Upload
buique
View
248
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
============================================================================ Laporan Penuh Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 Sistem MPT2U Majlis Perbandaran Taiping 1
Laporan Penuh Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT)
Peringkat Negeri Perak Tahun 2015
TAJUK INOVASI :
SISTEM MPT2U
PENGENALAN :
Majlis Perbandaran Taiping telah membangunkan aplikasi mobil versi android yang
dinamakan MPT2U.
Sistem MPT2U telah dilancarkan pada 30 September 2014 oleh YBhg. Dato‟ Hj Abd
Rahim bin Md Ariff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping.
Sistem ini boleh dimuat turun secara percuma di Google Play atau Play Store.
Setelah dimuat turun, sistem ini boleh terus digunakan dengan mendaftar sebagai
pengguna sistem terlebih dahulu.
Setelah mendaftar, pengguna boleh terus membuat aduan dengan menyertakan
gambar aduan dan koordinat lokasi aduan bagi memudahkan pegawai aduan Majlis
Perbandaran Taiping menerima aduan dan mengetahui lokasi aduan dengan lebih
cepat.
Sistem MPT2U merupakan sistem aduan secara terus melalui telefon pintar atau
tablet pengguna yang ingin membuat aduan berkaitan sesuatu masalah yang
berlaku di lokasi aduan.
============================================================================ Laporan Penuh Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 Sistem MPT2U Majlis Perbandaran Taiping 2
KRITERIA 1 : INOVATIF
MPT melangkah ke hadapan seiring teknologi terkini apabila mewujudkan satu
sistem mobile apps yang boleh digunakan oleh telefon pintar dan tablet untuk
menghantar aduan terus ke MPT. Sistem berasaskan android sahaja pada masa
sekarang boleh di muat turun di Google Play atau Play Store. Search atau Cari
“Aduan MPTaiping” dan muat turun di telefon pintar atau tablet.
Pengguna perlu mendaftar untuk membuat aduan secara terus dari lokasi aduan.
Pengguna juga perlu sertakan gambar dan koordinat GPS sebelum menghantar
aduan.
Majlis Pelancaran Sistem Aplikasi Aduan MPT (Android) Mobile Apps yang Pertama
di Pihak Berkuasa Tempatan Perak ini telah diadakan pada 30 September 2014.
Sistem ini unik kerana menggunakan teknologi „mobile apps’ yang mana aduan akan
dapat dilaporkan kepada Majlis Perbandaran Taiping dengan menggunakan telefon
pintar atau tablet yang digunakan secara meluas oleh semua orang.
Sistem ini menjimatkan masa dan merupakan salah satu saluran komunikasi
terbaharu di antara orang awam dengan MPT.
Pada masa sekarang semua urusan adalah lebih mudah dilaksanakan dengan
pantas menggunakan kaedah „segalanya di hujung jari‟. Begitu juga bagi penduduk-
penduduk sekitar Taiping dapat membuat aduan secara terus di lokasi aduan
berbanding dengan saluran lain yang digunakan sebelum ini seperti melalui telefon,
surat, faks, emel atau kaunter aduan di Bangunan Majlis Perbandaran Taiping.
MPT2U merupakan satu inovasi masa kini dan hadapan yang membantu MPT
meningkatkan dan menambahbaik perkhidmatan yang disediakan kepada orang
awam. Selain itu aduan dapat dilaporkan dengan segera dan maklumat aduan
diterima dengan lebih cepat untuk tindakan penyelesaian aduan.
============================================================================ Laporan Penuh Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 Sistem MPT2U Majlis Perbandaran Taiping 3
KRITERIA 2 : RELEVAN
Seiring dengan ledakan kemajuan ICT, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai
usaha bagi mengarusperdanakan transformasi digital Sektor Awam ke arah
pemerkasaan sistem pemyampaian perkhidmatan yang efisyen, inovatif dan
berkualiti.
“Sektor Awam perlu memahami dengan jelas Pelan Strategik Teknologi Maklumat
yang juga satu komponen dalam Pelan Transformasi Nasional supaya dapat
memperkasakan penyampaian perkhidmatan menerusi penggunaan teknologi
terkini” – Petikan Ucapan YAB Dato‟ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana
Menteri Malaysia di Majlis Pelancaran dan Penyerahan PSTM PBT Negeri Pahang
pada 4 Februari 2012.
Sistem MPT2U yang dibangunkan adalah selaras dengan agenda nasional yang
mana pelaksanaan sistem ini adalah daripada orang awam untuk membuat aduan
kepada Majlis Perbandaran Taiping dengan menggunakan teknologi yang terkini
yang lebih mudah, jimat, cepat dan efektif.
Sistem ini mewujudkan komunikasi dua hala dan memudahkan orang awam yang
menghantar aduan untuk mengetahui status aduan yang telah dilaporkan kepada
MPT.
Pemasangan sistem MPT2U di telefon pintar dan tablet adalah secara percuma dan
tidak dikenakan bayaran. Sistem ini boleh digunakan menggunakan kemudahan
internet yang sedia ada yang terdapat di telefon pintar dan tablet pengguna.
Pada masa sekarang penggunaan telefon pintar dan tablet sebagai alat komunikasi
yang utama adalah sangat tinggi. Orang awam menggunakan gajet ini untuk
mendapat maklumat secara terus dengan lebih cepat melalui media massa seperti
‘facebook’, ‘twitter’ dan aplikasi „whatsapp‟. Kini sudah menjadi ‘trend’ untuk
menggunakan telefon dan tab sebagai medium komunikasi yang paling penting dan
tidak mengikuti teknologi terkini adalah dalam peratusan yang sangat minimum.
Oleh itu, aplikasi yang terdapat di dalam sistem operasi telefon dan tablet juga
memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan penggunaannya dengan
lebih meluas.
Sistem MPT2U merupakan sistem yang relevan sebagai satu inovasi baharu yang
mengikut perkembangan teknologi terkini.
============================================================================ Laporan Penuh Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 Sistem MPT2U Majlis Perbandaran Taiping 4
KRITERIA 3: SIGNIFIKAN
Dalam tempoh pelaksanaan dan penggunaan sistem MPT2U, sistem ini mendapat
maklumbalas yang baik kerana pengguna tidak perlu lagi menggunakan saluran
yang digunakan sebelum ini dan sistem ini lebih mudah untuk digunakan.
Seterusnya orang awam akan menggunakan sistem ini setiap kali mempunyai aduan
untuk dilaporkan.
Bagi aduan yang sering diadukan, bagi pihak Jabatan yang sering menerima aduan
tersebut, Jabatan akan lebih peka dan mengambil langkah pencegahan dan
melaksanakan pemeriksaan secara berkala dan lebih kerap untuk memastikan
aduan yang sama tidak akan berulang.
Aduan merupakan satu cara yang paling utama bagi orang awam menyuarakan
aduan bagi masalah di kawasan penduduk kerana mereka adalah orang yang paling
dekat dengan sesuatu tempat sekiranya terjadi sebarang masalah. Jadi adalah
penting sasuatu aduan disampaikan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk
mengambil tindakan yang sewajar dan sepatutnya supaya masalah aduan tersebut
dapat diselesaikan dengan segera.
Sistem ini memudahkan orang awam membuat aduan jadi impak menggunakan
sistem MPT2U kerana laporan boleh dihantar dengan cepat dan tindakan
penyelesaian oleh Jabatan yang menerima aduan adalah lebh cepat. Pengadu juga
dapat menyemak semula aduan yang dilaporkan melalui aplikasi mobil ini di telefon
bimbit mereka.
Impak kepada organisasi khususnya Majlis Perbandaran Taiping ialah penduduk
orang awam mengetahui bahawa aduan kepada agensi merupakan perkara yang
penting yang membuatkan MPT menyediakan saluran komunikasi yang mengikut
teknologi semasa dan terkini.
Penggunaan sistem ini adalah sesuai kepada semua agensi yang berurusan secara
terus dengan orang awam kerana sistem aduan boleh digunakan sebagai pengukur
prestasi peningkatan penyampaian perkhidmatan agensi kepada orang awam.
============================================================================ Laporan Penuh Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 Sistem MPT2U Majlis Perbandaran Taiping 5
KRITERIA 4 : KEBERKESANAN
Sejak mula diperkenal dan dilancarkan pada 30 September 2014, berikut adalah
data penggunaan sistem MPT2U:
i. Bilangan Pengguna Sistem MPT2U berdaftar
(sehingga 29 Jun 2015) = 157 orang
ii. Bilangan Aduan ‘Open’ = 3
iii. Bilangan Aduan „In Progress’ = 15
iv. Bilangan Aduan ‘ Close’ = 89
Sistem MPT2U telah meningkatkan kepuasan orang awam dengan komen dan
penggunaan sistem ini di dalam rekod pangkalan data sistem. Rekod menunjukkan
pengguna yang sama menghantar aduan membuktikan bahawa sistem ini mesra
pengguna dan mudah digunakan.
Komen dan ulasan sistem MPT2U di Play Store adalah seperti berikut:
============================================================================ Laporan Penuh Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 Sistem MPT2U Majlis Perbandaran Taiping 6
KRITERIA 5 : FUNGSI / CIRI-CIRI
Sistem ini mempunyai pangkalan data yang merekod pengguna dan aduan yang
diterima. Ini dapat memudahkan pentadbir untuk mengesan aduan dan pengguna
yang telah mendaftar dengan sistem ini.
Pada permulaan sistem ini, terdapat menu untuk pendaftaran bagi pengguna baru.
Tujuan kawalan ini adalah untuk menyimpan maklumat pangadu untuk dihubungi
sekiranya diperlukan nanti.
Sistem MPT2U mudah dicapai kerana apabila telah dipasang di dalam telefon pintar
atau tablet, pengguna hanya perlu menekan ikon MPT2U untuk menggunakan
sistem ini bagi membuat aduan.
Proses kerja bagi melaporkan aduan kini telah disingkatkan kepada aplikasi mobil ini
kerana telefon pintar dan tablet merupakan gajet utama yang dimiliki dan dibawa ke
mana sahaja oleh pengguna. Justeru itu, penggunaan aplikasi initelah
mempercepatkan proses penyampaian aduan berbanding kaedah lama seperti
kaunter aduan, hari bertemu pelanggan, surat, emel, faks dan telefon.
Projek ini adalah dibangunkan secara luaran (outsource).
Antaramuka Sistem MPT2U adalah seperti berikut:
============================================================================ Laporan Penuh Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 Sistem MPT2U Majlis Perbandaran Taiping 7
KRITERIA 6: KUALITI/PENGIKTIRAFAN
Bagi pembangunan sistem ini adalah secara luaran (outsource), bermula dengan
perbincangan dan perancangan, kajian keperluan, pembangunan, pengujian dan
pelaksanaan.
Reka bentuk sistem ini adalah mengambil kira kesesuaian dan keperluan pengguna
iaitu orang awam dan pentadbir sistem.
Sistem ini adalah stabil dan boleh dipercayai kerana ianya adalah daripada platform
android yang banyak digunakan untuk membangunkan aplikasi mobil yang terdapat
di dalam telefon pintar.
Sistem MPT2U merupakan sistem aduan aplikasi mobil versi android yang pertama
dibangunkan di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak.
Jawatankuasa Pengurusan yang memantau perjalanan projek yang dibangunkan
oleh syarikat.
============================================================================ Laporan Penuh Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 Sistem MPT2U Majlis Perbandaran Taiping 8
KRITERIA 7 : POTENSI
Projek ini berpotensi untuk berkembang kerana masih ada ruang penambahbaikan
yang boleh diambil untuk menjadikan sistem ini lebih efektif.
Majlis Perbandaran Taiping sentiasa menerima komen-komen yang membina bagi
tujuan penambahbaikan sistem ini pada masa akan datang.
Perancangan masa hadapan, kajian menyeluruh akan dilaksanakan berdasarkan
kepada penandaarasan bagi sistem MPT2U yang mempunyai proses kerja
pengurusan aduan sama ada di dalam dan luar negara bagi mempertingkatkan
pelaksaan, penggunaan dan impak sistem kepada orang awam.
============================================================================ Laporan Penuh Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 Sistem MPT2U Majlis Perbandaran Taiping 9
PENUTUP:
Sistem MPT2U wajar dianugerahkan Pemenang AIICT kerana ianya merupaka
inovasi terkini Teknologi Maklumat dan Komunikasi menggunakan teknologi aplikasi
mobil versi android.
Sistem ini memudahkan pengguna yang menggunakan telefon pintar atau tablet
untuk menghantar aduan secara terus kepada Majlis Perbandaran Taiping.
Selain itu, sistem ini merupakan sistem aplikasi mobil yang pertama di Pihak
Berkuasa Tempatan Negeri Perak.
Sistem ini merupakan salah satu saluran komunikasi antara penduduk Taiping
dengan Majlis Perbandaran Taiping.
Sistem ini mempunyai pangkalan data yang membolehkan pentadbir sistem
menyemak aduan yang diterima mengikut nombor pendaftaran berkomputer.
Dengan adanya sistem ini, aduan boleh dilaporkan dengan lebih cepat dan
maklumat yang diterima adalah lebih cepat untuk tindakan penyelesaian aduan.
============================================================================ Laporan Penuh Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 Sistem MPT2U Majlis Perbandaran Taiping 10
LAMPIRAN:
============================================================================ Laporan Penuh Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 Sistem MPT2U Majlis Perbandaran Taiping 11
============================================================================ Laporan Penuh Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 Sistem MPT2U Majlis Perbandaran Taiping 12
============================================================================ Laporan Penuh Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 Sistem MPT2U Majlis Perbandaran Taiping 13
============================================================================ Laporan Penuh Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 Sistem MPT2U Majlis Perbandaran Taiping 14
============================================================================ Laporan Penuh Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 Sistem MPT2U Majlis Perbandaran Taiping 15
Persembahan Kumpulan kepada Panel AIICT pada 26 Ogos 2015 (Rabu) Jam 11.00 pagi di
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Ipoh
8 – 9 Oktober 2015 Menyertai Pameran Inovasi di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,
Ipoh
============================================================================ Laporan Penuh Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 Sistem MPT2U Majlis Perbandaran Taiping 16
Pada 12 Oktober 2015 (Isnin) jam 9.00 pagi : Majlis Perasmian dan Penyampaian Anugerah
Konvensyen KIK ke -28 & Sambutan Hari Inovasi Perkhidamatan Awam Peringkat Negeri Perak
Darul Ridzuan oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir di Dewan Bankuet, Bangunan
Perak Darul Ridzuan.
Keputusan AIICT Peringkat Negeri Perak 2015:
Johan : Pejabat Pendidikan Daerah Manjung (RM5,000.00 + Piala Iringan + Sijil)
Naib Johan : Majlis Bandaraya Ipoh (RM4,000.00 + Piala Iringan + Sijil)
Ketiga : Majlis Perbandaran Taiping (RM3,000 + Piala Iringan + Sijil )
============================================================================ Laporan Penuh Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT) Peringkat Negeri Perak Tahun 2015 Sistem MPT2U Majlis Perbandaran Taiping 17