22
MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ (PELAKSANAAN 2015) BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015

MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2558/KBT Maklumat Asas... · mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh ... sebagai

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2558/KBT Maklumat Asas... · mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh ... sebagai

MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ

(PELAKSANAAN 2015)

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

2015

Page 2: MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2558/KBT Maklumat Asas... · mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh ... sebagai

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

i

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak

mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta

masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat

dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara

yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan

berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang

akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh

tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 3: MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2558/KBT Maklumat Asas... · mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh ... sebagai

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

ii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk

menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam

berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap,

kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba

Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri,

masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan

di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Page 4: MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2558/KBT Maklumat Asas... · mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh ... sebagai

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

iii

SENARAI KANDUNGAN Pendahuluan 1 Punca Kuasa 1 Latar Belakang 1 Objektif 4 Kepentingan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 4 Penetapan Sekolah 6 Bahasa Pengantar Mata Pelajaran Tahfiz 6 Jadual Waktu Persekolahan 7 Struktur Organisasi 7 Bantuan Geran Perkapita 7 Pentaksiran & Pelaporan 7 Guru 8 Buku Teks 8 Pengambilan Murid 9 Kokurikulum 9 Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran 9 Peruntukan Waktu Pengajaran Dan Pembelajaran 10 Perincian Agihan Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran 12 Mata Pelajaran Hifz Al-Quran 13 Mata Pelajaran Maharat Al-Quran 16 Penutup 17

Page 5: MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2558/KBT Maklumat Asas... · mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh ... sebagai

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

1

1. PENDAHULUAN

Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) adalah kurikulum yang digubal berdasarkan

kurikulum tahfiz al-Quran dari pelbagai institusi pendidikan agama yang diselaraskan

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jawatankuasa Kurikulum Agama

Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran Dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI)

dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

KBT menggabungkan dua komponen mata pelajaran tahfiz al Quran dengan

sebahagian mata pelajaran sedia ada dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM). Pengintegrasian komponen ini diharap dapat melahirkan

generasi pelajar yang menghafaz al-Quran (al-hafiz), menguasai dan mengamalkan

ilmu-ilmu al-Quran di samping ilmu-ilmu lain. KBT ini juga akan memastikan pelajar

dapat menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran dalam masa 5 tahun pengajian di

peringkat sekolah menengah.

2. PUNCA KUASA Dalam melaksanakan kurikulum ini beberapa punca kuasa yang penting telah

diperolehi dari pihak-pihak yang berkaitan. Punca kuasa tersebut adalah seperti

berikut:

2.1. Jawatankuasa Kurikulum Agama, Lembaga Penasihat Pelajaran dan

Pendidikan Agama Islam (LEPAI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM) telah menyelaraskan Kurikulum Dini bagi kegunaan SAN, SAR dan

SABK. Dalam mesyuarat pada 15 Jun 2012, Jawatankuasa ini telah

bersetuju terhadap cadangan KPM untuk menjadikan Kurikulum Dini dan

Kurikulum Tahfiz sebagai Kurikulum Kebangsaan dengan mengguna pakai

kurikulum yang telah diselaraskan sebagai asas Kurikulum Dini dan

Kurikulum Tahfiz Kebangsaan.

Page 6: MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2558/KBT Maklumat Asas... · mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh ... sebagai

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

2

2.2. Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) KPM dalam mesyuarat Bil. 3/2012

pada 25 Jun 2012 telah bersetuju terhadap cadangan menjadikan Kurikulum

Dini dan Kurikulum Tahfiz sebagai Kurikulum Kebangsaan.

2.3. Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan KPM Kali Ke-200 yang

dipengerusikan oleh YAB Menteri Pelajaran pada 26 Julai 2012 juga

bersetuju dengan cadangan menjadikan Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz

sebagai Kurikulum Kebangsaan.

2.4. Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Ugama Islam Malaysia

(MKI) Kali Ke-54 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak pada 03 Disember 2012

telah bersetuju supaya Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz digunakan

sebagai Kurikulum Kebangsaan di sekolah agama yang telah mendaftar

sebagai SABK. Kurikulum tersebut dinamakan sebagai Kurikulum Bersepadu

Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT).

2.5. Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-231 yang bersidang pada 27 Februari

2013 telah bersetuju mengambil maklum dan memperkenankan cadangan ini

setelah dibentangkan oleh pihak LEPAI dengan kerjasama KPM.

2.6. Surat persetujuan telah diterima daripada Pihak Berkuasa Negeri yang akan

melaksanakan KBD dan KBT di SABK masing-masing. Dengan persetujuan

ini, pelaksanaan KBD dan KBT di SABK adalah selari dengan MoU

pendaftaran SABK yang menyatakan bahawa pelaksanaan Kurikulum Azhari

di sekolah-sekolah agama hendaklah diurus oleh kerajaan negeri

sehinggalah kurikulum-kurikulum tersebut diselaraskan dan dijadikan

sebahagian daripada kurikulum kebangsaan.

3. LATAR BELAKANG

3.1. Program Pendaftaran SAR dan SAN sebagai SABK merupakan satu

program yang telah membuka mata banyak pihak tentang kurikulum Dini/

Azhari di sekolah agama. Program yang tercetus daripada Laporan JK Tan

Page 7: MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2558/KBT Maklumat Asas... · mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh ... sebagai

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

3

Sri Murad dan dipersetujui oleh YAB Perdana Menteri ketika itu telah

membawa masuk sekolah-sekolah agama rakyat dan negeri yang

menggunakan dwi-kurikulum ke arus perdana. Pelaksanaan dwi-kurikulum di

SABK setelah berlakunya pendaftaran menunjukkan bahawa terdapat ruang-

ruang yang masih boleh ditambahbaik bagi menjamin kecemerlangan murid

dalam kedua-dua bidang iaitu akademik dan agama.

3.2. Resolusi Seminar Pemantapan Kurikulum SABK peringkat Kebangsaan

2008 Port Dickson telah menyatakan bahawa Kurikulum Dini/ Azhari perlu

diselaraskan dan diangkan menjadi kurikulum kebangsaan.

3.3. Persidangan Ketua-ketua/ Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia kali

ke-86, pada 25-27 Mei 2011 di Kangar Perlis telah bersetuju dengan

cadangan Kurikulum Dini di selaras dan diangkat menjadi kurikulum

kebangsaan.

3.4. Pihak LEPAI dan JAKIM telah mengetuai usaha-usaha penyelarasan

kurikulum Dini Azhari yang dilaksanakan di negeri-negeri. Usaha-usaha

tersebut kemudiannya di selaraskan dengan KPM dalam kerangka

memartabat dan mengangkat kurikulum Dini sebagai kurikulum Kebangsaan

sehinggalah KBD dan KBT yang berasaskan Kurikulum Dini/ Azhari akhirnya

diperkenalkan..

3.5. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Gelombang 1 dalam perkara

“Mengukuhkan laluan pendidikan agama” telah menyatakan bahawa “

..kementerian beriltizam menyediakan pendidikan agama berkualiti tinggi

bagi melengkapkan murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang

relevan untuk berjaya dalam pasaran kerja berasaskan nilai dan tasawur

Islam yang kukuh. Kementerian akan memperkukuhkan pelaksanaan

kurikulum kebangsaan di sekolah agama dengan mengangkat kurikulum Dini

dan Tahfiz sebagai kurikulum kebangsaan serta menerapkan unsur-unsur

agama ke dalam kurikulum kebangsaan”.

Page 8: MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2558/KBT Maklumat Asas... · mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh ... sebagai

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

4

3.6. Oleh itu KPM mengeluarkan Dokumen Standard Kurikulum bagi KBD

sebagai rujukan untuk pelaksanaannya.

4. OBJEKTIF

Objektif KBT adalah seperti berikut:

4.1. melahirkan modal insan yang menghafaz dan memahami 30 juzu’ al-Quran;

4.2. melahirkan modal insan yang boleh menjalinkan hubungan dengan Allah,

sesama manusia dan dengan kejadian alam berdasarkan kepada al-Quran

dan al-Sunnah;

4.3. melahirkan modal insan yang mahir dalam bidang keagamaan dan

profesional berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah; dan

4.4. melahirkan modal insan yang berupaya memberi pandangan dalam

menyelesaikan masalah, memaksimumkan keupayaan berfikir serta

berfikiran kreatif dan inovatif.

5. KEPENTINGAN KURIKULUM BERSEPADU TAHFIZ

KBT diwujudkan dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -

2025 (PPPM) bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Islam (FPI) dan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kepentingan KBT dalam arus perdana pendidikan

negara adalah seperti berikut:

5.1. Aspirasi Sistem

Pelaksanaan KBT di SABK dapat memberi peluang kepada warganegara

mendapat pendidikan tahfiz al-Quran dan mengukuhkan pendidikan

agama di dalam aliran perdana.

Murid yang dilahirkan berpotensi memenuhi keperluan modal insan yang

mampu menyumbang dalam kemajuan ekonomi negara dalam pelbagai

sektor. Kesatuan dalam menghayati manhaj ahli sunnah wal jamaah dan

menjadi norma rujukan contoh, model sahsiah yang unggul

Page 9: MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2558/KBT Maklumat Asas... · mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh ... sebagai

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

5

Ini akan memberikan lebih peluang kepada murid di dalam menentukan

laluan kerjaya mereka.

5.2. Aspirasi Murid

PPPM memastikan murid-murid dapat menguasai ilmu pengetahuan,

kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika,

kemantapan rohani, dan beridentiti nasional.

KBT yang menekankan elemen ulum al-Quran dan menggunakan bahasa

Arab sebagai bahasa pengantar akan mempertingkatkan kualiti

penghayatan terhadap al-Quran dan kemahiran berkomunikasi serta

mampu merujuk asas-asas ilmu pengetahuan dalam kitab-kitab muktabar.

KBT akan mengembangkan potensi dan keupayaan murid dengan

pelbagai kaedah, pendekatan dan teknik pembelajaran dan pengajaran

melalui penghayatan pelbagai kemahiran.

5.3. Kepentingan KBT Kepada Sekolah

SABK yang melaksanakan KBT layak menerima bantuan per kapita mata

pelajaran seperti mata pelajaran kebangsaan yang lain. Di samping itu,

sekolah layak menerima Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Prinsip ini di selaraskan dengan aspirasi sistem dalam PPPM yang

berkaitan dengan kemampuan akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan

kecekapan. Dengan itu semua SABK yang terlibat akan dapat

diperkukuhkan.

Page 10: MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2558/KBT Maklumat Asas... · mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh ... sebagai

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

6

5.4. Kepentingan KBT Kepada Masyarakat, Bangsa dan Agama

Kurikulum tahfiz digubal untuk menyediakan bakal ulama, cendikiawan

Islam yang menghafaz al-Quran yang berkaliber dan bertaraf dunia. Untuk

itu kurikulum ini digubal berhasrat melahirkan agamawan yang menghafaz

al-Quran ke arah mencapai keredhaan Allah.

Kefahaman yang sahih dari kurikulum ini dapat menjadi asas kukuh

mempertahankan kesucian agama Islam dari ajaran sesat dan

menyeleweng supaya masyarakat dapat menghindar diri dari kumpulan

songsang yang sering muncul dalam masyarakat.

5.5. Kepentingan KBT Kepada Negara

Menyediakan Negara Malaysia sebagai hub pendidikan agama Islam

bertaraf dunia.

6. PENETAPAN SEKOLAH

6.1. KBT dilaksanakan di SABK yang telah dipersetujui oleh Pihak Berkuasa

Negeri.

6.2. Sekolah boleh melaksanakan sama ada salah satu aliran KBD atau KBT,

atau kedua-dua sekali bergantung kepada perbincangan bersama antara

KPM dan LPS.

6.3. Pertukaran, pertambahan dan penutupan sebarang aliran adalah

berdasarkan permohonan dan kelulusan oleh pihak KPM.

6.4. Sekolah mestilah melaksanakan secara keseluruhan mata pelajaran

mengikut pakej-pakej yang telah ditetapkan.

7. BAHASA PENGANTAR BAGI MATA PELAJARAN

Bahasa pengantar bagi mata pelajaran kurikulum tahfiz ialah bahasa Arab

manakala mata pelajaran KBSM adalah dalam bahasa Melayu atau bahasa

Inggeris.

Page 11: MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2558/KBT Maklumat Asas... · mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh ... sebagai

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

7

8. JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN

Jadual waktu persekolahan mesti memenuhi hak peruntukan masa waktu

minimum seminggu bagi setiap mata pelajaran dan juga termasuk waktu Tahdhir

bagi mata pelajaran Hifz al-Quran. (rujuk contoh jadual di lampiran 1)

9. STRUKTUR ORGANISASI

Struktur organisasi pengurusan KBT adalah seperti berikut:

10. BANTUAN GERAN PERKAPITA

Sekolah-sekolah yang melaksanakan KBT berhak menerima Geran Perkapita

Mata pelajaran mengikut kadar dan prosedur yang ditetapkan oleh KPM.

11. PENTAKSIRAN DAN PELAPORAN

Pentaksiran KBT adalah dengan menggunakan kaedah Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS) di peringkat menengah rendah seperti mana mata pelajaran lain

yang dilaksanakan di sekolah-sekolah KPM. Panduan Perkembangan

Pembelajaran Murid (PPPM) dan instrumen pentaksiran akan digunakan bagi

dua mata pelajaran berikut:

11.1. Hifz al-Quran.

11.2. Maharat al-Quran.

Pengetua

Penolong Kanan Pentadbiran

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Penolong Kanan Kokurikulum

Ketua Bidang / GKMP Bahasa

Ketua Bidang / GKMP Sains Matematik

Ketua Bidang / GKMP Teknik Vokasional

Ketua Bidang / GKMP Kemanusiaan

Ketua Bidang / GKMP Pend. Islam B. Arab

Ketua Panitia Pendidikan Islam

Ketua Panitia Bahasa Arab

Ketua Panitia Hifz al-Quran

Ketua Panitia Maharat al-Quran

Page 12: MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2558/KBT Maklumat Asas... · mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh ... sebagai

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

8

Pelaporan akhir KBT di peringkat menengah rendah adalah seperti berikut :

11.3. Pelaporan Pentaksiran Pusat

11.4. Pelaporan Pentaksiran Sekolah

11.5. Pelaporan Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJSK)

11.6. Pelaporan Psikometrik.

• Sijil pencapaian hafazan akan dikeluarkan kepada murid menengah rendah.

Pada peringkat menengah atas pula, pentaksiran berdasarkan kepada

peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan murid akan menerima Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM). Mata pelajaran Hifz al-Quran dan Maharat Al-quran akan

disenaraikan sebagai mata pelajaran dalam SPM

• Sijil pencapaian hafazan akan dikeluarkan kepada murid menengah atas.

12. GURU

Keperluan guru untuk pelaksanaan KBT adalah Guru Tahfiz. Guru ini bertanggungjawab menguruskan dua mata pelajaran peringkat menengah rendah iaitu Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran. Bekalan Guru Tahfiz adalah di bawah tanggungjawab KPM. Buat masa ini, norma sementara 3.0n telah diluluskan dan norma sebenar adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat. Dalam memastikan kejayaan pelaksanaan KBT, Guru Tahfiz mempunyai peranan khusus melibatkan perkara-perkara berikut:

12.1. Melaksanakan aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran mengikut jadual

yang ditetapkan bermula 6.30 pagi sehingga 2.00 petang.

12.2. Melaksanakan tahriri hafazan dan hafazan baru (7.00 malam hingga

9.00 malam) mengikut jadual yang ditentukan oleh pihak sekolah.

12.3. Memastikan aktiviti qailulah dilaksanakan.

12.4. Peranan guru tahfiz adalah sama dengan guru akademik.

Masa rasmi Guru Tahfiz mempunyai dua sesi iaitu sesi pertama bermula jam 6.30 pagi hingga selesai Solat Zohor dan sesi kedua bermula pukul 7.00 malam hingga 9.00 malam mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Page 13: MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2558/KBT Maklumat Asas... · mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh ... sebagai

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

9

13. BUKU TEKS

Buku teks akan dibekalkan oleh KPM mengikut syarat dan agihan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sedia ada mengikut mata pelajaran. Murid-murid juga akan dibekalkan pakej buku teks tambahan seperti berikut :

Bil. Mata Pelajaran Judul Buku Jenis Buku

1 Maharat al-Quran Maharat al-Quran Buku Teks

2 Hifz al-Quran Mushaf al-Quran Buku Teks

Al-Quran Terjemahan Buku Teks

Rekod Hafazan Buku Aktiviti

14. PENGAMBILAN MURID

Pengambilan murid bagi sekolah-sekolah yang melaksanakan KBT adalah

berdasarkan prosedur pengambilan murid yang ditetapkan oleh pihak LPS.

15. KOKURIKULUM Aktiviti Kokurikulum dilaksanakan mengikut dasar dan kaedah pelaksanaan

kokurikulum sedia ada KPM. Dua persatuan akademik baharu diwujudkan iaitu

Nadi Huffaz dan Nadi Qurra’ .

16. JAWATANKUASA KOKURIKULUM

Pengetua

Penolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Penolong Kanan Kokurikulum

Badan Beruniform Persatuan dan Kelab Nadi Huffaz Nadi Qurra’

N

* Sukan dan Permainan

Page 14: MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2558/KBT Maklumat Asas... · mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh ... sebagai

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

10

17. KELAS KHAS KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN (KKQ) KKQ tidak dilaksanakan di SABK yang melaksanakan KBT. Pelaksanaan KKQ

sedia ada akan ditamatkan secara berperingkat mengikut peningkatan kelas KBT

dari tahun ke tahun.

18. PERUNTUKAN WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 18.1. Menengah Rendah

Mata Pelajaran Jumlah Waktu

Jumlah Minit

Bahasa Melayu 6 240 Bahasa Inggeris 4 160 Matematik 4 160 Pendidikan Islam 4 160 Sains 3 120 Sejarah 2 80 Geografi 2 80 Kemahiran Hidup 2 80 Pendidikan Jasmani Kesihatan 1 40 Pendidikan Seni 1 40 Bahasa Arab 5 200 Bahasa Antarabangsa 0 0 Hifz al Quran 15 600 Maharat al Quran 3 120 Jumlah 52 2080

Page 15: MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2558/KBT Maklumat Asas... · mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh ... sebagai

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

11

18.2. Menengah Atas

Mata Pelajaran Agama Sains

Waktu Minit Waktu Minit

Bahasa Melayu 5 200 5 200

Bahasa Inggeris 4 160 4 160

Matematik 4 160 4 160

Pendidikan Islam 4 160 4 160

Sejarah 2 80 2 80

PJK 1 40 1 40

Biologi 0 0 4

160 Fizik 0

Kimia 0 0 4 160

Matematik Tambahan 0 0 4 160

Bahasa Arab 4 160 4 160

Pendidikan al Quran dan al Sunnah

4 160 0 0

Pendidikan Syariah Islamiah

4 160 0 0

Bahasa Antarabangsa 0 0 0 0

Hifz al Quran 16 640 14 560

Maharat al Quran 4 160 2 80

Jumlah 52 2080 52 2080

18.3. Penambahan mata pelajaran lain di luar pakej yang ditawarkan adalah

berdasarkan permohonan LPS dan tertakluk kepada kelulusan KPM.

Page 16: MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2558/KBT Maklumat Asas... · mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh ... sebagai

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

12

19. PERINCIAN AGIHAN WAKTU MATA PELAJARAN HIFZ AL-QURAN DAN MAHARAT AL-QURAN MENENGAH RENDAH

Bil Mata Pelajaran Bidang Ting. 1 Ting. 2 Ting. 3

1 Hifz al-Quran Tasmik 15 15 15

2 Maharat al-

Quran

Tilawah 1 2 2

Tajwid 1 1 1

Adab al-Quran 1 - -

Jumlah 3 3 3

Jumlah Keseluruhan 18 18 18

20. PERINCIAN AGIHAN WAKTU MATA PELAJARAN HIFZ AL-QURAN DAN

MAHARAT AL-QURAN MENENGAH ATAS

Bil Mata

Pelajaran Bidang

Ting. 4 Ting. 5 Ting. 4 Ting. 5

Agama Sains

1 Hifz al-Quran Tasmik 16 16 14 14

2 Maharat al-

Quran

Tilawah 1 - 1

-

Tajwid 1 1 1

Manhaj Qiraat 1 1 1

Amali Qiraat 1 1 1

Rasm Uthmani - 1 -

Jumlah 4 4 2 2

Jumlah Keseluruhan 20 20 16 16

Page 17: MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2558/KBT Maklumat Asas... · mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh ... sebagai

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

13

21. MATA PELAJARAN HIFZ AL-QURAN

21.1. Agihan Juzuk Hafazan Mengikut Tingkatan

Tingkatan Juzuk Jumlah Juzuk

Satu 30, 1, 2,3,4,5 6

Dua 6,7,8,9,10,11,12 7

Tiga 13,14,15,16,17,18 6

Empat 19,20,21,22,23,24,25 7

Lima 26,27,28,29 4

21.2. Hifz al-Quran ialah mata pelajaran yang menghendaki murid menghafaz

30 juzuk al-Quran dalam tempoh lima tahun di bawah bimbingan guru

tahfiz. Mata pelajaran ini mengandungi aktiviti Tahriri Hafazan, Hafazan Baru, Tahdhir , Tasmik , Murajaah dan Fiqh al- Ayat.

21.3. Tahriri Hafazan dan Hafazan Baharu

Tahriri Hafazan ialah aktiviti menulis ayat-ayat al-Quran hafazan baharu

dalam buku yang disediakan bagi persediaan tasmik. Hafazan Baharu

ialah aktiviti menghafaz ayat-ayat al-Quran yang akan ditasmik pada

keesokan hari.

21.3.1. Nisbah guru : murid adalah 1: 30

21.3.2. Waktu pelaksanaan adalah 7.00 malam – 9.00 malam termasuk

solat Maghrib dan Isyak

21.3.3. Aktiviti pelaksanaan:

a) Menulis Ayat-ayat Hafazan Baharu (Tahriri Hafazan) sebanyak 1 muka surat secara individu selama 30 minit antara jam 7.00 malam – 7.30 malam.

b) Menunaikan Solat Maghrib secara berjemaah selama 15 minit antara jam 7.30 malam – 7.45 malam.

c) Menghafaz Ayat-ayat Hafazan Baharu sebanyak 1 muka surat secara individu selama 60 minit antara jam 7.45 malam – 8.45 malam.

d) Menunaikan Solat Isyak secara berjemaah selama 15 minit antara jam 8.45 malam – 9.00 malam.

Page 18: MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2558/KBT Maklumat Asas... · mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh ... sebagai

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

14

e) Guru Tahfiz yang bertugas bertanggungjawab memastikan setiap murid menulis dan menghafaz Ayat-ayat Hafazan Baharu sebanyak 1 muka surat. Mereka juga berperanan sebagai tempat rujukan murid semasa aktiviti Tahriri dan Hafazan Baru.

*** Bagi sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak penetapan waktu bagi aktiviti Tahriri dan Hafazan Baharu adalah mengikut kesesuaian waktu setempat.

21.4. Tahdhir

Tahdhir ialah aktiviti mengulang ayat-ayat hafazan baharu bagi persediaan tasmik. 21.4.1. Nisbah guru : murid adalah 1: 10

21.4.2. Waktu pelaksanaan adalah 6.30 pagi – 7.10 pagi

21.4.3. Aktiviti pelaksanaan:

Menyemak dan memperkukuh Ayat-ayat Hafazan Baharu di hadapan guru secara individu sebagai persediaan sebelum aktiviti tasmik (4 minit : 1 murid).

21.5. Tasmik dan Murajaah

Tasmik ialah aktiviti memperdengarkan ayat-ayat hafazan baharu di hadapan guru secara individu. Murajaah ialah aktiviti mengulang semula ayat-ayat yang telah dihafaz di hadapan guru secara individu.

21.5.1. Nisbah guru : murid adalah 1: 10

21.5.2. Waktu pelaksanaan adalah 7.30 pagi – 9.30 pagi

21.5.3. Aktiviti pelaksanaan:

a) Tasmik:

i. Mengemukakan tulisan Ayat-ayat Hafazan Baharu yang ingin ditasmik kepada guru. Ayat-ayat tersebut ditulis sendiri oleh murid dalam Buku Tahriri Hafazan yang disediakan.

ii. Memperdengarkan Ayat-ayat Hafazan Baharu sebanyak 1 muka surat sehari di hadapan guru secara individu antara jam 7.30 pagi – 8.10 pagi (4 minit : 1 murid).

Page 19: MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2558/KBT Maklumat Asas... · mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh ... sebagai

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

15

Aktiviti ini berlaku pada 4 hari pertama minggu pembelajaran.

b) Murajaah Hafazan Baharu:

Murajaah sebanyak 2 muka surat sebelum muka surat Tasmik di hadapan guru secara individu antara jam 8.10 pagi – 8.50 pagi (4 minit : 1 murid). Aktiviti ini berlaku pada 4 hari pertama minggu pembelajaran. Sebagai contoh, sekiranya muka surat Tasmik ialah muka surat 20 maka Murajaah Hafazan Baru ialah muka surat 18 dan 19.

c) Murajaah Hafazan Lama:

Aktiviti mengulang hafazan dua muka surat secara bergilir-gilir (kaedah tadarus) sebanyak 1 juzuk sebelum Juzuk Tasmik. Setiap murid melakukan murajaah di hadapan guru antara pukul 8.50 pagi – 9.30 pagi (4 minit : 1 murid). Aktiviti ini berlaku pada 4 hari pertama minggu pembelajaran. Sebagai contoh, sekiranya Juzuk Tasmik Semasa ialah juzuk 2 maka Murajaah Hafazan Lama ialah juzuk 1.

d) Murajaah Mingguan:

Aktiviti mengulang bacaan sebanyak empat muka surat meliputi semua muka surat yang telah dihafaz pada minggu tersebut di hadapan guru secara individu antara jam 7.30 pagi – 8.30 pagi (6 minit : 1 murid). Aktiviti ini berlaku pada hari ke 5 minggu pembelajaran.

e) Fiqh al-Ayat:

Menerangkan intisari ayat-ayat hafazan (fiqh al-ayat) yang telah dihafaz pada minggu tersebut sebanyak 4 muka surat di hadapan guru secara individu antara jam 8.30 pagi – 9.30 pagi (6 minit : 1 murid). Aktiviti ini berlaku pada hari ke 5 minggu pembelajaran.

*** Guru Tahfiz merekodkan aktiviti Tasmik, Murajaah Hafazan Baharu, Murajaah Hafazan Lama, Murajaah Mingguan dan Fiqh al-Ayat dalam buku rekod yang disediakan.

Page 20: MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2558/KBT Maklumat Asas... · mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh ... sebagai

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

16

22. MATA PELAJARAN MAHARAT AL-QURAN

22.1. Tilawah

Tingkatan Juzuk Jumlah Juzuk

Satu 30, 1, 2, 3, 4 dan 5 6

Dua 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13 dan 14 9

Tiga 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22 dan 23 9

Empat 24, 25, 26, 27, 28 dan 29 6

22.2. Adab Al-Quran Kandungan bagi komponen adab al-Quran ini ialah pengenalan al-Quran,

kelebihan membaca dan menghafaz al-Quran, mentarjihkan qari al-

Quran, kemuliaan ahli al-Quran, adab guru dan pelajar, adab penghafaz

al-Quran, adab bersama al-Quran, adab terhadap al-Quran, ayat dan

surah yang disunatkan membaca pada waktu dan keadaan tertentu dan

hukum menulis dan memuliakan mushaf.

22.3. Tajwid

Pembahagian tajuk berdasarkan tingkatan adalah seperti jadual di bawah.

Tingkatan Tajuk

Satu

Mabadi’ Ilmu Tajwid, hukum belajar dan mengamalkan

Ilmu Tajwid, hukum wajib membaca al Quran secara

bertajwid, kesalahan bacaan al Quran, jenis-jenis bacaan

al Quran, hukum Isti’azah dan Basmalah, hukum Nun

Sakinah dan Tanwin.

Dua Hukum Mim Mati, hukum Nun dan Mim Sabdu, bab Lam

Mati, bab Lam Lafz al Jalalah dan bab Ra’

Tiga Bab al-Mad dan al Qasr

Empat Bab Makharij al Huruf dan Sifat al Huruf

Lima Bab al Waqf, al Ibtida’ dan asas-asas bacaan Riwayat

Hafs

Page 21: MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2558/KBT Maklumat Asas... · mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh ... sebagai

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

17

22.4. Manhaj Qiraat

Tingkatan Tajuk

Empat

Taarif Ilmu Qiraat, perbezaan al-Quran dan al-Qiraat,

perbezaan qiraat riwayat, wajah dan tariq, sejarah dan

pengumpulan ilmu qiraat, rukun-rukun qiraat sahihah,

perbincangan Ilmu Qiraat, pembahagian qiraat,

pengenalan imam-imam qiraat sab’ah, manhaj qiraat imam

Nafi’, manhaj qiraat imam Ibnu Kathir dan manhaj qiraat

imam Abu ‘Amru.

Lima

Manhaj qiraat imam Ibnu ‘Amir, manhaj qiraat imam ‘Asim,

manhaj qiraat imam Hamzah dan manhaj qiraat imam al-

Kisaie

22.5. Amali Qiraat

Tingkatan Tajuk

Empat Surah al-Fatihah dan al-Baqarah ayat 1-74 yang dibaca

secara ifrad berdasarkan Riwayat Qalun, Warsy, al-Bazzi,

Qunbul, al-Duri dan al-Susi

Lima

Surah al-Fatihah dan al-Baqarah ayat 1-74 yang dibaca

secara ifrad berdasarkan Riwayat Hisyam, Ibnu Zakuan,

Syu’bah, Hafs, Khalaf, Khallad, Abu al-Harith dan Duri al-

Kisaie

22.6. Rasm Uthmani

Agihan tajuk bagi mata pelajaran ini meliputi pengenalan ilmu rasm,

sejarah penulisan mushaf, pembahagian rasm dan kaedah rasm uthmani.

23. PENUTUP

Hasrat KPM untuk melahirkan golongan profesional hafiz yang berdaya

kepemimpinan mantap dan seimbang dapat memberi sumbangan besar kepada

transformasi pendidikan negara. Pengurus dan pentadbir sekolah diharapkan

dapat memahami objektif pelaksanaannya dan mematuhi garis panduan yang

ditetapkan. Kejayaan pelaksanaan KBT amat bergantung kepada komitmen yang

tinggi dan usaha gigih semua pihak demi kebaikan dan kemanfaatan agama,

bangsa dan negara.

Page 22: MAKLUMAT ASAS PELAKSANAAN KURIKULUM …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2558/KBT Maklumat Asas... · mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh ... sebagai

Maklumat Asas Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Tahfiz 2015

18

Lampiran 1

Contoh Jadual Waktu Pelaksanaan KBT (Menengah Rendah) Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat 06.30 - 07.10 Solat Subuh, Hifz al Quran (Tahdhir) 07.10 - 07.30 Sarapan 07.30 - 08.10 Perhimpunan Hifz al Quran Hifz al Quran Hifz al Quran Hifz al Quran 08.10 - 08.50 Hifz al Quran Hifz al Quran Hifz al Quran Hifz al Quran Hifz al Quran 08.50 - 09.30 Hifz al Quran Hifz al Quran Hifz al Quran Hifz al Quran Hifz al Quran 09.30 - 10.10 Hifz al Quran Hifz al Quran Hifz al Quran B. Melayu PJK 10.10 - 10.30 Rehat 10.30 - 11.10 B. Inggeris Matematik Sains Pend. Islam Matematik 11.10 - 11.50 B. Inggeris Matematik Sains Pend. Islam Matematik

11.50 - 12.30 Maharat al Quran

Maharat al Quran

Sains B. Arab Pend. Seni

12.30 - 13.40 Qailulah, Solat Zohor dan makan tengahari Solat Jumaat dan makan tengahari

13.40 - 14.20 B. Arab B. Melayu Pend. Islam B. Melayu 14.20 - 15.00 B. Arab B. Melayu Pend. Islam B. Arab

15.00 – 15.40 Sejarah Geografi B. Inggeris B. Melayu Kemahiran Hidup

15.40 - 16.20 Sejarah Geografi B. Inggeris B. Melayu Kemahiran Hidup

16.20 - 17.00 Solat Asar dan minum petang 17.00 – 18.30 Riadhah 18.30 – 19.00 Makan malam 19.00 – 21.00 Solat Maghrib, Hafazan Baru dan Murajaah 21.00 – 23.00 Kelas Persediaan dan Ulangkaji Pelajaran 23.00 Tidur

• Mata pelajaran Hifz al-Quran mestilah diletakkan secara tetap seperti dalam

contoh jadual. • Mata pelajaran Maharat al-Quran mesti diletakkan sebelum sesi Qailulah dan

Solat Zohor.