Minit Mesyuarat Agung Kali Ke 39 A

Embed Size (px)

DESCRIPTION

minit mesyuarat

Citation preview

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-39

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-39PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN LB JONHSON

TARIKH: 31 MAC 2011

HARI: KHAMIS

MASA: 2.30 PETANG

TEMPAT: DEWAN SK LB JOHNSON

KEHADIRAN: 184 ORANGAGENDA 1 Melantik Pengerusi Majlis 1.1 En. Kamal bin Kamid mencadangkan En.Bukhari bin Hj.Othman sebagai Pengerusi Mesyuarat . Cadangan disokong sebulat suara.

AGENDA 2 Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38

2.1 En. Zakaria bin Omar selaku Setiausaha PIBG membentangkan Minit Mesyuarat PIBG kali ke -38 untuk diterima dan disahkan.

2.1.1 Dicadangkan oleh : En. Mohd Shazali b. Mohamad 2.1.2 Disokong oleh : Pn. Hjh Fazilah binti Borhan 2.1.3 Diterima : Sebulat suara AGENDA 3 Perkara Berbangkit

3. 1 Tiada perkara berbangkit

AGENDA 4 Pembentangan Laporan Tahunan

4.1 En. Zakaria bin Omar selaku setiausaha PIBG membentangkan Laporan Tahunan PIBG untuk diterima dan disahkan.

4.1.1 Dicadangkan oleh : Pn. Azizah binti Berdan 4.1.2 Disokong oleh : En. Mohd Zin bin Bidin 4.1.3 Diterima : Sebulat suara

AGENDA 5 Membentangkan dan Menerima Penyata Kewangan PIBG Berakhir pada 31 Disember 2010.

5.1 En. Rohaimi b. Ishak selaku Bendahari PIBG membentangkan

laporan Kewangan PIBG bermula dari 1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2010 untuk diterima dan disahkan.

5.1.1 Dicadangkan oleh : En. Rashid bin Sukor 5.1.2 Disokong oleh : En. Mohd Zin bin Bidin 5.1.3 Diterima : Sebulat suara

AGENDA 6 Pemilihan dan Perlantikan AJK PIBG Sesi 2011/2012.

6.1 Keputusan pemilihan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK LB Johnson bagi sesi 2011/2012.

6.1.1 Ex- Officio

: Guru Besar , SK LB Johnson

6.1.2 Yang Dipertua

: En . Abdul Rashid bin Mohd Sukor

6.1.3 Naib Yang Dipertua : En. Mohd Bukhari bin Hj. Othman

6.1.4 Setiausaha : En.Zakaria bin Omar

6.1.5 Naib Setiausaha : Pn.Nur Aisah bt Rahim

6.1.6 Bendahari : En Rohaimi bin Ishak

6.1.7 AJK :

Wakil Ibu Bapa / Penjaga1) En. Mohamad Salzali bin Mohamad

2) Pn.Norini bt Ithnin

3) En .Rosli Sidek

4) Pn. Hjh Fazilah bt Borhan

5) En. Abdullah b. Niamin

Wakil Guru

1) En. Sulaiman bin Adnan

2) En. Ruhaizat bin A.Razak

3) En. Hamizon bin Mohd Aris

4) Pn. Sharifah Fitry bt Syed Rashid

5) Pn. Hjh Natapah bt Hj Haron

6.1.8 Pemeriksa Kira-kira: En.Mohd Zin bin Bidin Pn. Fazilah binti JamilAGENDA 7 Membahaskan Usul

7.1 Usul 1

Meminta supaya pihak sekolah memantau barang-barang yang dijual di kedai buku sekolah. Barang- barang yang dijual di kedai buku sekolah banyak mengandungi barang-barang yang tidak berfaedah untuk kegunaan pelajar seperti pelekat bergambar (kartun), barang permainan, beg dompet kartun, aksesori dan barang-barang lain yang tidak berfaedah dan berguna. Para pelajar menggunakan duit belanja mereka untuk membeli barang yang tidak berfaedah dan menyebabkan mereka meminta duit yang banyak dari penjaga.

Oleh : Pn. Zahariah bt Mohamad JaminJawapan :

Yang Dipertua PIBG menyerahkan perkara tersebut kepada pihak sekolah untuk membuat pemantauan selepas ini.

7.2 Usul 2

Mencadangkan uniform Kelas Agama Petang(KAP) diseragamkan dengan pemakaian uniform yang berlainan daripada uniform rasmi sekolah. Bagi murid lelaki dicadangkan berpakaian baju melayu, bersampin dan bersongkok. Pelajar perempuanpula berbaju kurung. Manakala bagi pemilihan warna pakaian berkenaan akan diserah kepada pihak sekolah dan akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa KAP.Dengan pemakaian uniform tersebut, menggambarkan identity murid kelas KAP dan mengelakkan uniform sekolah waktu pagi berkeadaan kotor dan berbau kerana dipakai seharian.

Oleh : jawatankuasa PIBG sesi 2010/2011Jawapan : Usul diterima sebulat suara7.3 Usul 3

Mencadangkan bayaran persekolahan bagi sesi 2012 seperti berikut :

a) Bayaran yuran persekolahan

i. Insurans : RM 15.00ii. Kertas ujian : RM 6.00iii. MSSD /MSSM : RM 2.00iv. Kegiatan Kokurikulum : RM 3.00v. Pendidikan Islam / Moral : RM 6.00vi. Sukan Tahunan : RM6.00

JUMLAH : RM 24.50 b) Sumbangan PIBG

i. Derma PIBG ( Satu Keluarga) : RM 15.00ii. Kebajikan : RM 5.00iii. Hari Anugerah Cemerlang : RM 7.00

JUMLAH : RM 27.00 c) Kecemerlangan UPSR : RM 100

Jumlah RM60.00 yang dipungut daripada penjaga tahun 6 sebelum ini tidak mampu menampung kos sebenar pelaksanaan Program Kecemelangan UPSR. Pihak sekolah terpaksa memohon sumbangan tambahan daripada tabung PIBG dan sumbangan-sumbangan daripada pihak luar bagi menampung kos sebenar pelaksanaan program UPSR. Di samping itu, tidak semua ibu bapa/ penjaga murid tahun 6 yang membayar sumbangan kecemerlangan UPSR tersebut. d) Bayaran Kertas Peperiksaan / ujian setara

i. Kertas Peperiksaan Bukti dan Pastle : RM 6.00

(Murid tahap 1, 4 dan 5 )

ii. Ujian Canang 1, Canang 2 dan Pra UPSR : RM 18.00

Oleh : Pn.Noor Aida bt Dapun (GPK 1,SK LB JOHNSON)

Usul daripada Sekolah dan Jawatankuasa PIBG sesi 2010/2011

AGENDA 8 Ucapan Penangguhan

8.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Perasmian Bangunan Tambahan SK LB Johnson yang dijalankan serentak dengan mesyuarat PIBG pada tahun ini.8.2 Guru Besar juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada mantan YDP PIBG iaitu En Kamal bin Kamid atas segala usaha beliau selama ini terhadap sekolah dan juga murid-murid SK LB Johnson. Diharapkan agar jasa dan sumbangan bakti terus ditaburkan kepada sekolah ini walaupun tidak lagi memegang jawatan YDP PIBG SK LB J ohnson.

8.3 Yang Dipertua PIBG bagi sessi 2011/2012 mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberi dan mengharapkan agar semua pihak memberi kerjasama dan bersama-sama berusaha untuk mencapai kejayaan bagi pihak sekolah. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir serta yang memberi sokongan kepada pihak PIBG SK LB Johnson.Mesyuarat Agung PIBG ke-39 Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK LB Johnson berakhir pada jam 5.30 petang.

Dicatat oleh :

Cik Maryam Muneerah bt AhmadCik Faezah Nor bt Abd WahabCik Nor Asimah bt Ismail@ Dahalan

Pn Azizan bt Abd RahmanDisediakan oleh,

Disahkan oleh,

(EN. ZAKARIA BIN OMAR)

(EN. ABDUL RASHID BIN MOHD SUKOR)Setiausaha PIBG,

Yang Dipertua PIBG,

SK LB Johnson.

SK LB Johnson.

(TN. HJ. ISAHAK BIN MANAP)

Guru Besar,

SK LB Johnson.