3
1.0 PENGENALAN Olahraga ialah satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan. Setiap acara adalah berlainan, di mana ianya berasaskan kepada pergerakan-pergerakan semulajadi.Contohnya berlari, melompat dan membaling.Lari berganti-ganti merupakan salah satu acara olahraga yang disukai ramai oleh penonton dalam acara olahraga. Objektif acara lari berganti-ganti adalah acara membawa baton dari tempat permulaan sehingga tempat penamat menerusi 4 orang atlet dengan pentas. Terdapat beberapa jenis acara dalam kebanyakan perjumpaan olahraga pelbagai peringkat : 4 x 100 4 x 200 4 x 400 4 x 1600 (acara khas) Ini adalah acara yang paling diminati & paling mendapat sambutan di kalangan pelari dan penonton. Faktor utama penentu kejayaan bagi sekumpulan pelari relay ialah persefahaman di antara pelari dalam pasukan.

Lari Beganti Ganti

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kemahiran olahraga

Citation preview

Page 1: Lari Beganti Ganti

1.0 PENGENALAN

Olahraga ialah satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan. Setiap acara adalah berlainan, di

mana ianya berasaskan kepada pergerakan-pergerakan semulajadi.Contohnya berlari, melompat

dan membaling.Lari berganti-ganti merupakan salah satu acara olahraga yang disukai ramai oleh

penonton dalam acara olahraga.

Objektif acara lari berganti-ganti adalah acara membawa baton dari tempat permulaan

sehingga tempat penamat menerusi 4 orang atlet dengan pentas. Terdapat beberapa jenis acara

dalam kebanyakan perjumpaan olahraga pelbagai peringkat :

4 x 100

4 x 200

4 x 400

4 x 1600 (acara khas)

Ini adalah acara yang paling diminati & paling mendapat sambutan di kalangan pelari dan

penonton. Faktor utama penentu kejayaan bagi sekumpulan pelari relay ialah persefahaman di

antara pelari dalam pasukan.

Page 2: Lari Beganti Ganti

2.0 SEJARAH AWAL

Lari berganti-ganti merupakan satu acara berpasukan dalam sukan olahraga. Acara ini

tergolong kepada peserta lelaki dan peserta wanita. Dalam sesuatu perjumpaan olahraga,

biasanya acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter dan acara lari 100 meter memang menjadi

tumpuan ramai sama ada pada pihak peserta ataupun penonton.

Menurut sejarah, dua orang peminat olahraga dari Universiti Pennsylvaria, iaitu Frank

Ellis dan Lausaat Geyelin telah mengadakan lari berganti-ganti pada akhir abad ke-19 di

Amerika Syarikat dan inilah kali pertama lari berganti-ganti diadakan.

Mereka memulakan larian ini untuk jarak metrik, dengan satu pasukan terdiri daripada

empat orang pelari. Seorang pelari akan berlari sejauh (402.34 meter) ( suku batu) dengan

membawa batton untuk diterima oleh rakannya. Pelari pertama, kedua, ketiga dan keempat akan

berlari pada jarak yang sama. Terdapat dua pasukan yang mengambil bahagain dalam

pertandingan yang diadakan pada tahun 1893 itu. Sejak itu lari berganti-ganti terus menjadi

pertandingan yang menarik dan mendapat sambutan ramai.

Dua tahun kemudian wujud pula “Pennsyvania Relay Carnival” yang merupakan acara

tahunan di Bandar Amerika Syarikat. Dari situ acara lari berganti-ganti ini dikembangkan ke

Bandar lain. Di Amerika dan terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dari Amerika

Syarikat acara lari berganti-ganti tersebar pula ke nagara lain.