalam qasidahnya Tayyibah:
ن كوفة ف عاصا م ف عنه شعبة وحفص قائ م # ثالثة ماDasar Perbezaan Qiraat antara Hafs dan Syu‘bah
Dasar perbezaan yang wujud dalam qiraat bukanlah dilihat dari perbezaan bahasa dan
kepelbagaian suku bangsa semata-mata, bahkan tidak lain datangnya dari wahyu Ilahi sabagai
taisīr lil ummah. Ini berdasarkan kenyataan bahawa Imam ‘Asim telah mengajar Hafs dengan
sanadnya dari Abū ‘Abdul Rahmān al-Sulami dari ‘Ali bin Abi Tālib r.a. Manakala Syu‘bah pula
dari riwayat Zir bin Hubaish dari ‘Abdullāh bin Mas’ūd r.a. Manakala ‘Ali r.a. dan Abdullāh bin
Mas’ūd r.a dari baginda s.a.w. Begitu juga sebagaimana Imam Nāfi’ yang mengambil sanad
bacaan dari tujuh puluh (70) sahabat. Ibn Mujāhid berkata Imam Nāfi’ merupakan imam di
Madinah selepas para tabi’in. Pernah Mālik bin Anas berkata qiraat ahli Madinah adalah sunnah.
Jelas beliau, qiraat ahli Madinah adalah qiraat Imam Nāfi’. Begitu juga kata ‘Abdullāh bin Ahmad
bin Hambal ketika beliau bertanya bapanya, qiraat manakah yang ayah sangat sukai? Jawabannya:
“Qiraat ahli Madinah. Jika tidak ada, barulah qiraat Imam ‘Asim” (Mahmūd al-Husyairi, t.th).
Kenyataan tersebut dikukuhkan dengan pengakuan Imam ‘Asim dari dialog yang berlaku antara
beliau dengan Syu‘bah. Diriwayatkan dari Hafs bahawa beliau berkata: “Aku bertanya kepada
84
guruku ‘Asim. Sesungguhnya Syu‘bah berkhilaf denganku dalam bacaan”. Jawab ‘Asim; “Aku
bacakan kepadamu dari apa yang kuriwayatkan dari Abū ‘Abdul Rahmān al-Sulami yang diambil
dari ‘Ali bin Abi Tālib r.a. Manakala Syu‘bah pula dari riwayat Zir bin Hubaish yang diambil
dari ‘Abdullāh bin Mas’ūd r.a”. Ibn Mujāhid berkata: “Jumlah perbezaan antara Hafs dan
Syu‘bah ialah sebanyak 520 huruf (kalimah) yang masyhur” (‘Abdul Fattāh al-Qādhi, 2003).
Oleh itu berdasarkan kenyataan tersebut pengkaji secara yakin menyatakan bahawa wujudnya
perbezaan-perbezaan antara qiraat Hafs dan Syu‘bah (usūl dan farsh) adalah didasari wahyu atau
tauqifi yang langsung dari baginda dalam aturan ahrūf sab’ah.
Penutup
Ilmu qiraat merupakan salah satu cabang dari ilmu ‘ulum al-Qur’ān. Lebih-lebih lagi qiraat itu
sendiri sangat berhubungkait dengan ayat-ayat wahyu. Oleh itu segala bentuk (wujūh) qiraat sama
ada dari sudut usul dan farsh datangnya dari Allah SWT kepada nabi s.a.w. dengan orang
tengahnya, malaikat Jibril a.s. Penisbahan kepada qurra’ tidak lebih untuk memudahkan umat
membezakan antara qiraat dengan qiraat yang lain, bukan bermaksud qurra’ sab’ah itu adalah
qirā’āt sab’ah sepertimana yang disebut dalam hadith-hadith baginda s.a.w. Berdasarkan
latarbelakang dan kekuatan qiraat Imam ‘Asim al-Kūfi menjadi salah satu punca tersebarnya qiraat
beliau melalui riwayat kedua masyhurnya, Hafs bin Sulaimān al-Najūd. Walaupun beliau masyhur
dalam bidang qiraat, sumbangannya periwayatan hadith juga tidak boleh diabaikan hingga imam
al-Tirmizi sendiri ada meriwayatkan hadith yang jalur perawinya dari Imam ‘Asim sendiri iaitu
dalam hadith bernombor 2944, dalam Kitāb al-Qirā’āt, bab Mā Jāa anna al-Qur’ān Unzila ‘alā
Sab’ah Ahruf, bahawa Ahmad bin Manī’ menceritakan, al-Hasan bin Mūsa menceritakan, Syaibān
menceritakan dari ‘Asim dari Zir bin Hubaish dari Ubay bin Ka’ab – hadith tentang baginda s.a.w.
bertemu Jibril a.s. Hadith tersebut berkaitan khabaran baginda s.a.w. kepada malaikat bahawa
ummatnya yang ummi, ada yang tua lemah, kanak-kanak, hamba dan orang yang tidak tahu
langsung membaca (Al-Mubarakfuri, j7, 2001: 360).
Akhirnya semoga dengan kajian kecil ini dapat memberi sumber inspirasi dan semangat
mendalami ilmu agama, khususnya dalam bidang Quran Qur’aniyah. Di samping itu dengan
ketokohan dan kejuhudan Imam ‘Asim menjadikan kita lebih tabah dalam mengutip mutiara-
mutiara ilmu pengetahuan.
Rujukan
‘Ali bin Muhammad al-Hahmdani Al-Sakhawi (2010M/1431H), Jamal al-Qurra’ wa Kamal al-
Iqra’, tahkik Jamaluddin Muhammad Syaraf, cet 1, Tanta: Dar al-Sahabah.
‘Ali bin Muhammad al-Hahmdani Al-Sakhawi (2010M/1431H), Jamal al-Qurra’ wa Kamal al-
Iqra’, tahkik Jamaluddin Muhammad Syaraf, cet 1, Tanta: Dar al-Sahabah.
‘Ali bin Muhammad al-Hamdani al-Sakhawi (2004M/1425H), Fathu al-Wasid fi Syarh al-Qasid,
tahkik Jamaluddin Muhammad Syaraf, cet 1, j. 1, Tanta: Dar al-Sahabah.
Abdul Azis Dahlan (1997), Ensiklopedi Hukum Islam, j. 3, Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeve.
85
Abu ‘Amr ’Uthman al-Dani (2003M/1424), Kitab al-Taisir fi al-Qira’at al-Sab’e, cet 1, Kaherah:
Maktabah al-’Ilm.
Abu ‘Amr ’Uthman al-Dani (t.th), Kitab al-Taisir fi al-Qira’at al-Sab’e, tahkik Dr Syawqi Dhif,
cet 3, Beirut: Dar al-Mua’rif.
Abu Syamah (t.th), Ibraz al-Ma’ani min Hirzi al-Amani, tahkik Ibrahim ‘Utwah ‘Awadh, Kaherah:
Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh.
Abu al-Qasim Firruh al-Syatibi (1996M/1417H), Matan al-Syatibiyyah, Hirzu al-Amani wa Wajhu
al-Tahani, tahkik: Muhammad Tamim al-Zu’biy, cet 3, Madinah: Maktabah Dar al-Huda.
Al-Qasim bin Firruh bin Khalaf bin Ahmad al-Syatibi al-Ru’aini (1996M/1417H), Matan al-
Syatibiyyah, tahkik Syeikh Muhammad Tamim Zu’bi, cet 3, Madinah: Maktabah Dar al-Huda.
Dr. Muhammad Salim Muhaisin (1989M/1409H), Fi Rihab al-Qur’an al-Karim, cet 1, Beirut: Dar
al-Jil.
Dr. Muhammad Salim Muhaisin (t.th), Al-Hādi Syarh Tayyibah al-Nasyr, Beirut: Dar al-Jil.
Dr. Sabri Mohamad & Mohd Faizulamri (2010), Dinamika Ilmu Qira’at Qur’aniyah, Bangi:
UKM.
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (2008), Tafsir al-Quran, Ayat-ayat Ulul Albab, Terengganu:
Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sbn. Bhd, Siri 1.
Ibn ‘Abdullah Muhammad bin Ahmad bin ‘Uthman al-Dhahabi (1990), Siyar A`lam al-Nubala’,
Beirut: Mu’assasah al-Risalah.
Ibn ‘Abdullah Muhammad bin Ahmad bin ‘Uthman al-Dhahabi (1995), Mizan al-I`tidal Fi Naqd
al-Rijal, Beirut: Dar al-Fikr.
Ibn al-Jazari (2006M/1427H), Ghayah al-Nihayah, tahkik G. Bergstraesser, cet 1, Beirut: Dar al-
Kutub al-Ilmiyyah.
Ibn Mujahid (2007M/1428H), Kitab al-Sab’ah fi al-Qira’at, tahkik Syeikh Jamaluddin
Muhammad Syaraf, cet 1, Tanta: Dar al-Sahabah.
Prof Dr Sami ‘Abdul Fattah Hilal (2007), Nasy’ah al-Qira’at, Tanta: tanpa pencetak.
Syeikh ‘Abdul Fattah al-Qadhi (1994), Tarikh al-Mushaf al-Syarif, Kaherah: Al-Idarah al-
Markaziayyah li al-Ma’ahid al-Azhariyyah.
Syeikh ‘Abdul Fattah al-Qadhi (2003M/1423H), Al-Wafi fi Syarh al-Syatibiyyah, cet 1, Kaherah:
Dar al-Salam.
86
Syeikh ‘Abdul Fattah al-Qadhi (2003M/1424H), Tarikh al-Qurra’ al-‘Asyr wa Ruwatahum,
Kaherah: Al-Hai’ah al-‘Ammah li Syu’an al-Matabi’ al-Amiriyyah. Syeikh ‘Abdul Fattah al-Qadhi (2010M/1431H), Al-Budur al-Zahirah fi al-Qira’at al-’Asyr al-
Mutawatirah, cet 3, Kaherah: Dar al-Salam. Syeikh Mahmud Khalil al-Hushari (t.th), Ahsan al-Athār fi Tārīkh al-Qurrā’ al-Arba’ah ‘Asyar,
Kaherah: Al-Tharmi.