Upload
phamkien
View
544
Download
9
Embed Size (px)
Citation preview
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
JABATAN KERJA RAYA TERENGGANU
Disediakan Oleh
……………………………………………
MAKROOF BIN ABDULLAH
Setiausaha Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
JKR Terengganu
22 September 2015
Diluluskan Oleh
……………………………………………
Ir. AB. HAMID BIN MD. DAUD
Pengerusi Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
JKR Terengganu
22 September 2015
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
JABATAN KERJA RAYA TERENGGANU
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN KEPADA MANUAL KESELAMATAN DAN
KESIHATAN PEKERJAAN
1.1 PENDAHULUAN
1.2 SINGKATAN
1.3 TUJUAN
1.4 KANDUNGAN MANUAL
1.5 PENYEDIAAN DAN PENGEDARAN
1.6 PENYELARASAN PINDAAN
2.0 MAKLUMAT ORGANISASI
2.1 PENGENALAN
2.2 FUNGSI
2.3 VISI
2.4 MISI
2.5 OBJEKTIF
2.6 STRUKTUR ORGANISASI
2.7 BISNES UTAMA
3.0 SKOP PELAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
3.1 SKOP PELAKSANAAN
4.0 TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN
4.1 KOMITMEN PENGURUSAN
4.2 KEUTAMAAN PELANGGAN
4.3 POLISI DAN OBJEKTIF KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
4.4 PERANCANGAN DAN PROGRAM PENGURUSAN
KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
4.5 TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KESELAMATAN
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
DAN KESIHATAN
4.6 KAJIAN SEMULA PENGURUSAN
5.0 PENGURUSAN SUMBER
5.1 PERUNTUKAN DAN PENYEDIAAN SUMBER
5.2 SUMBER MANUSIA
5.3 INFRASTRUKTUR
5.4 PERSEKITARAN KERJA
6.0 PENGUKURAN DAN PENAMBAHBAIKAN
6.1 AM
6.2 PEMANTAUAN DAN PENGUKURAN PRESTASI SERTA
PEMATUHAN PERUNDANGAN
6.3 RESPONS KECEMASAN DAN PENYIASATAN INSIDEN
6.4 DATA
6.5 PENAMBAHBAIKAN
LAMPIRAN A - CARTA ORGANISASI JKR TERENGGANU
LAMPIRAN B - CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA
KESELAMATAN DAN KESIHATAN JKR TERENGGANU
LAMPIRAN C - OBJEKTIF DAN PROGRAM KESELAMATAN DAN
KESIHATAN
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
1.0 PENGENALAN KEPADA MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
1.1 PENDAHULUAN
Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini adalah manual yang
menekankan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Manual
ini mengandungi Maklumat Organisasi, Polisi Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan, Objektif Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Skop
Pelaksanaan dan prinsip-prinsip asas Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
bagi memastikan tahap keselamatan dan kesihatan semua kakitangan
Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam tahap yang memuaskan serta mematuhi
keperluan-keperluan perundangan dan peraturan tertentu. Manual KKP ini
disokong dengan Arahan Kerja Selamat JKR Malaysia serta peraturan,
arahan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkaitan.
1.2 SINGKATAN
JKKP Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
KPKR Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia
PKRT Pengarah Kerja Raya Terengganu
KKP Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
HIRARC Hazard Indentification, Risk Assessment and Risk Control
(Pengenalpastian Hazad, Penaksiran Risiko dan Kawalan
Risiko)
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
1.3 TUJUAN
Tujuan Manual KKP ini adalah untuk:
a) Menerangkan maklumat am mengenai organisasi JKR Terengganu.
b) Menjelaskan secara ringkas pelaksanaan KKP di tempat kerja.
c) Menggariskan dasar dan prinsip-prinsip asas bagi KKP.
d) Menjelaskan mengenai skop dalam memenuhi keperluan KKP.
1.4 KANDUNGAN MANUAL
Manual KKP ini mengandungi enam (6) seksyen yang meliputi perkara
perkara berikut:-
Seksyen 1 - Pengenalan Kepada Manual KKP
Seksyen 2 - Maklumat Organisasi
Seksyen 3 - Skop Pelaksanaan KKP
Seksyen 4 - Tanggungjawab Pengurusan
Seksyen 5 - Pengurusan Sumber
Seksyen 6 - Pengukuran dan Penambahbaikan
1.5 PENYEDIAAN DAN PENGEDARAN
Manual KKP ini hanya terpakai dan berkuatkuasa setelah diluluskan oleh
Pengarah Kerja Raya Terengganu. Manual ini disediakan secara elektronik.
Manual ini boleh diakses dan dimuat turun melalui laman sesawang
http://www.jkr.terengganu.gov.my/v2/. Semua kakitangan yang terlibat
hendaklah mendapat maklumat terkini daripada laman sesawang untuk tujuan
pemakaian dan pelaksanaan KKP di Jabatan Kerja Raya.
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
1.6 PENYELARASAN PINDAAN
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan hendaklah
menyelaraskan pindaan ke atas Manual KKP jika perlu. Mana-mana seksyen
daripada manual ini tidak boleh dipinda tanpa kebenaran pihak yang
meluluskan dokumen ini.
2.0 MAKLUMAT ORGANISASI
2.1 PENGENALAN
Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu telah ditubuhkan sejak 1921 dan
berfungsi sebagai sebuah agensi teknikal kepada kerajaan. JKR berperanan
melaksanakan projek-projek pembangunan dan penyenggaraan infrastruktur
kepada pelbagai kementerian, jabatan, badan berkanun dan kerajaan negeri
seperti jalan, bekalan air, bangunan, lapangan terbang, pelabuhan dan jeti
bagi memenuhi keperluan negara.
2.2 FUNGSI
JKR bertangungjawab terhadap:
i. Perancangan, reka bentuk dan pembinaan projek infrastruktur seperti
jalan, bangunan kerajaan, lapangan terbang, pelabuhan, jeti dan
produk
kejuruteraan yang berkaitan;
ii. Pengurusan penyenggaraan yang meliputi penyenggaraan jalan, dan
lain lain infrastruktur kerajaan; dan
iii. khidmat nasihat teknikal kepada Kerajaan di peringkat persekutuan,
negeri dan daerah.
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
2.3 VISI
Visi JKR ialah:
’’Menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan
dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk
pembangunan infrastruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan
inovatif serta teknologi terkini’’.
2.4 MISI
Misi JKR ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan:
• Membantu pelanggan JKR merealisasikan matlamat dasar dan
menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi
strategik.
• Mempiawai proses dan sistem JKR untuk memberikan hasil perkhidmatan
yang konsisten.
• Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan
inovatif.
• Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.
• Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.
• Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.
• Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
• Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
2.5 OBJEKTIF
Objektif utama JKR adalah:
“Menyerahkan produk yang menepati kualiti, masa dan kos yang
ditetapkan bagi mencapai faedah aset yang optimum”.
2.6 STRUKTUR ORGANISASI
JKR Terengganu diterajui oleh seorang PKRT dan dibantu oleh dua orang
Timbalan Pengarah. Tanggungjawab JKR Terengganu adalah merancang,
melaksana dan menyenggara projek-projek pembangunan negeri seperti
jalan dan bangunan kerajaan. JKR Negeri bertanggungjawab terus kepada
Kerajaan Negeri untuk semua projek negeri dan disokong dengan nasihat
teknikal oleh Ibu Pejabat JKR Malaysia. Pada masa yang sama, JKR Negeri
juga bertanggungjawab terus kepada KPKR untuk projek-projek persekutuan
di negeri masing-masing. Manakala JKR Daerah pula diterajui oleh seorang
Jurutera yang bertanggungjawab terus kepada Pengarah JKR Negeri untuk
melaksanakan kerja-kerja pembangunan dan penyenggaraan aset
Persekutuan dan Negeri. Carta Organisasi JKR Terengganu adalah seperti di
Lampiran A.
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
2.7 BISNES UTAMA
Bisnes utama JKR Terengganu adalah seperti berikut:
i. Perkhidmatan Perundingan Teknikal;
ii. Perkhidmatan Pengurusan Projek; dan
iii. Perkhidmatan Pengurusan Penyenggaraan.
Di bawah ini adalah keterangan mengenai bisnes utama seperti di atas:
i. Perkhidmatan Perundingan Teknikal adalah perkhidmatan yang diberi
oleh JKR di mana JKR mengendalikan aktiviti-aktiviti yang merangkumi
perancangan, rekabentuk dan input profesional, perolehan, pengurusan
pembinaan, pentadbiran kontrak, penyerahan dan pasca penyerahan dalam
tempoh tanggungan kecacatan bagi merealisasikan projek untuk pelanggan.
Dalam pemberian perkhidmatan ini JKR memegang tanggungjawab
profesional ke atas aktiviti/aspek yang memerlukan input profesional, yang
terutamanya, rekabentuk dan keselamatan projek yang diserahguna.
ii. Perkhidmatan Pengurusan Projek adalah perkhidmatan yang diberi oleh
JKR di mana JKR mengendalikan aktiviti-aktiviti merancang, mengelola, dan
mengurus sumber sumber (tenaga kerja, peruntukan, pemantauan kawalan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta alam sekitar, bahan/peralatan,
kaedah) untuk merealisasikan projek mengikut objektif jabatan dan keperluan
pelanggan. JKR menjalankan pengurusan projek yang dilaksanakan sama
ada secara konvensional atau reka dan bina (design and build).
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
iii. Perkhidmatan Pengurusan Penyenggaraan adalah perkhidmatan
operasi dan penyenggaraan di mana JKR mengendalikan kemudahan-
kemudahan seperti bangunan, fasiliti kejuruteraan, woksyop dan jalan
termasuk pembangunan tepi jalan, kelulusan untuk menggunakan jalan had
beban [Weight Restrictions (Federal Roads) Order 1989] dan sebagainya.
Dalam penyenggaraan, JKR menyenggarakan atau menguruskan
penyenggaraan bagi kemudahan-kemudahan/fasiliti seperti jalan, bangunan,
binaan, sistem mekanikal, sistem elektrik, kenderaan dan loji.
3.0 SKOP PELAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
3.1 SKOP PELAKSANAAN
Skop pelaksanaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan meliputi semua
jenis aktiviti dan pekerjaan yang dilakukan di tempat kerja.
4.0 TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN
4.1 KOMITMEN PENGURUSAN
Pengurusan Atasan JKR hendaklah sentiasa komited kepada pembangunan,
pelaksanaan, pemantauan dan penambahbaikan KKP dan sentiasa berusaha
meningkatkan keberkesanannya dengan:
a) Memastikan semua kakitangan JKR memahami dan menghayati
akan pentingnya KKP di tempat kerja dan peraturan-peraturan
sebagaimana Polisi KKP dan Objektif KKP bagi mematuhi
keperluan perundangan dan peraturan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan.
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
b) Mewujud dan meluluskan Polisi KKP dan Objektif KKP.
c) Mengadakan Kajian Semula Pengurusan bagi peningkatan
berterusan.
d) Memastikan penyediaan sumber-sumber yang perlu adalah
mencukupi.
4.2 KEUTAMAAN PELANGGAN
JKR bertanggungjawab dalam:
a) Membantu dalam membangunkan sistem keselamatan dan kesihatan
serta sistem kerja selamat yang lebih sistematik dan efisyen.
b) Mengkaji semula tahap keberkesanan program keselamatan dan
kesihatan.
c) Menjalankan kajian tentang kemalangan yang berlaku di tempat kerja dan
melapor terus kepada pihak atasan bersama-sama dengan cadangan dan
penambahbaikkan.
d) Mengkaji semula audit dalaman yang dijalankan dan mengemukakan
laporan serta isu-isu penting yang berbangkit.
e) Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan mengikut keperluan
semasa dan membuat cadangan untuk kelulusan.
f) Mengadakan mesyuarat mengikut keperluan dan sekerap mana yang
perlu sejajar dengan risiko yang timbul.
g) Membentuk jawatankuasa kecil untuk membantu JKK dalam
melaksanakan fungsi.
h) Memantau prestasi keselamatan dan kesihatan di semua peringkat
organisasi.
i) Menjalankan pemeriksaan dan siasatan tempat kerja.
j) Membincangkan keputusan mengenai isu-isu keselamatan dan kesihatan
Carta Organisasi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan JKR
Terengganu seperti dalam Lampiran B.
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
4.3 DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
JKR Terengganu menggunapakai Dasar KKP yang telah dikeluarkan oleh
Jabatan Kerja Raya Malaysia sebagaimana berikut:-
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
Setiap pejabat JKR hendaklah mempamerkan Dasar KKP di lokasilokasi yang
strategik dan sesuai untuk pengetahuan kakitangan dan pelanggan JKR.
Dasar ini juga dimuat naik kedalam laman sesawang
http://www.jkr.terengganu.gov.my/v2/.
4.4 PERANCANGAN DAN PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN
DAN KESIHATAN PEKERJAAN
4.4.1 Perancangan KKP
JKR akan memastikan :
a) Perancangan kepada KKP dilaksanakan untuk mencapai keperluan-
keperluan operasi sebagaimana dasar KKP .
b) Perancangan dan jadual pelaksanaan KKP perlulah disediakan
seperti keperluan perundangan dan peraturan keselamatan dan
kesihatan perkerjaan sediada.
c) Integriti KKP adalah dipelihara walaupun berlaku perubahan ke atas
perancangan dan pelaksanaan di dalam KKP.
d) Perancangan kepada KKP juga perlu merangkumi analisis risiko ke
atas keselamatan dan kesihatan.
4.4.2 Program Pengurusan KKP
Program KKP dibangunkan berdasarkan Dasar KKP menerusi
penglibatan warga dan pihak terbabit dengan mengambil kira
keperluan perundangan, keperluan-keperluan lain dan hasil daripada
HIRARC dan analisis kerja selamat. Program-program Pengurusan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah dibangunkan bagi
menyokong pencapaian Dasar KKP.
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
4.4.3 Pengenalpastian Hazad, Penaksiran Risiko dan Kawalan
Risiko (HIRARC)
Pengurusan Atasan akan memastikan hazad di tempat kerja
dikenalpasti, ditaksir dan dibuat langkah kawalan seperti yang
digariskan di dalam dokumen KKP seperti Arahan Kerja Selamat dan
HIRARC.
4.5. TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN
KESIHATAN PEKERJAAN
4.5.1 Tanggungjawab, akauntabiliti dan kuasa
JKKP hendaklah ditubuhkan berdasarkan Akta KKP (Akta 514) dengan
tujuan untuk membuat dan menyenggarakan perkiraan dalam
menggalakkan dan membangunkan langkah-langkah untuk
memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja di tempat
kerja, dan dalam mengukur keberkesanan langkah-langkah itu.
4.5.2 Tanggungjawab Pengerusi
a) Mempengerusikan mesyuarat JKKP.
c)Menandatangani penubuhan atau penstrukturan pembentukan JKKP.
d) Menjalankan tugas seperti yang dinyatakan di bawah Akta
Keselamatan & Kesihatan 1994, Peraturan Jawatankuasa
Keselamatan & Kesihatan 1996 dan keperluan-keperluan perundangan
yang berkaitan.
e) Memantau segala program dan aktiviti yang telah dirancang dan
dilaksanakan oleh JKKP.
f) Memastikan peningkatan berterusan di dalam KKP.
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
4.5.3 Tanggungjawab Setiausaha
a) Membantu Pengerusi
b) Merancang dan mengurus penyelarasan program dan aktiviti KKP.
c) Menyedia, mengemaskini, menyenggara dan mengkaji semula
dokumen KKP berkaitan di tempat kerja.
d) Merancang latihan dan program yang berkaitan untuk Ahli JKKP.
e) Mengumpul, menganalisis dan mengemaskini statistik kemalangan/
insiden dalam usaha pengenalpastian hazad dan kawalan risiko di
tempat kerja.
f) Menyelaras dan menyiasat sebarang insiden/isu KKP yang berlaku
di tempat kerja serta kawalan rekod pelaporan.
g) Mengenalpasti perundangan dan lain-lain keperluan berkaitan KKP
yang perlu dipatuhi.
h) Menyelaras Mesyuarat JKKP.
i) Menghadiri dan mengambil minit mesyuarat JKKP.
j) Memastikan pemeriksaan tempat kerja seperti yang ditetapkan.
k) Menjalankan tugas seperti yang dinyatakan di bawah Peraturan
Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan 1996.
4.5.4 Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa
a) Menjalankan pemeriksaan tempat kerja sekurang-kurangnya sekali
dalam tempoh 3 bulan atau mengikut jadual yang telah ditetapkan.
b) Menyiasat sebarang kejadian insiden di tempat kerja.
c) Membuat kajian data trend insiden.
d) Melaporkan dan mengkaji semula sebarang perubahan aktiviti di
tempat kerja yang boleh memudaratkan kepada keselamatan &
kesihatan pekerja.
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
e) Membantu dalam memantau hazad dan risiko di tempat kerja serta
keberkesanan tindakan pembetulan dan pencegahan yang diambil.
f) Mengkaji semula tindakan pengukuran yang diambil bagi
memastikan pelaksanaan KKP di pejabat.
g) Mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan KKP di tempat kerja.
h) Menyelaras penglibatan kakitangan dalam latihan dan program yang
berkaitan KKP.
i) Menjalankan tugas seperti yang dinyatakan di bawah Peraturan
Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan 1996.
5.0 PENGURUSAN SUMBER
5.1 PERUNTUKAN DAN PENYEDIAAN SUMBER
Pengurusan Atasan JKR atas nasihat JKK hendaklah mengenalpasti
keperluan dan menyediakan sumber-sumber yang mencukupi bagi mencapai
maksud-maksud berikut:-
a) Melaksana dan menyenggara KKP di samping memperbaiki
keberkesanannya secara berterusan.
b) Meningkatkan tahap KKP dari semasa ke semasa dengan
memenuhi keperluan perundangan dan peraturan-peraturan yang
berkaitan.
5.2 SUMBER MANUSIA
5.2.1 Am
JKR Terengganu hendaklah memastikan semua kakitangan JKR terdiri
daripada anggota-anggota yang kompeten bagi menjamin kualiti kerja
disamping membudayakan cara kerja yang selamat dan sihat secara
konsisten. Keperluan sumber manusia hendaklah dirancang, dilaksana
dan dinilaikan selaras dengan Dasar KKP.
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
5.2.2 Kompetensi, Kesedaran dan Latihan
JKKP hendaklah:-
a) Menentukan keperluan kompetensi bagi kakitangan yang
menjalankan tugas yang mempengaruhi kualiti produk, alam sekitar
dan keselamatan serta kesihatan pekerjaan .
b) Menyediakan latihan atau tindakan lain untuk mencapai kompetensi
yang telah dikenalpasti mengikut keperluan kerja dan tanggungjawab
yang diberikan.
c) Menilai keberkesanan latihan ke atas kakitangan selepas
menghadiri latihan.
d) Memastikan kakitangan sedar akan kepentingan tugasan mereka
dan bagaimana mereka memberi sumbangan dalam mencapai Dasar
dan Objektif KKP
e) Menyimpan dan menyenggara rekod-rekod latihan dan kemahiran.
5.3 INFRASTRUKTUR
JKKP komited dalam menentu, menyedia dan menyenggara keperluan
infrastruktur yang sesuai kepada kakitangan untuk menjamin keselamatan,
kesihatan dan kebajikan semasa bekerja. Kemudahan infrastruktur
termasuklah;-
a) Bangunan, ruang kerja dan utiliti berkaitan.
b) Peralatan proses seperti perkakasan, peralatan keselamatan dan
perisian komputer.
c) Perkhidmatan sokongan yang diperlukan seperti pengangkutan,
sistem komunikasi atau sistem maklumat.
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
Kemudahan infrastruktur di atas adalah disedia dan disenggara mengikut
arahan-arahan kerajaan yang berkaitan dan keperluan pejabat masing-
masing.
5.4 PERSEKITARAN KERJA
JKKP hendaklah memastikan dan menyediakan persekitaran kerja yang
sesuai, selesa, selamat dan mesra alam. JKKP hendaklah memastikan
penyenggaraan dan pengurusan ruang kerja dilaksanakan mengikut arahan-
arahan jabatan dan perundangan berkaitan yang ditetapkan.
6.0 PENGUKURAN DAN PENAMBAHBAIKAN
6.1 AM
JKKP hendaklah merancang, mewujud dan melaksanakan pemantauan,
pengukuran, dan penambahbaikan untuk:
a) Memastikan pematuhan dan pelaksanaan Dasar dan Objektif KKP
b) Memastikan pematuhan perundangan KKP yang berkaitan.
c) Meningkatkan keberkesanan KKP secara berterusan.
Kaedah yang sesuai seperti analisis dan penggunaan teknik-teknik
statistik boleh digunakan bagi mencapai maksud di atas.
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
6.2 PEMANTAUAN DAN PENGUKURAN PRESTASI SERTA
PEMATUHAN PERUNDANGAN
6.2.1 Kepuasan Pelanggan dan Kakitangan
JKKP hendaklah mewujudkan kaedah dan prosedur untuk memantau
dan mengukur tahap kepuasan pelanggan dan kakitangan melalui
kaedah-kaedah seperti maklumbalas pelanggan dan sebagainya.
6.2.2 Pemantauan, Pengukuran Prestasi dan Proses
JKKP hendaklah menjalankan pemantauan dan pengukuran ke atas
tahap KKP bagi semua proses yang terlibat di mana perlu.
Antara aktiviti pemantauan dan pengukuran prestasi adalah seperti di
bawah:
a) Tahap kepuasan pelanggan menerusi maklum balas.
b) Prestasi melalui hasil audit dalaman JKR Malaysia dan audit
oleh pihak luar seperti DOSH.
c) Prestasi melalui statistik/kadar insiden seperti kemalangan,
kejadian merbahaya, penyakit pekerjaan, kejadian nyaris, Kadar
Kehilangan Masa Bekerja (LTI).
d) Laporan aduan pelanggan, kakitangan dan awam - kualiti
produk dan keselamatan dan kesihatan.
Apabila keputusan yang ditentukan tidak dicapai, tindakan pembetulan
hendaklah diambil untuk memastikan pematuhan perundangan.
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
6.3 RESPONS KECEMASAN DAN PENYIASATAN INSIDEN
JKKP hendaklah mengenal pasti potensi berlakunya situasi kecemasan dan
bersedia melalui pelan kecemasan untuk mengelakkan implikasi lebih besar
ke atas keselamatan dan kesihatan.
6.4 DATA
JKKP hendaklah mengumpul dan menganalisis data yang berkaitan bagi
menentukan pelaksanaan KKP sentiasa berkesan dan ditambahbaik. Ini
adalah termasuk data yang dijana melalui pemantauan dan pengukuran serta
dari punca lain yang relevan.
Data akan memberikan maklumat-maklumat berikut:-
a) Tahap kepuasan pelanggan dan kakitangan.
b) Pematuhan kepada keperluan perundangan dan peraturan yang
berkaitan.
c) Ciri-ciri proses dan produk termasuk peluang-peluang untuk langkah
pencegahan dan tindakan penambahbaikan.
d) Pencapaian Dasar KKP dan Objektif KKP
6.5 PENAMBAHBAIKAN
6.5.1 Penambahbaikan Berterusan
JKKP hendaklah menambahbaik aspek KKP secara berterusan
dengan berasaskan sumber-sumber berikut :
a) Maklumbalas Pelanggan
b) Data KKP
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
c) Laporan Audit
6.5.2 Tindakan Pembetulan
JKKP hendaklah mengambil tindakan bagi menghapuskan punca-
punca ketidakpatuhan untuk mengelak dari berulang. Tindakan
pembetulan hendaklah sesuai dengan kesan ketidakpatuhan.
Prosedur hendaklah disediakan untuk menentukan keperluan berikut;
a) Mengkaji semula ketidakpatuhan (termasuk aduan pelanggan dan
kakitangan).
b) Menentukan punca-punca ketidakpatuhan.
c) Menilai keperluan tindakan untuk memastikan ketidakpatuhan tidak
berulang.
d) Menentu dan melaksana tindakan susulan yang diperlukan.
e) Merekod hasil daripada tindakan yang diambil.
f) Mengkaji semula tindakan pembetulan yang diambil.
6.5.3 Tindakan Pencegahan
JKKP hendaklah menentukan tindakan yang perlu bagi menghapuskan
punca-punca ketidakpatuhan yang mungkin bagi mengelakkan ianya
berlaku. Tindakan pencegahan yang diambil hendaklah bersesuaian
dengan masalah yang dihadapi. Prosedur hendaklah didokumen untuk
menentukan keperluan perkara-perkara berikut;
a) Menentu ketidakpatuhan yang mungkin berlaku dan faktor-
faktor yang menjurus kepada ketidakpatuhan berikut
b) Menilai keperluan tindakan untuk mengelak ketidakpatuhan.
c) Menentu dan melaksana tindakan yang diperlukan.
d) Merekod kesan-kesan daripada tindakan yang diambil
e) Mengkaji semula tindakan pencegahan yang diambil.
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN