MAKLUMAT ASAS TEMPATAN

Embed Size (px)

Citation preview

MAKLUMAT ASAS TEMPATAN Nama Produk : Bun kacang hitam Ketegori : Makanan

Nama pengusaha/syarikat/status hak milik : AMAL FOODS PRODUCT Lokasi : Tudan Baru, Peti Surat 2010,89008 Keningau, Sabah.

LATAR BELAKANG SEJARAH KEWUJUDAN Amal Foods Product merupakan jenama roti yang terdapat dalam pasaran khususnya di negeri Sabah. Kilang roti Amal Foods Product terletak di Tudan Baru, Peti Surat 2010, 89008 Keningau, Sabah. Pemilik bagi kilang tersebut ialah Puan Huzaimah binti Salleh. Perniagaan ini telah beroperasi pada tahun 1984 dan Puan Huzaimah merupakan generasi pertama yang mewarisi perniagaan ini. Pada tahun 1984, Bun kacang hitam merupakan sejenis roti yang amat diminati oleh penduduk Keningau dan mendapat banyak sokongan dan permintaan daripada penduduk di daerah Keningau. Amal Foods Product merupakan kilang yang pertama dibina di Tudan Baru dan merupakan kilang yang ramai dikunjungi penduduk. Pada tahun 1989, Amal Foods Product telah mendapat kepujuan dari pihak masyarakat keningau dan juga merupakan sumber roti terbaik di daerah Keningau.

PUNCA DAN JUMLAH MODAL (PERSENDIRIAN/PERKONGSIAN/PINJAMAN) Pada peringkat permulaan, Puan Huzaimah telah mengeluarkan modal sendiri yang berjumlah RM20 ribu. Tambahan pula, beliau meminta pinjaman dari Bank Rakyat sebanyak RM30 ribu untuk mengusahakan kilang roti tersebut. Modal itu digunakan untuk membeli peralatan-peralatan kilang dan juga bahan-bahan untuk membuat Bun kacang hitam.

TUJUAN/KEPENTINGAN PRODUK Tujuan produk ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan ekonomi negara dalam industri pernigaan dan menjadi tunjang utama perniagaan. Kepentingan produk ini adalah untuk memenuhi permintaan penduduk tempatan dan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat.

KEISTIMEWAAN/KELEBIHAN/KEUNIKAN Setiap produk mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Menurut Puan Huzaimah, Bun kacang hitam yang beliau hasilkan adalah terasa kering di luar dan lembut didalam. Kacang hitam yang dihasilkan juga terasa manis dan enak dimakan. Kelebihan bagi produk ini adalah ia merupakan keluaran hasil tempatan dan bermutu tinggi. Harga bagi sebungkus Bun kacang hitam ini juga berpatutan.

TENAGA KERJA Puan Huzaimah telah mengambil seramai 10 orang pekerja dan setiap pekerja mempunyai tugas-tugas khas yang tersendiri. Pekerja kilang Amal Foods Product terdiri daripada 5 orang pekerja perempuan dan 5 orang pekerja lelaki.

SENARAI BAHAN Senarai bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Bun kacang hitam adalah seperti berikut : Tepung High Protein Minyak sayuran Gula Yis kering Majerin garam Air Inti jem kacang hitam

SENARAI PERALATAN Antara senarai peralatan yang digunakan untuk menghasilkan Bun kacang hitam adalah seperti berikut : Mesin menguli tepung Mesin kacang hitam Ketuhar Dulang

PROSES /PERINGKAT PENGHASILAN Proses-proses untuk menghasilkan Bun kacang hitam adalah seperti berikut:1. Campurkan yis dan air dan ketepikan 2. Masukkan tepung, gula, garam, majerin dan lemak sayuran dalam satu bekas dan kacau 3. Masukkan yis serta air,uli sampai menjadi doh 4. Tutup doh dan biarkan ianya naik dalam 10-15 minit 5. Panaskan ketuhar 180C. 6. Apabila doh sudah naik 2 kali ganda,uli lagi untuk membuang angin di dalam doh. 7. Kemudian canai mengikut kesukaan masing-masing dan masukkan inti kacang hitam. 8. Setelah siap,susun di dulang pembakar dan bakar selama 20 minit dalam suhu 180C. 9. Siap dibakar,sapukan di atas bun dengan majerin. 10. Sedia untuk dihidang.

SPESIFIKASI PRODUK Bahan-bahan untuk menghasikan bun ini dispesifikasikan seperti berikut : Tepung high protein 500 gram Minyak sayuran 4 sudu Gula (mengikut cita rasa individu) Yis kering 11 gram Majerin 4 sudu Secubit garam Air untuk menguli bahan Inti jem kacang hitam

PERKEMBANGAN PRODUK KEMAJUAN YANG DICAPAI Setelah beberapa tahun mengusahakan perniagaan kilang roti, Puan Huzaimah telah berjaya memajukan kilangnya dengan menaik tarafkan kapasiti pengeluaran produk kilang mereka. Bilangan kakitangan, kemajuan teknologi dan seterusnya keuntungan yang diperoleh. Anggaran bagi bun yang dihasilkan bagi sehari adalah kira-kira 300-500 biji bun.

CABARAN DAN MASALAH YANG DIHADAPI Menurut Puan Huzaimah, cabaran yang dihadapinya selama beliau berkecimpung dalam industri perniagaan ini adalah risiko bagi menghasilkan dan mengekspot bun ini amat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan konsentrasi dalam menghasilkan bun. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa daya saingan dalam perniagaannya amat tinggi dan memerlukan strategi perniagaan yang cekap dan bijak dalam menguruskan perniagaan.

POTENSI PRODUK Setelah temu bual dijalankan, Puan Huzaimah mengatakan bahawa potensi produk yang dihasilkan oleh kilang mereka berkemungkinan besar boleh menembusi pasaran antarabangsa jika beliau dan kakitangannya bekerja dengan lebih gigih dan kuat. InsyaAllah katanya, dalam beberapa tahun lagi perniagaannya lebih maju.

PERANCANGAN MASA HADAPAN Puan Huzaimah telah menyatakan azamnya menjelang tahun 2015 perniagaannya akan mencapai taraf antarabangsa seterusnya bersaing dipersada dunia. Berbalik kepada minat asalnya kepada roti, beliau juga berazam untuk menghasilkan pelbagai jenis roti dan bun yang akan memberi kepuasan kepada pelanggan dan masyarakat di luar sana. Beliau juga mengatakan bahawa ia akan membesarkan lagi kilangnya dan akan menambah kakitangannya sebanyak yang mungkin.

MENGUMPUL FAKTA SEJARAH Kami menjalankan kajian ini dengan bantuan dua orang sumber. Berikut adalah maklumat yang dinyatakan oleh orang sumber. ORANG SUMBER PERTAMA Nama : Nur Painah binti Jamin Umur : 21 tahun Alamat : Kampung Luagan, Keningau

TRANSKRIPSI PERBUALAN Pelajar : Assalamualaikum kak. Boleh kami tumpang tanya?

Nur Painah : Waalaikumsalam adik. Ya sudah tentu boleh. Pelajar : Apakah tujuan dan kepentingan produk ini dilaksanakan?

Nur Painah : Tujuan produk ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan ekonomi negara dalam industri pernigaan dan menjadi tunjang utama perniagaan. Kepentingan produk ini adalah untuk memenuhi permintaan penduduk tempatan dan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat. Pelajar : Terima kasih kak.

Nur Painah : Sama-sama adik.

ORANG SUMBER KEDUA Nama Umur : Razlan Razaali bin Hamdan : 22 tahun

Alamat : Kampung Tudan Baru, Keningau

TRANSKRIPSI PERBUALAN Pelajar : Abang, boleh kami tumpang tanya? Razlan : Boleh, sudah tentu. Pelajar : Apakah keistimewaan produk ini? Razlan : Setiap produk mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Menurut Puan Huzaimah, Bun kacang hitam yang beliau hasilkan adalah terasa kering di luar dan lembut didalam. Kacang hitam yang dihasilkan juga terasa manis dan enak dimakan. Kelebihan bagi produk ini adalah ia merupakan keluaran hasil tempatan dan bermutu tinggi. Harga bagi sebungkus Bun kacang hitam ini juga berpatutan. Pelajar : Oh begitu. Terima kasih. Razlan : Sama-sama.

MELAWAT TEMPAT KAJIAN Kami telah melawat tempat kajian yang kami jalankan yang terletak di kawasan tersebut : Nama tempat : Tudan Baru, Keningau, Sabah Alamat : : Tudan Baru, Peti Surat 2010, 89008 Keningau, Sabah

SUMBER INTERNET Kami telah menggunakan sumber internet sebagai rujukan kami. -http://www.myresipi.com/top/detail/16520

LAMPIRAN

MESIN PENGULI TEPUNG

MESIN KETUHAR

BUN DALAM PEMPROSESAN

LOGO PRODUK.

PELAJAR BERSAMA ORANG SUMBER

BUN YANG TELAH SIAP DIPROSES

MESIN INTI KACANG HITAM

ELEMEN 2Tajuk : Pembuatan Bun Kacang Hitam

SENARAI KANDUNGANBil.1. 2. 3. 4. 5. Tajuk Kajian Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Maklum at Asas Produk Tempatan Latar Belakang Kaedah/Cara Penghasilan Perkembangan Produk Rumusan Lampiran Rujukan

Tajuk

Muka Surat

6. 7. 8.

PENGHARGAAN

Saya Siti Zulaika binti Osli @ Rosli ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua Sekolah Menengah Sains Sabah, Tuan Hj. Zaini bin Zair kerana telah memberi kebenaran kepada para pelajar tingkatan 3 di sekolah kami untuk menjalankan Kerja Kursus Sejarah bagi sesi 2012. Tidak lupa juga kepada Puan Somphon Sararaks, guru mata pelajaran Sejarah bagi kelas 3 Delta kerana telah memberi banyak bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya untuk menyempurnakan Kerja Kursus Sejarah ini. Jutaan terima kasih juga kepada kedua ibubapa saya, Puan Juita Ribus dan Encik Osli @ Rosli atas segala bantuan tidak kira dari segi tunjuk ajar, kewangan mahupun dorongan dan sokongan moral kepada saya sepanjang saya menjalankan kajian ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan saya, Nur Hardiah binti Hadinin kerana turut serta bekerjasama dan memberi pendapat kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dan juga para responden atas segala perkongsian maklumat yang sangat berguna kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan penghasilan kerja kursus Sejarah PMR 2012 ini ialah untuk mencari, menganalisis, merekod, mencatat dan mengumpul maklumat atau fakta mengenai salah satu produk makanan tempatan di negara kita iaitu kek lapis Sarawak berpotensi sebagai produk yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan kepada penduduk tempatan. Selain itu, saya juga dapat mengetahui dan belajar dengan lebih mendalam proses-proses penghasilan produk makanan ini. Disamping dapat mengkaji lebih mendalam mengenai potensi produk makanan ini sebagai tarikan kepada para pelancong asing, produk makanan tempatan ini juga saya dapati untuk memastikan generasi yang akan datang tidak lupa akan asal-usul makanan tempatan ini. Yang penting, kita dapat menyemai dalam hati gererasi baru perasaan cinta serta mengiktiraf produk Malaysia yang juga setanding dengan produk di negara lain seperti negara Barat.

KAEDAH KAJIAN

Semasa menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menyiapkan kajian ini. Kaedah yang saya gunakan adalah seperti berikut:-

1. Temu ramah Saya telah menggunakan kaedah temu ramah bersama pemilik kilang dan pekerja kilang roti untuk mendapatkan maklumat tentang jenis perniagaan yang mereka jalankan dan penghasilan bun yang diusahakan. 2. Lawatan dan pemerhatian Saya telah menggunakan kaedah melawat tempat kajian dan membuat pemerhatian secara menyeluruh di Kilang Amal Foods Product, Kampung Tudan Baru Keningau, Sabah. Pemerhatian saya tertumpu kepada konsep dan cara penghasilan bun yang dihasilkan di Kilang Amal Foods Product, Kampung Tudan Baru Keningau, Sabah. 3. Melayari Internet Saya telah menggunakan kaedah melayari internet untuk mencari maklumat tentang bahan-bahan membuat bun kacang hitam serta cara-cara membuat bun kacang hitam.

HASIL KAJIANMaklumat asas produk tempatanNama produk tempatan yang saya pilih ialah pembuatan bun kacang hitam iaitu dari kilang Amal Foods Product. Pengusaha bagi kilang ini ialah Puan Humaizah binti Salleh. Lokasi bagi kilang bun kacang hitam ini terletak di Kampung Tudan Baru, Peti Surat 2010, 89008 Keningau, Sabah.

Latar BelakangAmal Foods Product merupakan jenama roti yang terdapat dalam pasaran khususnya di negeri Sabah. Kilang roti Amal Foods Product terletak di Tudan Baru, Peti Surat 2010, 89008 Keningau, Sabah. Pemilik bagi kilang tersebut ialah Puan Huzaimah binti Salleh. Perniagaan ini telah beroperasi pada tahun 1984 dan Puan Huzaimah merupakan generasi pertama yang mewarisi perniagaan ini. Pada tahun 1984, Bun kacang hitam merupakan sejenis roti yang amat diminati oleh penduduk Keningau dan mendapat banyak sokongan dan permintaan daripada penduduk di daerah Keningau. Amal Foods Product merupakan kilang yang pertama dibina di Tudan Baru dan merupakan kilang yang ramai dikunjungi penduduk. Pada tahun 1989, Amal Foods Product telah mendapat kepujuan dari pihak masyarakat keningau dan juga merupakan sumber roti terbaik di daerah Keningau.

Kaedah/ Cara PenghasilanCampurkan yis dan air dan ketepikan dan masukkan tepung, gula, garam, majerin dan lemak sayuran dalam satu bekas dan kacau. Masukkan yis serta air,uli sampai menjadi doh. Seterusnya, tutup doh dan biarkan ianya naik dalam 10-15 minit Panaskan ketuhar 180C. Apabila doh sudah naik 2 kali ganda,uli lagi untuk membuang angin di dalam doh. Kemudian canai mengikut kesukaan masing-masing dan masukkan inti kacang hitam. Setelah siap, susun di dulang pembakar dan bakar selama 20 minit dalam suhu 180C. Siap dibakar, sapukan di atas bun dengan majerin dan sedia untuk dihidang. PERKEMBANGAN PRODUK Setelah beberapa tahun mengusahakan perniagaan kilang roti, Puan Huzaimah telah berjaya memajukan kilangnya dengan menaik tarafkan kapasiti pengeluaran produk kilang mereka. Bilangan kakitangan, kemajuan teknologi dan seterusnya keuntungan yang diperoleh. Anggaran bagi bun yang dihasilkan bagi sehari adalah kira-kira 300-500 biji bun.

RUMUSANSetelah bertungkus lumus sekian lamanya, akhirnya kajian ini dapat saya siapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Banyak yang dapat saya pelajari dari kajian yang telah dilaksanakan. Melalui kajian ini, saya amat berbangga menjadi sebahagian penduduk Sabah yang mempunyai pelbagai kaum yang berlainan agama tinggal bersama dan hidup dalam aman damai. Peranan produk makanan tempatan ini sangat penting bagi memastikan generasi akan datang tidak lupa asal-usul mereka. Hal ini juga bersangkut-paut dengan mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejarah bun kacang hitam serta dapat menanam rasa cinta dan bangga dengan identity negeri Bumi Kenyalang ini. Seterusnya saya juga menyedari bahawa mengekalkan potensi bun kacang hitam sebagai produk yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan kepada penduduk tempatan merupakan tanggungjawab bersama semua pihak. Selain itu, produk makanan tempatan ini juga berpotensi sebagai daya tarikan para pelancong asing untuk melancong ke negeri Sabah. Sepatutnya kita bersyukur dan memanfaatkan segala peluang yang disediakan sebaik mungkin dan membentuk generasi yang sentiasa berusaha untuk membangunkan bangsa dan negara.

ELEMEN 3Pelancaran kempen terbaru itu, selepas kali pertama diadakan pada 1998, menandakan komitmen serta kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengutamakan barangan tempatan. Kempen itu dianggap bertepatan dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu dan diramal bertambah gawat dalam tempoh mendatang ini.Usaha kerajaan mengadakan kempen ini bertunjangkan pada beberapa matlamat seperti atas faktor kepentingan perusahaan tempatan , melindungi pengguna dan mengerakkan ekonomi negara ini melalui kuasa beli rakyat. Dengan membeli barangan tempatan, ia bukan saja menyekat aliran wang ke luar negara, tetapi lebih penting menggalakkan pembangunan industri atau perusahaan tempatan.Tuntasnya tindakan ini merupakan suatu bentuk tindakan yang wajar dan selari dengan aspirasi negara Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada barangan elektronik, keperluan rumah dan perhiasan, sehinggalah kepada barangan keperluan harian seperti makanan. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Pendek kata negara ini sudah mampu berdikari dalam usaha memenuhi keperluan dan kehendak masyarakatnyaMungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam nada yang samasemangat cinta akan negara mampu menjadi benteng utuh dalam menggerakkan minda rakyat di negara ini bagi kepentingan bersama . Lantas ia mampu melahirkan suatu rupa bentuk masyarakat yang bersatu padu Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri.Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi.Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan.Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan, ia perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat Malaysia Boleh dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.Dalam nada yang sama kita sebagai rakyat negara ini wajar berganding bahu membangunkan negara di samping menyahut inspirasi dan halatuju kempen ini hingga mencapai matlamat yang diharapkan. Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara.Kita seharunya berasa bangga dan bersyukur menjadi rakyat negara ini.

Yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan.Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini. Tuntasnya rakyat negara ini wajar berada pada pihak peka kepada masalah dan isu yang berkaitan dengan negara.

Nama: Siti Zulaika binti Osli @ Rosli No. Kad Pengelan : 970417-12-6344

Tingkatan : 3 Delta (2012) Mata pelajaran : Sejarah Nama guru : Puan Somphon Sararaks