3
Pada abad ke 21, perkembangan mendadak teknologi maklumat telah menjadi pemangkin utama proses mengglobalisasikan dunia. Globalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali. Globalisasi merupakan satu proses yang membolehkan sesuatu aktiviti seperti ekonomi dan kebudayaan dan lain- lain disebarkan ke peringkat antarabangsa terutamanya melalui kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dan sebagainya (Kamus Dewan). Ia terjadi apabila berlakunya perpindahan manusia, barang fizikalatau idea-idea antara negara (Orozco & Hilliard 2004). Maka, globalisasi boleh ditakrifkan sebagai satu transisi untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan atau kedudukan geografi sesebuah negara. Menurut O’Rourke dan Williamson (2000), kehadiran globalisasi kepada dunia memberi impak yang positif dalam bidang pendidikan. Hal ini dapat dilihat ketika itu masyarakat Scadinavian yang kurang berpengetahuan pada sekitar tahun 1870 hingga 1913 terpaksa menerima perkembangan pendidikan yang dibawa oleh Amerika dan Britain. Kedua-dua negara ini adalah negara yang terkehadapan dalam bidang pendidikan di mana mempunyai kepakaran, pengalaman dan kemahiran yang tinggi. Melalui peralihan pendidikan secara global ini, masyarakat Scadinavian terpaksa hadapan. Akhirnya, masyarakat Scadanivian maju melalui kesan dari globalisasi tersebut. Negara Malaysia merupakan sebahagian daripada komuniti kehidupan global. Realitinya, Malaysia juga menerima tempias hasil dari ledakan globalisasi. Selain dari kesan yang positif seperti kebanjiran maklumat dan dunia tanpa sempadan, kesan yang buruk juga menimpa masyarakat di Malaysia seperti akses yang mudah kepada dunia hiburan dan bahan porno menjadikan gejala negatif yang dominan di luar batasan moral masyarakat setempat sukar dipintas dan ditapis (Habib & Megat 2001). Hal ini memberi cabaran yang besar kepada dunia Pendidikan Islam dalam mendidik masyarakat terutama para remaja yang mudah terpengaruh dengan budaya kuning.

Latar belakang globalisasi pendidikan

Embed Size (px)

Citation preview

Pada abad ke 21, perkembangan mendadak teknologi maklumat telah menjadi

pemangkin utama proses mengglobalisasikan dunia. Globalisasi merujuk kepada satu

cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain.

Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia,

namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali.

Globalisasi merupakan satu proses yang membolehkan sesuatu aktiviti seperti

ekonomi dan kebudayaan dan lain- lain disebarkan ke peringkat antarabangsa

terutamanya melalui kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dan sebagainya

(Kamus Dewan). Ia terjadi apabila berlakunya perpindahan manusia, barang fizikalatau

idea-idea antara negara (Orozco & Hilliard 2004). Maka, globalisasi boleh ditakrifkan

sebagai satu transisi untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa

dibatasi oleh sempadan atau kedudukan geografi sesebuah negara.

Menurut O’Rourke dan Williamson (2000), kehadiran globalisasi kepada dunia

memberi impak yang positif dalam bidang pendidikan. Hal ini dapat dilihat ketika itu

masyarakat Scadinavian yang kurang berpengetahuan pada sekitar tahun 1870 hingga

1913 terpaksa menerima perkembangan pendidikan yang dibawa oleh Amerika dan

Britain. Kedua-dua negara ini adalah negara yang terkehadapan dalam bidang

pendidikan di mana mempunyai kepakaran, pengalaman dan kemahiran yang tinggi.

Melalui peralihan pendidikan secara global ini, masyarakat Scadinavian terpaksa

hadapan. Akhirnya, masyarakat Scadanivian maju melalui kesan dari globalisasi

tersebut.

Negara Malaysia merupakan sebahagian daripada komuniti kehidupan global.

Realitinya, Malaysia juga menerima tempias hasil dari ledakan globalisasi. Selain dari

kesan yang positif seperti kebanjiran maklumat dan dunia tanpa sempadan, kesan yang

buruk juga menimpa masyarakat di Malaysia seperti akses yang mudah kepada dunia

hiburan dan bahan porno menjadikan gejala negatif yang dominan di luar batasan moral

masyarakat setempat sukar dipintas dan ditapis (Habib & Megat 2001). Hal ini memberi

cabaran yang besar kepada dunia Pendidikan Islam dalam mendidik masyarakat

terutama para remaja yang mudah terpengaruh dengan budaya kuning.

Fenomena ini berlaku mencetuskan perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar

yang baru mengenali dunia. Perkembangan ini telah mendorong para perancang

kurikulum di kebanyakan negara terpaksa menyemak semula keberkesanan kurikulum

sekolah untuk menghadapi pelbagai perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut

(Habib & Megat 2001). Cabaran untuk membangunkan keseluruhan aspek

kemanusiaan yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti

yang terkandung di dalam FPK akan lebih mencabar di era globalisasi berbanding era

sebelumnya.

Orozco, M. S & Hilliard, D. B. 2004. Globalization: Culture and education in the new

millenium.Berkeley: University of California Press.

Mohd Aliff Mohd Nawi et.al 2011. Impak Globalisasi terhadap Pendidikan Islam Masa

Kini. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (Nun) Iv, Fakulti Pendidikan, Universiti

Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor

Habib, M. S. & Megat, A. K. 2001. Globalisasi dan cabaran pendidikan di Malaysia. Masalah Pendidikan, 31(1): 91-101.