8
MENGENAL KRAF TRADISIONAL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tahun : 4A1 Masa : 8.15 a.m-9.15 a.m (60 Minit) Tema : Alam Semula Jadi Bidang : Menggambar Tajuk :Sekuntum Bunga Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat: 1. Membuat persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu rupa, warna, jalinan, kontra dan kepelbagaian yang terdapat pada alam semula jadi atau objek buatan manusia dalam penghasilan gambar teknik mozek. 2. Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media dan teknik dalam penghasilan gambar teknik mozek. 3. Membuat penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan

Menggambar Tahun 3 Mozek

Embed Size (px)

DESCRIPTION

rancangan pengajaran harian

Citation preview

Page 1: Menggambar Tahun 3 Mozek

MENGENAL KRAF TRADISIONAL

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tahun : 4A1

Masa : 8.15 a.m-9.15 a.m (60 Minit)

Tema : Alam Semula Jadi

Bidang : Menggambar

Tajuk :Sekuntum Bunga

Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat:

1. Membuat persepsi dan pemahaman bahasa seni

visual iaitu rupa, warna, jalinan, kontra dan

kepelbagaian yang terdapat pada alam semula

jadi atau objek buatan manusia dalam

penghasilan gambar teknik mozek.

2. Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman

bahasa seni visual menerusi penggunaan media

dan teknik dalam penghasilan gambar teknik

mozek.

3. Membuat penzahiran idea melalui pelbagai

sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan

gambar teknik mozek.

4. Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan

rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah

seni dan budaya.

Media : Alat - gunting. Bahan- kertas lukisan, gam, kertas warna

Bahan bantu mengajar : Contoh gambar-gambar seni mozek

EMK : Kreativiti dan inovatif

Page 2: Menggambar Tahun 3 Mozek

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu rupa, warna, jalinan, kontra dan

kepelbagaian yang terdapat pada alam semula jadi atau objek buatan manusia

dalam penghasilan gambar teknik mozek.

2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan

media dan teknik dalam penghasilan gambar teknik mozek.

3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan

gambar teknik mozek.

4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah

seni dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual

yang ada pada gambar teknik mozek.

1.1.1 Unsur seni

1.1.1.1 Rupa - geometri atau organik

1.1.1.2 Warna - primer atau sekunder atau tertier

1.1.1.3 Jalinan - tampak dan sentuh

1.1.2 Prinsip rekaan

1.1.2.1 Kontra - warna

1.1.2.2 Kepelbagaian - bahan

1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta

proses dan teknik dalam penghasilan gambar teknik mozek.

1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media

1.2.1.1 Alat - gunting dan pembaris

1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, kertas warna, gam dan bahan lain yang sesuai

1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya

1.2.2.1 Teknik – mozek

1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni

visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan gambar teknik mozek secara

kreatif.

Page 3: Menggambar Tahun 3 Mozek

1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif

1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya

1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan gambar teknik

mozek.

1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan

menumpukan pada aspek bahasa seni visual.

1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan

1.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya

1.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan

STANDARD PEMELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI CATATAN

Persepsi Estetik (10 minit)

Guru mempamerkan contoh

gambar teknik mozek

Guru menyatakan definisi

mozek.

Contoh:

merupakan susunan

bahan yang ditampal

secara sebelah

menyebelah dan tidak

bertindih-tindih.

Cara menyusun mozek

iaitu tidak bersentuhan

antara satu sama lain,

sedangkan binaan kolaj

bersentuhan serta

bertindih.

Guru meminta murid

menyatakan bahasa seni

visual yang ada pada gambar

teknik mozek.

BBM :

Gambar contoh teknik

mozek

Kemahiran :

Teliti

Pendekatan :

Pendekatan

berasaskan bahan

bantu

Page 4: Menggambar Tahun 3 Mozek

Aplikasi Seni (10 minit)

Guru menyatakan media yang

digunakan.

Guru menunjuk cara

menghasilkan gambar teknik

mozek.

Guru meminta murid

menyatakan media lain yang

boleh digunakan untuk

menghasilkan gambar teknik

mozek.

Guru meminta murid

meneroka media untuk

menghasilkan mozek.

Alat & bahan:

Gunting, Gam, Kertas lukisan,

kertas warna.

BBM :

Gambar teknik mozek

Pendekatan :

Pendekatan

berasaskan bahan

bantu dan

pendekatan

berasaskan murid

Strategi :

Penerangan

Ekspresi Kreatif (25 minit)

Murid menghasilkan mozek

mengikut kreativiti masing-

masing.

Langkah-langkah Penghasilan:

Langkah 1

Guru mengedarkan kertas

lukisan dan kertas warna

kepada setiap murid

Guru meminta murid untuk

memotong kertas warna

mengikut garisan yang telah

dibuat dengan menggunakan

gunting

Media digunakan :

- Gunting, Gam,

Kertas lukisan,

Kertas warna.

Pendekatan :

Pengajaran

berasaskan murid

Strategi :

-Penerangan

-Demonstrasi

Nilai : Berdikari, Yakin

Page 5: Menggambar Tahun 3 Mozek

Langkah 2

Murid menampal potongan

kertas tadi keatas kertas

lukisan berdasarkan rupa

bunga yang telah disediakan

Apresiasi Seni (10 minit)

Murid mempamerkan hasil

karya masing-masing.

Murid menceritakan

pengalaman semasa

menghasilkan karya.

Murid menghargai dan

menceritakan karya sendiri

dan rakan.

1- Hasil gambar teknik mozek

yang sudah siap

2- Murid mempamerkan hasil

karya masing-masing di

Kriteria :

- Pengunaan alat dan

bahan

- Kemahiran teknik

- Kekemasan

- Kreativiti

menggunakan

bahan

- Kekemasan

- Kerjasama

Page 6: Menggambar Tahun 3 Mozek

hadapan kelas

3- Membuat penilaian

berdasarkan bahasa seni

visual, kekemasan dan

kekreatifan.

Penutup (5 Minit)

Guru mengulangi tajuk hari ini dan

menerapkan nilai murni yang

sesuai

Merumuskan tajuk mozek dari

cara pembuatan dan alat dan

bahan untuk menghasilkan.

Nilai :

- Menghargai alam

sekitar