Mencapai integriti korporat

  • Published on
    03-Jan-2017

  • View
    213

  • Download
    0

Embed Size (px)

Transcript

  • Secara Usahasama Dengan:

    National Key Result Areas

    MENCAPAIINTEGRITI KORPORATPEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK SSM 3/2012 MENGENAI:

  • 1

    MUKADIMAH

    OBJEKTIF & LATAR BELAKANG

    Takrif Integriti Integriti sebagai Agenda Utama di Malaysia

    PERUNTUKAN STATUTORI UTAMA YANG MENGGALAKKAN INTEGRITIDALAM SEKTOR KORPORAT

    IKRAR INTEGRITI KORPORAT

    Hal Keadaan yang Membawa kepada Pewujudan Ikrar Integriti Korporat Ikrar Menandatangani Ikrar Integriti Korporat Setelah Ikrar ditandatangani - Apa yang berlaku seterusnya?

    PENILAIAN DAN SOAL SELIDIK SISTEM INTEGRITI KORPORAT Panduan untuk membantu Syarikat Menilai Risiko dan Petunjuk KeseluruhanBagi Tahap Integriti Korporat Syarikat

    Dua belas (12) Dimensi Penilaian dan Soal Selidik Sistem Integriti Korporat Cara Menggunakan Penilaian dan Soal Selidik Sistem Integriti Korporat

    FAEDAH PELAKSANAAN

    ANGGOTA MEJA BULAT INTEGRITI KORPORAT

    0203

    05

    06

    10

    1415

    SUSUNAN KANDUNGAN

  • 21 rujuk perenggan [19] bagi senarai anggota.

    MUKADIMAHIntegriti korporat adalah penting dalam mewujudkan suatu asas yang teguh bagi kemakmuran ekonomiMalaysia sedia ada dan pada masa hadapan. Dalam usaha untuk mewujudkan suasana perniagaan diMalaysia yang bebas daripada unsur-unsur yang memudaratkan seperti rasuah, penipuan dan jenayah perdagangan, dan dalam memastikan syarikat mengamalkan integriti dalam operasi harian mereka, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bekerjasama dengan Anggota Meja Bulat Integriti Korporat1 dalam membangunkan dan menyebarkan Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik ketiga SSM bertajuk MencapaiIntegriti Korporat (BBPC 3/2012) atau Corporate Integrity Pledge.

    BBPC 3/2012 ini menonjolkan Ikrar Integriti Korporat (CIP) dan Penilaian dan Soal Selidik Sistem Integriti Korporat (CISAQ) iaitu pernyataan komitmen oleh syarikat secara rasmi dan teguh untuk mematuhi amalan perniagaan beretika dan menyokong kempen negara memerangi rasuah.

    CIP, sebagai contoh, perlu ditandatangani oleh para pemimpin dalam bidang korporat bagi menetapkan amalan di peringkat atasan dan menggalakkan semua ahli dalam mana-mana syarikat atau pertubuhan untuk turut berintegriti dan melaksanakan kewajipanmereka secara beretika. Mana-mana syarikat ataupertubuhan, tempatan atau asing, besar atau kecil boleh menandatangani CIP - selagi syarikat atau pertubuhan itu berjanji untuk menambah baik dan menjalankan perniagaannya dengan beretika dan berintegriti.

    BBPC 3/2012 merupakan suatu garis panduan yang boleh digunakan oleh ahli perniagaan dan syarikat yang telah berikrar untuk memantau perkembangan syarikat dalam melaksanakan amalan perniagaan beretikadengan menjalankan CISAQ untuk mengenal pastijurang, bagi mempertingkatkan dan menambah baik amalan perniagaan mereka. Walaupun penggunaandokumen ini adalah secara sukarela, komuniti perniagaan dan korporat digalakkan untuk mengguna pakai amalan terbaik yang dicadangkan, sebagai usaha ke arah memastikan perniagaan yang berdaya maju dan mampan.

    MENCAPAIINTEGRITI

    KORPORAT

  • 3

    OBJEKTIF

    LATAR BELAKANG

    2 Charles E. Watson Managing with Integrity. Insights from Americas CEO (New York: Praeger, 1991), page 1713 ibid

    1. Objektif BBPC 3/2012 ini ialah:

    Menyemai amalan integriti dalam sektor korporat;

    Menggalakkan tanggungjawab sosial korporat dan kebertanggungjawaban;

    Meluaskan dan mengukuhkan etika perniagaan yang baik;

    Memupuk pewujudan suasana beretika di tempat kerja;

    Mempertingkatkan kerangka kerja tadbir urus korporat dengan menyemai budaya tingkah laku profesional yang bebas daripada rasuah; dan

    Mengukuhkan perpaduan antara golongan etnik dan wilayah yang berbeza melalui aktiviti ekonomi.

    Takrif Integriti

    2. Perkataan integriti telah diberikan pengertian yang luas; sebutan yang paling lazim mengenai integriti ialah kejujuran yang konsisten. Konsisten telah dikenal pasti sebagai komponen utama dalam menentukan sesuatu tindakan berintegriti. Memandangkan tindakan berintegriti merujuk kepada keselarian antara perkara yang dilakukan dengan perkara yang dikatakan, ditegaskan bahawa perbuatan dan percakapan perlu tergolong dalam lingkungan yang sama2 di mana seseorang yang berintegriti lazimnya dilihat adalah konsisten dalam tindakannya dan perkara yang hendak dikotakannya. Tingkah lakunya yang jujur dapat dilihat melalui kepatuhan yang teguh kepada prinsip dan standard yang tegas, dan wataknya telah dikenal pasti melalui usaha yang tidak terjejas bagi mencapai matlamat yang jauh lebih penting daripada keperluannya, keselesaannya dan kepentingannya.3

    3. Integriti korporat diukur melalui perkara yang dilakukan atau yang tidak dilakukan oleh syarikat walaupun apabila tiada orang yang melihat. Integriti dicemari apabila dasar dan prosedur tadbir urus korporat tidak dititikberatkan dalam usaha untuk memburu keuntungan peribadi dan korporat. Sesebuah syarikat mestilah mewujudkan suasana kerja yang beretika di mana budaya korporat beretika, dasar, undang-undang dan prosedur diikuti dan dikuatkuasakan.

  • 4

    4 IIM, 20075 Pernyataan oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, New Straits Times, 1 Disember 2011

    Integriti sebagai Agenda Utama di Malaysia

    4. Kerajaan Malaysia telah menyediakan mekanisme yang sepatutnya bagi mengurangkan rasuah dalam usaha ke arah menggalakkan amalan nilai-nilai etika yang lebih tinggi melalui pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN) sejak 23 April 2004. Objektif PIN adalah untuk memenuhi cabaran ke-4 Wawasan 2020 iaitu untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika; teguh dalam nilai-nilai keagamaan dan kerohanian dan disemai dengan standard etika yang paling tinggi. PIN menggariskan cadangan bagi kedua-dua sektor awam dan sektor swasta untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program ke arah meningkatkan integriti dalam memerangi rasuah.

    5. Bagi memudahkan pelaksanaan PIN, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah ditubuhkan pada tahun 2004. IIM bertanggungjawab untuk melaksanakan PIN dan menganjurkan seminar dan bengkel untuk rakyat dan syarikat-syarikat bagi menggalakkan penglibatan mereka dalam usaha mencegah rasuah. SSM berperanan sebagai urus setia bagi beberapa kumpulan kerja di bawah pimpinan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menyediakan rangka tindakan bagi agenda integriti institusi ekonomi yang dinyatakan di bawah PIN. Rangka tindakan ini dibangunkan bersama-sama dengan lima (5) kumpulan kerja yang terdiri daripada pemimpin-

    pemimpin perbadanan, badan-badan profesional dan kumpulan perdagangan. Rangka tindakan bertajuk Etika Perniagaan: Ke Arah Meningkatkan Integriti Korporat dan Etika Perniagaan : Suatu Panduan Praktikal bagi Syarikat di Malaysia4 telah diserahkan kepada Lembaga Pengarah IIM dan diterbitkan oleh Bahagian Sektor Swasta IIM.

    6. Di bawah Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang baru diperkenalkan, yang diumumkan pada 28 Januari 2010, Kerajaan berhasrat untuk mengubah ekonomi Malaysia dengan memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Salah satu inisiatif itu adalah untuk mengurangkan rasuah dalam negara ini dengan mengambil inisiatif khusus dan memantau keberkesanan inisiatif tersebut melalui langkah-langkah seperti Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (TI CPI) dan kaji selidik Barometer Rasuah Global (GCB). Hasilnya, walaupun TI-CPI tidak begitu meningkat pada tahun 2011 (dari 4.4 ke 4.3), terdapat peningkatan dalam peratusan responden bagi kaji selidik GCB yang melihat keberkesanan usaha Kerajaan dalam memerangi rasuah (dari 48% pada tahun 2010 kepada 49% pada tahun 2011).5 Hasil ini menunjukkan bahawa inisiatif Kerajaan yang telah diwujudkan itu bagi menangani isu rasuah kecil memberi kesan kepada orang ramai dalam kehidupan seharian mereka.

    INTE

    GR

    ITI * NASIONAL * PELAN * PROGRAMTRANSFORMASIKERAJAAN

  • 5

    6 Rujuk Seksyen 132(1),(1A)-(1F), 132(20, 181,131, 131A, 131B, 132B, 132C, 132E, 181A-E, 368B, 174(8A), 167, 165, 141 Akta Syarikat 19657 Gambaran keseluruhan oleh Bursa Malaysia Securities Berhad8 Kehendak Penyenaraian Bab 15 Bursa Malaysia Securities Berhad

    PERUNTUKAN STATUTORI UTAMA YANG MENGGALAKKAN INTEGRITI DALAM SEKTOR KORPORAT

    7. Terdapat beberapa undang-undang yang ditadbir oleh pelbagai institusi yang mempunyai kuasa

    kawalselia berkaitan integriti korporat melalui peruntukan berkenaan dengan tadbir urus korporat seperti Akta Syarikat 1965 (CA 1965), Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA 2007) dan Kehendak Penyenaraian Bursa.

    8. SSM menggalakkan tadbir urus korporat dengan menyediakan struktur, dasar dan rangka kerja tadbir urus yang mengawal selia dan mendisiplinkan syarikat-syarikat tanpa mengira saiz dan jenis syarikat sebagaimana yang diperuntukkan dalam CA 1965. CA 1965 menyediakan rangka kerja tadbir urus bagi menggalakkan kebertanggungjawaban, penzahiran dan ketelusan melalui peruntukan yang berkaitan6 antara lain:

    tugas fidusiari Pengarah; Hak pemegang saham (termasuk pemegang saham minoriti) dan perlindungan; Penzahiran kepentingan oleh pengarah; Integriti urus niaga oleh pengarah dan pemegang saham substansial; Perlindungan pemberi maklumat; Tindakan derivatif berkanun; Menyimpan rekod perakaunan dan keperluan laporan kewangan yang sepatutnya; Menubuhkan mekanisme kawalan dalaman bagi syarikat awam; Penyerahsimpanan dokumen dan maklumat tertentu kepada Pendaftar bagi maklumat orang ramai; dan Tindakan penguatkuasaan sivil dan jenayah.

    9. Bagi memastikan integriti dan tadbir urus yang baik dalam industri pasaran modal, CMSA 2007 yang ditadbir oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) bertujuan untuk melindungi pelabur dan mengekalkan integriti pasaran bagi perdagangan sekuriti dan derivatif.

Recommended

View more >