5
Menghilangkan Kesan Parut Jerawat Topik ini akan sentiasa ada saja orang mencari mengenainya dari masa ke semasa. Ia merupakan salah satu topik yang tidak akan dan tidak mungkin ditelan dek zaman. Baiklah, memandangkan anda sudah berada di sini, biar saya hentikan pencarian anda dengan memberi anda jawapan setepatnya: Untuk memastikan kesan parut peninggalan jerawat, terlebih dahulu anda kena pastikan yang bahawasanya parut tersebut sudah tidak lagi berpenghuni. Kes yang menyangka wajah mereka hanya tinggal parut saja (tidak berjerawat) seringkali terjadi. Lalu mereka bersusah-payah mencari jalan bagaimana menghilangkan parut berkenaan dengan mengenepikan soal penghapusan jerawat begitu saja (sekilas pandang). Cara untuk memastikan parut tersebut masih berpenghuni atau tidak adalah dengan memicit lubang parut berkenaan. Picit perlahan-lahan tengok (berhati-hati), sebab kita nak testing, bukan nak buat sungguh2. Kalau ia ada mengeluarkan ‘isi putih yang halus’, (macam ulat putih yg sangat kecil) maka parut tersebut masih berpenghuni. Juga, kalau anda dapat rasakan ianya masih mengeluarkan minyak, itu juga petanda yang bahawasanya ia masih berpenghuni.

Menghilangkan Kesan Parut Jerawat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Cara paling tepat bagi mengetahui tentang menghilangkan kesan parut jerawat. Baca ini supaya anda berada di landasan yang betul.

Citation preview

Page 1: Menghilangkan Kesan Parut Jerawat

Menghilangkan Kesan Parut Jerawat

Topik ini akan sentiasa ada saja orang mencari mengenainya dari masa ke semasa. Ia merupakan salah satu topik yang tidak akan dan tidak mungkin ditelan dek zaman. Baiklah, memandangkan anda sudah berada di sini, biar saya hentikan pencarian anda dengan memberi anda jawapan setepatnya:

Untuk memastikan kesan parut peninggalan jerawat, terlebih dahulu anda kena pastikan yang bahawasanya parut tersebut sudah tidak lagi berpenghuni. Kes yang menyangka wajah mereka hanya tinggal parut saja (tidak berjerawat) seringkali terjadi. Lalu mereka bersusah-payah mencari jalan bagaimana menghilangkan parut berkenaan dengan mengenepikan soal penghapusan jerawat begitu saja (sekilas pandang).

Cara untuk memastikan parut tersebut masih berpenghuni atau tidak adalah dengan memicit lubang parut berkenaan. Picit perlahan-lahan tengok (berhati-hati), sebab kita nak testing, bukan nak buat sungguh2. Kalau ia ada mengeluarkan ‘isi putih yang halus’, (macam ulat putih yg sangat kecil) maka parut tersebut masih berpenghuni. Juga, kalau anda dapat rasakan ianya masih mengeluarkan minyak, itu juga petanda yang bahawasanya ia masih berpenghuni.

==> Dan kalau parut tersebut masih berpenghuni, maka sia-sia saja usaha anda menggunakan produk menghilangkan parut yang tidak menitikberatkan soal menghilangkan jerawat. Ingat tu. Turut sama sia-sia: mengerahkan sepenuh usaha mengunakan Rawatan Luaran sahaja dengan tidak memberi tumpuan langsung kepada Rawatan Dalaman.

Nota: saya berkata mengenai parut jerawat atau parut yang terdapat di muka. Bukan parut di anggota lain.

Page 2: Menghilangkan Kesan Parut Jerawat

Dengan penerangan ini, saya harap anda faham sebelum tergesa-gesa melancarkan usaha menghilangkan parut tersebut. Ini penting bagi mengelakkan kekecewaan serta mencuba pelbagai-bagai produk ke atas kulit muka yang halus itu. Kulit muka tak macam kulit bahagian lain. Anda kena pastikan sebaik mungkin cara sesuai sahaja di-apply. Sebarang kerosakan boleh mengakibatkan proses pemulihan menjadi bertambah sukar dan bertambah parut tu.

So, cara paling efektif untuk menghilangkan parut berkenaan adalah:

1) Pastikan anda menyapu produk atau bahan yang anda tahu bagaimana ia berfungsi serta tahap keberkesanannya (adakah selamat atau tidak). Produk tersebut mestilah tujuannya banyak ke arah membuatkan kuman-kuman yang masih menghuni parut tersebut mati berbanding perkara lain (mencantik-kan kulit, cerah la atau sebagainya...)

2) Setelah langkah pertama dijalankan, anda tak boleh mengharap parut tersebut akan hilang dalam masa 2-3 hari. Sebaliknya anda kena bersabar sedikit. Proses menghilangkan parut berjalan begini:

i. penghuni parut mati. Bagi memastikan perkara ini, ulangi testing tadi. Kalau ia semakin susah nak kelur isi putih / ulat halus tu, atau minyak pun nampak dah kurang sangat, maka produk yang anda pakai tu berkesan. Teruskan memakainya.

ii. parut kosong yang kemudiannya akan perlahan-lahan cuba untuk menjadi sepadan dengan warna kulit di bahagian lain yang tidak dijangkiti jerawat.

iii. parut pudar sikit demi sedikit. Tanda proses kehilangan parut ini berjalan dengan lancar adalah; perhatikan parut tersebut. Kalau ia semakin lama-semakin sepadan dengan warna kulit di bahagian yang tidak berjerawat, sudah tidak gatal lagi, maka anda berada di jalan yang betul. Sila bersabar dalam menanti ia pudar dan terus pudar.

iv. Proses penggantian kulit yang berjalan dari dalam berjalan dengan baik. Parut akan perlahan-lahan di isi dengan ‘isi’ yang akan menyamaratakan permukaan kulit wajah.

Maka beginilah proses menghilangkan parut yang sebenar terjadi. Pastikan anda menggunakan produk yang betul bagi menghilangkan penghuni parut berkenaan. Kalau tidak sia-sia saja kesabaran anda menanti parut tersebut pudar dan kemudian hilang.

Biar saya tolong anda sikit di sini: kalau langkah i. tu tak menunjukkan hasil selepas pemakaian lebih kurang 3 minggu, sudah tiba masanya anda fikirkan

Page 3: Menghilangkan Kesan Parut Jerawat

alternatif lain. Jangan tunggu lagi. Itulah masanya strategi baru dalam usaha menghilangkan parut mesti diambil!

Proses 1 & 2 serta i. – iv. yang saya sebutkan itu adalah petanda anda berada di jalan yang betul dalam usaha menghilangkan kesan parut jerawat. Jadi, rujuk nota ini kalau-kalau anda kini sedang dalam usaha menghilangkan parut berjerawat ini. Supaya anda tidak terkeliru dan selesa kerana tahu apakah anda sedang berada di jalan yang betul atau tidak.

Dan kalau proses itu tidak berlaku pada anda, maka anda tak ada pilihan. Anda kena mula memberi tumpuan terhadap Rawatan Dalaman pula. Memang ramai yang berjaya hanya dengan mengunakan Rawatan Luaran tetapi di dalam dunia ni, akan sentiasa ada kes lain-lain. Rawatan Dalaman ni memerlukan bahan yang betul-betul berkesan dan dalam masa yang sama: SELAMAT. Pemilihan bahan bagi Rawatan Dalaman memerlukan info pakar bagi memastikan ia memenuhi dua kriteria tersebut.

Tak kiralah samaada jerawat tu disebabkan resdung atau tidak, pilihan anda sekarang adalah mengunakan produk yang berupaya, mampu menghapuskan kuman yang membiak di sekitar dalaman muka. Dengan membuat serangan dalaman, keluarkan kotoran serta kuman, akan memberi pertolongan kepada Rawatan Luaran untuk bertindak dengan lebih berkesan. Boleh jadi produk Rawatan Luaran yang diguna bukannya tak berkesan, cuma ia perlukan pertolongan dari sudut Rawatan Dalaman...Anda harus rajin, memberi peluang pada diri memandang cara pemulihan dari beberapa sudut aspek bagi mendapat hasil sewajarnya

Baiklah, saya kira, itu saja penerangan paling penting mengenai topik ini. Dan kalau anda mahu lebih info dalam mengembalikan kesihatan kulit wajah, sila luangkan masa memahami apa yang tertera di web site ini:

firnena.com

Semoga sukses!

= Firnena’s