33
Masalah jenayah dalam kalangan remaja semakin meningkat di Malaysia. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan masalah tersebut. PENGENALAN Belakangan ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan pelajar dan remaja. Kejadian jenayah tersebut telah menggambarkan betapa seriusnya kejadian jenayah dalam kalangan pelajar dan remaja. Semakin hari kes-kes jenayah ini semakin berleluasa.Isu ini sungguh memalukan memandangkan negara kita sekarang merupakan negara yang sedang pesat membangun. Hal ini akan memberi kesan yang negatif kepada pembangunan masyarakat dan ekonomi negara. Jika masalah ini tidak dihayati atau ditangani oleh pihak yang bertanggungjawab,penglibatan remaja dalam jenayah khususnya akan terus meningkat dan berleluasa, malah ini juga boleh menggugat segala kemajuan dan ketamadunan dalam sesebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia. (Amaludin Ab.Rahman & Noralina Omar, 2008) Selain itu, nisbah kes jenayah remaja semakin meningkat dan isu ini bukan soal mudah dan boleh dipandang remeh. Kadar peningkatan jenayah dalam kalangan remaja kini semakin meningkat dan ini merupakan satu senario yang amat membimbangkan.. Menurut Abdul Rashid Abdul Rahman,1995, fenomena ini bukan sahaja mencabar dan merunsingkan masyarakat, malah menggugat kemampuan sistem keadilan jenayah amnya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya 1 . Sungguhpun fenomena ini memang telah wujud sejak dahulu lagi, kebelakangan ini, ia berkembang hingga menjadi satu isu dan sering menjadi bahan sensasi yang mengisi dada media. Saban hari kita sering dikejutkan dengan pelbagai berita sama ada di dada akhbar mahupun di media-media elektronik tentang remaja yang terlibat dengan pelbagai jenayah. Justeru itu, hal ini telah menimbulkan kebimbangan pertubuhan- perubuhan masyarakat dan pihak-pihak yang mendesak pihak kerajaan bertindak dengan lebih tegas bagi menangani gejala ini. Menyedari hakikat inilah, maka kerajaan dan sektor swasta yang meliputi 1 Abdul Rashid Abdul Rahman (1995) Masyarakat Melayu dan Gejala Sosial: Proses Penyelesaian Ke Arah Pembinaan Masyarakat Melayu Cemerlang Abad Ke-21, “Jenayah Remaja dan Penyelesaiannya”, Institut Perkembangan Minda, Kuala Lumpur.

Masalah Jenayah Dalam Kalangan Remaja

  • Upload
    radzi47

  • View
    1.490

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Faktor-faktor yang menyebabkan masalah jenayah dalam kalangan remaja.

Citation preview

Masalah jenayah dalam kalangan remaja semakin meningkat di Malaysia. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan masalah tersebut.

PENGENALAN

Belakangan ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan pelajar dan remaja. Kejadian jenayah tersebut telah menggambarkan betapa seriusnya kejadian jenayah dalam kalangan pelajar dan remaja. Semakin hari kes-kes jenayah ini semakin berleluasa.Isu ini sungguh memalukan memandangkan negara kita sekarang merupakan negara yang sedang pesat membangun. Hal ini akan memberi kesan yang negatif kepada pembangunan masyarakat dan ekonomi negara. Jika masalah ini tidak dihayati atau ditangani oleh pihak yang bertanggungjawab,penglibatan remaja dalam jenayah khususnya akan terus meningkat dan berleluasa, malah ini juga boleh menggugat segala kemajuan dan ketamadunan dalam sesebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia. (AmaludinAb.Rahman & Noralina Omar, 2008)

Selain itu, nisbah kes jenayah remaja semakin meningkat dan isu ini bukan soal mudah dan boleh dipandang remeh. Kadar peningkatan jenayah dalam kalangan remaja kini semakin meningkat dan ini merupakan satu senario yang amat membimbangkan.. Menurut Abdul Rashid Abdul Rahman,1995, fenomena ini bukan sahaja mencabar dan merunsingkan masyarakat, malah menggugat kemampuan sistem keadilan jenayah amnya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khasnya1. Sungguhpun fenomena ini memang telah wujud sejak dahulu lagi, kebelakangan ini, ia berkembang hingga menjadi satu isu dan sering menjadi bahan sensasi yang mengisi dada media. Saban hari kita sering dikejutkan dengan pelbagai berita sama ada di dada akhbar mahupun di media-media elektronik tentang remaja yang terlibat dengan pelbagai jenayah. Justeru itu, hal ini telah menimbulkan kebimbangan pertubuhan-perubuhan masyarakat dan pihak-pihak yang mendesak pihak kerajaan bertindak dengan lebih tegas bagi menangani gejala ini. Menyedari hakikat inilah, maka kerajaan dan sektor swasta yang meliputi berbagai-bagai agensi seperti Pabatan Polis, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kebajikan Masyarat, mahkamah, Jabatan Penjara dan pertubuhan-pertubuhan sosial atau sukarela di negara ini telah dan sedang merangka dan melaksanakan pelbagai usaha pencegahan serta langkah-langkah rawatan dan pemulihan (Mahadi Hj.Osman & Syed Nurul Akla Syed Abdullah,1995).

Remaja adalah aset utama sesuatu ummah. Generasi sekarang ini memerlukan generasi remaja bagi mengambil alih peranan pada masa datang. Oleh itu,generasi remaja adalah sasaran semua pihak bagi melahirkan generasi pelapis mengikut acuan yang dikehendaki (Arieff Rosman & Wardah Mokhtar, 2003).

1 Abdul Rashid Abdul Rahman (1995) Masyarakat Melayu dan Gejala Sosial: Proses Penyelesaian Ke Arah Pembinaan Masyarakat Melayu Cemerlang Abad Ke-21, “Jenayah Remaja dan Penyelesaiannya”, Institut Perkembangan Minda, Kuala Lumpur.

`

(Buletin Perangkaan Sosial, 2012)

Penglibatan remaja (juvana) dalam jenayah di Malaysia

DEFINISI/JENAYAH/REMAJA

DEFINISI JENAYAH

Terdapat pelbagai definisi dan takrifan mengenai jenayah. Mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4, halaman 623, perkataan jenayah bermaksud perbuatan kejahatan (seperti mencuri, merompak, membunuh,dan lain-lain) yang salah di sisi undang-undang. Jenayah ialah kesalahan yang dilakukan oleh sesorang dengan niat hendak melakukan kesalahan itu, maka dengan sebab kesalahan itu orang yang bertanggungjawab boleh dihukum dengan balasan yang setimpal kerana melakukan perkara-perkara yang salah disisi undang-undang.

Manakala William Blackstone pula mentakrifkan jenayah sebagai perbuatan yang dilakukan atau ditinggalkan, yang melanggar undang-undang awam sama ada melarang atau memerintahkan2.

Sementara John E Concklin pula mentaktifkan jenayah sebagai satu tindakan yang melanggar undang-undang jenayah dan boleh dihukum oleh kerajaan3. Jenayah juga dapat ditakrifkan sebagai suatu perbuatan atau sebarang kesalahan yang membahayakan masyarakat dan segala perbuatan atau tindakan itu boleh disabit kesalahannya di sisi undang-undang dan orang yang melakukannya bertanggungjawab menerima hukuman denda atau penjara. Dengan erti kata lain, jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri atau mencederakan orang lain adalah perbuatan jenayah.

(Nasrulnizamwati Mohamed, Punca Terjebak Gejala Sosial, 2008)

DEFINISI REMAJA

Secara perundangan tidak terdapat satu definisi khusus bagi mengkategorikan remaja. Mengikut Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang tergolong dalam lingkungan umur dari 10 hingga 14

2William Blackstone (Herbert A. Bloch & Gilbert Gets.Man Crime And Society,Random House,New York.p33)

3 John E Concklin ( Crimonology ,Mc Millan Pub.Co.New York,4th Ed.1991,p6)

tahun. Dalam Akta Pengangkutan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang bermur 21 tahun ke bawah (Nasrulnizamwati Mohamed, Punca Terjebak Gejala Sosial, 2008)

Menurut Abdul Rashid Abdul Rahman,1995, “terdapat tiga istilah yang agak berbeza mengikut legalistik perundangan iaitu ‘juvana’, ‘orang muda’ dan ‘remaja’, dalam konteks ini, ketiga-tiga ungkapan tersebut akan mempunyai maksud yang sama iaitu “seseorang yang telah mencapai umur 14 tahun dan mengiktirafkannya mengetahui akibat perlakuan jenayah (criminal responsibility) dan di bawah umur 18 tahun” (MahadiHj.Osman & Syed Nurul Akla Syed Abdullah, 1995).

Juvana bererti anak-anak muda lelaki dan perempuan yang telah mencapai umur 14 tahun dan di bawah 18 tahun yang masih belum sempurna akal fikiran, bertindak salah laku yang melanggar undang-undang mahkamah (Khatijah Haidi Khalid, 1994).

Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berusia 12 – 21 tahun.Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat perubahan antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.

. Jenayah dalam kalangan remaja merujuk kepada sesuatu tindakan dan perlakuan atau perbuatan jahat yang menyalahi undang-undang jenayah yang dilakukan oleh individu remaja merangkumi jenayah harta benda dan kekerasan seperti mencuri, meragut, merompak, merogol, merosak harta benda awam Ini termasuk tingkahlaku yang menyimpang atau menyeleweng dan dianggap tidak betul dan tidak diterima oleh masyarakat atau komuniti kerana bercanggah dengan nilai-nilai hidup dan kebudayaan masyarakat Ia dilakukan oleh remaja dianggap sebagai devian, lencongan ,tingkah laku berlainan dari norma-norma tingkah laku masyarakat yang dianggap luar biasa / buruk. Ia menimbulkan kemarahan pada masyarakat yang kemudiannya mengambil tindakan melarang, mengutuk, mengeji dan menghukum. Norma-norma ini tidak dapat diterima masyarakat4 (Noran Fauzan Yaacob(1987) Devian atau pelanggaran norma-norma sosial dikait rapat dengan masalah sosial, jenayah dan perlakuan yang tidak siuman atau tingkahlaku orang yang berpenyakit jiwa. Ini menunjukkan devian secara umumnya merupakan tingkahlaku yang menyimpang daripada norma-norma masyarakat . Pelanggaran norma-norma masyarakat yang tertumpu kepada kanak-kanak, remaja atau belia di peringkat sekolah dikenali sebagai delinkuen.Jelasnya devian dan delinkuen adalah sekumpulan manusia yang melanggari garis panduan masyarakatnya.

.Kini keadaan ini bertambah parah apabila tingkah laku devian atau perilaku yang melanggar norma-norma tidak hanya terhad kepada jenayah harta benda bahkan membawa kepada gejala penagihan dadah, gangterism, pelacuran malah hingga kepada pembuangan bayi. Perlakuan yang melanggar norma-norma yang telah ditetapkan dan diterima oleh masyarakat dan boleh dibicarakan di mahkamah. Dalam usaha menghadapi cabaran di atas, lapisan masyarakat sedang berjuang dengan kemelut sosial yang dihadapi oleh remaja hari ini. Sistem pendidikan, cabaran Wawasan serta pembangunan sumber

4 Noran Fauzan Yaacob(1987)Penghantar Sosiologi.Fajar Bakti.P.Jaya

manusia yang cuba diadun dan dicanai agar mampu melahir tenaga manusia yang kompeten dan berjiwa murni seolah-olah dikejut oleh masalah keruntuhan sosial di kalangan remaja sedangkan mereka ini adalah penentu kejayaan masa depan negara (Haminah, 1999) Remaja merangkumi lebih separuh daripada keseluruhan penduduk di Malaysia. Oleh kerana bilangannya ramai, maka masalah yang berkaitan, dengan kelompok ini juga banyak (Mahmood, 1994). Banyak faktor boleh mengakibatkan berlakunya jenayah dan banyak kesan negatif yang berlaku juga disebabkan oleh jenayah

(Khatijah Haidi Khalid, 1994)

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI JENAYAH DALAM KALANGAN REMAJA

Pembabitan remaja dalam jenayah tidak diketahui dengan jelas akan faktor-faktor yang mendorong remaja melakukan jenayah.Faktornya pula tidak berpunca daripada satu faktor sahaja. Malah antara satu gejala sosial dengan gejala sosial yang lain saling kait- mengait yang tidak boleh dipisahkan. (Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, 2005) Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang disifatkan boleh menjurus remaja melakukan tingkah laku devian jenayah.

Setiap keluarga sudah tentu ingin akan sebuah keluarga yang bahagia dan sering mendoakan agar keluarga yang dibina sentiasa berbahagia dan sejahtera di samping anak-anak tersayang.Dalam sesebuah keluarga, anak-anak adalah anugerah Allah yang tiada ternilai dan tiada galang ganti. Ramai sedia maklum, orang yang paling berperanan dalam membentuk identiti dan minda remaja adalah keluarga mereka terutama ibu bapa.

Dalam proses pembentukan peribadi dan personaliti remaja terdapat empat pengaruh yang menberikan kesan dalam pembentukan kendiri iaitu pengaruh ibu bapa, rakan sebaya, teman istimewa dan guru. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Setiap anak yang dilahirkan adalah seperti kain putih.maka ibu bapalah yang bertanggungjawab sama ada dia akan menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini membawa maksud anak-anak yang dilahirkan ke dunia ini tidak tahu apa-apa, bahkan mereka juga tidak tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Oleh itu, ibu bapalah  yang bertanggungjawab untuk membentuk keperibadian anak-anak mereka.Hadis Rasulullah SAW jelas sekali menegaskan bahawa ibu bapa adalah asas dalam menentukan dasar pembinaan akhlak dan sahsiah anak-anak. Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang ‘role-model’ untuk diteladani.Bagi umat Islam, contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama ensiklopedia sebagai penyuluh buat segenap manusia.Di sini jelas sekali ibu bapa memainkan peranan yang utama dan penting dalam membentuk perkembangan sahsiah para remaja kerana pendidikan awal bermula di rumah. Ibu bapa ialah guru pertama yang bertanggungjawab dalam proses pembentukan dan perkembangan sahsiah yang bermula sejak daripada kandungan. Asuhan dan pendidikan awal ibu bapa penting bagi mencorak

personaliti remaja.Ini termasuk akal, agama, tingkah laku, pembinaan insan dan umum.(Zainal Madon & Mohd Sharani Ahmad, 2004)

Kehadiran setiap anak dalam keluarga lazimnya mewarnai kehidupan berumah tangga kerana cahaya mata merupakan harapan ibu bapa yang utama. Anak merupakan amanah yang dipinjamkan oleh Allah Taala, amanah tersebut akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak. Mendidik Anak seharusnya kita berikan semenjak anak masih dalam kandungan lagi. Islam amat menitik beratkan dalam hal memberikan pendidikan sejak dari dalam kandungan sampai anak mencapai usia dewasa. Pemahaman agama yang baik akan banyak mempengaruhi dalam hal pembentukan akhlak dan peribadi mulia seorang anak kelak nanti.

Kajian mendapati kebanyakan kes jenayah wujud akibat si pelakunya datang daripada keluarga yang menghadapi konflik atau keluarga yang bermasalah atau porak-peranda.Remaja daripada keluarga yang mempunyai konfilk berkemungkinan kurang mendapat kepentingan pembinaan sosial oleh kedua-dua ibu bapa.Hal ini kerana ibu bapa bukan sahaja menjadi penyumbang pembinaan sosial tetapi juga ‘role-model’ yang menyalurkan nilai-nilai murni dan positif kepada remaja.Kepimpinan melalui teladan,contoh baik yang ditunjukkan oleh ibu bapa akan melekat di minda anak-anak remaja dan kemudian sebati dengan diri mereka.Jika nilai baik yang diterapkan, maka baiklah jadinya. Namun begitu,perkembangan remaja akan melalui pelbagai masalah sekiranya remaja tidak mendapat komponen kasih sayang dan didikan yang sempurna daripada kedua-dua ibu bapa. Mengikut ujian tingkah laku, anak-anak yang diberi didikan, perhatian dan kasih sayang yang cukup akan membesar dengan penuh yakin dan lebih mudah mendengar kata. Sebaliknya bagi anak-anak yang kurang diberi perhatian, mereka mudah memberontak dengan melakukan perkara yang ditegah walaupun berulang kali ditegur.Remaja yang terbiar tanpa interaksi sosial yang positif dan bimbingan akan menghadapi dalam menentukan hala tuju.Apatah lagi dalam usia yang sebegitu muda, sudah pasti remaja terbiar ini akan mencari hala tujunya sendiri dan akan mudah tertarik melakukan sesuatu yang membawa keseronokan dan kelekaan.Masa pun berlalu dan remaja dengan mudahnya terjebak dalam pelbagai aktiviti sosial atau devein yang tidak sihat.Apa yang pasti, jika masalah atau konflik rumah tangga dibiarkan berterusan, maka remaja tidak lagi merasakan rumah sebagai syurga.Sebaliknya mereka lebih cenderung menghabiskan masa di luar rumah bersama rakan-rakan.

Seorang ahli antropologi, George Peter Murdock mentakrifkan bahawa  keluarga adalah satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat. Faktor kepincangan keluarga dan taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak ini tidak lagi menghormati mereka. Menurut James Becker, ketidakseimbangan disiplin sesebuah keluarga akan menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang sempurna dan ini akan  menjejaskan ketahanan diri remaja. Selain itu, dalam dunia yang serba moden          ini, masyarakat yang inginkan kemewahan akan menjadi semakin individualistik dan materialistik. Masyarakat moden tidak lagi menerima suratan takdir dan mereka percaya bahawa usaha mereka boleh membawa   kebaikan. Jika dibanding dengan masyarakat tradisional,

masyarakat moden mempunyai cita-cita tinggi, mereka mahukan prestij, gaji tinggi dan barang-barang untuk kepuasan diri. Apabila kedua-dua ibu bapa keluar bekerja, anak- anak akan terbiar dan tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa yang sibuk dengan kerja masing-masing. Dengan ini, remaja akan membantah dengan cara tersendiri untuk mendapatkan perhatian.Terdapat kajian tentang hubungan antara latar belakang keluarga yang tidak stabil dengan kerosakan akhlak di kalangan anak-anak muda.Kebanyakan    remaja yang datang dari keluarga bermasalah dengan taraf  sosio ekonomi yang rendah adalah antara faktor utama remaja terjebak dalam kancah masalah disiplin atau lebih teruk lagi jenayah.

Faktor terbesar tidak lain ialah ibu bapa. Guru pertama dan merupakan insan yang paling rapat dengan anak-anak. Ibu bapa yang tanpa segan silu mengaku bertanggungjawab membesarkan anak-anak, padahal hanya mencontohi monyet menyusukan anak sahaja.Masakan tidak, hanya nafkah, makan minum, tempat tinggal serta pakaian sahaja yang diambil berat. Yang lainnya diserahkan secara ‘tawakal’ bahawa anak itu akan menjadi baik secara natural.Belum dikira ibu bapa yang bekerja siang malam tanpa sempat untuk menilik mata anak-anak.Mesra dengan pelanggan dan menyinga dengan anak-anak.

Ibu bapa ialah orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah dalam kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab hakiki mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Inilah punca utama yang menyebabkan akhlak pelajar-pelajar dan remaja runtuh. Natijahnya mereka tergamak melakukan jenayah berat seperti merogol, membunuh, menyamun, dan peras ugut. Seterusnya, aktiviti jenayah ini juga turut berlaku apabila anak-anak kurang mendapat perhatian  daripada ibu bapa atau sering tidak dipedulikan oleh ibu bapa. Kesibukan ibu bapa mengejar kemewahan dan kesenangan hidup mengakibatkan anak-anak tidak memiliki masa yang cukup untuk diluangkan bersama keluarga. Malahan, mereka tidak mempunyai waktu untuk mengawasi dan mendidik anak-anak di rumah. Kebebasan anak-anak di luar rumah tanpa kawalan atau pengawasan ibu bapa menyebabkan anak-anak sukar dibentuk dan sentiasa bertindak di luar jangkaan. Selaras dengan itu, ibu bapa perlu memantau dan mengawasi anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak mereka terlalu bebas dalam pergaulan. Ibu bapa juga harus memastikan anak-anak mereka berada di rumah dan sentiasa mendorong mereka untuk memilih rakan yang baik kerana rakan-rakan yang baik dapat membantu mendorong anak-anak berkelakuan baik. Ibu bapa seharusnya membentuk anak-anak mereka menjadi modal insan yang berakhlak terpuji serta berbakti kepada keluarga dan negara. Anak-anak hendaklah diajar semanjak mereka kecil lagi kerana ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Anak-anak yang dididik dan diasuh dengan sepenuh kasih sayang serta mendapatperhatian ibu bapa tidak akan tergamak melakukan perbuatan tidak bermoral ini sehingga mengecewakan ibu bapa. Justeru, tanggungjawab ibu bapa amat besar dalam memastikan anak-anak bersikap positif dan menghindarkan diri daripada aktiviti jenayah.Remaja yang tidak mendapat kasih sayang dan perhatian sewajarnya daripada ibu bapa dan keluarga, akan mendapatkan kasih sayang dan perhatian daripada orang luar termasuk rakan sebaya.

Remaja akan membuat apa sahaja untuk berseronok dan mendapatkan perhatian rakan mereka.Sebagai contoh ,melakukan jenayah seperti meragut,melepak dan sebagainya bagi memuaskan hati rakan mereka.Oleh itu kurang kasih sayang menyebabkan remaja terjerumus dalam kancah jenayah ragut ini

Media massa / Internet

Dewasa ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi masyarakat khususnya golongan remaja. Remaja masa kini mempunyai mentaliti untuk kelihatan bergaya selaras dengan arus kemodenan dan pembangunan pesat yang dicapai oleh negara.Kemajuan dalam bidang komunikasi,iaitu suatu rangkaian media massa yang canggih telah menyebabkan budaya kuning dari Barat mengalir masuk dan terus membudaya dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang terkenal dengan adab-adab ketimurannya.Nilai-nilai tradisional dan norma-norma masyarakat tidak lagi menjadi unsur yang mendominasi kehidupan para remaja kita. (Wan Seng, 1994) Trend media massa sejak beberapa dekad yang lalu lebih berkecenderungan untuk memaparkan bahan-bahan bacaan dan program-program yang lebih berbentuk hiburan daripada menonjolkan isu-isu semasa yang berhubung dengan hal ehwal negara serta antarabangsa. Melalui  teknologi yang semakin canggih, golongan remaja mudah terdedah kepada  banyak maklumat termasuk bahan yang tidak sesuai yang boleh mendatangkan bahaya jika digunakan tanpa panduan daripada golongan dewasa. Golongan  remaja mudah meniru dan mengikut hal di sekeliling mereka. Paparan adegan- adegan negatif dari filem barat yang banyak memaparkan adegan ganas    menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba dengan mengikut apa yang    mereka tonton dari video cakera padat dan sesetengah program televisyen. Selain dari cakera padat, bahan-bahan pornografi juga mudah didapati melalui  internet yang sukar dibuat tapisan oleh pihak berwajib. Oleh itu, ibu bapa       seharusnya membimbing dan memberi tunjuk ajar supaya remaja ini mendapat panduan yang betul. Tidak dapat disangkal bahawa keterbukaan dalam globalisasi dunia hari ini merupakan salah satu penyebab berlakunya jenayah salah laku masyarakat secara meluas.Internet begitu berpengaruh  berbanding media lain kerana sifatnya yang dapat menerobos sempadan negara. Ia sukar ditapis, disekat dan dihalang   tidak seperti media lain. Bahan-bahan lucah dengan begitu mudah memasuki negara. Siaran-siaran radio, TV dan video yang mengandungi unsur-unsur ganas,   budaya barat, tahyul dan seks bebas akan mewujudkan suasana sekeliling yang semakin rosak dan tidak mustahil remaja akan mencuba aksi-aksi ganas dan adegan  yang memberahikan. Akibatnya mereka terjeremus dengan perhubungan seks bebas, sumbang mahram dan melakukan jenayah seperti mendatangkan cedera dan bunuh.

Hal ini memburukkan lagi keadaan dengan senario yang berlaku di negara kita kesan dari lambakan program-program hiburan dan realiti menerusi media masa kerajaan atau swasta memburukkan lagi keadaan. Lebih malang lagi apabila program-program ini mendapat sokongan pelbagai pihak. Pelbagai program hiburan yang langsung tidak

menampilkan budaya ilmu atau meninggalkan impak yang positif yang berunsurkan kerohanian memenuhi slot media masa tempatan sepanjang masa. Antara program yang hanya untuk hiburan semata-mata seperti Raja Lawak, Maharaja Lawak, Super Spontan, Amek Kau, dan Juara Lagu mendapat tempat di hati penonton dari kanak-kanak hingga dewasa. Program-program realiti seperti Akademi Fantasi, Mentor, One In A Million pula memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk bertanding dan mengasah bakat. Masing-masing berlumba-lumba untuk memenangi pertandingan yang dianjurkan. Tidak cukup program untuk golongan remaja dan orang muda, kanak-kanak di peringkat tadika juga diwujudkan program khas untuk mereka. Antaranya Idola Kecil, Kamilah Bintang dan Tom-tom Bak. Terkini terdapat satu program seperti Kilauan Emas yang bercorak hiburan berbentuk nyanyian untuk mencungkil bakat golongan warga emas. Program-program seperti ini jelas menyimpang daripada masyarakat kita kerana hanya mementingkan hiburan dan keseronokan tanpa diselitkan dengan budaya ilmu yang sepatutnya dijadikan perkara utama untuk golongan ini. Melalui program ini remaja atau kanak-kanak begitu teruja untuk mengagungkan personaliti atau peserta yang terlibat. Mereka begitu obsess untuk mengikuti perlakuan yang dipamerkan.

Di samping itu, kebanyakan penerbit filem-filem tempatan lebih banyak mengetengahkan tema-tema yang berbentuk keganasan yang banyak menjurus kepada kegiatan gengsterisme. Pada dasarnya filem-filem ini memang mempunyai maksud-maksud tersirat dan cuba untuk mendidik para remaja daripada terjebak dalam gejala gengsterisme. Namun, hasrat tersebut tidak kesampaian kerana kebanyakan filem-filem ini membayangkan seakan-akan budaya gengsterisme ini adalah satu budaya yang menarik dan bersesuaian dengan peringkat perkembangan remaja yang mempunyai jiwa yang suka memberontak. Filem-filem ini secara langsung yang bertujuan untuk mendidik sebaliknya secara tidak langsung banyak mempengaruhi jiwa dan emosi sering menjadi ikutan remaja kerana ini sedikit sebanyak ada kaitan dengan sosio budaya remaja yang mempunyai latar belakang sosioekonomi dan juga mengalami konflik keluarga. Selain itu, secara tidak langsung pngaruh hiburan ini boleh menjadi virus kepada penularan budaya hedonisme atau amalan hidup yang mementingkan hiburan dan pergaulan bebas.Antara filem-filem yang menjadi kegilaan remaja sekarang adalah seperti KL Gengster, KL Gengter 2, Lari, Songlap, Kerat 14, 8 Jam, Kongsi, 1 Lawan 1, KL Drift dan sebagainya. Plot atau jalan cerita filem-filem ini jelas sekali menggambarkan konflik-konflik yang sering dihadapi oleh kebanyakan remaja kita.

Media massa memberi banyak manfaat dan kemudahan kepada penggunanya.Sebagai contoh internet,emel ,televisyen dan sebagainya.Perkembangan teknologi telah memudahkan setiap perkara tanpa batasan dan sempadan untuk mendapatkan maklumat, dan berhibur. Namun begitu,media massa turut memberi kesan negatif kepada remaja jka disalah guna.Remaja hanya perlu memuat turun apa sahaja yang mereka inginkan.Sebagai contoh menonton video lucah,menonton video ragut dan video keganasan.Secara tidak langsung wujud perasaan ingin mencuba dalam diri remaja.Jiwa remaja sememangnya mudah dipengaruhi.Perasaan ingin tahu dan ingin mencuba menyebabkn remaja mempraktikkan apa sahaja yang mereka lihat di dalam internet. Oleh itu media massa juga menjadi faktor berlakunya jenayah ragut dalam kalangan remaja.

Selain itu, media massa juga menjadi punca kegiatan jenayah dalam kalangan remaja. Tidak dinafikan kemudahan seperti Internet, e-mel, televisyen, dan radio memudahkan kita untuk berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur. Akan tetapi banyak juga kesan-kesan negatif daripada kemudahan ini jika tidak dimanfaatkan dengan betul, contohnya, menyalahgunakan internet untuk memalsukan data-data penting, menonton gambar-gambar lucah, dan sebagainya yang akan mendorong mereka untuk melakukan jenayah seperti rogol, bunuh, pengedaran pil-pil khayal, dan dadahPengaruh-pengaruh luaran dan dalaman juga menyebabkan remaja terlibat dalam kegiatan jenayah juvana.Dalam proses memajukan negara,kita disogokkan dengan pelbagai rancangan dan artikel yang kurang bermutu dari Barat yang bertentangan dengan agama dan ajaran kita.Hal ini dilakukan melalui media-media elektronik mahupun media cetak.Rancangan dari Barat menonjolkan ciri-ciri keganasan yang sesuai dengan jiwa remaja yang kuat memberontak.Dengan ini,remaja yang menontonnya akan terpengaruh dengan adegan ganas yang sesuai dengan naluri mereka yang sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru.

Rakan Sebaya

Faktor pengaruh rakan sebaya merupakan sumber yang paling kuat dalam mengubah nilai dan sikap seseorang remaja apabila institusi keluarga gagal. Remaja yang mempunyai konflik keluarga mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan tersendiri. Kumpulan ini membuat sesuatu yang di luar jangkaan untuk menarik perhatian orang lain dan mudah terjerumus dalam pelbagai gejala sosial. Selain itu, sama ada disedari  atau tidak kebanyakan masalah yang melanda  remaja masa kini adalah disebabkan oleh tekanan serta permasalahan yang wujud dalam persekitaran. Remaja yang menganggur, pendidikan tidak kesampaian atau keciciran lebih awal, kehidupan keluarga yang tidak terurus dengan baik, kurang disiplin serta pengawalan diri, mudah   terpengaruh, asas pendidikan agama yang lemah, kurang rasa tanggungjawab dan mengharap orang lain, banyak menimbulkan pelbagai konflik dan menjadi beban bukan sahaja kepada ibubapa bahkan masyarakat umumnya.

Ibubapa perlu lebih peka dan sentiasa mengambil berat tentang  masalah yang dihadapi oleh anaknya. Sedarlah bahawa peranan ibu bapa dan masyarakat adalah untuk membentuk anak-anak untuk menjadi baik. Jika sifat baik ini dapat disemai sejak mereka kecil, sudah pasti mereka akan bebas dari aktiviti-aktiviti yang tidak sihat kerana Polis hanya pihak berkuasa, tetapi masyarakat pula adalah pembentuk nilai yang baik Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah dalam kalangan pelajar dan remaja kerana mereka sungguh rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempat-tempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Jika mereka bijak memilih rakan yang dapat memimpin mereka, mereka tidak akan mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral. Sebaliknya jika mereka tersalah pilih rakan sudah pasti mereka juga akan berkelakuan tidak bermoral kerana

sememangnya remaja mudah terikut-ikut perangai rakan. Di sinilah berpuncanya kegiatan jenayah seperti peristiwa membakar sekolah, kes ragut, dan sebagainya.

Remaja juga haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya remaja mudah terpengaruh dengan kawan-kawan mereka. Di sini, ibu bapa mesti tahu dengan siapa anak mereka berkawan. Pengaruh media massa juga hendaklah dibendung. Pelajar hanya perlu mengetahui maklumat-maklumat yang hanya berkaitan dengan pelajaran sahaja. Cara sebegini dapat menghasilkan pelajar bermaklumat sekali gus dapat membendung jenayah dalam kalangan remaja. 

Peningkatan Kos sara hidup

Kepesatan dan pembangunan perbandaran membawa pelbagai perubahan dan kemajuan ke atas sesebuah negara atau wilayah, seperti peningkatan taraf hidup penduduk kesan daripada perubahan dan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Namun di sebalik kepesatan perbandaran yang begitu pesat akan menimbulkan kesan negatif dan impak ke atas peningkatan kos sara hidup di bandar yang terpaksa dihadapi dan tidak dapat dielakkan serta membebankan masyarakat bandar. Peningkatan kos sara hidup turut memberi kesan dan menjurus kepada kemerosotan taraf sosial keluarga. Keadaan ini memaksa kedua-dua ibu bapa terpaksa bekerja keras bagi menampung kos perbelanjaan yang semakin meningkat di bandar. Masa yang banyak terpaksa dikorbankan untuk memenuhi keperluan sosioekonomi telah menyebabkan anak-anak terbiar tanpa bimbingan dan perhatian. Kewujudan masalah dan gejala sosial seiring dengan kepesatan perbandaran meningkatkan lagi perlakuan jenayah.

Penumpuan pembangunan sosial dan ekonomi di bandar menyebabkan wujudnya ketidakseimbangan pembangunan di bandar. Akibatnya timbul masalah penghijrahan penduduk dari kawasan sekitar bandar atau dari luar bandar ke bandar. Penghijrahan penduduk penduduk ini akan meningkatkan jumlah penduduk di bandar melalui peningkatan kadar kelahiran. Situasi ini akan memberi tekanan ke atas kapasiti penyerapan gunatenaga, kesesakan serta persaingan kemudahan asas di bandar. Selain itu, kebanyakan yang berhijrah adalah golongan miskin dan menganggur. Desakan hidup serta ketidakmampuan memenuhi matlamat keperluan hidup menyebabkan golongan ini terlibat dalam kegiatan jenayah . Situasi ini biasanya terjadi apabila mereka tidak diterima untuk mana-mana pekerjaan dan mereka sangat memerlukan wang, ini mendorong mereka memilih jalan pintas untuk memperoleh wang seperti merompak. Aktiviti rompakan ini biasanya melibatkan kes rompakan yang melibatkan ribuan wang atau barang-barang berharga yang sering terjadi di rumah golongan berada atau tempat-tempat awam lain seperti bank atau pusat beli-belah. Menyedari hakikat itu, kerajaan perlu mengambil langkah proaktif dengan meningkatkan peluang pekerjaan supaya golongan masyarakat memiliki sumber pendapatan dendiri. Jadi, tidak akan ada lagi alasan bagi masyarakat untuk terlibat dengan pelbagai aktiviti jenayah. Justeru, antara

langkah yang boleh diambil oleh pihak terbabit adalah dengan memperkasa bidang ekonomi supaya peluang pekerjaan meningkat.

Kemelesetan ekonomi dunia telah memberi impak yang besar terutamanya kepada masyarakat yang berpendapatan rendah.Remaja yang berlatarbelakangkan keluarga yang berpendapatan rendah terpaksa menjadikan jenayah ragut untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka.Hal ini dibuktikan dengan kenyataan oleh Pengarah Jabatan Siatasatan Jenayah Bukit Aman Dato Muhammad Bakri Zinin bahawa faktor ekonomi menyumbang kepada peningkatan jenayah ini..Tambahan pula jenayah ragut memberi keuntungan dalam sekelip mata..Tuntasnya,kemelesetan ekonomi juga menjadi titik tolak penglibatan remaja dalam jenayah ragut ini.

Kehadiran Warga Asing dan Pendatang Tanpa IzinMengikut Freedom House, sehingga 30 September 2006, terdapat 1.9 juta orang pekerja asing yang bekerja secara sah di Malaysia. Kementerian Sumber Manusia pula menyatakan pekerja asing yang bekerja secara sah ini sebahagian besar berasal dari Indonesia (64%), Nepal (10%), India (7%), Burma (5%), Vietnam (5%), Bangladesh (3%), Pakistan dan Filipina (1%) serta Negara lain termasuk China (4%). Pada masa yang sama dianggarkan lebih daripada 2 juta orang pekerja asing yang bekerja secara haram dan dikategori sebagai PATI.

Tiadak dinafikan kehadiran warga asing ini akan membawa bersama budaya negatif dari negara asal dan mempengaruhi cara hidup dan budaya mereka ketika  berada di negara orang. Kanak-kanak  PATI yang terabai tanpa penjagaan kedua ibubapa juga boleh menyumbang kepada penglibatan mereka dalam jenayah.Ambil saja contoh kehidupan kanak-kanak PATI yang  boleh ditemui di Pasar Besar Kota   Kinabalu, Sabah, mereka terdedah dengan gejala yang kurang sihat seperti menghidu gam, menghisap rokok, mencuri dan bergaduh. Apakah kesan jangka panjang terhadap kanak-kanak PATI yang dibiar terus terlibat dengan aktiviti kurang  sihat ini? Bukan tuduhan, tetapi peningkatan kadar jenayah dalam kalangan pendatang asing tentu saja berkait rapat dengan proses hidup pendatang asing ini semasa mereka kanak-kanak. Malah secara tidak langsung juga tingkah laku negatif kanak-kanak PATI boleh mempengaruhi kanak-kanak warga tempatan disekelilingnya. Mengikut perangkaan tangkapan kes jenayah terhadap warga asing seramai 25% atau 361 yang terlibat dalam kes jenayah yang dilaporkan di negeri Sabah bagi tempoh Januari hingga Jun 2009.

Mengejar kemewahan

Inginkan kesenangan hidup tanpa berusaha keras untuk mendapatkan kemewahan telah mengakibatkan ramai di kalangan masyarakat melakukan jenayah. Contohnya jenayah ragut, bagi penjenayah dan sesiapa saja yang gemar melakukan kejahatan, ragut adalah kerja yang paling mudah dan menguntungkan dalam sekelip mata. Apa tidaknya dengan beberapa saat saja, dompet, telefon bimbit atau beg tangan akan dilarikan oleh peragut.

Kurang kesedaran masyarakat dalam pencegahan jenayah

Dari kajian, kebanyakan kes jenayah yang melibatkan jenayah harta benda dilakukan oleh penjenayah kerana dapatnya peluang. Masyarakat sendiri yang telah menciptakan peluang ini dengan tidak mengambil langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya terhadap harta benda mereka. Contohnya, kebanyakan kes pecah kereta berlaku kerana kecuaian mangsa sendiri yang telah meninggalkan kenderaan mereka dalam keadaan lupa dikunci atau mendedahkan harta-harta seperti

beg tangan, computer riba, cermin mata dan sebagainya pada pandangan umum.

Selain itu, nisbah kes jenayah semakin meningkat disebabkan kurangnya kesedaran rakyat terhadap isu ini. Rakyat berfikiran bahawa  isu ini adalah sesuatu yang remeh dan dapat diselesaikan dengan mudah, tetapi mereka tersilap. Isu jenayah ini tidak seharusnya dipandang enteng. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah masyarakat tidak memiliki kesedaran tentang kesan isu ini kepada pembangunan masyarakat dan ekonomi negara. Sejajar dengan itu, pelbagai kempen antijenayah haruslah diadakan oleh pihak terbabit bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat terutamanya di peringkat sekolah. Hal ini demikian kerana pada tahap ini, masyarakat terutamanya golongan muda kurang terdedah kepada kegiatan jenayah. Antara kandungan kempen pencegahan jenayah yang diadakan haruslah meliputi tayangan  gambar atau video serta pameran berdasarkan aktiviti jenayah. Selain itu, sesi ceramah juga boleh diadakan melalui kempen ini. Tuntasnya, kesedaran rakyat tentang isu ini dapat dibendung secara perlahan melalui wujudnya kempen seperti kempen antijenayah. Namun begitu, kempen ini haruslah dilaksanakan bersama dengan jayanya seperti kata pepatah ‘bersatu kita teguh bercerai kita roboh’.Trend masyarakat hari ini yang mengambil sikap aku tidak pedulisme cukup menyedihkan. Bahkan sikap sedemikian juga menjadi pemangkin terbesar ke arah kebejatan gejala sosial dan jenayah meningkat dengan mendadak. Falsafah tidak boleh jaga tepi kain orang harus dihapuskan secepat mungkin.

Kesedaran harus dibina bahawa dalam bermasyarakat, setiap individu berperanan dalam menjaga individu yang lain. Kegagalan dalam mepraktikkan amalan tegur menegur akan mengundang bala Allah sepertimana yang telah terakam dalam Al-Quran tentang kaum Bani Israel yang dilaknat Allah lantaran sikap mereka yang tidak menjaga tepi kain orang.

78. Telah dila'nati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas. 79. Mereka satu sama lain selalu tidak saling melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu.. ( Al-Maaidah – 78-79)

Sikap masyarakat yang individualistik

Hubungan keluarga dan kejiranan yang renggang di kalangan penduduk dan sikap penduduk yang tinggal di kawasan perumahan yang individualistik. Jika kita lihat keadaan jenayah di kampung, kenapakah kadar jenayah di kampung adalah rendah berbanding dengan kawasan bandar, ini adalah kerana sikap perpaduan dan saling bantu-membantu masih wujud di kalangan mereka tetapi berlainan di bandar terutamanya di kawasan elit, tahap individualistik begitu tinggi. Ini dengan dengan sendirinya mengecilkan ruang interaksi untuk membina satu jambatan kemasyarakatan. Tahap mengambil tahu  antara satu dengan lain berada pada tahap yang rendah.  Suatu masa dulu telah diwujudkan Rukun Tetangga di taman-taman perumahan tetapi kini kewujudan Rukun Tetangga seperti tidak wujud lagi.  Pada hal ini adalah satu mekanisme untuk meningkatkan keakraban seterusnya mengambil tahu apa yang berlaku dalam lingkaran masyarakat.

Faktor pendidikan agama yang cetek

Walau apapun anutan agama seseorang, yang pastinya agama merupa satu benteng terbaik mencegah seseorang melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.Setiap agama bertujuan mendidik umatnya menjadi manusia yang berguna dalam kehidupan dan dijanjikan balasan baik dan buruk apabila seseorang meninggal kelak.Remaja yang tidak berpegang kepada nilai-nilai agama adalah lebih mudah terjebak dalam gejala yang tidak sihat serta menjadi liar.Malangnya, ibu bapa masa lebih mementingkan ilmu akademik dan mengabaikan ilmu agama. Ibu bapa lebih mementingkan kecemerlangan ilmu akademik dengan mendapatkan seberapa banyak A dalam sesuatu peringkat peperiksaan dengan mengenepikan pengisian rohaniah yang berbentuk agama dalam diri anak-anak remaja.Sekiranya setiap individu menjadikan segala ajaran agama kepercayaan mereka sebagai panduan hidup, sudah tentulah dapat membantu para remaja ,mengawal diri dan menangkis segala perkara yang negatif.Jenayah remaja berpunca akibat kekurangan didikan agama.Orang yang kekurangan didikan agama tidak dapat membezakan perbuatan yang haram di sisi agama.Mereka yang terlibat dalam jenayah juvana tidak kukuh pegangan agamanya dan mudah hilang pedoman apabila mereka menghadapi masalah dan tekanan.Jadi.mereka menganggap penglibatan dalam jenayah seperti ini dapat menjadi penyelesaian kepada bebanan jiwa yang dihadapi oleh mereka.Remaja yang mempunyai pegangan agama yang lemah cenderung untuk melakukan jenayah.Semua agama sama ada Islam,Hindu dan Buddha melarang penganutnya melakukan kejahatan.Sebagai contoh agama Islam.Timbul persoalan mengapa saya mengambil contoh agama Islam.?Hal ini demikian kerana apa-apa kegiatan jenayah di Malaysia seringkali dimonopoli oleh orang melayu yang beragama Islam. Islam adalah agama yang suci dan satu-satunya agama yang deperakui oleh Allah.Islam melarang umatnya melakukan kejahatan di muka bumi ini.Tanggungjawab ibu bapa adalah

memberi didikan agama kepada anak-anak bukan mencari nafkah sahaja. Anak-anak akan melakukan jenayah ragut ini tanpa berasa takut akan kesannya di hari pembalasan kelak.Jelaslah,lemah pegangan agama menyebabkan remaja terlibat dalam jenayah ragut ini.Kurang didikan agama yang mengakibatkan kekosongan jiwa, jahil dan tidak memiliki prinsip hidup.

Remaja ialah asset berharga Negara dan generasi yang akan meneruskan kesinambungan pembangunan Negara .Remaja merupakan penyumbang tenaga kerja yang terbesar untuk merealisasikan Wawasan 2020.Oleh itu, remaja harus mengubah sikap sebelum dapat melangkah menjadi orang dewasa yang matang dan berguna kepada masyarakat.Jika mentaliti remaja masih di takuk lama, nampaknya remaja tidak ada harapan lagi untuk menjadi barisan pelapis menggantikan pemimpoin Negara yang ada sekarang.Remaja harus menyahut cabaran dan menjadi penentu kepada masa depan Negara sebab tanpa remaja menjadi ‘tiang’ sudah tentu harapan Malaysia menjadi Negara maju hanya tinggal menjadi impian sahaja.Seiring dengan perkembangan semasa dan perubahan zaman, ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam bidang keibubapaan.Perkara yang lebih penting adalah ilmu dan maklumat yanmg diperoleh perlu dihayati dan dipraktikkan dalam usaha membentuk sebuah keluarga yang bahagia.Masa depan yang cerah terletak di tangan remaja.Jika proses membentuk kembali dan membetulkan akhlak remaja tidak dilaksanakan secepat mungkin,jenayah dalam kalangan remaja yang kian meningkat ini akan semakin runcing mengikut peredaran masa hingga sukar untuk dibendung.

Pembangunan fizikal dan kemajuan material sekiranya tidak diselaraskan dengan pembangunan rohani akan menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial.Semakin maju sesuatu masyarakat, nilai-nilai tradisi yang wujud sejak turun-temurun seperti nilai-nilai moral, keeratan hubungan kekeluargaan dan kestabilan hubungan antara individu menjadi semakin longgar dan rapuh. Dalam mengejar kemajuan dan kekayaan, anggota masyarakat tidak lagi member perhatian yang khusus membangunkan periabdi insaniah seabaliknya asysik leka mencari nafkah supaya dapat melangsungkan kehidupan.

Faktor persekitaran

Kurangnya pencahayaan lampu di kawasan perumahan, taman dan jalan serta lorong yang sempit dan keadaan pinggir rumah yang bersemak memudahkan  penjenayah untuk melakukan jenayah.Contohnya kes pecah rumah, penjenayah akan jadikan kawasan seperti ini sebagai sasaran mereka kerana perbuatan mereka akan terlindung dari penglihatan umum dan memudahkan mereka untuk bersembunyi.

Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau motosikal (Utusan Malaysia, Januari 1992) Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990 dan 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992. Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan kini adalah “budaya lepak”. Satu kajian di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90% remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah (Utusan Malaysia, 11 Mac 1993) Mengulas lanjut, beliau berkata, jumlah remaja yang ditangkap pada tahun lepas juga meningkat berbanding 5,997 orang termasuk 2,889 pelajar pada tahun 2005. ‘‘Seramai 8,113 remaja berusia antara 16 dan 18 tahun ditahan sepanjang tahun lepas dan daripada jumlah itu 3,545 adalah pelajar.(Sumber : Utusan Malaysia (17/02/25007) 

            Dari manakah datangnya semua ini?Siapa yang mengajar mereka?Sudah semestinya bukan ibu bapa tetapi mereka belajar daripada rakan-rakan mereka yang mempengaruhi mereka dan sesetengahnya pula belajar daripada internet yang menyalurkan unsur-unsur negatif. Jadi, apa kaitannya dengan ibu bapa? Kaitannya ialah ibu bapa kurang mengawasi anak-anak mereka. Ibu bapa tidak mengambil tahu dengan siapa anak mereka bergaul dan apa yang dilakukan oleh para remaja ini semasa melayari internet.

          Ramai ibu bapa yang memberi alasan bahawa mereka terlalu sibuk dengan kerja masing-masing dan tidak mempunyai masa untuk memerhatikan setiap gerak geri

anak.Ada pula yang berpendapat bahawa anak mereka sudah besar dan matang, jadi, mereka tidak perlu diawasi dan dijaga seperti budak kecil. Tanggapan ini salah sama sekali dan perkara inilah yang membuat anak-anak memilih jalan yang salah dalam hidup mereka. Bagi ibu bapa yang sibuk pula, penting sangatkah pekerjaan itu sehingga sanggup mengabaikan anak sendiri, amanah daripada Tuhan dan lebih berharga dari wang ringgit?Adakah mereka lebih sanggup melihat anak mereka meringkuk dalam penjara.

         Untuk mengelakkan anak-anak ini terjerumus ke lembah hitam, ajaran dan didikan yang secukupnya perlu diberi kepada mereka. Siapa yang akan mengajar dan mendidik? Siapa lagi kalau bukan ibu bapa mereka sendiri.Ibu bapa tidak boleh mengharapkan pengasuh atau guru-guru untuk mendidik mereka kerana didikan daripada guru dan pengasuh amat jauh bezanya dengan didikan daripada ibu bapa.Hal ini disebabkan oleh ibu bapa adalah orang yang paling hampir dengan anak-anak.Tambahan pula, anak-anak telah meluangkan masa selama sembilan bulan di dalam rahim ibu mereka dan bukan di dalam rahim pengasuh mahu pun guru-guru mereka.Jadi, anak-anak dapat menerima ajaran dengan lebih baik dan sempurna.

         Kesimpulannya di sini, ibu bapa adalah insan yang telah  diamanahkan untuk mencorak peribadi anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa harus menunaikan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin. Jangan pula menyalahkan amanah itu kepada orang lain dan jangan sesekali lari daripada tanggungjawab tersebut. Jangan dipersia-siakan anugerah yang tidak ternilai daripada Tuhan

“Hadis itu menjelaskan bayi yang dilahirkan suci daripada sebarang dosa dan kesalahan.Jadi, salah sekali bagi mereka yang berpendapat anak kecil yang baru dilahirkan, membawa sial atau malapetaka kepada keluarganya,” katanya. 

Ibu bapa mestilah menjaga anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh.Hal ini dikatakan penting kerana kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa mampu menyedarkan anak-anak tentang betapa pentingnya institusi kekeluargaan demi membina masyarakat yang berkualiti.Mengikut kajian yang dijalankan, lebih 60 peratus anak muda yang terlibat dalam gejala sosial terdiri daripada golongan yang kehausan kasih sayang ibu bapa. Oleh sebab itu, anak-anak harus disayangi dan dijaga dengan baik supaya mereka mudah berasa bersalah dan akan berfikir demi ibu bapa sebelum melakukan perbuatan yang buruk yang akan menconteng arang di muka ibu bapa.

  Selain itu, ibu bapa turut memainkan peranan penting untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan yang berkualiti dapat menjamin masa depan anak-anak. Pada kebiasaannya, ibu bapa mula menghantar anak-anak ke tadika sejak umur mereka tiga tahun lagi.Ibu bapa sedar bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya.Dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki apabila masuk ke menara gading, anak-anak dapat menjaga ibu bapa dan

menjamin masa depan mereka. Oleh itu, ibu bapa haruslah mementingkan pelajaran anak-anak mereka.

  Lain daripada itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting sebagai suri teladan kepada anak-anak.Hal ini dikatakan demikian kerana bapa borek anak rintik.Ibu bapa haruslah menunjukkan sikap yang bermoral di hadapan anak-anak.Sebagai contoh, ibu bapa tidak wajar berbahasa kesat mahupun merokok di hadapan anak mereka. Secara tidak langsung, anak-anak akan terdidik untuk mendisiplinkan diri kerana mereka datang daripada keluarga yang baik dan keluarga yang mementingkan disiplin kerana kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.

  Para ibu bapa juga harus sedar bahawa mereka perlu menjadi tempat anak-anak bergantung hidup.Oleh sebab itu, ibu bapa harus bekerja keras memberikan kehidupan yang terbaik kepada anak-anak mereka.Sebagai contoh, segala keperluan dan kelengkapan belajar haruslah disediakan oleh ibu bapa.Dengan berbuat demikian, ibu bapa sudah pun memenuhi komitmen mereka sebagai pendorong dan penggalak anak-anak mereka untuk menimba ilmu. Saya yakin bahawa anak-anak akan berusaha untuk berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum demi tidak menghampakan ibu bapa mereka sekali gus tidak menjadi seperti kacang lupakan kulitnya.

  Ilmu agama merupakan salah satu ajaran yang perlu disalurkan oleh ibu bapa ke dalam sanubari anak-anak mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana pegangan agama yang kuat dalam diri seseorang anak akan memperteguh keimanan mereka untuk menghadapi dugaan hidup. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama dan moral kepada anak-anak mereka supaya anak-anak tahu membezakan yang mana batu, yang mana permata. Secara tidak langsung, mereka tidak akan menjerumuskan diri dalam kancah jenayah kerana sedar bahawa manusia punya asa, Tuhan punya kuasa. Dengan ini, masalah sosial dan jenayah dalam masyarakat kita akan berkurangan kerana ibu bapa telah menjadi pembimbing dan menunjukkan jalan hidup yang betul kepada anak-anak.

  Kesimpulannya, ibu bapa haruslah memerhatikan gerak-geri anak mereka sejak kecil lagi.Saya yakin bahawa tiada seorang pun ibu bapa yang mahu melihat anak mereka tergelincir daripada landasan hidup yang betul. Oleh sebab itu, para ibu bapa haruslah digalakkan menyertai bengkel keibubapaan dan kursus yang berkaitan dengan tanggungjawab ibu bapa untuk mencorak anak-anak menjadi modal insan yang mulia demi masa depan anak-anak mereka. Dengan perkataan lain, segala tindakan ibu bapa terhadap anak mereka bakal memberikan impak yang besar dalam kehidupan anak mereka. Demikianlah kebenaran ungkapan anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya.

BIBLIOGRAFI

Ab.Rahman, A., & Omar, N. (2008). Kaunseling Remaja:Tip dan Panduan Ke Arah Satu Keluarga Satu Kaunselor. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Daud, F. (1992). Pengenalan Teori-teori Sosiologi. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Adn.Bhd.

Gets, H. A. (1985). Man Crimes And Society. New York: Random House.Hanafi, M. S. (2008). Punk,Hubungan Bebas dan Dadah. Kuala Lumpur: Penerbitan

Hartamas.Hanalee, A. (2008). Remaja Liar Akibat Pergaulan. Kuala Lumpur: Penerbitan

Hartamas.Hj. Osman, M., Syed Abdullah, S., & Hassan, S. (1995). Masyarakat Melayu dan Gejala

Sosial: Proses Penyelesaian Ke Arah Pembinaan Masyarakat Melayu Cemerlang Abad Ke-21. Kuala Lumpur: Institut Perkembangan Minda.

Jaafar, J. (2008). Pengenalan Kepada Psikologi Kanak Dan Remaja. Selangor: Arah Publications.

Madon , Z., & Ahmad, M. (2004). Panduan Mengurus Remaja Moden. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Mohamed, N. (2008). Keganasan dan Pengaruh Persekitaran. Kuala Lumpur: Penerbitan Hartamas.

Mohamed, N. (2008). Punca Terjebak Gejala Sosial. Kuala Lumpur: Penerbit Hartamas.Mohd Yunus, A. (2005). Gejala Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publishings and

Distributor Sdn.Bhd.Mustari, M. (2005). Menjadi Belia Cemerlang. Kuala Lumpur: PTS Professional

Sdn.Bhd.Rosman, A., & Mokhtar, W. (2003). Membentuk Jati Diri Remaja . Kuala Lumpur: PTS

Professional Publishing Sdn.Bhd.Sabda, N. A. (2008). Keluarga Bahagia,Remaja Ceria. Kuala Lumpur: Penerbitan

Hartamas.Sabda, N. A. (2008). Pembentukan Nilai Moral di Sekolah. Kuala Lumpur: Penerbit

Hartamas.Seng, A. W. (1994). Kerenah Remaja Hari ini. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti

Sdn.Bhd.Yaacob, N. (1987). Pengantar Sosiologi. Petaling Jaya: Fajar Bakti.