Upload
baxval
View
275
Download
32
Embed Size (px)
DESCRIPTION
outdoor module
Citation preview
MODUL PENDIDIKAN JASMANI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH
PJM3108
PENDIDIKAN LUAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA
Berkuat kuasa pada Jun 2012
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Cetakan Jun 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Cetakan Jun 2012 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU, IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan i
Falsafah Pendidikan Guru i
Notis Hak Pengarang ii
Kandungan iii - vii
Panduan Pelajar viii - ix
Pengenalan x
Agihan Tajuk xi - xv
Isi Utama Mengikut Pro Forma Kursus xvi - xvii
1 18
KANDUNGAN
MUKA SURAT
Tajuk 1 :
1.1 Definisi, Konsep dan Falsafah Pendidikan Luar, Rekreasi dan Kesenggangan 1.1.1 Falsafah Pendidikan Luar 1.1.2 Konsep Pendidikan Luar 1.1.3 Definisi Pendidikan Luar
1.2 Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar 1.2.1 Tujuan Pendidikan Luar
1.4 Pendidikan Luar Merentasi Kurikulum
1.6 Berteraskan Akademik
1.5 Penggabungjalinan Matapelajaran 1.5.1 Ciri-ciri Penggabungjalinan 1.5.2 Kepentingan Penggabungjalinan 1.5.3 Kesepaduan 1.5.4 Ciri-ciri Kesepaduan 1.5.5 Tujuan Strategi Kesepaduan
1.7 Penerapan Nilai
1.8 Pembentukan Sahsiah
1.3 Sejarah Pendidikan Luar 1.3.1 Pendidikan Luar di Zaman Purba 1.3.2 Pendidikan Luar Era Moden
19 - 37
38 - 63
Tajuk 3 :
Tajuk 2 :
2.1 Definisi Etika 2.2 Definisi Pendidikan Luar
2.3 Etika Pendidikan Luar
2.4 Peraturan Tetap Pelajar Ketika Menjalankan
Aktiviti
2.5 Kawasan dan Kemudahan
2.6 Kemahiran Pertolongan Cemas
2.7 Teknik-teknik Rawatan Pertolongan Cemas
2.8 Prosedur Pelaksanaan Aktiviti
3.1 Matlamat Pendidikan Konservasi 3.2 Objektif Pendidikan Konservasi 3.2.1 Domain Kognitif 3.2.2 Domain Psikomotor 3.2.3 Domain Afektif
3.3 Pendidikan Konservasi 3.4 Pendidikan Konservasi Dalam Pendidikan
Luar 3.5 Objektif Pendidikan Konservasi Mengikut
UNESCO 3.6 Prinsip Konservasi Dalam Pendidikan Luar
3.7 Penilaian Dalam Pendidikan Luar 3.7.1 Penilaian Individu
3.8 Penilaian Pelaksanaan Amali Pendidikan Luar
3.8.1 Penilaian Program 3.8.2 Analisis Keberkesanan Program
3.9 Perincian Pemarkahan
3.10 Spesifikasi Abseiling 3.10.1 Aspek Penilaian Abseiling 3.10.2 Prosedur Penilaian Abseiling 3.10.3 Peraturan Memberi Markah
3.11 Spesifikasi Kayak 3.11.1 Aspek Penilaian Kayak 3.11.2 Prosedur Penilaian Kayak 3.11.3 Peraturan Memberi Markah
3.12 Spesifikasi Orienteering 3.12.1 Aspek Penilaian Orienteering 3.12.2 Prosedur Penilaian Orienteering 3.12.3 Peraturan Memberi Markah
64 - 114
Tajuk 4 :
3.13 Spesifikasi Perkhemahan 3.13.1 Aspek Penilaian Perkhemahan 3.13.2 Prosedur Penilaian Perkhemahan 3.13.3 Peraturan Memberi Markah
4.2 Pra-Pelaksanaan 4.2.1 Pelantikan Jawatankuasa dan Pengagihan
Tugas
4.1 Pengurusan dan Pengelolaan Pendidikan Luar
4.3 Mesyuarat Perancangan 4.4 Penyediaan Kertas Kerja 4.4.1 Menyediakan Kertas Kerja Mengikut Format
yang Ditetapkan 4.4.2 Mendapat Kelulusan Dari Pihak Pengurusan 4.4.3 Menyediakan Jadual Tindakan 4.5 Pengurusan Surat Menyurat 4.5.1 Surat Kebenaran 4.5.2 Surat Pemberitahuan, Memohon Kebenaran
dan Bantuan 4.6 Definisi Keyakinan di Air 4.7 Ketakutan di Air 4.7.1 Punca Ketakutan Air 4.7.2 Cara Mengatasi Ketakutan Air
4.8 Aktiviti-aktiviti Keyakinan di Air 4.9 Sejarah Kayak 4.9.1 Jenis-jenis Kayak 4.9.2 Kategori Kayak 4.9.3 Peralatan-peralatan Kayak 4.9.4 Anatomi Kayak 4.9.5 Pendayung 4.9.6 Teknik Dayungan Asas 4.9.7 Isyarat-isyarat Semasa Berkayak 4.9.8 Cara Menyelamat (Rescue) 4.9.9 Langkah-langkah Keselamatan 4.9.10 Teknik Mengangkat Kayak 4.10 Snorkeling 4.10.1 Matlamat 4.10.2 Objektif 4.10.3 Peraturan-peraturan Aktiviti Snorkeling 4.10.4 faktor-faktor Penting Semasa Menjalankan
Aktiviti Snorkeling 4.10.5 Cara masuk Ke dalam Air 4.10.6 Teknik-teknik Masuk Ke dalam Air
115 187
Tajuk 5 :
5.1 Post-mortem
5.2 Syor dan Cadangan
5.3 Dokumen Laporan 5.4 Khemah 5.4.1 Apa itu khemah 5.4.2 Sebelum Mendirikan Khemah 5.4.3 Jenis-jenis Khemah 5.4.4 Anatomi Khemah 5.4.5 Shelter (Tempat Berteduh) 5.4.6 Cara-cara Mendirikan Khemah 5.4.7 Menurunkan Khemah 5.4.8 Cara-cara Menurunkan Khemah 5.4.9 Prosedur 5.4.10 Memilih Kawasan 5.4.11 Etika Berkhemah 5.4.12 Mendirikan Khemah 5.4.13 Larangan Semasa Berkhemah 5.4.14 Etika Memasak Di kawasan Khemah 5.5 Unggun Api / Fire Craft 5.5.1 Membuat Unggun Api 5.5.2 Jenis-jenis Unggun Api
5.6 Ikatan dan Simpulan 5.6.1 Jenis Ikatan dan Simpulan
5.7 Gejet / Wood Craft 5.7.1 Jenis-jenis Gejet 5.7.2 Menebang dan Memotong Kayu Untuk Gejet
5.8 Abseiling 5.8.1 Pengenalan 5.8.2 Pelan Pelaksanaan 5.8.3 Senarai Peralatan 5.8.4 Penjagaan Alatan
5.9 Orienteering 5.9.1 Sejarah dan Perkembangan 5.9.2 Jenis-jenis Orienteering 5.9.3 Kebaikan Sukan Orienteering 5.9.4 Terminologi dan Alatan 5.9.5 Peta 5.9.6 Kompas 5.9.7 Teknik-teknik Asas 5.9.8 Cara Meletak Peta dan Kompas
Rujukan
Panel Penulis
Ikon Lampiran A
5.10 Ikhtiar Hidup 5.10.1 Prinsip-prinsip Asas Ikhtiar Hidup 5.10.2 Perlindungan Sementara 5.10.3 Perlindungan Buatan 5.10.4 Sumber Makanan Daripada Tumbuhan 5.10.5 Ujian Pemakanan 5.10.6 Mengenal Tumbuhan Yang Boleh Dimakan 5.10.7 Sumber Makanan Daripada Haiwan 5.10.8 Memasak Makanan 5.10.9 Sumber Minuman 5.10.10 Menyalakan Api 5.10.11 Hidupan Liar 5.10.12 Isyarat-isyarat Kecemasan
Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk melaksanakan kerja kursus berbentuk projek . Projek boleh diperolehi daripada modul ini. Tarikh dan masa untuk menyediakan projek akan ditetapkan oleh pensyarah dan pihak peperiksaan. Tips untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran
anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.
PANDUAN PELAJAR
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan
anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan
yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.
Pengenalan Kursus ini mencakupi falsafah, konsep, matlamat dan objektif serta sejarah perkembangan dan
pengetahuan pendidikan luar, rekreasi dan kesenggangan. Pelaksanaan aktiviti merangkumi
pengintegrasian, pengabungjalinan serta kesepaduan mata pelajaran lain ke dalam pendidikan
luar dan sebaliknya. Bagi memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran, aspek
perancangan, pengurusan, pengelolaan, keselamatan dan pelbagai kemahiran aktiviti diberi
penekanan. Penilaian dijalankan bagi memastikan tahap pencapaian.
This course covers the philosophies, concepts, aims, objectives, history and literatures of
outdoor education, recreation and leisure. It also discusses the intergration and incorporation of
other subjects into outdoor education and vice-versa. To enhance the teaching and learning
process, planning, managing, administrating and safety aspect of various activties are
emphasize. Assessments will be conducted to ensure its achievement
Hasil Pembelajaran
1. Menterjemahkan kandungan kurikulum secara umum dan spesifik kepada aktiviti
pembelajaran yang bermakna;
2. Mengaplikasikan pelbagai kaedah untuk memantau dan menaksir pengetahuan dan
kemahiran;
3. Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti Pendidikan Luar,
4. Membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjana idea baru untuk
penambahbaikan yang berterusan;
5. Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai dalam teori dalam kehidupan
seharian;
6. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat dijadikan sebagai contoh
yang baik.
AGIHAN TAJUK
KOD KURSUS : PJM3108 NAMA KURSUS : PENDIDIKAN LUAR
Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma)
Bil.
Tajuk/Topik
Jumlah Jam Modul
(jam)
Interaksi Bersemuka
(jam)
Teori Amali Teori Amali
1
Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar, Rekreasi dan Kesenggangan Pengintegrasian, Gabungjalin dan Kesepaduan Mata Pelajaran Lain Ke Dalam Pendidikan Luar, Rekreasi dan Kesenggangan
4 - 4 2 2
2 Etika Pendidikan Luar Keselamatan Dalam Pendidikan Luar, Rekreasi dan Kesenggangan
5 - 5 2 2
3
Pendidikan Konservasi Dalam Pendidilan Luar, Rekreasi dan Kesenggangan Kaedah Penilaian Aktiviti Pendidikan Luar
6 - 12 2 2
4 Pengurusan dan Pengelolaan Pendidikan Luar Aktiviti Air
- 7 17 2 2
5 Pelaporan Aktiviti Darat - 8 17 2 2
6 Pelaksanaan Program Pendidikan Luar (6 hari 5 malam) - 45
3(1+2) 15 60 55 10 10
*Ujian Amali akan dijalankan luar daripada peruntukan masa interaksi.
Tajuk 1
FALSAFAH, KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF. PENGINTEGRASIAN, GABUNGJALIN DAN KESEPADUAN MATA PELAJARAN LAIN DALAM PENDIDIKAN LUAR, REKREASI DAN KESENGGANGAN
Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi falsafah, konsep, definisi, matlamat dan objektif serta
sejarah dalam Pendidikan Luar. Ia juga merangkumi pengintegrasian, gabungjalin dan
kesepaduan mata pelajaran lain dalam Pendidikan Luar. Modul ini juga dibekalkan dengan
soalan latihan dan senarai bahan rujukan.
Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menghuraikan falsafah dan konsep Pendidikan Luar
2. Menghuraikan objektif dan matlamat Pendidikan Luar
3. Mencirikan konsep Pendidikan Luar merentasi kurikulum
4. Menghuraikan dan memberi contoh penggabungjalinan dan kesepaduan dalam
Pendidikan Luar
5. Menjelaskan penerapan nilai dan pembentukan sahsiah dalam Pendidikan Luar
Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
KANDUNGAN
1.1 Definisi, konsep dan falsafah
1.1.1 Falsafah Pendidikan Luar
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menegaskan bahawa pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan
kepada Tuhan. Oleh yang demikian Program Pendidikan Luar dapat dijadikan media
untuk memurnikan hasrat berkenaan.
Pendidikan Luar merangkumi pelbagai tujuan dan amalan yang dapat
memperkayakan dan memperkukuhkan pengalaman pendidikan formal dengan
melihat alam semulajadi sebagai makmal hidup. Pemanfaatan persekitaran dan
alam semulajadi sebagai tempat pembelajaran secara terus akan menajamkan
kepekaan individu apabila pengetahuan yang diperolehi melibatkan deria. Dalam hal
ini Pendidikan Luar mengutamakan aspek penaakulan oleh individu dan perlakuan
motor yang melibatkan semua deria umpamanya dalam mengenal alam flora dan
fauna.
Pendekatan Pendidikan Luar banyak tertumpu kepada kaedah penemuan,
eksperimen dan kajian lapangan. Penekanan pembelajaran dalam Pendidikan Luar
menggalakkan pelajar memperolehi pengalaman melalui sesuatu yang dilakukan
sendiri. Konsep pendekatan yang sedemikian diamalkan kerana pegangan falsafah
pendidikan luar yang mempercayai bahawa adalah sukar mengajar seseorang itu
belajar tetapi lebih mudah menolong seseorang itu belajar.
Di samping itu, ianya juga adalah satu proses pembelajaran secara langsung
(learning by doing so). Ilmu, pengetahuan dan pengalaman diperolehi dengan konsep
hands on / first hand experience. Pendedahan kepada kedua-dua konsep ini secara
tidak langsung akan melahirkan individu yang sempurna di mana segala aspek yang
diberi penekanan iaitu fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani dapat dimantapkan.
Dengan melibatkan diri kepada corak pendidikan seperti ini potensi individu
akan dapat dikembangkan secara menyeluruh. Individu dapat meningkatkan tahap
kreativitinya dengan menggabungjalin dan menggembelingkan segala ilmu
pengetahuan dan fakta-fakta yang diperolehinya bagi mencetuskan satu corak
pemikiran kreatif.
1.1.2. Konsep Pendidikan Luar
Modul konsep pendidikan luar yang dikemukan oleh MCRAE (1990)
menyatakan pendidikan luar adalah pembelajaran berlaku di luar bilik darjah keadaan
ini berlainan daripada bentuk tradisi. Pendidikan luar menggunakan alam sekitar
sebagai laluan atau tujuan mendidik. Pendidikan luar perlu dirancang dengan teliti
antara aspek perlu difikirkan oleh perancang kurikulum pendidikan luar ialah:
Aspek Kognitif
Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan
berfikir serta menginterpretasi. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan
perangsang pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan,
kebolehan, pengamatan dan pengukuhan.
Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar dapat menjadikan Pendidikan Luar
dapat dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti Pendidikan
Luar pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak
dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik
melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan aktiviti
Pendidikan Luar yang lebih cekap dan berkesan. Pengetahuan tentang disiplin
Pendidikan Luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik,
berfaedah dan bermakna. Program Pendidikan Luar yang baik bukan saja memberi
kekuatan fizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan kognitif. Dengan kata lain
Pendidikan Luar bukan sahaja memberi latihan fizikal tetapi unsur kemahiran berfikir
seperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnya
diserapkan dalam aktiviti Pendidikan Luar.
Aspek kemahiran psikomotor
Aspek motor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang
mampu dipamerkan. Motor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti
kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan
dan kelajuan.
Antara aspek kemahiran psikomotor yang perlu difokus dalam Pendidikan
Luar ialah:
Imej tubuh Kawalan objek
Orientasi spatial ( ruang ) Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor
Perkembangan kemahiran
Kecergasan
Aspek afektif
Matlamat utama yang diingini, dalam hampir kesemua program pendidikan
luar pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran
bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, aspirasi dan nilai serta
pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak
komunikasi dengan orang lain. Pendidikan luar memberi sumbangan terhadap
perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku
ketika menjalankan aktiviti Pendidikan Luar.
Pendidikan Luar menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain,
mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan, penggunaan masa lapang
yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain
dan pemimpin serta bekerjasama secara berkumpulan bagi menjayakan aktiviti
fizikal. Emosi adalah suatu elemen yang penting di dalam perkembangan individu
melalui penglibatan di dalam Pendidikan Luar. Aktiviti Pendidikan Luar akan
membentuk emosi yang stabil di kalangan pesertanya. Contohnya dengan aktiviti
Pendidikan Luar, peserta akan membentuk persefahaman serta berperanan secara
luaran dan dalaman diri.
Pendidikan Luar adalah suatu medium yang dapat membantu di dalam
pembangunan sosial. Pendidikan Luar akan menolong individu menyesuaikan diri
dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan
teratur akan menjadikan Pendidikan Luar sebagai jambatan utama untuk mencapai
matlamat sosial.
Penglibatan pelajar di dalam aktiviti fizikal dapat memupuk integrasi antara
kaum. Melalui aktiviti-aktiviti fizikal adalah diharapkan negara dapat melahirkan rakyat
yang sihat serta menggalakkan integrasi kaum dan mengelakkan daripada berlaku
perselisihan faham. Penyertaan pelajar dalam aktiviti fizikal membolehkan mereka
berinteraksi dengan rakan sebaya dan mewujudkan perpaduan sesama mereka.
Aspek Sosial
Dettmer ( 1997 ) mencadangkan satu domain khusus untuk hubungan /
tingkah laku sosial, iaitu Domain Sosial. Domain ini terdiri daripada lapan peringkat
objektif, iaitu: Berhubung, Berkomunikasi, Melibatkan Diri, Berunding, Bekerjasama,
Menghakim, Memulakan dan Menukar.
Rajah 1.1. Konsep Pendidikan Luar MCRAE (1990)
Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Luar
KOGNITIF PSIKOMOTOR
AFEKTIF
SOSIAL
Pendidikan melalui alam sekitar Pendidikan untuk alam sekitar
Dalam proses pembelajaran melalui Pendidikan Luar, manusia mempelajari
tentang alam semula jadi dan menghormati serta menyesuaikan diri demi mendapat
kebaikan daripada aspek pembelajaran dan pengalaman. Pendidikan Luar perlu
berpaksikan ketuhananan (terdiri daripada kepercayaan, pegangan agama dan nilai
sejagat), kemanusiaan (kemahiran, pengetahuan, nilai-nilai murni dan sahsiah) dan
kenegaraan (mengenali negara, semangat cintakan negara).
Dalam Pendidikan Luar pembentukan individu merupakan perkara penting
dan tidak boleh ditinggalkan. Adalah diharapkan individu yang terbentuk dari
Pendidikan Luar akan lebih mantap dari aspek mental, fizikal, emosi, kemahiran dan
sosial. Pembentukan individu yang mantap adalah merupakan asas kepada
pembentukan masyarakat dan negara.
1.1.3 Definisi Pendidikan Luar
Pendidikan Luar merupakan salah satu daripada pelbagai kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang amat menarik dan berkesan dilaksanakan elektif dan
bijaksana. Pendekatan, pemeringkatan, pengolahan dan pengisian aktiviti secara
teori dan praktikal akan membantu pelajar meneroka pengetahuan dan pengalaman
baru.
Secara keseluruhan dalam mendefinisi Pendidikan Luar terdapat dua
pendapat yang berlainan. Kedua golongan tersebut ialah:
o Berdasarkan aktiviti
o Berdasarkan psikologi
Golongan ini mendefinisikan Pendidikan Luar sebagai satu aktiviti fizikal tanpa
melihat Pendidikan Luar sebagai alat untuk membangun ciri-ciri pendidikan yang
tersirat. Dengan lain perkataan golongan ini melihat Pendidikan Luar sebagai aktiviti
yang tertumpu kepada psikomotor (elemen tersurat) tanpa menyatakan aspek lain
seperti aspek sosial, kognitif dan afektif (elemen tersirat)
Berdasarkan aktiviti
Menurut Neill 2003, Pendidikan Luar berlaku apabila segolongan peserta
menyertai aktiviti lasak dalam keadaan alam semula jadi yang sebenar. Mereka
menggunakan sekitaran untuk menyelesaikan masalah. Menurut Kethies (1990),
Pendidikan Luar adalah keadaan di mana golongan peserta keluar ke alam
semulajadi serta menyelesaikan masalah di sekitaran. Priest (1990) menggambarkan
Pendidikan Luar merupakan proses ujikaji dengan menggunakan pancaindera
sebagai alat dan alam semulajadi sebagai makmal. Simon Priest (1986), menyatakan
Pendidikan Luar adalah pendidikan yang berkaitan dengan hubungan simbiosis yang
wujud dalam alam semulajadi. Hubungan yang wujud ini bukan sahaja antara alam
sekitar dengan manusia tetapi antara manusia dengan manusia.
Berdasarkan psikologi
Menurut the outdoor institute Pendidikan Luar didefinisikan sebagai
pendidikan yang bertujuan memberikan pengalaman dalam aktiviti-aktiviti di luar
kelas dan membangun insan secara keseluruhan. Menurut C. A. Lewis (1975), dalam
pendidikan luar pelajar akan menggunakan keseluruhan pancaindera untuk
memerhati dan membuat persepsi. Sementara Phyllis Ford (1981) mendefinisikan
pendidikan luar adalah pendidikan yang mempunyai tiga domain utama iaitu
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang digabungkan untuk membentuk pendidikan
insan yang seimbang.
D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman, menyatakan
pendidikan luar adalah gabungan berbagai disiplin dalam pendidikan untuk mencapai
matlamat dan objektif dalam kurikulum. Menurut Maznah Hassan, program
Pendidikan Luar (PPL) adalah satu program yang akan mengintegrasikan pelbagai
komponen akademik dan ikhtisas serta memantapkan kurikulum Pendidikan Jasmani.
Menurut Edward Lappin (2000),
Outdoor education is...a means of curriculum enrichment,
whereby the process of learning takes place out of doors. Outdoor
education broadly includes environmental education, conservation
education, adventure education, school camping, wilderness therapy,
and some aspects of outdoor recreation
Rumusan Definisi Pendidikan Luar
Pendidikan Luar adalah aktiviti fizikal yang berlaku di luar kelas serta
mempunyai kurikulum yang terancang dengan rapi serta mengambil kira aspek
keselamatan dan pendidikan (Psikomotor, kognitif dan afektif) sebagai komponen
utama. Untuk mencapai objektif yang tersurat dan tersirat pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Luar menggunakan sumber luar bilik darjah.
Alam semulajadi bertindak sebagai alat untuk memperkembangkan
pengetahuan, kemahiran dan sikap individu. Pendidikan Luar bertujuan meningkatkan
kefahaman terhadap alam sekitar, pertalian dan ekologikal serta penghargaan dan
tanggungjawab manusia terhadap kualiti alam sekitar.
Pendidikan Luar juga bertujuan membentuk insan yang mempunyai nilai dan
sahsiah yang teguh serta mengamalkan cara hidup yang sihat. Pendidikan Luar juga
akan memupuk individu yang dapat menggunakan masa lapang yang bijak melalui
penglibatan dalam kegiatan rekreasi.
Knap (1981) menyatakan Pendidikan Luar sebagai alat untuk mencapai
matlamat dan objektif organisasi Apa yang dimaksudkan dari pernyataan tersebut
adalah Pendidikan Luar boleh dijadikan satu kaedah untuk mengorientasikan individu
atau kumpulan berdasarkan falsafah, pelaziman dan pengukuhan pembelajaran.
Hammerman (1985), pula menyatakan Pendidikan Luar sebagai landasan
untuk mengenalpasti pengalaman yang boleh dipraktikkan dalam situasi harian.
Pendidikan luar adalah sebagai salah satu sub disiplin ilmu dalam pendidikan.
Kemahiran-kemahiran ikhtiar hidup seperti berenang, memanjat, mendaki,
menyelesaikan masalah dan tekanan banyak dipelajari dalam Pendidikan Luar.
Ford (1981), menegaskan Pendidikan Luar sebagai program yang meliputi
penggunaan persekitaran semulajadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan
pembelajaran dalam kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan
pengetahuan, kematangan dan sikap khususnya dalam penggunaan waktu
senggang.
1.2 Matlamat dan objektif
Program Pendidikan Luar perlu dirangka dengan teliti dan mempunyai
matlamat yang jelas. Contoh matlamat dan objektif pendidikan luar bagi peserta
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia
(KDPM) yang mengambil matapelajaran Pendidikan Jasmani ialah :
1. Pelajar dapat merancang, mengurus dan mengelolakan aktivitiaktiviti
Pendidikan Luar
2. Pelajar dapat menguasai kemahirankemahiran asas kegiatan luar mengikut
kemampuan diri
3. Pelajar dapat menunjukkan kepekaan dan keperihatinan terhadap keindahan
dan kekayaan alam semulajadi termasuk isu alam sekitar
4. Pelajar dapat meningkatkan pembelajaran menerusi pengalaman
pengalaman yang menyeronokkan dan selamat dalam persekitaran yang
berbezabeza
5. Pelajar dapat membina ketahanan, disiplin dan keyakinan diri dalam
menghadapi cabaran-cabaran semasa
6. Pelajar dapat menunjukkan sikap positif, semangat kewarganegaraan,
kesedaran sivik yang tinggi dan memupuk semangat patriotisme
7. Pelajar dapat mengembangkan sifatsifat kreatif dan inovatif serta membuat
keputusan yang bijak terutama dalam keadaan segera atau cemas.
Menurut Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000)
matlamat Pendidikan Luar secara am boleh dibahagikan kepada tiga komponen
besar iaitu:
ketuhananan (terdiri daripada kepercayaan, pegangan agama dan nilai sejagat)
o Memahami dan menyaksikan kebesaran pencipta
o Meningkatkan kepercayaan kepada agama
o Menyakinkan kebesaran pencipta
o Mensyukuri kurniaan pencipta kepada kita
o Memberi pendidikan kepada pelajar untuk merancang, mengelola
program pendidikan luar
Kemanusiaan (pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai murni dan sahsiah)
o Meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dengan menjadikan alam
sekitar sebagai perantara
o Memberi kesedaran terhadap keperluan memilihara alam sekitar
o Meningkatkan sensitiviti serta kesedaran terhadap alam sekitar
o Menyerapkan nilai dan sahsiah kepada pelajar
o Meningkatkan disiplin di kalangan pelajar
o Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam aktiviti luar
o Memberi ruang kepada pelajar belajar berinteraksi, bekerjasama dan
mengeratkan perhubungan sesama mereka atau orang yang lebih
dewasa
o Menggalakkan pelajar menjalankan aktiviti riadah yang lebih berfaedah
o Memberi ruang kepada pelajar muhasabah diri
o Memberi peserta rasa keseronokan menyertai aktiviti Pendidikan Luar
Kenegaraan (semangat cintakan Negara)
o Menanamkan sikap cinta dan sayangkan Negara
o Membina kefahaman terhadap masyarakat majmuk
o Merangsang untuk mengurangkan polarisasi kaum
1.2.1 Tujuan Pendidikan Luar
Tujuan Pendidikan Luar bergantung kepada kehendak penganjur. Terdapat
berapa kategori kenapa Pendidikan Luar diadakan. Antara kategorinya ialah :
Pendidikan Luar bertujuan membina ketahanan fizikal. Pendidikan Luar ini
dilaksanakan bagi melihat keupayaan fizikal pesertanya. Dengan menyertai aktiviti
ini peserta akan dapat membina kekuatan motor serta kemahiran dalam aktiviti
fizikal. Program Pendidikan Luar ini biasanya dianjurkan oleh badan-badan atau
persatuan-persatuan outdoors sama ada di peringkat daerah atau negeri.
Pendidikan luar yang bertujuan untuk memberi pendidikan tentang ilmu
pengetahuan dan membentuk displin dalam badan beruniform. Dalam pendidikan
bercorak ini peserta kursus akan didedahkan dengan ilmu perkhemahan, disiplin
dan cara menghormati uniform. Pendidikan Luar ini dianjurkan oleh badan-badan
beruniform contohnya pengakap, putri islam, persatuan bulan sabit merah
Pendidikan luar bertujuan untuk mengubah corak pembelajaran tradisonal di kelas
kepada corak pembelajaran di luar kelas supaya pelajar tidak menjadi bosan dan
berkebolehan berinteraksi dengan alam sekitar sebenar. Pelajar akan dapat
berinteraksi dengan bahan dan keadaan sebenar. Contohnya Pendidikan Luar
bagi subjek geografi. Pendidikan Luar ini lebih menumpu kepada aktiviti akademik
Pendidikan Luar juga digunakan sebagai medium yang penting untuk membentuk
perpaduan di kalangan pesertanya. Pendidikan Luar yang bermatlamat untuk
membentuk perpaduan di kalangan ahlinya tanpa mengira kaum lebih memberi
tumpuan kepada aktiviti kerjasama dan berkumpulan. Pendidikan Luar ini selalu
dianjurkan oleh badan-badan belia dan perpaduan
Pendidikan Luar yang bertujuan untuk melihat dan mengasah kepimpinan pelajar.
Dalam setiap aktiviti Pendidikan Luar pelajar akan dipimpin atau terpimpin. Oleh
sebab itu aktiviti Pendidikan Luar akan dapat memupuk dan merangsang sifat
kepimpinan dan mempelajari cara kepimpinan. Aktiviti Pendidikan Luar adalah
tempat terbaik bagi pelajar mengasah bakat kepimpinanan mereka.
Pendidikan Luar juga boleh meneguhkan lagi kepercayaan tentang wujudnya
pencipta alam. Melalui pemerhatian tentang keindahan serta sifat alam semula
jadi ini akan meneguhkan lagi kepercayaan serta rasa kesyukuran terhadap
pencipta. Pendidikan Luar ini biasanya dianjurkan oleh persatuan-persatuan
agama.
Dewasa ini Pendidikan Luar juga dilihat sebagai jalan terbaik untuk berekreasi.
Peserta yang menyertai pendidikan luar dapat mengurangkan rasa tertekan
dengan menyertai aktiviti fizikal yang mencabar. Bagi pelajar pula aktiviti
Pendidikan Luar ini dapat mengubah suasana bilik darjah dan rumah kepada
suasana lapang dan bebas.
Pendidikan Luar juga dapat merangsang pembentukan sahsiah yang baik di
kalangan pelajar. Dalam setiap aktiviti Pendidikan Luar, pelajar akan ditanam
dengan sifat-sifat serta nilai-nilai terpuji. Oleh itu Pendidikan Luar boleh bertujuan
untuk menanam sifat-sifat terpuji serta membentuk sahsiah yang cemerlang.
1.3 Sejarah Pendidikan Luar
Dalam melihat sejarah Pendidikan Luar pengkaji perlu melihat dua era iaitu
Pendidikan Luar di zaman purba dan zaman moden.
1.3.1 Pendidikan Luar Di Zaman Purba
Tidak dapat dipastikan bilakah PendidikanLuar bermula. Namun menurut
Shivers (1989) Pendidikan Luar telah pun dijalankan sejak zaman kuno lagi, yang
banyak melibatkan aktiviti alam semula jadi. Penglibatan manusia dengan alam
semula untuk mendapat makanan amat penting sejak zaman awal kewujudan
manusia.
Manusia di zaman purba perlu memburu haiwan untuk mendapat bahan
makanan. Mereka juga tinggal di gua dan kemudian menggunakan sumber daripada
alam semula jadi untuk membina habitat. Kanak-kanak zaman purba perlu dilatih
untuk membina kehidupan mengikut zaman itu. Corak latihan zaman purba dalam
bentuk cara memburu, membina tempat tinggal, menjaga keselamatan dan memasak
dilihat merupakan permulaan Pendidikan Luar.
1.3.2 Pendidikan Luar Era Moden
Pada tahun 1907 Lord Baden Powell yang merupakan pengasas pergerakan
pengakap dunia telah membawa 12 orang remaja ke Pulau Brownsea. Selepas itu
beliau telah menganjurkan banyak program Pendidikan Luar. Di peringkat awal
program Pendidikan Luar lebih tertumpu kepada kekuatan fizikal, kemahiran
perkhemahan dan disiplin dalam persatuan serta sebagai ahli persatuan. Di peringkat
awal juga program Pendidikan Luar dianjurkan oleh badan-badan beruniform
contohnya pengakap dan pandu puteri
Bermula daripada 1980an terdapat perubahan dalam aktiviti Pendidikan Luar.
Disiplin pendidikan tidak tertumpu kepada aktiviti berteraskan fizikal saja tetapi telah
diluaskan kepada elemen kognitif dan afektif. Unsur-unsur nilai murni serta
pembangunan sahsiah mula diserapkan dengan lebih jelas ke dalam aktiviti
Pendidikan Luar. Penganjur Pendidikan Luar bukan lagi terdiri daripada persatuan
berunifom malah persatuan-persatuan akademik seperti persatuan matematik,
persatuan sains, persatuan agama islam dan lain-lain lagi.
Bermula tahun 1990an program Pendidikan Luar mula dikomersialkan secara
meluas. Kewujudkan konsep adventure travel dan eco pelancongan telah
merancakkan lagi aktiviti Pendidikan Luar. Dalam bidang pendidikan program
Pendidikan Luar masa cuti atau kem motivasi diperkenalkan oleh syarikat swasta.
Atas kepercayaan alam sekitar yang segar boleh membantu menyembuhkan penyakit
dewasa ini Pendidikan Luar digunakan dalam industri kesihatan.
Di Institut perguruan pada tahun 1993 semua Guru Pelatih Kursus Perguruan
Asas (KPA) dan Guru Pelatih Lepasan Ijazah (KPLI) diwajibkan mengikuti Program
Pendidikan Luar (PPL). Setiap maktab perguruan perlu mewujudkan Jawatankuasa
Pendidikan Luar khusus untuk menyediakan perancangan dan penyelarasan.
Program Pendidikan Luar. Program tersebut telah dihentikan pada tahun
1996. Guru pelatih yang mengambil pengkhususan Pendidikan Jasmani sahaja
diwajibkan mengikuti Program Pendidikan Luar. Bagi pelatih (KDPM) Kursus Diploma
Perguruan Malaysia dan KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) major atau minor
Pendidikan Jasmani (PJ) , Program Pendidikan Luar merupakan sebahagian
daripada kurikulum mata pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ). Semua guru pelatih
major dan minor PJ dikehendaki menjalani Program Pendidikan Luar. Program
tersebut mengintegrasikan pelbagai komponen akademik dan ikhtisas bagi
memantapkan lagi kurikulum Pendidikan Jasmani guru pelatih KDPM-PJ.
1.4 Pendidikan Luar Merentasi Kurikulum.
Kurikulum didefinisikan sebagai satu rancangan pendidikan yang
mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma. Dengan kata
lain kurikulum merupakan segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang meliputi
semua ilmu pengetahuan serta kemahiran, norma dan nilai masyarakat yang
dirancang untuk pelajar sekolah. Kurikulum juga mengandungi unsur-unsur
kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan
daripada satu generasi kepada satu generasi lain.
Dalam konsep Pendidikan Luar merentasi kurikulum guru mengajar subjek
yang berlainan dengan menjadikan Pendidikan Luar sebagai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Dalam melaksanakan pengajaran geografi contohnya, Pendidikan
Luar boleh dirancang supaya pelajar dapat berinteraksi dengan alam semula jadi
untuk mengukuhkan lagi kefahaman pelajar.
1.5 Penggabungjalinan Mata Pelajaran.
Penggabungjalinan merupakan satu proses penyampaian beberapa
kemahiran di dalam satu mata pelajaran. Rasionalnya adalah dengan cara ini,
beberapa kemahiran akan diperolehi oleh pelajar secara serentak dan terpadu.
1.5.1 Ciri-ciri penggabungjalinan
i. Merupakan gabungan beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu mata
pelajaran.
ii. Berlaku secara antara disiplin iaitu kemahiran-kemahiran adalah dari bidang-
bidang berlainan
iii. Berlaku secara intradisiplin
iv. Organisasi pembelajaran adalah adalah fleksibel iaitu tekanan terhadap
kemahiran-kemahiran sampingan boleh berubah-ubah dan tidak mengikut
satu urutan tertentu
v. Oleh sebab pelbagai kemahiran digabungjalinkan, interaksi antara guru
dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar adalah lebih mesra
1.5.2 Kepentingan Penggabungjalinan
i. Dapat mengelakkan kebosanan terhadap pembelajaran jika hanya satu
kemahiran sahaja diajar
ii. Melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna
iii. Menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan
1.5.3 Kesepaduan
Kesepaduan adalah merupakan satu strategi yang dilaksanakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kesepaduan ialah proses menyatupadukan isi
pengetahuan daripada satu mata pelajaran ke dalam matapelajaran yang lain.
Dengan kata lain kesepaduan atau penyebatian merupakan proses menyatukan isi
atau kandungan daripada beberapa mata pelajaran. Contohnya, dalam Pendidikan
Luar terdapat pelajaran membaca kompas, aktiviti ini berkonsepkan penyebatian
mata pelajaran matematik dan geografi ke dalam Pendidikan Luar. Kebanyakan
proses kesepaduan berlaku secara inter disiplin, beberapa ilmu pengetahuan dari
bidang yang berlainan disebatikan dalam satu mata pelajaran. (Rujuk rajah) Selain
daripada mata pelajaran nilai juga boleh disebati ke dalam aktiviti Pendidikan Luar.
Rajah: Model penyebatian mata pelajaran geografi dan matematik dalam Pendidikan Luar
Geografi
Pendidikan Luar
Matematik
1.5.4 Ciri-ciri Kesepaduan
i. Faslitator seharusnya mempunyai pengetahuan terhadap mata pelajaran yang
hendak disebatikan
ii. Aspek kesepaduan akan membantu pemahaman pelajar
iii. Penyebatian bergantung kepada kebolehan dan pencapaian pelajar
iv. Kesepaduan seharusnya berdasarkan berfokuskan objektif mata pelajaran
1.5.5 Tujuan strategi kesepaduan
i. Melalui proses kesepaduan beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak
ii. Menimbulkan susana pembelajaran yang lebih terbuka
iii. Membolehkan pelajar membuat ulangkaji bagi subjek tertentu secara tidak
langsung
1.6 Berteraskan Akademik
Konsep berteraskan akademik boleh difahamkan sebagai sesuatu yang
berlandaskan sukatan, mempunyai huraian, matlamat dan objektif tersendiri. Jika
dilihat dari sudut Pendidikan Luar, ia merupakan salah satu daripada spectrum dalam
skop Pendidikan Jasmani. Spektrum ini menjadi lebih penting apabila potensi dan
kemahuan individu diperkembangkan dalam menghadapi situasi dan persekitaran
yang berubah dan mencabar.
Ini bermakna, Pendidikan Luar merupakan satu sukatan yang telah digariskan
di dalam kurikulum di sekolah dan aktiviti-aktivitinya telah dirancang dengan teliti dan
dikelolakan dengan sebaik mungkin dalam usaha untuk mendidik dan menerapkan
nilai-nilai dalam diri pelajar untuk menghadapi situasi sebenar dalam kehidupan.
Dalam proses penguasaan dan pendedahan kemahiran, elemen-elemen alam
sekitar dan keselamatan merupakan elemen teras dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Suasana yang dihadapi akan menjadikan individu lebih berkeyakinan
dan bermotivasi. Lantaran itu, Pendidikan Luar akan lebih berfungsi dalam
menghayati konsep pendidikan seumur hidup dalam pembentukan individu yang sihat
dan seimbang dalam semua aspek.
1.7 Penerapan nilai
Nilai murni sewajarnya menjadi asas kepada pembinaan dan pembangunan
manusia. Masyarakat perlu mempertahan nilai-nilai yang baik atau nilai-nilai murni
bagi mengatasi segala kejahilan, kemungkaran, kejahatan dan kemusnahan. Untuk
membina insan sempurna dan insan kamil yang menekankan kepada jasmani, emosi
dan intelektual, aspek nilai murni haruslah diserapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mewujudkan
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, penerapan nilai-
nilai murni perlulah dilakukan dalam semua kaedah pengajaran yang dilaksanakan.
Penerapan nilai-nilai murni perlulah bersifat sarwajagat selaras dengan tuntutan
agama, budaya dan norma masyarakat Malaysia.
Masalah sosial dan krisis moral tidak akan dapat dibendung sekiranya nilai-
nilai tidak di pertahankan oleh masyarakat. Nilai-nilai ini amat perlu dalam
melaksanakan segala dasar kerajaan contohnya dasar pembangunan, dasar sosial,
urusan perniagaan, hubungan, peraturan dan undang-undang.
Penerapan nilai murni hendaklah dilakukan secara bersahaja dan tidak
langsung. Kita tidak boleh menerapkan kesemua nilai murni dalam satu mata
pelajaran atau satu masa. Walau bagai mana setiap aktiviti mempunyai beberapa
nilai murni dan usaha menerapkan nilai-nilai hendaklah merupakan satu proses yang
berulang dan berterusan.
Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah penerapan nilai-nilai murni yang
ditekankan ialah:
o kebersihan dari segi mental dan fizikal
o belas kasihan
o kesederhanaan
o kerajinan
o berterima kasih
o kejujuran
o keadilan
o hormat menghormati
o semangat bermasyarakat
o kasih sayang
o tidak angkuh
o kebebasan
Dalam program Pendidikan Luar yang berasaskan pendidikan secara amnya
nilai-nilai murni ini mudah diserapkan di dalam aktivitinya.
o Berdisiplin
o Bersemangat waja
o Berkeyakinan diri
o Setia kepada Negara
o Sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan
o Memupuk kerjasama
o Perpaduan di kalangan pelbagai kaum di negara ini.
o Berdikari
o Bekerjasama
o Menepati masa
o Sabar
o Bersyukur
o Cintakan Negara
o Bersikap positif
1.8 Pembentukan Sahsiah.
Menurut kamus dewan sahsiah membawa maksud keperibadian. Kagan J
dan Segal J (1988) mendefinisikan sahsiah sebagai personaliti seorang individu yang
merangkumi proses berfikir, merasa tingkah laku dan hubungannya dengan
sekitaran. Sahsiah sebagai cara individu mengorganisasi watak, perangai, intelek,
posture gerakan badan dan menentukan penyesuaian yang unik terhadap sekitran.
Sahsiah dengan kata lain merujuk kepada cara pembentukan peribadi individu secara
keseluruhan. Sahsiah merangkumi perangai, kecergasan, sentimen, sikap, minat,
kepercayaan, interaksi, bentuk badan, cita-cita dan nilai-nilai.
Aktiviti Pendidikan Luar dilihat dapat merangsang pembentukan sahsiah yang
baik kepada peserta. Nilai-nilai yang sentiasa ditanam dalam aktiviti Pendidikan Luar
dapat membantu merangsangkan pembentukan sahsiah. Aktiviti-aktiviti fizikal yang
dirancang dengan teliti akan merangsang pembentukan personaliti yang baik.
Keupayaan pelajar berinteraksi dengan alam sekitar secara langsung akan
membenarkan pelajar membentuk kemantapan sahsiah.
TUGASAN TERARAH
1. Dengan merujuk daripada bahan daripada buku dan internet, jelaskan perkaitan
dan kepentingan Pendidikan Luar dalam KBSR. 2. Huraikan kenyataan Pendidikan Luar Merentasi Kurikulum
PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.
RUJUKAN C. A. Lewis (1975), The Administration of Outdoor Education Programs. Dubuque, IA: Kendall-Hunt D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman (1985), Teaching in the Outdoors, Danville, IL: Interstate D. Prouty, J. Panicucci, & R. Collinson (2007), Adventure Education: Theory and Applications.
Human Kinetics, IL G. Harrison & M. Erpelding (2012), Outdoor Program Administration: Principles and Practices.
Human Kinetics, Champaign, IL K. Gilbertson et.al (2005), Outdoor Education: Method and Strategies. Human Kinetics,
Champaign, IL Modul Pendidikan Luar (1993), Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia
LAMAN WEB
www.en.wikipedia.org/wiki/outdoor www.outdoor.com www.en.wikibooks.org www.about.com www.outdoorrevice.com
Tajuk 2 ETIKA PENDIDIKAN LUAR KESELAMATAN DALAM PENDIDIKAN LUAR, REKREASI DAN KESENGGANGAN
Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi kepentingan etika, peraturan pelaksanaan aktiviti,
keselamatan kawasan dan kemudahan, kemahiran pertolongan cemas, prosedur pelaksanaaan
aktiviti dalam Pendidikan Luar. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai
bahan rujukan.
Hasil Pembelajaran Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:
1. Mengetahui dengan jelas kawasan dan kemudahan yang perlu untuk melaksanakan aktiviti
luar
2. Menjelaskan dengan terperinci berkaitan kemahiran pertolongan cemas
3. Mengetahui prosedur untuk melaksanakan aktiviti Pendidikan Luar Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
2.1 Definisi Etika
Pengertian Etika (Etimologi), berasal dari bahasa Yunani adalah Ethos, yang
bermaksud watak atau adat kebiasaan. Etika biasanya berkait dengan perkataan moral
yang merupakan istilah dari bahasa Latin, iaitu Mos dan dalam bentuk yang
bermaksud adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan
yang baik . Etika adalah suatu cabang falsafah tentang pandangan dan persoalan dalam
bidang moral, ia diungkap dalam bentuk moral seperti baik, buruk, jahat, suci,
memalukan, bertanggungjawab dan sebagainya. Ia juga merupakan suatu penyelidikan
falsafah tentang kewajipan manusia serta tentang yang baik dan yang buruk.
Ringkasnya, etika adalah falsafah tentang amalan dan norma-norma hidup
manusia.[Abd Latif, 157].
2.2 Definisi Pendidikan Luar
Pendidikan luar merupakan salah satu daripada kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang amat menarik dan berkesan dilaksanakan secara efektif dan
berkesan. Pendekatan,pemeringkatan dan pengelolaan dan pengisian aktiviti secara
teori dan praktikal dapat membantu pelajar meneroka pengetahuan dan pengalaman
baru.
Pendidikan luar juga adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang
berasaskan pengalaman nyata (experiential learning) dan secara amnya dijalankan di
luar bilik darjah. (Priest, 1986)
2.3 Etika Pendidikan Luar
2.3.1 .Melalui pendidikan luar, para pelajar dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan
perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Hal ini kerana, pendidikan
luar banyak melibatkan aktiviti-aktiviti yang mencabar yang mana ia dapat meningkatkan
keyakinan yang tinggi dalam diri para pelajar. Selain itu, pera peserta juga akan lebih
berdisiplin ketika melaksanakan pendidikan luar.
2.3.2 Melalui pendidikan luar, para peserta akan mencuba membataskan perkara-
perkara yang boleh dilakukan. Contohnya ingin melengah-lengahkan waktu dalam
membuat aktiviti. Hal ini kerana, aktiviti-aktivti pendidikan luar merupakan aktiviti yang
mencabar serta memerlukan ketelitian para peserta.selain itu, aktiviti-aktiviti tersebut
juga memerlukan jumlah masa yang terhad.
2.3.3 Para peserta akan lebih melaksanakan aktiviti-aktiviti dengan tekun dan cekap.
Aktiviti-aktiviti pendidikan luar memerlukan para peserta memberikan lebih perhatian
pada aktiviti-aktiviti tersebut. Oleh itu, para peserta perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti
dengan lebih tekun dan cekap.
2.3.4 Aktiviti-aktiviti luar juga memerlukan para peserta melaksanakan aktiviti-aktivti
dengan penuh tanggungjawab dan berdisiplin. Jika para peserta melaksanakan aktiviti
dengan tanggungjawab dan berdisiplin, maka aktiviti-aktiviti akan mudah dilakukan.
2.3.5 Pendidikan luar juga mengajar para peserta agar dapat memupuk sikap
bekerjasama dalam diri para peserta. Hal ini kerana, aktiviti-aktiviti pendidikan luar
banyak melibatkan kerja berkumpulan. Oleh itu, melalui pendidikan luar, para peserta
dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti dalam kerja berkumpulan dengan jayanya.
2.4 Peraturan Tetap Pelajar Ketika Menjalankan Aktiviti
Lengkapkan borang kebenaran ibu bapa / penjaga dan serahkan kepada guru.
Berkumpul dalam kumpulan dan tunggu arahan guru.
Pakai baju lengan panjang dan kasut sukan.
Dirikan khemah di kawasan sesuai .
Tabur serbuk belerang di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang
merayap yang berbisa.
Bersihkan kawasan sekeliling khemah.
Jangan tebang dan merosakkan sebarang tumbuhan kerana mungkin beracun.
Ketua kumpulan jalankan aktiviti kumpulan.
Hentikan aktiviti sekiranya terdapat tanda-tanda cuaca buruk berlaku.
Sekiranya diganggu oleh haiwan liar atau kecemasan jangan panik menjeritlah
minta pertolongan kecemasan dengan segera.
Laporkan kepada guru / penyelamat keselamatan.
Sekiranya berterusan, keluar dari kawasan perkhemahan dan dapatkan rawatan
di klinik/hospital berdekatan.
Bawa peralatan yang lengkap dan peti kecemasan.
Dilarang membuat aktiviti di air tanpa kehadiran guru / pegawai bertugas /
penyelamat kelemasan.
Mesti gunakan jaket keselamatan bagi semua aktiviti di air.
2.5 Kawasan dan kemudahan
Dalam melaksanakan aktiviti Pendidikan Luar, aspek keselamatan perlu diberi
keutamaan. Ini bertujuan agar aktiviti yang dilaksanakan dapat menjamin keselamatan
pelajar di samping melancarkan lagi perjalanan aktiviti. Dalam melaksanakan aktiviti,
faktor-faktor berikut perlu diberi perhatian:
o Faktor Keselamatan tempat yang selamat digunakan seperti bebas dari
gangguan orang luar, bebas dari unsur kemalangan seperti tanah runtuh,
serangan binatang buas dan sebagainya.
o Faktor Keselesaan Mempunyai kawasan yang luas dan boleh dibuat
perancangan penempatan.
o Faktor Kemudahan Mempunyai sumber air, mudah dapatkan bekalan
makanan, perhubungan jalanraya dan komunikasi telefon, bantuan
kecemasan dan lain-lain lagi.
Di samping itu, faktor-faktor lain juga adalah penting dan perlu diberi
pertimbangan bagi memastikan pemilihan aktiviti yang akan dilaksanakan adalah
selamat dan dapat memberi keyakinan kepada pelajar serta juga ibu bapa:
Tenaga mahir. ( Personel yang berkelayakan )
o Benar-benar layak dan diikhtiraf oleh badan-badan yang berkaitan.
Bagi aktiviti air perlu ada sekurang-kurangnya pengiktirafan bronze
medallion .
o Beretika
o Berpengalaman luas dalam Pendidikan Luar
o Mempunyai kemahiran teknikal dan kompetensi
o Mempunyai kemahiran terhadap alam sekeliling
o Mempunyai kemahiran pengurusan dan organisasi
o Berkemahiran dalam memberi arahan
Peralatan yang mencukupi dan selamat.
o Berkeadaan baik dan selamat digunakan.
o Disahkan standard piawai contoh aktiviti tali. Peralatan yang
digunakan perlu disahkan standard piawai oleh UIAA ( United
International Association de Alpine )
Keadaan tempat keselamatan tempat yang hendak digunakan.
o Tahu sepenuhnya tentang keadaan tempat aktiviti seperti laut, lereng
bukit dan sebagainya.
o Tahu aras kesukaran kawasan seperti kederasan arus atau
ketinggian bukit.
2.6 Kemahiran Pertolongan Cemas
Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau
sakit. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan.
Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulan
membawakan perbezaan ketara di antara hidup dan mati ataupun antara penyembuhan
keseluruhan atau sebahagian darinya. Pertolongan cemas memiliki batasannya yang
tersendiri kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor,
namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan diperlukan di masa
kecemasan.
Adalah amat penting bagi setiap pengamal pertolongan cemas melaksanakan
tindakan mereka dengan pantas. Tindakan segera ini adalah perlu untuk
menyelamatkan nyawa dan anggota tubuh badan. Mereka yang memberikan
pertolongan cemas sentiasa berusaha ke arah:
o Menyelamatkan nyawa mangsa
o Mengelakkan komplikasi atau keadaan dari menjadi bertambah buruk
o Membantu pemulihan
o Menenangkan perasaan mangsa dengan membuatkan mereka berasa
selesa dan memulihkan kesakitan
Prinsip-prinsip pertolongan cemas
o Menyelamatkan nyawa
o Mengurangkan kesakitan
o Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
o Mendapatkan bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
Peraturan am pertolongan cemas
o Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu
o Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar perlu menjaga terutama
pernafasan pesakit tersebut
o Jangan menanggalkan pakaian pesakit cukup sekadar melonggarkannya
sahaja dengan tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan
pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa
o Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital
o Tindakan serta merta pertolongan cemas
o Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik
o Memberikan rawatan renjatan dengan segera
o Cuba memberhentikan darah jika mengsa berdarah
o Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna
Mereka yang memberikan pertolongan cemas mestilah tahu apa yang perlu
dilakukan dalam keadaan kecemasan. Kesilapan dalam memberikan rawatan boleh
memburukkan lagi keadaan mangsa.
Arahan am untuk memberi bantu mula
o Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang
berhampiran untuk membuat panggilan polis, ambulans, keluarga dll.
o Bertindak berdasar DRABC (Danger Response Airways Breathing
Circulation) iaitu:
I. Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya (D)
II. Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau
bertanya dengannya jika mangsa sedar. (R)
III. Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersumbat -
jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang
selesa (A)
IV. Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air
Resuscitation (B)
V. Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher
(C), jika tidak lakukan CPR (Cardio Pulmponary Resuscitation
2.7 Teknik-Teknik Rawatan Pertolongan Cemas
Luka/Pendarahan
o Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan
berhenti
o Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan
ke atas kawasan yang luka
o Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari
jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE.
o Tenangkan mangsa.
o Hantar mangsa dengan segera ke hospital.
Keracunan
Tanda-tanda:
1. Maklumat dari mangsa
2. Mangsa sakit dengan tiba-tiba
3. Kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir
4. Anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.
Rawatan:
1. Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan
tiada tanda-tanda sawan. JANGAN beri minuman jika mangsa muntah.
2. Simpan bekas racun bagi tujuan analisis.
3. Segera hubungi hospital
4. Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau
Terbakar
Klasifikasi terbakar
1. First Degree - dipermukaan kulit sahaja
o Kemerah-merahan atau hilang warna
o Bengkak sedikit dan rasa sakit
o Cepat sembuh
2. Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf
o Merah
o Ada tanda-tanda gelembung [blisters]
o Bengkak yang nyata [beberapa hari]
o Kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang
rosak.
3. Third Degree
o Kerosakan tisu lebih dalam
o Kemusnahan pada lapisan kulit luar
o Tisu-tisu dalam dapat dilihat.
Rawatan :
1. Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk
2. Tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih
3. Baringkan mangsa
4. Jangan gerakkan bahagian yang terbakar
5. Beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar
6. Hantar segera ke hospital
Melecur
Rawatan :
1. Sejukkan dengan air sejuk
2. Jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian
3. Rawat seperti mangsa terbakar
Kejutan Elektrik
Rawatan:
1. Putuskan hubungan elektrik
2. Periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan jika pernafasan mangsa
terhenti
3. Rawat bagi terbakar jika ada
Terseliuh
Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen
tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta
lutut.
Rawatan: RICE
1. Rehatkan kawasan yang cedera (Rest)
2. Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera (Ice)
3. Balut tempat yang cedera (Compression)
4. Tinggikan tempat cedera dari paras jantung (Elevation)
5. Hantar ke hospital
Ketegangan Otot
Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau
mengangkat benda yang berat.
Tanda tanda:
sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak.
Rawatan: RICE
1. Rehatkan kawasan yang cedera (Rest)
2. Letakkan ais yang telah dibungkus di dalam kain ke tempat cedera (Ice)
3. Balut tempat yang cedera (Compression)
4. Tinggikan tempat cedera dari paras jantung (Elevation)
5. Hantar ke hospital
Terkehel
Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya.
Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang.
Tanda-tanda:
Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut.
Rawatan:
1. Berikan rawatan renjatan.
2. Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal.
3. Jangan lakukan banyak pergerakan.
4. Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera.
5. Hantar segera ke hospital.
TOTAPS
TALK - Bercakap dengan mangsa untuk
menenangkannya
OBSERVE Pemerhatian bagi memastikan
tanda-tanda kecederaan dan
tindak balas
TOUCH Sentuh bagi memastikan
tahapkesakitan dan tekstur
kecederaan
ACTIVE Pergerakan aktif dilakukan oleh
mangsa itu sendiri
PASSIVE Pergerakan pasif yang
dilakukan dengan bantuan pembantu mula
SKILL TEST Menguji kemahiran sebelum dan
selepas rawatan
RICE
Rawatan menggunakan teknik RICE sesuai digunakan untuk kecederaan seperti patah,
retak, terseliuh, dislokasi dan kontusi.
Tindakan awal ini diberikan untuk tujuan berikut:
o Mencegah tisu-tisu lembut lain daripada mengalami kecederaan.
o Mengurangkan kesakitan yang dialami.
o Mengurangkan dan menurunkan bengkak.
o Mengekalkan kecergasan sementara bahagian kecederaan yang cedera.
o Mengembalikan keyakinan mangsa terhadap bahagian yang cedera.
o Mencegah berlaku semula kecederaan yang sama.
REST setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Sebarang
pergerakan yang diteruskan ditempat yang cedera akan mengakibatkan pengaliran
darah meningkat atau berterusan dan ini akan memburukkan lagi kecederaan
ICE ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera.
Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan
benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan
ice-burn dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini
menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat
memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.
COMPRESSION Balutkan pada bahagian yang mengalami kecederaan untuk
mengelakkan bengkak yang keterlaluan
ELEVATION meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan
mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan
pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi
daripada paras jantung.
CPR (Cardio Pulmonary Resusctitation)
Ia merupakan teknik menyelamatkan nyawa yang digunakan sewaktu
kecemasan apabila mangsa tidak bernafas dan nadi mangsa sudah tidak berdenyut. Ia
merupakan kombinasi bantuan pernafasan dan penekanan dada di bahagian luar.
Dengan bernafas untuk mangsa dan memastikan darah mangsa masih lagi dibekalkan
ke seluruh tubuh, penyelamat boleh mengekalkan mangsa yang terhenti jantungnya
untuk terus hidup sehingga bantuan perubatan tiba. Jika CPR tidak dilaksanakan,
peluang mangsa untuk terus hidup akan menurun dengan banyaknya selepas 5 minit
pertama. Terdapat dua jenis CPR iaitu :-
o CPR tanpa pembantu
o CPR dengan pembantu
2.8 Prosedur Pelaksanaan Aktiviti
Pengelolaan aktiviti Pendidikan Luar akan dapat dilaksanakan dengan jayanya
sekiranya aspek-aspek pelaksanaan diutamakan. Ini merupakan langkah keselamatan
kepada pengelola dan juga pelajar agar aktiviti dapat berjalan dengan lancar tanpa
sebarang masalah. Prosedur pelaksanaan aktiviti Pendidikan Luar dibahagikan kepada
tiga fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas.
Sebelum
o Kebenaran mengadakan perkhemahan mestilah diperolehi dengan
mengemukakan permohonan bertulis mengikut ketentuan kawasan berikut:
o Dalam kawasan sekolah {kelulusan Guru Besar / Pengetua}
o Dalam daerah di luar kawasan sekolah {kelulusan Pegawai
Pendidikan Negeri}
o Dalam negeri tetapi di luar daerah / luar negeri {kelulusan Pengarah
Pendidikan Negeri};
o Luar negara {kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri}.
Setiap permohonan perlulah disertakan dengan dokumen-dokumen
sokongan yang berikut :
o Kertas cadangan pelaksanaan perkhemahan
o Senarai nama pelajar dan guru pengiring
o Senarai nama jurulatih yang akan memimpin dan menyelia
Perkhemahan.
o Senarai tugas jawatankuasa pelaksanaan.
o Jadual aktiviti perkhemahan.
o Perlantikan dan mesyuarat Jawatankuasa Induk serta
Pelaksanaan.(Rujuk SP Bil 24/1998)
o Jika perkhemahan dibuat di luar kawasan sekolah yang melibatkan
pengangkutan, pihak tuan dikehendaki memohon kebenaran mengadakan
lawatan kepada Pengarah Pendidikan Negeri (u.p. Unit Perhubungan dan
Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah) dengan mematuhi The Schools
(Tours) Regulations, 1957 dengan menyertakan bersama salinan surat
kebenaran perkhemahan daripada Unit Kokurikulum, Sektor Pengurusan
Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri.
o Pihak penganjur perkhemahan mestilah melantik secara bertulis sekurang-
kurangnya seorang jurulatih bertauliah yang berkelayakan dan berkemahiran
untuk memimpin serta menyelia program perkhemahan yang akan
dijalankan. Suatu perjanjian persefahaman perlu dibuat antara pihak
penganjur dengan jurulatih yang dilantik itu (Rujuk para 3E, SPI Bil. 24/1998).
o Pemberitahuan mengenai perkhemahan yang akan dijalankan mestilah
dikemukakan kepada:
o Balai Polis yang paling hampir dengan lokasi perkhemahan.
o Balai Bomba dan Penyelamat yang paling hampir dengan lokasi
perkhemahan.
o Pejabat/Pusat Kesihatan yang paling hampir dengan lokasi
perkhemahan.
o Pejabat Pentadbiran / Pejabat Penghulu yang paling hampir dengan
lokasi perkhemahan.
o Penyertaan murid dalam setiap perkhemahan mestilah atas kerelaan dan
kesanggupan sendiri dengan mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa
atau penjaga masing-masing.
o Setiap peserta yang akan menyertai sesuatu perkhemahan mestilah sihat,
bersedia dan telah menjalani latihan-latihan asas yang berkaitan. Kejayaan
menjalani latihan-latihan asas ini mestilah dijadikan prasyarat kepada
peserta.
o Membuat tinjauan lebih awal bagi memastikan lokasi tapak perkhemahan
mestilah sesuai dan terjamin keselamatannya dari segi:
o Gangguan binatang buas dan haiwan berbisa.
o Hakisan atau tanah runtuh.
o Banjir.
o Ribut atau gelombang besar.
o Wabak penyakit.
o Kemalangan di luar jangkaan seperti pokok tumbang, dahan jatuh dan
sebagainya.
o Mestilah mendapatkan kebenaran tuan tanah atau atau kem warden secara
bertulis.
o Mendapat kelulusan daripada jabatan perhutanan atau perhilitan (
bergantung di mana tempat program diadakan )
o Menetapkan masa atau tarikh bagi sesuatu aktiviti.
o Membuat laporan kepada pihak polis berkenaan dengan tarikh, tempat dan
bilangan ahli kumpulan.
o Memaklumkan kepada pemimpin tentang tarikh, tempat dan bilangan ahli
kumpulan.
o Memastikan peralatan perubatan dan peralatan mencukupi sebelum aktiviti
diadakan.
Semasa
o Taklimat awal mengenai aktiviti-aktiviti, peraturan dan langkah-langkah
keselamatan perlu diambil semasa perkhemahan, mestilah diberikan kepada
semua peserta.
o Penyertaan murid mestilah disertai oleh guru-guru pengiring yang dilantik
secara bertulis oleh Pengetua atau Guru Besar. Guru tersebut diberi kuasa
secara bertulis untuk mengawal dan menyelia keselamatan, disiplin dan
kebajikan murid sepanjang tempoh perkhemahan.
o Melaporkan kepada pihak polis sekiranya berlaku perkara yang tidak
sepatutnya berlaku.
o Semua peserta mestilah mengetahui peraturan aktiviti seperti sentiasa
berpakaian kemas dan mengikut arahan ketua.
o Menubuhkan satu unit pasukan pertolongan cemas untuk bertanggungjawab
sekiranya berlaku kecederaan kecil.
o Sentiasa membuat laporan kepada ketua kumpulan dari semasa ke semasa
o Tahu peranan masing-masing misalnya pandai membaca arah angin, pandai
menggunakan kompas dan peralatan perubatan.
o Pastikan segala alatan seperti pisau, parang, kapak, bahan api dan lain-lain
berada di dalam keadaan baik dan selamat semasa aktiviti.
o Peserta hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri, kebersihan makanan
dan kebersihan alam sekeliling di kawasan aktiviti
o Sentiasa menggunakan sistem panggilan nombor bagi menentukan
kehadiran penuh peserta dari semasa ke semasa.
Selepas
o Membuat laporan keseluruhan tentang aktiviti yang dijalankan seperti
kepada pihak polis, jabatan perhutanan, kem komandan atau pengarah.
o Pastikan semua tempat atau kawasan aktiviti bersih sebelum ditinggalkan.
o Pastikan tiada peralatan dan barang-barang yang penting tidak tertinggal di
kawasan aktiviti.
o Pastikan bilangan peserta mencukupi sebagaimana jumlah yang asal.
TUGASAN TERARAH 1. Sebagai pengelola aktiviti Pendidikan Luar, jelaskan prosedur
yang perlu dilakukan untuk melaksanakan program
Pendidikan Luar .
RUJUKAN Phyllis Ford (1981), Principles and Practices of Outdoor / Environmental
Education. New York: Wiley C. A. Lewis (1975), The Administration of Outdoor Education Programs.
Dubuque, IA: Kendall-Hunt D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman (1985),
Teaching in the Outdoors, Danville, IL: Interstate)
Pertolongan Cemas: Panduan Menyelamatkan Nyawa Insan Tersayang: Shuth Network Sdn. Bhd. Bangi
PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.
LAMAN WEB www.en.wikipedia.org/wiki/outdoor www.askaboutsports.com www.divepilot.com www.en.wikibooks.org www.amazon.com www.pertolongancemas.com
Tajuk 3 PENDIDIKAN KONSERVASI DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN LUAR, REKREASI DAN KESENGGANGAN
Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep, prinsip dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam Pendidikan Konservasi, prosedur penilaian, pembinaan spesifikasi dan
rubrik penilaian dalam Pendidikan Luar, rekreasi dan kesenggangan. Modul ini juga dibekalkan
dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.
Hasil Pembelajaran
Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:
3. Mengaplikasikan pelbagai kaedah untuk memantau dan menaksir pengetahuan dan
kemahiran.
4. Membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjana idea baru untuk
penambahbaikan yang berterusan.
3. Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai dalam teori dalam kehidupan
seharian.
Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
3.0 Pengenalan
Program Pendidikan Luar ialah salah satu komponen kurikulum bagi mata pelajaran
pengkhususan Pendidikan Jasmani (Major), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sek. Ren.
Penilaian program Pendidikan Luar ini merangkumi aktiviti yang dilaksanakan di dua
lokasi utama iaitu aktiviti air dan aktiviti di darat. Adalah diharapkan program yang
dirancang ini akan dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman yang bermakna, di
samping membantu guru pelatih membentuk serta membina ciri-ciri insan guru seperti
yang terdapat dalam misi dan visi Pendidikan Guru.
3.1 Matlamat
Program ini membekalkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran di samping
mengamati, menikmati dan menghargai serta mensyukuri alam ciptaan Ilahi. Ia juga akan
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran menyeluruh di samping memperkayakan
kurikulum dan aktiviti kokurikulum.
3.2 Objektif
3.2.1 Domain Kognitif
Menambahkan pengetahuan sedia ada serta dapat mempelajari
aspek-aspek yang baru dari segi teori dan praktikal.
Mengenalpasti dengan lebih mendalam ciri-ciri adaptasi flora dan
fauna serta mengkaji bagaimana manusia dan alam semulajadi bergantung
antara satu sama lain.
Peluang untuk melatih dan membuat keputusan rasional berasaskan
pengetahuan diri, pengalaman dan situasi semasa.
Mengasah dan mempertajamkan peluang kemahiran berfikir di
kalangan guru-guru pelatih.
3.2.2 Domain Psikomotor
Mempelajari kemahiran baru bagi memantapkan diri dengan pelbagai
kebolehan untuk menjadi guru yang berwibawa.
Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam
mengendalikan aktiviti-aktiviti kegiatan luar seperti mendirikan khemah,
berkayak, menuruni cerun curam dan keselamatan di air di samping menghadapi
cabaran alam dan penghuninya.
Mempraktikkan segala teori yang dipelajari.
3.2.3 Domain Afektif
Menanamkan nilai-nilai murni seperti patuh kepada arahan,
bertanggungjawab, bekerjasama dan saling mempercayai antara satu sama lain.
Memupuk perasaan cinta terhadap alam semula jadi.
Memupuk kualiti diri yang positif seperti berkeyakinan, bertimbang
rasa, mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang berketrampilan dan sebagainya.
Memperlihatkan peranan guru-guru pelatih sebagai insan yang boleh
diteladani dan sebagai penggerak masyarakat.
3.3 Pendidikan Konservasi
Menurut kamus dewan konverservasi didefnisikan sebagai menjaga, memelihara
sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan. Pendidikan ditakrifkan sebagai
kaedah mendidik untuk membentuk perubahaan dalam pemikiran dan cara hidup. Kita
juga perlu memahami apa yang dikenali sebagai alam semulajadi dan apa pendidikan
alam semulajadi. Alam semulajadi boleh diertikan sebagai alam ciptaan tuhan yang
meliputi aspek yang terdapat di sekeliling manusia yang wujud secara semulajadi. Alam
semulajadi boleh dilihat sebagai semua komponen semulajadi di mana semua hidupan
tinggal dan berinteraksi antara satu sama lain dalam keseimbangan.
Oleh itu pendidikan konservasi dilihat salah satui usaha bagi memberikan kesedaran
kepada pelajar untuk menjaga dan memelihara hak daripada rosak atau dimusnahkan.
Pendidikan konverservasi yang disebatikan dalam Pendidikan Luar lebih menekan
kepada nilai murni yang berperanan menjaga dan memelihara alam semula jadi.
Dengan kata lain, pendidikan konservasi dalam Pendidikan Luar banyak tertumpu
kepada nilai-nilai yang perlu dalam menjaga alam semulajadi. Pendidikan konservasi
merupakan salah satu strategi yang berkesan bagi meningkatkan kesedaran individu
dan masyarakat terhadap pentingnya pendidikan alam sekitar.
Pelaksanaan pendidikan konservasi di sekolah dapat membentuk warganegara yang
bertanggung jawab terhadap alam sekitar dan mempunyai komitmen terhadap usaha
memelihara kehidupan yang seimbang.
3.4 Pendidikan Konservasi Dalam Pendidikan Luar.
Isu alam sekitar merupakan isu yang sentiasa hangat dan mendapat perhatian bukan
sahaja oleh NGO, media malah oleh kerajaan. Memandangkan keperluan dan kepentingan
sejagat pendidikan konservasi amat perlu diserapkan dalam pendidikan bagi membentuk
kesedaran yang berterusan di dalam jiwa masyarakat dunia ini. Berdasarkan faktor ini
pendidikan konservasi telah menjadi elemen yang amat penting dalam Pendidikan Luar
dewasa ini.
Pendidikan konservasi membolehkan peserta program Pendidikan Luar menghayati
kepentingan alam sekitar. Pendidikan ini juga dilihat akan dapat menyemai kesedaran untuk
memelihara dan memulihkan alam sekitar bertujuan mengelakkan malapetaka alam sekitar.
Kejadian seperti tanah runtuh, banjir lumpur, banjir kilat dan lain-lain bencana alam sekitar
dapat dielak sekiranya alam sekitar dapat dijaga dan dipelihara dengan sempurna.
3.5 Objektif Pendidikan Konservasi
Berikut adalah objektif pendidikan konservasi iaitu:
i. Kesedaran
Dapat membentuk kesedaran kepada individu dan masyarakat terhadap alam
semulajadi
ii. Pengetahuan
Memberi pengetahuan asas tentang kepentingan serta masalah dan krisis alam
semula jadi. Kesemua ini di harap akan melahirkan masyarakat yang
bertanggungjawab
iii. Sikap
Melahirkan individu yang mempunyai sikap sayangkan alam semulajadi serta
bertindak dengan proaktif untuk memelihara alam semula jadi
iv. Kemahiran
Dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai kemahiran untuk memelihara
alam semula jadi. Kemahiran amat perlu dalam menyelesaikan masalah alam
sekitar.
v. Kebolehan menilai
Membantu individu dan masyarakat supaya dapat menilai dan mengambil kira
faktor sekitaran dalam semua tindakan.
vi. Berkerjasama
Dapat melahirkan masyarakat yang sentias berkerjasama dan bertanggungjawap
dalam menghadapi isu dan krisis yang berkaitan dengan alam sekitar
(UNESCO 1976)
3.6 Prinsip konservasi dalam Pendidikan Luar
Prinsip konservasi dalam Pendidikan Luar adalah untuk memberi kesedaran pendidikan
alam sekitar dalam semua aspek serta memupuk nilai:
Prinsip rendah diri.
Kita perlu tanamkan perasaan rendah diri tentang kebesaran pencipta di dalam
jiwa.
Perasaan rendah diri akan mewujudkan perasaan bersyukur atas kurnia Nya.
Menyedari kelemahan diri kita sebagai manusia, kita tidak mampu mencipta alam
semulajadi oleh itu sebagai khalifah kita perlu memelihara alam sekitar.
Prinsip Bekerjasama
Sebagai pendidik kita perlu memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan dan
seterusnya dapat menyelesaikan masalah alam semulajadi dan alam sekitar
dengan jayanya
Kita juga perlu merangsang sikap bekerjasama di dalam diri pelajar agar mereka
bersungguh sungguh melakukan sesuatu kerja memelihara dan memulihkan
alam sekitar contohnya aktiviti gotong royong di kawasan perkhemahan di akhir
program
Prinsip menghormati alam sekitar.
Menghormati alam semulajadi yang terdapat di bumi kita sebagai benda hidup
dengan memelihara alam sekitar.
Prinsip Kehidupan seimbang.
Sentiasa mengimbang antara keperluan ekonomi dengan alam sekitar
Membentuk kehidupan dan cara hidup yang seimbang terhadap alam sekitar
Prinsip mementingkan kemapanan ekosistem.
Mementingkan kemampanan ekosisitem dengan tidak menggangu sistem ekosistem
semulajadi
Sensetif terhadap kemusnahan ekosistem serta mencegah gangguan ekosistem
daripada pelbagai pihak
Prinsip mengekalkan kehidupan liar dan kepelbagaian hidup.
Kita seharusnya mengekalkan kehidupan flora dan fauna di habitatnya tanpa
mengalih ke tempat lain.
Kita mesti memegang teguh prinsip melihat tanpa mengganggu dalam aktiviti
yang dijalankan dan kehidupan seharian.
Prinsip kerosakan minima.
Sentiasa cuba mengurangkan kerosakan alam sekitar dengan mengunakan
ketika perlu saja
Sentiasa memikirkan cara atau corak hidup altenatif lain sebelum menggunakan
atau menggangu alam sekitar
Prinsip perubahan berterusan.
Kita seharusnya bersedia dan sentiasa memikirkan perubahan yang ke arah
menjaga alam sekitar
Kita seharusnya dapat membentuk perubahan yang berterusan ke arah
memulihkan alam sekitar
Prinsip ekonomi bukanlah segala-galanya.
Menanamkan kesedaran dalam diri kita bahawa sekiranya kita memusnahkan
alam sekitar, kita akan dapati keuntungan hari ini ialah kerugian besar pada
esok hari
Kita seharusnya sedar bahawa alam semula jadi tidak boleh dibina atau dibeli
dengan wang ringgit
Prinsip mengikut hak mereka yang belum lahir atau hak generasi akan datang.
Kita patut menyedari alam semulajadi adalah pusaka yang amat berharga tinggalan
nenek moyang kita.
Kita diberi amanah untuk memelihara alam sekitar
Tanamkan kesedaran pada diri kita generasi akan datang berhak merasakan nikmat
alam semulajadi
Prinsip tanggungjawab setiap individu.
Kita perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama di dalam penjagaan alam
semulajadi
Kita perlu memupuk diri kita agar sentiasa prihatin dan bertanggungjawab di
dalam pengurusan hutan dan menjagai alam sekitar dengan baik
Jangan sekali-kali kita merosakkan papan kenyataan di dalam hutan, taman dan
sebagainya
Prinsip kesederhanaan
Kita perlu bersederhana dalam mengunakan hasil alam semula jadi tanpa membazir
Kita perlu bersederhana dalam mengendalikan pembangunan yang membabitkan
alam sekitar
Prinsip perlindungan dan pemulihan ekosistem.
Kita perlu sentiasa bersedia untuk melindungi ekosistem daripada penjenayah
alam sekitar
Kita perlu sentiasa berusaha untuk memulih ekosistem daripada kemusnahan
alam sekitar
Prinsip etika melebihi hukum.
Sebagai pendidikan kita perlu menyelesaikan masalah alam sekitar secara etika dan
berdisplin (etika dan disiplin adalah lebih bermakna berbanding dengan
hukuman)
Pendidikan konservasi perlu bertujuan membina bangsa yang beretika dan
berdisplin
Prinsip mengalami dan menghayati
Kita perlu menghayati alam sekitar dengan cara menyertai aktiviti-aktiviti
berlandaskan alam sekitar
Kita perlu menyertai dan mengalami sendiri usaha dalam memulih dan menjaga
alam sekitar
Prinsip mencintai persekitaran.
Kita perlu mencintai hutan dengan tidak sewenang-wenang memusnahkannya
Kita amat perlu melindungi alam semulajadi
Menyayangi binatang dan tumbuhan.
Memelihara hutan dan persekitaran untuk kesejahteraan hidup.
Sikap Menghargai
Memupuk sikap menghargai hutan hasil dengan mengganggap sebagai khazanah
yang paling berharga
Menikmati keindahan alam sekitar dan seterusnya menyedari akan kepentingan
alam semulajadi.
Menghargai pemberian Tuhan yang memberikan kita peluang menikmati keindahan
hutan yang hijau yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.
Menghargai hidupan di persekitaran kita.
Berani
Kita perlu bersedia dan sanggup dan bersedia pada bila-bila masa untuk melakukan
sebarang aktiviti pencegahan
Kita perlu tabah menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang terhadap
pemeliharaan alam sekitar
3.7 Penilaian dalam Pendidikan Luar
Penilaian ialah satu prinsip untuk mengukur pencapaian secara sistematik (Robiah
Sidin 1992). Menurut Cozby, P.C (2001), bagi menjamin satu program berjalan dengan
lancar dan mencapai objektif, penilaian memainkan peranan yang penting.
Kita perlu membuat penilaian terhadap sesuatu program kerana keberkesanan sesuatu
program akan diketahui setelah penilaian. Terdapat dua bentuk penilaian yang selalu
dilakukan iaitu:
i. Penilaian berdasarkan pencapaian individu dalam satu program
ii. Penilaian berdasarkan persepsi pelajar dalam satu program
3.7.1 Penilaian Individu
Penilaian individu dilihat dari pencapaian keupayaan pelajar dalam menguasai elemen
yang menjadi objektif pendidikan luar. Pelajar akan dinilai oleh jurulatih dan fasilitator
dalam setiap aktiviti Pendidikan Luar berdasarkan tiga elemen iaitu:
Elemen Psikomotor
Elemen psikomotor merupakan satu komponen yang dinilai oleh jurulatih dalam
aktiviti fizikal. Elemen ini berkaitan dengan kepantasan, kelenturan, daya tahan,
koordinasi saraf otot dan imbangan. Kesemua ini merupakan komponen yang
amat penting diterapkan dalam penguasaan kemahiran psikomotor dan
kecergasan murid.
Elemen Kognitif
Bagi elemen ini pula ianya bertumpu kepada tahap kefahaman dan pengetahuan
peserta kursus dalam kesemua bab dalam aktiviti Pendidikan Luar. Ujian elemen
kognatif mungkin boleh diserapkan dengan jelas ketika menjalani aktiviti
pendidikan alam sekitar atau latihan dalam kumpulan. Fasilitator perlu menilai
dari aspek kefahaman dan pengetahuan peserta kursus ketika mereka sedang
melaksanakan sesuatu bidang kemahiran. Murid juga perlu diterap dan dilatih
untuk mentafsir, mengguna dan melaksanakan kemahiran berdasarkan teknik-
teknik yang telah diajar. Peserta mula mempraktikkan dan mengaplikasikan
sesuatu kemahiran kefahaman dan tahap pengetahuan yang sedia ada pada
keupayaan ini boleh dijadikan alat untuk mengukur komponen kognitif.
Elemen Afektif
Mengukur pencapaian pelajar dari segi sikap dan nilai memerlukan pungutan
data dari pelbagai cara. Cara ini merangkumi pemerhatian tingkah laku pelajar
sewaktu mereka terlibat dalam aktiviti tertentu, mendengar komen mereka dan
meminta mereka untuk mengisi soal selidik.
3.8 Penilaian Pelaksanaan Amali Pendidikan Luar
Alat penilaian yang di gunakan untuk penilaian elemen afektif ialah:
i. Senarai semak, pemerhatian, tingkah laku pelajar-pelajar
ii. Rekod-rekod anekdot
iii. Temu duga
iv. Soal selidik aneka pilihan
v. Skala pemerhatian
3.8.1 Penilaian Program
Untuk mengumpul maklumat bagi membantu menilai prestasi pelaksanaan program
Pendidikan Luar kita perlu melaksanakan proses penilaian program. Kesemua ini akan
program yang akan datang dijalankan secara lebih berkesan di masa hadapan. Proses
penilaian program Pendidikan Luar melibatkan peserta kursus dengan menggunakan
instrumen soal selidik atau temu bual.
3.8.2 Analisis Keberkesanan Program
Data yang didapati dari soal selidik atau pemarkahan adalah meru