10
1.0 PENGENALAN Kamus Dewan (2005) mentakrifkan disiplin sebagai latihan pemikiran dan berkelakuan supaya dapat mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib, peraturan yang tetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan yang ditetapkan dan hukuman atau dendaan kerana melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan. Pada peringkat sekolah, disiplin merupakan peraturan yang dikenakan kepada pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku melalui hukuman dan ganjaran. Oleh itu, disiplin bilik darjah merupakan peraturan yang perlu dipatuhi pelajar agar mereka berkelakuan baik. Suasana bilik darjah yang selesa dan aman penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Adalah menjadi satu rutin mendisiplinkan pelajar yang bertingkah laku semasa pengajaran. Apabila tingkah laku bermasalah berlaku di dalam kelas, proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas. Antara masalah disiplin yang sering berlaku semasa pengajaran ialah, tidak menumpukan perhatian pada pengajaran guru dengan 12

Laporan Kajian Masalah Disiplin

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Laporan Kajian Masalah Disiplin

1.0 PENGENALAN

Kamus Dewan (2005) mentakrifkan disiplin sebagai latihan pemikiran dan

berkelakuan supaya dapat mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib,

peraturan yang tetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik,

kepatuhan kepada peraturan yang ditetapkan dan hukuman atau dendaan kerana

melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan.

Pada peringkat sekolah, disiplin merupakan peraturan yang dikenakan kepada

pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku melalui hukuman dan ganjaran.

Oleh itu, disiplin bilik darjah merupakan peraturan yang perlu dipatuhi pelajar agar

mereka berkelakuan baik. Suasana bilik darjah yang selesa dan aman penting

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Adalah menjadi satu rutin

mendisiplinkan pelajar yang bertingkah laku semasa pengajaran.

Apabila tingkah laku bermasalah berlaku di dalam kelas, proses pengajaran dan

pembelajaran akan terjejas. Antara masalah disiplin yang sering berlaku semasa

pengajaran ialah, tidak menumpukan perhatian pada pengajaran guru dengan

membuat bising, bergerak bebas dalam kelas, tidak menghiraukan arahan guru,

ponteng kelas dan lain-lain lagi.

Dalam menangani masalah ini, semua pihak perlu memainkan peranan masing-

masing. Semua pihak perlu berganding bahu bagi melaksanakan bentuk tindakan

sewajarnya sebelum semuanya menjadi lebih parah.

12

Page 2: Laporan Kajian Masalah Disiplin

2.0 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang

mempengaruhi masalah disiplin di kalangan murid- murid semasa pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Tujuan kajian adalah untuk mengetahui adakah

sikap murid iitu sendiri, pengaruh guru dan persekitaran menjadi punca masalah

disiplin murid di dalam kelas.

Ia juga membantu Guru Besar, Guru Penolong kanan HEM, guru disiplin

dan para guru merangka, merancang dan melaksanakan tindakan untuk

memperbaiki disiplin pelajar.

Diharapkan masalah pembelajaran di kalangan murid-murid ini akan dapat

di atasi berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Sehubungan itu, setiap

permasalahan yang wujud dikalangan murid-murid sewaktu pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas akan diatasi berdasarkan teori-teori serta amalan

pendidikan di Malaysia yang sewajarnya.

13

Page 3: Laporan Kajian Masalah Disiplin

3.0 SUBJEK KAJIAN :

Isu yang dikaji ialah “Mengurangkan Masalah Disiplin Murid-Murid Semasa

Pengajaran”. Kajian ini dijalankan ke atas murid – murid Tahun 5 Sekolah

Kebangsaan RKT Lasah, Sungai Siput (U), Perak. Seramai 40 orang murid

Tahun 5 telah diberi borang soal selidik berkaitan dengan “Masalah Disiplin Murid-

Murid Semasa Pengajaran”. Murid-murid tersebut terdiri daripada enam belas

orang murid lelaki dan dua puluh empat orang murid perempuan. Bagi

menjalankan kajian ringkas ini , beberapa persoalan telah difokuskan dalam

borang soal selidik tersebut untuk dijawab oleh murid.

14

Page 4: Laporan Kajian Masalah Disiplin

6.0 KESIMPULAN KAJIAN :

6.1 Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada Masalah Disiplin Di dalam Kelas.

Berdasarkan daripada maklumat dan kaji selidik yang telah diperolehi,

beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin murid-murid

semasa pengajaran telah dikenalpasti.

Faktor yang pertama ialah sikap pelajar itu sendiri. Kebiasaannya murid-

murid lelaki yang sering menimbulkan masalah disipilin di dalam kelas. Murid-

murid sering tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Selain itu,

mereka juga tidak membawa buku yang digunakan oleh guru.Keadaan ini

menyebabkan apabila perbincangan di dalam kelas dijalankan, mereka ini tidak

akan dapat memberi perhatian sepenuhnya dan menimbulkan masalah di dalam

kelas.

Berlaku masalah disiplin di dalam kelas juga kerana mereka tidak

memahami apa yang guru sampaikan. Apabila ini berlaku, maka murid-murid ini

merasa bosan dan mula mengusik rakan-rakan di samping bergerak bebas tanpa

menghiraukan pengajaran guru. Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru

tidak menarik menimbulkan kebosanan kepada murid untuk belajar. Pendekatan

yang tidak sesuai, tidak mengikut tahap keupayaan murid menjadikan murid

bosan dan menimbulkan masalah disiplin di dalam kelas.

Murid-murid yang yang tidak mendapat perhatian dan bimbingan dari guru

menjadikan mereka merasa terasing dan tidak dipedulikan. Mereka akan

melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan kelas semata-mata untuk

15

Page 5: Laporan Kajian Masalah Disiplin

menarik perhatian guru dan murid lain. Perwatakan dan sahsiah guru juga

merupakan salah satu faktor dalam masalah disiplin ini. Guru yang sering

memarahi murid, suka berleter dan mengenakan hukuman yang tidak sewajarnya

menyebabkan murid merasa tertekan dan tidak selesa. Rasa hormat mereka pada

guru akan hilang. Murid-murid ini akan menjadi lebih tidak berdisiplin dan tidak lagi

takut dengan peraturan kerana leteran dan hukuman bagi mereka sudah menjadi

kebiasaan.

Masalah lewat ke kelas dan ponteng kelas juga merupakan faktor penyebab

masalah disiplin semasa pengajaran. Murid yang lewat masuk ke kelas dan

ponteng kelas akan ketinggalan dalam pengajaran. Mereka merupakan gangguan

kepada situasi pembelajaran dengan menjadikan emosi guru tidak stabil.

Suasana bilik darjah yang kurang selesa dan tidak terurus boleh menimbulkan

ketidakselesaan kepada murid. Mereka akan gelisah. Mereka tidak akan dapat

menumpukan perhatian sepenuhnya dan memungkinkan berlaku gangguan

kepada pengajaran dan pembelajaran.

Banyak lagi faktor yang mendorong kepada berlakunya masalah disiplin

murid-murid di dalam kelas. Apa pun yang pasti , sebagai seorang guru, adalah

penting untuk mengawal disiplin pelajar supaya proses pengajaran dan

pembelajaran berjalan lancar.

16

Page 6: Laporan Kajian Masalah Disiplin

6.2 Cadangan-Cadangan Mengurangkan Masalah DIsiplin Murid-Murid Semasa

Pengajaran.

Dalam menangani masalah disiplin, murid-murid sendiri perlu memainkan

peranan. Mereka mestilah mempunyai kesedaran yang tinggi dalam disiplin diri,

mematuhi semua peraturan sekolah, dan menjauhkan perkara-perkara yang tidak

baik. Di samping itu peranan guru sangat penting dalam mengatasi masalah ini.

Guru perlu tegas dalam memberi tugasan dan arahan supaya murid-murid dapat

menyiapkan tugasan yang diberi dan mengikut arahan.

Seseorang guru perlu bijak, kreatif dan inovatif serta menggunakan kaedah

yang menarik agar murid dapat melibatkan murid secara aktif dan terkawal.

Kaedah yang berkesan akan dapat mengurangkan masalah yang tidak

dikehendaki. Kepelbagaian kaedah, teknik, dan strategi pengajaran dan

pembelajaran akan menjadikan murid-murid aktif, seronok, dan mudah menerima

apa yang diajar oleh guru. Dengan ini, masalah disiplin dapat dikurangkan.

Bilangan murid yang ramai dalam satu-satu kelas menyebabkan ada murid-

murid yang terabai dan tidak mendapat perhatian serta bimbingan daripada guru.

Untuk itu, teknik pengajaran haruslah berdasarkan kecerdasan dan kebolehan

murid-murid agar mereka sama-sam dapat menjalankan aktiviti di dalam kelas.

Situasi ini akan mengurangkan kebisingan murid dan aktiviti tang tidak terkawal.

Denda atau hukuman ke atas murid mestilah setimpal dengan kesalahan

yang dilakukan oleh mereka. Hukuman mestilah dijadikan oleh mereka sbagai

satu pengajaran agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang sama. Hukuman

17

Page 7: Laporan Kajian Masalah Disiplin

juga dapat menjadikan mereka lebih berdisiplin jika ianya sesuai dan wajar.

Penghargaan dan pujian perlu diberi kepada yang berkelakuan baik, di samping

memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid.

Komunikasi antara guru dan murid sangat penting. Hubungan yang baik

antara guru dan murid adalah pendekatan yang terbaik dalam mengurangkan

masalah disiplin semasa pengajaran. Segala tingkahlaku di dalam bilik darjah

perlu ditegur dengan segera. Apabila wujud hubungan yang baik antara murid

dengan guru, maka murid dapat menghormati guru tersebut dan memberi kesan

positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

Suasana bilik darjah yang tidak selesa juga mengundang kepada

pembelajaran yang tidak selesa dan ini menganggu minda dan penumpuan murid

pada pengajaran. Guru perlu menguruskan bilik darjahnya supaya murid merasa

aman dan seronok ketika berada di dalam kelas. Suasana yang ceria, bersih serta

kondusif menimbulkan keselesaan kepada murid. Proses pengajaran dan

pembelajaran juga berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Masalah disiplin adalah satu isu yang penting. Sama ada pihak guru, ibu

bapa atau masyarakat, hendaklah bersama-sama menyelesaikan masalah ini bagi

membentuk sahsiah pelajar yang berilmu serta berakhlak mulia.

18

Page 8: Laporan Kajian Masalah Disiplin

19