3
LAPORAN CERAMAH KESEDARAN KANSER PAYUDARA 1.0 Pengenalan Biro HELWANI sesi 2014/2015 telah mengadakan ceramah kesedaran kanser payudara pada 17/10/2014 di Dewan Persidangan, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar guru tentang kanser payudara dan menolong mereka. Program ini membantu pelajar guru untuk mengambil langkah yang sepatutnya untuk mengelakkan diri daripada kanser payudara. 2.0 Kekuatan Berdasarkan program ini, terdapat beberapa kekuatan yang dapat diperoleh. Antaranya ialah pelajar dapat memahami mengenai kanser payudara. Pelajar guru juga dapat memahami punca, kesan dan langkah pencegahan kanser payudara. Program pada hari itu secara keseluruhannya dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya. Selain itu, kami juga dapat sokongan penuh daripada pelajar guru. Mereka bersoal tentang kekeliruan yang dihadapinya. Malahan, semua JPP dan rakan JPP sebagai AJK program tersebut telah memberikan kerjasama yang sepenuh agar perjalanan kempen ini berjalan dengan baik.

Laporan Swot Program Jpp Ceramah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

l,l

Citation preview

LAPORAN CERAMAH KESEDARAN KANSER PAYUDARA

1.0 PengenalanBiro HELWANI sesi 2014/2015 telah mengadakan ceramah kesedaran kanser payudara pada 17/10/2014 di Dewan Persidangan, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar guru tentang kanser payudara dan menolong mereka. Program ini membantu pelajar guru untuk mengambil langkah yang sepatutnya untuk mengelakkan diri daripada kanser payudara.

2.0 KekuatanBerdasarkan program ini, terdapat beberapa kekuatan yang dapat diperoleh. Antaranya ialah pelajar dapat memahami mengenai kanser payudara. Pelajar guru juga dapat memahami punca, kesan dan langkah pencegahan kanser payudara. Program pada hari itu secara keseluruhannya dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya. Selain itu, kami juga dapat sokongan penuh daripada pelajar guru. Mereka bersoal tentang kekeliruan yang dihadapinya. Malahan, semua JPP dan rakan JPP sebagai AJK program tersebut telah memberikan kerjasama yang sepenuh agar perjalanan kempen ini berjalan dengan baik.

3.0 KelemahanWalau bagaimanapun, terdapat kelemahan yang dapat dikenal pasti sepanjang tempoh program diadakan. Kami dapati pelajar guru agak sukar untuk mengambil bahagian dalam ceramah sebegini. Hal ini demikian kerana ini membosankan mereka. Kami juga menghadapi masalah dari segi kekangan masa. Selain itu, terdapat beberapa aspek pembahagian kerja tidak berjalan dengan lancar sehingga menyebabkan perjalanan program agak kurang sistematik.4.0 Cadangan penambahbaikanMelalui program ini, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan supaya program-program yang bakal dianjurkan pada masa hadapan dapat dijalankan dengan sempurna. Antaranya ialah menggalakkan lebih banyak penyertaan oleh pelajar guru dengan memberi ganjaran seperti memberi sijil penyertaan. Pembahagian kerja juga harus berlangsung secara sistematik agar tiada kesalahan berlaku pada program berlangsung. Tema juga boleh ditambahbaik agar memudahkan pelajar guru untuk menyertai program yang dianjurkan.

5.0 PenutupProgram ini dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya walaupun terdapat sedikit kelemahan yang perlu ditambahbaikan. Program sebegini harus sering diadakan untuk memberi kesedaran pelajar terhadap kanser payudara yang agak serius. Kesimpulannya, diharapkan agar program ini dapat memberikan banyak manfaat dan juga kesedaran dalam kalangan pelajar guru supaya lebih bersedia dalam mengharungi cabaran di masa hadapan. Selain itu, diharapkan juga supaya lebih banyak aktiviti yang seumpama ini atau lebih menarik dapat dijalankan dan menerima penglibatan secara menyeluruh daripada pelajar guru IPG Kampus Pulau Pinang.Disediakan oleh,..(KOHILAVANI A/P KRISHNASAMY )Setiausaha,Biro HELWANI,Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKPP.