Upload
others
View
12
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
MANUAL MPK BIL : 88 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL :
GARISPANDUAN PERMOHONAN
MENUKAR NOMBOR BANGUNAN
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 88 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Menukar Nombor Bangunan Majlis Perbandaran Klang 2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN
MUKA
SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA
i
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
ii
1.0
TUJUAN MANUAL
5
2.0
LATAR BELAKANG
5
3.0
CARTA BAHAGIAN
6
4.0
SUMBER KUASA
7
5.0
SKOP KERJA
7
6.0
PROSES KERJA
8
7.0
GARISPANDUAN UNTUK PERMOHONAN MENUKAR
NOMBOR BANGUNAN
9
8.0
PENUTUP
10
9.0
LAMPIRAN
11
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 88 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Menukar Nombor Bangunan Majlis Perbandaran Klang 3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya
Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi
tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk
berusaha membuat penambahbaikan agar
penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,
berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya
pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Adalah diharapkan dengan penghasilan Manual ini dapatlah dijadikan
sebagai bahan rujukan dan panduan kepada warga MPK serta warga
Klang. Dengan penghasilan Manual ini juga, dapat menjelaskan
bahawa pentingnya peranan kita sebagai PBT, mahupun individu itu
sendiri dalam mewujudkan satu pembangunan yang dapat memberi
impak yang positif di Bandar Klang.
Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto
yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita berpadu
untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam semua bidang
dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya status bandaraya
kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dan
mampu menggalas tanggungjawab yang berupaya memberi hasil kerja
dan penyampaian perkhidmatan yang sangat memuaskan hati semua
pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat umumnya.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih
Mohd Ikhsan Bin Mukri
Setiausaha Majlis Perbandaran Klang.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 88 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Menukar Nombor Bangunan Majlis Perbandaran Klang 4
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera.
Syukur Alhamdulillah S.W.T kerana dengan izinnya
Manual Garispanduan Permohonan Menukar Nombor
Bangunan ini telah dapat diterbitkan. Ucapan syabas
juga kepada semua yang terlibat dalam menyumbang
idea-idea dalam menghasilkan Manual Garispanduan Permohonan
Menukar Nombor Bangunan bagi Edisi Pertama ini. Buku "Manual
Garispanduan Permohonan Menukar Nombor Bangunan" merupakan
garispanduan edisi pertama yang diterbitkan bagi memantapkan lagi
pelaksanaan pembangunan di kawasan Majlis Perbandaran Klang.
Tujuan garispanduan ini diterbitkan adalah untuk memberi panduan
kepada warga Majlis Perbandaran Klang dan warga Klang. Manual
Garispanduan ini adalah tertakluk kepada peraturan dan undang-
undang serta pekeliling-pekeliling perbendaharaan yang digunakan
sebagai rujukan.
Di kesempatan ini juga, sekali lagi ucapan tahniah saya kepada semua
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
penghasilan Manual Garispanduan Permohonan Menukar Nombor
Bangunan edisi pertama. Adalah diharapkan agar apa yang dirancang
akan menepati matlamat penghasilan buku ini.
Wassalam.
En. Zailani Bin Panot
Timbalan Pengarah Perancang Bandar dan Desa,
Jabatan Perancang Bandar dan Desa,
Majlis Perbandaran Klang.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 88 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Menukar Nombor Bangunan Majlis Perbandaran Klang 5
1.0 TUJUAN MANUAL 1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan
Tambahbaik Holistik [PATH] MPK 2013.
1.2 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga
Klang.
1.3 Menyelaraskan tatacara permohonan menukar nombor
bangunan di kawasan Majlis Perbandaran Klang.
1.4 Menentukan kriteria nombor bangunan yang sesuai dan
dibenarkan untuk kediaman, perniagaan dan perindustrian.
1.5 Menyelaraskan keperluan – keperluan teknikal yang perlu
dipatuhi bagi menukar nombor bangunan.
2.0 LATAR BELAKANG
Garis panduan ini disediakan bagi membantu pihak Majlis
Perbandaran Klang untuk mengawal dan menentukan arah
pembangunan dengan lebih terkawal, sistematik dan terancang.
Permintaan ke atas pertukaran nombor bangunan semakin meningkat
di kawasan Majlis Perbandaran Klang.
Selain itu, untuk memastikan pihak Majlis Perbandaran Klang
mempunyai rujukan yang khusus kepada orang awam dan kakitangan
Majlis Perbandaran Klang sendiri. Garispanduan ini mengandungi
perkara-perkara utama seperti tujuan, sumber kuasa, skop kerja,
proses kerja dan garispanduan untuk permohonan menukar nombor
bangunan.
3.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANG BANDAR MAJLIS PERBANDARAN KLANG
PENGARAH PERANCANG
BANDAR
TIMBALAN PENGARAH
PERANCANG BANDAR
PEGAWAI PERANCANG BANDAR
DAN DESA (KLANG UTARA)
PEGAWAI PERANCANG BANDAR
DAN DESA (KLANG SELATAN)
PENOLONG PEGAWAI
PERANCANG BANDAR
DAN DESA
PENOLONG PEGAWAI
PERANCANG BANDAR
DAN DESA
PENOLONG PEGAWAI
PERANCANG BANDAR
DAN DESA
PENOLONG PEGAWAI
PERANCANG BANDAR
DAN DESA
JURUTEKNIK
PERANCANG
BANDAR DAN
DESA
JURUTEKNIK
PERANCANG
BANDAR DAN
DESA
JURUTEKNIK
PERANCANG
BANDAR DAN
DESA
JURUTEKNIK
PERANCANG
BANDAR DAN
DESA
JURUTEKNIK
PERANCANG
BANDAR DAN
DESA
JURUTEKNIK
PERANCANG
BANDAR DAN
DESA
PEMBANTU
TADBIR
PEMBANTU
TADBIR
PEMBANTU
TADBIR
PEMBANTU
TADBIR
PEMBANTU
PENGUATKUASA
PEMBANTU AM
PEJABAT
PEMBANTU AM
PEJABAT
4.0 SUMBER KUASA
Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan
manual adalah seperti berikut:
i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
ii. Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)
iii. Akta Parit, Jalan Dan Bangunan 1974 (Akta 133)
iv. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
v. Pekeliling/Arahan daripada Yang Di Pertua/Setiausaha
5.0 SKOP KERJA
5.1 Pengarah Perancang Bandar
Menerima dan menyemak surat jawapan serta menandatangani
pelan bagi permohonan menukar nombor bangunan.
5.2 Pegawai Perancang Bandar
Menerima dan menyemak surat jawapan serta menandatangani
pelan bagi permohonan menukar nombor bangunan. Selain itu,
Pegawai Perancang Bandar akan menyemak kertas kerja
mesyuarat sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa
Teknikal Pembangunan.
5.3 Juruteknik Perancang Bandar
Memproses dan mendraf surat jawapan bagi permohonan
menukar nombor bangunan. Menjalankan lawatan tapak
mengikut arahan pegawai. Selain itu menyediakan kertas kerja
mesyuarat untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Teknikal Pembangunan.
5.4 Pembantu Tadbir
Menaip surat jawapan dan kertas kerja Mesyuarat
Jawatankuasa Teknikal Pembangunan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 88 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Menukar Nombor Bangunan Majlis Perbandaran Klang 8
6.0 PROSES KERJA Carta alir tatacara Permohonan Menukar Nombor Bangunan di kawasan
Majlis Perbandaran Klang seperti berikut:-
6.1 Penerimaan Permohonan
TIDAK
LENGKAP
DAFTAR PERMOHONAN DALAM
BUKU DAFTAR PERMOHONAN
NAMA JALAN, TAMAN DAN NO.
BANGUNAN
PEMOHON MENGEMUKAKAN
PERMOHONAN DI KAUNTER
SEMAK PERMOHONAN
LENGKAP PEMOHON
SEDIAKAN KERTAS KERJA
UNTUK MESYUARAT
JAWATANKUASA TEKNIKAL
PEMBANGUNAN (PERMOHONAN
PENAMAAN NAMA JALAN,
TAMAN DAN NO. BANGUNAN)
MESYUARAT JAWATANKUASA
TEKNIKAL PEMBANGUNAN
PEMOHON
SEDIAKAN SURAT KEPUTUSAN
MESYUARAT
KEPUTUSAN
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 88 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Menukar Nombor Bangunan Majlis Perbandaran Klang 9
Pemohon mengemukakan permohonan di kaunter Jabatan
Perancang. Semak permohonan samada lengkap atau tidak
lengkap. Jika tidak lengkap permohonan dikembalikan dan
nyatakan sebab-sebab permohonan di tolak.
Jika lengkap permohonan di daftarkan dalam buku daftar
penerimaan permohonan penamaan nama taman, nama jalan
dan penomboran bangunan.
6.2 Penyediaan Kertas Kerja
Menyediakan kertas kerja Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal
Pembangunan dan dikemukakan kepada Pengarah Perancang
Bandar untuk semakan. Permohonan dibentangkan dalam
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pembangunan.
6.3 Keputusan Mesyuarat
Keputusan mesyuarat dimaklumkan kepada pemohon.
7.0 GARISPANDUAN UNTUK PERMOHONAN MENUKAR NOMBOR
BANGUNAN.
7.1 SYARAT PERMOHONAN
7.1.1 Pemohon adalah pemilik premis yang sah.
7.1.2 Pemilik perlu mengemukakan permohonan secara rasmi.
7.1.3 Melengkapkan borang senarai semak.
7.1.4 Mengemukakan surat tiada halangan dari jiran
bersebelahan sekiranya nombor rumah yang sama dan
hanya perlu ditambah dengan huruf-huruf berkaitan.
7.1.5 Membuat bayaran proses permohonan.
7.2 LAIN-LAIN DOKUMEN SOKONGAN
7.2.1 Salinan Surat Hakmilik Tanah.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 88 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Menukar Nombor Bangunan Majlis Perbandaran Klang 10
7.2.2 Salinan Surat Perjanjian Jual Beli.
7.2.3 Salinan Resit Cukai Taksiran Terkini.
7.2.4 Salinan Sijil Kelayakan Menduduki.
7.2.5 Surat Tiada Halangan Daripada Jiran Sebelah.
8.0 PENUTUP
Manual garispanduan ini digubal bagi membantu pihak PBT dalam
merancang, mengawal dan memantau penomboran premis atau
bangunan agar tidak bercanggah dengan dasar dan prinsip
perancangan.
Penyediaan Manual Garispanduan ini akan dapat memudahkan proses
permohonan kepada pemilik premis. Adalah menjadi hasrat Jabatan
Perancang Bandar dan Desa agar Manual Garispanduan yang digubal
ini dapat memandu pihak-pihak terlibat termasuk pengusaha dan Pihak
Berkuasa Tempatan.
9.0 LAMPIRAN
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 88 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Menukar Nombor Bangunan Majlis Perbandaran Klang 11
A. BUTIRAN PEMOHON
Pemilik Premis : ______________________________________
Kegunaan Premis : Kediaman Perniagaan
Perindustrian Lain-lain. Nyatakan :______
No. Premis : No. Asal No. Cadangan :
Nama / No. Jalan : ____________________________________________
Taman : ____________________________________________
No. Telefon : ____________________________________________
Alamat Pemohon : _____________________________________________
______________________________________________
_____________________________________________
B. JUMLAH BAYARAN FEE
i. Perumahan (RM50.00)
ii. Perniagaan (RM200.00)
iii. Perindustrian (RM300.00)
Jabatan Perancang Bandar
Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 88 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Garispanduan Menukar Nombor Bangunan Majlis Perbandaran Klang 12
C. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Pemohon Pegawai Bertugas
1. Surat Permohonan
2. Satu (1) Salinan Suratan Hakmilik Tanah
3. Satu (1) Salinan Surat Perjanjian Jual Beli
4. Satu (1) Salinan Resit Cukai Taksiran Terkini
5. Satu (1) Salinan Sijil Kelayakan Menduduki
6. Satu (1) Salinan Resit Fee bayaran
7. Surat Tiada Halangan Daripada Jiran Sebelah
D. SEMAKAN DOKUMEN DAN PELAN BERKAITAN
Lengkap, teratur dan dirujuk untuk diproses.
Tidak Lengkap/tidak teratur. (Sila nyatakan ketakuran)
___________________________________________________
___________________________________________________
Pegawai Bertugas : _____________________________________
Tandatangan : _____________________________________
Tarikh : _____________________________________
Cop Penerimaan : _____________________________________
SENARAI SEMAK PERMOHONAN MENUKAR NOMBOR BANGUNAN