Upload
hidirsamer
View
205
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
sangat menarik untuk dibaca dan perlu untuk semua setiausaha
Citation preview
Kementerian Pendidikan Malaysia
1 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
KP(PP)0127/24 Jilid 3 (18)
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU
PELAKSANAAN SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HRMIS)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 1 TAHUN 2013
Tarikh : 7 Oktober 2013 (Isnin)
Masa : 03.00 petang – 05.15 petang
Tempat : Dewan Putra A1
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
PUTRAJAYA
BIL. NAMA JAWATAN
1. YBhg. Datuk Dr. Madinah binti
Mohamad
Ketua Setiausaha
- (Pengerusi) -
2. YBhg. Dato’ Prof. Dr. Morshidi bin
Sirat
Ketua Pengarah
Jabatan Pengajian Tinggi
3. YBhg. Dato’ Wan Khazanah binti
Ismail
Timbalan Ketua Setiausaha
(Pengurusan)
4. YBhg. Datuk Abd. Shukor bin
Ibrahim
Timbalan Ketua Setiausaha
(Pembangunan Pelajaran)
Kementerian Pendidikan Malaysia
2 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
BIL. NAMA JAWATAN
5. YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi
bin Hj. Ramlan
Naib Canselor
Universiti Putra Malaysia
6. YBhg. Dato’ Dr. Zakaria bin Kasa
Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris
7. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad
Kadim Suaidi
Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak
8. YBhg. Datin Normala binti Sharom
Jabatan Perkhidmatan Awam
9. Encik Hairul Rashidan bin Md.
Rashid
Jabatan Perkhidmatan Awam
10. YBrs. Encik Amir bin Md. Noor Ketua Pengarah
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
11. YBrs. Dr. Aris bin Kasan Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia
12. YBrs. Dr. Faridah binti Abu Hassan Pengarah
Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan
13. YBrs. Dr. Na’imah binti Ishak Pengarah
Lembaga Peperiksaan Malaysia
14. YBrs. Dr. Masnah binti Ali Muda Pengarah
Bahagian Pembangunan
Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
3 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
BIL. NAMA JAWATAN
15. YBhg. Dato’ Ab. Razak bin Ab.
Rahman
Setiausaha Bahagian
Bahagian Kewangan
16. YBrs. Dr. Ruziati binti Mior
Ahamad Ariffin
Setiausaha Bahagian
Bahagian Psikologi dan
Kaunseling
17. YBrs. Encik Mohamed bin Murad Setiausaha Bahagian
Bahagian Pembangunan
18. YBrs. Encik Khalid bin Abu Bakar Setiausaha Bahagian
Bahagian Pembangunan dan
Penilaian Kompetensi
19. YBhg. Dato’ Rosmini binti Ahmad Ketua Akauntan
Bahagian Akaun
20. YBrs. Dr. Sariah binti Abd. Jalil Pengarah
Bahagian Matrikulasi
21. YBrs. Puan Rosnani binti
Mohamed Ali
Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
22. YBrs. Tuan Hj. Shahid-din bin
Mohd Khatib
Setiausaha Bahagian
Bahagian Perolehan dan
Pengurusan Aset
23. YBrs. Encik Ismail bin Aziz Setiausaha Bahagian
Bahagian Khidmat Pengurusan
24. YBrs. Puan Siti Sapor binti Borhan Setiausaha Bahagian
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
4 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
BIL. NAMA JAWATAN
25. YBrs. Encik Zainudin bin Abas Pengarah
Bahagian Kokurikulum dan
Kesenian
26. YBrs. Encik Mohamad Din @
Mohamad Nasir bin Jaafar
Setiausaha Bahagian
Bahagian Audit Dalam
27. YBrs. Tuan Hj. Wan Yusoff bin
Wan Yaacob
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Maklumat
28. YBrs. Encik Sulaiman bin Wak Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Utama
29. YBrs. Tuan Hj. Mohd Fauzi bin
Datuk Hj. Mohd Kassim
Timbalan Eksekutif 1
Majlis Peperiksaan Malaysia
30. YBrs. Encik Agos bin Cholan Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional
31. Puan Salmah binti Ahmad Malaysian Qualifications Agency
(MQA)
32. Prof. Dr. Abdul Razak Saleh Universiti Utara Malaysia
33. Dr. Hajah Zahrah binti Mokhtar Universiti Teknologi Mara
34. YBhg. Dato’ Dr. Zaidun bin Kamari Hospital Universiti Sains Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
5 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
BIL. NAMA JAWATAN
35. YBrs. Encik Abdullah bin Mad
Yunos
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri
Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
36. Encik Mohd Zamri bin Mohd Isa Bahagian Pendidikan Khas
37. Puan Sharifah Ruhani binti Syed
Abu Bakar
Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia
38. Encik Mohd. Yusof bin Mohd. Siraj Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia
39. Encik Md Sani bin Latip Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia
40. Puan Hajjah Maimunah Binti Suhaibul
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
41. Puan Hajjah Farizah Binti Hj.
Ahmad
Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan Putrajaya
42. Dr. Aniah binti Baharom Universiti Teknologi Mara
43. Puan Asmahan binti Musa Universiti Kebangsaan Malaysia
44. Puan Robaayah Binti Mohd Ghazali
Universiti Malaya
45. Encik Sulam Bin Hamid
Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
6 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
BIL. NAMA JAWATAN
46. Tuan Hj. Hassan Bin Husin
Universiti Teknologi Malaysia
47. Encik Noor Azman Bin Mohammad Nor
Bahagian Khidmat Pengurusan
(Sektor Pengajian Tinggi)
48. Encik Mohd Azmi Bin Istamat
Bahagian Pendidikan Swasta
49. Tuan Hj. Md Kasim Bin Md Noah
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
50. Encik Zainureen Bin Mohd. Nor
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
51. Puan Shahira Fauzia binti Mohamed Shari
Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa
52. Encik Mohd Nasir Bin Mohamad Mazlan
Jabatan Pengajian Politeknik
53. Puan Monaliza Binti Lauladang
Universiti Sains Islam Malaysia
54. Encik Wahi Bin Nordin
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
55. Encik Iskandar Bin Ahmad
Pusat Perubatan Universiti Malaya
56. Puan Wan Badariah Binti Wan Mohd
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
57. Encik Razak Bin Mohd. Nur
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia
7 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
BIL. NAMA JAWATAN
58. Encik Wan Samsulri Bin Wan Hasbi
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
59. Encik Mohd Noor Bin Rejab Jabatan Pendidikan Negeri Pulau
Pinang
60. Tuan Haji Abdul Kahar Bin Abdul Latif
Jabatan Pendidikan Negeri
Terengganu
61. Encik Roslin Hisham Bin Abd. Hamid
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
62. Encik Mohd. Zawawi Bin Zakaria
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
63. Encik Asari Bin Samsuri
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
64. Encik Jefny Bin Muhammad
Jabatan Pendidikan Negeri
Kelantan
65. Encik Zainal Abidin Bin Ismail
Universiti Malaysia Kelantan
66. Puan Haryani Binti Abdullah
Universiti Malaysia Pahang
67. Puan Hafidah Binti Othman
Universiti Malaysia Pahang
68. Encik Effendy Hadis
Universiti Malaysia Sabah
69. Puan Hasmadiana Che Mohamad Aasdik
Universiti Malaysia Terengganu
70. Puan Siti Nur Azrina Binti Nazarudin
Bahagian Audit Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
8 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
BIL. NAMA JAWATAN
71. Encik Zakaria Bin Ahmad
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
72. Puan Noni Hartika Binti Jauhari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
73. Puan Norlaila Binti Mohd
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
74. Puan Siti Suhana Binti Mod Shaharun
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
75. Puan Sharmila Binti Saidin
Universiti Malaysia Perlis
76. Encik Nordin Bin Jusoh
Universiti Sultan Zainal Abidin
77. Puan Siti Noor Izyani Zalilah Binti Sulaiman
Universiti Sains Islam Malaysia
78. Encik Khairul Eruwan Bin Abdul Halim
Universiti Sains Malaysia
79. Puan Aliza Binti Jamil@Jamim
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
80. Encik Ahmad Khairul Bin Harun
Majlis Peperiksaan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
9 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
TURUT HADIR
BIL. NAMA JAWATAN
1.
Encik Nik Azmin bin Nik Hussain
Bahagian Pengurusan Maklumat
2. Encik Abd Halim Bin Ismail
Bahagian Sukan
3. Dr. Jamil Bin Adimin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
4.
Puan Faridatul Akhmar Binti Mat Taib
Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset
5. Puan Wan Normah Binti W Abd Hayat
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
6. Encik Mazlan Bin Samsudin
Institut Aminudin Baki
7. Encik Ab Kahar Bin Harun
Unit Komunikasi Korporat
8. Encik Bustaman Bin Daud
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
9. Puan Zaidatul Akhmar Binti Kamarudzaman
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
10. Puan Wan Alwani Binti Wan Mahmud
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
11. Encik Mohd Nor Shukri Bin Abd Rahman
Universiti Malaysia Terengganu
12. Puan Kamariah Binti Isa Bahagian Pendidikan Islam
13. Encik Ahmad Yudi Bin Ismail
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
10 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
BIL. NAMA JAWATAN
14. Puan Aznida Binti Abd Raghni
Bahagian Pendidikan Guru
15. Encik Shariman Bin Ab Rashid
Bahagian Buku Teks
16. Encik Redman Bin Safar
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
17. Puan Usmi Hikma Binti Rusfan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
18. Encik Mohd Zaini Bin Nasri Universiti Utara Malaysia
19. Puan Noor Azianan Binti Iberahim
Universiti Malaysia Perlis
20. Encik Zulqanaim Bin Aris
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
21. Puan Fadilah binti Abdullah
Bahagian Pembangunan Pelajaran
22. Puan Syariffah Ziela Binti Suradi
Universiti Sains Islam Malaysia
23. Puan Siti Hawa Binti Hamzah Bahagian Khidmat Pengurusan (Sektor Pengajian Tinggi)
24. Encik Iskandar Bin Dhalan
Dewan Bahasa dan Pustaka
25. Encik Kusni Bin Ahad
Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia
11 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
URUS SETIA:
BIL. NAMA JAWATAN
1. Encik Firdaus Bin Md Din
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
2. YM Tengku Khairul Zahirah Binti Tengku Kamaludin
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
3. Puan Tengku Norshamshida Binti Tg. Ahmad Basri
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
4. Puan Norshariza Binti Abd. Hamid
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
5. Encik Mohd Rushdan Bin Hashim
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
6. Encik Azni Bin Ali
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
7. Puan Fatma Nuraida Binti Ngah
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
8. Encik Mohd Darul Bin Mustapha
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
9. Encik Azman Bin Abdul Razak
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
10. Encik Rosli bin Mohamed
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
11. Puan Che Hawa binti Abu Bakar
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
12. Puan Roszilah binti Talib
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
13. Puan Hawa binti Arbain
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
12 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
BIL. NAMA JAWATAN
14. Encik Norizwan Bin Abdul Jalil
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
15. Puan Noor Hidayah binti Sidek
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
16. Puan Nur Ain Zulaikha binti Mohd Zahid
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
17. Puan Zawiah Binti Mohd Jan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
18. Puan Ezian Kamaliah Binti Mohd. Lazim
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
19. Puan Halijah Binti Harun
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
20. Puan Noriah Binti Mohd. Ali
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
21. Encik Azrin bin Abdul Rani
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
22. Encik Ahmad Shuradi bin Mohamad Zaman
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
23. Puan Noor Azerene Una binti Mohd Kamaruddin
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
24. Encik Nor Hazizi bin Nordin
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
25. Encik Mohd. Izdihar Bin Rustam
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
26. Encik Mohamad Basri bin Razak
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
13 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
BIL. NAMA JAWATAN
27. Puan Kalmila binti Tengah
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
28. Encik Khairul Anuar bin Mahamad
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
29. Encik Mohd Fauzolnizam bin Mohamad
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
30. Encik Zaifulnizam bin Abd Karim
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
31. Encik Syamim bin Rusli
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
32. Encik Mohd Faez bin Othman
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia - (Setiausaha) -
33. Encik Mohd Hafizul Nizam Bin Ardi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia - (Setiausaha) -
34. Puan Hasreena binti Hashim
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia - (Setiausaha) -
Kementerian Pendidikan Malaysia
14 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
1.1 YBhg. Datuk Dr. Pengerusi mengucapkan salam dan merakamkan
ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat
yang hadir terutamanya kepada wakil dari Jabatan Perkhidmatan
Awam Malaysia (JPA).
1.2 YBhg. Datuk Dr. Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat ini
merupakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan HRMIS
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang pertama kali diadakan
semenjak penggabungan Kementerian Pelajaran Malaysia dan
Kementerian Pengajian Tinggi.
1.3 YBhg. Datuk Dr. Pengerusi menegaskan bahawa HRMIS adalah
sangat kritikal dan penting kerana ia merupakan Key Performance
Indicator (KPI) penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam.
Sehubungan itu, KPI HRMIS juga diturunkan kepada peringkat ketua
jabatan di bahagian, agensi dan negeri. Justeru itu, semua ketua
jabatan dikehendaki untuk menghadiri mesyuarat ini bagi
menunjukkan kepimpinan dalam memastikan KPI HRMIS KPM
mencapai 100%.
1.4 YBhg. Datuk Dr. Pengerusi mengingatkan kepada semua ahli
mesyuarat sama ada yang hadir mahu pun tidak mengenai kewajipan
dan tanggungjawab dalam menjayakan HRMIS 100% secara serius
memandangkan HRMIS merupakan strategic tools dalam
pengurusan pembangunan sumber manusia ke arah persekitaran
yang paperless dan digitalized di masa akan datang.
1. PERUTUSAN PENGERUSI
Kementerian Pendidikan Malaysia
15 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
1.5 YBhg. Datuk Dr. Pengerusi juga mendapati masih banyak kelemahan
dalam pelaksanaan HRMIS di KPM yang tidak mencapai 80% dari
segi pengemaskinian data asas HRMIS yang akan menggagalkan
KPI HRMIS KPM dan proses automasi sumber manusia di masa
akan datang.
1.6 YBhg. Datuk Dr. Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat ini
bertujuan untuk membincang dan membentangkan hala tuju dan
pelaksanaan serta isu-isu berbangkit sepanjang pelaksanaan dan
peluasan HRMIS di KPM.
1.7 YBhg. Datuk Dr. Pengerusi turut memaklumkan bahawa sebuah
Kementerian yang besar bukan alasan untuk tidak menjayakan
HRMIS kerana ia bergantung kepada komitmen semua pihak dalam
KPM.
Tindakan: Makluman:
Semua ahli mesyuarat
2.1 Pembangunan HRMIS 2.0
2.1.1 Mesyuarat mengambil maklum penerangan oleh pihak JPA
tentang pembangunan dan reka bentuk HRMIS 2.0 seperti
berikut:
(i) segala cabaran dan masalah yang dihadapi oleh
pengguna telah diambil kira dalam pembangunan
HRMIS 2.0;
2. PERBINCANGAN DAN PEMBENTANGAN MESYUARAT
Kementerian Pendidikan Malaysia
16 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
(ii) Pembangunan HRMIS 2.0 akan melibatkan dua (2)
peringkat iaitu yang pertama adalah membangunkan
user interface (UI) yang lebih mesra pengguna yang
boleh dicapai melalui pelbagai browser dan boleh
mempunyai keupayaan akses mudah alih (mobility
access). Manakala bagi peringkat kedua ia meliputi
pembangunan yang menggunakan teknologi terkini
seperti multiplatform, personalization, business
intelligence, mobile native applications dan responsive
UI;
(iii) HRMIS 2.0 dibangunkan secara dalaman oleh pihak
Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) JPA dengan
sedikit bantuan daripada pihak vendor;
(iv) serahan-serahan modul di dalam HRMIS 2.0 kepada
kementerian dan agensi akan dilaksanakan setelah
selesai semua pengujian oleh pihak JPA dan
dijangka boleh digunakan sepenuhnya selepas bulan
Mei 2014;
(v) sistem HRMIS 2.0 masih lagi menggunakan rangkaian
gov.net namun agensi berkenaan sedia membantu
sekiranya terdapat sebarang masalah; dan
(vi) beberapa penambahbaikan telah dilakukan antaranya
meningkatkan bandwidth dan meningkatkan prestasi
sistem HRMIS.
Tindakan: Makluman:
Semua ahli mesyuarat
Kementerian Pendidikan Malaysia
17 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
2.1.2 Mesyuarat turut dimaklumkan mengenai perkara-perkara
berikut:
(i) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) tidak
menggunakan Modul Pengurusan Cuti di dalam
HRMIS kerana menggunakan sistem cuti dalaman
yang juga digunakan oleh Universiti Sains Malaysia
(USM). Kebanyakan Institut Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) telah membangunkan sistem yang tersendiri
dan perlu diintegrasikan dengan sistem HRMIS;
(ii) Pihak JPA memaklumkan bahawa terdapat
perbincangan bersama Sektor Pengajian Tinggi
melalui Majlis Pengarah ICT IPTA (MAPITA)
berkenaan dengan proses integrasi antara sistem
dalaman universiti-universiti dengan sistem HRMIS 2.0
namun masih belum menerima maklum balas daripada
wakil MAPITA;
Tindakan: Makluman:
JPA
IPTA
(iii) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga
memaklumkan agensi berkenaan masih tidak
menggunakan sistem HRMIS sepenuhnya kerana
terdapat sistem dalaman yang sama fungsinya dengan
HRMIS. Pihak DBP telah mengadakan perbincangan
dengan JPA dan pihak HRMIS KPM pada 4 Mac 2013
berkaitan dengan proses integrasi antara sistem
Kementerian Pendidikan Malaysia
18 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
dalaman DBP dan sistem HRMIS. Namun sehingga
kini pihak JPA masih belum memberi maklum balas
berkenaan perkara ini.
Tindakan: Makluman:
JPA
2.2 Pembentangan KPI HRMIS 2013
2.2.1 Mesyuarat mengambil maklum akan perkara-perkara berikut:
(i) Ranking pencapaian HRMIS bagi Kementerian dan
Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri pada Ogos
2013 bagi elemen Rekod Peribadi (RP) adalah
90.05% manakala Profil Perkhidmatan (PP) adalah
81.66% menjadikan KPM di kedudukan ke – 37
daripada 38 buah agensi dengan jumlah pemilik
kompetensi (CO) seramai 416, 597 orang;
Kementerian Pendidikan Malaysia
19 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
(ii) Ringkasan pencapaian HRMIS KPM 2013 mengikut
sektor yang menyumbang kepada pencapaian
keseluruhan KPM bagi RP dan PP adalah seperti di
Jadual 1:
Sektor Bil. CO RP PP
Ibu Pejabat KPM (Pelajaran)
40,297 94.52% 94.61%
Ibu Pejabat KPM (Pengajian Tinggi)
1,640 99.58% 98.47%
Jabatan Pendidikan Negeri 375,367 89.78% 80.79%
Jabatan Pengajian Tinggi 72,276 99.24% 98.77%
Jabatan Pengajian Politeknik
9,681 99.36% 99.48%
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
3,939 99.34% 99.18%
Keseluruhan KPM 503,200 91.81% 85.04%
Jadual 1: Ringkasan Pencapaian HRMIS KPM
2013 Mengikut Sektor (data sehingga 20
September 2013)
Kementerian Pendidikan Malaysia
20 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
(iii) Ringkasan pencapaian HRMIS KPM 2013 mengikut
JPN adalah seperti di Jadual 2:
Bil. JPN CO % RP (CO
Capai KPI RP)
% PP (CO
Capai KPI PP)
1 Selangor 49,095 92.02% 45,177 80.15% 39,350
2 Sabah 38,110 87.48% 33,339 78.85% 30,050
3 Sarawak 38,017 84.84% 32,254 54.80% 20,833
4 Perak 35,525 88.50% 31,440 88.36% 31,390
5 Kelantan 32,202 92.22% 29,697 95.97% 30,904
6 Kedah 31,052 91.07% 28,279 75.38% 23,407
7 Johor 28,036 87.61% 24,562 81.35% 22,807
8 Terengganu 24,384 92.00% 22,433 91.08% 22,209
9 Pulau Pinang 21,427 92.18% 19,751 93.17% 19,964
10 Pahang 21,188 91.17% 19,317 99.17% 21,012
11 Negeri
Sembilan 17,967 88.73% 15,942 87.76% 15,768
12 Kuala Lumpur 16,403 88.20% 14,467 55.01% 9,023
13 Melaka 14,929 91.86% 13,714 88.09% 13,151
14 Perlis 4,536 91.57% 4,154 78.89% 3,578
15 Putrajaya 1,272 99.49% 1,266 98.90% 1,258
16 Labuan 1,224 99.37% 1,216 97.87% 1,198
JUMLAH 375,367 89.78% 337,008 80.79% 305,902
Jadual 2: Ringkasan Pencapaian HRMIS KPM 2013
Mengikut JPN (data sehingga 20 September 2013)
(iv) Ringkasan pencapaian HRMIS KPM sehingga 20
September 2013 mengikut Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) bagi RP dan PP adalah seperti di slaid 45 dan
46.
Tindakan: Makluman:
Semua ahli mesyuarat
Kementerian Pendidikan Malaysia
21 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
2.2.2 Mesyuarat mengambil perhatian mengenai isu yang
dibangkitkan serta penjelasan yang dikemukakan seperti
berikut:
(i) Pengarah JPWP Kuala Lumpur memaklumkan tiada
pegawai khusus di peringkat Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) dan sekolah-sekolah yang
menguruskan pengemaskinian data RP dan PP.
Walau bagaimanapun, atas cadangan pihak urus setia,
JPWP Kuala Lumpur telah melaksanakan bengkel-
bengkel dengan melibatkan Pembantu Tadbir (PT) di
sekolah-sekolah dan secara tidak langsung berjaya
membantu meningkatkan prestasi pengemaskinian;
(ii) Wakil dari JPN Sarawak memaklumkan tentang
masalah capaian khususnya di PPD dan sekolah-
sekolah kawasan pedalaman. Bagi mengatasi masalah
ini, program intervensi seperti melantik Pegawai
Sambilan Harian (PSH) telah dilaksanakan dan
pengemaskinian dibuat di PPD serta sekolah-sekolah
yang mempunyai akses dan akan diteruskan sehingga
hujung tahun;
(iii) Wakil dari JPN Melaka pula memaklumkan turut
mengadakan bengkel pengemaskinian yang
berterusan bagi PP. Arahan telah dikeluarkan kepada
semua kakitangan sehingga ke peringkat sekolah
untuk mengemas kini sendiri rekod peribadi mereka
dan diberi tarikh akhir sehingga 25 Ogos 2013 yang
lalu. Usaha ini telah menunjukkan peningkatan dari
Kementerian Pendidikan Malaysia
22 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
segi peratusan pengemaskinian bagi RP iaitu daripada
90.30% pada Januari 2013 kepada 91.86% pada
September 2013. Manakala untuk PP pula telah
meningkat daripada 61.77% pada Januari 2013
kepada 88.09% pada September 2013;
(iv) Wakil dari JPN Johor memaklumkan telah melantik
jurulatih utama (JU) HRMIS di setiap PPD serta
melaksanakan bengkel secara berterusan. Wakil dari
JPN Johor bersetuju dengan cadangan urus setia
untuk melantik PT di sekolah-sekolah sebagai
pentadbir HRMIS serta turut mencadangkan agar
perjawatan PT di sekolah ditambah supaya dapat
menumpukan perhatian kepada tugas pengemaskinian
data di dalam HRMIS;
(v) Wakil dari JPN Kedah memaklumkan tentang
kekurangan pegawai dalam mengemas kini data
ekoran daripada arahan JPA untuk pemurnian data
perjawatan JPN Kedah bermula pada tahun lepas.
Tumpuan mengemas kini RP dan PP hanya dapat
diberikan setelah urusan berkenaan selesai. Buat
masa ini, masalah peserta kursus HRMIS yang terdiri
daripada PT sekolah dilihat sebagai tidak relevan
kerana bebanan tugas yang ditanggung oleh PT
tersebut. Sehubungan itu, inisiatif melantik PSH telah
dilaksanakan dan usaha ini telah membantu
meningkatkan prestasi pengemaskinian;
Kementerian Pendidikan Malaysia
23 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
(vi) Wakil dari JPN Perak memaklumkan bahawa peratus
pengemaskinian RP dan PP pada September 2013
masing-masing adalah 88.50% dan 88.36%. Prestasi
meningkat setelah dilaksanakan bengkel dan melantik
PSH. Masalah utama JPN Perak adalah kerana tidak
mempunyai Ketua Unit (KU) hampir setahun yang
sepatutnya disandang oleh Penolong Pengarah Gred
M44;
(vii) Wakil dari JPN Negeri Sembilan juga membangkitkan
isu mengenai jawatan KU HRMIS yang masih belum
diisi dan buat masa ini hanya diselia oleh Penolong
Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) Gred F32 yang
menjaga hampir 18,000 perjawatan secara
keseluruhan. JPN Negeri Sembilan berpendapat
bahawa HRMIS adalah sebuah sistem yang baik dan
unik di mana ia mengikat CO dengan waran
perjawatan. Akan tetapi, dengan keunikan skim
perkhidmatan yang ada di JPN, sebagai contoh CO
Khas Untuk Penyandang (KUP) tidak ada dalam waran
perjawatan semasa, masalah tidak akan selesai
kerana tidak boleh menyandang CO tersebut kerana
waran tidak cukup atau tiada. JPN Negeri Sembilan
turut memaklumkan antara sebab JPN sukar mencapai
peratusan pengemaskinian yang tinggi adalah kerana
jumlah CO yang besar, capaian yang jauh, ditambah
pula dengan kewujudan sekolah-sekolah pedalaman
kategori 1, 2 dan 3; dan
Kementerian Pendidikan Malaysia
24 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
(viii) Pihak Urus Setia HRMIS KPM memaklumkan terdapat
beberapa JPN seperti Johor dan Selangor yang telah
menunjukkan prestasi cemerlang dengan peningkatan
peratusan pengemaskinian RP dan PP bermula dari
awal tahun 2013 sehingga kini melalui bengkel berkala
yang diadakan.
Tindakan: Makluman:
Semua ahli mesyuarat
(ix) Setiausaha Bahagian Sumber Manusia (SUB SM)
memaklumkan akan mewujudkan special task force
serta mencadangkan kaedah untuk memasukkan data
ke dalam CD bagi sekolah-sekolah yang tiada capaian
dan membawanya ke JPN/PPD berhampiran yang
mempunyai akses internet bagi urusan
mengintegrasikan data-data tersebut ke dalam HRMIS;
(x) Wakil dari BPSM Sektor Pengajian Tinggi (SPT)
memaklumkan bahawa Kolej Komuniti dan IPTA juga
turut mengalami masalah capaian satu ketika dahulu.
Pihak Kolej Komuniti dan IPTA telah melaksanakan
National Blue Ocean Strategy (NBOS) di mana data-
data pegawai yang bertugas di kawasan yang tiada
kemudahan internet akan dimasukkan ke dalam CD
dan diserahkan kepada BPM JPA yang akan
membantu memasukkan data-data tersebut ke dalam
HRMIS. Pihak JPN dialu-alukan untuk menggunakan
kemudahan-kemudahan di Kolej Komuniti mahupun
Kementerian Pendidikan Malaysia
25 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
IPTA di masa akan datang berikutan daripada
penggabungan KPT dan KPM bagi mengurangkan
kesukaran yang dihadapi; dan
(xi) Wakil dari JPN Sabah memaklumkan telah
mengaplikasikan kaedah meminta pegawai yang
bertugas di sekolah yang tiada akses internet untuk ke
sekolah/PPD berhampiran yang mempunyai capaian
bagi mengemas kini maklumat RP dan PP. JPN Sabah
turut membangkitkan mengenai punca kepada
peratusan pengemaskinian yang rendah adalah
kerana tidak dapat memasukkan gambar dan tahap
pendidikan penyandang berikutan maklumat tidak
diberikan oleh CO. Isu lain yang turut dikemukakan
adalah mengenai pilihan bangsa Sabah lain-lain yang
secara automatik menyebabkan penyandang berstatus
bukan Bumiputera sedangkan mereka sebenarnya
adalah Bumiputera. Oleh itu, JPN Sabah berharap
supaya pindaan dapat dibuat oleh pihak JPA
khususnya dalam pembangunan HRMIS 2.0 nanti.
Tindakan: Makluman:
JPA
(xii) SUB SM seterusnya mencadangkan supaya penilaian
KPI bagi KPM diberi kelonggaran iaitu penilaian dibuat
hanya sehingga ke peringkat PPD terlebih dahulu
sehingga KPM menemui jalan penyelesaian yang
Kementerian Pendidikan Malaysia
26 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
sesuai. Cadangan ini turut dipersetujui oleh wakil dari
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH);
(xiii) Merujuk kepada para (xii), Datuk Dr. Pengerusi
berpandangan hanya Bahagian Perkhidmatan JPA
sahaja yang boleh memberi jawapan mengenai isu
yang diutarakan. Datuk Dr Pengerusi juga
mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai
yang prihatin terhadap isu penilaian KPI KPM ini dan
meminta Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
[TKSU (P)] untuk berbincang dengan Pengarah
Bahagian Perkhidmatan JPA mengenai kelonggaran
penilaian KPI KPM yang telah dibangkitkan tetapi
perlulah dikemukakan dengan alasan serta memberi
jaminan yang kukuh;
(xiv) Wakil dari Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) juga
berpandangan sekolah-sekolah boleh diambil kira
dalam penilaian oleh JPA sebaik sahaja masalah talian
1Bestarinet dapat diselesaikan oleh pihak
kementerian;
(xv) Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (KP
JPKK) berpendapat bahawa guru besar dan pengetua
sekolah wajar memainkan peranan dan
tanggungjawab sewajarnya sesuai dengan pangkat
yang diberi dalam usaha menjayakan HRMIS ini;
(xvi) Wakil dari JPA mengalu-alukan sebarang cadangan
terhadap isu yang dihadapi tetapi mestilah secara
penyelesaian yang menyeluruh dan releven; dan
Kementerian Pendidikan Malaysia
27 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
(xvii) Datuk Dr. Pengerusi menyarankan supaya pihak JPA
mengambil kira isu-isu dan masalah yang dihadapi
oleh pihak kementerian khususnya di sekolah-sekolah
dalam pengiraan KPI KPM. Pihak kementerian akur
dengan multiple challenges yang dihadapi oleh JPN
serta menggalakkan ahli mesyuarat khususnya BPSM
untuk memikirkan penyelesaian yang mampan
(sustainable solutions) dalam mengatasi masalah yang
masih lagi berulang.
Tindakan: Makluman:
Semua ahli mesyuarat
(xviii) YBhg. Datuk Dr. Pengerusi turut menggesa Unit
HRMIS JPN menggiatkan lagi usaha untuk
meningkatkan lagi prestasi pengemaskinian RP dan
PP pada tahun ini.
Tindakan: Makluman:
JPN
2.2.3 Mesyuarat turut dimaklumkan mengenai perkara-perkara
berikut:
(i) Pencapaian KPI HRMIS pada tahun 2010 – 2012 iaitu:
a. Sektor Pelajaran telah menunjukkan peningkatan
iaitu memperoleh markah 45.00% pada tahun
Kementerian Pendidikan Malaysia
28 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
2012 berbanding 35.00% pada 2010 dan 2011;
dan
b. Sektor Pengajian Tinggi juga turut meningkat iaitu
memperoleh markah 80.00% pada tahun 2012
berbanding 70.00% pada tahun 2010 dan 2011.
(ii) Skop penilaian KPI HRMIS bagi penjawat Pengurusan
Tertinggi Perkhidmatan Awam KPM tahun 2013 seperti
di Jadual 3:
Pengurusan Tertinggi
PP RP ED SKT LNPT
KSU KPM Semua Struktur
KPM
Semua Struktur
KPM
Semua Struktur
KPM
Ibu Pejabat & Jabatan
Ibu Pejabat & Jabatan
KPPM
Struktur di
bawah KPPM
Struktur di bawah
KPPM
Struktur di bawah
KPPM
Struktur di bawah
KPM sehingga
JPN
Struktur di bawah KPM
sehingga JPN
KP JPT JPT JPT JPT JPT JPT
Jadual 3: Skop Penilaian HRMIS KPM 2013 bagi
Pengurusan Tertinggi
(iii) Penilaian KPI HRMIS KPM mengikut elemen ialah:
a. Profil Perkhidmatan (PP) akan dinilai melalui 20
elemen di semua peringkat di dalam struktur
KPM yang melibatkan semua penjawat awam di
KPM sehingga ke peringkat sekolah-sekolah.
Tarikh penilaian adalah pada 31 Disember
2013;
Kementerian Pendidikan Malaysia
29 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
b. Rekod Peribadi (RP) juga akan dinilai di semua
peringkat di dalam struktur KPM melalui 17
elemen. Tarikh penilaian adalah pada 31
Disember 2013;
c. Data perjawatan dinilai sama seperti rekod
perjawatan MyPost (BPO, JPA) dari segi
bilangan, skim dan gred perjawatan di semua
peringkat struktur KPM. Tarikh penilaian adalah
pada 31 Januari 2014;
d. Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dinilai dari
peringkat ibu pejabat sehingga ke JPN, JPT, JPP,
JPKK dan IPGM berdasarkan statistik
pengesahan SKT oleh Pegawai Penilai Pertama
(PPP). Tarikh penilaian telah pun selesai pada 31
Julai 2013 yang lalu dengan pencapaian
keseluruhan KPM 98.92%; dan
e. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) di
nilai apabila Pegawai Penilai Kedua (PPK)
selesai memberi markah dan menghantar kepada
urus setia Panel Pembangunan Sumber Manusia
(PPSM) masing-masing dari peringkat ibu pejabat
sehingga ke JPN, JPT, JPP, JPKK dan IPGM.
Tarikh penilaian dan aktiviti berkaitan adalah
seperti di Jadual 4:
Kementerian Pendidikan Malaysia
30 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Tarikh Aktiviti Tarikh Tutup
7 Oktober 2013
Pegawai Yang Dinilai (PYD) mewujudkan LNPT dan mengisi Bahagian II.
31 Oktober 2013
31 Oktober 2013
PYD menghantar LNPT kepada Pegawai Penilai Pertama (PPP).
15 November 2013
16 November 2013
PPP nilai dan hantar kepada Pegawai Penilai Kedua (PPK).
30 November 2013
1 Disember 2013
PPK nilai dan hantar kepada urus setia PPSM.
15 Disember 2013
Jadual 4: Tarikh-tarikh Penilaian LNPT 2013
(iv) Pencapaian semasa dan sasaran pencapaian KPI
HRMIS KPM 2013 mengikut elemen ialah seperti di
Jadual 5:
Elemen
Pencapaian semasa
Sasaran pencapaian
2013
RP 91.81% 91.81%
PP 85.04% 91.00%
ED 0.00% 98.00%
SKT 98.92% 98.92%
LNPT 0.00% 95.00%
Markah KPI keseluruhan
35% (Below Target)
70% (On Target)
Jadual 5: Pencapaian Semasa dan Sasaran
Pencapaian KPI HRMIS KPM 2013
Tindakan: Makluman:
Semua ahli mesyuarat
Kementerian Pendidikan Malaysia
31 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
3.1 Mesyuarat mengambil perhatian bahawa:
a. Struktur pengurusan HRMIS KPM sebelum digabungkan
bagi Sektor Pelajaran diuruskan oleh 3 jawatankuasa
utama iaitu:
Jawatankuasa Pemandu;
Jawatankuasa Kerja Peringkat Bahagian; dan
Jawatankuasa Kerja Peringkat Jabatan
b. Manakala struktur pengurusan HRMIS bagi Sektor
Pengajian Tinggi hanya diuruskan oleh Jawatankuasa
Pemandu.
3.2 Mesyuarat bersetuju supaya pengurusan HRMIS KPM selepas ini
diuruskan oleh 4 jawatankuasa utama iaitu:
a. Jawatankuasa Pemandu yang akan dipengerusikan
oleh KSU dan berperanan untuk menentukan dasar dan
hala tuju HRMIS KPM di samping melaksanakan
pemantauan pencapaian prestasi KPI HRMIS KPM. Ahli
jawatankuasa terdiri daripada pihak pengurusan tertinggi
KPM, ketua-ketua bahagian/jabatan KPM dan ketua-
ketua institusi awam dan agensi;
b. Jawatankuasa Kerja Peringkat Bahagian yang akan
dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Sumber
Manusia (SUB (SM)) yang dianggotai oleh pengurus
HRMIS bahagian-bahagian di KPM yang berperanan
3. PELAN PERANCANGAN HRMIS KPM 2013 – 2015
Kementerian Pendidikan Malaysia
32 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
merancang serta memantau pelaksanaan dan
pencapaian KPI HRMIS di bahagian-bahagian;
c. Jawatankuasa Kerja Peringkat Jabatan yang turut
dipengerusikan oleh SUB (SM) serta dianggotai oleh
pengurus HRMIS jabatan iaitu JPT, JPP, JPKK dan 16
JPN. Ia berperanan untuk merancang pelaksanaan dan
memantau pencapaian KPI HRMIS di jabatan-jabatan;
dan
d. Jawatankuasa Kerja Peringkat Agensi yang juga akan
dipengerusikan oleh SUB (SM) berperanan merancang
serta memantau pelaksanaan dan pencapaian KPI
HRMIS di agensi-agensi seperti Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP), Majlis Buku Kebangsaan (MBK), Institut
Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Majlis
Peperiksaan Malaysia (MPM), MQA, PTPTN dan IPTA.
3.3 Untuk meningkatkan lagi pencapaian HRMIS di KPM khususnya
dalam pengemaskinian RP dan PP, mesyuarat juga telah bersetuju
supaya:
a. pembantu tadbir yang menguruskan hal-hal perkhidmatan
di sekolah-sekolah dilantik sebagai pentadbir HRMIS;
b. pentadbir tersebut akan diberi latihan dan beberapa
peranan umum seperti mewujudkan ID HRMIS, set
semula kata laluan, menyandang kakitangan sekolah
serta menjadi rujukan HRMIS di sekolah; dan
c. bagi tahun 2013, pentadbir akan dilantik di sekolah-
sekolah bagi 4 buah JPN terlebih dahulu iaitu W.P.
Putrajaya, W.P. Kuala Lumpur, Selangor dan juga
Kementerian Pendidikan Malaysia
33 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Perlis seperti dinyatakan di dalam slaid 61 secara
terperinci.
Tindakan: Makluman:
JPN
Urus Setia HRMIS KPM
3.4 Ringkasan pelan perancangan pelaksanaan HRMIS KPM 2013 –
2015 adalah seperti di slaid 57.
4.1 Pihak JPA mencadangkan supaya pentadbir-pentadbir HRMIS di
sekolah ini diberi sedikit motivasi supaya mereka tidak menganggap
tugas baru ini sebagai membebankan.
4.2 Pihak JPA juga mohon kepada pihak urus setia HRMIS KPM dapat
mengadakan perbincangan bersama JPA mengenai pelan
pelaksanaan HRMIS 2013-2015. Ini bertujuan untuk sama-sama
menjayakan pelaksanaan HRMIS di KPM.
Tindakan: Makluman:
Urus Setia HRMIS KPM
4.3 YBhg. Datuk Dr Pengerusi menyarankan agar mesyuarat ini perlu
diadakan secara optimum iaitu empat (4) kali setahun supaya
pemantauan dapat dilaksanakan secara berterusan.
Tindakan: Makluman:
Semua ahli mesyuarat
4. HAL-HAL LAIN
Kementerian Pendidikan Malaysia
34 1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.15 petang dengan ucapan
terima kasih daripada YBhg. Datuk Dr. Pengerusi dan berharap dapat
berjumpa lagi pada mesyuarat akan datang yang dicadangkan pada
bulan Disember 2013.
URUS SETIA HRMIS
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
7 Oktober 2013
5. PENUTUP