13
STATISTIK KEMALANGAN INDUSTRI ABSTRAK Industri pembinaan merupakan antara salah satu industri yang terbesar di Malaysia. Pada hari ini, aspek keprihatinan terhadap keselamatan pekerja-pekerja di tapak bina telah semakin meningkat. Pihak-pihak yang terlibat dengan industri pembinaan berusaha secara berterusan untuk mengurangkan kemalangan dan kadar kematian yang tinggi di kalangan pekerja di tapak bina. Akan tetapi masih terdapat pihak yang enggan mematuhi peraturan keselamatan dan menyebabkan kemalangan terjadi. Kemalangan- kemalangan di tapak pembinaan masih lagi menjadi isu yang sangat besar di media massa. Kertas kerja ini membincangkan persekitaran keselamatan di tapak bina dan kes-kes yang berlaku di tapak bina akibat kegagalan pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Hasil kajian akan memperlihatkan statistik kemalangan yang berlaku di tapak bina pada tahun 2004 hingga 2008 berdasarkan statistik yang diperoleh daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, dan Kementerian Sumber Manusia.

Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1

STATISTIK KEMALANGAN INDUSTRI

ABSTRAK

Industri pembinaan merupakan antara salah satu industri yang terbesar di Malaysia.

Pada hari ini, aspek keprihatinan terhadap keselamatan pekerja-pekerja di tapak bina

telah semakin meningkat. Pihak-pihak yang terlibat dengan industri pembinaan

berusaha secara berterusan untuk mengurangkan kemalangan dan kadar kematian

yang tinggi di kalangan pekerja di tapak bina. Akan tetapi masih terdapat pihak yang

enggan mematuhi peraturan keselamatan dan menyebabkan kemalangan terjadi.

Kemalangan-kemalangan di tapak pembinaan masih lagi menjadi isu yang sangat

besar di media massa. Kertas kerja ini membincangkan persekitaran keselamatan di

tapak bina dan kes-kes yang berlaku di tapak bina akibat kegagalan pematuhan Akta

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Hasil kajian akan memperlihatkan statistik

kemalangan yang berlaku di tapak bina pada tahun 2004 hingga 2008 berdasarkan

statistik yang diperoleh daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan

Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, dan Kementerian Sumber

Manusia.

Page 2: Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1

PENGENALAN

Menurut Helender, 1991, kadar risiko dalam industri pembinaan adalah lebih tinggi

berbanding industri lain. Hal ini sering dikaitkan dengan keadaan kerja yang bahaya

dan lebih mengundang risiko dalam persekitaran seharian. Hayes, 1986; CoVan, 1995;

Mills, 2001; Loosemore et al. 2003; Root, 2005; Goetsch, 2005 pula berpendapat

keadaan ini amat bergantung kepada kecekapan dalam pelaksaan serta

pengurusannya serta dapat memenuhi kehandak pengguna, selain disiapkan dengan

selamat.

Kejadian kemalangan yang sering terjadi dalam sektor pembinaan telah

menyebabkan berlaku banyak kerugian selain kehilangan ramai pekerja dalam sektor

ini (Kheni et al. 2005). Oleh itu, perkara sedemikian perlu dibendung agar dapat

meningkatkan mutu kerja di sektor pembinaan serta membantu dalam pembangunan

Negara untuk mencapai wawasan 2020. Persekitaran kerja yang selamat amat penting

dalam meningkatkan imej industri pembinaan Negara

Menurut Kamus Dewan (1996), keselamatan diertikan sebagai keadaan yang

terpelihara atau terhindar daripada bencana, terlepas daripada bahaya dan tidak

mendapat apa-apa gangguan. Pejabat Buruh Antarabangsa, 1990 pula mendefinisikan

keselamatan sebagai suatu yang meliputi semua aktiviti yang terlibat dalam

pembangunan dan pelaksanaan program-program menggalakkan keselamatan,

tindakan pencegahan dan pengenalpastian bahaya dan risiko di tempat kerja, di

peringkat kilang dan dalam polosi penjagaan kesihatan kebangsaan.

Page 3: Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1

PERSEKITARAN KESELAMATAN DI TAPAK PEMBINAAN

Kemalangan di dalam industri binaan sering dikaitkan dengan kecuaian dalam

pelaksanaan pekerjaan, pengabaian aspek keselamatan, pengabaian program-program

kesedaran dan latihan, tiadanya displin, kurangnya komunikasi serta lain-lain lagi

gangguan luar yang meningkatkan lagi faktor pengaruh terjadinya kes kemalangan

yang semakin meningkat hari ini (Bold, 1996; Abdul Rahman, 2003). Menurut Jaselskis

dan Sauazo (1993), di negara sedang membangun, keadaan tidak selamat wujud di

kebanyakan tapak pembinaan, samada besar atau kecil, dan pekerja sentiasa terdedah

kepada pelbagai situasi bahaya.

Teori Faktor Kemanusiaan Kemalangan menyifatkan kemalangan sebagai suatu

rantaian peristiwa yang secara muktamad disebabkan oleh kesilapan manusia. Teori ini

mengandungi tiga faktor umum yang membawa kepada kesilapan manusia: beban

lebih, respon tidak sesuai, dan aktiviti tidak sesuai. Manakala Teori Penyebab

Kemalangan Heinrich, kemalangan adalah disebabkan oleh faktor pusat yang boleh

dijangkakan seperti kesilapan manusia, keadaan tidak selamat, atau bahaya mekanikal.

Menyingkirkan faktor pusat ini dapat menghindarkan daripada terjadinya kemalangan

dan kecederaan (Goetsch, 1996).

Menurut Hinze dan Applegate (1991), pekerja di dalam industri pembinaan

mempunyai risiko yang besar untuk mengalami kemalangan berbanding industri lain.

Industri pembinaan merupakan antara industri yang merekodkan aspek keselamatan

yang terburuk dari semua sektor ekonomi di Britian (Kheni et al. 2005). Melalui OSHA

sememangnya diketahui tanggungjawab majikan untuk menyediakan persekitaran kerja

yang selamat. Kemalangan di tempat kerja merupakan kos yang boleh dielakkan oleh

majikan. Kadar kemalangan yang dilaporkan beberapa tahun ini menjadikan isu

keselamatan sebagai isu penting yang perlu ditangani.

Pihak pengurusan dalam kerajaan, klien, dan kontraktor menyedari kepentingan

keselamatan dalam industri pembinaan, tetapi tidak mematuhi usaha dengan berkesan

ke arah memaksimumkan pencapaian matlamat keselamatan.

Page 4: Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1

Statistik Kemalangan di Tapak Bina

Kemalangan industri bagi tahun 2004-2008

Industri Tahun

  2005 2006 2007 2008 2009

Pertanian, Perhutanan, Pemburuan dan Perikanan 7875 5923 5604 2631 3467

Perikanan 109 72 135   127

Perlombongan dan Kuari 772 615 541 328 368

Pembuatan 31372 28454 27066 19228 19041

Pembinaan 501 469 515 493 524Perdagangan Jual Borong dan Runcit, Baiki Kenderaan Bermotor, Motorsikal, 5066 4973 4500 3931 3814

Barangan Persendirian dan Isi Rumah 13194 12220 11783 12298 9741Pengangkutan, Penyimpanan dan Perhubungan

4194 3676 3653 3639 3305

Pengantaraan Kewangan 5903 5157 5386 542 718

Hotel dan Restoran 29 53 39 13248 1601

Jumlah

Page 5: Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1

KES YANG BERLAKU DI TAPAK PEMBINAAN

Kegagalan Pepasangan Perancah Di Tapak Bina

:

Sebahagian pepasangan perancah jenis kerangka di

tapak binaan bangunan

Kemalangan berlaku melibatkan kegagalan sebahagian pepasangan perancah

jenis kerangka yang dipasang di kawasan tapak bina bangunan. Perancah jenis

kerangka telah dipasang setinggi lebih dari 30 meter dari aras lantai tanah. Ketika para

pekerja sedang membuat kerja-kerja lepaan simen, tiba-tiba perancah yang digunakan

untuk mendokong pelantar kerja mereka telah runtuh. Penyiasatan JKKP mendapati

bahawa perancah itu dipasang dengan tidak mengikut spesifikasi kelulusan rekabentuk

dan pelan yang diluluskan oleh jurutera bertauliah. Perancah yang runtuh tersebut tidak

dipasang bilangan penambat belakang yang mencukupi sepertimana yang disyaratkan

oleh jurutera bertauliah dan menggunakan komponen-komponen perancah yang sudah

berkarat dan usang . Pin penyambung dan kekunci lengan yang sudah usang juga

masih digunakan semasa pemasangan perancah tersebut. Selain itu, perancah

tersebut juga tidak dijalankan pemeriksaan berkala oleh orang yang berkebolehan

(designated person).

Page 6: Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1

Kemalangan Melibatkan Jentera Cerucuk Hidraulik

Mesin cerucuk hidraulik di kawasan kemalangan

Kemalangan telah berlaku pada 20 Mei 2008 pada lebih kurang jam 8:00 malam

ketika kerja-kerja penanaman cerucuk sedang dijalankan. Ia berlaku di sebuah tapak

projek pembinaan bangunan yang bersebelahan dengan kawasan parking awam.

Penyiasatan mendapati terdapat sebuah jentera cerucuk hidraulik (model YZY 240)

yang dilengkapi dengan kren dan alat penekan cerucuk hidraulik telah digunakan untuk

kerja-kerja penanaman cerucuk konkrit. Pada hari kejadian, sebuah cerucuk konkrit

seberat 2.8 tan dan berukuran 12 meter panjang, 300mm lebar dan 300mm tebal, telah

terjatuh dan menghempap dua buah kenderaan. Hasil penyiasatan di lokasi kejadian

mendapati kemalangan itu berlaku disebabkan oleh kegagalan pada bahagian rod keluli

cuping mengangkat dan anduh yang digunakan untuk membelit cerucuk.

Page 7: Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1

Kemalangan Melibatkan Kren Bergerak

Kren di kawasan kemalangan

Pada 17/01/2008 lebih kurang jam 3:00 petang,satu laporan kemalangan telah

dibuat melalui telefon yang melibatkan sebuah kren bergerak beroda (Model:

Tadano;PMA 9284) dengan beban kerja selamat maksimum 45 tonnes. Kemalangan itu

berlaku di tapak cadangan projek Putra Square, Kuantan, Pahang. Semasa

kemalangan itu beberapa orang pekerja sedang menjalankan kerja untuk memindahkan

dan mengalihkan dua unit transformer kelokasi yang baru didalam kawasan bangunan.

Semasa proses persediaan untuk mengangkat transformer seberat 4,150 kg, tiba-tiba

culvert yang menampung satu daripada empat kaki kren berkenaan telah pecah dan

mengakibatkan kepingan kayu beserta kaki kren telah terperosok ke dalam culvert.

Siasatan kejuruteraan forensik yang dijalankan ke atas kemalangan itu telah mendapati

bahawa culvert telah pecah kerana tidak dapat menahan beban yang timbul daripada

operasi persediaan untuk pengangkatan transformer. Akibatnya, kren bergerak itu telah

senget dengan serta merta dan blok penyangkuk telah terhayung dan terkena seorang

Page 8: Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1

pekerja. Beliau yang tersepit di antara hayunan blok penyangkuk dan transformer

mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia.

Kemalangan Melibatkan Penggunaan Gondola

Keadaan di kawasan kemalangan

Satu kes kemalangan melibatkan penggunaan gondola telah dilaporkan berlaku

pada 29 Mac 2008 (Sabtu) dan lebih kurang jam 10.00pagi ditapak projek pembinaan

bangunan, Bukit Mulia, Ampang. Semasa kejadian itu, 3 orang pekerja yang bekerja

diatas pelantar kerja gondola pada aras 13, telah dicampak keluar dan terhempap pada

tanah diaras bawah.Mereka mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia.

Penyiasatan kejuruteraan forensik telah dijalankan pada 31 Mac 2008 ditempat

kejadian dan fakta-fakta penemuan yang menjurus kepada kemalangan adalah seperti

berikut:

i. Tali dawai penggantang (suspension wire rope) untuk salah satu daripada dua

buah motor telah terjuntai dibawah gondola disebabkan telah terlucut dari

ikatannya pada tiang penyokong ditingkat 15, menyebabkan pelantar kerja untuk

gondola senget dan tergantung daripada tali penggantang yang satu

lagi.Pelantar kerja itu tidak terus jatuh kearas lantai tanah kerana 'safety lock'

Page 9: Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1

dan brek motor yang ke-2 telah berfungsi dan mencengkam masing-masing

keatas tali dawai keselamatan dan penggantang.

ii. "Safety lock" yang ke-1 yang sepatutnya berfungsi dengan cara mencengkam

keatas tali dawai keselamatan (safety wire rope) berkenaan apabila tali dawai

penggantang terlepas daripada tempat pengikat atau putus telah disyaki tidak

berfungsi.

iii. Terdapat papan yang diletakkan diatas gondola bagi tujuan meletakkan simen

untuk kerja-kerja memplaster.Berat simen pada waktu itu dianggarkan 300kg dan

berat 3 orang pekerja lebih kurang 200kg dan jumlah berat besar ini telah

melebihi had beban kerja selamat gondola yang berdaya hanya 400 kg.

RUMUSAN

Kebanyakan kemalangan seringkali dikenal pasti dengan berpunca oleh

kegagalan sistem pengurusan keselamatan. Banyak usaha telah dilakukan bagi

memperbaiki keadaan tersebut, dan ia kelihatan masih tidak berupaya terlepas dari

kesilapan tersebut. Ini merupakan sebab terbesar kenapa konsep budaya keselamatan

Selain majikan, pekerja juga perlu memainkan peranan mereka dalam memastikan

tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah terkawal. Mengikut Seksyen

24, Akta 1994 mengkehendaki mereka untuk memberi perhatian yang munasabah

semasa bekerja bagi keselamatan dan kesihatan diri orang lain bagi memastikan

masalah yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat diminimumkan.

KESIMPULAN

Industri binaan merupakan salah sebuah industri yang disenaraikan sebagai

penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara. Namun hal ini akan

terjejas dengan berlakunya banyak kemalangan terutamanya di tapak-tapak bina yang

mana turut memberi kesan kepada ekonomi negara.Hal ini terbukti dengan statistik

kemalangan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan seperti di atas. Disamping itu, banyak

berita di media massa menyiarkan insiden kemalangan di tapak binaan yang kadang-

kala melibatkan kematian telah memburukkan lagi persepsi rakyat dan sumber manusia

Page 10: Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1

tempatan. Oleh yang demikian, pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu menjalankan

kewajipan seperti yang telah ditetapkan dalanm Akta bagi meminimumkan kes-kes

yang berlaku.

RUJUKAN

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997.

http://www.dosh.gov.my/wps/portal

PERKESO (2010). Statistik Kemalangan Tapak Bina 2005-2008, http://www.perkeso.gov.my