Laporan Tahunan Bidang Kurikulum Tahun 2010

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/8/2019 Laporan Tahunan Bidang Kurikulum Tahun 2010

    1/6

    Laporan Tahunan Bidang Kurikulum Tahun 2010

    Program Peningkatan Pencapaian AkademikSecara umum, dua program utama yang menjadi asas kepada usaha semua guru di SMK.

    Narinang untuk meningkatkan pencapaian akademiknya ialah yang pertama adalah ProgramHeadcount. Program yang mengenalpasti take-off value setiap pelajar ini dan seterusnya

    menetapkan Expected Targeted Result (ETR) membolehkan guru-guru mengetahui di mana

    mereka bermula untuk mentransformasi pencapaian pelajar kepada satu tahap yang dipersetujuibersama guru dan pelajar berdasarkan kebolehan pelajar. Program kedua ialah program-program

    menganalisis pencapaian pelajar dalam setiap peperiksaan yang dilakukan dengan memberikan

    fokus utama kepada hasil yang diperolehi ekoran strategi-strategi yang telah dilaksanakan guru-guruuntuk membantu pelajar. Dalam program ini panitia mata pelajaran akan bermesyuarat, berbincang

    dan mengadakan sesi sumbang saran untuk menilai pencapaian pelajar dan guru dan seterusnya

    menetapkan langkah seterusnya untuk mempastikan pencapaian ETR.

    Antara strategi standard yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2010 untuk meningkatkanpencapaian akademik dalam peperiksaan awam selaras dengan sasaran yang telah ditetapkan

    melalui program headcount adalah seperti berikut:

    i) Program kelas tambahan yang bertujuan membolehkan guru menghabiskan sukatan pelajaran

    mengikut takwim yang telah dirancang.ii) Program latih tubi bertujuan membiasakan para pelajar dengan format soalan sebenar serta

    melatih pelajar agar dapat memenuhi kehendak soalan.iii) Program motivasi untuk mempersiapkan pelajar dalam aspek mental untuk menghadapi

    cabaran menghadapi peperiksaan.

    iv) Pendedahan mengenai teknik menjawab mengikut mata pelajaran bertujuan memantapkan

    kefahaman dan kecekapan pelajar untuk menjawab mengikut kehendak soalan.v) Membuat kajian tindakan untuk mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai kekuatan dan

    kelemahan serta mencari penyelesaian berkaitan dengan isu-isu yang berkaitan dengan proses

    pengajaran dan pembelajaran.vi) Pemberian insentif seperti hadiah khas jika mencapai 7A dalam Peperiksaan PMR, 9/10A

    dalam Peperiksaan SPM, 4A/5A untuk Peperiksaan STPM serta kupon yang boleh ditunaikandi kantin jika mencapai sasaran dalam program headcount sekolah.

    Selain daripada program yang dinyatakan di atas, banyak lagi program yang telah dirancang

    di peringkat Guru Kanan Bidang /Panitia Mata Pelajaran yang disesuaikan mengikut keperluan

    mata pelajaran tertentu. Sebagai contoh, atas daya usaha panitia mata pelajaran, guru-guru

    berpengalaman dari sekolah lain dibawa masuk ke sekolah untuk membantu guru-guru di sekolahini untuk memantapkan usaha sedia ada untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Usaha ini penting

    terutama sekali bagi mata pelajaran yang baru ditawarkan seperti Pengajian Perniagaan.

    Selain itu, Jawatankuasa Kurikulum Sekolah telah memulakan usaha untuk memberikanperhatian menyeluruh terhadap keperluan pelajar yang pelbagai. Pada tahun ini sekolah telah

    memulakan program khas untuk menangani fenomena near-miss cemerlangdan near-miss lulus

    khusus bagi kelas peperiksaan. Panitia Bahasa Melayu misalnya telah melaksanakan programkhusus untuk pelajar kategori near-miss cemerlang dan kategori near-miss lulus bagi kelas tingkatan

    5. Dalam program berkenaan, pelajar-pelajar dalam kategori sama telah dikumpulkan dan diberikan

    program /aktiviti yang bersesuaian bertujuan untuk membantu pelajar mencapai kecemerlangan.Pelajar dalam kategori near-miss lulus juga diberikan aktiviti /program yang bersesuaian bertujuan

    untuk mengeluarkan mereka dalam zon gagal. Aktiviti-aktiviti yang telah diberikan kepada pelajar

    dalam program ini adalah berorientasikan peperiksaan yang menjurus kepada pendedahan dan

    pemantapan kemahiran tertentu yang bersesuaian dengan kebolehan pelajar. Semua ini akhirnyabertujuan untuk meningkatkan bilangan pelajar yang cemerlang dalam matapelajaran Bahasa

    Melayu dan meminimakan jumlah pelajar yang gagal.

  • 8/8/2019 Laporan Tahunan Bidang Kurikulum Tahun 2010

    2/6

    Sokongan pihak pentadbir sekolah khususnya dari pada pengetua telah banyak membantu

    panitia mata pelajaran mempertingkatkan kelengkapan pengajaran dan pembelajaran. Perolehandalam bentuk courseware misalnya membolehkan guru menggunakan teknologi ICT dalam

    penyampaian mereka. Pihak pentadbir sekolah juga memberikan galakan kepada panitia mata

    pelajaran untuk merancang perolehan yang boleh membantu peningkatan kualiti penyampaian guru-guru dalam kelas.

    Selain itu, guru-guru telah mengambil inisiatif melakukan perkonsian pintar dengan

    membawa masuk soalan-soalan daripada sekolah-sekolah terkemuka seperti soalan-soalanpeperiksaan dari pada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sertasoalan-soalan berpusat dari negeri-negeri lain. Soalan-soalan seperti ini banyak membantu guru dan

    pelajar untuk mendapatkan sumber yang berkualiti dan boleh dipercayai.

    Aktiviti-aktiviti sokongan mata pelajaran juga dilihat penting untuk membolehkan aktivitiluar kelas membantu pemantapan kefahaman pelajar berkaitan topik yang diajar dalam kelas.

    Program-program yang telah dijalankan sepanjang tahun seperti lawatan sambil belajar serta

    aktiviti-aktiviti sempena bulan jabatan diharapkan dapat merangsang minda pelajar untuk melihatrelevanya aktiviti berkenan dengan mata pelajaran yang diajar dalam kelas. Perkara ini penting

    untuk membolehkan pelajar melihat bagaimanakah pengetahuan yang diperolehi dalam kelas

    digunakan dalam situasi sebenar kehidupan.

    Di sebalik usaha-usaha yang telah dijalankan, berdasarkan penilaian dan maklum balas gurumasih banyak ruang yang boleh ditambah baik untuk memperbaiki pencapaian sekolah pada masa

    akan datang. Antaranya ialah keperluan untuk mempertingkatkan lagi kemudahan yang sedia

    khususnya hardware dan software yang membantu penyampaian di dalam kelas. Latihan-latihandalam Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) perlu dimantapkan lagi dengan mengambil kira

    keperluan guru. Guru-guru junior perlu dimantapkan dengan realiti dunia pendidik manakala guru-

    guru senior perlu melengkapkan diri dengan ilmu baru sesuai dengan peredaran zaman. Perkara inipenting agar mereka tetap relevan dengan dinamiknya kandungan kurikulum yang dituntut oleh

    masyarakat dalam dunia tanpa sempadan ini.

    Pencapaian Pelajar Berdasarkan Peratus Lulus

    0

    20

    40

    60

    80

    100

    120

    Semester 1 65 53.1 33.6 37.1 40.2 79.8

    Excel 2 73.1 59.8 39.7 47.7 41.9 81.1

    Sasaran 2010 98.8 76.2 86.2 93.2 83.1 94.3

    BM BI MT Sn SJ PM

    Graf 1: Pencapaian pelajar secara perbandingan dalam 6 mata pelajaran teras Tingkatan 5,

    Semester 1 dengan Excel 2/Percubaan Serta Sasaran Bagi Tahun 2010

  • 8/8/2019 Laporan Tahunan Bidang Kurikulum Tahun 2010

    3/6

    0

    50

    100

    150

    Semester 1 92.3 71.9 10 0 40 60

    Excel 2 73.3 15.6 13.8 100 57.1 60

    Sasaran 2010 84.6 100 100 80 93.3 83.3

    ICT AddSn Pak TwrIs PAI Muzik

    Graf 2:Pencapaian pelajar secara perbandingan dalam mata pelajaran Elektif Tingkatan 5,

    Semester 1 dengan Excel 2/Percubaan Serta Sasaran Bagi Tahun 2010

    Graf 3:Pencapaian pelajar secara perbandingan dalam mata pelajaran Elektif Tingkatan 5,

    Semester 1 dengan Excel 2/Percubaan Serta Sasaran Bagi Tahun 2010

    0

    100

    200

    Semester 1 77.4 16.4 72.7

    Excel 2 22.6 16.4 50.9 8.2

    Sasaran 2010 100 100 100 88.5

    Fiz Kim Bio AddMath

    Graf 4:Pencapaian pelajar secara perbandingan dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 5,

    Semester 1 dengan Excel 2/Percubaan serta sasaran bagi tahun 2010

    Analisa Pencapaian Pelajar Berdasarkan Peratus Penguasaan Pelajar Secara

    Perbandingan Dalam Peperiksaan Semester 1 dan Excel 2

    0

    50

    100

    150

    Semester 1 72.5 92.4 15 32.5 23.5 79.4 63.4

    Excel 2 85 98.9 35 40 14.3 70.6 80.5

    Sasaran 90 96.8 100 65 97.2 80 100

    GF PSV LKJ SPtn PDG EA ERT

  • 8/8/2019 Laporan Tahunan Bidang Kurikulum Tahun 2010

    4/6

    BahasaMelayu

    BahasaInggeris

    Matematik

    Sejarah

    Pen.Moral

    PAI

    PJK

    PSK

    Sains

    AddMath

    Physic

    Chemistry

    Add.Science

    Semester 1 46.4 39.2 36 35.8 55.1 37.4 63.8 63.3 34.2 16 47.7 26.3 53.2Excel 2 49.1 45.1 39.3 35.9 58.6 43.2 Nil Nil 37.4 14.8 33.7 30.8 29

    Biology

    ICT

    PrinsipAkaun

    EkonomiAsas

    SainsSukan

    SainsPertanian

    Geografi

    PSV

    Perdagangan

    TasawwurIslam

    ERT

    LKJ

    Muzik

    Semester 1 46.6 57.5 23.5 45 48.8 34 54 50.5 35.8 35 43.4 27.3 46.5

    Excel 2 43 47.7 30 43.1 49.9 33 54 55.9 34 54 49.4 27.2 49

    Berdasarkan rekod di atas, jika dinilai dari aspek peratus penguasaan didapati bahawa 53.8%atau sebanyak 14 mata pelajaran menunjukkan peningkatan ketara berbanding 34.61% atau 9 mata

    pelajaran merekodkan penurunan. Selain itu satu mata pelajaran iaitu Geografi mengekalkan peratus

    penguasaannya manakala 2 mata pelajaran tidak dapat dibuat perbandingan kerana tidak ada data.Satu cabaran yang belum diatasi sepenuhnya ialah kecenderungan pelajar yang tidak begitu

    melihat program Excel sebagai sama penting dengan ujian yang ditadbir oleh sekolah sepenuhnya.

    Bersadarkan maklumbalas guru-guru didapati bahawa ramai pelajar yang kurang berusaha dalampeperiksaan Excel oleh kerana mengharapkan adanya peperiksaan sekali lagi yang ditadbir

    sepenuhnya oleh guru-guru mereka. Persepsi ini banyak mempengaruhi pencapaian pelajar sertakeberkesanan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh guru-guru. Selain itu terdapat juga rungutan di

    pihak guru mengenai kualiti kertas soalan Excel yang mengandungi banyak kelemahan sepertimengandungi banyak kesilapan serta penggunaan istilah yang jarang-jarang digunakan dalam kertas

    peperiksaan biasa.

    Walau bagaimanapun, berdasarkan analisa peratus penguasaan ini terdapat petanda jelastrend peningkatan yang kita harapkan akan berterusan dalam peperiksaan sebenar. Saya yakin,

    berdasarkan pengalaman yang lalu, dan jika disandarkan dengan usaha-usaha yang kita telah

    jalankan sepanjang tahun ini, pencapaian pelajar akan lebih baik dalam peperiksaan sebenar.

    Cabaran Guru dan Aspek Yang Memerlukan Penambahbaikan Sepanjang

    Tahun 2010Di sebalik usaha semua pihak khususnya Jawatan Kuasa Kurikulum dan guru-guru yang

    bertanggungjawab menterjemahkan perancangan strategik sekolah, masih banyak ruang yang boleh

    ditambah baik pada masa hadapan. Antara yang penting diberikan perhatian ialah mengenaikeperluan latihan. Semua pihak yang terlibat perlu merancang bersama bentuk latihan yang perlu

    untuk semua guru sama ada guru-guru senior mahupun guru-guru junior. Guru-guru junior perlu

    dimantapkan dengan realiti sebenar dunia pendidikan manakala guru-guru senior perlu bersedia

    membimbing guru-guru junior agar dapat bersama-sama melonjakkan pencapaian di sekolah ini.Selain itu guru-guru senior juga perlu meneruskan pendidikan sepanjang hayat supaya tidak

    ketinggalan dengan perubahan kurikulum dan ilmu-ilmu semasa. Pengetahuan yang dipelajari 15

  • 8/8/2019 Laporan Tahunan Bidang Kurikulum Tahun 2010

    5/6

    tahun di maktab atau universiti tentunya tidak dapat dijadikan modal ilmu selama-lamanya. Oleh itu

    guru-guru yang ada di sekolah ini dalam kategori ini perlulah proaktif meningkatkan pengetahuanagar kekal relevan dengan perubahan kurikulum yang telah dilaksanakan serta tuntutan negara.

    Anggota Jawatan Kuasa Kurikulum khususnya Panitia Mata Pelajaran perlu memainkan

    peranan dengan lebih proaktif. Berdasarkan laporan awal panitia pelajaran, selain daripada panitiaBahasa Inggeris, Bahasa Melayu serta sebilangan kecil panitia lain, didapati masih terlalu kurang

    bermesyuarat secara formal. Terdapat panitia mata pelajaran pada tahun 2010 yang hanya

    melaporkan sekali mengadakan perbincangan /mesyuarat formal. Saya percaya, perbincanganprofesional dalam kalangan panitia boleh menjadi penentu kepada kejayaan panitia mata pelajaran.Perbincangan formal membolehkan perancangan dapat dibuat dengan teliti serta dapat dipantau

    pelaksanaannya. Oleh sebab itu, jadual mesyuarat pada tahun 2011 telah dimasukkan dalam takwim

    induk sekolah agar panitia dapat diingatkan untuk melakukan mesyuarat masing-masing.Perbelanjaan Peruntukan PCG semua mata pelajaran pada tahun ini telah dilaksanakan.

    Walau bagaimanapun, pihak pentadbir mendapati masih memerlukan penambahbaikan khususnya

    dalam pelaksanaannya. Sekali lagi panitia mata pelajaran dituntut untuk membuat perancanganlebih jelas supaya peruntukan itu dapat memanfaatkan pelajar khususnya. Ini termasuklah

    merancang perolehan yang benar-benar relevan dengan keperluan pelajar. Prosedur perlu menepati

    peraturan-peraturan kewangan perlu dititik beratkan untuk mengelakkan masalah audit. Dalam hal

    ini semua Guru Kanan Bidang dan Ketua Panitia perlulah menurunkan ilmu yang telah diperolehimelalui bengkel-bengkel sebelunya untuk membantu pembantu tadbir memantapkan pengurusan

    kewangan di sekolah kita.

    Pada tahun ini, timbul juga dilema guru yang terpaksa meninggalkan sekolah keranabertugas di luar sekolah. Perkara ini sememangnya jelas khususnya kepada guru yang aktif dalam

    sukan dan terpaksa menguruskan atlet sekolah dalam kegiatan sukan di luar sekolah. Selain itu

    terdapat juga guru-guru yang telah mendapat kepercayaan sekolah lain untuk membantumeningkatkan pencapaian pelajar mereka. Dari satu segi, situasi ini sememangnya tidak dapat

    dielakkan. Sebagai sebuah institusi pendidikan, sekolah tidak boleh menekankan aspek kurikulum

    sahaja kerana pelajar juga mempunyai potensi lain dalam bidang ko-kurikulum, Sepanjang tahun2010, ramai pelajar sekolah yang turut cemerlang dalam kegiatan ko-kurikulum seperti bidang

    olahraga, sukan dan permainan, koir, tarian dan sebagainya yang sudah tentu mencapai

    kecemerlangan hasil bimbingan dan komitmnen guru. Tidak hairanlah terdapat peningkatan

    bilangan guru yang bertugas di luar sekolah kerana diberikan kepercayaan oleh pihak PejabatPelajaran Daerah Kota Belud untuk membantu menguruskan program JPNS di peringkat daerah.

    Beberapa guru lagi dari sekolah ini seperti mantan Ketua Panitia Bahasa Melayu, Encik Juilis

    Mokujal, Guru Cemerlang Ekonomi Encik Choo Han Chyi, Penyelaras Mata Pelajaran PrinsipAkaun yang juga merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Zamri Ahmad terus

    mendapat kepercayaan pihak Jabatan Pelajaran Sabah (JPNS) dan sekolah-sekolah lain untuk

    mengendalikan ceramah dan bengkel bagi membantu sekolah lain. Situasi ini sesungguhnya tidakdapat dielakkan tetapi langkah tertentu perlu dilakukan agar ketiadaan mereka di sekolah tidak

    menghambat usaha pihak sekolah mempertingkatkan pencapai pelajar di sekolah ini. Sebarang

    aktiviti luar yang melibatkan guru di sekolah ini perlu dirancang sebegitu rupa agar tidak

    menganggu penyampaian pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Peranan Guru Jadual Gantidan Ketua Panitia amat diperlukan untuk mempastikan perlaksanaan kurikulum tidak terganggu.

    Selain itu, mungkin sudah tiba masanya agar kita menguatkuasakan arahan dalaman agar program

    guru memberikan ceramah di luar sekolah hanya dilakukan di luar masa mengajar guru tersebut.Selain itu kira perlu mempertimbangkan situasi menang-menang dengan mencari guru-guru pakar

    dari sekolah lain untuk membantu kita memantapkan perlaksanaan kurikulum di sekolah ini.

    Satu lagi isu yang perlu diambil perhatian ialah pengurusan Jadual Waktu. Sejak dahulu lagi,kita sememangnya berusaha untuk memantapkan pengurusan jadual waktu tetapi semua pihak

    haruslah memahami bahawa pengurusan jadual waktu bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai

    sebuah sekolah Gred A dan mempunyai lebih 100 orang guru, memang agak mustahil kita dapat

  • 8/8/2019 Laporan Tahunan Bidang Kurikulum Tahun 2010

    6/6

    menghasilkan jadual waktu mengajar yang benar-benar zero rungutan. Antara isu yang timbul

    ialah pengagihan jadual waktu yang tidak seimbang dari segi bilangan masa mengajar, rungutanguru yang tidak mendapat mata pelajaran opsyen, pilihan mengajar di sidang petang atau sidang

    pagi, pilihan mengajar mata pelajaran peperiksaan dan bukan peperiksaan, mengelakkan diri

    mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan banyaklagi isu lain. Mulai tahun 2009, Jawatan Kuasa Kurikulum telah mengeluarkan dasar pengagihan

    jadual waktu iaitu antara lainnya ialah memberikan suara dan peranan yang lebih besar kepada

    Ketua Panitia untuk memilih guru yang sesuai dengan mengambil kira opsyen guru serta kesesuaiandan pengalaman guru sebagai asas pemilihan guru mengajar. Pilihan itu turut diteliti oleh GuruKanan Bidang dan dibentangkan dalam Mesyuarat Pentadbir. Walau bagaimanapun pihak pentadbir

    tidaklah dapat menjamin 100 peratus bahawa pilihan itu dapat memuaskan sepenuhnya guru oleh

    kerana kekangan opsyen yang tidak menentu. Terdapat mata pelajaran yang mempunyai bilanganopsyen lebih daripada sepatutnya manakala terdapat pula opsyen yang kurang atau tiada langsung

    dalam sesetengah mata pelajaran.

    Dalam tahun akan datang ini, pihak sekolah akan terus memberikan penekanan kepada guru-guru yang mengajar di kelas-kelas menengah rendah dengan mengambil kira keperluan bagi

    matapelajaran kritikal seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik di samping

    memantapkan guru-guru yang mengajar kelas-kelas peperiksaan melalui program-program

    pemantapan seperti latihan, kursus dan perkongsian pintar dengan sekolah-sekolah berwibawa yanglain. Selain itu, sekolah akan terus berusaha memantapkan jadual pengganti untuk mengatasi

    masalah tiada guru masuk ke kelas pada masa-masa tertentu oleh kerana masalah pelbagai seperti

    masalah kesihatan guru, guru bertugas di luar dan sebagainya.Sepanjang tahun 2010, sekolah telah mendapat sokongan dan bantuan Persatuan Ibubapa

    Guru (PIBG) dalam pelaksanaan program yang memerlukan penglibatan mereka. Salah satu

    program yang menonjol adalah Program Kerja Rumah Semasa Cuti-Permuafakatan (KRSC-P) dimana pihak PIBG telah menaja kertas yang digunakan untuk menjayakan program ini. Walau

    bagaimanapun, jaringan kerjasama ini perlu dipertingkatkan. Umum mempercayai sumbangan dan

    peranan masyarakat khususnya ibubapa dalam meraih kejayaan yang lebih besar terhadappendidikan anak-anak. Oleh sebab itu kerjasama yang lebih luas sememangnya penting untuk

    melonjakkan kejayaan sekolah dalam semua bidang.

    Secara keseluruhannya, Jawatankuasa Kurikulum dan semua guru telah melaksanakan tugas

    sebaik mungkin. Perancangan awal telah dilakukan dan pelaksanaan kurikulum juga dipantau ketatpihak pentadbir khususnya pengetua. Walau bagaimanapun masih terdapat banyak ruang untuk

    penambahbaikan pada tahun akan datang. Sudah tentu kerjasama serta komitmen semua pihak

    adalah aset terpenting untuk menjayakan semua program yang telah dirancang.