8
MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KEDUA BIL 2/2015 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL RAHMAN Tarikh : 14 April 2015 (Selasa) Masa : 2.15 petang – 5.10 petang Tempat : Dewan Putra, SMK Tunku Abdul Rahman Pengerusi : Tn. Hj. Turin bin Ahmad (Pengetua) Kehadiran : 1. Pn. Hajjah Najamiah Binti Mahmus PK Pentadbiran 2. Tn. Ahmad bin Md Isa PK Kokurikulum 3. Pn Faridah bt Desa GK Kemanusiaan 4. Pn. Mashithoh bt Hussain GK Teknik dan Vokasional 5. Pn. Wan Azimah bt Wan Mahmud GK Sains dan Matematik 6. Pn. Ruzaidah bt Budin GK Bahasa 7. Pn. Nordiana bt Nordin SU Kurikulum / Pen SU Headcount 8. Pn. Teh Bee Keat Pen SU Kurikulum / SU Panitia B.Inggeris 9. Pn. Saudah bt Husin Setiausaha Peperiksaan 10. Pn. Masitah bt Awang Ahmad Guru Perpustakaan dan Media 11. Pn. Noraini bt Samsudin KP Bahasa Melayu 12. Cik Tew Siew Ling KP Bahasa Cina/Penyelia Tingkatan 5 13. Pn. Nor Roshidah bt Abd Kadir Jelani KP Bahasa Arab 14. Pn. Idawati bt Abdul Ghani KP Sains 15. Pn. Cheh Poh Kum KP Matematik 16. En. Che Lah b. Mahamud KP Kemahiran Hidup 17. Pn. Nor Zamila bt Hashim KP/SU Perdagangan/Penyelia Tingkatan 4 18. Pn. Rani a/p Ramanad KP/SU Ekonomi Asas 19. Pn. Kalsom bt Mustaffa KP/SU Prinsip Perakaunan 20. En. Mohd Zawawi b. Taib KP/SU ICT 21. En. Zulkipli b. Mustafa KP Pendidikan Islam 1

Minit Mesy JK Kurikulum Bil 2 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh minit mesyuarat kurikulum

Citation preview

Page 1: Minit Mesy JK Kurikulum Bil 2 2015

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI KEDUABIL 2/2015

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL RAHMAN

Tarikh : 14 April 2015 (Selasa)Masa : 2.15 petang – 5.10 petangTempat : Dewan Putra, SMK Tunku Abdul RahmanPengerusi : Tn. Hj. Turin bin Ahmad (Pengetua)

Kehadiran :

1. Pn. Hajjah Najamiah Binti Mahmus PK Pentadbiran2. Tn. Ahmad bin Md Isa PK Kokurikulum3. Pn Faridah bt Desa GK Kemanusiaan4. Pn. Mashithoh bt Hussain GK Teknik dan Vokasional5. Pn. Wan Azimah bt Wan Mahmud GK Sains dan Matematik6. Pn. Ruzaidah bt Budin GK Bahasa7. Pn. Nordiana bt Nordin SU Kurikulum / Pen SU Headcount8. Pn. Teh Bee Keat Pen SU Kurikulum / SU Panitia B.Inggeris9. Pn. Saudah bt Husin Setiausaha Peperiksaan10. Pn. Masitah bt Awang Ahmad Guru Perpustakaan dan Media11. Pn. Noraini bt Samsudin KP Bahasa Melayu12. Cik Tew Siew Ling KP Bahasa Cina/Penyelia Tingkatan 513. Pn. Nor Roshidah bt Abd Kadir Jelani KP Bahasa Arab14. Pn. Idawati bt Abdul Ghani KP Sains15. Pn. Cheh Poh Kum KP Matematik16. En. Che Lah b. Mahamud KP Kemahiran Hidup17. Pn. Nor Zamila bt Hashim KP/SU Perdagangan/Penyelia Tingkatan 418. Pn. Rani a/p Ramanad KP/SU Ekonomi Asas19. Pn. Kalsom bt Mustaffa KP/SU Prinsip Perakaunan20. En. Mohd Zawawi b. Taib KP/SU ICT21. En. Zulkipli b. Mustafa KP Pendidikan Islam22. Pn. Nor Hazliana bt Mohd Ramdun KP P. Moral / SU Headcount23. En. Mohd Ridzuan b.Ahmad KP Pend Sivik dan Kewarganegaraan24. Pn. Khor Guat Hoon SU Panitia Bahasa Cina25. Pn. Norihan bt Md Nor SU Panitia Bahasa Arab26. Pn. Siti Aishah bt. Din SUPanitia Kemahiran Hidup/Penyelia Ting 327. Pn. Nor Azlina bt Md Saad SU Panitia Sejarah28. Pn. Nur Syuhada bt Mat Yusoff SU Panitia Geografi29. Pn. Hasma bt Zainal Abidin SU Pendidikan Islam30. Pn. Siti Zubaidah bt Abdullah SU Panitia P.Moral / SU SPBT31. En. Muhammad Fauzi b. Hashim SU Panitia Sivik dan Kewarganegaraan32. Cik Noorsiah bt Lazim SU Panitia Pend Seni Visual33. Pn. Fauziah bt. Ahmad Penyelia Tingkatan 2

1

Page 2: Minit Mesy JK Kurikulum Bil 2 2015

34. Pn. Noor Ashimah bt. Mat @ Ahmad Penyelia Tingkatan 135. Pn. Rosdah bt Omar Penyelia Tingkatan 636. En. Ahmad Shater b. Hj Ibrahim Guru Bimbingan & Kaunseling37. Cik Norhayati bt Ismail Guru Bimbingan & Kaunseling38. Cik Ong Phei See Guru Bimbingan & Kaunseling39. Pn. Shahidah bt. Md. Taib Setiausaha PT340. Pn. Noor Ainzah bt. Sebawai Setiausaha PBS

Tidak Hadir Bersebab :

1. En. Azizan b. Abdul Kadir PK HEM2. Pn. Rohani bt. Md Nor PK Tingkatan 63. Cik Nor Adila bt Ahmad KP Ekonomi Rumah Tangga4. Pn. Bariza bt Baharom SU Panitia Matematik5. Mohamad Redha b Mohd Mohsin KP Geografi6. Musa b. Mohd Salleh KP/SU Panitia Sains Sukan7. Pn. Norhayati bt Abdullah KP Sejarah8. En. Norizan b Ali KP Pend Seni Visual9. Pn. Nur Falina bt Shazali KP/SU Panitia Biologi10. En Saw Phuay Sim Guru Bimbingan & Kaunseling11. Pn. Wan Yusmazira bt Wan Yunus SU Panitia B.Melayu12. Pn. Zuraida bt Md Saad KP B.Inggeris

I. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI1. Tuan Haji Turin bin Ahmad, mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat

Jawatankuasa Kurikulum kerana hadir dan beliau telah memetik kata-kata Tuan Haji Halim b. Mansor, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, mengenai anggapan guru tentang profesion perguruan sebagai pembuka kata. Jika guru menganggap mengajar sebagai tanggungjawab, guru akan rasa lebih bertanggungjawab dan berat, tetapi jika guru menganggap mengajar hanya sebagai satu pekerjaan, guru akan merasa ringan dan mengambil mudah.

II. PERUTUSAN ATASAN

2. Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua jawatankuasa kurikulum yang telah menjayakan semua program-program yang telah dijalankan di sekolah seperti MAKAP 2015, Ujian 1 dan Latihan dalam Perkhidmatan yang sudah dijalankan sebanyak 3 kali.

Tindakan : Makluman

3. Pengerusi memaklumkan tentang Pelancaran E-tutor yang di Sungai Petani pada 1 April 2015 yang lepas. Kerajaan telah membelanjakan sebanyak hampir RM20 Juta untuk program ini. Setiap pelajar akan mendapat kata laluan untuk mengakses program ini secara atas talian.

Tindakan: Makluman

2

Page 3: Minit Mesy JK Kurikulum Bil 2 2015

4. Pengerusi meminta kepada semua guru supaya melaksanakan semua program-program seperti PLC, VLE Frog, I-Think, 21st Century Classroom di dalam PDP bagi memupuk minat pelajar supaya tidak bosan dan lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah.

Tindakan: Semua guru

III. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

5. Membentangkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum 1/2015. Pn. Nor Zamila bt Hashim mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Pn Nor Hazliana bt Mohd Ramdun tanpa sebarang pindaan.

IV. PERKARA BERBANGKIT DAN MAKLUM BALAS

6. Pengerusi membacakan maklum balas Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bilangan 1/2015.

7. Post Mortem PT3. Pengerusi meminta Setiausaha PT3 menyediakan satu fail tegak untuk penentuan target PT3 2015 (ETR)

Tindakan: Setiausaha PT3

8. Post Mortem Peperiksaan Tingkatan 4 dan Tingkatan 2. Pengerusi meminta supaya pelajar tingkatan 2 diberi latihan mengenai kerja kursus dan instrumen pelbagai bagi membiasakan pelajar dengan format PT3. Mock Test juga harus diberi seawal tingkatan 2.

9. Pengurusan Panitia. Pengerusi meminta semua Ketua Panitia menyerahkan Pelan Strategik kepada Guru Kanan masing-masing untuk dibukukan dan diserahkan kepada Pengetua dan PK Kurikulum.

Tindakan: Ketua Panitia dan Guru Kanan

V. POST MORTEM SPM DAN UJIAN MAC (TINGKATAN 3, TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5)

10. Pembentangan Analisis SPM 2014

10.1 Terdapat sedikit penurunan di dalam GPS dari 5.97 kepada 6.01.

10.2 Di dalam mesyuarat panitia, bincangkan langkah-langkah untuk mencapai target secara terperinci. Kenal pasti pelajar cemerlang, lulus atau gagal.

10.3 GPS sekolah SPM 2015 sebanyak 5.55 mungkin perlu ditukar semula kepada 5.23 mengikut dashboard di PPD dan JPN.

Tindakan: Ketua Panitia, Guru Kanan, SU Headcount

11. Pembentangan Analisis Ujian 1

3

Page 4: Minit Mesy JK Kurikulum Bil 2 2015

11.1 Tingkatan 4 akan menggunakan keputusan Ujian 1 sebagai TOV. Penyelia Tingkatan 4 diminta menyediakan borang TOV-ETR sebanyak 2 salinan dan difailkan.

Tindakan: Penyelia Tingkatan 4

11.2 Pengerusi mencadangkan supaya semua panitia membuat graf ringkas di dalam buku latihan pelajar bagi menunjukkan peningkatan atau penurunan markah bermula dari TOV, AR1, AR2, AR3, Percubaan dan ETR. Setiap panitia mata pelajaran menetapkan ETR dan jadikan amalan bagi pelajar untuk menggalakkan mereka lebih fokus dalam pencapaian mata pelajaran masing-masing.

Tindakan: Ketua Panitia

VI. PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI SPM – MENGGARAP BINTANG (SEJARAH)

Puan Hajjah Najamiah bt Mahmud

12. Menerangkan tentang Program Menggarap Bintang yang memfokuskan kepada subjek Sejarah. Ini berikutan kepada penurunan peratus subjek Sejarah pada SPM 2014. Subjek Sejarah juga merupakan subjek wajib lulus disamping subjek Bahasa Melayu. Program ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci bersama Panitia Sejarah. Jawatankuasa telah dibentuk untuk program ini dan mesyuarat akan diadakan pada 16 April 2015 ini.

Tindakan : Panitia Sejarah

13. Meminta Panitia Bahasa Inggeris merancang program untuk meningkatkan pencapaian dan minat pelajar Tingkatan 4 tahun ini kerana subjek ini juga wajib lulus pada SPM 2016.

Tindakan : Panitia Bahasa Inggeris

14. Semua Guru perlu mengenal pasti pelajar cemerlang dan lebih fokus kepada KPI Panitia masing-masing. Laksanakan PLC seperti Peer Coaching, Lesson Study dan Learning Walk. Program Peningkatan Prestasi akademik, perlu rujuk kepada perancangan yang dicadangkan dalam Pelan Taktikal.

Tindakan : Semua guru

VII. PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

15. Puan Shahidah bt Md Taib memaklumkan terdapat 4 modul pelaporan termasuklah PAJSK dan Psikometrik. Tarikh-tarikh penting untuk PT3 adalah seperti berikut:

4

Page 5: Minit Mesy JK Kurikulum Bil 2 2015

Pentadbiran Tugasan : Geografi 21 Jun 2015 – 3 Julai 2015Sejarah 5 – 16 Julai 2015

Ujian bertulis : 12, 13 dan 15 Oktober 2015Ujian mendengar : B. Melayu 11 Ogos 2015

B. Inggeris 12 Ogos 2015Ujian lisan : 4 – 28 Ogos 2015

Tindakan : Makluman

16. Puan Noor Ainzah bt Sebawai memaklumkan modul offline PBS terbaru boleh diisi di Bilik Kerja Guru. Guru boleh mengisi dan mencetak mengikut topik untuk memudahkan kerja. Penerangan lebih terperinci akan diberi semasa mesyuarat PBS akan datang.

Tindakan : Guru subjek Tingkatan 1,2 dan 3

17. Memohon pencetak tambahan untuk bilik kerja guru kerana kesulitan yang dihadapi oleh guru perlu menunggu lama untuk mencetak.

Tindakan : PK Pentadbiran

VIII. PROGRAM KHAS PANITIA / PROGRAM BERFOKUS

18. Pengisian waktu PDP perlu ditahap maksimum dan perancangan yang baik harus dibuat. Program khas perlu dibincangkan di dalam mesyuarat panitia masing-masing.

Tindakan: Ketua Panitia

19. Bagi subjek PJPK, guru subjek diminta memantapkan lagi aktiviti di dalam PDP.

Tindakan: Panitia PJK

IX. HAL-HAL LAIN

20. Memaklumkan mengenai SWOT Analysis ( Strength, Weaknesses, Oppurtunity, Threat)

Tindakan: Makluman

21. Memaklumkan tentang KTGS (Kelas Tanpa Guru Subjek). Akan disediakan rak untuk setiap guru. Ketua Panitia pastikan guru sediakan bahan umum dan bahan khusus.

Tindakan: Ketua Panitia

22. En Ahmad b Md Isa PK Kokurikulum meminta semua guru penyedia soalan menyediakan JSU dan Analisis Item untuk Ujian Pertengahan Tahun ini dan sebagai garis panduan bagi merancang Headcount pada tahun hadapan.

Tindakan: Penyedia soalan

23. Program Solat mengikut Tingkatan masih belum mantap dan perlu tindakan guru subjek waktu terakhir untuk mengingatkan pelajar dan bersama-sama ke surau.

5

Page 6: Minit Mesy JK Kurikulum Bil 2 2015

Tindakan: Semua guru

24. Pengisian 7.00 pagi – 7.20 pagi perlu kerjasama guru-guru Agama Islam dan guru bertugas mingguan. Pelajar bukan Islam akan berkumpul di dewan terbuka.

Tindakan: Makluman

25. Pn Saudah bt Husin masih menunggu tarikh peperiksaan yang ditetapkan dari PPD. Tarikh peperiksaan Pertengahan tahun dijangka bermula 11 Mei 2015.

Tindakan: Makluman

26. Peminjaman buku teks Sejarah tingkatan 4 oleh pelajar Tingkatan 5 akan diuruskan oleh guru subjek dan akan berhubung dengan Setiausaha SPBT Pn Siti Zubaidah bt Abdullah sebelum Peperiksaan Pertengahan Tahun bermula.

Tindakan: Setiausaha SPBT

27. Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS) peringkat daerah ditangguhkan ke tahun depan. SMKA Kedah mewakili negeri Kedah untuk tahun ini.

Tindakan: Makluman

X. PENYATA KEWANGAN

28. Perbelanjaan panitia sepatutnya sudah mencapai 40% penggunaan. Panitia boleh menyemak penyata kewangan panitia dengan lebih terperinci di pejabat jika perbelanjaan panitia tidak sama dengan penyata kewangan kerana duit tersebut telah digunakan untuk perkara-perkara lain seperti membeli kertas dan sebagainya.

Tindakan: Ketua Panitia

29. Beberapa panitia terlibat dengan penggunaan kewangan bagi dataran ASEAN.

Tindakan: Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.10 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(NORDIANA BINTI NORDIN) (NAJAMIAH BINTI MAHMUD)Setiausaha Kurikulum Penolong Kanan PentadbiranSMK Tunku Abdul Rahman SMK Tunku Abdul Rahman

6