Upload
alias-piei
View
58
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
modul tutorial
Citation preview
Windows Movie Maker 1
Windows Movie Maker
Windows Movie Maker (WMM) merupakan satu perisian yang digunakan untuk mencipta/mengedit video. Perisian ini mengandungi fetur seperti effects, transitions, titles/credits, audio track, timeline narration, dan Auto Movie. Dengan menggunakan WMM, ianya amat mudah untuk mencipta, mengedit dan memasukkan pelbagai kesan video yang menarik.
Bar Menu dan Toolbar
Bar menu dan toolbar dalam WMM memudahkan capaian penggunaan pelbagai fungsi penting di dalam program ini. Berikut merupakan rajah antara muka untuk bar menu WMM.
Bagi menghasilkan klip video, berikut merupakan panduan langkah demi langkah.
Langkah 1: Membuka Program WMM
TaskFrame
CollectionFrame
Media Preview Frame
Storyboard / Timeline Frame
Media Preview Frame
Storyboard Frame
Timeline Frame
Task Frame
Langkah 2: Mencipta Projek Baru
Langkah yang pertama adalah untuk mencipta satu projek baru. Dengan ini, satu failWMM akan tercipta.
1. Buka program Window Movie Maker2. Pilih File > Save Project As
Antara muka WMM dan menu File
3. Pilih folder My Documents / MyVideos.4. Cipta satu folder baru dan namakan folder tersebut.5. Cipta nama fail untuk projek dan klik butang Save.
Tetingkap untuk mencipta projek baru dan butang Save
Langkah 3: Mengimport Video/Gambar/Audio
Untuk mendapatkan fail dari perkakasan video:1. Sambungkan kamera video kepada komputer/laptop dengan
menggunakan kabel FireWire.2. Setkan kemera video kepada mod VCR atau VTR.3. Klik dua kali pada program Window Movie Maker.4. Klik pada File dan kemudian pilih “1. Capture Video”. Kotak dialog Video
Capture Wizard akan muncul.5. Taipkan nama fail yang hendak disimpan ke dalam komputer pada
kotak teks, “Enter a file name for your captured video”.6. Pada “Choose a Place to Save Your Captured Video”, pilih lokasi di mana fail
video tersebut hendak disimpan atau klik pada butang Browse untuk memelih lokasi. Kemudian tekan butang Next.
7. Pada laman Video Setting, pilih ketetapan video untuk simpan fail video
dan/atau audio.8. Dalam laman Capture Method, klik
pada “Capture the entire tape automatically”.
9. Akhir sekali, klik pada butang Finish untuk menutup Video Capture Wizard.
Kandungan video yang di simpan akan diimport sebagai koleksi baru dalamCollection Frame.
Untuk Mengimport Video:2. Klik pada butang yang berada bersebelahan dengan “1. Capture
Video” pada tetingkap Movie Tasks, satu menu akan muncul.
3. Klik pada “Import video”.4. Pilih folder yang menyimpan fail video yang dikehendaki, klik pada fail
tersebut dan kemudian klik pada butang Import.
Untuk Mengimport Gambar:1. Klik pada butang yang berada bersebelahan dengan “1. Capture
Video” pada tetingkap Movie Tasks, satu menu akan muncul.
2. Klik pada “Import pictures”.3. Pilih folder yang menyimpan fail gambar yang dikehendaki, klik pada fail
tersebut dan kemudian klik pada butang Import.
Untuk Mengimport Audio:1. Klik pada butang yang berada bersebelahan dengan “1. Capture
Video” pada tetingkap Movie Tasks, satu menu akan muncul.
2. Klik pada “Import audio or music”.3. Pilih folder yang menyimpan audio atau muzik yang dikehendaki, klik
pada fail tersebut dan kemudian klik pada butang Import.
Fail-fail yang telah diimport mestilah wujud dalam Collection Frame.
Contoh fail Video/Gambar/Audio yang telah diimport
Untuk melihat fail yang terdapat dalam Collection Frame, klik pada fail yang dikehendaki dan fail tersebut akan muncul pada Media Preview Frame.
Windows Movie Maker 10
Langkah 4: Memindahkan Fail Video Ke Dalam Storyboard
Sebelum bermula pastikan bahawa frame di bawah tetingkap adalah dalam
bentuk Storyboard. Jika tidak, sila klik pada butang . Setelah Storyboard frame dipilih, program sedia untuk memasukkan fail video.
1. Klik dan letakkan fail video yang diingini ke dalam kotak pertama pada Storyboard frame. Fail video yang dipilih akan kelihatan pada kotak yang dipilih.
2. Ulang cara yang sama untuk klip video seterusnya yang ingin ditambah ke dalam klip video tersebut.
Klik dan letakkan klip video pilihan ke dalam kotak di Storyboard
Windows Movie Maker 11
Langkah 5: Memindahkan Fail Gambar Ke Dalam Storyboard
1. Klik dan letakkan fail gambar yang diingini ke dalam kotak yang seterusnya pada Storyboard frame. Fail gambar yang dipilih akan kelihatan pada kotak yang dipilih.
2. Ulang cara yang sama untuk gambar seterusnya yang ingin ditambah ke dalam klip video tersebut.
Klik dan letakkan klip gambar pilihan ke dalam kotak di Storyboard
Windows Movie Maker 12
Langkah 6: Potong/Trim Klip Video
Bagi membolehkan klip video dipotong atau trim, fail-fail yang telah disusun
perlu wujud dalam Timeline frame. Klik butang untuk ubah bentuk frame tersebut.
1. Dalam Timeline frame, klik pada klip video yang hendak dipotong/trim.
Bentuk Timeline
Windows Movie Maker 13
2. Gerakkan kursor pada permulaan video klip yang hendak diedit. Ikon Trim
akan muncul.3. Klik dan letakkan kursor ke kanan, pada ketika ini dapat dilihat
perubahan pada tetingkap Media Preview untuk frame pertama yang hendak dipotong .
Klik dan letakkan kursor untuk trim klip video
4. Untuk trim penghujung klip video, klik dan letakkan kursor dari kanan sehingga penghujung klip video.
*** Kelebihan menggunakan kaedah ini dalam program WMM adalah, bahagian klip video yang dipotong/trim, tidak akan hilang dan boleh diubah kemudian selagi projektidak disimpan.
Windows Movie Maker 14
Langkah 7: Memasukkan Audio
Untuk menambah bunyi/audio ke dalam klip video, frame haruslah dalam keadaan Timeline. Jika frame dalam bentuk Storyboard, klik pada
butang yang terdapat di dalam frame bawah dalam program WMM.
1. Klik dan letakkan fail audio yang diingini ke dalam Timeline frame.2. Apabila fail yang diingini dalam keadaan timeline, fail tersebut boleh
diklik dan letakkan untuk mengubah kedudukannya bergantung kepada kesesuaian klip video yang hendak dihasilkan. Dengan cara yang sama, fail audio boleh tambah ke dalam klip video.
3. Sama seperti fail video, fail audio juga boleh dipotong/trim bergantung
kepada klip video yang hendak dihasilkan.
Klik dan letakkan fail audio ke dalam Timeline
Windows Movie Maker 15
Langkah 8: Memasukkan Effects
Program WMM membolehkan effects (kesan) dan transitions (perubahan) video dihasilkan dengan mudah dalam Storyboard frame. Jika keadaan
frame adalah Timeline, klik butang . Seterusnya effects dan transitions boleh dimasukkan ke dalam klip video dengan mudah seperti langkah berikut.
1. Klik pada butang yang berada bersebelahan dengan “2. Edit Movie” yang terletak pada frame Movie Tasks.
2. Klik pada, “View video effects”, pelbagai pilihan effects akan kelihatan pada
Collection Frame.
Contoh effects yang terdapat pada Collection Frame
Windows Movie Maker 16
3. Sebagai contoh, klik dan letakkan effect, “Fade in, from black”, dan letakkannya pada kotak pertama di atas Storyboard.
Akan muncul simbolbintang yang berwarna kelabu dipenjuru bawah sebelah kanan kotak yang dipilih.
Klik dan letakkan effect ke dalam Storyboard
Effect telah dimasukkan ke dalam klip video
Windows Movie Maker 17
Langkah 9: Memasukkan Transitions
1. Sila pilih “View video transitions” yang terdapat dalam sub-menu “2. Edit
Movie”.2. Klik pada pilihan transitions yang muncul dalam Collection frame.
Contoh transitions yang terdapat dalam Collection Frame
3. Sebagai contoh, pilih, klik dan letakkan transition “Eye” ke kotak
berbentuk yang terletak di antara kotak pertama dan kedua.
Windows Movie Maker 18
Klik dan letakkan transitions ke dalam Storyboard Frame
Transitions telah di masukkan ke dalam klip video
Windows Movie Maker 19
Step 10: Memasukkan Tajuk Di Permulaan
1. Pada sub-menu “2. Edit Movie”, sila pilih dan klik pada “Make titles or credits”.
2. Muncul satu tetingkap dengan soalan, Where do you want to add the title?
Menu untuk memasukkan tajuk
3. Klik pada “Add title at the beginning of the movie”.4. Untuk mengubah bentuk animasi tajuk tersebut, , klik “Change the
Title Animation”.Klik pada nama bentuk animasi pilihan dan paparkan animasi tersebut di frame Media Player.
Windows Movie Maker 20
Contoh animasi tajuk yang ada
Contoh paparan animasi tajuk pada frame Media Player
Windows Movie Maker 21
5. Untuk memasukkan tajuk, klik pada “Edit the title text”, dan tetingkap
Enter Text for Title akan muncul. Sila taip dan edit tajuk yang hendak dipaparkan dalam klip video.
Menaip tajuk yang hendak dimasukkan pada kotak teks
6. Klik “Change the text font and color”, untuk memilih jenis font, warna, saiz, kedudukan dan sebagainya.
Menukar jenis font, saiz dan warna
7. Setealah selesai, klik “Done, add title to movie” untuk memasukkan tajuk.
Windows Movie Maker 22
Langkah 11: Memasukkan Tajuk di Pertengahan
1. Sila tukar frame kepada Timeline dengan mengklik butang
2. Gerakkan slider biru pada kedudukan di mana tajuk tersebut hendak
dimasukkan.
Gerakkan slider biru dengan menggunakan kursor
3. Klik “Make titles and credits” yang terdapat pada sub-menu “2. Edit
Movie”.4. Apabila tetingkap dengan soalan, Where do you want to add the title?, klik
pada “Add title on the selected clip”.
Menu untuk memasukkan tajuk
Windows Movie Maker 23
5. Sama seperti memasukkan tajuk di permulaan klip video, animasi tajuk boleh diubah pada tetingkap Change the Title Animation.
Contoh animasi tajuk
6. Klik “Edit the title text” dan taipkan tajuk yang diingini dalam kotak teks yang disediakan.
Menaip tajuk yang ingin dipaparkan
Windows Movie Maker 24
7. Klik “Change the text font and color”, untuk memilih jenis font, warna, saiz,
kedudukan dan sebagainya.
Menukar jenis font, saiz dan warna latarbelakang
8. Setealah selesai, klik “Done, add title to movie” untuk memasukkan tajuk.
Windows Movie Maker 25
Langkah 12: Memasukkan Credits
1. Klik “Make titles and credits”, di bawah sub-menu “2. Edit movie”.
2. Sama seperti masukkan tajuk, tetingkap Where do you want to add a title?
akan muncul, tetapi kali ini, pilih “Add credits to end”.
Menu tajuk
Windows Movie Maker 26
3. Untuk credits, plihan animasi boleh dibuat pada tetingkap Change the Title
Animation.
Contoh animasi credits
Paparan animasi pilihan di frame Media Preview
Windows Movie Maker 27
4. Edit Text for Title merupakan tetingkap di mana credits yang hendak
dipaparkan, dimasukkan.
Memasukkan credits ke dalam kotak teks
5. Klik “Change the text font and color”, untuk memilih jenis font, warna, saiz, kedudukan dan sebagainya
Menukar jenis font, saiz dan warna latarbelakang
6. Akhir, klik “Done, add title to movie”.
Windows Movie Maker 28
Langkah 13: Papar Klip Video
Apabila klip video yang telah digabung serta diedit, ianya boleh dipaparkan dengan mudah. Ianya hanya melibatkan dua langkah.
1. Pada Media Preview frame, klik butang Stop, ini akan menyebabkan klip video
diputarkan ke permulaan (rewind).2. Klik butang Play yang ada di Media Preview frame dan klip video yang sedang
dibuat akan dipaparkan.
Contoh klip video yang dipaparkan pada Media Preview frame
Windows Movie Maker 29
Langkah 14: Menyimpan Klip Video
1. Pertama, klik pada butang yang berada bersebelahan dengan “3. Finish Movie”. Pilih “Save to my computer” yang terdapat dibawah sub-menu tersebut. Tetingkap Save Movie Wizard akan muncul.
2. Pada tetingkap ini, masukkan nama klip video yang telah dihasilkan pada kekotak “Enter your file name for your saved movie” dan tekan butang Browse untuk memilih folder mana bagi lokasi untuk simpanan fail. Klik Next.
Windows Movie Maker 30
3. Tetingkap seterusnya tandakan, pilihan hanya diberikan untuk, “Best quality
for playback on my computer”. Klik Next.
Windows Movie Maker 31
4. Klip video kini telah disimpan sebagai fail windows movie (.wmv) dan boleh
dimainkan menggunakan perisian Windows Media Player. Apabila fail telah siap disimpan, sila klik butang Finish.
Klip video telah siap apabila telah keluar dari tetingkap Save Movie Wizard. Kiniklip video yang telah dihasilkan boleh dicapai dari dalam folder simpanan yang telah dipilih.