Modul KPS 2 _bhg isi_

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    1/55

    MODUL

    Kemahiran Proses Sains(KPS)

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    2/55

     Modul KPS

    2

    PANDUAN GURU

    1. Modul KPS ini disediakan khas untuk murid-murid dan guru-guru Sains di

    sekolah rendah.

    2. Modul ini merangkumi penerangan tentang semua elemen biasa atau

    elemen asas dalam KPS sekolah rendah iaitu;

    i. Tujuan eksperimen (aim of investigation)

    ii. Pemerhatian (observation)

    iii. Inferens (inference)

    iv. Pembolehubah (variables)

    •  Pembolehubah dimalarkan (constant variable, what to keep

    the same)

    •  Pembolehubah dimanipulasikan (manipulated variable,

    what to change) 

    •  Pembolehubah bergerakbalas (responding variable, what

    to observe) 

    v. Pola, corak (trend )

    vi. Hipotesis (hypothesis)

    vii. Ramalan ( prediction)

    viii. Kesimpulan (conclusion)

    3. Guru-guru Sains boleh menggunakan modul ini sebagai tambahan kepada

    bahan-bahan KPS sedia ada.

    4. Guru-guru Sains diharap dapat memahami semua kandungan dalam

    modul KPS untuk digunakan semasa penerangan konsep KPS di dalam

    kelas.

    5. Setiap elemen dalam modul KPS ini dihurai dan dijelaskan secara

    terperinci menggunakan ayat-ayat mudah untuk membantu pemahaman

    konsep KPS.

    6. Modul KPS ini boleh digunakan semasa penerangan konsep KPS dalam

    kelas.

    7. Guru boleh menyalin / fotostat elemen-elemen yang hendak diajar /

    diterangkan dan diedar kepada setiap murid.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    3/55

     Modul KPS

    3

    8. Untuk meningkatkan kebolehpercayaan keberkesanan modul ini, guru

    Sains perlu menyimpan rekod tentang prestasi murid dalam Sains

    sebelum dan selepas penggunaan modul.

    9. Laporan prestasi murid dalam Sains haruslah diserahkan kepada pihak

    sekolah/Guru Besar setiap kali selepas ujian atau peperiksaan dijalankan.

    Cara Menggunakan Modul

    Berikut dicadangkan cara menggunakan modul ini dengan lebih

    berkesan. Ini penting agar guru dan juga murid-murid mendapat hasil yang

    maksima daripada penggunaan modul KPS ini. Bagaimanapun, guru-guru

    adalah bebas menggunakannya dengan cara apa sekalipun mengikut

    kesesuaian masing-masing.

    1. Peruntukkan masa untuk menerangkan dan membincangkan teknik

    menjawab soalan bahagian B Sains di dalam kelas.

    2. Ambil mana-mana soalan bahagian B Sains dan bincangkannya sambil

    menggunakan modul KPS ini.

    3. Untuk lebih mudah, fotostat modul KPS ini dan edarkan kepada semua

    murid sambil menggunakan LCD semasa penerangan dan perbincangan.

    4. Untuk setiap elemen KPS yang disoal, minta murid rujuk modul KPS untuk

    mengetahui bagaimana menjawabnya. Dengan penerangan yang

    terperinci dalam modul, diyakini murid-murid dengan mudah akan dapat

    mencari ayat-ayat jawapan yang betul atau hampir betul.

    5. Untuk lebih berkesan lagi, cuba gunakan soalan-soalan Sains yang

    pernah digunakan dalam peperiksaan UPSR sebelum ini. Ini bertujuan

    untuk membiasakan murid-murid terhadap bentuk-bentuk soalan yang

    mungkin akan keluar.

    6. Sudah tentu setiap soalan Sains UPSR tidak menyentuh kesemua elemen

    KPS. Bagaimanapun, guru diharap untuk lebih kreatif mencipta,

    menambah, menghasil dan mengemukakan soalan-soalan yang

    menyentuh elemen-elemen KPS yang tiada atau tidak jelas.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    4/55

     Modul KPS

    4

    7. Lakukan perbincangan KPS ini selalu sambil merujuk kepada modul KPS.

    Perbincangan dan latihan yang berterusan akan menambah kefahaman

    murid dan memahirkan mereka dalam teknik menjawab soalan-soalan

    bahagian B Sains.

    * Sebagai makluman, KPS yang diterangkan di sini merupakan asas kepada

    KPS di peringkat sekolah menengah. Kegagalan menguasai KPS di peringkat

    sekolah rendah akan memberi masalah kepada murid-murid dalam

    mempelajari Sains yang lebih tinggi atau mendalam di sekolah menengah

    nanti .

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    5/55

     Modul KPS

    5

    KPS: TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS (BAHAGIAN B)

    JENIS SOALAN (Types of Question)

    Sedar atau tidak, soalan-soalan dalam kertas bahagian B Sains

    sebenarnya mempunyai ’bentuk’ atau ’jenis’ tertentu. Jenis ini tiadaditerangkan di mana-mana buku rujukan atau buku teks sekolah. Nama jenis-

     jenis soalan ini sengaja saya wujudkan (dibuat-buat) untuk membezakan

     jenis-jenis soalan tersebut agar mudah untuk difahami, seterusnya mudah

    untuk menentukan jawapan yang sesuai.

    Kenapa perlu tahu jenis-jenis soalan?  Mungkin ada yang tertanya-

    tanya kenapa kita perlu tahu jenis-jenis soalan. Sebenarnya, jenis soalan

    yang berlainan akan memerlukan bentuk jawapan yang berlainan. Ini pentingkhasnya ketika menjawab soalan tujuan eksperimen (aim of investigation),

    hipotesis (hypothesis) dan kesimpulan (conclusion). Penggunaan bentuk

     jawapan pada jenis soalan yang tidak betul akan menyebabkan jawapan

    salah. Hal ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut nanti.

     Atas sebab itu, kita mesti cuba memahami apakah jenis sesuatu

    soalan itu. Idea ini telah saya gunakan selama beberapa tahun dan ia

    berkesan. Jenis-jenis soalan adalah;

    1. Soalan Terus (ST) –direct question 

    2. Soalan Perhubungan (SP) –relationship question 

    3. Kedua-dua Jenis Soalan (KJS) –both types questions 

      Perlu diingat, nama jenis-jenis soalan di atas hanya dibuat-buat untuk

    memudahkan perbandingan dan pembezaan soalan.

      Bagaimanapun, hanya jenis ST  dan SP  sahaja yang akan diterangkan

    secara terperinci dalam modul ini kerana apabila kita mahir menentukan

    kedua-dua jenis soalan ini, secara tidak langsung anda telah mahir semua

     jenis soalan. Ini disebabkan kebanyakan soalan Sains bahagian B adalah

     jenis ST atau SP.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    6/55

     Modul KPS

    6

    a) Soalan Terus (ST) – Direct Question

    Gambarajah 1

    Untuk ST  (soalan terus), aktiviti atau perbuatan yang dilakukan dalam

    eksperimen adalah TIDAK SAMA. Sebagai contoh, dalam gambarajah 1 diatas, tumbuhan A diberi air manakala tumbuhan B tidak diberi air .

    Seperti yang disebutkan, aktiviti atau perbuatan adalah tidak sama. Dalam

    gambarajah 1 di atas, tumbuhan A diberi air manakala tumbuhan B tidak

    diberi air. Jadi ini adalah ST  (ingat perkara ini kerana ia akan berguna

    semasa memilih ayat untuk jawapan).

    Soalan jenis ST  ini kadang-kadang disebut soalan jenis  bukan ‘trend ’ 

    atau bukan pola. Ciri-ciri soalan jenis ini ialah;

    i. Tiada ciri-ciri data menaik atau menurun / bertambah atau berkurang.

    ii. Biasanya tidak melibatkan perbandingan yang banyak.

    iii. Kadang-kadang satu bahagian ’ada’ manakala satu lagi ’tiada’ (seperti

    tumbuhan diberi air dengan tidak diberi air).

    iv. Kadang-kadang satu ’mati’ manakala yang satu lagi masih hidup

    (seperti tumbuhan yang diberi air masih hidup manakala yang tidak

    diberi air layu/mati).

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    7/55

     Modul KPS

    7

    Contoh soalan jenis terus:Dalam satu eksperimen, seorang murid menggantungkan pemberat yangmempunyai berat yang sama pada tali rafia dan tiub getah yang telahdipotong seperti dalam rajah di bawah.

    * Eksperimen ini adalah berkenaan dengan sifat kekenyalan objek. Dalam

    eksperimen ini, perlakuan adalah sama pada kedua-duanya tetapi

    menggunakan bahan yang berlainan iaitu tali rafia dengan tiub getah. Tiub

    getah mempunyai sifat kekenyalan manakala tali rafia tiada sifat ini. Ini

    menunjukkan bahawa soalan ini adalah jenis terus (ST).

    b) Soalan Perhubungan (SP) –Relationship Question 

    Gambarajah 2

    Untuk SP, soalan jenis ini mudah dan amat biasa serta digemari oleh

    murid. Ia juga mudah diingat. Baiklah, untuk jenis soalan ini, aktiviti atau

    perbuatan/perlakuan dalam eksperimen adalah SAMA. Apa yang tidak

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    8/55

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    9/55

     Modul KPS

    9

    c) Kedua-dua Jenis Soalan (KJS) –Both Types Questions 

    Untuk KJS, jenis ini tidak diterangkan di sini kerana jika anda faham

    tentang ST dan SP, mudah untuk memahami soalan KJS. Soalan jenis KJS 

    boleh dijawab menggunakan bentuk jawapan untuk ST  atau SP.

    Bagaimanapun, soalan jenis begini jarang berlaku dan pemilihan bentuk

     jawapan bergantung kepada soalan. Atas sebab ini, jenis soalan ini tidak

    diterangkan secara terperinci kerana dengan memahami jenis ST  dan SP,

    anda dengan mudah menjawab soalan-soalan.

    *Tips: 

     Ayat-ayat di bawah memudahkan pemahaman terhadap jenis perhubungan 

    dan jenis terus.

    •   Ayat terus: Saya mesti rajin hadir ke sekolah supaya jadi pandai. 

    •   Ayat perhubungan: Semakin saya rajin hadir ke sekolah, semakin

    saya jadi pandai. 

     Ayat pertama menunjukkan bahawa seseorang itu mestilah rajin hadir ke

    sekolah supaya menjadi pandai. Ayat kedua pula menunjukkan bahawa jika

    seseorang itu tingkatkan lagi kerajinan hadir ke sekolah, dia akan bertambah

     pandai. Perhatikan ayat pertama tidak menunjukkan unsur ’pertambahan’,

    manakala ayat kedua pula jelas menunjukkan ’pertambahan’ atau

     peningkatan.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    10/55

     Modul KPS

    10

    PEMBOLEHUBAH (Variables)

    *Nota : p/u – pembolehubah

    Terdapat 3 pembolehubah (variables) yang sangat penting dalammana-mana kajian, penyiasatan atau eksperimen Sains. Boleh dikatakan

    ketiga-tiga pembolehubah inilah yang menjadi ‘nadi’ atau ‘inti’ dalam mana-

    mana kajian, eksperimen atau penyiasatan Sains kerana inilah yang akan

    menentukan kejayaan kajian, eksperimen atau penyiasatan Sains tersebut.

    Pembolehubah-pembolehubah tersebut adalah;

    i. Pembolehubah dimalarkan (PM)- constant variable- what to keep the same (WTK) 

    -apa yang hendak dimalarkan-ditetapkan, tidak diubah,dikekalkan, sama 

    ii. Pembolehubah dimanipulasikan(PdM) - manipulated variable- what to change (WTC) 

    -apa yang hendak diubah-diubah, berlainan, berbeza 

    iii. Pembolehubah bergerakbalas(PbG)- responding variable- what to measure- what to observe (WTO) 

    -apa yang hendak diukur-apa yang bergerakbalas-apa yang hendak diperhatikan 

    Pembolehubah-pembolehubah ini sangat penting kerana selain

    daripada mudah untuk mendapat markah, ia juga membolehkan kita

    menjawab ‛hampir kesemua’ soalan jika kita tahu kesemua pembolehubah

    dengan betul dan pandai menggunakannya (nanti akan diterangkan).

    Singkatan yang biasa guru-guru dan murid-murid gunakan untuk ketiga-tiga

    pembolehubah ini ialah;

    WTK  - what to keep the same (atau PM)

    WTC  - what to change (atau PdM)

    WTO  - what to observe (PbG)

      Singkatan ini mungkin akan digunakan dalam perbincangan

    seterusnya.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    11/55

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    12/55

     Modul KPS

    12

    Bermakna, dalam mana-mana eksperimen atau penyiasatan, ada

    faktor yang dimanipulasikan dan ada yang dimalarkan. Keadaan ini sudah

    tentu akan mengelirukan murid-murid. Sebab itu, murid-murid perlu latihan

    yang banyak untuk mengenal pasti dan membiasakan diri dengan

    pembolehubah-pembolehubah ini.

    Peraturan Menulis Pembolehubah

    Ramai murid salah dalam menulis pembolehubah kerana mereka tidak

    mengikuti peraturan menulis pembolehubah yang sepatutnya. Pembolehubah

    haruslah ditulis mengikuti peraturan berikut:

    Parameter + Objek

    Parameter Kuantiti, ciri-ciri, perihal, had, ukuran untuk sesuatu objek yangdibincangkan. 

    Objek Benda, bahan, radas, barangan yang digunakan dalameksperimen. 

    Berikut adalah beberapa contoh pembolehubah;

    PARAMETER OBJEK

    Suhu Air

    Bilangan BukuSpesies Tumbuhan

    Ketinggian Pokok

    Jarak Kereta mainan

    Jenis Lantai

    Kekasaran Permukaan

    Kekuatan Bunyi

    Saiz Bayang-bayang

    Isipadu Minyak

    Kehadiran Cahaya

    Panjang Tali

    Kestabilan Meja  Pembolehubah mestilah gabungan parameter + objek.

      Kecuali... masa, saat, minit, hari, minggu, bulan, tahun, dsb. Biasanya

    perkataan-perkataan ini boleh berdiri sendiri untuk dijadikan

    pembolehubah.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    13/55

     Modul KPS

    13

    Sebagai contoh, kita gunakan semula eksperimen seperti di atas

    (tumbuhan A diberi air manakala tumbuhan B tidak diberi air). Untuk

    membolehkan kita memperolehi keputusan eksperimen yang betul, boleh

    dipercayai dan tidak dapat dipertikaikan, kita mesti menggunakan jenis

    tumbuhan yang sama, jenis & jumlah tanah yang sama, dan sebagainya. Inipenting untuk mendapatkan keputusan yang adil (fair ). Sebenarnya terdapat

    banyak perkara yang sama tetapi kita haruslah memilih perkara yang

    paling penting  sahaja. Tahu kenapa? Kerana  jika kita memberikan

     jawapan yang dikira betul tetapi tidak penting, jawapan kita itu tidak

    akan diberi apa-apa markah. Jadi, pilihlah jawapan yang penting. Ingat, bila

    kita mengatakan tentang keutamaan (tahap kepentingan), apabila jawapan

    kita menuruni 'keutamaan' atau semakin kurang penting, peluang mendapat

    markah juga akan semakin tipis.

    Jadi, perkara (pembolehubah) yang dimalarkan  (ditetapkan sama)

    dalam gambarajah di atas adalah JENIS TUMBUHAN, SPESIES

    TUMBUHAN, JENIS TANAH, TEMPOH EKSPERIMEN, JUMLAH BAJA, SAIZ

    TUMBUHAN dan sebagainya. Bagi saya, jawapan paling penting adalah

    JENIS TUMBUHAN atau SPESIES TUMBUHAN. Bagaimanapun, kita tidak

    boleh menjawab dengan menggunakan perkataan MENGGUNAKAN

    TUMBUHAN YANG SAMA.

    Perkara (pembolehubah) yang dimanipulasikan  (diubah-ubah, tidak

    dikekalkan sama, berlainan) adalah KEHADIRAN AIR. Tidak boleh jawab

    SATU DIBERI AIR DAN SATU LAGI TIDAK DIBERI AIR. 

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    14/55

     Modul KPS

    14

    Perkara (pembolehubah) yang bergerakbalas  (yang hendak diukur

    atau diperhatikan) ialah KEADAAN TUMBUHAN. Tidak boleh jawab

    TUMBUHAN A SUBUR MANAKALA TUMBUHAN B LAYU ATAU MATI.

    *Persoalan:

    Mengapa kita tidak boleh mengatakan…

    P/u dimalarkan: Menggunakan tumbuhan yang sama.

    P/u dimanipulasikan: Tumbuhan A diberi air manakala tumbuhan B tidak

    diberi air.

    P/u bergerakbalas: Tumbuhan A hidup subur manakala tumbuhan B

    layu.

    *Penjelasan:

    SALAH BETUL

    P/u dmalarkan Menggunakan tumbuhan

    yang sama

    Jenis / spesies tumbuhan

    P/u dimanipulasikan Tumbuhan A diberi air

    manakala tumbuhan B

    tidak diberi air.

    Kehadiran air

    P/u bergerakbalas Tumbuhan A hidup

    subur manakala

    tumbuhan B layu.

    Keadaan tumbuhan

    KOMEN  Ayat di atas bukanlah

    pembolehubah tapi ayat-

    ayat yang memberikan

    penerangan.

    Sesuatu yang boleh

    diperhatikan.

     Apabila kita berbincang tentang pembolehubah, kita sebenarnya

    berbincang tentang sesuatu yang boleh dilihat, diperhatikan, didengar,

    disentuh ataupun sesuatu yang wujud dan bukannya sesuatu yang berlaku.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    15/55

     Modul KPS

    15

    Fahami perbualan berikut (katalah anda sedang memegang kasut):

    Dia : Apa itu? 

     Anda : Kasut. 

    (sesuatu yang boleh dilihat, disentuh, diperhati ...)

    dan bukannya…

    Dia : Apa itu?

     Anda : Oh, sesuatu tempat saya memasukkan kaki.

    (hanya merupakan ayat yang memberi penerangan)

    Jadi, jika anda memakai kasut yang berlainan warna tapi saiz kasut yang

    sama, pembolehubah-pembolehubah adalah:

    P/u dimalarkan Saiz kasut

    P/u dimanipulasikan Warna kasut

    P/u bergerakbalas Respon kawan-kawan (sebab anda memakai kasut

    yang berlainan warna, jadi mungkin menyebabkan

    kawan-kawan ketawa)

    Dan bukannya...

    P/u dimalarkan Kasut sebelah kiri bersaiz 6, sebelah kanan juga

    bersaiz 6

    P/u dimanipulasikan Satu warna biru, satu lagi warna merah

    P/u bergerakbalas Kawan-kawan akan mengetawakan anda.

    Sudah tentu jawapan di atas seperti betul tapi tidak sesuai / tidak betul untuk

     jawapan bagi pembolehubah saintifik.

    * Bolehkah anda mengesan perbezaan ayat-ayat di atas?

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    16/55

     Modul KPS

    16

    *Tips:

    •  Biasanya jika dalam soalan terdapat jadual, graf atau carta, p/u

    dimanipulasikan dan p/u bergerakbalas ada di dalamnya. Cuma anda

    perlu mengenal pasti p/u tersebut.

    •  Jawapan p/u dimalarkan, dimanipulasikan dan bergerakbalas TIDAK

    BOLEH sama. Jika ada yang sama, bermakna salah satu jawapan salah

    atau ketiga-tiga jawapan p/u salah.

    •  P/u dimalarkan dan dimanipulasikan adalah perbuatan SENGAJA (anda

    yang lakukan atau sediakan) manakala p/u bergerakbalas adalah ciri

    atau perkara yang menerima akibat atau kesan perbuatan sengaja

    tersebut.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    17/55

     Modul KPS

    17

    TUJUAN PENYIASATAN / EKSPERIMEN (The Aim of Investigation /Experiment ) 

    Untuk menjawab soalan tujuan eksperimen, kita perlu mengingat

    kembali penjelasan berkenaan dengan JENIS SOALAN. Sebenarnya,

    terdapat jawapan standard  atau seragam untuk SP (soalan perhubungan) 

    seperti di bawah:

      Untuk menyiasat hubungan di antara ( p/u dimanipulasikan) dengan

    ( p/u bergerakbalas).

      Untuk mengkaji hubungan di antara ( p/u dimanipulasikan) dengan

    ( p/u bergerakbalas).

      Menyiasat hubungan di antara ( p/u dimanipulasikan) dengan ( p/u

    bergerakbalas).

    *Tulis semula ayat di atas, cuma anda perlu menggantikan perkataan

    dalam kurungan.

    * Berdasarkan kepada pengalaman, biasanya murid terlupa menulis perkataan

    ’ hubungan’ dalam jawapan, akibatnya jawapan salah.

    Untuk ST (soalan terus), kita perlu menjawab soalan tujuan

    penyiasatan ini dengan menggunakan  jawapan terus. Sebagai contoh, kita

    guna semula contoh sebelum ini (gambarajah di atas). Kita tahu bahawa

    tumbuhan A yang diberi air masih hidup manakala tumbuhan B yang

    tidak diberi air akan mati/layu selepas beberapa hari. Bermakna, jika

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    18/55

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    19/55

     Modul KPS

    19

    Bandingkan pula dengan pembuktian iaitu si pengkaji ingin

    menunjukkan atau ingin membuktikan (to show / prove) bahawa tumbuhan

    memang memerlukan air untuk hidup. Jadi, bandingkan dua bentuk jawapan

    ini, pemberatan mana yang sesuai untuk diterima sebagai jawapan untuk

    tujuan bagi penyiasatan ini. Adakah...

      Untuk menyiasat hubungan di antara kehadiran air dengan keadaan

    tumbuhan. atau... 

      Untuk menunjukkan bahawa tumbuhan memerlukan air untuk hidup. 

    - Mana jawapan yang lebih sesuai?

    Satu lagi situasi, beberapa tumbuhan diberikan air yang berlainan

    kuantiti (semua diberi air). Bermakna semua akan hidup, cuma ada yang

    kurang tinggi, ada yang lebih tinggi dan ada yang paling tinggi. Untuk

    situasi ini, mungkin barulah kita boleh katakan bahawa kita ingin mengetahui

    kaitan/hubungan (relationship) di antara kuantiti air yang diberikan dengan

    keadaan tumbuhan atau ketinggian tumbuhan, sama ada jika lebih banyak air

    diberikan akan menyebabkan tumbuhan lebih tinggi atau bagaimana. Untuk

    situasi ini, tujuan sebenar melakukan penyiasatan begini bukan lagi untuk

    mengetahui sama ada tumbuhan akan hidup atau mati, tapi untuk mengetahui

    tumbuhan akan lebih tinggi atau bagaimana.

    Jadi, boleh atau tidak contoh jawapan dalam persoalan di atas adalah

    bergantung kepada pemahaman kita terhadap contoh dan penjelasan yang

    diberikan di atas. Sudah tentu semua guru Sains mempunyai pemahaman

    masing-masing, bagaimanapun perbincangan haruslah berterusan supaya

    kita benar-benar memahami bidang kita dan tidak hanya bergantung

    sepenuhnya kepada pemahaman sendiri atau pemahaman guru-guru lain.

     Apatah lagi jika bergantung semata-mata kepada jawapan yang disediakan di

    bahagian tengah atau belakang buku-buku rujukan. Jika kita mempunyai

    pemahaman daripada semua sumber adalah lebih baik.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    20/55

     Modul KPS

    20

    *Nota:

    Timbul persoalan sama ada air menyebabkan tumbuhan subur , segah 

    atau bagaimana. Untuk perkataan segah  (repleted ), perkataan ini mungkin

    belum diperkenalkan di peringkat sekolah rendah. (Menurut Kamus Dewan,

    segah ditakrifkan sebagai senak, sebu, senuh, kekenyangan, sangih, sengkak

    dan penuh.) Bagi perkataan subur  (healthy ) pula, ia sebenarnya bergantung

    kepada situasi yang diberi dalam soalan. Sebagai contoh, lihat situasi di

    bawah:

    Di akhir eksperimen, kita tahu bahawa tubuhan P mungkin kekuning-

    kuningan akibat kekurangan air, bersaiz kecil, tidak tinggi dan sebagainya.

    Tumbuhan Q pula akan kelihatan lebih tinggi dan warna daun lebih hijau

    kerana mendapat air yang lebih banyak. Jadi, dalam situasi ini, tumbuhan Q

    dikatakan lebih subur  daripada tumbuhan P. Kita tahu bahawa biasanya baja

    atau bahan mineral menyebabkan tumbuhan menjadi subur. Bagaimanapun

    dalam situasi di atas, adalah sesuai tumbuhan dikatakan subur (healthy )

    walaupun menggunakan air dan bukan baja.

    *Ringkasan

    Jenis soalan Tujuan eksperimen

    Soalan terus (ST) Untuk menunjukkan / membuktikan bahawa

    tumbuhan memerlukan air untuk hidup. 

    Soalan perhubungan (SP),

    -soalan bentuk pola, trend  

    Untuk menyiasat hubungan di antara kuantiti air

    dengan keadaan tumbuhan. 

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    21/55

     Modul KPS

    21

    * Persoalan:

    Jika ada pemboleh ubah, tujuan eksperimen boleh ditulis... ’Toinvestigate the relationship between WTC dengan WTO’…Tetapi ada beberapa tajuk yang tidak menggunakan "To investigate therelationship between WTC dengan WTO"

    Contohnya "To investigate the growth of mould on the bread"Tapi, kalau lihat pada teknik menjawab, mesti mula dengan "toinvestigate the relationship between WTC dengan WTO"

    Kalau UPSR tiadakah dikeluarkan soalan yang seperti ini? Adakah mestimenggunakan "To investigate the relationship between WTC denganWTO"?

    * Pertanyaan sebenar daripada seorang guru dalam Forum Mari Belajar.  

    *Penjelasan: 

     Ada beberapa cara jawab bagi tujuan eksperimen (aim of

    investigation). Bagaimanapun, ia bergantung kepada jenis soalan juga.

    Berikut adalah beberapa contoh jawapan untuk tujuan eksperimen.

    1. Untuk menyiasat hubungan di antara WTC dengan WTO.

    2. Untuk menunjukkan bahawa…

    3. Untuk membuktikan bahawa…

    4. Untuk menyiasat kesan WTC terhadap WTO.

    5. ... dan mungkin ada lagi cara jawapan lain yang dibuat murid. Jadi

    bergantung kepada budi bicara guru yang memeriksa jawapan murid.

    Untuk jawapan nombor 1 di atas, soalan mestilah jenis SP (atau jenis

    'trend ', 'relationship'). *Rujuk penerangan tentang jenis soalan yang telah

    dibincangkan sebelum ini. Jika soalan adalah jenis ST  (soalan terus) pula,

    tidak boleh menggunakan teknik jawapan no.1 ini.

    Merujuk kepada contoh jawapan ‘To investigate the growth of mould

    on the bread’   di atas, saya membayangkan bahawa eksperimen yangdijalankan adalah bertujuan untuk menyiasat pertumbuhan kulat atas roti.

    Kenyataan tersebut boleh membawa maksud:

    i. Pada tempoh berapa lama kulat akan tumbuh selepas didedahkan

    kepada udara dan air?

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    22/55

     Modul KPS

    22

    ii. Berapa cepat tompok-tompok hitam (kulat) tersebar di atas

    permukaan roti?

    iii. Berapa ketinggian kulat (jika boleh diukur)?

    iv. Apakah faktor-faktor yang boleh menyebabkan pertumbuhan kulat

    pada roti?

    v. Dan mungkin ada beberapa lagi pengertian lain.

    Bagaimanapun, seperti yang telah disebut di atas, cara menjawab

    mestilah bergantung kepada bentuk soalan. Contoh, jika permukaan roti A

    direnjis sedikit air dan permukaan roti B direnjis lebih banyak air, maka pada

    saya, tidak sesuai lagi menggunakan jawapan ‘To investigate the growth of

    mould on the bread’   di atas SEBAB kita bukan lagi ingin menyiasat

    pertumbuhan kulat tapi menyiasat kesan pertambahan kuantiti air yang

    direnjis terhadap pertumbuhan kulat. Kedua-dua ayat seperti mempunyai

    maksud yang sama tetapi sebenarnya berlainan.

    Bagaimanapun, seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, ada juga

    soalan yang boleh menggunakan kedua-dua jenis jawapan iaitu jawapan

    untuk soalan jenis ST  dan juga SP. Jadi, jawapan tidak semestinya

    menggunakan ‘to investigate the relationship between WTC and WTO

    (Untuk menyiasat hubungan di antara p/u dimanipulasikan dengan p/u

    bergerakbalas’.  Ia bergantung kepada jenis soalan (sila rujuk penerangan

    tentang jenis soalan).

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    23/55

     Modul KPS

    23

    PEMERHATIAN (Observation) 

      Pemerhatian dibuat menggunakan semua deria kita (5 deria) tentang

    sesuatu objek atau fenomena/kejadian. Ia adalah huraian tentang apa

    sebenarnya yang berlaku. Maklumat ini dianggap data kualitatif.  Menggunakan semua deria (lihat, dengar, sentuh, hidu, rasa) untuk

    mengetahui ciri-ciri objek atau fenomena, mencari perbezaan, persamaan

    dan perubahan yang berlaku dalam penyiasatan.

      Mengesan ciri-ciri tertentu.

      Mengenal pasti perubahan-perubahan keadaan kualitatif dan kuantitatif.

      Menggunakan ciri-ciri tertentu yang boleh dilihat untuk mengelas objek,

    hidupan atau kejadian.

      Pemerhatian kemudiannya direkod.

      Pastikan pemerhatian anda itu penting.

    Berdasarkan kepada semua kenyataan di atas, mungkin adalah lebih

    mudah jika kita katakan bahawa pemerhatian melibatkan 2 peringkat  iaitu

    kita melihat/memerhati/merasa/mendengar apa yang berlaku  dan

    kemudiannya membuat huraian atau pernyataan mengenainya. Huraian

    yang dibuat pula bukannya memberi sebab  terhadap apa yang kita

    lihat/perhati/rasa/dengar dan sebagainya.

    Untuk melakukan pemerhatian, ia sebenarnya mudah. Gunakan deria

    kita untuk mengumpul maklumat tentang sesuatu objek atau kejadian. Ia

    sebenarnya sesuatu pernyataan tentang apa yang berlaku. Kita mempunyai 5

    deria iaitu lihat, dengar, sentuh, hidu dan rasa. Jadi, semasa membuat

    pemerhatian terhadap sesuatu objek atau kejadian, perhatikan tentang ciri-

    cirinya, kandungan, perbezaan, persamaan dan apa-apa perubahan

    keadaan  yang mana semuanya merupakan ciri-ciri spesifik yang boleh

    dikesan.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    24/55

     Modul KPS

    24

    Sebagai contoh (kita masih menggunakan contoh di atas), di mana

    tumbuhan A diberi air manakala tumbuhan B tidak diberi air . Biasanya

    pemerhatian dibuat semasa atau selepas eksperimen / penyiasatan

    dijalankan. Apa yang kita boleh lihat ialah satu tumbuhan diberi air manakalasatu lagi tidak diberi air. Selepas eksperimen, huraian  yang kita boleh buat

    ialah kita dapati tumbuhan yang diberi air masih hidup manakala tumbuhan

    yang tidak diberi air telah layu/mati. Maka pemerhatian yang boleh kita buat

    ialah;

    Tumbuhan A masih hidup manakala tumbuhan B layu.

    *Tidak perlu beritahu mengapa A masih hidup manakala B layu/mati. Hanya

    beritahu apa yang berlaku tetapi tidak perlu beritahu mengapa ia berlaku.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    25/55

     Modul KPS

    25

    INFERENS, ALASAN, SEBAB (Inference, reason) 

      Memberi sebab, anggapan, penerangan, penjelasan berdasarkan

    pemerhatian.

      Kadang-kadang terdapat beberapa inferens yang boleh digunakan untuk

    menerangkan sesuatu pemerhatian.

      Membezakan antara pemerhatian dengan inferens.

      Menggunakan pemerhatian dan inferens untuk mengenal pasti persoalan

    atau masalah yang boleh diuji.

    Inferens bermaksud anda menyatakan, menjelaskan atau memberi

    sebab tentang pemerhatian anda.

    - Beritahu mengapa sesuatu kejadian itu berlaku.

    Ingat, anda mesti boleh membezakan antara pemerhatian dengan

    inferens.

    Pemerhatian Beritahu / huraikan apa yang dilihat

    * Tumbuhan A masih hidup manakala tumbuhan B layu /

    mati.

    Inferens Beritahu mengapa apa yang dilihat itu berlaku

    * Kerana tumbuhan A diberi air manakala tumbuhan B

    tidak diberi air.

    *Persoalan:

    Bolehkah jawapan berikut diterima untuk jawapan inferens?

    a) Kerana tumbuhan A mendapat kuantiti cahaya matahari yang mencukupi

    berbanding tumbuhan B

    b) Kerana tumbuhan A mendapat kuantiti garam mineral yang mencukupi

    berbanding tumbuhan B

    * Pertanyaan sebenar daripada seorang guru dalam Forum Mari Belajar.  

     Ayat pertama walaupun betul tapi tidak boleh diterima kerana situasi

    yang ditunjukkan dalam gambar (eksperimen) bukannya berkenaan dengan

    kehadiran cahaya matahari tapi tentang kehadiran air. Demikian juga ayat

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    26/55

     Modul KPS

    26

    kedua, tumbuhan memang memerlukan garam mineral untuk tumbuh subur,

    tapi ia juga bukan seperti apa yang ditunjukkan dalam eksperimen. Dalam

    pemerhatian (observation) di atas, dinyatakan bahawa satu tumbuhan masih

    hidup manakala yang satu lagi layu / mati. Cahaya matahari dan garam

    mineral yang tidak mencukupi tidak akan membunuh tumbuhan tetapi hanya

    akan menyebabkan tumbuhan tidak dapat tumbuh dengan baik atau subur.

    Jadi, walaupun kedua-dua jawapan tersebut betul dari segi saintifik, kedua-

    duanya tidak dapat diterima kerana bukan itu yang ditunjuk atau ditonjolkan

    dalam gambar eksperimen. Ia adalah berkenaan satu tumbuhan masih

    hidup dan satu lagi layu / mati  dan bukannya satu subur dan satu lagi

    tidak subur . Sebab itu, berhati-hati memilih ayat ketika menjawab soalan. 

    Satu lagi contoh:

    Pemerhatian: Bunga itu layu.

    Inferens: Sebab tidak disiram air. 

    *beritahu kenapa bunga itu layu.

    Jadi, anda perlulah berhati-hati ketika memilih ayat untuk jawapan.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    27/55

     Modul KPS

    27

    POLA, CORAK, BENTUK PERUBAHAN (Trend ) 

    Penentuan pola atau corak bagi data semasa eksperimen adalah

    mudah. Terdapat beberapa jawapan yang boleh digunakan:

      meningkat, bertambah, menaik

      menurun, berkurang, semakin sedikit

      stabil, tiada perubahan, tidak berubah, kekal, malar

      atau apa sahaja jawapan yang membawa maksud yang sama 

    Stabil, tidak berubah, kekal, malar, tetap

    Contoh: 10, 10, 10, 10, 10

    Meningkat, bertambah, menaik, semakin

    banyak

    Contoh: 10, 20, 30, 40, 50

    Menurun, semakin sedikit, berkurang

    Contoh: 50, 40, 30, 20, 10

    Meningkat kemudian menurun

    Contoh: 10, 20, 30, 20, 10

    Meningkat, menurun dan kemudian meningkat

    semula

    Contoh: 10, 20, 30, 20, 10, 20, 30

    Meningkat, tetap dan kemudian menurun

    Contoh: 10, 20, 30, 30, 30, 20, 10

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    28/55

     Modul KPS

    28

    HIPOTESIS, HUBUNGAN (Hypothesis, relationship) 

      Menyatakan hasil atau hubungan yang dijangkakan berlaku dalam

    eksperimen.

      Mencadangkan kenyataan bagi penyelesaian masalah dalam eksperimen

    atau penyiasatan.

      Membuat ’tekaan berasas’ berdasarkan kepada bukti yang boleh diuji

    dalam eksperimen.

      Menyatakan hubungan di antara pembolehubah (sebagai contoh,

    hubungan di antara pembolehubah yang tidak bersandar dengan

    pembolehubah yang bersandar).

      Meramal kesan perubahan pembolehubah tidak bersandar

    (dimanipulasikan) ke atas pembolehubah bersandar (bergerakbalas).

    Bagaimanapun, membuat hipotesis mestilah sesuai dan berkaitan

    dengan eksperimen. Kesilapan yang kerap berlaku dalam membuat hipotesis

    ialah:

    a) Hipotesis tidak lojik (tidak masuk akal).

    b) Bercanggah / bertentangan dengan data yang diperoleh.

    c) Menyatakan semula data.

    d) Hipotesis tidak berasaskan data.

    Membuat hipotesis sebenarnya mudah. Baiklah, kita balik kepada jenis

    soalan yang telah dibincangkan sebelum ini.

    Dengan merujuk gambarajah di atas, untuk SP (soalan

    perhubungan), berikut adalah beberapa contoh jawapan standard :

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    29/55

     Modul KPS

    29

      Semakin banyak air yang diterima, semakin tinggi tumbuhan.

      Tumbuhan akan tumbuh lebih tinggi jika mendapat air lebih banyak.

      Jika tumbuhan mendapat lebih banyak air, ia akan tumbuh lebih

    tinggi.

    Perhatikan ayat-ayat di atas, semuanya berlainan ayat tetapi mempunyai

    maksud yang sama.

    *Tips :  Jika anda menggunakan perkataan 'semakin' atau 'lebih', pastikan

    anda menggunakannya 2 kali . Tidak boleh, semakin banyak air diterima,

    tumbuhan akan tinggi . Tahu kenapa? Sebab, pertambahan jumlah air

    sepatutnya akan menyebabkan pertambahan ketinggian tumbuhan.

    Bagaimanapun, ayat ’ semakin banyak air diterima, tumbuhan akan tinggi ’

    tidak menyatakan penambahan ketinggian tumbuhan tersebut setelah lebih

    banyak air diberikan. Ia hanya menyatakan bahawa tumbuhan akan tinggi.

    Rujuk gambarajah di atas, untuk ST (soalan terus) pula, gunakan ayat

    terus. Sebagai contoh:

      Tumbuhan memerlukan air untuk hidup.

    Perhatikan... tiada perkataan semakin atau lebih.

    Jadi bagaimana? Faham? Anda akan lebih memahaminya melalui

    latihan yang banyak dan berterusan. Teruskan belajar.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    30/55

     Modul KPS

    30

    Contoh-contoh jawapan untuk hipotesis mengikut jenis soalan:

      (SP) Semakin anda banyak latihan, semakin anda faham.

      (SP) Lebih banyak anda berlatih menjawab, lebih mudah anda faham.

      (SP) Jika anda berlatih menjawab lebih  kerap, anda akan lebih  mudah

    faham.

      (SP) Pertambahan kekerapan anda membuat latihan akan menyebabkan

    anda bertambah faham.

      (SP) Latihan yang lebih kerap membolehkan kita lebih faham bagaimana

    menjawab soalan bahagian B Sains.

      (ST) Latihan yang kerap membolehkan kita faham bagaimana menjawab

    soalan bahagian B Sains.

    * Semakin atau lebih - menunjukkan peningkatan atau penurunan data.

    * Pertambahan – menunjukkan peningkatan.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    31/55

     Modul KPS

    31

    MERAMAL, RAMALAN (Prediction) 

    Meramal adalah mudah. Anda memberikan idea tentang keputusan

    yang dijangka, atau hasil yang dirasakan besar kemungkinan akan diperoleh

    di akhir eksperimen/penyiasatan/kajian berdasarkan kepada bukti-bukti sediaada atau keputusan terdahulu. Ingat, ramalan BUKANNYA tekaan. Ia

    merupakan kepercayaan tentang apa yang akan berlaku berdasarkan

    pengetahuan dan kefahaman sedia ada serta diperkukuhkan dengan

    pemerhatian dan inferens. Ramalan seharusnya diikuti dengan penjelasan

    rasional untuk menjelaskan idea serta membongkar salah konsep

    (misconception) atau maklumat yang tidak lengkap.

    Contoh:

    Jadual di bawah menunjukkan pemerhatian yang telah dilakukan oleh

    seorang doktor tentang bilangan pesakit yang meningkat yang telah datang

    ke klinik disebabkan selesema dari pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

    Masa Bilangan pesakit menghidap selesema

    9.00 pagi 2

    11.00 pagi 6

    1.00 petang 10

    Ramalkan bilangan pesakit yang menghidap selesema pada pukul 12.00

    tengahari.

    •  12.00 tengah hari ialah antara (di tengah) pukul 11.00 pagi dan 1.00

    petang.

    •  setiap 2 jam, bilangan pesakit meningkat sebanyak 4 orang (dari 6-2 = 4

    dan 10-6 = 4)

    •  kerana 12.00 tengahari ialah antara 11.00 pagi dan 1.00 petang (betul-

    betul di tengah), maka peningkatan 4 perlu dibahagikan kepada separuh,

    iaitu 2.

    •  pada pukul 11.00 pagi, bilangan pesakit ialah 6, pukul 12.00 tengahari 2

    lagi pesakit.

    •  maka, 6 + 2 = 8 pesakit 

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    32/55

     Modul KPS

    32

    Ramalkan bilangan pesakit yang menghidap selesema pada pukul 3.00

    petang. 

    •  setiap 2 jam, bilangan pesakit meningkat 4 (dari 6-2 = 4 dan 10-6 = 4)

    •  pada pukul 1.00 petang, bilangan pesakit 10

    •  jadi, 10 + 4 = 14 pesakit 

    Nota:

    i. Anda mesti membuat pengiraan jika ia boleh dikira (jawapan salah jika

    tidak membuat pengiraan)

    ii. Berikan jawapan anggaran jika nombor yang diberi tidak boleh dikira.

    Sebagai contoh: Antara 6 hingga 10 pesakit, atau lebih daripada 6

    tetapi kurang daripada 10.

     Anda tahu kenapa perlu kira jika boleh dikira?

    Contoh 1... katalah ada seorang murid tahun 6. Soalannya, berapakah umur

    murid tersebut?

    Kita tahu bahawa jika tahun 1 (umur 7 tahun), tahun 2 (8), tahun 3 (9), tahun

    4 (10), tahun 5 (11), maka jika tahun 6 umurnya 12 tahun. Ini boleh dikira,

    sebab itu perlu kira. Jika tidak kira, anda seolah-olah cuba mengelak daripada

    memberi jawapan yang tepat dan betul.

    Contoh 2... katalah ada seorang murid yang memakai pakaian seragam

    sekolah rendah. Soalannya, berapakah umur murid tersebut?

    Ini kita tidak dapat kira kerana kita tidak tahu dia berada di kelas tahun

    berapa. Kalau kita tahu, maka mudahlah untuk kita menyatakan umurnya.

    Jadi, jika kita menjawab, umurnya 10 tahun, mungkin tidak betul sebab dia

    sebenarnya mungkin tahun 3 dan berumur 9 tahun. Disebabkan kita tidak

    tahu umurnya yang sebenar, maka kita boleh memberi  jawapan anggaran 

    iaitu umurnya dari 7 hingga 12 tahun, kerana kita tahu umur sekolah rendah

    adalah dalam lingkungan umur tersebut.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    33/55

     Modul KPS

    33

    Sebab itu, jika boleh kira, maka kiralah... jika tidak boleh kira, berikan jawapan

    anggaran.

    Mudah sangatkan meramal?

    Contoh lain:

    1. Dua buah kereta, satu baru dan yang 1 lagi kereta lama. Boleh ramalkan

    mana yang sampai dulu ke destinasi?

    2. Bila nampak awan tebal dan gelap hitam, apa yang akan berlaku?

    3. Dua pokok bunga ditanam, 1 disiram manakala 1 lagi tidak disiram. Apa

    akan berlaku selepas beberapa hari?

    Jadi, untuk meramal sebenarnya mudah... dengan syarat ramalan mesti

    masuk akal/lojik . Sebagai contoh, soalan nombor 2 di atas, bila awan tebal

    dan gelap hitam, apa akan berlaku? Akan berlaku gempa bumi? Pernahkah

    alami dulu ketika awan tebal gelap hitam maka berlaku gempa bumi? Tidak

     pernah?

    Sebab itu, ramalan mestilah berdasarkan perkara yang pernah dialami dan

    dilalui. Jika dulu, bila nampak awan tebal dan gelap, maka tidak lama

    kemudian akan hujan. Sebab itu, jika ditanya, " Ramalkan apa yang akan

    berlaku bila awan tebal dan gelap? " Jawapannya, "  Akan hujan tidak lama

    lagi..."

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    34/55

     Modul KPS

    34

    KESIMPULAN, RUMUSAN (Conclusion) 

      Memilih ayat yang paling sesuai dan lojik untuk dijadikan kesimpulan bagi

    data yang diperoleh dalam eksperimen / penyiasatan.

      Menerima atau menolak hipotesis berdasarkan hasil analisis data.  Mencadangkan hipotesis baru bagi menggantikan hipotesis yang ditolak.

      Merupakan 1 kenyataan yang menyeluruh dan dianggap betul

    berdasarkan hasil eksperimen.

    *Tips :  Bagaimana membuat kesimpulan untuk sesuatu penyiasatan atau

    eksperimen.

    a) Kesimpulan anda mestilah jawapan kepada tujuan penyiasatan.

    Sebagai contoh, jika tujuan anda adalah untuk mengetahui apa jawapan

    bagi 1+1, maka kesimpulan anda haruslah jawapan kepada 1+1 iaitu 2.

    Jika penyiasatan anda adalah untuk mengetahui apakah semua keperluan

    asas bagi haiwan, maka kesimpulan anda haruslah menyatakan semua

    keperluan asas tersebut (air, makanan, habitat, pasangan, kawasan).

    b) Jika anda betul-betul tidak tahu jawapan bagi kesimpulan, daripada

    meninggalkan saja ruangan jawapan kosong tidak diisi, anda boleh tulis

    semula jawapan hipotesis anda. Bagaimanapun, cara begini tidak

    selalunya betul.

    c) Untuk soalan jenis perhubungan (SP), anda boleh menjawab dengan

    menggunakan teknik berikut:

    P/u dimanipulasikan InferensP/u bergerakbalas /

    indikator

    1. Bilangan sel kering           Kecerahan nyalaan

    mentol

    2. Bilangan sel kering  Kekuatan tenaga

    elektrik

    Kecerahan nyalaan

    mentol

    3. Bilangan sel kering  Kekuatan tenaga

    elektrik

    Kecerahan nyalaan

    mentol

    * Buat ayat berdasarkan pergerakan anak panah.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    35/55

     Modul KPS

    35

    •  Untuk ayat nombor 1, sama seperti hipotesis:

      p/u dimanipulasikan + p/u bergerakbalas 

      Semakin bertambah bilangan sel kering, semakin cerah nyalaan

    mentol.

    •  Untuk ayat nombor 2:

      p/u dimanipulasikan + inferens:

      Semakin bertambah bilangan sel kering, semakin kuat/besar

    tenaga elektrik.

    •  Untuk ayat nombor 3:

      p/u dimanipulasikan + inferens + p/u bergerakbalas.

      Semakin bertambah bilangan sel kering, semakin kuat/besar

    tenaga elektrik, maka semakin cerah nyalaan mentol.

    *Ayat-ayat di atas merupakan contoh sahaja. Ayat yang berlainan tapi

    membawa maksud yang sama boleh diterima. Sebagai contoh:

    •  Pertambahan bilangan sel kering akan menyebabkan nyalaan mentol

    bertambah terang.

    •  Apabila bilangan sel kering bertambah, nyalaan mentol juga bertambah

    terang.

    * Jangan risau jika jawapan sama dengan hipotesis.

    d) Untuk soalan terus (ST) pula, ayat jawapan menggunakan ayat terus.

    Jawapan kesimpulan selalunya sama dengan hipotesis (tapi bukan

    sentiasa betul).

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    36/55

     Modul KPS

    36

    Soalan eksperimen di atas adalah soalan jenis ST. Maka, contoh jawapan:

    •  Tumbuhan memerlukan air untuk hidup.

    •  Tumbuhan akan mati jika tiada air.

    •  Ketiadaan air menyebabkan tumbuhan mati.

    * Tips tambahan untuk membuat kesimpulan.

    Katakan kita menggunakan arnab dalam eksperimen, maka dalam

    kesimpulan, kita menggunakan perkataan 'haiwan' menggantikan perkataan

    'arnab'. Sama juga dengan spesies tumbuhan seperti bayam, bunga raya,

    kangkung, kelapa... tukar nama-nama tersebut kepada 'tumbuhan' apabila

    menulis jawapan kesimpulan.

    Tahu kenapa kita perlu menukarnya? Seperti yang kita maklum,

    kesimpulan adalah sesuatu yang kita perolehi melalui penyiasatan atau

    eksperimen dan ianya telah dibuktikan betul melalui keputusan eksperimen

    atau kajian yang diperolehi. Tidak kisah sama ada kita menggunakan kucing

    atau kerbau, selagi penyiasatan atau eksperimen yang kita jalankan itu sama,

    maka kesimpulan juga mesti tetap sama.

    Dengan kata lain, kesimpulan seharusnya boleh digunakan dalam

    penyiasatan/eksperimen lain yang sama tetapi menggunakan pembolehubah-

    pembolehubah yang berlainan. Ingat, kesimpulan adalah suatu pernyataan

    umum (tetapi terbukti betul) yang merangkumi semua dalam kategorinya.

    Lihat contoh di bawah:

    - Kucing dalam eksperimen mati bila tidak mendapat udara.

    - Kerbau dalam eksperimen mati bila tidak mendapat udara.

    Untuk kesimpulan... kita boleh katakan...

    - Kucing memerlukan udara untuk hidup.

    - Kerbau memerlukan udara untuk hidup.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    37/55

     Modul KPS

    37

    Kedua-dua ayat kesimpulan di atas adalah betul, cuma lebih baik jika kita

    katakan...

    - HAIWAN memerlukan udara untuk hidup (perkataan haiwan merangkumi

    apa saja spesies haiwan). Jadi, demikian juga dengan tumbuhan.

    * Persoalan 1:

    Cikgu, correct me if I do a mistake here. Just now I read the way to write aconclusion in Bahasa Malaysia. Is it acceptable if students use the wordSemakin.....semakin.......  as a key word in writing it? The information that Igot from the last year technique, the initial word to write down a conclusion isa student should use the word  Apabila (apa yang diperhati) (corak), (apayang diukur) (corak). Give me a comment about it. Thank you.

    * Pertanyaan sebenar daripada seorang guru dalam Forum Mari Belajar.

    * Jawapan:

    Katalah…

    1. Semakin tumbuhan meninggi, semakin banyak air yang diperlukan.

    2. Apabila tumbuhan meninggi, lebih banyak air yang diperlukan

    Kedua-dua jawapan di atas walaupun berlainan ayat tetapi tetap

    membawa maksud yang sama. Ingat, Sains adalah subjek yang

    mementingkan fakta dan tidak bergantung kepada ayat... dengan syarat ayat

    yang digunakan adalah ayat yang boleh difaham, mempunyai fakta, teratur,

    lojik dan tidak ‘tergantung’.

    Terdapat banyak teknik bagaimana menjawab soalan-soalan bahagian

    B Sains dan ia bergantung kepada siapa yang memberikan taklimat, ceramah

    atau pengajaran. Individu yang berlainan mungkin akan memberikan teknik

    menjawab yang berlainan... tapi semua betul. Jadi jangan risau, sama ada

    anda ingin mengatakan ’The more I learn, the more I understand " atau

    "When I learn more, I will understand more"...  pada saya kedua-duanya

    boleh digunakan. Bagaimanapun, khas untuk murid-murid, ikutlah teknik

    menjawab yang diajar oleh guru Sains kamu di sekolah.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    38/55

     Modul KPS

    38

    * Persoalan 2:

    Saya ingin bertanya… sekiranya kita meminta murid memberikan jawapanbagi ‘conclusion/kesimpulan’ berdasarkan topik... sebagai contoh dua pengangkutan air yang berbeza dengan masa yang diambil untuk sampai kedestinasi... adakah jawapannya;

    1. Different type of water transportation took different time to reach thedestination.2. When the water transportation technology increases (developed) the time

    to reach the destination will decreased.Terdapat kekeliruan di sini… adakah kita perlu kaitkan jawapan dengan topiksoalan (tahun 4) atau ambil sumber terus dari maklumat dalam soalan?  

    * Pertanyaan sebenar daripada seorang guru dalam Forum Mari Belajar.  

    * Jawapan:

    Pendapat saya begini…

      Lihat soalan tentang apa, jika mengenai teknologi, maka jawapan haruslah

    ada kaitan dengan teknologi juga.  Lihat apa semua yang ditanya pada 'anak-anak' soalan.

    Soalan ini lebih kurang sama dengan soalan berikut… katalah

    beberapa objek (batu, daun, bulu ayam, bola ping pong) dijatuhkan dari

     paras ketinggian yang sama dan masa diambil sehingga menyentuh

     permukaan lantai direkodkan. 

    Ulasan… jika kesimpulan yang dibuat ialah:

    - Objek yang berlainan mengambil masa yang berlainan untuk sampai ke

    lantai. 

    Maka, memang betul... tapi...

    i. Adakah inilah kesimpulan yang betul-betul diminta dalam soalan?

    ii. Adakah inilah yang hendak diuji dalam soalan?

    iii. Cuba perhatikan ayat tersebut. Ayat jawapan di atas sebenarnya tidak

     perlu disebutpun sebab sudah sememangnya objek yang berlainan

    akan mengambil masa yang berlainan untuk sampai ke lantai .

    Umpama, kita mengatakan jenama kereta yang berlainan mempunyai

    bentuk yang berlainan. Keadaan yang sudah nyata dan terang tidak

     perlu lagi dikaji.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    39/55

     Modul KPS

    39

    iv. Perlukan murid-murid mempunyai Kemahiran Proses Sains (KPS)

    yang baik untuk mengetahui bahawa objek yang berlainan akan

    mengambil masa yang berlainan untuk sampai ke lantai?

    Tapi...

    i. Jika dikaitkan dengan konsep Sains, murid haruslah mempunyai

     pengetahuan KPS yang baik untuk mengetahui soalan tersebut

    sebenarnya berkenaan dengan berat dan graviti.

    ii. Maka, objek yang berlainan berat akan mengambil masa yang

    berlainan untuk sampai ke lantai.

    Maka...

    Jawapan paling sesuai adalah... Objek yang lebih berat akan mengambil

    masa lebih singkat untuk sampai ke lantai . Tahu kenapa? Sebab objek

    yang lebih berat akan mengalami tarikan graviti bumi yang lebih kuat.

    Jadi...

    •  Objek yang berlainan mengambil masa yang berlainan untuk sampai

    ke lantai.

    •  Objek yang lebih berat akan mengambil masa lebih singkat untuk

    sampai ke bawah.

    Daripada ayat jawapan di atas...

    i. Manakah yang paling sesuai dijadikan jawapan?

    ii. Mana yang memerlukan pengetahuan dalam KPS?

    iii. Mana yang menguji kebolehan berfikir murid?

    Jadi, balik kepada dua contoh jawapan yang diberi, mana yang lebih sesuai?

    •  Different type of water transportation took different time to reach the

    destination.

    •  When the water transportation technology increases (developed) the time

    to reach the destination will decreased.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    40/55

     Modul KPS

    40

    Sebab itu, pemilihan ayat-ayat jawapan haruslah dibuat berhati-hati dengan

    mengambil kira KPS dan kebolehan berfikir murid. Bagaimanapun, ia

    bergantung juga kepada bentuk soalan.

    * Persoalan 3:

    Kesimpulan dan hipotesis yang tiada pola, terus boleh buat kesimpulandengan ayat terus (tidak guna `semakin... semakin’). Ada juga kesimpulanyang boleh terima kedua-duanya seperti dalam tajuk keperluan asas. Begitu juga dalam tajuk gerhana di mana tiada hubungan di antara p/udimanipulasikan (WTC) dengan p/u bergerakbalas (WTO). Maka, kesimpulandan hipotesis tidak perlu guna ’semakin... semakin...’.Katalah…WTC : The number of mice (bilangan tikus)WTO : The weight of mice after 1 month (berat tikus selepas sebulan)

    Hipotesis : Jika bilangan tikus bertambah, beratnya selepas sebulanberkurangan.

    Untuk kesimpulan, boleh jawab begitu atau ‘semakin... semakin...’?Tapi kalau murid jawab: Animals compete for space (haiwan bersaingmendapatkan ruang), bolehkah diterima? Ada dalam buku tertulis: Competition causes retardation in the growth of plants (persaingan menyebabkan pertumbuhan tumbuhan terbantut).

    Banyak betul jawapan untuk kesimpulan (conclusion). Pening jadinya…Jadi, untuk soalan jenis SP (trend/pola), boleh guna jawapan seperti yangcikgu beri atau guna ‘ semakin… semakin…’?

    * Pertanyaan sebenar daripada seorang guru dalam Forum Mari Belajar.  

    * Jawapan:

    Walaupun jawapan di atas boleh diterima, ia banyak bergantung kepada apa

    sebenarnya yang dimaksudkan atau dikehendaki oleh soalan.

    Contoh: Jika ada beberapa kotak yang setiap satunya mempunyai bilangan

    tikus yang berlainan, selepas sebulan berat tikus berkurangan.

    Hipotesis :

    •  Semakin banyak bilangan tikus, semakin kurang berat tikus... atau...

    •  Jika bilangan tikus bertambah, beratnya juga berkurangan.

    •  Pertambahan bilangan tikus akan menyebabkan berat tikus berkurangan.

    •  ... dan mana-mana jawapan yang boleh diterima.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    41/55

     Modul KPS

    41

    Inferens :

    •  Sebut tentang persaingan/competition

    •  Semakin banyak bilangan tikus, semakin hebat persaingan untuk

    mendapatkan sumber keperluan (*makanan, air, ruang).

    •  Jika bilangan tikus bertambah, persaingan mendapatkan (*makanan, air,

    ruang) juga bertambah.

    •  Pertambahan bilangan tikus akan menyebabkan persaingan mendapatkan

    (makanan, air, ruang) meningkat.

    •  ... dan mana-mana jawapan yang boleh diterima.

    Kesimpulan :

    •  Boleh gabung ketiga-tiga iaitu ‘semakin… + semakin hebat persaingan +

    berat tikus berkurangan.

    •  Boleh tulis seperti hipotesis juga.

    •  atau... peningkatan persaingan akan menyebabkan penurunan berat tikus.

    •  atau… mana-mana jawapan lain yang boleh diterima.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    42/55

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    43/55

     Modul KPS

    43

    difikir pula, apa sebenarnya peranan kita sebagai guru Sains... adakah untuk

    merugikan atau menguntungkan murid dari segi markah?

    Kita perlu ingat, sebagai guru Sains, adakah kita akan menerima

    sahaja bulat-bulat jawapan yang ada dalam mana-mana buku rujukan tanpa

    membuat penilaian terlebih dahulu tentang kebolehpercayaan ayat jawapan

    yang diberi? Sebab itu kita mestilah berpendirian dan berkebolehan menilai,

    dengan syarat kita tahu benar apa yang kita perkatakan. Atas alasan inilah,

    setiap kita perlu banyakkan ‘kajian’ dalam teknik-teknik menjawab soalan-

    soalan Sains berkaitan KPS. Ini penting kerana jawapan-jawapan murid

    adalah pelbagai. Ia adalah untuk kebaikan kita juga... dan juga murid.

    Francis Victor

    Guru Cemerlang SainsTelefon : 019-8802862Email  : [email protected] : http://maribelajar.forumotion.com/forum.htm

    *Makluman:

    Seperti yang kita maklum, Kementerian Pelajaran telah memutuskan untuk

    menghentikan PPSMI atau Pengajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa

    Inggeris. Atas sebab inilah modul KPS ini ditulis dalam Bahasa Malaysia.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    44/55

     Modul KPS

    44

    LAMPIRAN

    RINGKASAN KPS

    Berikut adalah ringkasan bagi KPS yang diterangkan sebelum ini.

    Perhatikan betul-betul bagaimana mencari, mengenal pasti dan membezakan

    semua elemen KPS bagi kedua-dua jenis soalan.

    Jenis soalan Soalan Terus (ST) Soalan Perhubungan (SP)

    Eksperimen 1 Eksperimen 2

    Tumbuhan A diberi airmanakala tumbuhan Btidak diberi air.

    Kedua-dua tumbuhan diberi airiaitu 1 gelas untuk tumbuhan Pdan 2 gelas air untuk tumbuhanQ.

     Aktiviti tidak sama Aktiviti samaP/u dimalarkan Spesies tumbuhan,

    tempoh eksperimenSpesies tumbuhan, tempoheksperimen

    P/udimanipulasikan

    Kehadiran air Kuantiti air, jumlah air, isipaduair

    P/ubergerakbalas

    Keadaan tumbuhan Keadaan tumbuhan / ketinggiantumbuhan

    Tujuaneksperimen /penyiasatan

    Untuk menunjukkanbahawa tumbuhanmemerlukan air untukhidup.

    Untuk menyiasat hubungan diantara kuantiti air denganketinggian tumbuhan.

    Pemerhatian Tumbuhan A masihhidup manakalatumbuhan B layu.

    Tumbuhan Q tumbuh lebihtinggi daripada tumbuhan P 

    Kenapa?Inferens

    Kerana tumbuhan Adiberi air manakalatumbuhan B tidak diberiair.

    Kerana tumbuhan Q mendapatlebih banyak air daripadatumbuhan P 

    Hipotesis Tumbuhan memerlukanair untuk hidup

    Tumbuhan memerlukan lebihbanyak air untuk tumbuh lebihtinggi. Atau... Semakin banyaktumbuhan mendapat air,semakin tinggi tumbuhantersebut. 

    Kesimpulan Tumbuhan memerlukan Tumbuhan memerlukan lebih

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    45/55

     Modul KPS

    45

    air untuk hidup. banyak air untuk tumbuh lebihtinggi. Atau... Semakin banyaktumbuhan mendapat air,semakin tinggi tumbuhantersebut. 

    Soalan Perhubungan Soalan Terus

    Tujuan eksperimen,penyiasatan, kajian(aim/purpose ofinvestigation) 

    Untuk menyiasathubungan di antara WTC

    dengan WTO.

    Untuk menyiasat faktor..Untuk menyiasat kesan

    WTC ke atas WTO.Untuk menunjukkan...Untuk membuktikan...

    Pemerhatian(observation) 

    Beritahu apa yang diperhati (yang penting sahaja)

    Inferens, sebab,alasan (inference) 

    Daripada pemerhatian, beritahu kenapa…

    Pembolehubah(variables)  Variable - mesti penting… parameter + objek

    P/u dimalarkan(constant variable, whatto kept the same) 

     Apa yang dikekalkan, sama, tidak berubah, tetap,malar... sengaja dikekalkan

    P/u dimanipulasikan(manipulated variable,what to change) 

     Apa yg diubah, tidak sama, berlainan… sengajadiubah

    P/u bergerakbalas(responding variable,what to observe /measure) 

    Yang diukur

    2 p/u @ maklumat WTC dan WTOHipotesis,hubungan, perkaitan(hypothesis) 

    Semakin WTC, semakinWTO.

     Ayat mesti betul & sesuai

    Guna ayat terus =kesimpulan

    Corak, pola, bentukperubahan (trend ) 

    Menurun, meningkat, bertambah, berkurang, tidakberubah, tetap, stabil

    Ramalan ( prediction)  Meramal angka atau situasi.Kira jika boleh kira.

    Jika tidak boleh kira, berikan jawapan anggaran.Kesimpulan,rumusan (conclusion) 

    Jawapan kepada tujuaneksperimen

    Guna ayat terus =hipotesis

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    46/55

     Modul KPS

    46

    CERITA KPS 

    Perhatikan cerita KPS berikut. Cerita ini sebenarnya berlaku dalam

    kehidupan seharian kita. Tanpa kita sedar, banyak ‘cerita’ atau perbualan kita

    mempunyai unsur-unsur KPS.

    Soalan Terus (ST);

    Murid A:   Apa awak buat?

    Murid B:  Saya mahu  menunjukkan bahawa tumbuhan memerlukan air

    untuk hidup.

    Murid A:  Jadi, selepas eksperimen, apa pemerhatian awak?Murid B:  Tumbuhan A masih hidup manakala tumbuhan B layu.

    Murid A: Mengapa?

    Murid B: Kerana tumbuhan A diberi air manakala tumbuhan B tidak

    diberi air.

    Murid A: Jadi, apa kesimpulan awak?

    Murid B: Tumbuhan memerlukan air untuk hidup.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    47/55

     Modul KPS

    47

    Soalan Perhubungan (SP);

    Murid A:   Apa awak buat?

    Murid B:  Saya mahu  menyiasat hubungan di antara kuantiti air dengankeadaan tumbuhan.

    Murid A:  Jadi, selepas eksperimen, apakah pemerhatian awak?

    Murid B:  Tumbuhan Q tumbuh lebih tinggi daripada tumbuhan P.

    Murid A: Kenapa?

    Murid B: Kerana tumbuhan Q mendapat lebih banyak air daripada

    tumbuhan P.

    Murid A: Jadi, apa kesimpulan anda?

    Murid B: Tumbuhan memerlukan lebih banyak air untuk hidup lebih

    tinggi. Atau... semakin banyak tumbuhan mendapat air,

    semakin tinggi tumbuhan.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    48/55

     Modul KPS

    48

    PEMERHATIAN vs P/U BERGERAKBALAS

    Murid-murid adakalanya melakukan kesilapan apabila gagal

    membezakan antara pemerhatian dengan p/u bergerakbalas (WTO).

     Akibatnya, jawapan yang diberi adalah salah. Berikut adalah beberapa contohperbezaan pemerhatian dengan p/u bergerakbalas yang harus diberi

    perhatian oleh murid.

    Pemerhatian P/u bergerakbalas

    Suhu air semakin meningkat Kenaikan suhu

    Paku berkarat Pengaratan paku

    Tumbuhan semakin subur Kesuburan tumbuhan

    Tikus hidup lebih lama Tempoh hidup tikus

    Kereta bergerak laju Kelajuan kereta

    Jarak yang dilalui semakin dekat Jarak yang dilalui

    Bunyi semakin kuat Kekuatan bunyi

    Murid semakin faham Kefahaman murid

    Mentol semakin cerah Kecerahan nyalaan mentol

    KELEMAHAN / KESILAPAN KPS dan SAINS

    1. Tidak memahami kehendak soalan (kunci soalan), lain yang diminta lain

    yang dijawab. Mungkin soalan meminta tujuan eksperimen tapi murid

    memberi jawapan untuk hipotesis.

    2. Memberikan ayat untuk jawapan yang tergantung atau tidak lengkap.

    Jawapan tidak lengkap tidak akan diberi markah.

    3. Ayat berbelit-belit atau terlalu panjang tetapi tidak dapat menyampaikan

    apa yang dimaksudkan.

    4. Tidak dapat membezakan soalan Jenis Terus (ST) dengan soalan Jenis

    Perhubungan (SP).

    5. Tidak dapat mengenal pasti kata kunci dalam soalan.

    6. Pembolehubah: Jawapan p/u yang diberikan tidak penting. Atau tidak

    mempunyai parameter (contoh, suhu air dan bukannya air sahaja). Atau

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    49/55

     Modul KPS

    49

     jawapan terbalik antara p/u dimalarkan, dimanipulasikan dan

    bergerakbalas.

    7. Pemerhatian: Memberikan jawapan pemerhatian yang tidak penting atau

    mengulangi pemerhatian yang telah dinyatakan dalam soalan.

    8. Inferens:  Bila pemerhatian salah, inferens juga akan salah. Atau

    memberikan inferens yang sudah dinyatakan dalam soalan, atau inferens

    tidak lojik dan tiada kaitan dengan fakta Sains.

    9. Hipotesis:  Tidak menunjukkan perubahan data, atau p/u salah, atau

    hubungan antara p/u tidak ditunjukkan.

    10.Pola / corak:  Tidak menunjukkan perubahan data, atau sebahagian

    sahaja data yang disebut / diulas.

    11.Ramalan: Tidak menunjukkan unit (jika ada). Tidak membezakan antara

     jawapan kiraan dengan jawapan anggaran.

    12.Kesimpulan, rumusan:  Hanya merumus sebahagian data sahaja dan

    bukannya keseluruhan data.

    13. Tidak dapat memindahkan maklumat daripada jadual, carta atau graf

    kepada bentuk kenyataan atau ayat.

    14. Menggunakan terlalu banyak masa untuk menjawab soalan bahagian A.

    15. Meninggalkan ruangan jawapan kosong tidak dijawab.

    16. Tidak berminat mempelajari Kemahiran Proses Sains (KPS).

    17. Memperuntukkan banyak masa untuk belajar subjek lain tapi tidak Sains.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    50/55

     Modul KPS

    50

    TIPS MENJAWAB SOALAN SAINS BAHAGIAN B

    1. Baca soalan dengan teliti. Fahamkan segala maklumat tersebut terutama

    dalam perenggan, jadual, graf, gambarajah yang berlabel dan sebgainya.

    Ini bagi mendapatkan gambaran awal tentang tujuan eksperimendijalankan, konsep atau fakta Sains yang ingin diutarakan.

    2. Cuba fahami suatu soalan itu adalah tentang apa... kaitkan dengan tajuk-

    tajuk dalam Sukatan Pelajaran Sains. Jika soalan mengatakan sebatang

    besi yang berkarat apabila dimasukkan ke dalam air, ia sebenarnya

    adalah dalam tajuk Pengaratan. Penting untuk mengetahui suatu soalan

    itu dalam tajuk apa supaya kita mendapat bayangan bentuk jawapan yang

    dikehendaki. Selain daripada itu kita juga dapat mengelak daripada

    ’terkeluar tajuk’ dan memberikan jawapan salah.

    3. Selepas memahami maklumat di atas, calon hendaklah membaca

    keseluruhan soalan utama dan pecahan-pecahannya sepintas lalu. Ini

    bertujuan agar calon tidak mengulangi jawapan yang sama bagi setiap

    pecahan soalan tadi. Tidak perlu mengambil masa yang lama untuk

    membaca pecahan-pecahan soalan ini.

    4. Semasa membaca soalan tadi, cuba fahamkan kehendak utama soalan

    (kata kunci soalan) agar anda menjawab apa yang soalan tanyakan,

    bukannya menjawab apa yang anda tahu. Anda boleh menggariskan kata

    kunci soalan tadi.

    5. Setelah faham kehendak utama soalan, calon harus mula memikirkan

     jawapan-jawapannya. Di sini dicadangkan 4 cara untuk mencari

     jawapannya;

    a) Cuba cari jawapan daripada maklumat sama ada dari perenggan, carta

    palang, jadual atau gambar rajah berlabel atau...

    b) Cuba kaitkan dengan pengetahuan sains yang dipelajari di dalam kelas

    berdasarkan tajuk-tajuk Sains Tahun 4, 5 dan 6 atau...

    c) Cuba kaitkan dengan pengalaman atau kejadian yang berlaku dalam

    kehidupan kita seharian atau...

    d) Cuba fikirkan secara logik jawapan yang anda berikan, khususnya

    yang berkaitan dengan Sains.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    51/55

     Modul KPS

    51

    6. Elakkan menjawab menggunakan ayat yang terlalu panjang atau

    berbentuk kenyataan umum sahaja (tidak menunjukkan ciri-ciri saintifik).

    7. Gunakan laras bahasa yang ringkas, tepat dan sesuai termasuklah istilah-

    istilah saintifik. Anggap pemeriksa tidak tahu apa-apa tentang Sains.

    8. Pastikan juga jawapan bersesuaian dengan konsep Sains. Jawapan yang

    tidak menepati konsep Sains dianggap salah.

    9. Setelah menulis jawapan tadi, semak semula jawapan yang ditulis sama

    ada dari segi ejaan (terutama ejaan untuk istilah-istilah Sains), pemilihan

    perkataan yang tepat, kekemasan tulisan dan sebagainya.

    10. Seterusnya, jawab soalan-soalan berikutnya.

    11. Sekiranya terdapat soalan yang sukar dijawab, tinggalkan soalan tersebut

    untuk sementara waktu. Jawab soalan-soalan yang lain dahulu. Selesai

    menjawab soalan yang lain, kembali semula kepada soalan yang belum

    dijawab tadi. Ingat, agihan masa adalah 45 minit untuk bahagian A dan 30

    minit untuk bahagian B.

    12. Pastikan kesemua soalan dijawab. Jangan dibiarkan kosong ketika

    menghantar kertas jawapan. Sebaliknya tulislah apa-apa sahaja jawapan

    kerana markah tidak akan dipotong jika jawapan anda salah.

    13. Pastikan tulisan anda boleh dibaca dan padamkan bersih-bersih sekiranya

    anda ingin menulis jawapan yang baru. Tulisan yang ’comot’ dan tidak

    kemas akan menyebabkan pemeriksa merasa bosan, kurang senang dan

    mungkin akan mempengaruhi markah anda.

    14. Untuk menambah kemahiran anda menjawab soalan-soalan Sains,

    banyakkah latihan dengan menggunakan masa sebenar seperti dalam

    peperiksaaan.

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    52/55

     Modul KPS

    52

    SOALAN PERBINCANGAN

    1. The diagram below shows three electric circuits, R, S and T. The

    brightness of the bulbs are recorded.

    Gambarajah di bawah menunjukkan 3 litar elektrik, R, S dan T. Kecerahanmentol direkodkan. 

    SOALAN PANDUAN

    a) What is the purpose (aim) of this investigation? Apakah tujuan penyiasatan? 

    -apa jenis soalan?-apa ayat standard  untuk tujuanpenyiasatan?-apa wtc & wto?

    b) What is your observation? Apakah pemerhatian yang boleh dibuat? 

    -mesti penting & lojik-tidak perlu beritahukenapa

    c) Give reason for your answer in (b)?Berikan sebab/alasan bagi jawapan anda di (b)? 

    -mesti penting & lojik-beritahu sebab

    d) What is the trend of changes in the brightness ofthe bulbs in circuits, R. S and T? Apakah pola/corak perubahan kecerahan mentol dalamlitar R, S dan T? 

    -pola, tren, bentukperubahan kecerahanmentol

    e) What is kept the same (constant) in thisinvestigation?Nyatakan 1 pemboleh ubah yang dimalarkan dalam penyiasatan. 

    -yang sama-parameter + objek-mesti penting

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    53/55

     Modul KPS

    53

    f) What is changed (manipulated variable)? Apakah pembolehubah yang dimanipulasikan? 

    -yang diubah,berlainan-parameter + objek-mesti penting

    g) What to observe (responding variable)?

     Apakah pembolehubah yang bergerakbalas? 

    -yang terima akibat,kesan

    -parameter + objek-mesti penting

    h) State one relationship (hypothesis) between thevariable that is changed (manipulated) and thevariable that is observed (responding), that can bemade in this investigation.Nyatakan 1 hubungan (hipotesis) antara pembolehubahdimanipulasikan dengan pembolehubah bergerakbalasyang boleh dibuat dalam penyiasatan ini. 

    -hubungan wtc denganwto-jangan lupa pastikan jenis soalan

    i) Predict what happen if we use 4 bulbs in thecircuit?Ramalkan apa yang akan berlaku jika kitamenggunakan 4 mentol dalam litar? 

    -apa berlaku kepadakecerahan mentol?

    Diagram below shows the arrangement of bulbs in two different circuits.The brightness of the bulbs are recorded.Gambarajah di bawah menunjukkan susunan beberapa mentol dalam 2 litar

    berlainan. Kecerahan mentol direkodkan. 

     j) What can you conclude from this investigation? Apakah yang anda boleh rumuskan dalam penyiasatanini? 

    -adakah ini masihsama dengan jenissoalan di atas?Kenapa?

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    54/55

     Modul KPS

    54

    2. Diagram below is a bar chart which shows how many telephonenumbers are memorised by five people aged 30, 40, 50, 60 and 70 years. Gambarajah carta bar di bawah menunjukkan bilangan nombor telefon yangboleh diingat oleh beberapa orang yang berumur 30, 40, 50, 60 dan 70 tahun. 

    SOALAN PANDUAN

    a) What is the purpose (aim) of this investigation? Apakah tujuan penyiasatan? 

    -apa jenis soalan?-apa ayat standarduntuk tujuanpenyiasatan?-apa wtc & wto?

    b) What is your observation? Apakah pemerhatian yang boleh dibuat? 

    -mesti penting & lojik-tidak perlu beritahukenapa

    c) Give reason for your answer in (b)?Berikan sebab/alasan bagi jawapan anda di (b)? 

    -mesti penting & lojik-beritahu sebab

    d) What is kept the same (constant) in thisinvestigation? Apakah pemboleh ubah yang dimalarkan dalam

     penyiasatan. 

    -yang sama-parameter + objek-mesti penting

    e) What is changed (manipulated variable)  Apakah pembolehubah yang dimanipulasikan? 

    -yang diubah,berlainan-parameter + objek-mesti penting

  • 8/18/2019 Modul KPS 2 _bhg isi_

    55/55

     Modul KPS

    f) What is observed (responding variable) Apakah pembolehubah yang bergerakbalas? 

    -yang terima akibat,kesan-parameter + objek-mesti penting

    g) State two other variables that are kept the same(constant).

    Nyatakan 2 pembolehubah lain yang dimalarkan. 

    -wtk-parameter + objek

    -mesti penting-beri 2

    h) Based on the bar chart above, state onerelationship (hypothesis) between the variable thatis changed (manipulated) and the variable that isobserved (responding).Berdasarkan kepada carta bar di atas, nyatakanhubungan (hipotesis) di antara pembolehubah yangdimanipulasi dengan pembolehubah yangbergerakbalas. 

    -hubungan wtc denganwto-jangan lupa pastikan jenis soalan

    i) What is the trend of change for the number oftelephone numbers that can be memorised by thepeople in the bar chart? Apakah corak/pola perubahan bilangan nombor telefonyang dapat diingat seperti yang ditunjukkan dalam cartabar di atas? 

    -pola, tren, bentukperubahan bilangannombor tel yang bolehdiingat