12
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21 st Century eISBN: 978-967-13705-0-6 516 516 MEMAHAMI SIKAP MASYARAKAT KRISTIAN TERHADAP MASYARAKAT ISLAM DI SABAH: PASCA ISU LARANGAN MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH Abd Hakim Mohad, Yusten Karulus, Saini Ag Damit, Mohd Sohaimi Esa, Dayu Sansalu, Ros Aiza Mohd Mokhtar, Ahmad Tarmizi Talib & Sarjit S. Gill Universiti Malaysia Sabah Abstrak Hubungan Islam-Kristian sebenarnya telah berusia lebih 1400 tahun. Sepanjang waktu tersebut ada banyak peristiwa yang membawa kepada turun naiknya hubungan yang telah sedia terjalin. Dalam konteks Malaysia, perbezaan kepercayaan ini sememangnya dibenarkan berdasarkan perlembagaan negara Perkara 3(1) yang berbunyi “Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”. Namun demikian, hubungan Muslim-Kristian telah memasuki fasa yang baharu apabila pada 22 Okt 2013, Mahkamah Rayuan memutuskan penerbitan Gereja Katolik, Herald-The Catholic Weekly (Herald) dilarang menggunakan kalimah Allah. Isu ini telah mendapat perhatian masyarakat Malaysia dan antarabangsa kerana ia bakal mencorakkan hubungan Muslim-Kristian pada masa hadapan. Walaupun isu ini menyentuh secara khusus kepada masyarakat Kristian di Semenanjung Malaysia, namun ia dilihat turut mampu meninggalkan kesan kepada masyarakat Kristian lain termasuklah di Sabah. Makalah ini membincangkan tentang sikap masyarakat Kristian terhadap masyarakat Islam di Sabah pasca 22 Okt 2013. Kajian yang dijalankan adalah menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa sikap masyarakat Kristian terhadap masyarakat Islam adalah positif dan kehidupan mereka berjalan seperti biasa seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Kajian juga mendapati bahawa antara faktor yang menyumbang kepada situasi ini ialah fabrik sosial di Sabah sudah terjalin dengan erat dan tidak mudah terlerai begitu sahaja. 1. Pendahuluan Masyarakat Sabah amat dikenali sebagai masyarakat yang toleren dan menjalin hubungan yang baik antara satu sama lain. Apabila kita bercakap tentang unity in diversity, atau kesatuan dalam kepalbagaian, maka terbayanglah wajah masyarakat Sabah yang terdiri daripada pelbagai kepercayaan dan etnik, namun hidup dalam suasana yang harmoni. Keadaan ini bukan sekadar pandangan semata- mata, bahkan ia disokong oleh bukti-bukti hasil kajian yang pernah dilakukan. Tidak dinafikan bahawa masyarakat Sabah memang sangat toleren, Namun demikian, timbul persoalan apakah keadaan itu masih dapat bertahan walaupun setelah berlakunya beberapa perkembangan yang menyentuh sensitiviti agama masyarakatnya, khususnya apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada 22 Okt 2013 bahawa, penerbitan Gereja Katolik, Herald-The Catholic Weekly (Herald) dilarang menggunakan kalimah Allah (Berita Harian, 23 Okt 2013). Isu ini

memahami sikap masyarakat kristian terhadap masyarakat islam di

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: memahami sikap masyarakat kristian terhadap masyarakat islam di

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

516

516

MEMAHAMI SIKAP MASYARAKAT KRISTIAN TERHADAP MASYARAKAT ISLAM DI SABAH: PASCA ISU LARANGAN

MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH

Abd Hakim Mohad, Yusten Karulus, Saini Ag Damit, Mohd Sohaimi Esa, Dayu Sansalu, Ros Aiza Mohd Mokhtar, Ahmad Tarmizi Talib & Sarjit S. Gill

Universiti Malaysia Sabah

Abstrak

Hubungan Islam-Kristian sebenarnya telah berusia lebih 1400 tahun. Sepanjang waktu tersebut ada banyak peristiwa yang membawa kepada turun naiknya hubungan yang telah sedia terjalin. Dalam konteks Malaysia, perbezaan kepercayaan ini sememangnya dibenarkan berdasarkan perlembagaan negara Perkara 3(1) yang berbunyi “Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”. Namun demikian, hubungan Muslim-Kristian telah memasuki fasa yang baharu apabila pada 22 Okt 2013, Mahkamah Rayuan memutuskan penerbitan Gereja Katolik, Herald-The Catholic Weekly (Herald) dilarang menggunakan kalimah Allah. Isu ini telah mendapat perhatian masyarakat Malaysia dan antarabangsa kerana ia bakal mencorakkan hubungan Muslim-Kristian pada masa hadapan. Walaupun isu ini menyentuh secara khusus kepada masyarakat Kristian di Semenanjung Malaysia, namun ia dilihat turut mampu meninggalkan kesan kepada masyarakat Kristian lain termasuklah di Sabah. Makalah ini membincangkan tentang sikap masyarakat Kristian terhadap masyarakat Islam di Sabah pasca 22 Okt 2013. Kajian yang dijalankan adalah menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa sikap masyarakat Kristian terhadap masyarakat Islam adalah positif dan kehidupan mereka berjalan seperti biasa seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Kajian juga mendapati bahawa antara faktor yang menyumbang kepada situasi ini ialah fabrik sosial di Sabah sudah terjalin dengan erat dan tidak mudah terlerai begitu sahaja. 1. Pendahuluan

Masyarakat Sabah amat dikenali sebagai masyarakat yang toleren dan menjalin hubungan yang baik antara satu sama lain. Apabila kita bercakap tentang unity in diversity, atau kesatuan dalam kepalbagaian, maka terbayanglah wajah masyarakat Sabah yang terdiri daripada pelbagai kepercayaan dan etnik, namun hidup dalam suasana yang harmoni. Keadaan ini bukan sekadar pandangan semata-mata, bahkan ia disokong oleh bukti-bukti hasil kajian yang pernah dilakukan.

Tidak dinafikan bahawa masyarakat Sabah memang sangat toleren, Namun demikian, timbul persoalan apakah keadaan itu masih dapat bertahan walaupun setelah berlakunya beberapa perkembangan yang menyentuh sensitiviti agama masyarakatnya, khususnya apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada 22 Okt 2013 bahawa, penerbitan Gereja Katolik, Herald-The Catholic Weekly (Herald) dilarang menggunakan kalimah Allah (Berita Harian, 23 Okt 2013). Isu ini

Page 2: memahami sikap masyarakat kristian terhadap masyarakat islam di

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

517

517

telah mendapat perhatian masyarakat Malaysia dan antarabangsa kerana ia dipercayai bakal memberi kesan kepada hubungan Muslim-Kristian pada masa hadapan (Berita Harian, 17 Julai 2013). Walaupun isu ini menyentuh secara khusus masyarakat Kristian di Semenanjung Malaysia, namun ia dilihat turut meninggalkan kesan kepada masyarakat Kristian lain termasuklah di Sabah (William, 5 Nov 2013; themalaysianinsider, 11 Jan 2014). 2. Kristian di Sabah

Seorang mubaligh Kristian, Odorio telah sampai ke Borneo seawal tahun 1322. Seterusnya pada tahun 1567, Borneo sekali lagi telah didatangi oleh dua orang mubaligh Jesuit dari Portugis. Dua puluh tahun kemudian iaitu pada 1587 pula, Borneo didatangi oleh dua orang mubaligh Franciscan. Kemudiannya pada 1687, seorang mubaligh Theatine bernama Antonio Ventimiglia dikatakan telah tinggal selama lima tahun di Pantai Timur Borneo (David, 1985:99).

Selepas itu, agama Kristian terus berkembang di Borneo semasa pemerintahan Brooke (1841) di Sarawak dan BNBCC (1881) di Sabah. Sejarah perkembangan agama Kristian SIB di kawasan pedalaman Borneo bermula dengan tertubuhnya Borneo Evangelical Mission (BEM) pada 31 ogos 1928. Ia diasaskan oleh Rev. C.H. Nash sebagai Pengerusi, C.H. Southwell sebagai Setiausaha Kehormat dan R.S. Tregaskis sebagai Bendahari Kehormat. Pada 5 Oktober 1928, BEM telah memulakan misi dakwahnya dengan menghantar tiga orang mubaligh iaitu Hudson Southwell, Carey Tolley dan Frank Davidson ke Sarawak; dengan ditemani oleh Henderson, seorang pesara, sebagai penunjuk jalan (Lees, 2006:20-23).

Hudson Southwell adalah graduan dari Universiti Melbourne. Beliau adalah seorang yang suka meneroka dan menjelajah untuk mencari pengalaman baru hingga ke Artik, Himalaya, Tibet dan beberapa lagi kawasan di pedalaman. Minatnya amat bersesuaian dengan hasrat keluarganya yang sangat komited dengan agama dengan niat untuk menjadikannya pendakwah sejak beliau belum dilahirkan lagi. Ketika usianya 26 tahun, beliau telah menuntut di Melbourne Bible Institute sebagai persediaan untuk menjadi pendakwah. Di sini, beliau telah berjumpa dengan Frank Davidson dan Carey Tolley yang sama-sama ditugaskan ke Borneo (Lees, 2006:18).

Pada tahun yang pertama mereka berada di Sarawak, Hudson Southwell dan Carey Tolley telah memberikan lebih perhatian kepada masyarakat Iban. Berdasarkan catatatan mereka menunjukkan bahawa, pada awal tahun 1930 mereka telah membuat sekurang-kurangnya satu pertemuan dengan masyarakat Iban di Lubai, Penderuan, Medamit dan Sungai Medalam. Manakala Frank Davidson pula memberikan tumpuan kepada masyarakat Kelabit di Medihit (Limbang) dan kemudiannya Bisaya. Sikap dingin masyarakat Iban terhadap ajaran Kristian telah menyebabkan Carey Tolley mula mengalihkan perhatiannya kepada masyarakat Lun Bawang, khususnya di sepanjang Sungai Trusan. Misi dakwah beliau mula menampakkan hasil apabila pada 1933 masyarakat Lun Bawang di sana mula menunjukkan minat terhadap ajaran Kristian dan begitu bersungguh-sungguh hendak mengetahui lebih lanjut tentang Tuhan dari sudut pandangan agama baru ini (Lees, 2006:26-31).

Page 3: memahami sikap masyarakat kristian terhadap masyarakat islam di

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

518

518

Pada 1938, tugasan Carey Tolley telah disambung oleh Stafford Young; beliau bersama Lawai, seorang pemuda Lun Bawang yang telah memeluk Kristian telah pergi menziarahi mereka pada Disember 1938. Sambutan yang diterima dari masyarakat Lun Bawang amat menggalakkan dan diluar jangkaan, terdapat antara dua puluh hingga tiga puluh orang Lun Bawang yang sentiasa mengikuti mereka dari sebuah kampung ke sebuah kampung untuk mendengar ajaran yang dibawa. Mereka bukan sekadar menerima Kristian pada nama sahaja, bahkan berusaha menjadi umat Kristian yang baik (Lees, 2006:45-47).

Pada 1947, sekolah teologi yang pertama telah dibuka di Lawas; dan semua pelajarnya untuk sesi pengambilan pertama adalah orang Lun Bawang. Mereka adalah sepuluh pasangan suami isteri yang datang dari perkampungan yang berbeza. Racha Umong adalah salah seorang dari mereka yang dua belas tahun kemudian menjadi Pengerusi Sidang Injil Borneo (SIB). Pada 1948, BEM telahpun mempunyai 75 ketua gereja (Lees, 2006:63). Ringkasnya, bermula dari 1938 hingga tahun 1950, agama Kristian telah berkembang dengan pesat sehingga BEM sendiri mengalami masalah kekurangan mubaligh (Lees, 2006:72). 3. Penggunaan Kalimah Allah

Menurut Eugene Yapp, Setiausaha Agung Ikatan Sidang Injil Kebangsaan (NECF), kalimah Allah telah digunakan sebagai terjemahan “God” sejak abad ke 2 lagi oleh warga Arab dan ia menjadi rujukan kepada istilah itu di Semenanjung Tanah Melayu. Penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian dalam Bible versi bahasa Melayu, Al-Kitab adalah berdasarkan sejarah yang tidak menemukan terjemahan “God” pada awal era kedatangan agama Kristian ke negara ini (themalaysianinsider, 11 Jan 2014).

Penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat Kristian di sabah juga bukanlah satu perkara baharu. Bahkan sejak agama Kristian mula bertapak di sini, masyarakatnya telahpun menggunakan kalimah Allah. Al-Kitab iaitu bible terjemahan berbahasa Melayu/ Indonesia memang telah sekian lama menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan kepada perkataan Tuhan. Menurut Pastor Siten @ Rondi Daud, 49 tahun (Temubual pada 31 Julai 2015), masyarakat Kristian di Long Pasai telah mengunakan kalimah Allah dalam upacara penginjilan dan pelayanan gereja sejak 1933. 4. Sikap Masyarakat Kristian Terhadap Masyarakat Islam

Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan sebelum ini, sikap masyarakat Kristian di Sabah terhadap masyarakat Islam adalah positif (Ahmad Tarmizi Talib et.al, 2014). Namun, selepas timbulnya isu pertikaian tentang penggunaan kalimah Allah, maka wajarlah perkembangan tentang sikap mereka dilihat semula. Sehubungan dengan itu, satu kajian telah dibuat bermula pada April 2014, untuk melihat iklim hubungan antara penganut agama Islam dan Kristian di Sabah. Sebanyak 399 responden telah mengambil bahagian iaitu 204 responden Islam dan 195 responden Kristian. Namun dalam perbincangan kali ini, hanya data daripada responden Kristian sahaja yang dikeluarkan. Makalah ini cuba untuk menghuraikan sikap masyarakat Kristian terhadap masyarakat Islam berdasarkan kepada jawapan

Page 4: memahami sikap masyarakat kristian terhadap masyarakat islam di

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

519

519

yang diberikan oleh responden Kristian tentang beberapa soalan berkaitan masyarakat Islam.

Dapatan Kajian Jadual 1: Umur

Umur Total

18-21 22-30 31-40 40-55 55 Tahun ke atas

Agama yang dianuti

Kristian 60 85 29 18 3 195 30.8% 43.7% 14.8% 9.2% 1.5% 100%

Berdasarkan jadual 1, responden yang berumur 18-21 tahun adalah seramai 60 (30.8%) orang, 22-30 tahun seramai 85 (43.7%) orang, 31-40 tahun seramai 29 (14.8%) orang, 40-55 tahun seramai 18 (9.2%) orang dan 55 tahun dan ke atas seramai 3 (1.5%) orang.

Jadual 2: Tahap Pendidikan Tertinggi Tahap pendidikan tertinggi Total

Tidak bersekolah

UPSR PMR/ SRP/ LCE/ SRA

SPM/MCE/SC/

'O' LEVEL/ SMA/ SPVM

UCE STPM/ STP/

HSC/'A' LEVEL/I.B

STAM/ Matrik

Sijil Diploma Ijazah Sarjana

Agama yang dianuti

Kristian 3

1.5% 0 11

5.5% 44

22.6% 1

0.5% 48

24.6% 12

6.1% 34

17.4% 37

19% 5

2.6% 195 100

%

Berdasarkan jadual 2, responden yang tidak pernah mendapat pendidikan formal ialah seramai 3 orang (1.5%), manakala responden yang mendapat pendidikan hingga PMR ialah 11 orang (5.5%). Responden yang mendapat pendidikan hingga SPM seramai 44 orang (22.6%), diikuti dengan responden yang mendapat pendidikan hingga UCE seorang (0.5%), yang mendapat pendidikan hingga STPM 48 orang (24.6%), responden yang mendapat pendidikan hingga ke peringkat sijil seramai 12 orang (6.1%), responden yang mendapat pendidikan hingga ke peringkat diploma seramai 34 orang(17.4%), responden yang mendapat pendidikan hingga ke peringkat ijazah ialah 37 orang (19%) dan responden yang mendapat pendidikan hingga ke peringkat sarjana 5 orang (2.6%). Ini bererti kebanyakan responden mendapat pendidikan formal hingga peringkat SPM dan ke atas.

Jadual 3: Respon Terhadap Soalan “Suara azan di masjid mengganggu

kehidupan saya”

Page 5: memahami sikap masyarakat kristian terhadap masyarakat islam di

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

520

520

Suara azan di masjid mengganggu kehidupan saya Total

Sangat tidak setuju

Tidak setuju Tidak pasti Bersetuju Sangat bersetuju

Agama yang dianuti

Kristian 78

(40%) 63

(32.4%) 33

(16.9%) 10

(5.1%) 11

(5.6%) 195

100%

Berdasarkan jadual 3 berkenaan respon terhadap soalan “suara azan di masjid mengganggu kehidupan saya,” seramai 78 responden (40%) menjawab sangat tidak setuju bahawa suara azan di masjid mengganggu kehidupan mereka. Diikuti dengan 63 responden (32.4%) yang menjawab tidak setuju. Diikuti dengan 33 responden (16.9%) yang menjawab tidak pasti. Seterusnya 10 responden (5.1%) yang menjawab bersetuju dan 11 responden (5.6%) yang menjawab sangat bersetuju. Ini menunjukkan majoriti penganut Kristian tidak menganggap suara azan di masjid mengganggu kehidupan mereka.

Jadual 4: Respon Terhadap Soalan “Saya tidak selesa tinggal berdekatan dengan masjid”

Saya tidak selesa tinggal berdekatan dengan masjid Total

Sangat tidak setuju

Tidak setuju Tidak pasti Bersetuju Sangat bersetuju

Agama yang dianuti

Kristian 78

(40%) 60

(30.8%) 27

(13.8%) 19

(9.8%) 11

(5.6%) 195

100%

Berdasarkan jadual 4, berkenaan n respon terhadap soalan “saya tidak selesa tinggal berdekatan dengan masjid,” seramai 78 (40%) menjawab sangat tidak setuju pada kenyataan bahawa mereka tidak selesa tinggal berdekatan dengan masjid. Diikuti dengan 60 responden (30.8%) yang menjawab tidak setuju. Diikuti dengan 27 responden (13.8%) yang menjawab tidak pasti. Seterusnya 19 responden (9.8%) yang menjawab bersetuju dan 11 responden (5.6%) yang menjawab sangat bersetuju. Ini menunjukkan majoriti penganut Kristian tidak bermasalah untuk tinggal berdekatan dengan masjid.

Jadual 5: Respon Terhadap Soalan “Saya mengelak untuk berkawan dengan

penganut agama Islam”

Saya mengelak untuk berkawan dengan penganut agama Islam Total

Sangat tidak setuju

Tidak setuju Tidak pasti Bersetuju Sangat bersetuju

Agama Yang dianuti

Kristian 109

(56%) 64

(32.8%) 16

(8.2%) 4

(2%) 2

(1%) 195

100%

Page 6: memahami sikap masyarakat kristian terhadap masyarakat islam di

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

521

521

Berdasarkan jadual 5 berkenaan respon terhadap soalan “saya mengelak untuk berkawan dengan penganut agama Islam,” seramai 109 responden (56%) menjawab sangat tidak setuju pada kenyataan bahawa mereka mengelak untuk berkawan dengan penganut agama Islam. Diikuti dengan 64 responden(32.8%) yang menjawab tidak setuju. Diikuti dengan 16 responden (8.2%) yang menjawab tidak pasti. Seterusnya 4 responden (2%) yang menjawab bersetuju dan 2 responden (1%) yang menjawab sangat bersetuju. Ini menunjukkan majoriti penganut Kristian tidak bermasalah untuk berkawan dengan penganut agama Islam.

Jadual 6: Respon Terhadap Soalan “Saya tidak senang bekerja dengan ketua

yang beragama Islam”

Saya tidak senang bekerja dengan ketua yang beragama Islam Total

Sangat tidak setuju

Tidak setuju Tidak pasti Bersetuju Sangat bersetuju

Agama yang dianuti

Kristian 111

(56.9%) 52

(26.7%) 25

(12.8%) 4

(2%) 3

(1.5%) 195

100%

Berdasarkan jadual 6 berkenaan respon terhadap soalan “Saya tidak senang bekerja dengan ketua yang beragama Islam” seramai 111 responden (56.9%) menjawab sangat tidak setuju pada kenyataan bahawa mereka tidak senang bekerja dengan ketua yang beragama Islam. Diikuti dengan 52 responden (26.7%) yang menjawab tidak setuju. Diikuti dengan 25 responden (12.8%) yang menjawab tidak pasti. Seterusnya 4 responden (2%) yang menjawab bersetuju dan 3 responden (1.5%) yang menjawab sangat bersetuju. Ini menunjukkan majoriti penganut Kristian tidak bermasalah untuk bekerja dengan ketua yang beragama Islam.

Jadual 7: Respon Terhadap Soalan “Saya tidak suka bekerja dalam persekitaran orang yang beragama Islam”

Saya tidak suka bekerja dalam persekitaran orang yang beragama Islam Total

Sangat tidak setuju

Tidak setuju Tidak pasti Bersetuju Sangat bersetuju

Agama yang dianuti

Kristian 95

(48.7%) 64

(32.9%) 29

(14.9%) 6

(3%) 1

(0.5%) 195

Berdasarkan jadual 7 berkenaan respon terhadap soalan “Saya tidak suka bekerja dalam persekitaran orang yang beragama Islam,” seramai 95 responden (48.7%) menjawab sangat tidak setuju pada kenyataan bahawa mereka tidak suka bekerja dalam persekitaran orang yang beragama Islam. Diikuti dengan 64 responden (32.9%) yang menjawab tidak setuju. Diikuti dengan 29 responden (14.9%) yang menjawab tidak pasti. Seterusnya 6 responden (3%) yang menjawab bersetuju dan 1 responden (0.5%) yang menjawab sangat bersetuju. Ini menunjukkan majoriti

Page 7: memahami sikap masyarakat kristian terhadap masyarakat islam di

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

522

522

penganut Kristian tidak bermasalah untuk bekerja dalam persekitaran orang yang beragama Islam.

Jadual 8: Respon Terhadap Soalan “Sekiranya saya mengadakan kenduri perkahwinan, saya tidak menjemput rakan dari agama Islam”

Sekiranya saya mengadakan kenduri perkahwinan, saya tidak menjemput rakan dari agama Islam

Total

Sangat tidak setuju

Tidak setuju Tidak pasti Bersetuju Sangat bersetuju

Agama yang dianuti

Kristian 106

(54.5%) 65

(33.3%) 18

(9.2%) 4

(2%) 2

(1%) 195

100%

Berdasarkan jadual 8 berkenaan respon terhadap soalan “Sekiranya saya mengadakan kenduri perkahwinan, saya tidak menjemput rakan dari agama Islam,” seramai 106 responden (54.5%) menjawab sangat tidak setuju pada kenyataan bahawa sekiranya mereka mengadakan kenduri perkahwinan, mereka tidak menjemput rakan dari agama Islam. Diikuti dengan 65 responden (33.3%) yang menjawab tidak setuju. Diikuti dengan 18 responden (9.2%) yang menjawab tidak pasti. Seterusnya 4 responden (2%) yang menjawab bersetuju dan 2 responden (1%) yang menjawab sangat bersetuju. Ini menunjukkan majoriti penganut Kristian tidak bermasalah untuk menjemput rakan mereka yang beragama Islam agar turut sama memeriahkan majlis perkahwinan yang mereka adakan.

Jadual 9: Respon Terhadap Soalan “Saya tidak selesa berjiran dengan penganut agama Islam”

Saya tidak selesa berjiran dengan penganut agama Islam Total

Sangat tidak setuju

Tidak setuju Tidak pasti Bersetuju Sangat bersetuju

Agama yang dianuti

Kristian 106

(54.5%) 64

(32.8%) 21

(10.8%) 3

(1.5%) 1

(0.5%) 195

100%

Berdasarkan jadual 9 berkenaan respon terhadap soalan “saya tidak selesa berjiran dengan penganut agama Islam,” seramai 106 responden (54.5%) menjawab sangat tidak setuju pada kenyataan bahawa mereka tidak selesa berjiran dengan penganut agama Islam. Diikuti dengan 64 responden (32.8%) yang menjawab tidak setuju. Diikuti dengan 21 responden (10.8%) yang menjawab tidak pasti. Seterusnya 3 responden (1.5%) yang menjawab bersetuju dan 1 responden (0.5%) yang menjawab sangat bersetuju. Ini menunjukkan majoriti penganut Kristian tidak bermasalah untuk berjiran dengan penganut agama Islam.

Jadual 10: Respon Terhadap Soalan “Saya tidak selesa menghadiri majlis

perayaan agama Islam”

Page 8: memahami sikap masyarakat kristian terhadap masyarakat islam di

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

523

523

Saya tidak selesa menghadiri majlis perayaan agama Islam Total

Sangat tidak setuju

Tidak setuju Tidak pasti Bersetuju Sangat bersetuju

Agama yang dianuti

Kristian 104

(53.3%) 56

(28.7%) 30

(15.4%) 4

(2%) 1

(0.5%) 195

100%

Berdasarkan jadual 10 berkenaan respon terhadap soalan “saya tidak selesa menghadiri majlis perayaan agama Islam,” seramai 104 responden (53.3%) menjawab sangat tidak setuju pada kenyataan bahawa mereka tidak selesa menghadiri majlis perayaan agama Islam. Diikuti dengan 56 responden (28.7%) yang menjawab tidak setuju. Diikuti dengan 30 responden (15.4%) yang menjawab tidak pasti. Seterusnya 4 responden (2%) yang menjawab bersetuju dan 1 responden (0.5%) yang menjawab sangat bersetuju. Ini menunjukkan majoriti penganut Kristian tidak bermasalah untuk menghadiri majlis perayaan agama Islam.

Jadual 11: Respon Terhadap Soalan “Saya tiada masalah dengan amalan

perayaan penganut agama Islam”

Saya tiada masalah dengan amalan perayaan penganut agama Islam Total

Sangat tidak setuju

Tidak setuju Tidak pasti Bersetuju Sangat bersetuju

Agama yang dianuti

Kristian 8

(4.1%) 8

(4.1%) 22

(11.3%) 64

(32.8%) 93

(47.7%) 195 100

Berdasarkan jadual 11 berkenaan respon terhadap soalan “saya tiada masalah dengan amalan perayaan penganut agama Islam,” seramai 8 responden (4.1%) menjawab sangat tidak setuju pada kenyataan bahawa mereka tidak bermasalah dengan amalan perayaan penganut agama Islam. Diikuti dengan 8 responden (4.1%) yang menjawab tidak setuju. Diikuti dengan 22 responden (11.3%) yang menjawab tidak pasti. Seterusnya 64 responden (32.8%) yang menjawab bersetuju dan 93 responden (47.7%) yang menjawab sangat bersetuju. Ini menunjukkan majoriti penganut Kristian tidak bermasalah dengan amalan perayaan penganut agama Islam.

Jadual 12: Respon Terhadap Soalan “Penganut agama Islam melayan saya seperti orang asing”

Penganut agama Islam/Kristian melayan saya seperti orang asing Total

Page 9: memahami sikap masyarakat kristian terhadap masyarakat islam di

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

524

524

Tidak pernah Jarang Kadang-kadang Selalu

Agama yang dianuti

Kristian 103

(52.8%) 50

(25.7%) 39

(20%) 3

(1.5%) 195

100%

Berdasarkan jadual 12 berkenaan respon terhadap soalan “penganut agama Islam melayan saya seperti orang asing,” seramai 103 responden yang beragama Kristian (52.8%) menjawab mereka tidak pernah dilayan seperti orang asing oleh penganut agama Islam. Diikuti dengan 50 responden (25.7%) yang menjawab mereka jarang dilayan seperti orang asing oleh penganut agama Islam. Diikuti dengan 39 responden (20%) yang menjawab mereka kadang-kadang dilayan seperti orang asing oleh penganut agama Islam. Seterusnya 3 responden (1.5%) yang menjawab mereka selalu dilayan seperti orang asing oleh penganut agama Islam. Ini menunjukkan majoriti penganut Kristian tidak merasakan bahawa mereka dilayan seperti orang asing oleh penganut agama Islam.

Jadual 13: Respon Terhadap Soalan “Penganut agama Islam meminggirkan saya”

Penganut agama Islam meminggirkan saya Total

Tidak pernah Jarang Kadang-kadang Selalu

Agama yang dianuti

Kristian 114

(58.5%) 54

(27.7%) 27

(13.8%) 0 195

100%

Berdasarkan jadual 13 berkenaan respon terhadap soalan “penganut agama Islam meminggirkan saya,” seramai 114 responden (58.5%) menjawab mereka tidak pernah dipinggirkan oleh penganut agama Islam. Diikuti dengan 54 responden (27,7%) yang menjawab mereka jarang dipinggirkan oleh penganut agama Islam. Diikuti dengan 27 responden (13.8%) yang menjawab mereka kadang-kadang dipinggirkan oleh penganut agama Islam. Seterusnya tiada responden yang menjawab mereka selalu dipinggirkan oleh penganut agama Islam. Ini menunjukkan majoriti penganut Kristian tidak merasakan bahawa mereka dipinggirkan oleh penganut agama Islam.

Jadual 14: Respon Terhadap Soalan “Penganut agama Islam tidak percaya kepada saya”

Penganut agama Islam tidak percaya kepada saya Total

Tidak pernah Jarang Kadang-kadang Selalu

Agama yang dianuti

Kristian 118

(60.6%) 45

(23%) 29

(14.9%) 3

(1.5%) 195

100%

Page 10: memahami sikap masyarakat kristian terhadap masyarakat islam di

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

525

525

Berdasarkan jadual 14 berkenaan respon terhadap soalan “penganut agama Islam tidak percaya kepada saya,” seramai 118 responden (60.6%) menjawab mereka tidak pernah berhadapan dengan situasi di mana penganut agama Islam tidak percayakan mereka. Diikuti dengan 45 responden (23%) yang menjawab mereka jarang berhadapan dengan situasi di mana penganut agama Islam tidak percayakan mereka. Diikuti dengan 29 responden (14.9%) yang menjawab mereka kadang-kadang berhadapan dengan situasi di mana penganut agama Islam tidak percayakan mereka. Seterusnya 3 responden (1.5%) yang menjawab mereka selalu berhadapan dengan situasi di mana penganut agama Islam tidak percayakan mereka. Ini menunjukkan majoriti penganut Kristian tidak merasakan bahawa mereka tidak dipercayai oleh penganut agama Islam. 5. Perbincangan

Jawapan-jawapan positif yang diberikan oleh responden beragama Kristian menggambarkan sikap mereka yang juga positif. Dapatan ini konsisten dengan kajian terdahulu oleh Ahmad Tarmizi Talib (2014), yang menunjukkan bahawa persepsi masyarakat Kristian terhadap masyarakt Islam di Sabah adalah positif. Dengan lain perkataan suasana tegang akibat isu larangan penggunaan kalimah Allah tidak meninggalkan kesan terhadap hubungan antara masyarakat Kristian dan Islam di Sabah. Dapatan ini tidak menepati jangkaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa isu ini akan meninggalkan kesan terhadap hubungan antara masyarakat Kristian dan Islam di Malaysia termasuklah di Sabah (William, 5 Nov 2013; themalaysianinsider, 11 Jan 2014). Pandangan Rahimin Affandi Abd. Rahim (2011) yang menyimpulkan bahawa tahap perpaduan antara kaum dan agama di Malaysia masih berada dalam keadaan yang rapuh mungkin juga tidak tepat dalam menggambarkan keadaan masyarakat di Sabah.

Ramai yang tertanya-tanya apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada dapatan ini? Menurut Khadijah dan Mohd Herzali (2008) budaya dialog dan interaksi agama adalah antara faktor yang dapat membantu membentuk persefahaman dan mengelak permusuhan. Namun apakah hal ini berlaku di Sabah?

Ketika pengkaji mengajukan soalan kepada Pastor Siten @ Rondi Daud (49 tahun), tentang pandangan beliau berhubung isu larangan penggunaan kalimah Allah oleh The Herald, beliau mengatakan bahawa beliau tidak setuju dengan larangan tersebut, namun dirinya tidak terganggu dan menjalani kehidupan seperti biasa. Apabila ditanya tentang sebab musabab masyarakat Kristian di Sabah masih bersikap positif terhadap masyarakat Islam walaupun setelah tercetusnya isu ini. Beliau menyatakan bahawa, umumnya ia disebabkan oleh ikatan sosial masyarakat di Sabah yang sememangnya kuat. Ini kerana perkahwinan campur yang telah berlaku sekian lama antara masyarakat berbilang agama khususnya antara Islam dan Kristian. Beliau sendiri mempunyai seorang adik lelaki yang beragama Islam. Mereka saling menghormati pilihan agama masing-masing dan menerima kepelbagaian agama dalam keluarga mereka.

Selain ikatan kekeluargaan yang terjalin antara masyarakat Islam dan Kristian di Sabah, sikap positif masyarakat Kristian turut disumbangkan oleh doktrin agama yang mereka pegang. Menurut beliau, “kita mengasihi sesama kita termasuk musuh

Page 11: memahami sikap masyarakat kristian terhadap masyarakat islam di

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

526

526

kita”, justeru umat Kristian memilih untuk bersabar dan berdoa agar pihak-pihak yang berkenaan terbimbing. Selain itu, beliau mengatakan “agama Kristian mengajarkan untuk kasih sesama manusia umpama mengasihi diri sendiri”. Dalam Bible, terdapat tiga capter yang menyatakan tentang hal ini secara jelas iaitu Matius 5:55, Lukas 6:27 dan Lukas 6:35. Kesimpulan

Kajian ini mencadangkan bahawa sikap masyarakat Kristian terhadap masyarakat Islam adalah kekal baik dan positif walaupun setelah berlakunya insiden larangan penggunaan kalimah Allah oleh Herald-The Catholic Weekly (Herald), sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 22 Okt 2013. Fabrik sosial masyarakat Sabah yang melangkawi agama dan etnik adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada toleransi yang begitu tinggi dalam kalangan masyarakatnya. Di samping itu juga, kajian ini turut melihat peranan agama atau lebih tepat lagi pemimpin agama Kristian yang menitik beratkan doktrin kasih sayang dalam hidup bermasyarakat. Kedua-dua faktor inilah antara justifikasi yang dapat dinyatakan sebagai pemangkin kepada sikap positif masyarakat Kristian terhadap masyarakat Islam di Sabah.

Rujukan Alkitab. 2001. The Bible Society of Malaysia. Petaling Jaya, Selangor. Abdul Monir Yaacob. 2012. Islam dan Kebebasan Beragama Menurut Perlembagaan

Persekutuan. Kuala Lumpur: Technologic Trading Sdn Bhd.

Ahmad Tarmizi Talib (et.al). 2013. Toleransi Sosio-Agama di Sabah dan Sarawak (Laporan Penyelidikan, Universiti Putra Malaysia).

Ahmad Tarmizi Talib (et.al). 2014. Toleransi Sosio-Agama Di Sabah (Kertas Kerja

Seminar Dakwah dan Etnik, Universiti Malaysia Sabah.

Christian W. Troll. 2008. Towards Common Ground between Christians and Muslims. In Akhtarul Wasey (ed.). Islam and the Modern Age. New Delhi: Zakir Husain Institute of Islamic Studies.

David, M.D. 1985. Asia and Christianity. Madras: MPH. Khadijah Mohd Khambali @ Hambali dan Mohd Herzali Mohd Haled. 2008. Toleransi

Beragama dan Amalannya di Malaysia: Rujukan Kepada Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jurnal Usuluddin, Bil 27 (2008) 81-92.

Lees, Shirley. 2006. Drunk Before Dawn. Kuala Lumpur: Sama Publications &

Distributors Sdn Bhd. Rahimin Affandi Abd. Rahim, Mohd Anuar Ramli, Paizah Ismail & Nor Hayati

Mohd Dahlal. (2011). Dialog agama: Realiti dan prospek di malaysia.Kajian

Page 12: memahami sikap masyarakat kristian terhadap masyarakat islam di

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

527

527

Malaysia, Vol. 29, No.2, 91–110. Berita Harian. 23 Okt 2013.

Berita Harian. 17 Julai 2013.

themalaysianinsider. 11 Jan 2014.

Temu bual William. 49 Tahun. 5 Nov 2013

Siten @ Rondi Daud. 49 tahun. 31 Julai 2015.