LAPORAN TAHUNAN 2016 - mqa.gov.my MQA LAPORAN...آ  1 LAPORAN TAHUNAN 2016. 1 LAPORAN TAHUNAN 2016. 2

  • View
    11

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of LAPORAN TAHUNAN 2016 - mqa.gov.my MQA LAPORAN...آ  1 LAPORAN TAHUNAN 2016. 1 LAPORAN TAHUNAN 2016....

  • 1

    LA PO

    R A

    N T

    A H

    U N

    A N

    2 01

    6

  • 1

    LA PO

    R A

    N T

    A H

    U N

    A N

    2 01

    6

  • 2

    A G

    EN SI

    K EL

    AY A

    K A

    N M

    A LA

    YS IA

    KANDUNGAN

    Fakta Ringkas MQA

    Perutusan Pengerusi

    Laporan Ketua Pegawai Eksekutif

    Profil Korporat

    Tadbir Urus

    04 07 11 20 26

  • 3

    LA PO

    R A

    N T

    A H

    U N

    A N

    2 01

    6

    Carta Organisasi

    Laporan Prestasi • Pembangunan Dokumen Jaminan Kualiti • Penggubalan dan Penyelarasan Dasar • Pelaksanaan Penilaian Akreditasi Program • Daftar Kelayakan Malaysia • Pelaksanaan Audit Institusi • Pengurusan Aduan • Hal Ehwal Awam • Jalinan Antarabangsa • Pembangunan Kapasiti • Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia • Pengurusan Program Kualiti Dalaman dan Integriti • Tanggungjawab Sosial Korporat • Winning the Hearts and Minds (WHM) • Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi • Pengurusan Kewangan (Belum Diaudit) • Pelaksanaan Audit Dalaman • Majlis Bersama Jabatan

    Laporan Audit

    Singkatan

    56

    54

    144 172

  • 4

    A G

    EN SI

    K EL

    AY A

    K A

    N M

    A LA

    YS IA

    1

    2

    3 4 5

    FAKTA RINGKAS MQA Sehingga 31 Disember 2016

    1 November 2007

    Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF)

    11380 Kelayakan dalam Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR) titik rujukan kelayakan kebangsaan

    2 Tahap Akreditasi Program (Akreditasi Sementara dan Akreditasi Penuh)

    9 Bidang Kod Amalan Jaminan Kualiti

    Penubuhan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

    sebagai titik rujukan kelayakan kebangsaan

  • 5

    LA PO

    R A

    N T

    A H

    U N

    A N

    2 01

    6

    9 Pemberi Pendidikan Tinggi berstatus Swaakreditasi

    332 jumlah kakitangan

    2015 MQA berjaya mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2008

    Tanpa Laporan Ketakakuran, Non - Conformance Report (NCR)

    40 Dokumen 6

    7

    8

    9

    Jaminan Kualiti

  • 6

    A G

    EN SI

    K EL

    AY A

    K A

    N M

    A LA

    YS IA

  • 7

    LA PO

    R A

    N T

    A H

    U N

    A N

    2 01

    6

    Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera

    Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) berjaya mengharungi tahun 2016 dengan cemerlang dalam merealisasikan fungsi dan peranannya sebagai badan jaminan kualiti tunggal pendidikan tinggi negara.

    Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun 2016 menyaksikan MQA melalui fasa perubahan yang ketara di bawah kepemimpinan YBhg. Dato’ Prof. Dr. Rujhan Bin Mustafa, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) MQA. Beliau berjaya meneruskan kesinambungan dan kejayaan kepemimpinan dalam melonjakkan MQA mencapai kelestarian kecemerlangan di peringkat serantau dan antarabangsa. Tahun 2016 juga membawa pembaharuan imej untuk MQA dengan

    elemen keterlihatan (visibility) menjadi fokus dalam setiap program dan aktiviti yang dianjurkan agar kewujudan MQA lebih memberi impak yang bermakna kepada pihak berkepentingan, pelanggan dan orang awam.

    MQA terus-menerus mencipta kecemerlangan pada tahun 2016 berdasarkan pencapaiannya daripada semua aspek jaminan kualiti dan pengurusan organisasi. Pada tahun 2016, MQA berjaya menyelesaikan hampir keseluruhan proses semakan semula Kod Amalan Akreditasi Program (Code of Practice for Programme Accreditation, COPPA) dan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) bagi memastikan ia sentiasa relevan dan menepati keperluan pihak berkepentingan.

    PERUTUSAN PENGERUSI

    PROF. EMERITUS TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA DR. ABU HASSAN BIN OTHMAN PENGERUSI MAJLIS AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA)

  • 8

    A G

    EN SI

    K EL

    AY A

    K A

    N M

    A LA

    YS IA

    Antara pencapaian penting yang lain adalah pembangunan Standard Program dan Garis Panduan Amalan Baik baharu bagi memenuhi keperluan dan kehendak MQF serta pelaksanaan kajian semula terhadap standard program yang telah dikuatkuasakan selama lima tahun. Selain itu, prestasi cemerlang dalam penilaian program bagi akreditasi sementara dan akreditasi penuh membuktikan komitmen padu MQA bagi memastikan setiap permohonan daripada pihak Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) dapat diselesaikan dalam tempoh piagam yang ditetapkan.

    Sumbangan MQA dalam menyokong amalan pembelajaran sepanjang hayat di Malaysia sentiasa berterusan melalui Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning, APEL). Hasil daripada aktiviti APEL yang telah dilaksanakan pada tahun terdahulu, MQA telah menerima jumlah permohonan APEL yang sangat memberangsangkan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berhasrat menyambung pengajian melalui laluan APEL.

    Sebagai kesinambungan usaha pelaksanaan APEL, kejayaan MQA membangunkan Garis Panduan Amalan Baik: Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu Bagi Tujuan Penganugerahan Kredit [GGP:APEL(C)] adalah sangat membanggakan. Pencapaian ini dimeriahkan lagi apabila MQA menjadi badan jaminan

    kualiti pertama yang mengiktiraf pembelajaran secara Massive Open Online Courses (MOOC) dengan membangunkan Garis Panduan Pindah Kredit MOOC. Kedua-dua dokumen ini akan menjadi rujukan utama dan penting kepada semua pihak yang berkepentingan dalam usaha menyokong pembelajaran sepanjang hayat dan fleksibel.

    Kepercayaan terhadap kredibiliti MQA terus diperakui di peringkat antarabangsa iaitu pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). MQA juga telah diberi mandat sebagai Sekretariat Tetap AQAN (ASEAN Quality Assurance Network), Pengerusi Task Force AQAF (ASEAN Quality Assurance Framework), Ahli Jawatankuasa Pembangunan AQRF (ASEAN Qualifications Reference Framework) dan pusat rujukan AQRF di Malaysia serta pelantikan sebagai

    Ahli Lembaga Eksekutif dan Penasihat Khas kepada Association of Quality Assurance Agencies of the Islamic World (IQA). Seorang pegawai MQA turut diberikan kepercayaan dalam menerajui satu jaringan jaminan kualiti yang baru dan dilantik sebagai Presiden AYQN (ASEAN Young Quality Assurance Officers Network). Tahun 2016 turut menyerlahkan MQA di persada antarabangsa melalui penganjuran seminar antarabangsa iaitu 2016 MQA & IQA International Seminar on Quality Assurance of Higher Education (2016 MISQAHE) dengan kerjasama IQA.

  • 9

    LA PO

    R A

    N T

    A H

    U N

    A N

    2 01

    6

    MQA meneruskan langkah untuk meningkatkan nilai tambah kepada pelajar agar kelayakan yang dianugerah diiktiraf dan diterima secara global melalui comparability exercise sistem jaminan kualiti dan kerangka kelayakan dengan badan jaminan kualiti luar negara seperti National Institution for Academic Degrees and Quality Enhancement of Higher Education (NIAD-QE) Japan dan South African Qualifications Authority (SAQA) South Africa. Kerjasama dua hala dengan agensi-agensi luar negara terus dijalin melalui pemeteraian Memorandum of Arrangement (MoA) dengan Quality and Qualifications Ireland (QQI), Ireland dan turut memperbaharui MoA dengan lima agensi jaminan kualiti iaitu dari negara Jepun (2 MoA), Namibia, Indonesia dan Hong Kong bagi meningkatkan kebolehpindahan kelayakan dan mobiliti pelajar antara dua negara.

    Pada tahun 2016 pegawai dari luar negara seperti Afghanistan, Thailand dan Jepun telah menjalani internship di MQA. Ini membuktikan bahawa kepakaran MQA diiktiraf dan menjadi rujukan berkaitan jaminan kualiti serta sistem jaminan kualiti pendidikan tinggi di Malaysia diakui kualitinya oleh negara luar.

    Sebagai kesimpulannya, pelbagai pencapaian yang membanggakan telah dilakar oleh MQA sepanjang tahun 2016. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua warga MQA yang komited dalam menyumbang kepakaran dan idea seiring dengan perkembangan pesat dunia pendidikan tinggi bagi menyokong pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) [PPPM(PT)] 2015-2020 ke arah mencapai transformasi dalam sistem pendidikan tinggi nasional. Mudah-mudahan kerjasama antara warga MQA dengan pihak berkepentingan sentiasa

    dipertingkatkan dan dipereratkan demi memacu kecemerlangan MQA dalam menjamin kualiti pendidikan tinggi negara. Akhir kata, saya mendoakan agar MQA terus maju dalam mencapai hala tuju yang disasarkan seterusnya menyumbang ke arah merealisasikan hasrat Malaysia sebagai hub pendidikan yang unggul di mata dunia.

    Sekian, wassalam.

    PROF. EMERITUS TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA DR. ABU HASSAN BIN OTHMAN Pengerusi Majlis Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

  • 10

    A G

    EN SI

    K EL

    AY A

    K A

    N M

    A LA

    YS IA

  • 11

    LA PO

    R A

    N T

    A H

    U N

    A N

    2 01

    6

    LAPORAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

    DATO’ PROF. DR. RUJHAN BIN MUSTAFA KETUA PE