Upload
duongdieu
View
247
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
MASALAH LATIHAN MENGAJAR DALAM KALANGAN PELATIH UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA
ROHAZA BINTI CHE ROSE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: MASALAH LATIHAN MENGAJAR DALAM KALANGAN PELATIH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya ROHAZA BINTI CHE ROSE (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERRHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: DR. M. AL – MUZ- ZAMMIL B. YASIN NO 55, JLN SRI SENTOSA 3, NAMA PENYELIA TAMAN SRI SENTOSA, 81500, PEKAN NANAS, JOHOR.
Tarikh: 28 NOVEMBER 2010 Tarikh: 28 NOVEMBER 2010
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan ( Pengurusan dan Pentadbiran )”
Tandatangan : ………………………………………….
Nama Penyelia : Dr. M. Al-Muz-zammil bin Yasin
Tarikh : 20 November 2010
i
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ..........Rohaza..............
Nama Penulis : Rohaza binti Che Rose
Tarikh : 20 November 2010
ii
MASALAH LATIHAN MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU PELATIH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,
SKUDAI JOHOR.
ROHAZA BINTI CHE ROSE
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
Memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan ( Pengurusan dan Pentadbiran )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2010
iii.
DEDIKASI
Syukur alhamdulilah
Semoga diberkati, mendapat kesejahteraan dan kebahagian
Terutamanya buat
Suamiku,
Mohamad Azid bin Samad
Serta
Anak-anakku yang UMI sayangi dan kasihi,
Muhammad Akmal Rusydi, Muhammad Aiman Azfar,
Alya Farhana dan Aleesya Farzana
Yang selama ini
Menjadi sumber inspirasi buatku
Untuk
Memajukan diri dengan
”Berusaha ke Arah Kecemerlangan”
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama ALLAH Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Syukur Alhamdulillah, kerana dengan berkat dan kurniaNya, akhirnya kajian ini berjaya disiapkan.
Penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana ini
iaitu Dr. M. Al-Muz-zammil bin Yasin, selaku penyelia yang telah banyak
membimbing, memberi tunjuk-ajar, memberikan pandangan dan sentiasa memberi
motivasi kepada penulis selama ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada
pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan Semester 5 ( 2010/2011 ) yang terlibat dalam
kajian ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada keluarga tercinta yang sentiasa
memberikan sokongan serta begitu memahami. Terima kasih juga diucapkan kepada
rakan-rakan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
projek ini. Semoga ALLAH membalas budi baik tuan suatu hari nanti. InsyaALLAH.
Rohaza binti Che Rose
20 November 2010
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji permasalahan dalam latihan mengajar
dalam kalangan pelatih Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor Bahru. Seramai
50 orang responden dilibatkan dalam kajian ini dan mereka terdiri daripada para
pelajar Fakulti Pendidikan. Terdapat 25 item soalan yang perlu dijawab oleh
responden. Data diperoleh melalui pengedaran soal –selidik. Terdapat empat
dimensi yang dikaji iaitu : Pengajaran dan pembelajaran, Kemudahan Infrastruktur,
Hubungan pelatih dengan murid, dan Hubungan guru pelatih dengan ibu bapa serta
guru.Kajian ini melibatkan analisis statistik deskriptif dan analisis inferensi . Data-
data ini diproses menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS)
versi 14 dan dihurai secara statistik untuk melihat nilai signifikan. Dapatan kajian
menunjukkan skor min keseluruahan bagi keempat-empat dimensi adalah 3.855 dan
sisihan piawainya adalah 0.755. Hasil dapatan ujian t menunjukkan tidak terdapat
perbezaan signifikan disebabkan oleh jantina responden ( pelatih ) tehadap skor
keseluruhan. Dapatan ujian ANOVA pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan disebabkan oleh faktor demografi ijazah pertama terhadap skor
keseluruhan. Sementara itu, kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan disebabkan oleh mata pelajaran pertama yang diajar di sekolah (responden)
terhadap skor keseluruhan. Ujian ANOVA juga menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan disebabkan oleh mata pelajaran kedua (responden) diajar
di sekolah terhadap skor keseluruhan. Seterusnya, kajian menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan Gred Nilai Kumulatif (CPA) terhadap skor keseluruhan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research was to study teachers’ problems during
practicum. Samples of this research were 50 trainee teachers from Education Faculty
of University Technology Malaysia . The questionnaire consisted of 25 item needs to
be answered in this research. Data were collected using questionnaire. There were 4
dimension were been studied : Teaching and Learning in the classroom, Facilities,
Relation between trainee and pupils, and Relation between trainee, parents and
teacher as well. Descriptive statistics and Inferential Analysis were used to identify
trainee teachers’ problem during training. The data were then processed using SPSS
version 14 software and scientifically interpreted to show the significant value.
Research show that the overall minimum score for all dimension is 3.855 and
standard deviation is 0.755. Inferential statistics analysis through T-test show that
there was no significant difference based on the trainee’s gender with total score.
While ANOVA test show that there was no significant difference based on the
trainee teacher’s first degree with total score. Besides, research also showed that
there was significant difference based on the trainee teacher’s teaching first subject
taught at school with total score. Data also show there was no significant difference
based on the teacher trainee teacher’s teaching second subject with total score. In
conclusion, this research also show there was no significant difference based on the
trainees’ CPA with total score.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN i
JUDUL KAJIAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL viii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
viii
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Terminologi 7
1.8.1 Guru Pelatih 8
1.8.2 Kemudahan 8
1.8.3 Pengajaran dan Pembelajaran 8
1.8.5 Hubungan Sosial 9
1.9 Kesimpulan 9
BAB 2 KAJIAN LITERATURE
2.1 Pendahuluan 10
2.2 Latihan Mengajar 10
2.3 Konsep Latihan Mengajar 12
2.4 Rasional Latihan Mengajar 13
2.5 Model Latihan Mengajar 14
2.5.1 Model Universiti Kebangsaan 14
Malaysia
ix
2.6 Kajian Lepas 17
2.6.1 Kajian Lepas Tempatan 17
2.6.2 Kajian Lepas Luar Negara 18
2.7 Kesimpulan 19
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 20
3.2 Reka Bentuk Kajian 20 3.3 Lokasi Kajian 21
3.4 Populasi Kajian 21
3.5 Instrumen Kajian 21
3.5.1 Soal – selidik 22
3.5.1.1 Bahagian A – Faktor Demografi 22
3.5.1.2 Bahagian B – Maklumat Latihan 22
Mengajar
3.5.1.3 Skala Likert 23
3.6 Prosedur Kajian 24
3.7 Analisa Data 25
3.7.1 Kaedah Deskriptif 25
3.7.2 Kaedah Inferensi 25
3.8 Kesimpulan 26
x
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 29
4.2 Analisis Demografi Responden 29
4.2.1 Jantina 28
4.2.2 Ijazah Pertama 28
4.2.3 Mata pelajaran Pertama diajar di Sekolah 29
4.2.4 Mata pelajaran Kedua diajar di Sekolah 30
4.2.5 Gred Nilai Kumulatif ( CPA ) 31
4.3 Analisa Dapatan Mengikut Persoalan Kajian 32
4.3.1 Persoalan Kajian 1 : Apakah tahap masalah 32
dalam latihan mengajar guru pelatih melalui empat
dimensi : pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas, kemudahan di sekolah, hubungan pelatih
dengan murid, dan hubungan pelatih dengan ibu bapa
dan guru.
4.3.1.1 Taburan Kekerapan Tahap Permasalahan 38
Latihan Mengajar Mengikut Dimensi
4.3.1.2 Persoalan Kedua : Apakah perbezaan 39
masalah latihan mengajar dalam kalangan guru
pelatih UTM berdasarkan faktor jantina dan
skor keseluruhan?
4.3.1.3 Persoalan Ketiga : Apakah perbezaan 40
masalah latihan mengajar dalam kalangan guru
pelatih UTM berdasarkan faktor ijazah pertama
dan skor keseluruhan?
xi
4.3.1.4 Persoalan Keempat : Apakah perbezaan 41
masalah latihan mengajar dalam kalangan guru
pelatih UTM berdasarkan faktor demografi mata
pelajaran pertama yang diajar di sekolah terhadap
skor keseluruhan?
4.3.1.5 Persoalan Kelima : Apakah perbezaan 42
masalah latihan mengajar dalam kalangan guru
pelatih UTM berdasarkan faktor demografi mata
pelajaran kedua yang diajar di sekolah terhadap
skor keseluruhan?
4.3.1.6 Persoalan Keenam : Apakah perbezaan 43
masalah latihan mengajar dalam kalangan guru
pelatih UTM berdasarkan faktor demografi gred
nilai kumulatif (CPA) responden terhadap skor
keseluruhan?
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 46
5.2 Rumusan Kajian 46
5.2.1 Persoalan Pertama 47
5.2.2 Persoalan Kedua 48
5.2.3 Persoalan Ketiga 48
5.2.4 Persoalan Keempat 49
5.2.5 Persoalan Kelima 49
5.2.6 Persoalan Keenam 50
xii
5.3 Cadangan 50
5.3.1 Cadangan Kajian Lanjutan 50
5.3.2 Cadangan Penambahbaikan 52
5.4 Kesimpulan 55
5.5 Rujukan 56
5.6 Lampiran 64
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT
3.1 Pembahagian Item Soal-Selidik Berdasarkan 23
Empat Dimensi Masalah Dalam Latihan
Mengajar
3.2 Skala Likert Bahagian B – Soal – Selidik Kajian 23
4.1 Taburan Jantina Responden ( Guru Pelatih) 28
4.2 Taburan Ijazah Pertama Responden 29
( Guru Pelatih) Semasa Menuntut di Universiti
4.3 Taburan Mata Pelajaran Pertama Responden 30
( Guru Pelatih) diajar Semasa di Sekolah
4.4 Taburan Mata Pelajaran Kedua Responden 30
( Guru Pelatih) diajar Semasa di Sekolah
4.5 Taburan Gred Nilai Kumulatif (CPA) Responden 31
( Guru Pelatih) Semasa di Universiti
4.6 Taburan Kekerapan Tahap Permasalahan Yang 33
Dihadapi Oleh Guru Dari Segi Pengajaran
dan Pembelajaran Dalam Bilik Darjah.
4.7 Taburan Kekerapan Tahap Permasalahan 34
Yang Dihadapi Oleh Guru Dari Segi
Kemudahan Infrastruktur
4.8 Taburan Kekerapan Tahap Permasalahan 36
Yang Dihadapi Oleh Guru Dari Segi
Hubungan Guru Dengan Murid
4.9 Taburan Kekerapan Tahap Permasalahan 37
Yang Dihadapi Oleh Guru Dari Segi
xii
Hubungan Guru Pelatih dengan Guru
dan Ibu Bapa
5.1 Analisis Ujian-t Tahap Permasalahan Latihan 39
Mengajar Dalam Kalangan Guru Pelatih
Berdasarkan Faktor Demografi Jantina
dan Skor Keseluruhan
5.2 Analisis Ujian ANOVA Satu Hala Tahap 40
Permasalahan latihan Mengajar Dalam
Kalangan Guru Pelatih Berdasarkan Faktor
Ijazah Pertama dan Skor Keseluruhan
5.3 Analisis Ujian ANOVA Satu Hala Tahap 41
Permasalahan Latihan Mengajar Dalam
Kalangan Guru Pelatih Berdasarkan
Faktor Mata Pelajaran Pertama Diajar
di Sekolah dan Skor Keseluruhan
5.4 Analisis Ujian ANOVA Satu Hala Tahap 42
Permasalahan Latihan Mengajar Dalam
Kalangan Guru Pelatih Berdasarkan
Faktor Mata Pelajaran Kedua Diajar
di Sekolah dan Skor Keseluruhan
5.5 Analisis Ujian ANOVA Satu Hala 43
Tahap Permasalahan Latihan Mengajar
Dalam Kalangan Guru Pelatih
Berdasarkan Faktor Gred Nilai Kumulatif
dan Skor Keseluruhan
xiii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH PERKARA MUKA SURAT
2.1 Model Latihan Mengikut 12
BPG ( 2005 )
2.2 Proses Pembinaan Insan Guru Dalam 14
Program Praktikum
2.3 Model Latihan Mengajar UKM (1) 15
2.4 Model Latihan Megajar UKM (2) 15
xiv
SENARAI SINGKATAN
BBM Bahan Bantu Mengajar
UTM Universiti Teknologi Malaysia
IPG Institut Pendidikan Guru
CPA Gred Nilai Kumulatif
SS Sangat Setuju
S Setuju
TP Tidak Pasti
TS Tidak Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
SPSS Statistical Package for Social Sciences (SPSS Windows 14.0)
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan
Latihan mengajar merupakan salah satu komponen penting untuk
melengkapkan keilmuan seseorang guru pelatih sebelum mereka ditempatkan
menjadi guru sebenar dalam sistem pendidikan. Ini bermakna segala ilmu pedagogi
dan amalan yang dipelajari akan diaplikasi terlebih dahulu dalam tempoh yang
ditetapkan sebelum mereka diserapkan sebagai guru sebenar. Sebaik sahaja guru
pelatih mengikuti kursus perguruan di institusi pendidikan, maka bermulalah
program latihan mengajar yang dapat dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian
pertama yang merangkumi pengajaran makro dan mikro sebagai persediaan bagi
pelajar sebelum menjalani latihan praktikum dan bahagian kedua ialah pengajaran dan
pengalaman praktikal di dalam dan di luar bilik darjah. Pengajaran mikro dan makro
diperoleh secara langsung semasa guru pelatih belajar di institusi perguruan manakala
pengajaran dan pengalaman praktikal diperoleh secara tak langsung semasa guru
pelatih menjalani latihan praktik di sekolah-sekolah.
Latihan mengajar dijalankan untuk dua program Diploma Pendidikan dan
untuk program Sarjana Muda dengan Pendidikan. Jangka masa yang ditetapkan untuk
latihan mengajar ialah di antara 11 hinggga 12 minggu, yang mana seseorang guru
pelatih dikehendaki mengajar di antara 8 hingga 10 waktu seminggu. Jadual waktu
bagi guru pelatih diatur oleh pihak pentadbiran sekolah. Lazimnya pihak sekolah
akan cuba memenuhi keperluan mengajar sebagaimana dinyatakan oleh pihak
universiti atau maktab.
Latihan mengajar mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Menurut
Abd.Raof dan T. Subahan ( 1991 ), latihan mengajar merupakan latihan praktik yang
dijalankan untuk membolehkan bakal guru mengaplikasikan kemahiran pedagogi dan
teori-teori yang dipelajari semasa di universiti. Latihan mengajar memberi situasi
sebenar melalui pengajaran mikro yang dijalankan. Selain itu, bakal-bakal guru juga
ditempatkan ke sekolah-sekolah untuk membolehkan mereka mempraktikkan segala
teori pembelajaran dan bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan keadaan
sebenar sebagai seorang insan yang bergelar guru. Selain daripada langkah-langkah
yang diambil oleh KPM untuk memartabatkan profession keguruan, adalah penting
juga dipastikan tetang aspek pengajaran dan pembelajaran guru dalam kelas, tahap
interaksi guru pelatih dengan pihak sekolah, sumber yang ada di sekolah, hubungan
guru pelatih dengan ibu bapa dan guru, serta hubungan murid dengan guru pelatih
ketika menjalani latihan mengajar. Ini kerana faktor-faktor ini banyak menyumbang
kepada kejayaan guru menjalani latihan praktikum di sekolah.
Perancangan yang rapi dengan aktiviti yang bersesuaian dengan murid akan
dapat membantu guru pelatih mengawal disiplin kelas dan secara tidak langsung
membolehkan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Ini mewujudkan
iklim yang positif dalam bilik darjah serta menggalakkan hubungan dua hala antara
guru dan murid. Ilmu inilah yang perlu dikuasai terutamanya oleh seseorang guru
pelatih. Ini kerana kawalan kelas yang lemah akan menyebabkan objektif yang
dirancang tidak berjaya malahan aktiviti yang dirancang tidak menarik minat murid
untuk melibatkan murid sepenuhnya. Selain itu, hubungan dua hala yang diwujudkan
akan membuka peluang dan ruang agar guru pelatih mengenali anak muridnya dengan
lebih dekat lagi. Ini penting kerana, pada ketika ini seseorang guru pelatih perlu
bertindak untuk menyelesaikan sebarang masalah murid dengan penghayatan
profesionalisme pendidikan yang diletakkan dihati bukan sekadar meletakkan
perguruan itu sebagai bidang pekerjaan semata-mata.
3
Melalui latihan mengajar seseorang guru pelatih itu bertindak sebagai
pengurus dalam bilik darjah. Secara tidak langsung mereka dapat mengembang
kecekapan merancang pengajaran dan kegiatan yang berlaku dalam bilik darjah. Pada
ketika inilah, seseorang guru pelatih akan menggunakan segala ilmu yang telah
dipelajarainya untuk diaplikasikan segala teori dan amalan dalam pengajaran dan
pembelajarannya. Guru pelatih dapat mengutip ilmu kaedah yang terbaik untuk
menjalankan tugas rutin guru walaupun mereka tidak diberi peranan memegang kelas.
Guru pelatih sememangnya tidak diberi peranan memegang kelas. Namun, ini tidak
boleh dijadikan alasan untuk mereka ambil mudah hal ini. Ini kerana, pada ketika
inilah sekolah dijadikan medan untuk menimba ilmu yang secukupnya sebelum
mereka keluar menjadi seorang guru yang sebenar. Seseorang guru pelatih itu dapat
menimba pengalaman bagaimana untuk mengurus kelas yang teratur dan baik. Para
pelajar juga harus diurus agar mereka menjalankan tugas harian seperti penyusunan
kerusi meja dan memadamkan papan hitam. Aspek ini tampak remeh tetapi
sebenarnya kita membentuk murid agar berdisiplin dan bertanggungjawab dalam
kelasnya sendidri selain mematuhi peraturan kelas. Guru pelatih juga harus belajar
bagaimana caranya untuk mengurus keadaan fizikal kelas agar sesuai untuk proses
pengajaran dan pembelajaran. Semua ini boleh diperoleh melalui pemerhatian guru
pelatih terhadap guru-guru senior yang ada di sekolah tersebut atau penglibatan
mereka sendiri.
Latihan mengajar juga membolehkan seseorang guru pelatih dapat
menggunakan segala teori dan prinsip pengajaran. Ini termasuklah mengembangkan
kecekapan dan kemahiran mengajar dengan mencuba pelbagai pendekatan dan teknik
pengajaran di dalam pelbagai situasi pengajaran. Semasa mengajar di dalam kelas,
seseorang guru pelatih itu seharusnya meneroka dan menggunakan pengetahuan
untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini membolehkan
seseorang guru pelatih itu mengetahui sama ada teori pengajaran dan pembelajaran
yang digunakan itu bersesuaian dengan pengetahuan dan aras kefahaman murid.
Proses pengajaran yang berulang kali ini akan meninggalkan kesan yang mendalam
dalam hati seseorang guru pelatih. Ini kerana, penghayatan dan kecekapan kepada
pengajaran merupakan satu proses jangka panjang dan hanya akan diperoleh melalui
proses yang berulang. Kecekapan seseorang guru pelatih menyampaikan isi
4
pengajarannya akan memberi kesan kepada pelajar melalui perubahan tingkah laku
yang lebih diingini,. Selain itu, kecekapan guru pelatih mengawal, mengatur, dan
mengurus kelas juga akan meransang aktiviti yang dirancang berjalan lancar. Proses
penyampaian ilmu pengetahuan dengan memberi bimbingan, latihan dan teladan
dapat memperlihatkan kesungguhan sikap seseorang guru pelatih untuk meletakkan
dirinya dalam dunia pendidikan nanti.
1.2 Latar Belakang Masalah
Latihan mengajar merupakan pengalaman pertama seseorang guru pelatih dan
merupakan kemuncak dalam persediaan seseorang guru pelatih menjadikan dirinya
bertauliah dan berwibawa. Latihan Mengajar merupakan alat pengukuran yang boleh
digunakan untuk melihat kesediaan seseorang guru untuk melangkahkan kaki ke
dunia pendidikan yang sebenar.
Bagaimanapun terdapat beberapa masalah yang timbul semasa guru pelatih
menjalani latihan mengajar.. Menurut Zakaria Kasa dan Abdul Rahman ( 1995 ),
guru pelatih menghadapi kesukaran untuk melakukan beberapa aktiviti seperti
mengajar dalam tempoh masa yang membolehkan murid memberi tumpuan
sepenuhnya, memilih alat bantu mengajar yang sesuai, memilih kaedah mengajar
yang sesuai, mengetahui latar belakang setiap murid yang diajar, dan mengingati
semua nama murid yang diajar. Jadi, jelaslah masalah ini telah mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan oleh guru pelatih terutamanya dari
segi kelancaran aktiviti yang berlaku dalam kelas. Selain itu, menurut Ramlah ( 2001
) isu kepentingan latihan mengajar sememangnya diakui ramai penyelidik dan ahli
akademik. Mengikut Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian
Pelajaran Malaysia ( 2005 ), prestasi guru pelatih adalah ditahap kurang memuaskan,
manakala menurut Baharin Abu ( 2006 ), tahap kesediaan, minat dan sikap,
pengetahuan dan kemahiran guru pelatih masih rendah. Jadi, jelaslah disini bahawa
sememangnya banyak permasalahan yang timbul semasa guru pelatih menjalani
latihan mengajar.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Banyak kajian yang telah dijalankan tentang isu-isu latihan mengajar. Namun
begitu, terlalu banyak masalah yang timbul semasa latihan mengajar. Masalah-
masalah tersebut pula subjektif jika dikaji dari sudut pandangan penyelidik yang
berbeza. Jika permasalahan yang wujud ini tidak ditangani segera, tentulah
masalah ini akan memberi impak yang negatif terhadap bidang keguruan di Malaysia.
Oleh itu, kajian ini sangat perlu dijalankan untuk mengenalpasti tahap
permasalahan yang dihadapi oleh guru pelatih sewaktu menjalani latihan mengajar.
Seterusnya, kajian ini akan dapat mengatasi permasalahan dalam latihan mengajar
disamping memartabatkan profesionalisme keguruan.
1.4 Objektif Kajian
Beberapa objektif telah ditetapkan bagi menghasilkan kajian ini. Antaranya
objektif-objektif yang telah ditetapkan ialah :-
i) Apakah tahap permasalahan dalam empat dimensi iaitu pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas, kemudahan di sekolah, hubungan
murid dengan guru, dan hubungan guru pelatih dengan ibu bapa serta
guru.
ii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan disebabkan oleh faktor
demografi terhadap skor keseluruhan ( jantina, ijazah pertama, subjek
pertama yang diajar di sekolah dan subjek kedua yang diajar di sekolah
sewaktu latihan mengajar ) masalah dalam latihan mengajar
6
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan bagi menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan
iaitu untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih semasa
menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah yang telah ditempatkan :-
i) Apakah tahap masalah dalam latihan mengajar guru pelatih melalui
empat dimensi : i) pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, ii)
kemudahan di sekolah, iii) hubungan murid dengan guru, dan iv)
hubungan guru pelatih dengan ibu bapa serta guru?
ii) Apakah perbezaan masalah latihan mengajar dalam kalangan guru.
pelatih UTM berdasarkan faktor demografi jantina dan skor
keseluruhan?
iii) Apakah perbezaan masalah latihan mengajar dalam kalangan guru.
pelatih UTM berdasarkan faktor demografi ijazah pertama dan skor
keseluruhan?
iv) Apakah perbezaan masalah latihan mengajar dalam kalangan guru.
pelatih UTM berdasarkan faktor demografi subjek pertama yang diajar
di sekolah dan skor keseluruhan?
v) Apakah perbezaan masalah latihan mengajar dalam kalangan guru.
pelatih UTM berdasarkan faktor demografi subjek kedua yang diajar di
sekolah dan skor keseluruhan?
vi) Apakah perbezaan masalah latihan mengajar dalam kalangan guru
pelatih UTM berdasarkan faktor demografi Gred Nilai Kumulatif dan
skor keseluruhan ?
1.6 Kepentingan Kajian
Di akhir penyelidikan ini, penyelidik berharap kajian ini dapat memberi
sumbangan yang besar terutamanya dalam bidang pendidikan. Kajian ini juga dapat
memberi gambaran sebenar tahap permasalahan yang dihadapi oleh guru dalam
latihan mengajar. Kajian ini seterusnya dapat memberi manfaat kepada beberapa
7
pihak utama iaitu guru pelatih, Kementerian Pelajaran Malaysia, institusi pengajian
tinggi serta pihak sekolah yang terlibat dalam petempatan guru pelatih.
1.7 Batasan Kajian
Dalam sesuatu penyelidikan yang dijalankan, lazimnya penyelidik akan
menghadapi beberapa kekangan dalam memperoleh maklumat yang dikehendaki.
Terdapat beberapa kekangan yang telah dikenalpasti semasa penyelidik menjalankan
penyelidikan ini. Antaranya ialah semasa penyelidik mengedarkan soal-selidik
kepada responden. Responden terdiri daripada bakal-bakal guru yang akan memikul
tugas menjalani latihan mengajar. Soal-selidik diedarkan sebentar kepada guru di
dalam kelas. Penyelidik bimbang sekiranya tahap kejujuran mempengaruhi respoden
ketika menjawab soalan ini. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi jawapan
yang diberikan. Selain itu, responden terdiri daripada lepasan ijazah dalam bidang
sains atau sastera. Latar belakang yang berbeza sebelum ini diikuti dengan latihan
mengajar yang pendek iaitu selama dua bulan dikhuatiri akan mempengaruhi
responden ketika menjawab soalan.
1.8 Definisi Terminologi
Penyelidik telah menggunakan beberapa istilah semasa kajian ini dijalankan.
Istilah-istilah yang digunakan ini diharap dapat menjelaskan makna-makna perkataan
yang digunakan bagi memudahkan pemahaman terhadap kajian ini. Di antara istilah-
istilah yang digunakan ialah:
i) guru pelatih
ii) kemudahan
iii) pengajaran dan pembelajaran
iv) dan hubungan sosial
8
1.8.1 Guru Pelatih
Merupakan bakal-bakal guru daripada berbagai ijazah sains mahupun sastera
yang sedang menjalani latihan asas perguruan di sebuah universiti mahupun Institut
Pendidikan Guru ( IPG ) untuk membolehkan mereka menjadi guru sebenar di
sekolah-sekolah nanti.
Dalam konteks ini, guru pelatih adalah responden kajian yang terdiri daripada
pelajar Ijazah Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dari Skudai, Johor
Semester 1 sesi 2010 /2011 yang sedang menuntut di tahun ketiga pengajian. Mereka
telah menghadiri latihan mengajar pada semester sebelumnya.
1.8.2 Kemudahan
Mengikut Kamus Dewan ( 2007 ), kemudahan membawa “maksud asal,
mula, dan punca sesuatu perkara”. Dalam konteks ini, sumber merupakan punca
sesuatu bahan, alatan dan kemudahan itu diperolehi. Ia meliputi kemudahcapaian
komputer, erpustakaan, bahan rujukan, mesin fotokopi, internet dan kebajikan yang
disediakan kepada guru seperti meja dan sebagainya. Ini kerana sumber seperti ini
memainkan peranan yang sangat penting sebagai kemudahan kepada guru pelatih
sewaktu menjalani latihan mengajar.
1.8.3 Pengajaran dan Pembelajaran
Pengajaran pula membawa maksud “perihal mengajar, segala sesuatu yang
berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang
dipentingkan semasa mengajar”. Sebagai seorang guru, perlu menentukan perkara
utama sebelum memulakan pengajaran. Antaranya termasuk objektif pengajaran,
9
kemahiran yang besesuaian dengan aras murid, pengalaman sedia ada murid dan
sebagainya.
Pembelajaran juga boleh didefinasikan sebagai “proses ( kegiatan ) belajar”.
Dalam konteks ini kegiatan belajar ialah proses yang mana berlakunya perubahan
tingkah laku murid. Contohnya, seorang murid yang tidak memahami bagaimana
operasi tambah akhirnya dapat menggunakan operasi tambah tersebut untuk
menyelesaikan masalah matematiknya.
1.8.4 Hubungan Sosial
Mengikut Kamus Dewan (2007 ). Hubungan membawa maksud “tindakan
atau perhubungan aktif antara satu sama lain,tindak balas antara dua atau beberapa
pihak”. Manakala maksud sosial pula berkaitan dengan persahabatan, pergaulan,
aktiviti masa lapang, dan suka bergaul. Dalam konteks ini, ia merupakan corak
perhubungan dari segi pergaulan guru-guru pelatih dengan pihak sekolah dan sesama
guru, sesama guru pelatih dan kehidupan mereka semasa di rumah.
1.9 Kesimpulan
Kesimpulannya, penyelidik telah mengupas dengan mendalam tentang latar
belakang masalah yang ingin dikaji.Penyelidik juga menjelaskan dengan lanjut
tentang penyataan masalah iaitu tentang dunia pendidikan yang makin mencabar dan
bersaing di peringkat global. Oleh itu, bidang pendidikan perlu diperkasakan lagi agar
insan yang bakal memimpin negara mempunyai semangat jati diri yang kuat dari segi
mental mahupun jasmani.
10
Bagaimanapun memastikan kajian yang dihasilkan menepati sasarannya,
penyelidik telah menetapkan objektif kajian. Antaranya ialah tentang pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas, kemudahan d sekolah, hubungan guru dengan murid, dan
hubungan guu dengan ibu bapa dan guru di sekolah sewaktu menjalani latihan
mengajar. Selain itu,persoalan kajian juga ditetapkan di sini.
Penyelidik juga menghadapi masalah yang sering dihadapi oleh penyelidik-
penyelidik yang lain semasa kajian dijalankan. Penyelidikan telah mengehadkan kajian
iaitu sampel hanya terdiri daripada pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia. Penyelidik bimbang sekiranya tahap kejujuran mempengaruhi
responden ketika menjawab soalan ini. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi
jawapan yang diberikan. Selain itu,responden terdiri daripada lepasan ijazah dalam
bidang sains atau sastera. Latar belakang yang berbeza sebelum ini diikuti dengan
latihan mengajar yang pendek iaitu selama dua bulan dikhuatiri akan mempengaruhi
responden ketika menjawab soalan