13
Mei - Ogos #8 BILANGAN 2/2018 http://www.ukm.my/jkas/en/bulletin-jkas/ NO. E-ISSN 2637-0034 Buletin PKA-SUTRA PROGRAM KEJURUTERAAN AWAM (PKA) PUSAT PENYELIDIKAN BANDAR PINTAR DAN LESTARI (SUTRA) KANDUNGAN PELANTIKAN, KENAIKKAN PANGKAT DAN ANUGERAH 3 KAJIAN iG-R&R 4 SIPINTAR 2018 5 (MoU) - UKM dan JBPM 7 PENUTUP MOD- UL iG-HOME 9 GOTONG- ROYONG MAKMAL 12

Mei Ogos Buletin #8 BILANGAN 2/2018 jkas/ NO. E ISSN 2637 PKA-SUTRA 2-2018.pdf · pelepasan gas rumah hijau, disamping pelengkap kepada amalan kelestarian yang ... merupakan pelajar

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Mei Ogos Buletin #8 BILANGAN 2/2018 jkas/ NO. E ISSN 2637 PKA-SUTRA 2-2018.pdf · pelepasan gas rumah hijau, disamping pelengkap kepada amalan kelestarian yang ... merupakan pelajar

Mei - Ogos

#8 BILANGAN 2/2018

http://www.ukm.my/jkas/en/bulletin-jkas/ NO. E-ISSN 2637-0034

Buletin PKA-SUTRA

PR

OG

RA

M K

EJ

UR

UT

ER

AA

N

AW

AM

(P

KA

) P

US

AT

PE

NY

EL

IDIK

AN

BA

ND

AR

P

INTA

R D

AN

LE

STA

RI

(SU

TR

A)

KANDUNGAN

PELANTIKAN, KENAIKKAN

PANGKAT DAN ANUGERAH

3

KAJIAN iG-R&R 4

SIPINTAR 2018 5

(MoU) - UKM dan JBPM

7

PENUTUP MOD-UL iG-HOME

9

GOTONG-ROYONG MAKMAL

12

Page 2: Mei Ogos Buletin #8 BILANGAN 2/2018 jkas/ NO. E ISSN 2637 PKA-SUTRA 2-2018.pdf · pelepasan gas rumah hijau, disamping pelengkap kepada amalan kelestarian yang ... merupakan pelajar

2

SIDANG EDITOR Penasihat: Prof. Dato Ir. Dr. Wan Hamidon Wan Badaruzzaman Dr. Azrul A. Mutalib

Ketua Editor: Dr. Muhamad Nazri Borhan

Editor: Ir. Dr. Muhamad Razuhanafi Mat Yazid Pn. Shahrom Md. Zain Nor Azura Abdullah@Ghazali

Editor Bersekutu: Prof. Madya Sr. Dr. Khairul Nizam Abdul Maulud Dr. Muhamad Azry Khoiry Prof. Madya Dr. Roszilah Hamid

Jurufoto: En. Nik Mohd Asraf Nik Muhammad

Bu

leti

n P

KA

-SU

TR

A

Page 3: Mei Ogos Buletin #8 BILANGAN 2/2018 jkas/ NO. E ISSN 2637 PKA-SUTRA 2-2018.pdf · pelepasan gas rumah hijau, disamping pelengkap kepada amalan kelestarian yang ... merupakan pelajar

3

PELANTIKAN, KENAIKKAN PANGKAT DAN ANUGERAH 1. Mesyuarat Senat UKM Ke 444 pada 23 Mei 2018 telah bersetuju

menganugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Kejuruteraan Awam & Struktur) Dr. Mohd Reza Azmi.

2. Prof. Dr Amiruddin Ismail – Pelantikan sebagai External Evaluator for Yayasan Universiti Teknologi Petronas-Fundamental Research Grant (YUTP-FRG) Project bermula pada 2 Mei 2018 untuk tempoh 5 tahun.

3. Sr. Dr. Khairul Nizam Abdul Maulud – Tahniah diucapkan atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya berkuatkuasa 6 Ogos 2018.

4. Prof. Dato' Ir. Dr. Hassan Basri – Pelantikan sebagai Ahli Lembaga, Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) bermula 23 Ogos 2018 sehingga 22 Ogos 2019.

5. Prof. Madya Sr. Dr. Khairul Nizam Abdul Maulud – Pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Pemuliharaan Alur Ilmu di bawah TNC (Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi).

6. Prof. Dr. Noor Ezlin Ahmad Basri – Pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Pemuliharaan Alur Ilmu di bawah TNC (Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi)

7. Dr. Mohd Yazmil Md Yatim – Pelantikan sebagai MSSA Committee Member.

PKA - SUTRA

Te

rba

ik

Ta

hn

iah

PROGRAM KEJURUTERAAN AWAM (PKA) PUSAT PENYELIDIKAN BANDAR PINTAR DAN LESTARI (SUTRA)

Page 4: Mei Ogos Buletin #8 BILANGAN 2/2018 jkas/ NO. E ISSN 2637 PKA-SUTRA 2-2018.pdf · pelepasan gas rumah hijau, disamping pelengkap kepada amalan kelestarian yang ... merupakan pelajar

4

Bu

leti

n P

KA

-SU

TR

A

PENYELIDIK SUTRA FKAB TERIMA RM826,500 UNTUK KAJIAN iG-R&R

Selepas berjaya menjalankan Program Pintar-UKM Sustainability and Green

Technology Through iG-Home Module, Pusat Penyelidikan Bandar Pintar dan Lestari (SUTRA), Fakulti Kejuteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya menerima geran penyelidikan sebanyak RM826,500 daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk menjalankan kajian iG-R&R Transformasi Rehat & Rawat Lestari pula. Penyelidikan selama dua tahun diketuai oleh Dr Muhamad Azry Khoiry dan disertai oleh 20 orang penyelidik berpengalaman dari SUTRA yang telah menjalankan pelbagai penyelidikan kelestarian dalam dan luar UKM. Enam komponen kelestarian yang akan dikenalpasti untuk dilaksanakan di kawasan rehat dan rawat ialah pengurusan sisa, kompos, biogas, tuaian air hujan, bahan binaan lestari dan bumbung hijau. iG-R&R Transformasi Rehat & Rawat Lestari akan menggabungkan keenam-enam elemen itu bagi menghasilkan garis panduan kelestarian yang holistik untuk di laksanakan di kawasan Rehat dan Rawat di sepanjang lebuhraya di Malaysia. Ia akan dapat mengurangkan penghasilan karbon dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, disamping pelengkap kepada amalan kelestarian yang disarankan oleh pihak kerajaan. Bagi melancarkan penyelidikan ini, Memorandum Perjanjian penyelidikan telah ditandatangani antara UKM yang diwakili oleh Naib Canselor, Prof Tan Sri Dato’ Seri Dr

Noor Azlan Ghazali dan LLM diwakili oleh Ketua Pengarah LLM, Dato’ Sr Aziz Abdullah yang telah diadakan sebelum ini. SUTRA adalah pusat penyelidikan di FKAB yang menjalankan penyelidikan berimpak berkaitan dengan bandar pintar dan lestari dan menjalankan pelbagai kolaborasi penyelidikan dengan industri dari dalam dan luar negara. SUTRA diketuai oleh Prof Dato’ Ir Dr. Wan Hamidon Wan Badaruzzaman dianggotai oleh pensyarah dari Program Kejuruteraan Awam, yang merupakan program Pengajian Kejuruteraan Awam dan Struktur yang berkedudukan 100 terbaik di dunia.

PROGRAM KEJURUTERAAN AWAM (PKA) PUSAT PENYELIDIKAN BANDAR PINTAR DAN LESTARI (SUTRA)

Page 5: Mei Ogos Buletin #8 BILANGAN 2/2018 jkas/ NO. E ISSN 2637 PKA-SUTRA 2-2018.pdf · pelepasan gas rumah hijau, disamping pelengkap kepada amalan kelestarian yang ... merupakan pelajar

5

SIPINTAR 2018

Simposium Penyelidikan Tahun Akhir atau lebih dikenali sebagai SIPINTAR

2016 yang diadakan pada 2 Mei 2018 merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh JKAS sejak ia diadakan julungkalinya pada tahun 2013. Peserta bagi simposium ini merupakan pelajar tahun akhir bagi pelajar yang mengikuti kursus projek tahun akhir. Tujuan utama simposium ini adalah untuk melibatkan semua pelajar tahun akhir dan memberikan mereka pendedahan penyelidikan sebelum tamat pengajian dan sebagai persediaan untuk menghadapi persekitaran kerja. Simposium satu hari ini melibatkan semua pembentang yang terdiri daripada pelajar tahun akhir Program Kejuruteraan Awam. Pembentangan simposium ini kategorikan mengikut 5 kumpulan penyelidikan iaitu Hidraulik, Hidrologi dan Sekitaran; Geoteknik dan Geosekitaran; Struktur dan Bahan; Pengangkutan dan Lebuhraya; dan Pengurusan Pembinaan. Pembentangan akan dilakukan secara serentak bagi setiap kumpulan yang terdiri daripada dua orang penilai. Di Akhir simposium, setiap peserta akan diberikan sijil penghargaan dari pihak PKA di atas keterlibatan mereka dalam menjayakan simposium ini. Selain itu, turut dianugerahkan pembentang terbaik bagi setiap kumpulan penyelidikan. Beberapa kertas symposium yang terpilih akan diterbitkan di dalam Jurnal Kejuruteraan dalam keluaran isu khas.

PKA - SUTRA

PROGRAM KEJURUTERAAN AWAM (PKA) PUSAT PENYELIDIKAN BANDAR PINTAR DAN LESTARI (SUTRA)

Page 6: Mei Ogos Buletin #8 BILANGAN 2/2018 jkas/ NO. E ISSN 2637 PKA-SUTRA 2-2018.pdf · pelepasan gas rumah hijau, disamping pelengkap kepada amalan kelestarian yang ... merupakan pelajar

6

Bu

leti

n P

KA

-SU

TR

A

SIPINTAR 2018

PROGRAM KEJURUTERAAN AWAM (PKA) PUSAT PENYELIDIKAN BANDAR PINTAR DAN LESTARI (SUTRA)

Page 7: Mei Ogos Buletin #8 BILANGAN 2/2018 jkas/ NO. E ISSN 2637 PKA-SUTRA 2-2018.pdf · pelepasan gas rumah hijau, disamping pelengkap kepada amalan kelestarian yang ... merupakan pelajar

7

BENGKEL BERSAMA PIHAK BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN, JABATAN BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA

Pada 3 Julai 2018 (9.00 pagi – 5.00 petang), bertempat di Bilik Mesyuarat

Fakulti, Bangunan Pentadbiran, FKAB, UKM, satu bengkel perkongsi kepakaran dan

pengukuhan kerjasama antara UKM dengan institusi kerajaan iaitu Jabatan Bomba dan

Penyelamat Malaysia (JBPM) telah diadakan. Seramai 19 pegawai dari Bahagian

Operasi, Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya, Bhg. Keselamatan Kebakaran,WP

Putrajaya, ABPM Wilayah Tengah, Pusat Penyelidikan Kebombaan (PUSPEK) dan

JBPM Negeri Sembilan telah hadir mengikuti bengkel ini. Bengkel ini adalah lanjutan

dari kerjasama UKM bersama JBPM melalui projek PRGS/2/2015/TK08/UKM/02/1

(Prototype of Sustainable High Performance Fire Proof Nano Silica Fly Ash Concrete

Tunnel Lining Segment) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr Roszilah Hamid.

Satu perjanjian persefahaman (MoU) antara UKM dan JBPM telah dimeterai

dengan pihak JBPM bersetuju bekerjasama dalam menjalankan projek ujian kebakaran

prototaip terowong dan pihak UKM bersetuju berkonsi kepakaran dalam bidang

kelakuan struktur dan infrastruktur dibawah beban ekstrim. Sebanyak lima slot ceramah

oleh penyelidik penyelidik projek ini telah diadakan iaitu:

1. Landslide Preparedness and Safety Measures – Dr Aizat Mohd Taib

2. Fire Ratings and Fire Resistance of Constructions Materials - Prof. Madya Dr.

Roszilah Hamid

3. Fire Resistance of Composite Structures - Dr Shahrizan Baharom

4. Response of structures to Dynamic Loading (Wind and Earthquake) -Prof Madya Dr

Siti Aminah Osman

5. Blast Loadings on Structures - Dr Azrul A. Mutalib

PKA - SUTRA

PROGRAM KEJURUTERAAN AWAM (PKA) PUSAT PENYELIDIKAN BANDAR PINTAR DAN LESTARI (SUTRA)

Page 8: Mei Ogos Buletin #8 BILANGAN 2/2018 jkas/ NO. E ISSN 2637 PKA-SUTRA 2-2018.pdf · pelepasan gas rumah hijau, disamping pelengkap kepada amalan kelestarian yang ... merupakan pelajar

8

Bu

leti

n P

KA

-SU

TR

A

BENGKEL BERSAMA PIHAK BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN, JABATAN BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA

PROGRAM KEJURUTERAAN AWAM (PKA) PUSAT PENYELIDIKAN BANDAR PINTAR DAN LESTARI (SUTRA)

Page 9: Mei Ogos Buletin #8 BILANGAN 2/2018 jkas/ NO. E ISSN 2637 PKA-SUTRA 2-2018.pdf · pelepasan gas rumah hijau, disamping pelengkap kepada amalan kelestarian yang ... merupakan pelajar

9

MAJLIS PENUTUP MODUL iG-HOME FASA 2 2018

Pada 7 Ogos 2018, Majlis Penutup program Pintar-UKM Sustainability and

Green Technology Through iG-Home Module Fasa 2 telah di adakan di Hotel Royale Signature, Alor Setar, Kedah. Projek ini anjuran Yayasan Pintar dengan kerjasama Institut Perubahan Iklim (PI) dan Pusat Penyelidikan Bandar Pintar dan Lestari (SUTRA), Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bagi program Fasa 2 2018 ini melibatkan 17 buah sekolah menengah sekitar negeri Kedah, 34 orang guru dan 680 orang pelajar sekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Kuala, Alor Star menjuarai Program Pintar UKM Sustainabality and Green Technology Through IG-Home Module Fasa 2 2018 dengan menewaskan lima buah sekolah lain dalam sesi pembentangan akhir projek berkenaan. Naib Juara jatuh kepada SMK Paya Kemunting manakala tempat ketika disandang oleh SMK Muadzam Shah. Johan menerima hadiah wang tunai RM1, 000, Naib Johan RM 750.00 dan ketiga RM 500.00 berserta plak dan sijil penghargaan. Enam buah sekolah layak membentangkan projek di peringkat akhir projek tersebut termasuk SMK Darul Aman, SMK Pokok Sena 2 dan SMK Tunku Sofiah. Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pintar, Tan Sri Arshad Ayub. Hadir sama, Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Azlan Ghazali; Penasihat Pendidikan Khazanah Nasional Berhad, Dato’ Satinah Syed Saleh; Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Jaringan Masyarakat dan Industri) UKM, Prof Dato’ Dr Imrah Ho Abdullah; Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Shahira Ahmed Bazari; Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Rozaini Ahmad dan Ketua Projek Pintar-UKM, Shahrom Md Zain.

PKA - SUTRA

PROGRAM KEJURUTERAAN AWAM (PKA) PUSAT PENYELIDIKAN BANDAR PINTAR DAN LESTARI (SUTRA)

Page 10: Mei Ogos Buletin #8 BILANGAN 2/2018 jkas/ NO. E ISSN 2637 PKA-SUTRA 2-2018.pdf · pelepasan gas rumah hijau, disamping pelengkap kepada amalan kelestarian yang ... merupakan pelajar

10

Bu

leti

n P

KA

-SU

TR

A

MAJLIS PENUTUP MODUL iG-HOME FASA 2 2018

PROGRAM KEJURUTERAAN AWAM (PKA) PUSAT PENYELIDIKAN BANDAR PINTAR DAN LESTARI (SUTRA)

Page 11: Mei Ogos Buletin #8 BILANGAN 2/2018 jkas/ NO. E ISSN 2637 PKA-SUTRA 2-2018.pdf · pelepasan gas rumah hijau, disamping pelengkap kepada amalan kelestarian yang ... merupakan pelajar

11

PKA - SUTRA

MAJLIS PENUTUP MODUL iG-HOME FASA 2 2018

PROGRAM KEJURUTERAAN AWAM (PKA) PUSAT PENYELIDIKAN BANDAR PINTAR DAN LESTARI (SUTRA)

Page 12: Mei Ogos Buletin #8 BILANGAN 2/2018 jkas/ NO. E ISSN 2637 PKA-SUTRA 2-2018.pdf · pelepasan gas rumah hijau, disamping pelengkap kepada amalan kelestarian yang ... merupakan pelajar

12

Bu

leti

n P

KA

-SU

TR

A

GOTONG-ROYONG MAKMAL-MAKMAL DI PKA-SUTRA

Bersempena dengan lawatan akreditasi EAC pada 24-25 September 2018

akan datang, pihak kakitangan teknikal telah menganjurkan aktiviti gotong royong. Aktiviti gotong royong telah dilakukan di semua makmal yang terdapat di PKA-SUTRA iaitu makmal struktur berat dan ringan, makmal pengangkutan, makmal geoteknik, makmal hidraulik, makmal pantai dan makmal sekitaran. Gotong-royong ini telah dijal-ankan selama dua minggu iaitu dari 16-27 Julai 2018. Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti berikut:

Mengemaskini aset/inventori untuk pelupusan.

Membersihkan segala peralatan di dalam makmal.

Melupus sampel dan bahan yg tidak digunakan lagi oleh pelajar.

Susun atur alat untuk memaksimakan ruang.

PROGRAM KEJURUTERAAN AWAM (PKA) PUSAT PENYELIDIKAN BANDAR PINTAR DAN LESTARI (SUTRA)

Page 13: Mei Ogos Buletin #8 BILANGAN 2/2018 jkas/ NO. E ISSN 2637 PKA-SUTRA 2-2018.pdf · pelepasan gas rumah hijau, disamping pelengkap kepada amalan kelestarian yang ... merupakan pelajar

13

PKA - SUTRA

GOTONG-ROYONG MAKMAL-MAKMAL DI PKA-SUTRA

PROGRAM KEJURUTERAAN AWAM (PKA) PUSAT PENYELIDIKAN BANDAR PINTAR DAN LESTARI (SUTRA)