Upload
zunnurin-abdul-aziz
View
1.005
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
1
LAPORAN PELAKSANAANPROGRAM 5S
ANJURANUNIT TEKNOLOGI ELEKTRIK
TAHUN 2009
DI SEDIAKAN OLEH:
ROSLIAH ABU BAKARKETUA PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK
2
1.0 PENGENALAN
Amalan 5S merupakan proses pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepun
dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf
awalan S’ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton,
Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa
Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.
Selain daripada itu, ia dapat menyumbang kepada proses penambahbaikan terhadap
persekitaran tempat kerja yang memberi keutamaan dalam aspek kebersihan, kekemasan dan
keselamatan di tempat kerja.
Oleh yang demikian , Unit Teknologi Elektrik mengambil inisiatif ini untuk melaksanakan
amalan 5’S di Makmal Teknologi Elektrik, Makmal Elektrik Elektornik dan Bengkel Pendawaian
Elektrik
2.0 OBJEKTIF
Tujuan Amalan 5S ini dilaksanakan bagi Program Teknologi Elektrik ialah untuk:-
i) Mewujudkan persekitaran makmal dan bengkel yang lebih bersih, kemas dan
tersusun rapi;
ii) Mewujudkan persekitaran makmal dan bengkel yang lebih selamat;
iii) Mengelakkan berlakunya pembaziran terhadap stok bahan luak di makmal dan
bengkel;
iv) Mewujudkan displin untuk menjaga kebersihan di kalangan staf dan pelajar yang
menggunakan makmal dan bengkel;
v) Memudahkan urusan penyelenggaraan;
vi) Meningkatkan semangat kerja berpasukan;
vii) Meningkatkan imej korporat organisasi;
3
3.0 AKTIVITI 5’S
3.1 Lawatan ‘Benchmark’
Untuk melaksanakan amalan 5S, Unit Teknologi Elektrik telah mengadakan
lawatan ‘benchmark ke Kolej Komuniti Bandar Darulaman pada 4 Disember 2008.
4
3.2 Taklimat 5’S
Taklimat 5’S telah diadakan kepada semua staf Unit Teknologi Elektrik pada 2
Januari 2009 di Makmal Autocad. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua
Program Teknologi Elektrik (Puan Rosliah Abu Bakar) yang telah menghadiri
kursus Pendedahan 5’S anjuran unit kualiti KKKL bersama Sirim Berhad.
3.3 Pembentukan Kumpulan 5’S
Dalam Program Teknologi Elektrik, terdapat 3 makmal/bengkel iaitu Makmal
Teknologi Elektrik, Makmal Elektrik Elektronik dan Bengkel Pendawaian Elektrik.
Oleh itu 3 kumpulan 5’S telah dibentuk untuk mewakili setiap satu makmal dan
bengkel pada 2 Januari 2009. Butiran kumpulan adalah seperti berikut.
Nama Kumpulan Ahli Kumpulan
KAIZEN(Bengkel Pendawaian Elektrik)
Md Rizal Ramli (Ketua)Rosliah Abu BakarSaidatuljulia ShamsuddinNur Hanim AriffFardanadia SulaimanKaslia Kasiran
LIMO’S(Makmal Elektrik Elektronik)
Mohd Khairulnizam Radzali (Ketua)Noor Aini MattarNooraini IbrahimAzwa Mohamed GhazaliNoorazlina Hashim
MTE 5’S(Makmal Teknologi Elektrik)
Muhamad Firdaus Tauhid Ahmad (Ketua)Mohd Zahri Md SaidAkma Che OmarSiti Maizatulakmam ImamSharina ShafieNik Norhasanah Nik Hassan
5
3.4 Jawatankuasa Kecil Audit Dalaman 5’S
Tujuan jawatankuasa ini di bentuk adalah untuk melaksanakan proses
pengauditan ke atas ketiga-tiga makmal/bengkel. Pelantikan juruaudit dibuat
berdasarkan pengalaman juruaudit yang telah mengikuti kursus 5’S oleh Sirim
Berhad pada 25-26 Ogos 2008. Audit dalaman tersebut telah dilaksanakan pada 6 –
8 Januari 2009. Aspek pengauditan yang dilihat semasa menjalankan pengauditan
adalah di peringkat pertama iaitu keadaan makmal/bengkel sebelum pelaksanaan 5S
dijalankan. Seterusnya penemuan audit telah dibentangkan kepada ketiga-tiga
kumpulan pada 12 Januari 2009. Butiran juruaudit adalah seperti berikut.
Juruaudit Lokasi Audit
Rosliah Abu Bakar Makmal Teknologi Elektrik
Md Rizal Ramli Makmal Elektrik Elektronik
Mohd Zahri Md Said Makmal Pendawaian Elektrik
3.5 Gotong –Royong
Hasil daripada dapatan audit yang telah diperolehi, setiap kumpulan telah
mengadakan mesyuarat untuk membincangkan tindakan pembetulan yang perlu di
buat. Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 13 dan 14 Januari 2009. Seteruanya
mesyuarat memutuskan untuk mengadakan gotong royong bersama pelajar. yang
dijalankan serentak pada 21 Januari 2009. Tujuan gotong royong ini dijalankan
ialah untuk;
6
7
4.0 HASIL AMALAN 5’S
Hasil daripada penemuan audit yang telah diperolehi, setiap kumpulan mengambil
beberapa tindakan untuk memperbaiki semua teguran yang dibuat. Berikut
merupakan antara gambar-gambar hasil daripada tindakan yang dijalankan.
Meletakkan papan tanda kebersihan Menetapkan kawasan kerja
Melabel setiap meja kerjaMembentuk kumpulan pelajar bagi setiap
meja kerja
Memasang ‘sinage’ makmal (hasil projekpelajar) Menyusun dan melabel peralatan
8
Menetapkan kawasan peralatan kebersihanMenanda dan melabel kawasan ‘fire
extinguisher’
Melabel suis kawalan aircond Mewujudkan papan kenyataan Program
Mewujudkan papan tanda bahaya Memaparkan maklumat tentang 5’S
9
Memaparkan maklumat tentang 5S
Menubuhan kumpulan 5S
Mewujudkan papan tanda kebersihan
Mewujudkan papan tanda keselamatan Melabel semua peralatan
Menetapkan kedudukan peralatankebersihan
10
Menanda kedudukan peralatan
Melabel contoh aksesori pendawaian
Melabel setiap ‘wiring bay’ Menyusun dan melabel peralatan tangan
Mewujudkan papan tanda kebersihan dan petipertolongan cemas
Menyusun peralatan pelajar dalam bekasyang telah ditetapkan
11
Menyusun dan melabel bahan luak
Menanda kedudukan tangga
Menanda kedudukan ‘Switch Board’
Menyusun dan melabel peralatan tangan
Melabel bahan luak
Menyusun tangga dengan teratur
12
5.0 CADANGANAntara cadangan yang difikirkan adalah seperti berikut:-
i) Sediakan prasarana yang bersesuaian untuk melaksanakan amalan 5S ini seperti
peralatan melabel dan sebagainya.
ii) Mengadakan latihan kepada kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam Amalan 5S
dan anggota lain di dalam organisasi secara berterusan untuk meningkatkan
motivasi staf .
iii) Sediakan pelan pelaksanaan Amalan 5S yang menyeluruh dengan merangka
pendekatan yang sistematik dan berterusan.
iv) Mewujudkan sistem ganjaran yang menawarkan ganjaran pada setiap pasukan yang
berjaya dalam pelbagai kategori yang dianjurkan sebagai motivasi kepada staf.
v) Membuat kajian ke atas keberkesanan pelaksanaan amalan 5S dari aspek
peningkatan produktiviti dan kualiti kerja.
6.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya konsep Amalan 5S mudah difahami oleh setiap anggota kerana
perkara ini hanya memerlukan pengetahuan konvensional dan disiplin serta komitmen yang
tinggi. Amalan ini boleh dilaksanakan di semua organisasi secara berterusan untuk
mengekalkan prestasi penyampaian perkhidmatan organisasi yang cemerlang kerana
amalan 5S ini dapat memupuk semangat kerja berpasukan, disiplin diri dan dapat
meningkatkan rasa tanggungjawab serta sayang kepada organisasi.